You are on page 1of 6

PENGENALAN

SEJARAH LOMPAT TINGGI


Dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara Lompat
Tinggi ketika di Scotland pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68 m oleh
peserta pada masa itu. Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting.
Gaya ini sudah tidak dikenali oleh dunia lain sungguh pun masih ada peserta-
peserta tanah air yang menggunakan gaya ini. Gaya ini dilakukan dengan lunjakan
kaki yang jauh dari palang. Kaki bersilang diatas palang dan badan menyeberang
palang dalam lakuan “duduk berlunjur”. Gaya ini tidak digalakkan sekali-kali.

Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish-American M.F.
Sweeney’s Eastern cut-off seperti gaya Gunting, tetapi bahagian belakang
mendatar semasa melompat melepasi palang. Sweeney telah berjaya mencipta
teknik yang bekersan dan mencipta rekod 6’ 5 5/8’’ (1.97m) pada 1895.
Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia.
Sebenarnya, inilah gaya yang mula-mula diguna oleh Sweeny dan selepasnya maka
habislah orang-orang Pantai Timur Amerika menggunakannya. Ini sebenarnya
yang membolehkan gaya lompatan ini mendapat namanya hingga kini.

Seorang lagi warga Amerika, M.F. Horine, memajukan dan mencipta teknik yang
lebih efisyen iaitu Gaya Guling Barat. Ia berjaya melompat setinggi 6 kaki 7 inci
dalam tahun 1912 dan gayanya pula ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika
Barat. Dengan ini terdapatlah namanya Guling Barat itu. Gaya ini adalah lebih baik
dan berkesan dari gaya timur atau gaya gunting. Gaya ini boleh digalakkan supaya
peserta-peserta tanah air memahirinya.

Pelompat Amerika dan Rusia telah menggunakan satu gaya yang menjadi ikutan
pelompat-pelompat yang lain. Ini merupakan satu gaya lompat tinggi yang cukup
popular dan dari segi mekanik pergerakan gaya ini sungguh beruntung dan
berkesan dari gaya-gaya lompatan yang lain. Dalam pertandingan Olimpik di
Rome dalam tahun 1960, 17 orang peserta memasuki pertandingan akhir dan dari
17 orang peserta itu 14 orang menggunakan gaya kelana. Hal ini membuktikan
kepopularan gaya ini.

Diantara semua gaya-gaya lompat tinggi yang telah digunakan oleh peserta-peserta
maka gaya guling barat dan gaya kelana sahajalah yang agak saintifik dan lebih
berkesan bagi seseorang peserta.
Gambar Lapangan Lompat Tinggi

A. Bak Lompat
B. Awalan

LANDAS LARI DAN KAWASAN LONJAK


1. Jarak minimum landas lari ialah 15m kecuali dalam pertandingan-petandingan
yang dijalankan mengikut peraturan yang jarak minimumnya ialah 20m. Namun
sekiranya keadaan mengizinkan, jarak minimum sepatutnya 25m. 
2. Keseluruhan kecerunan maksimum pada 15m terakhir landas lari dan kawasan
lonjak berbentuk separuh bulatan yang pusatnya terletak ditengah-tengah di antara
tiang-tiang tegak yang berjejari minimum seperti tidak melebihi 1:250. Kawasan
mendarat mesti ditempatkan supaya kemaraan atlet ke arah kecerunan menurun.
3. Kawasan lonjak hendaklah rata atau sebarang kecerunan hendaklah mengikut
peraturan 182.4 dan manual trek dan padang

ALAT 
Tiang 
1. Apa jua bentuk tiang boleh digunakan asalkan tegap. Kedua-duanya hendaklah
mempunyai sangga untuk menopang palang dengan mantap.
2. Tiang-tiang tersebut mestilah cukup tinggi supaya sekurang-kurangnya ia
melebihi 10cm daripada paras sebenar palang dinaikkan.
3. Jarak di antara tiang ialah tidak kurang daripada 4m dan tidak melebihi 4.04m
4. Tiang tersebut tidak boleh dianjak semasa pertandingan melainkan refri
merasakan sama ada landas lari dan kawasan lonjak menjadi tidak sesuai. Jika
demikian, perubahan hanya boleh dibuat selepas selesainya satu pusingan. 

Sangga Palang
1. Sangga hendaklah rata dan berbentuk empat segi bujur, 4cmx6cm. Sangga-
sangga ini hendaklah menekap kukuh semasa lompatan dilakukan dan
kedudukannya menghadap ke dalam. Hujung palang akan terletak diatasnya
sedemikian rupa supaya palang mudah jatuh, ke depan atau ke belakang, apabila
tersentuh oleh peserta. Sangga-sangga ini tidak boleh dibalut dengan getah atau
dengan sebarang benda lain yang akan meningkatkan kesan geserannya dengan
palang, atau tidak juga ia boleh dipasang dengan apa jua jenis spring. Sangga
hendaklah sama tinggi di atas kawasan lonjak betul-betul di bawah setiap hujung
palang.
2. Hendaklah ada ruang diantara hujung palang dengan bang sekurang-kurangnya
1cm

FASA LOMPATAN TINGGI


Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa pergerakan iaitu :
a) Penujuan – larian menghala ke palang
b) Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan
c) Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas
palang.
d) Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.

Penujuan
Bisanya pelompat mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian di mana tiga
langkah terakhir itu adalah bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang
menyediakn pelompat melepasi palang dengan bahagian belakangnya dahulu.

Lonjakan
Ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengaklhiri larian yang
melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakn
yang hamper selari dengan palang. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan
dihayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga
dibengkokkan. Lutut ini juga digerakkan secara melintang badan untuk membantu
pusingan badan diudara supaya bahu menjadi selari dengan palang.

Layangan
Semasa di udara, pelompat menoleh kebelakang (memenadang palang) sambil
melentikan badan.Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah
kaki dibengkokkan dibahagian lutut. Lentikkan badan ini akan membantu bahagian
punggung pelompat badan melepasi palang. Setelah badan pelompat melepasi
palang, kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak keatas. Tindakan
ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai persediaan
untuk pendaratan.

Pendaratan
Serentak dengan mengangkat kakinya ke atas, pelompat menarik kepala dan
dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat
mendarat di atas bahagian belakang badannya (tulang belikat)

GAYA LOMPAT TINGGI


Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling
barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.

Gaya gunting
Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang
berada diluar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam
keadaan duduk berlunjur.

Gaya Timur
Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa
melonjak,kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat
melepasi palang secara mengiring.

Gaya guling barat


Penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting.Pelompat melonjak
dengan kaki yang lebih dekat dengan palang.Kaki lonjakan berada dalam keadaan
bengkok semasa pelompat ‘ berguling’ selari dengan palang untuk membuat
pelepasan.

Gaya pelana
Gaya ini hampir sama dengan gaya fuling barat.Pelompat menuju ke palang secara
bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan
keadaan badannya seolah-olah meniarap di

atas palang.

Gaya Fosbury Flop


Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya Fosbury Flop.
Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968. Beliau telah
memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang melompat tinggi di mana
pelepasan palang di buat dengan bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan
dibuat di belakang badan hampir dengan bahagian tengkuk.

PERATURAN ASAS ACARA LOMPAT TINGGI


Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki
Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian permulaan yang
disukainya
Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak
melompat.

Menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh kawasan


mendarat apabila tidak berjaya melompat
Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut
(tanpa diambil kira di aras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada
pertandingan.
Seseorang peserta berhak meneruskan lompatan (walaupun semua peserta lain
gagal) sehingga dia tidak dapat menuruskannya lagi mengikut peraturan.
Ketinggian lompatan di ukur secara menegak dari aras tanah hingga bahagian
tengah disebelah atas padang.

You might also like