You are on page 1of 5

Lampiran 2

Teks Pengacaraan Majlis Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat


Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Raja Melewar

Mengumumkan perarakan masuk Yang Berbahagia, Pengarah IPRM, Timbalan


Pengarah IPRM, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua unit, Pensyarah-pensyarah
IPRM, diiringi kumpulan kompang IPRM.

Hadirin dipohon berdiri.

(Perarakan masuk)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Daun pelepah daun kelapa,


Kelapa tua kelapa matang,
Awal bismillah pembuka bicara,
Pemanis kata selamat datang.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih junjung dibuat hantaran,
Hadirin hadiat selamat datang,
Majlis penutupan bulan kemerdekaan.

Yang Berbahagia,
Pn. Hajah Asmah binti Yahya,
Pengarah IPRM,
Yang Berusaha,
En. Tan Ying Kee,
Timbalan Pengarah IPRM,
Ketua-ketua Jabatan,
Ketua-ketua Unit,
Pensyarah-pensyarah,
Staf-staf sokongan,
Serta rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, dapat kita berkumpul di balai kerapatan yang serba indah ini
dalam Majlis Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan, Peringkat IPRM bagi
tahun 2008. Untuk makluman hadirin hadirat, Sambutan Bulan Kemerdekaan
peringkat IPRM telah bermula dan dirasmikan pada 15hb Ogos 2008 yang lalu.

Dari Kedah puspa ku mohon,


Puspa dipilis buat azimat,
Tangan ditadah doa dipohon,
Semoga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini,marilah kita memanjatkan doa ke
hadrat ilahi. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al- Fadhil
Ustaz Shairozi bin Hashim untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada al- Fadhil
ustaz Shairozi bin Hashim atas bacaan doa tadi, majlis kta akan lebih diberkati
dan dirahmati Allah s.w.t.

Majlis hari ini dimulakan dengan Persembahan Deklamasi Sajak yang akan
disampaikan oleh pemenang Pertandingan Mendeklamasikan Sajak
kategori Melayu anjuran Jabatan Pengajian Melayu IPRm, saudara Mohd
Ridzuan bin Husni dengan sajak yang bertajuk “Ayahku seorang penjual
roti”. Marilah sama-sama kita menghayati bait-bait puisi yang akan
disampaikan oleh beliau. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

( Persembahan Sajak)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Mohd Ridzuan bin
Husni, pelajar PISMP-IPGM PJ semester 4 atas persembahan deklamasi sajak
itu tadi. Untuk makluman, persembahan tadi telah diiringi petikan gitar oleh
saudara Azwan bin Ismail, juga pelajar unit PISMP-IPGM PJ semester 4.

Kita teruskan persembahan pada pagi ini dengan mempersilakan pelajar QUT
Sains 1 dan 2 dengan persembahan lagu bertajuk “Let there be peace”. Sama-
samalah kita saksikan.
( Persembahan Nyanyian)

Terima kasih diucapkan kepada pelajar PISMP-QUT Sains 1 dan 2 atas


persembahan mereka yang bertajuk ”Let there be peace” sebentar tadi.

Meneruskan persembahan pada pagi ini majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Saudara Mohd Saifullah bin Mohd Jendeh dan Saudari Aini
Sharina binti Esa diiringi kumpulan muzik yang terdiri daripada pelajar PISMP-
IPGM Prasekolah semester 2 dan pelajar KPLSPM PSV semester 3 dengan
persembahan nyanyian lagu patriotic yang bertajuk “Pahlawanku” dan
“Pewiraku”. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Persembahan Nyanyian Berkumpulan)


Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar PISMP-IPGM Prasekolah
semester 2 dan pelajar KPLSPM PSV semester 3 atas persembahan bagi
memeriahkan majlis pada pagi ini.

Seterusnya marilah kita hayati pula sebuah lagi persembahan pendeklamasian


sajak yang akan disampaikan oleh Pemenang Deklamasi Sajak Kategori Bukan
Melayu, Saudara Thamaraj a/l Subramaniam dengan sajak yang bertajuk
“Srikandi Merdeka” . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

( Persembahan Sajak Bukan Melayu)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Saudara Thamaraj a/l
Subramaniam unit KPLSPM MT/BT semester 3 atas persembahan beliau
sebentar tadi yang telah diiringi petikan gitar oleh saudara Mohd Hanafi bin
Khalid, pelajar PISMP-IPGM Prasekolah semester 2.

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan diteruskan lagi dengan


persembahan nyanyian lagu patriotik yang akan disampaikan oleh pensyarah
yang terdiri daripada En Azlan bin Harun, En Samsudin bin Ahmad, En Wan
Mahamad Saad bin Wan Chik, En Rohaizad bin Ismail dan En Samuel Yesuiah.
Marilah sama-sama kita saksikan persembahan mereka.

( Persembahan Nyanyian Pensyarah)

Begitulah lunak dan merdunya suara dari pensyarah-pensyarah IPRM yang


sememangnya mempunyai bakat terpendam dengan menyanyikan medley dua
buah lagu yang bertajuk “ Sejahtera Malaysia” dan “ Malaysia Tanah Airku”
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menyerikan lagi majlis pada
pagi ini.

Seterusnya, hadirin dan hadirat dipohon berdiri dan sama-sama kita nyanyikan
empat buah lagu patriotik dengan penuh bersemangat. Dimulakan dengan lagu
tema sambutan kemerdekaan ke-51, “Perpaduan Teras Kejayaan”, “Malaysiaku
Gemilang” seterusnya “Jalur Gemilang” dan diakhiri dengan lagu “Keranamu
Malaysia”

(Nyanyian Lagu Patriotik)

Hadirin dipohon duduk, terima kasih diucapkan kerana sudi menyanyikan lagu-
lagu patriotik sebentar tadi dengan penuh semangat . tidak lengkaplah majlis
penutupan kita pada hari ini tanpa ucapan perasmian penutup dari yang
berbahagia, Pengarah IPRM.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia, Pn.
Hajah Asmah binti Yahya, Pengarah IPRM untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan majlis penutupan sambutan bulan kemerdekaan
peringkat IPRM bagi tahun 2008. dengan segala hormatnya dipersilakan.

( Ucapan Pengarah)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Pn Hajah Asmah binti Yahya,
Pengarah IPRM untuk menyampaikan ucapan yang seterusnya merasmikan
majlis penutpan sambutan bulan kemerdekaan peringkat IPRM bagi tahun 2008.

Bagi menyempurnakan Majlis Pemyampaian Hadiah, Cenderamata dan Sijil


kepada peserta-perseta yang telah melibatkan diri secara langsung dalam
memeriahkan sambutan kemerdekaan peringkat IPRM dengan menyertai aktiviti-
aktiviti yang dianjurkan, majlis dengan segala hormatnya menjemput yang
Berusaha Dr. Hj Nizam bin Abd Latib, ketua jabatan Teknologi Makluamt untuk
menjemput dan mengiringi Yang Berusaha , En Tan Ying Kee, Timbalan
Pengarah IPRm naik ke atas pentas untuk menyampaikan hadiah. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

( Ucapan Pengarah)

Terima kasih duicapkan kepada Yang Berbahagia, Pn Hajah Asmah binti Yahya,
Pengarah IPRM di atas kesudian memberikan ucapan seterusnya merasmikan
Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaan Peringkat IPRM bagi tahun 2008.

Bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah, Cenderamata dan Sijil


kepada perserta-peserta yang telah melibatkan diri secara langsung dalam
memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan peringkat IPRM dengan menyertai
aktiviti-aktiviti yang dianjurkan, majlis dengan segala hormatnya menjemput
Yang Berusaha, Dr Haji Nizam bin Abdul Latib, Ketua Jabatan Teknologi
Maklumat untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha, En Tan Ying Kee,
Timbalan Pengarah IPRM naik ke atas pentas untuk menyampaikan hadiah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

( Penyampaian Hadiah 1)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha, En. Tan Ying Kee,
Timbalan Pengarah IPRM atas kesudian beliau menyempurnakan upacara
penyampaian hadiah sebentar tadi.

Seterusnya, majlis sekali lagi menjemput Yang Berbahagia, Pn. Hajah Asmah
binti Yahya, Pengarah IPRM diiringi oleh Yang Berusaha ,Pn. Chandrika K.V
Nair, Ketua Jabatan Bahasa untuk meneruskan upacara penyampaian hadiah
kepada pemenang. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

( Penyampaian Hadiah 2)
Majlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia,
Pn. Hajah Asmah binti Yahya, Pengarah IPRM di atas kesudian beliau
menyempurnakan upacara penyampaian hadiah sebentar tadi.

Tibalah kita ke kemuncak Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaan IPRM 2008.


Untuk itu, hadirin dipohon berdiri dan bersama kita nyanyikan lagu IPRM, lagu
kebesaran Negeri Sembilan dan lagu Negaraku dengan iringan muzik.

( Nyanyian 3 Buah Lagu)

Terima kasih atas nyanyian lagu sebentar itu tadi.

Lebah bukan sebarang lebah,


Lebah bersarang di rumpun buluh,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah menyusun jari sepuluh.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Majlis dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga IPRM
yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
memeriahkan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat IPRM
pada hari ini. Biarlah sambutan sahaj yang berakhir di sini tapi kita terus
tanamkan semangat kemerdekaan dalam diri kita sendiri, sepanjang masa, di
mana jua hingga ke akhir hayat. Biar sehingga titisan darah terakhir,
kemerdekaan tanah air ini perlu dikekalkan, jangan biar ia tergadai.

Untuk itu saya, Hamizi bin Mahpop


Dan saya , Nurul Syahiza binti Mohd Salleh
Mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Majlis Penutup sambutan Bulan
Kemerdekaan Peringkat IPRM memohon maaf sekiranya terdapat salah dan
silap sepanjang perjalanan majlis pada hari ini sama ada secara langsung atau
tidak sengaja. Sekian.

You might also like