1.

0

Pengenalan. Dasar menurut Kamus Dewan bermaksud pertimbangan seperti cara, sistem dan lain-lain

yang asas. Bagi sesebuah negara, dasar biasanya dikaitkan dengan polisi kerajaan dalam usaha mencapai sesuatu tujuan atau matlamat yang telah ditetapkan. Secara ringkasnya, dasar dapatlah didefinisikan sebagai perkara yang merujuk kepada prinsip, haluan, sikap, pandangan serta pegangan secara kolektif yang diambil dan dilaksanakan oleh pihak pemerintah sesuatu negara atau organisasi. Dasar juga adalah sesuatu yang dirujuk sebagai maklumbalas terhadap sesuatu permintaan yang dikemukakan oleh kumpulan yang berkepentingan supaya sesuatu perkara yang ditimbulkan akan diselesaikan dengan segera. Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat banyak dasar yang telah diwujudkan setiap dasar yang dibentuk mempunyai matlamat dan tujuannya yang tersendiri. Sesuatu isu pula timbul apabila wujudnya masalah dalam sesuatu masyarakat yang mana menuntut supaya tindakan tertentu diambil terhadap hal tersebut. Tujuan dasar dilaksanakan adalah untuk menyatakan pandangan, sikap dan prinsip sesebuah kerajaan dan badan berautoroti dalam sesebuah perkara sebagai panduan dan asas semua pihak yang terlibat. Kewujudan dasar adalah berpunca daripada sesuatu masalah. Masalah yang dimaksudkan ialah sesuatu masalah yang dihadapi oleh sebilangan besar masyarakat di mana penyelesaiannya adalah di luar kemampuan mereka. Masalah ini sering menjadi serius sehingga menjadi satu isu dan diolah dalam bentuk tuntutan kerajaan. Walau bagaimanapun, tidak semua masalah yang dibangkitkan oleh masyarakat memerlukan pembuat dasar mencari dan mengenal pasti punca isu itu.

1

2.0

Proses Penggubalan Dasar. Sesuatu dasar dibentuk untuk memenuhi objektif-objektif sosio-ekonomi sesebuah

negara. Dasar ini juga mencerminkan nilai dan aspirasi kerajaan dalam menyelesaikan segala masalah dan halangan yang dihadapi. Oleh kerana dasar ini bersifat dinamik, maka dasar sentiasa berubah-ubah mengikut nilai-nilai masyarakat dan kepimpinana mengikut masa. Oleh yang demikian, dasar perlu dibentuk supaya sesuai dengan ciri-ciri dan keperluan semasa negara. Pada masa yang sama, dasar merupakan satu proses yang kompleks kerana melibatkan pelbagai pihak yang berkepentingan dalam membuat keputusan. Peranan kerajaan dalam melaksanakan dasar bertujuan untuk membantu mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dalam masyarakat atau negara. Tindakan dasar hádala berdasarkan persetujuan pihak kerajaan membuat keputusan dan tindakan yang diambil terhadap sesuatu isu. Tindakan kerajaan dalam melaksanakan sesuatu dasar akan melalui proses yang kompleks dan panjang. Hal ini untuk memastikan agar pelaksanaan sesuatu dasar akan memberikan manfaat kepada masyarakat khususnya bagi kumpulan yang disasarkan. Secara umum, peringkat pelaksanaan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan meliputi beberapa peringkat, iaitu proses yang dilalui adalah proses mengenal pasti masalah, mengemukakan alternatif yang sesuai, merancangkan tindakan dasar yang sesuai, hasil dasar. Peringkat terakhir yang dilalui adalah penilaian sejauh mana hasil dasar telah dapat menyelesaikan masalah yang timbal dalam masyarakat.

2

Oleh yang demikian. Namur. Pendekatan atau cara seseorang melihat sesuatu masalah itu daripada pelbagai sudut akan menentukan bagaimana cara atau kaedah yang akan digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Alternatif yang hendak diputuskan bergantung pada maklumat yang diperolehi. maka penilaian dasar akan dilakukan untuk melihat sejauhmana hasil dasar itu dapat mencapai objektif dasar atau dapat mengatasi masalah yang hendak diselesaikan. maklumat berkenaan tindakan dasar itu boleh diperolehi Melalui proses peramalan dan penilaian terhadap hasil yang diharapkan dari tindakan yang hendak diambil. 3 . Apabila hasil dasar telah diperolehi. Hasil dasar merupakan kesan tindakan dasar yang diambil. Seterusnya. Justeru itu. usaha dalam mencari alternatif masalah memerlukan tenaga kreativiti. alternatif dasar pula adalah pelbagai tindakan dan usa yang akan memberi sumbangan dalam mengurangkan sesuatu masalah dasar. juruanalisa perlu mengambil tahu tentang kesan positif dan negatif sesuatu tindakan yang akan diambil.Proses mengenal pasti masalah merupakan sesuatu nilai. kehendak atau peluang yang boleh diperolehi melalui tindakan orang awam. intuisi dan pertimbangan yang cekap serta kepakaran dalam bidang masalah yang hendak diselesaikan. Kerana itu. Di samping itu. atau sudah lapuk dalam menyelesaiakan masalah yang dihadapi. adakalanya maklumat yang diperolehi mungkin tidak mencukupi. Dalam mengambil sesuatu tindakan dasar. Maklumat yang kurang tepat atau tidak betul pada tahap mengenal pasti masalah akan menyebabkan masalah yang sebenar tidak dapat diselesaikan. tindakan dasar pula merupakan satu kaedah yang tindakan yang diambil dalam usaha mencapai hasil yang dikehendaki. tidak mempunyai kaitan.

Dasar Penswastaan telah diberikan demensi baru. Dasar Penswastaan telah dilancarkan oleh Dato’ Seri Dr. Penswastaan ini telah mendapat perhatian oleh beliau selepas 2 tahun perlantikannya sebagai perdana menteri. Demensi baru ini juga wujud selepas perlantikan En. Dasar Pensyarikatan Malaysia dan Dasar Pandang Ke Timur kurang menampakkan keberkesanan dalam segi pelaksanaannya. Hakikatnya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Dasar ini dilancarkan selepas Dasar Pensyarikatan Malaysia diperkenalkan dan ianya menyentuh peranan pihak swasta dalam pembangunan dan pentadbiran negara.0 Dasar Penswastaan. Penswastaan juga dapat didefinisikan sebagai pelaburan atau kepentingan kerajaan sama ada yang sedia atau yang baru dikendalikan oleh sektor swasta. maka bagi memperbaiki keadaan ini. 3. 4 . maka masalah itu akan dikaji dan dirangka semula atau alternatif lain akan difikirkan sehingga memperolehi hasil yang optimum. Keseluruhannya dapat difahami bahawa penswastaan adalah suatu proses pemindahan aktiviti dan fungsi yang pada tradisinya merupakan tanggungjawab sektor awam kepada sektor swasta. Perlantikan beliau telah membawa nafas baru kepada Dasar Penswastaan yang telah diperkenalkan ini. Mahathir iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia pada sekitar tahun 1983. penswastaan membawa maksud tindakan atau perihal untuk memindahkan perkhidmatan dan perusahaan yang diurus oleh kerajaan kepada pengendalian pihak swasta. Sekiranya masalah itu tidak dapat mencapai hasil yang diharapkan.analisis dasar ini boleh juga dianggap sebagai satu cara untuk merangka masalah agar sesuatu masalah itu dapat diselesaikan. Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan pada pertengahan tahun 1984 dan krisis ekonomi pada tahun 1985-1986.

kerajaan tidak dapat membelanjakan lebih banyak peruntukan kewangannya bagi tujuan pembangunan maka dasar ini telah banyak membantu bagi memulihkan ekonomi negara. Rasional utama Dasar Penswastaan ini dapat dilihat melalui ucapan Dato’ Seri Dr. 3.2 Objektif Dasar Penswastaan. kerajaan juga mahu mengubah prestasi agensi-agensi yang memberi perkhidmatan awam kepada orang ramai agar ianya menjadi lebih sistematik dan bersesuaian dengan ekspetasi masyarakat. Sebaliknya sektor swasta didapati lebih cekap dan lebih bermotivasi. Antara objektif dasar ini adalah untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan dan pentadbiran kerajaan. kerajaan-kerajaan di mana jua di dunia adalah terkenal dengan ketidakcekapannya walaupun dibantu dengan unsur-unsur monopoli dan kuasa kerajaan.1 Rasional. Dengan itu. Adalah menjadi harapan kerajaan agar penswastaan dapat meningkatkan prestasi ekonomi dan perkhidmatan keseluruhannya yang seterusnya akan menghasilkan peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi negara yang lebih tinggi”.3. Terdapat beberapa objektif yang telah digariskan oleh kerajaan semasa merangka Dasar Penswastaan ini. Selain itu juga. Hal ini menunjukkan bahawa penswastaan adalah bertujuan untuk meningkatkan ekonomi negara akibat daripada kemeseletan ekonomi dunia yang berlaku ketika itu. Mahathir iaitu “ Dalam menguruskan sesebuah pengurusan. Umum ketahui Perbelanjaan Pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Keempat dianggarkan telah meningkat hampir 4 kali ganda berbanding perbelanjaan 5 .

Hal ini menyebabkan saiz perbelanjaan kerajaan semakin meningkat. Oleh itu penswastaan merupakan cara terbaik bagi mengatasi permasalahan ini. Peranan sektor swasta yang lebih giat dalam projek pembangunan akan dapat memberi sumbangan ke arah pencapaian objektif ini. Matlamat sektor swasta adalah mencari keuntungan tanpa ada kongkongan daripada peraturan-peraturan bioraksi perkhidmatan awam. Objektif lain adalah untuk meninggikan tahap kecekapan dan meningkatkan daya pengeluaran. oleh itu kerajaan telah mengambil langkah bagi menyerahkan beberapa kegiatan komersial kepada swasta. Dasar penswastaan adalah bertujuan bagi meningkatkan lagi kecekapan dan daya produktiviti dalam kegiatan ekonomi. 6 . Hasil ini dapat digunakan bagi menambah pembiayaan rancanganrancangan pembangunan negara. ianya dapat mengurangkan bebanan kewangan kerajaan. Apabila banyak syarikat swasta ditubuhkan maka persaingan akan berlaku di antara mereka. persaingan antara syarikat-syarikat akan berlaku seterusnya akan dapat mewujudkan mutu perkhidmatan yang tinggi dengan kadar bayaran yang rendah. khususnya dalam kegiatan yang selama ini disediakan oleh sektor awam. Kelambatan sering dijadikan punca utama dalam kelemahan menyediakan perkhidmatan mahupun dari segi pengurusan yang diterima oleh orang ramai. Dengan ini. Hal ini secara tidak lansung dapat mengerakkan ekonomi negara kita dengan tindakan kerajaan yang mengenakan cukai kepada syarikat-syarikat berkenaan. Banyak rungutan dan aduan dibuat oleh orang ramai mengenai soal prestasi agensiagensi yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada orang awam dan sektor swasta.kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kedua. Dengan ini. Satu lagi unsur penting di sebalik penswastaan ialah keperluan untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara. Objektif ketiga adalah menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.

3 Kebaikan Dasar Penswastaan. pihak swasta lebih gemar menghantar pekerjanya ke luar negara bagi menambahkan kepakaran mereka yang sedia ada dengan melihat sistem kerja yang lebih baik dan canggih di negara-negara maju seperti Jepun. Hal ini sekaligus dapat menambah pendapatan keluarga yang sedia ada berbanding sebelum wujudnya penswastaan. rakyat mahupun kepada kerajaan dan negara setelah wujudnya dasar penswastaan. Dasar penswastaan dikira dapat memberi faedah kepada rakyat apabila dengan adanya penswastaan. gaji pekerja swasta adalah lebih tinggi berbanding dengan penjawat awam. pekerja diberikan kelebihan dari segi skim gaji berbanding dengan sektor kerajaan. Pelbagai faedah yang dapat diterima oleh pekerja. pekerja juga diberi peluang yang lebih baik untuk peningkatan dalam kerjaya. Contohnya selepas Tenaga Nasional Berhad diswastakan. Selain itu juga. rakyat menerima perkhidmatan yang lebih cekap dan teratur. perkhimatan bekalan elektrik lebih efisen apabila pelanggannya menghadapi masalah. Hal ini kerana. Selain itu juga. dalam jangka masa yang panjang pengguna dapat membayar perkhidmatan yang disediakan oleh agensi perkhidmatan yang diswastakan dengan bayaran yang murah kerana adanya persaingan antara sebuah syarikat dengan syarikat lain dalam menjalankan perkhidmatan yang sama bagi merebut hakmilik sesuatu perusahaan itu sekaligus rakyat mendapat perkhidmatan yang bermutu dari semasa ke semasa. Antaranya melalui penswastaan. Terdapat pelbagai faedah atau kebaikan yang dapat diperolehi oleh semua golongan terutamanya kepada pekerja.3. Penswastaan yang dijalankan ini dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat. Hal ini adalah sebahagian daripada ganjaran yang diperolehi setelah mereka memberi perkhidmatan yang terbaik kepada orang dan setrusnya menguntungkan sesuatu organisasi itu. Hal ini dapat 7 . Penswastaan juga dapat memberikan peluang pekerja untuk memiliki saham sesuatu organisasi. Umum ketahui.

Kebanyakannya. masalah ini dihadapi oleh masyarakat pendalaman yang berpendapatan rendah. penswastaan dilihat sebagai jalan keluar untuk mengatasi masalah hutang sektor awam yang lebih besar. Kerajaan atau negara juga dapat menikmati banyak faedah daripada penswastaan ini. 3. Selain itu juga. Penswastaan sepenuhnya dalam sesetengah sektor juga mampu mengundang masalah kepada rakyat atau pengguna. Pelaksanaan Dasar Penswastaan di negara ini memperlihatkan kebaikan yang mampu untuk memajukan pelbagai sektor dalam negara sebagai contoh sektor ekonomi negara yang telah berkembang pesat kini. penswastaan juga dapat membayar perbelanjaan kerajaan melalui hasil tambahan iaitu cukai-cukai yang dikenakan oleh kerajaan bagi syarikatsyarikat swasta.mengatasi masalah pengangguran yang berlaku di Malaysia seterusnya dapat mengurangkan gejala sosial yang berleluasa kini akibat akibat daripada pengganguran. Walau bagaimanapun. Antaranya. Dengan adanya penswastaan juga. Hal ini akan menyebabkan sesebuah perkhidmatan itu akan lebih sistematik dan tersusun sekiranya kerajaan tidak memegang semua perkhidmatan yang ditawrkan kepada orang ramai. kerajaan lebih prihatin terhadap perkhidamatan-perkhidmatan yang tidak diswastakan. juga bagi menghadkan pertumbuhan sektor awam dan mengurangkan perbelanjaan yang sia-sia. maka mereka ini tidak akan mampu mendapatkan perkhidmatan ini. pelaksanaan dasar ini juga telah mengundang keburukan kepada negara. Jika sektor penting seperti pendidikan dan kesihatan diswastakan sepenuhnya. 8 . Anataranya.4 Keburukan Dasar Penswastaan. rakyat akan terbeban dari segi kewangan akibat daripada sesetengah pihak swasta yang mahukan keuntungan sematamata dalam memberikan perkhidmatannya.

diserahkan atau dimiliki oleh sektor swasta. Ini kerana. Penswastaan ini berlaku secara penuh atau keseluruhan iaitu 100 peratus hakmilik kerajaan dalam kegiatan sekarang. bentuk penswastaan lain ialah penswastaan secara sebahagian. Pelaksanaan dasar ini juga akan menggugat kedudukan sektor awam yang sedia ada. Selain itu. kerajaan tidak lagi mempunyai kepentingan dalam perusahaan tersebut kerana ianya telah dipindah milik sepenuhnya kepada sektor swasta. Pemilihan bentuk-bentuk organisasi penswastaan yang sesuai ini adalah bergantung pada corak kegiatan yang diswastakan serta ciriciri yang terdapat dalam kegiatan yang berkenaan. penguasan dan pengurusan kerajaan terhadap perusahaan berkenaan akan berpindah ke sektor swasta. Mereka juga snggup mengeluarkan wang lebih asalkan perkhidmatan yang dikehendaki diperoleh dengan cepat dan memenuhi citarasa mereka. Segala hakmilik. Antara bentuk penswastaan yang diwujudkan ialah penswastaan secara menyeluruh. Oleh yang demikian. 3. bagi mereka yang berpendapatan tinggi mereka akan lebih memilih perkhidmatan yang ditawarkan oleh sektor swasta walaupun caj yang dikenakan agak tinggi tetapi mereka tidak perlu mengikut prosedur yang merumitkan. Taraf hakmilik suatu kepentingan atau perusahaan 9 .5 Bentuk Penswastaan. Penswastaan mengandungi beberapa bentuk. Hal ini berbeza dengan penswastaan secara menyeluruh kerana kerajaan masih lagi mempunyai hal milik terhadap sesuatu perusahaan walaupun hanya sebahagian sahaja. Pemindahan hak milik antara sektor swasta dan kerajaan adalah hanya sebahagian dan penguasan kerajaan adalah bergantung pada peratus hakmilik yang dipegang olehnya.Selain itu juga. Dasar Penswastaan juga boleh mewujudkan eksploitasi antara pihak swasta kepada pengguna atau rakyat.

Contoh penswastaan secara sebahagian boleh dilihat melalui Syarikat Airod Sdn. penguasaaan atau pengurusan bagi perkhidmatan atau kepentingan yang dirancang untuk diswastakan. Penswastaan secara terpilih ini tidak melibatkan bentuk hakmilik. 10 . bercorak perniagaan swasta. Contohnya. Pada umumnya. Bentuk penswastaan lain ialah penswasataan secara kontrak. pengurusan bercorak perniagaan ini bermaksud pengurusannya adalah berpandukan kepada beberapa amalan atau prnsip perniagaan dan itu tidak melibatkan apa-apa pemindahan hakmilik. Seterusnya.yang dipindah untuk dikendalikan secara syarikat biasanya akan berbeza mengikut keadaan. penguasan atau pengurusan kerajaan. Dermaga Kontena Pelabuhan Klang.Bhd. menguasai dan menguruskan bagi perkhidmatan yang selebihnya. Penswastaan secara terpilih juga merupakan salah satu bentuk penswastaan yang terdapat di Malaysia. Bentuk penswastaan ini adalah suatu keadaan apabila sesebuah agensi yang bertanggungjawab kepada perkhidmatan-perkhidmatan tertentu . Konsep ini sering diguna pakai oleh kerajaan dalam memberikan perkhidmatan kepada orang ramai. sebuah perusahaan akan dimiliki oleh kerajaan sekiranya kerajaan memiliki lebih 50 peratus daripada modal saham syarikat berkenaan dan sebaliknya. penswastaan secara pajakan dan penswastaan berbentuk pengurusan swasta. Contohnya. mnejual atau memajakkan satu bahagian tertentu sahaja daripada perkhidmatnnya sementara terus memiliki. penswastaan berbentuk pengurusan. Sesuatu perkhidmatan ini kemungkinan akan dimiliki sepenuhnya atau sebahagian oleh pihak swasta.

Objektif Jabatan Telekom Malaysia di bawah pihak kerajaan ialah untuk menyediakan perkhidmatan telekomunikasi yang cekap dan moden di dalam dan di luar negeri untuk memenuhi keperluan negara. Sehubungan itu. penyiaran. Jabatan Telekom Malaysia beroperasi di bawah sebuah jabatan kerajaan iaitu di bawah Kementerian Tenaga Telekom dan Pos dan semua pengurusan adalah tertakluk di bawah penguasaan kerajaan. Manakala jabatan ini juga merupakan satu-satunya jabatan yang menyediakan perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia. Jabatan Telekom Malaysia bertanggungjawab di bawah pihak kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan telekomunikasi seperti perkhidmatan telefon. telegram. Terdapat banyak faktor mengapa jabatan ini telah diswastakan iaitu antaranya. Hal ini. 11 . Pada mulanya. maka kuasa perkhidmatan telekomunikasi telah dimonopoli oleh jabatan ini. di samping memastikan bayaran perkhidmatan berpatutan dikenakan ke atas pelanggan. kawalan penerbangan dan komunikasi dalam kecemasan. Mahathir Mohammad maka terdapat banyak perubahan-perubahan yang telah dibuat bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan dalam telekomunikasi.0 4. termasuklah kos penyelenggaraan telekom yang tidak dapat ditampung oleh kerajaan serta pembaikan kemudahan yang rosak. pada masa itu negara kita mengalami kemerosotan ekonomi menyebabkan beberapa jabatan kerajaan terpaksa diswastakan. Sejarah PenubuhanTelekom Malaysia. penubuhan Jabatan Telekom Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Telekumunikasi 1950.4. teleks.1 Telekom Malaysia. Apabila Jabatan Telekom Malaysia ini telah diswastakan pada tahun 1990 iaitu menjadi Syarikat Telekom Malaysia Berhad iaitu melalui Dasar Penswastaan di bawah pimpinan Dato’Seri Dr.

Sehubungan itu. Merujuk kepada lampiran 2 yang menyatakan penggunaan perkhidmatan komunikasi sebelum diswastakan dan selepas diswastakan. melalui penswastaan TM akan dapat membantu kepada banyak usahawan untuk meluaskan perniagaan bukan sahaja dalam negara tetapi di seluruh dunia iaitu melalui kemudahan internet. Sebagai contoh. sebelum TM belum diswastakan perkhidmatannya hanya tertumpu kepada telefon dan telegram dan perkhidmatannya agak lambat tetapi setelah diswastakan TM telah mempelbagaikan perkhidmatan yang disediakan seperti kemudahan internet iaitu penggunaannya yang semakin berleluasa bukan sahaja di Malaysia tetapi diseluruh dunia.4. 12 . Dalam Dasar Penswastaan dilaksanakan pastinya menuju kepada kebaikan yang telah difikirkan dan dirancang bagi mendapat input yang terbaik kepada negara. yang tidak menggunakan banyak kos untuk mempromosikan produk atau apa-apa saja. Tetapi walaupun negara mencapai kemajuan yang terlaksana melalui Dasar Penswastaan sudah pasti terdapat beberapa kelemahan yang akan dihadapai dan perlu dibendung agar kesemua perkhidmatan telekomunikasi dapat dimanfaatkan oleh semua golongan. Selain itu. cekap. cepat dan senang. dengan mencari rakan perniagaan juga lebih mudah berbanding sebelum TM diswastakan kerana perkhidmatan seperti ini adalah amat terhad. masyarakat dapat menikmati perkhidmatan yang lebih baik. Jelas menyatakan peningkatan yang amat ketara selepas diswastakan.2 Kebaikan TM Selepas Diswastakan. Terdapat beberapa kebaikan yang dapat masyarakat nikmati apabila Syarikat Telekom Malaysia Berhad ini telah diswastakan antaranya. iaitu pelbagai projek telah dirancang terlebih dahulu.

kebaikan yang dapat dinikmati setelah TM diswastakan juga memberi banyak keuntungan kepada kerajaan iaitu apabila keuntungan TM semakin meningkat maka sedikit sebanyak dapat memberi pendapatan kepada kerajaan seperti cukai. juga memberi kebaikan kepada semua lapisan masyarakat dengan banyak menyediakan pondok telefon. telefon kediaman dan sebagainya untuk memberi kesenangan kepada masyarakat tidak kira dalam apa-apa jua situasi sama ada kecemasan ataupun untuk kegunaan peribadi.Selain itu. Disamping itu. Pihak TM juga tidak mengabaikan tanggungjawabnya seperti menyediakan satu panggilan percuma 999 untuk kecemasan yang dituntut dalam Akta Komunikasi iaitu setiap syarikat perkhidmatan komunikasi wajib untuk menyediakan panggilan kecemasan secara percuma. Merujuk kepada Lampiran 1 menunjukkan perbezaan TM sebelum diswastakan dan selepas diswastakan iaitu pulangan asset. syarikat ini telah mempromosi perkhidmatannya dengan memberi telefon rumah dan pemasangan secara percuma kepada rakyat agar perkhidmatannya lebih meluas dan dikenali. menunjukkan kecekapan yang sangat baik TM setelah ia diswastakan dan tidak merisaukan pihak kerajaan untuk memastikan apabila syarikat tersebut diswastakan tidaklah akan mengalami kerugian. Selain itu. iaitu sebelum penswastaan TM dilaksanakan terdapat beberapa perjanjian yang perlu dipatuhi oleh pihak swasta iaitu mesti mengambil pekerja lama untuk bekerja disyarikat mereka. Semasa diawal penswastaan telekom. bukan sahaja kebaikan itu tertumpu kepada perkhidmatan tetapi juga member faedah kepada pekerja tempatan. Apabila perjanjian ini dipersetujui maka TM telah menghantar 13 . hasil dan sebagainya menunjukkan peningkatan. apabila pendapatan kerajaan meningkat maka kerajaan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan awam yang lain dengan membuat projek-projek pembangunan yang lain pula melalui hasil cukai yang diperolehi setelah TM mendapat keuntungan dan kebaikannya untuk semua rakyat. Malah. Hal ini.

Namun begitu. jelas berlaku sekarang yang telah menyebabkan banyak ibu bapa dan guru-guru bimbang dengan masalah seperti ini yang berlaku di zaman globalisasi teknologi. Mungkin tidak menjadi masalah kepada golongan yang berkemampuan dan merasakan ianya setimpal dengan harga dan perkhidmatan yang sediakan. Hal ini. Tambahan pula. Sehubungan itu.3 Keburukan TM Selepas Diswastakan. Tetapi golongan yang berpendapatan rendah tidak mampu untuk mendapatkan perkhidmatan kerana tidak mampu untuk membayarnya. Hal ini. bermain game dan sebagainya sehingga pelajaran diabaikan. peningkatan dalam perkhidmatan komunikasi ini memberi kesan kepada gejala sosial.pekerja-pekerja untuk menjalani kursus sama ada di dalam negara mahupun di luar negara bagi meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan bekerja. 14 . sekiranya perkara ini tidak dibendung negara kita mungkin tidak akan mencapai matlamat Wawasan 2020. Terutamanya dalam penggunaan perkhidmatan internet iaitu anak-anak muda boleh melayari laman web lucah dan sebagainya tanpa apa-apa sekatan. 4. Selain itu. Perkara yang amat jelas ialah apabila pembaikan perkhidmatan yang disediakan maka harga yang ditawarkan juga meningkat. Tetapi. jelas menampakkan ketidakadilan terhadap golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu untuk menikmati teknologi dalam komunikasi. terdapat juga kelemahan disebalik penswataan TM. usaha untuk mencapai Wawasan 2020 semakin sukar dicapai kerana bukan sahaja kemajuan teknologi yang ingin dicapai tetapi kemajuan akhlak atau sahsiah diri masyarakat juga lebih baik seiringan dengan kemajuan teknologi. masalah yang dihadapi oleh pelajar sekolah ialah lalai melayan atau mencari kawan melalui internet.

Kajian yang dilaksanakan ini menjurus kepada Dasar Penswastaan yang dilakukan terhadap Telekom Malaysia (TM). penswastaan TM ini juga boleh meluaskan jurang perbezaan diantara kaum. ini tidak adil bagi orang lain yang tidak menjadi sebahagian dari keluarga pihak majikan. Bagi melihat sejauhmana dasar penswastaan ini wajar diterima atau tidak. Sekiranya.Di samping itu. Malah.1 Responden : Pegawai Telekom Malaysia (TM) 15 . Kewujudan dan pelaksanaan sesuatu dasar di Malaysia mendapat penerimaan yang berbeza daripada masyarakat sama ada diterima secara terbuka malah ada juga yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan tersebut dengan memberikan alasan-alasan yang tertentu. pekerja Cina sahaja yang layak maka pekerjanya semuanya Cina sahaja dan kaum lain sedikit sahaja. kerana pihak swasta hanya akan memilih pekerja yang berkemahiran tanpa mengira status pekerja tersebut yang berbeza dengan pihak kerajaan akan mengambil pekerja mengikut kaum agar ditempat kerja dapat dipupuk semangat perpaduan tetapi pihak swasta hanya akan memikirkan keuntungan berbanding kebajikan. terdapat juga kes iaitu pihak TM itu lebih cenderung mangambil ahli keluarganya sebagai pekerja. iaitu beberapa responden telah ditemuramah dan soalan soal selidik juga diedarkan bagi mendapat maklum balas yang lebih jelas sama ada dasar penswastaan ini wajar dilaksanakan atau tidak. satu kajian telah dibuat. Begitu juga dengan tanggapan dan penerimaan masyarakat terhadap Dasar Penswastaan sama ada setuju atau sebaliknya.0 Kewajaran Penerimaan Dasar Penswastaan. melalui situasi itu sukarlah menwujudkan perpaduan antara kaum yang selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru. 5. Maka. 5.

sistem pengurusan dan pentadbiran mempunyai banyak halangan dan pelaksanaannya juga terhad. Melalui borang soal selidik matlamatnya untuk mengetahui maklum balas dan kepuasan pengguna terhadap mutu perkhidmatan TM dan Dasar Penswastaan. selepas penswastaan. terdapat lebih kelonggaran dan kebebasan dalam menentukan sistem pentadbiran serta urus tadbir syarikat kerana segala urusan di bawah penyeliaan TM sendiri.2. Sebelum TM menjadi sebuah syarikat swasta. Hal ini kerana kebanyakan peraturan dan ketetapan adalah di bawah kawalan pihak kerajaan. Beliau berpendapat semua dasar16 . sistematik dan seragam bagi semua cawangan. Namun. Hal ini menjadikan pengurusan lebih efektif.1 Responden Bekerjaya Melalui responden yang bekerjaya. Dapatan melalui temuramah ini mendapati bahawa beliau memahami tentang pelaksaaan Dasar Penswastaan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. terdapat perbezaan yang dialami oleh syarikat TM sebelum dan selepas diswastakan. Kaedah kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik dan temuramah.Proses temuramah telah dijalankan terhadap Pegawai Telekom di Tanjung Malim bagi mendapatkan pendapat serta pandangan beliau berkaitan dasar ini. satu temuramah telah dilakukan kepada salah seorang pensyarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang juga merangkap pensyarah di Jabatan Pengajian Malaysia iaitu Profesor Dato’ Dr.2 Responden : Pengguna Telekom Malaysia Sasaran kajian ini lebih kepada pengguna TM itu sendiri sama ada kepada mereka yang bekerjaya mahupun para pelajar. Yaacob Harun mengenai pandangan dan pendapat beliau mengenai pelaksanaan Dasar Penswastaan di Malaysia. Menurutnya. 5. 5.

perkhidmatan yang diswastakan seperti sekolah. Selain itu. Keselesaan dan kebajikan pengguna kurang diberi perhatian dan mereka bersikap lepas tangan dalam sesetengah perkara. kemajuan negara kita berada pada tahap yang rendah dengan taraf hidup dan pandapatan perkapita penduduk yang rendah. perlunya bantuan daripada kerajaan untuk menangani masalah rakyat. kurangnya pelaburan menyebabkan pergerakan ekonomi negara bergerak perlahan. Beliau juga berpendapat jabatan kerajaan tidak begitu efisien dalam menjalankan perkhidmatan. syarikat bekalan air 17 .dasar yang terdapat dalam negara merupakan suatu usaha yang berterusan dilakukan oleh kerajaan dalam usaha untuk membentuk sebuah negara yang maju. kerajaan akan menanggung kerugian. Para penduduk tidak mampu untuk memajukan diri mereka terutamanya dalam sektor ekonomi. klinik dan lain-lain. Jika diswastakan rakyat tidak mampu menerima perkhidmatan dengan kos yang tinggi ekoran daripada taraf hidup yang rendah. Terdapat banyak aspek yang perlu ditekankan oleh jabatan kerajaan itu sendiri untuk mencapai tahap kemajuan negara seperti yang dicita-citakan. pada ketika dahulu sebelum mengalami perubahan arus pemodenan dan teknologi yang pesat seperti masa kini. Urusan dengan jabatan kerajaan lebih kepada karenah birokrasi dan perlu mengikuti prosedur yang rumit untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan. hospital. sektor ekonomi juga kurang berkembang dengan kekurangan infrastruktur yang baik. Hal ini kerana apabila rakyat yang lebih berkemampuan akan memilih perkhidmatan yang ditawarkan oleh sektor swasta. Sebagai contoh. Di samping itu. Oleh itu. Beliau juga menyatakan sektor yang kurang penting boleh diswastakan seperti Kereta api Tanah Melayu (KTM). Beliau juga berpendapat jika sesuatu perkhidmatan diswastakan. Walaupun jabatan kerajaan mempunyai kelemahan-kelemahan tersebut namun mereka juga perlu menjaga keuntungan dan prestasi sesuatu organisasi.

Di akhir temubual beliau menyatakan di bandar dibuka pusat aduan secara online untuk perkhidmatan pengguna.2. Beliau berkata dasar ini juga memberi keuntungan kepada negara kerana syarikat swasta berhubungan dengan syarikatsyarikat besar atau syarikat luar negara dan seterusnya akan dapat menjana ekonomi negara. Dalam pelaksanaan Dasar Penswastaan kerajaan seharusnya tidak boleh lepas tangan dan perlu membuat pemantauan kerana bimbang sekiranya sektor swasta mengeksploitasi pengguna. Pihak swasta juga perlu membayar cukai kepada kerajaan. manakala dari segi bangsa terdapat 22 orang responden berbangsa Melayu dan selebihnya lain-lain bangsa. Keseluruhan responden berusia antara 18-23 tahun. tawaran harga. Dalam 30 orang sasaran responden tersebut. Dalam aspek penilaian tahap perkhidmatan TM. Di sini para pengguna boleh menyatakan pandangan dan suara pengguna mengenai sesuatu perkhidmatan yang ditawarkan. Aspek yang diketengahkan dalam soal selidik tersebut ialah penilaian tahap perkhidmatan TM dan pemahaman responden terhadap Dasar Penswastaan. Sebanyak 30 borang soal selidik diedarkan bagi mengetahui maklum balas dan kepuasan pengguna terhadap mutu perkhidmatan TM dan Dasar Penswastaan. terdapat 18 responden perempuan dan 12 responden lelaki. jenis pakej serta pengurusan dengan pegawai TM 18 . Universiti Pendidikan Sultan Idris.2 Para pelajar Sasaran kajian ini menjurus kepada pelajar Pengajian Malaysia semester 3. Namun. terdapat beberapa soalan diajukan mengenai tahap perkhidmatan. beliau berpendapat jika dasar ini diteruskan ia tidak terlalu berjaya dari segi kemampuan rakyat sebagai contoh dari segi pendidikan terutamanya bagi mereka yang tinggal di pedalaman yang mempunyai kos sara hidup yang rendah. 5.dan TM.

sangat cekap seorang dan cekap seramai 28 orang responden. Manakala dari segi tahap perkhidmatan yang disediakan oleh TM seorang pelajar menyatakan perkhidmatan yang ditawarkan sangat baik. Seterusnya. 19 . Ini memperlihatkan kebanyakan pelajar merupakan mengguna TM sama ada talian telefon. internet dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh perasaan tidak puas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan dengan jumlah harga yang ditawarkan. baik seramai 14 orang. Kepuasan pengguna terhadap pengurusan pegawai TM ketika berurusan di kaunter yang menunjukkan sikap mesra dan menyenangkan ketika menjawab setiap soalan yang dikemukakan. memuaskan 11 orang manakala kurang memuaskan 2 orang. Seramai 3 orang responden menyatakan layanan yang diberikan sangat baik. Dari aspek kecekapan pegawai TM dalam menggunakan sistem pembayaran berkomputer. kajian mengenai pengurusan pegawai TM ketika menjalankan tugas sama ada di kaunter mahupun di luar pejabat. daripada 30 orang responden hanya seorang sahaja yang bukan pengguna TM.yang bertugas di kaunter. 17 orang memuaskan manakala 3 orang pelajar menyatakan harga yang ditawarkan oleh TM kurang memuaskan. Ini membuktikan masih ada pengguna yang menyatakan perkhidmatan TM masih ketinggalan dengan perubahan semasa atau pun perkhidmatan yang disediakan tidak releven dengan masa kini. daripada 30 orang responden seorang responden menyatakan pegawai tidak cekap. 13 orang baik dan selebihnya memuaskan. Dari aspek tawaran harga oleh TM seramai 10 pelajar menyatakan harga yang ditawarkan baik. Melalui kajian ini. Soalan mengenai pakej yang ditawarkan bersesuaian dengan kehendak semasa seramai 25 orang atau 83% responden bersetuju manakala sebanyak 16% tidak bersetuju.

Manakala akhir sekali mengenai pertanyaan pencapaian Dasar Penswastakan dapat memberikan impak kepada ekonomi negara. Seterusnya. seramai 25 orang responden menyatakan dasar ini berjaya manakala 5 orang responden menyatakan dasar ini tidak berjaya. Berkenaan dengan kejayaan yang dicapai Dasar Penswastaan. 16 orang baik dan 9 orang memuaskan. Manakala sebanyak 86% bersetuju dasar ini dijalankan di Malaysia dan 14% tidak bersetuju.0 Perbandingan Sebelum dan Selepas Penswastaan Telekom. 6. soalan mengenai mutu dan perkhidmatan TM selepas diswastakan. Telekom Malaysia bukan sahaja telah dapat mempelbagaikan perkhidmatan kepada pengguna dalam jangka masa yang singkat. Begitu juga dengan Dasar Penswastaan yang mendapat sokongan daripada masyarakat dan tidak kurang juga yang kurang bersetuju. Penswastaan Telekom Malaysia telah membuktikan kepada semua masyarakat di negara ini bahawa dasar penswastaan yang disarankan oleh kerajaan adalah salah satu langkah yang amat baik bagi meningkatkan kualiti dari segi perkhidmatan. terdapat lima soalan mengenai Dasar Penswastaan. keseluruhan responden atau 100% menyatakan dasar ini memberi kesan kepada ekonomi negara. Sehingga hari ini. sebagai kesimpulan jelaslah perkhidmatan TM mendapat kepuasan daripada masyarakat walaupun segelintirnya kurang berpuas hati dengan apa yang ditawarkan. seramai 5 responden menyatakan mutu dan perkhidmatan sangat baik. malah hasil daripada kecekapan pengurusan 20 . pengurusan serta kewangan. Oleh itu.Sementara dalam kajian mengenai pemahaman responden terhadap Dasar Penswastaan di Malaysia. Ini bermakana bukan keseluruhan masyarakat memahami mengenai dasar ini yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Pemahaman terhadap Dasar Penswastaan seramai 28 orang responden atau 93% memahaminya manakala 7% tidak memahami mengenai Dasar Penswastaan.

Kampuchea. TM telah dapat menembusi pasaran dunia luar seperti India. seorang CEO dalam syarikat Telekom berkuasa meluluskan peruntukan untuk sesuatu projek sebanyak RM71 juta. Indonesia.dan pekerjanya. Air dan Komunikasi. Sudan dan Oman. Kuasa untuk Ketua Pengurus boleh meluluskan peruntukan sekadar RM500 ribu ke bawah sahaja. Wujudnya Dasar Telekomunikasi Negara pada 17 Mei 1994 telah memberikan satu laluan yang selesa dan menarik kepada seluruh rakyat di samping menarik leb datang. Sebagai contoh. Bangladesh. namun pihak ini perlu melalui pelbagai prosedur dan kelulusan untuk dikemaskini daripada pihak kerajaan iaitu Jabatan Tenaga Kerja dan kini Kementerian Tenaga. 21 . Pihak Telekom telah menyusun strategi supaya pelaksanaannya menjadi lebih mudah dalam pengurusan kakitangan dan teknologi serta bajet kewangan syarikat. manakala eksekutif pula sekadar RM200 ribu ke bawah. Sebelum Telekom diswastakan. kuasa pengurusan keseluruhannya di bawah kuasa kerajaan secara mutlak. Walaupun pihak atasan syarikat mampu untuk memohon lebih daripada peruntukan yang ditetapkan.1 Kuasa Pengurusan. ih banyak pelaburan luar untuk masuk ke negara ini di masa akan 6. Hal ini memperlihatkan bahawa pengurusan secara birokrasi adalah lebih banyak dilaksanakan dan pihak Telekom tidak dapat menjalankan pengurusan secara terus kerana terpaksa melalui beberapa peringkat dan halangan. Selepas penswastaan pula. Sri Lanka. Telekom Malaysia mempunyai kuasa secara mutlak sepenuhnya ke atas syarikat dan pemegang saham boleh membuat keputusan dalam segala urusan yang bakal direncanakan.

Selepas penswastaan. namun setiap perkhidmatan dan pengurusan diselaraskan supaya memudahkan para pekerja TM untuk 22 . TM menjalankan perkhidmatan secara tidak mementingkan mutu kerja sama ada dari segi pengurusan kaunter. Hal ini kerana pihak kerajaan tiada pengawasan yang ketat. Bhd dan juga Menara Kuala Lumpur Sdn. maka pihak TM mampu untuk mengadakan perkhidmatan yang bermutu kepada pelanggan kerana pihak syarikat akan bersaing dengan beberapa syarikat telekomunikasi lain seperti Celcom. Maxis dan sebagainya untuk membuktikan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat ini adalah yang terbaik. Dengan adanya sijil pengurusan kualiti ISO 2000. 6. kurangnya pemerhatian daripada pegawai atasan secara menyeluruh dan tiada penganugerahan bagi setiap perkhidmatan yang bekerja dengan baik. pentadbiran dan kualiti pekerja. Sebelum diswastakan.Hal ini memberi kemudahan kepada pengguna di negara ini untuk berurusan secara terus dengan pihak Telekom. TM telah meningkatkan tahap perkhidmatan dengan mementingkan kualiti supaya menjadi sebuah syarikat yang berjaya ke seluruh dunia. wujud TM Facilities Sdn. Bhd bagi kemudahan dalam pengurusan yang sistematik. Perkhidmatan pada masa kini diselaraskan kepada setiap cawangan di setiap negeri di Malaysia dengan setiap peraturan kerja disusun mengikut format sama dan lebih sistematik. Perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna kurang memberangsangkan berbanding sekarang kerana sebelum penswastaan. Walaupun setiap negeri mempunyai pentadbir atau pengarah yang berbeza. Selain itu. Bhd. TM Land Sdn. Seperti juga syarikat lain. pengguna terpaksa melalui perkhidmatan yang boleh dikatakan agak remeh dan memerlukan masa yang panjang.2 Perkhidmatan. pengguna terpaksa berurusan secara berperingkatperingkat hanya untuk perkara yang remeh.

6. selepas penswastaan. namun mereka akan ditapis semasa temuduga. wujud pula anak syarikat di bawah Telekom Malaysia turut memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat. dinilai dan cuba untuk dipenuhi. Tambahan pula. pihak TM telah menyediakan kursus kepada bakal pekerjanya untuk meningkatkan tahap pengurusan masingmasing. Telekom Training College. pihak TM telah menyediakan pelbagai kursus kepada pekerja syarikat di seluruh negeri bagi melahirkan tenaga kerja yang mahir. Oleh itu. Namun. Masyarakat setempat yang berminat akan diserap ke syarikat TM ini melalui proses temuduga dan ujian penulisan terbuka di setiap negeri. pihak TM telah menetapkan prinsip bahawa setiap keperluan pelanggan adalah diutamakan. Tambahan pula. Telekom Smart School Sdn. Hal ini telah mengakibatkan kebanyakan golongan pengganggur dalam kalangan remaja sukar untuk menempatkan diri di syarikat berkenaan. pihak TM mempunyai kuasa untuk membuat pilihan dari segi tahap kelayakan dan pengetahuan seseorang pekerja. Kesemua pengurusan 23 . Walaupun kebanyakan masyarakat melepasi dan lulus ujian penulisan yang disediakan oleh pihak SPA. Bhd antaranya adalah sebagai tempat melahirkan generasi yang berkemahiran dalam bidang telekomunikasi dan teknologi.3 Pemilihan Pekerja. lebih berdisiplin dan berpengetahuan yang mendalam tentang perkhidmatan pelanggan. Selain itu. Tertubuhnya Multimedia University (MMU). Kebiasaannya yang terpilih untuk berkhidmat di TM adalah masyarakat yang berkelayakan dan mempunyai kemahiran serta pengalaman sahaja. Sebelum diswastakan. pemilihan pekerja adalah berdasarkan kepada pemilihan di dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).mengikut setiap prosuder yang ditetapkan oleh pihak TM sama ada dari segi pendawaian dan sebagainya.

TM Flip iaitu yang menguruskan bahagian kenderaan serta Yellow Pages. jumlahnya sebelum penswastaan TM ialah sebanyak RM 34372 dan nilai ini bertambah sebanyak 108.dari segi kewangan bagi anak syarikat adalah dijaga dan dikelolakan oleh syarikat induk Telekom itu sendiri. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan. sebelum penswastaan pulangannya mencatatkan jumlah sebanyak 4.0 manakala selepas penswastaan. Begitu juga kecekapan dari segi rangkaian pertukaran langsung setiap pekerja yang mencatatkan peningkatan dari sebelum penswastaan iaitu sebanyak 36 orang kepada 56 orang selepas penswastaan. Sebagai contoh. Pakej kelajuan capaian ke khidmat asas bagi setiap sen juga menunjukkan nilai pertambahan daripada sebelum penswastaan iaitu sebanyak 35 kelajuan kepada jumlah sebanyak 60 kelajuan selepas penswastaan.5% menjadi 9. Dari aspek pulangan atas aset (ROE) bagi setiap sen. dari aspek pengeluaran setiap pekerja pula. mencatatkan jumlahnya sebanyak RM 1227 sebelum penswastaan. namun kesemua anak syarikat ini telah memberi keuntungan kepada syarikat TM kerana anak syarikat Telekom ini telah diperluaskan sehingga ke luar negara untuk menjalankan dan membuat pelaburan ke serata dunia. Bagi hasil setiap pelanggan pula.3. Fiberio.3% atau RM 37222 menjadi RM 71594 selepas penswastaan. terdapat perbezaan dalam prestasi kecekapan dan produktiviti syarikat Telekom Malaysia sebelum dan selepas pengkorporatan. Selain itu. Akhir sekali ialah kecekapan jawapan kepada aduan 24 . Walaupun pengurusan diasingkan. 6.4 Kecekapan dan Produktiviti. jumlahnya telah meningkat sebanyak 132. anak syarikat Telekom ialah Axiata. nilai ini telah berubah sebanyak 23.8% atau RM 292 menjadi RM 1519 selepas penswastaan.

penawaran pakej harga dan penilaian kualiti. risiko yang harus dihadapi ialah kebaikan dan keburukan yang akan diterima oleh negara. kajian ini dapat menyatakan bahawa berlaku perubahan dalam setiap pengurusan dan setiap penilaian menunjukkan peningkatan 7. Perubahan ini telah memberi kepuasan yang bermakna kepada masyarakat kerana pengguna memperoleh perkhidmatan yang baik daripada pihak TM. penswastaan perlu diteruskan pada masa hadapan agar negara dapat berkembang seiring dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara maju pada tahun 2020. Berdasarkan kajian yang dijalankan.atau kesilapan bagi setiap sen mencatatkan jumlah sebanyak 80 aduan sebelum penswastaan dan berubah kepada 95 aduan bagi setiap sen selepas penswastaan. Terdapat perubahan yang berlaku dalam syarikat TM selepas diswastakan antaranya ialah peningkatan dari segi pengurusan dan perkhidmatan. apabila sesuatu dasar baru diwujudkan. dasar penswastaan ini jelas menunjukkan bahawa dasar penswastaan menyumbangkan lebih banyak kebaikan daripada keburukan kepada rakyat negara. Dasar ini juga perlu dikawal dari semasa ke semasa supaya ianya tidak membebankan pengguna atau rakyat akibat daripada pihak swasta yang menjadikan keuntungan sebagai matlamat utama. Tambahan pula. Berikutan itu.0 Penutup. Berikutan itu. sistem pengaduan yang sistematik serta cepat dilaksanakan dan banyak lagi. Kesimpulannya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa dasar 25 . dasar penswastaan atau pengkorporatan ini memberi impak yang baik kepada semua agensi terutamanya Telekom Malaysia.

26 . perubahan ini juga memberi lebih kepuasan dan keselesaan kepada pengguna TM.penswastaan yang dilaksanakan dalam TM memberi perubahan yang positif dari segi pengurusan dan pentadbirannya seterusnya secara tidak langsung. Dengan pelaksanaan penswastaan TM ini. pengguna atau rakyat mengharapkan perkhidmatan yang ditawarkan lebih berkualiti dan bermutu sejajar dengan arus perkembangan teknologi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful