You are on page 1of 2

DOA MAJLIS KHATAM AL-QURAN KPT 2010

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah...alaikh...
(Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarga dan para
sahabat baginda yang dirahmati.)

YA RAHMAN YA RAHIM.....

Ya Allah Ya Tuhan kami, pada hari yang penuh barakah ini, kami zahirkan
rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerahMu ke atas kami;
nikmat keamanan, ‘afiat kesejahteraan dan limpahan rezeki yang Engkau
kurniakan kepada kami, tidak dapat kami hitungkan. Lantaran itu, Engkau
mantapkanlah jiwa kami yang kerdil ini dengan nilai keimanan, kuatkan hati
nurani kami dengan rimbun ketaqwaan serta hiaskanlah diri kami dengan
kemulian akhlak dan keperibadian.

YA ALLAHU YA KARIM......

Di majlis Khatam al-Quran Perigkat Kementerian Pengajian Tinggi ini, kami


dengan rendah hati menadah tangan memohon doa restu daripadaMu
limpahkanlah rahmat dan hidayah dari sisiMu, agar kami sentiasa di bawah
pimpinan dan petunjukMu. Bukakanlah ke atas kami hikmahMu dan
limpahkanlah khazanah rahmatMu kepada kami.

YA ALLAHU YA QUDDUS....

Kurniakanlah kepada kami kebijaksanaan dan hikmah, ketulusan dan


ketelusan, amanah dan budi pekerti yang tinggi. Permudahkanlah setiap
urusan pekerjaan kami, ringankanlah beban tanggungjawab terhadap tugas-
tugas kami dan berkatilah segala usaha kami untuk meninggikan kualiti
perkhidmatan kami. Perelukkan pekerjaan kami dengan kesopanan,
perteguhkan nilai akhlak kami dengan sifat jati diri, serta sempurnakan tugas
kami dengan kecekapan dan efisiensi.

ALLAHUMMA YA MUJIB ASSAILIIN......

1
Ya Allah Ya Tuhan kami, Satukanlah hati-hati kami sebagai insan yang
bersaudara, eratkanlah hubungan kami untuk kami terus bekerjasama demi
kebaikan bersama. Anugerahkan kepada kami Ya Allah....keselamatan dan
kesejahteraan yang berterusan, hindarilah kami dari segala keburukan dan
bala bencana, kesusahan dan kesakitan yang tidak mampu kami tanggung.

‫َربَّنَا َءا ِتنَا ىِف ادلُّ نْ َيا َح َسنَ ًة َوىِف اْآل ِخ َر ِة َح َسنَ ًة َو ِقنَا عَ َذ َاب النَّار َو َصىَّل هللا ُ عَىَل َس ِ ّي ِداَن ُم َح َّم ٍد َوعَىَل َءاهِل ِ َوحَص ْ ِب ِه‬
َ ‫َأمْج َ ِعنْي َ َوالْ َح ْمدُ ِِهلل َر ِ ّب الْ َعالَ ِمنْي‬

Disediakan oleh,
Norliah Sajuri
Pegawai Hal Ehwal Islam
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat

You might also like