P. 1
DEFINISI WACANA

DEFINISI WACANA

5.0

|Views: 2,037|Likes:
Published by Easter G. Lambagan

More info:

Published by: Easter G. Lambagan on Mar 21, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/19/2013

pdf

text

original

ISI KANDUNGAN NOTA WACANA Definisi wacana Ciri-ciri wacana Penanda wacana TUGASAN Soalan 1 Petikan Rujukan

Soalan 2 Menandakan penggunaan wacana dalam petikan Soalan 3 Menyatakan ciri-ciri wacana (berdasarkan petikan) Soalan 4 Mengemukakan aspek -aspek hubungan wacana (berdasarkan petikan) Rujukan Lampiran

NOTA WACANA .

DEFINISI WACANA Wacana ialah semua perkara yang melibatkan bahasa. pertuturan atau percakapan. tertinggi atau terbesar di atas khalimat atau klausa dengan koheren (kesepaduan) dan kohesi (perkaitan) tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau bertulis. buku. iaitu dalam hierarki gramatikal merupakan kesatuan tertinggi. ceramah. Henry Guntur Tarigan (1987: 27) y Kesatuan bahasa yang terlengkap. dan novel. artikel. bahas. ucapan. y Kesatuan fikiran yang utuh. ciri buku. sejumlah ayat. Kamus Linguistik y Unit bahasa yang lengkap dan tertinggi yang terdi ri daripada deretan kata atau kalimat samada dalam bentuk lisan atau tulisan yang dijadikan bahan analisis. Harimurti Kridalaksana (1984:208) y Wacana merupakan kesatuan bahasa terlengkap. ceraian. Wacana ini direalisasikan dalam . khutbah. Berikut merupakan definisi wacana yang dikemukakan oleh beberapa orang tokoh pengkaji bahasa dan juga takrifan kamus: Kamus Dewan (1996) y Keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan. syarahan. forum. atau tulisan sep erti surat. bab. atau sebagainya yang memerihalkan kesatuan dan hubungan antara butir fikiran dan juga perkembangan akaliah yang ada di dalamnya. Asmah Haji Omar y Unit bahasa yang melebihi batas ayat dengan itu wacana boleh terdiri daripada ayat. samada dalam bentuk lisan seperti pidato. cerpen.

Be gitu juga jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat. . perbuatan. Wacana harus ada tujuan yang menentukan sesuatu jenis ayat. Setiap wacana perlu dikaji kaitan penutur dalam masyarakat secara amnya yang akan menentukan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal. ensiklopedia. Wacana dapat digambarkan seperti: tujuan aralinguistik k ala ak ga a wacana isi susunan kosa kata tataba asa 2. Wacana boleh ditulis dalam pelbagai bentuk tulisan. jenis ayat yang terbentuk ialah ayat perintah. eksposisi (pendedahan) atau penghujahan. 3. CIRI-CIRI WACANA 1. deskriptif (penggambaran). paragraph. iaitu sama ada naratif (pemberian).bentuk karangan yang utuh seperti novel. kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap. jadi ayat yang terbentuk ialah ayat tanya.

Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian manakala maklumat berikutnya disebut inferensi.Ayat -ayat ini harus mempunyai urutan yang sangat rapat.Inferensi menambah maklumat kepada andaian da l azimnya bahagian ini diberi tekanan suara yang tinggi. Andaian disebut judul dan inferensi disebut ulasan. Setiap wacana tidak boleh dimaksukkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya. akibat. Sesuatu wacana mesti berdasarkan kaitan antara penutur dengan pendengar dalam bahasa lisan dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan. tujuan hubungan penghasil wacana dengan khalayak keutuhan susunan ciri-ciri wacana maklumat Tujuan y y y Menentukan jenis wacana yang digunakan. 7. Wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. . 5. keutamaan dan sebagainya. Setiap ayat dalam wacana harus ada maklumat baru yang ada dalam ayat yang sebelumnya. tempat. Menentukan bentuk wacana yang dihasilkan.4. Tujuan sesuatu wacana juga berkaitan dengan retorik (teknik pemakaian bahasa). Dalam wacana perlu ada unsur -unsur susun atur menurut sebab. waktu. 6. 8.

Runtutan / koheren (kesinambungan idea). penonton. Semantik 2. Tautan / kohesi (keserasian hubungan). y Sebelum menghasilkan wacana. y Tahap penerimaan khalayak adalah tinggi sekiranya mereka dapat memahami wacana yang disampaikan oleh penghasil wacana. Seterusnya. jika tujuan selari dengan penerimaan. y Hubungan antara penghasil wacana dengan khalayak dapat dikaitkan dengan tujuan (penghasil wacana) dan penerimaan (khalayak) sesuatu wacana. seseorang penghasil wacana harus menyedari khalayaknya supaya dapat memilih laras bahasa yang sesuai. y Dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh: 1. y Menentukan sama ada sesuatu ujaran atau tulisan itu wacana atau kumpulan ayat yang tidak teratur. Keutuhan y Terhasil daripada wujudnya susunan yang berurutan atau teratur dalam sesuatu wacana. Leksikal 3. 2. Gramatikal . pembaca). maka tahap pemahaman khalayak tentang wacana tersebut dikatakan sudah mencapai kesempurnaan. Keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan antara bahagian dalam sesuatu wacana daripada aspek: 1. y y Dapat dikesan melalui hubungan daripada segi kata dan tatabahasa.Hubungan penghasil wacana dengan khalayak y Wacana mesti berlandaskan hubungan antara penghasil wacana dengan khalayak (pendengar.

Kolokasi 6. Hubungan memperkuat isi/hubungan penjelasan 8. y Cara memperolehi hubungan leksikal: 1. lisan-air muka dan isyarat) Hubungan wacana daripada aspek leksikal y Hubungan ini dapat dilihat daripada wujudnya pertalian antara perkataan dalam sesuatu wacana. Mengulang kata yang sama 2. Unsur-unsur paralinguistik (tulisan-tanda baca. Hubungan sebab dan akibat 2. nada suara) 9. Hiponim 5. Antonim 4. Unsur bersambut . Unsur-unsur fonologi (hentian. Hubungan perbandingan 7. Hubungan sebab dan tujuan 4. Hubungan latar dan kesimpulan 5. intonasi. y Hubungan semantik antara bahagian wacana dapat diperincikan melalui: 1. Sinonim 3. y Hubungan leksikal antara bahagian dalam wacana tercapai dengan cara memilih kosa kata yang serasi.Hubungan wacana daripada aspek semantik y Hubungan ini bermaksud hubungan daripada kesepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana. Hubungan sebab dan hasil 3. Situasi wacana 10. Hubungan syarat dan hasil 6. Kesatuan topik/tema 11.

di samping itu. tambahan pula. y Setiap ayat mesti mempunyai maklumat baharu yang belum dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Fungsi (a) Tambahan Contoh penanda wacana Selanjutnya. frasa dengan frasa. klausa dengan klausa. Ellipsis-melibatkan penggunaan kata.Hubungan wacana daripada aspek gramatikal y y Merupakan hubungan wacana yang berkaitan dengan tatabahasa. 2. Penanda penghubung . Unsur perangkai ini dikenal sebagai penanda wacana. demikian juga. Maklumat y Maklumat yang terkandung dalam sesuatu wacana dapat dibahagikan kepada maklumat lama dan maklumat baharu. malahan. kata atau rangkai kata telah digunakan bagi merangkaikan ayat dengan ayat dan perenggan dengan perenggan. malah. frasa atau klausa yang telah disebut dalam ayat sebelumnya. 3. lagipun (b) Tambahan dan penegasan . Antara penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan wacana: 1. Penanda penggantian ± proses menggantikan unsur bahasa dengan unsur lain iaitu kata nama (nominal). Penanda rujukan ± kata ganti nama diri orang dan kata ganti tunjuk. seterusnya. 4. y Dalam sesuatu wacana. Maklumat yang bertentangan. tambahan lagi Lebih-lebih lagi. bahkan. tidak harus wujud: 1. serta ayat dan ayat. kata kerja (verba l) dan klausa.berfungsi menjalinkan kata dengan kata. selain itu. begitu juga. Tantologi (mengulang idea) 2. PENANDA WACANA y Untuk memastikan keutuhan wacana.

yakni. secara umunya Sesungguhnya. dengan ini. kalakian. kini. pendek kata. kedua. hal ini bermaksud. berhubung dengan. oleh yang demikian. dengan kata lain Untuk tujuan ini. berkaitan dengan dari segi. adapun. berhampiran dengan. justeru. jadi. sementara itu. maksudnya Semoga. akhir kata. berdekatan dengan Lain halnya. sesuai dengan Sebagai contoh. sebenarnya. lambat laun. moga-moga. akhirnya Di sini. oleh itu. dari sudut Sebelum itu. pastilah. contohnya Pertama. seperti. sungguhun begitu Oleh sebab itu.(c) Pertentangan Namun. akan tetapi. sewajarnya. yang pertama Kesimpulannya. dengan itu. maka. mulanya. nyatalah Hatta. dalam hal yang demikian. alkisah. mudah-mudahan Sebagai pendahuluan. kemudian. sebagai hasilnya Sehubungan dengan itu. pada masa ini. bagaimanapun. selepas itu. dalam hal ini. . namun begitu. sebermula (d) Sebab dan kesan atau lanjutan (e) Perkaitan (f) Waktu (g) Tempat (h) Perbandingan (i) (j) (k) (l) (m) (n) (o) (p) (q) (r) Contoh Urutan Pernyataan semula Tujuan dan maksud Harapan Pendahuluan Rumusan singkatan Generalisasi Penekanan atau penegasan (s) Bahasa klasik Jadual 1. secara ringkas Pada umunya. syahadan. misalnya. secara keseluruhan Ringkasnya. ketiga. akhirnya Iaitu. secara amnya. dengan demikian. sememangnya.0 : contoh penanda wacana yang kerap digunakan dan fungsinya. tentulah. namun demikian. di samping. walaupun demikian. selepas itu. tegasnya.

TUGASAN (SOALAN 1)  Petikan rujukan (SOALAN 2)  Menanda penggunaan wacana dalam petikan .

tetapi menonjol oleh kebudayaan tinggi yang diwakili oleh karya sastera agung seperti Mahabrata dan Ramayana yang menjadi roh kepada kebudayaan India. yang dicerminkan oleh kehadiran karya sastera agung yang halus dan tinggi pemikirannya. Oresteia di tangan Aeschylus. Lebih daripada itu. Hal ini menunjukkan . Sem entara itu. Kebu dayaan tinggi ini wujud sebagai roh kepada peradaban itu. Sastera tinggi selalunya lahir mengiringi kemunculan tamadun dan perada ban besar dunia. sastera tinggi ini mencerna nilai dan menjadikan budaya ini berjiwa dan bermartabat.Leitkultur Teras ³Satu Malaysia´ Oleh S. Dalam erti kata lain. Setiap tamadun dan peradaban besar dihalusi serta diperkemas oleh kewujudan kebudayaan tinggi. Peradaban purba India pula muncul sebagai peradaban besar bukan hanya kekuatan politik ketenteraan. Zakir Sejarah wujud sebagai roh kebudayaan yang mencerminkan nilai serta tingkat pemikiran sesebuah masyarakat. sastera memperlihatkan ketinggian tamadun sesebuah bangsa. yang kekal sebagai bukti kebudayaan tinggi Yunani. Peradaban yunani masih kekal sebagai nilai budaya tinggi dengan adanya hasil kesusasteraan yang ditulis Homer yakni Iliad dan Odyssey. hikayat lain dan syair keagamaan. Perkembangan budaya tinggi ini lahir daripada pembangunan pemikiran masyarakat hasil daripada wujudnya peradaban dalam masyarakat tersebut. Oedipus karya Sophocies dan lain-lain lagi. peradaban Han di China memperlihatkan ketinggian budaya yang disertai oleh mahakarya kesusasteraan seperti Pinyin juga disebut sebagai Sanguozhi Pinghua atau Roman Tiga Kerajaan (Romance of The Three Kingdoms) yang dikumpulkan dan ditulis semula oleh Luo Guanzhong pada abad lampau.M. Tamadun Melayu-Islam yang berpusat di Melaka dahulunya juga menyaksikan kehadiran mahakarya sastera seperti Sejarah Melayu yang kemudian berkembang kepada Hikayat Hang Tuah.

leitkultur selalunya mewakili budaya . kebudayaan harus menjadi kedua-dua warisan dan pembentuk nilai baharu dalam masyarakat. iaitu budaya yang memimpin semua budaya lain yang terkandung bersama-sama. dilihat bah awa perlu suatu bentuk budaya utama yang menjadi teras kepada kepelbagaian tersebut. Budaya ini disebut sebagai leitkultur. maka kebudayaan mula menjadi sama ada sebuah warisan atau pembentuk nilai baharu dalam sesebuah masyarakat baharu. Walau bagaimanapun. Maka. kebudayaan tinggi yang wujud itu selaluny a mewakili satu sifat bangsa yang berpusat kepada keperibadian bangsa tersebut. kebudayaan menjadi wajah kepada sebuah keperibadian baharu. Apabila zaman berubah. Dalam dunia hari ini. dan berlaku perpindahan serta pergerakan manusia yang mula memisahkan sempadan bangsa serta negara yang berasaskan sifat homogen. Dalam suasana mutakhir ini. Dalam konteks ini. dalam menstrukturkan kembali kebudayaan ini. diisi dengan keperkasaan negara dari sudut politik dan ekonomi dan kehalusan serta ketinggian pemikiran dari sudut budaya.bahawa peradaban dan ketamadunan itu wujud secara lengkap. wujud sebuah masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa. secara de facto. masyarakat yang sama sekali berbeza dengan zaman sebelumnya. Dalam erti kata lain. Pertembungan ini akan mewujudkan reaksi untuk memb ina kembali kebudayaan melalui dua bentuk proses iaitu asimilasi ataupun integrasi. Maka itu. dan menghasilkan suatu bentuk nilai dan kerangka baharu yang melambangkan kehadiran sebuah peradaban baharu yang heterogen sifatnya. yakni multibudaya yang bergaul dalamnya etnik atau bangsa yang bebeza. Masyarakat yang berbeza ini muncul daripada masyarakat homogen yang menjadi masyarakat heterogen. Dalam keadaan ini. budaya asal mula diasak oleh budaya pendatang yang tidak boleh ditolak lagi. Kepelbagaian budaya ini bergaul dan adakala terlakur dalam proses pembentukan masyarakat baharu. permasalahan multibudaya dan pluralisme budaya ini menjadi suatu fenomena sejagat. budaya ini menjadi pelbagai.

seorang warga Jerman berketurunan Arab Syria yang berhujah tentang konsep multibudaya dalam konteks negara Jerman. Maka. Walau bagaimanapun. Leitkultur kemudian menjadi konsep politik yang kontroversi. pencerahan. yakni pengabsahan budaya teras yang berdasarkan budaya majoriti atau budaya asal. pada hakikatnya terasing atau terpisah daripada masyarakat majoriti yang dominan -politik (kulit putih) di sekeliling mereka. sekular. Leitkultur seterusnya menjadi pembimbing. penegasan terhadap suatu bentuk budaya tunggal iaitu budaya majoriti yang wajib diterima dan diamalkan oleh semua pihak dalam mendirikan sebuah kebudayaan tinggi yang homogen sifatnya itu kembali. demokrasi. leitkultur mewujudkan patriotisme dan nasionalisme. Dari sudut kenegaraan . Bassam Tibi mengemukakan konsep leitkultur ini pada tahun 1998 dalam bukunya. asas keperibadian masyarakat tersebut. konsep perpaduan dapat dibangunkan dalam sebuah pergerakan atau tindakan asimilasi. Tibi bagaimanapun menolak ³parallel societies´ yang mewujudkan masyarakat minoriti yang bekerja bersama-sama dalam membangunkan negara tetapi. Dalam erti kata lain. Secara politik. Leitkultur merupakan sebuah konsep moden yang mula diperdebatkan di Jerman pada dekad akhir abad ke -20. leitkultur mendukung prinsip ³liberal-demokratic basic order´ (Frelheithlitch-demokratischen Grundordnung). . yang kemudian berdiri sebagai budaya tunggal (monocultural) yang melahirkan superioriti yang membawa budaya asimilasi. hak asasi dan hak sivil. Tibi meletakkan leitkultur sebagai budaya universal yang berasaskan konsep multibudaya. Europe ohne Identitat ( Europe Without Identity) sebagai sebuah budaya utama yang baharu. secara tuntas mempunyai sifat modenis. apabila tafsiran yang pelbagai mula diberi mengikut kefahaman dikotomi budaya asal dan budaya pendatang. Leitkultur mula diperdebatkan Bassam Tibi. dan bukan sebuah budaya kuno E ropah yang bersifat berpusat -Barat (western-centric) yang mementingkan nilai barat (western-values) di bawah regim Kristian-Barat.asli yang sedia wujud. melalui tindakan pegabsahan hak istimewa (affirmatif action). konsep leitkultur juga dibawa dalam pemahaman yang lain. Leitkultur didefinisikan sebagai budaya utama atau budaya ter as yang melambangkan keperibadian sesebuah negara bangsa.

Dalam erti kata budaya Melayu dengan entiti bahasa Melayu sebagai budaya utama atau teras kebudayaan Malaysia. Jika hal ini berlaku. iaitu sastera yang ditulis dalam bahasa Melayu secara langsung menjadi sastera kebangsaan. yakni sastera Malaysia. Dalam memperkatakan konflik nilai ini. Seharusnya ada nilai utama (budaya asal dan asli) yang perlu diperkukuhkan sebagai kebudayaan negara. pada akhirnya multibudaya tidak mampu mencapai sesuatu yang bermakna dalam masyarakat yang mana semua nilai adalah sama. Sekali gus sastera Melayu dalam bentuk sastera kebangsaan wujud sebagai leitkultur. dan nilai mana yang tidak sah. Lammert menolak untuk melihat budaya utama atau fundamental ini sebagai leitkultur Jerman sebaliknya. Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan boleh dilihat sebagai menegaskan budaya Melayu yang di entiti bahasa Melayu sebagai leitkultur kebudayaan Malaysia. Sastera Melayu merupakan teras atau fundamental kepada kebudayaan kebangsaan. sebenarnya tiada sebarang nilai yang wujud di situ. kebebasan pengucapan dan kebebasan media untuk menyalurkannya harus menjadi bahagian penting daripada nilai fund amental ini. Lammert berhujah bahawa walaupun budaya menjadi perhatian penting tetapi. Dalam erti kata lain. Sastera Melayu. Pandangan ini menjadi s atu lembaga yang tetap dan tidak berubah atau bergerak sembarangan oleh sebarang tekanan atau desakan budaya semasa. masyarakat harus menentukan nilai manakah yang sah. (1050 patah perkataan) (Dipetik daripada majalah Dewan Sastera -Ogos 2009) . tidak semua nilai yang dibawa oleh budaya dalam pakej mul tibudaya itu dapat diterima sebagai nilai yang benar dan baik untuk sesebuah masyarakat yang besar dan pelbagai itu. yakni bahasa Melayu. beliau melihatnya sebagai leitkultur Eropah. Sebagai ciri budaya moden. Dalam soal multibudaya pula. dan tidak berubah -ubah mangikut keperluan atau keadaan semasa.Di sini lahir pandangan Norbert Lammert yang menjelaskan masyarakat (Jerman) harus mencapai konsensus atas apa-apa yang disebut sebagai nilai fundamental yang mempunyai piawaian yang tetap.

(SOALAN 3)  Menyatakan ciri-ciri wacana .

lebih daripada itu ketinggian tamadun sesebuah bangsa. melalui tindakan pengabsahan hak istimewa (affirmatif action). Setiap tamadun dan peradaban besar dihalusi serta diperkemas oleh kewujudan kebudayaan tinggi.dan .CIRI-CIRI WACANA Terdapat beberapa penanda wacana yang digunakan dalam teks tersebut: 1. . Tibi bagaimanapun menolak ³parallel societies´ yang mewujudkan masyarakat minoriti yang bekerja bersama-sama dalam membangunkan negara tetapi. pada hakikatnya terasing atau terpisah daripada majoriti yang dominan -politik (kulit putih) di sekeliling mereka.bagaimanapun . Dalam erti kata lain . sastera memperlihatkan Penanda wacana .dalam erti kata lain nilai dan menjadikan budaya ini berjiwa dan bermartabat. kebudayaan tinggi yang Penanda wacana .walau bagaimanapun wujud itu selalunya mewakili satu sifat bangsa yang berpusat kepada bangsa tersebut.Penanda penghubung (i) Penghubung tambahan Contoh: Ayat Lebih daripada itu . (ii) Penghubung tentangan Contoh: Ayat Walau bagaimanapun . sastera tinggi ini mencerna .

yakni .Lammert menolak untuk melihat budaya utama atau fundamental ini sebagai leitkultur Jerman sebaliknya . peradaban Han di China . Maka .sementara itu memperlihatkan ketinggian budaya yang diserta i oleh mahakarya kesusasteraan seperti Pinyin yang juga disebut sebagai Sanguozhi Pinghua atau . Leitkultur seterusnya menjadi pembimbing.maka itu kebudayaan ini. dilihat bahawa perlu suatu bentuk budaya utama yang menjadi teras kepada kepelbagaian tersebut.sebaliknya Eropah.kemudian . beliau melihatnya sebagai leitkultur . hikayat lain dan syair keagamaan.seterusnya . Sementara itu . budaya ini menjadi pelbagai. (iv) Penghubung tempoh Contoh: Ayat Pananda wacana Tamadun Melayu-Islam yang berpusat di Melaka dahulunya juga menyaksikan kehadiran mahakarya seperti Sejarah Melayu yang kemudian berkembang kepada Hikayat Hang Tuah . asas dan keperibadian masyarakat tersebut.maka multibudaya yang bergaul dalamnya etnik atau bangsa yang berbeza. (iii) Penghubung musabab Contoh: Ayat Maka itu. dalam menstrukturkan kembali Penanda wacana .

pada akhirnya multibudaya tidak mampu mencapai sesuatu yang bermakna dalam masyarakat yang mana semua nilai adalah sama. Maka . Jika hal ini berlaku. lahir pandangan Norbert Lammert yang menjelaskan masyarakat (Jerman) harus mencapai konsensus atas apa-apa yang disebut sebagai nilai fundamental yang mempunyai piawaian yang tetap. Dalam soal multibudaya pula.Roman Tiga Kerajaan (Romance of The Three Kingdoms) yang dikumpulkan dan ditulis semula oleh Luo Guanzhong pada abad lampau. Di sini. seben arnya tiada sebarang nilai yang wujud di situ.ini .situ . 2. . Penanda rujukan Contoh: Ayat Penanda wacana Budaya teras ini disebut sebagai leitkultur. dan tidak berubah -ubah mengikut keperluan dan keadaan semasa. Lammert berhujah bahawa walaupun multibudaya menjadi perhatian penting tetapi. leitkultur selalunya mewakili budaya asli yang sedia wujud. Dalam konteks ini. iaitu budaya yang memimpin semua budaya lain yang terkandung bersama sama. konsep perpaduan dapat dibangunkan dalam sebuah pergerakan atau tindakan asimilasi.sini .

dalam menstrukturkan kembali kebuadayaan ini. Budaya teras ini disebut sebagai leitkultur. lahir pandangan Norbert Lammert yang menjelaskan masyarakat (Jerman) harus mencapai konsensus atas apaapa yang disebut sebagai nilai fundamental yang mempunyai piawaian yang tetap. . iaitu budaya yang memimpin semua budaya lain yang terkandung bersama -sama. Maka itu. Penanda penggantian Ayat Penanda wacana Di sini.3. dan tidak berubah -ubah mengikut keperluan dan keadaan semasa.budaya teras .pandangan . Pandangan ini. menjadi satu lembaga tetap dan tidak berubah atau bergerak sembarangan oleh sebarang tekanan atau desakan budaya semasa. dilihat bahawa perlu suatu bentuk budaya utama yang menjadi teras kepada kepelbagaian tersebut.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->