You are on page 1of 29

TAJUK KAJIAN:

TAHAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DAN


HUBUNGANNYA DENGAN BAHAN
BACAAN:KAJIAN KES DI SEBUAH SEKOLAH DI
DAERAH BERA PAHANG.

NAMA:SABARIAH BINTI OMAR I/C:921211-06-5872

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PURUN


28330, TRIANG
PAHANG DARUL MAKMUR.

TARIKH HANTAR:
19/ 2 /2011
PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan segala urusan saya dalam

menyiapkan kajian ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan terutama

kepada En. Asmawi Bin Abdullah, guru pembimbing merangkap penyelia yang

banyak memberikan saranan dan tunjuk ajar yang berguna untuk di manfaatkan

dalam pengurusan kerja projek ini.Dengan kerjasama yang di berikan penulisan

yang sukar ini terasa mudah untuk di siapkan.

Ucapan terima kasih juga tidak dilupakan kepada Puan Roshaida binti

Kamaruddin,selaku Guru Penyelaras tingkatan 6 SMK Purun,rakan - rakan

seperjuangan dan guru-guru yang terlibat dalam menyumbang ilmu pengetahuan,

tunjuk ajar dan sokongan.Tidak lupa juga kepada semua responden yang telah

memberi kerjasama dalam membantu menjayakan kajian ini.

i
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Penghargaan i

Abstrak 1

Pendahuluan 2

Penyataan Masalah 3

Tujuan Kajian 4

Soalan Kajian 4

Hipotesis Kajian 5

Kepentingan kajian 5

Skop kajian 6

Kaedah Kajian 7

Dapatan Kajian 8

Perbincangan 20

Kesimpulan 22

Rujukan 23

Lampiran 24
ABSTRAK

Fokus utama kajian ini ialah untuk melihat tahap pencapaian akademik

Pelajar dan hubungannya dengan bahan bacaan.Kajian ini dilakukan ke atas

Pelajar Prauniversiti Bawah. Seramai 60 orang pelajar Prauniversiti Bawah

telah terlibat sebagai responden kajian.Tahap pencapaian akademik pelajar di ukur

berdasarkan pencapaian peperiksaan akhir tahun pelajar Program Prauniversiti Bawah.

Sementara soal selidik tahap kekerapan membaca di adaptasi daripada kajian

Raja Mohammad Shahrim Bin Raja Ibrahim. Data dianalisis menggunakan

peratus dan min.Dapatan kajian menunjukkan tahap pencapaian akademik pelajar

Prauniversiti Bawah adalah berada pada tahap sederhana dan lulus dimana pelajar

dari kelas PPUB 1 mencapai tahap pencapaian sederhana manakala bagi pelajar

kelas PPUB 2 dan PPUB 3 pula berada pada tahap lulus.Manakala , tahap kekerapan

membaca pelajar berada pada tahap sederhana.Selain itu, terdapat hubungan antara

tahap pencapaian akademik dengan bahan bacaan .Hubungan ini dikenal pasti

melalui hipotesis 1 dan 2 iaitu terdapat hubungan positif antara minat membaca

dan kekerapan membaca dengan tahap pencapaian akademik.

1
PENGENALAN

Kebelakangan ini, keputusan ujian dan peperiksaan pelajar sekolah dalam bidang

akademik semakin tidak membanggakan.Masalah ini amat mengecewakan ramai

pihak terutamanya pihak sekolah dan ibu bapa. Kebanyakan pelajar hanya

memperoleh skor lulus dalam semua matapelajaran.bahkan juga, ada sebilangan

pelajar yang masih lemah untuk menguasai semua subjek iaitu gagal dalam

segelintir subjek.

Usaha pihak sekolah dan pihak kerajaan dalam meningkatkan pencapaian

akademik pelajar seperti mengadakan program atau seminar untuk

meningkatkan pengetahuan pelajar, pelaksanaan tuisyen, penyediaan makmal

komputer dan sebagainya mungkin kurang berkesan kerana kurangnya inisiatif

daripada pihak pelajar itu sendiri.Hal ini juga mungkin disebabkan beberapa

faktor yang kurang ditekankan oleh pelajar.

2
PENYATAAN MASALAH

Bahan bacaan yang berfaedah mampu mempengaruhi dan memberi kesan

yang positif kepada pembaca khususnya golongan pelajar.Selain mengikuti sesi

pengajaran dan pembelajaran di sekolah, para pelajar juga boleh mengambil inisiatif

lain bagi meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka seperti membaca bahan

bacaan yang berfaedah dan bersesuaian .Hal ini kerana,tahap kekerapan yang tinggi

dalam membaca bahan bacaan yang baik dan sesuai mampu menambahkan ilmu

pengetahuan serta dapat melahirkan generasi pelajar yang progresif,saintifik dan

berilmu. Oleh yang demikian,satu kajian dajalankan bagi mengkaji adakah terdapat

hubungan di antara tahap pencapaian akademik pelajar dengan bahan bacaan.

3
TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pencapaian akademik pelajar Pra

universiti. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat jenis bahan bacaan yang

diminati oleh para pelajar Pra universiti.Seterusnya, tujuan kajian ini dijalankan

adalah untuk melihat tahap kekerapan membaca bagi para pelajar pra universiti.

Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungan antara

tahap pencapaian akademik para pelajar dengan bahan bacaan.Kajian ini penting

untuk melihat sejauh mana budaya membaca dipraktikkan dalam kehidupan harian

para pelajar pra universiti.

SOALAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk menyelesaikan soalan-soalan berikut:

1) Apakah tahap pencapaian akademik pelajar?

2) Apakah jenis bahan bacaan yang diminati pelajar?

3) Apakah tahap kekerapan membaca pelajar?

4) Adakah terdapat hubungan di antara bahan bacaan dengan

tahap pencapaian akademik pelajar?

4
HIPOTESIS KAJIAN

H1 - Terdapat hubungan positif antara minat membaca dengan tahap

pencapaian akademik pelajar.

H2 - Terdapat hubungan positif antara tahap kekerapan membaca

dengan tahap pencapaian akademik pelajar.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian ini ialah dapat membantu para pelajar menggunakan

bahan bacaan yang bersesuaian dalam meningkatkan tahap pencapaian akademik

mereka.

Selain itu, kajian ini juga dapat memberi penekanan kepada pelajar mengenai

Kepentingan meningkatkan tahap kekerapan membaca bahan bacaan yang berfaedah.

Ini kerana,melalui pembacaan bahan bacaan yang baik para pelajar akan lebih

terdedah dengan perkara-perkara yang positif .

Kajian ini juga diharap dapat di jadikan sumber rujukan pihak sekolah dalam

menangani kemerosotan pencapaian akademik para pelajar.

5
SKOP KAJIAN

Fokus kajian ini kepada kawasan daerah bera,Pahang dan hanya tertumpu

di salah sebuah sekolah di kawasan berkenaan.Kajian ini turut di jalankan

di sekolah berkenaan tanpa dapat memberi gambaran di sekolah lain.

Skop kajian juga tertumpu kepada para pelajar Pra universiti bawah iaitu

melibatkan seramai 60 orang pelajar sahaja.

Kajian ini juga di jalankan dari bulan November 2010 hingga februari 2011.

Kajian ini juga di tumpukan kepada jenis bahan bacaan, tahap kekerapan membaca

dan tahap pencapaian akademik pelajar.

6
KAEDAH KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik bagi menjawab soalan-soalan kajian di

atas.Sekumpulan pelajar yang terdiri daripada pelajar pra universiti dari sebuah

sekolah telah di gunakan sebagai sampel kajian untuk menjawab borang soal

selidik yang di edarkan.Seramai 60 sampel telah di gunakan bagi memperolehi data

yang diperlukan bagi menjawab soalan-soalan kajian.

Jumlah sampel yang di pilih merangkumi 100 peratus pelajar pra universiti

Bawah di sekolah yang di pilih. Antara sampel yang digunakan adalah seramai 19

(31.7%) sampel pelajar dari kelas PPUB 1,23(38.3) sampel pelajar dari kelas PPUB

2 dan 18(30.0) sampel pelajar dari kelas PPUB 3.Seterusnya data di analisis

menggunakan peratus dan min di mana tahap pencapaian pelajar di ukur

berdasarkan purata nilai gred keseluruhan(PNGK). Nilai PNGK yang berada antara

4.00 hingga 2.75 menunjukkan pencapaian cemerlang, nilai PNGK 2.74 hingga

2.00 menunjukkan pencapaian sederhana,nilai PNGK 1.99 hingga 1.00 menunjukkan

pencapaian lulus dan nilai PNGK dari 0.99 hingga 0 pula menunjukkan pencapaian

gagal.Selain daripada itu, tahap kekerapan membaca responden pula di ukur

berdasarkan skor min bagi tahap kekerapan.Skor min yang melebihi 3.00

menunjukkan tahap kekerapan membaca responden tinggi,manakala skor min 2.00

3.00 menunjukkan tahap kekerapan membaca sederhana dan skor min kurang

daripada 2.00 pula menunjukkan tahap kekerapan membaca adalah rendah.

7
DAPATAN KAJIAN

Analisis latar belakang responden

Jadual 1: Taburan Responden Berdasarkan Kelas

Kelas Bilangan Responden Peratus Responden (%)


PPUB 1 19 31.7
PPUB 2 23 38.3
PPUB 3 18 30.0
Jumlah 60 100

Jadual 1 menunjukkan sebanyak 31.7% responden dari kelas PPUB 1, 38.3%

dari PPUB 2, dan 30.0% dari kelas PPUB 3

Jadual 2: Bilangan dan Peratus Pencapaian Akademik Pelajar Kelas PPUB 1.

Matapelajaran PNGK PNGK


keseluruhan
4.00 -2.75 2.74- 2.00 1.99- 1.00 0.99- 0.00
Bahasa Melayu 8 11 - - 2.61
42.1 57.9
Pengajian Am 7 9 3 - 2.54
36.8 47.4 15.8
Ekonomi 4 7 6 2 2.03
21.1 36.8 31.6 10.5
Geografi - 8 8 3 1.53
42.1 42.1 15.8
Jumlah Keseluruhan 2.18
Jadual 2 menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar kelas PPUB 1 memperoleh nilai

PNGK di antara 2.74 – 2.00 bagi subjek Bahasa Melayu, Pengajian Am dan Ekonomi,

Seterusnya, bagi subjek Geografi pula, nilai PNGK yang diperoleh kebanyakan pelajar

dari kelas ini ialah di antara 2.74 – 1.00. Nilai PNGK keseluruhan menunjukkan tahap
pencapaian akademik pelajar kelas PPUB 1 berada pada tahap sederhana(2.18)

Tahap Pencapaian Pelajar Kelas PPUB 1


Jumlah Pelajar

40 Geografi

20 Ekonomi

0 Pengajian
4.00-2.75 2.74-2.00 1.99-1.00
0.99-0.00 Am
Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)
Bahasa
Melayu

Jadual 3: Bilangan dan Peratus Pencapaian Akademik Pelajar Kelas PPUB 2.

PNGK PNGK
Matapelajaran Keseluruhan
4.00 -2.75 2.74 -2.00 1.99 -1.00 0.99 - 0
Pengajian Am 5 15 3 - 2.38
21.7 65.2 13.1
Geografi - 3 3 17 0.43
13.1 13.1 73.8
Pengajian 8 11 2 2 2.33
Perniagaan 34.8 47.8 8.8 8.8
Sejarah 1 1 21 0.14
4.3 4.3 91.4
Jumlah keseluruhan 1.32

Jadual 3 menunjukkan kebanyakan pelajar kelas PPUB 2 memperoleh nilai PNGK

di antara 27.4 - 2.00 bagi subjek Pengajian Am . Seterusnya, bagi subjek Geografi, nilai
PNGK yang diperoleh kebanyakan pelajar ialah diantara 0.99 - 0.00. Sementara itu,

bagi subjek Pengajian Perniagaan pula, nilai PNGK yang dicatatkan oleh majoriti

pelajar dalam kelas ini ialah di antara 2.74 - 2.00. Bagi subjek Sejarah pula, nilai

PNGK yang menunjukkan bilangan pelajar tertinggi ialah di antara 0.99 - 0.00.

Keseluruhannya, tahap pencapaian akademik pelajar kelas PPUB 2 berada pada

tahap lulus( 1.32)

Tahap Pencapaian Akademik Pelajar Kelas


PPUB 2
60
Jumlah Pelajar

40 Sejarah
20
pengajian
0 perniagaan
4.00-2.75 2.74-2.00 1.99-1.00 0.99-0.00
Geografi
Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)
Pengajian Am

10

Jadual 4: Bilangan dan Peratus pencapaian akademik pelajar kelas PPUB 3


Matapelajaran PNGK Pointer
Keseluruhan
4.00-2.75 2.74 -2.00 1.99-1.00 0.99 -0.00
Pengajian Am - 1 13 4 1.13
5.6 72.2 22.2
Bahasa Melayu - 14 1 3 1.98
77.8 5.6 16.7
Pengajian - 9 5 4 1.63
Perniagaan 50.0 27.8 22.2
Sejarah 1 1 2 14 0.41
5.6 5.6 11.1 77.7
Jumlah 1.29
keseluruhan

Jadual menunjukkan kebanyakan pelajar kelas PPUB 3 memperoleh nilai PNGK

di antara 1.99 - 1.00 bagi subjek Pengajian Am. Bagi subjek Bahasa Melayu pula,

kebanyakan pelajar memperoleh nilai PNGK di antara 2.74 – 2.00.Sementara itu, bagi

Pengajian Perniagaan pula, nilai PNGK yang mencatat bilangan pelajar tertinggi

ialah 2.74 - 2.00.Seterusnya , bagi subjek Sejarah , nilai PNGK yang diperolehi

kebanyakan pelajar dari kelas ini ialah 0.99 - 0.00. Keseluruhannya ,tahap pencapaian

pencapaian akademik pelajar kelas PPUB 3 berada pada tahap lulus(1.29)

11
Tahap Pencapaian Akademik Pelajar Kelas
PPUB 3

30
25
Jumlah Pelajar

20 Sejarah
15
10 Pengajian
5 Perniagaan
0
4.00- 2.74- 1.99- 0.99- Bahasa Melayu
2.75 2.00 1.00 0.00
Pengajian Am
Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)

12

Analisis Bahan Bacaan Responden


Jadual 5: Bilangan dan Peratus Pelajar mengikut Jenis Bahan Bacaan yang Diminati

Kelas
Jenis Bahan Bacaan PPUB 1 PPUB 2 PPUB 3
Isu Semasa 11 12 12
57.9 52.2 66.7
Bahasa dan Sastera 2 3 1
10.5 13.0 5.6
Sejarah dan Tamadun - - 1
5.6
Geografi dan Alam 4 7
Sekitar 21.1 30.4
Ekonomi, Kewangan 2 1 4
dan Perniagaan 10.5 4.3 22.2
Politik dan - - -
kewarganegaraan
Jadual 5 menunjukkan bilangan pelajar kelas PPUB 1 yang meminati jenis bahan

bacaan isu semasa ialah seramai 11 orang manakala bagi kelas PPUB 2 dan

PPUB 3 pula ialah seramai 12 orang. Bagi jenis bahan bacaan Bahasa dan Sastera,

seramai 2 orang pelajar dari kelas PPUB 1, 3 orang pelajar dari kelas PPUB 2 dan

seorang pelajar dari kelas PPUB 3 sahaja yang meminati jenis bahan bacaan

ini. Seterusnya, bagi jenis bahan bacaan Sejarah dan Tamadun pula, jenis bacaan

sebegini hanya diminati oleh seorang pelajar dari kelas PPUB 3. Seterusnya ,bagi

jenis bahan bacaan Geografi dan Alam Sekitar, seramai 4 orang pelajar dari

PPUB 1 dan 7 orang pelajar dari kelas PPUB 2 yang meminati jenis bahan bacaan

ini. Bagi bahan bacaan jenis Ekonomi, Kewangan dan Perniagaan pula,seramai 2

orang pelajar dari kelas PPUB 1, seorang pelajar dari kelas PPUB 2 dan seramai 4

orang pelajar dari kelas PPUB 3 sahaja yang meminati jenis bahan bacaan

ini. Manakala, bagi jenis bahan bacaan yang berunsur Politik dan Kewarganegaraan
pula merupakan jenis bacaan yang tidak di minati oleh mana-mana pelajar

PPUB. Kesimpulannya, majoriti pelajar PPUB lebih meminati bahan bacaan

mengenai isu semasa berbanding jenis bahan bacaan lain.

Jenis Bahan Bacaan yang Diminati Pelajar


Isu Semasa
12
Bahasa dan Sastera
10
Sejarah dan Tamadun
8
Geografi dan Alam
6 Sekitar
Jum Pelajar
4
Ekonomi, Kewangan,
2 dan Perniagaan
0 Politik dan
PPUB 1 PPUB 2 PPUB 3 Kewarganegaraan

Kelas

14

Analisis Tahap Kekerapan Membaca Responden

Jadual 6: Bilangan,Peratusan dan Min Tahap Kekerapan Membaca Bagi Kelas


PPUB 1

1 2 3 4 5
BIL ITEM. ( TP) ( J ) ( S ) (K) (SK) min
.
1. Saya mencari maklumat berkaitan 1 2 2 12 2 3.63
dengan tugasan sekolah melalui 5.3 10.5 10.5 63.2 10.5
buku/majalah.
2. Saya kerap ke perpustakaan untuk 2 10 5 1 1 2.42
membaca. 10.5 52.6 26.3 5.3 5.3
3. Saya menggunakan masa lapang 6 9 3 1 2.95
saya dengan membaca buku yang 31.6 47.3 15.8 5.3
bersesuaian.
4. Saya sentiasa membawa 5 9 2 2 1 2.21
buku/majalah kemana sahaja. 26.3 47.3 10.5 10.5 5.3
5. Saya kerap meminjam buku di 6 10 1 2 1.95
perpustakaan. 31.6 52.6 5.3 10.5
6. Saya kerap meminjam buku dari 4 9 6 2.11
guru untuk dijadikan bahan rujukan 21.1 47.3 31.6
sementara.
7. Saya memperuntukkan masa yang 1 4 12 2 2.79
lama untuk sesi pembacaan. 5.3 21.1 63.2 10.5

8. Membaca surat khabar merupakan 1 3 3 5 7 3.74


rutin harian saya. 5.3 15.8 15.8 26.3 36.8
9. Saya pasti mempraktikkan setiap 5 10 4 2.95
apa yang saya baca. 26.3 52.6 21.1
10. Saya kerap menggunakan 3 9 6 1 3.26
buku/majalah sebagai panduan untuk 15.8 47.3 31.6 5.3
menyelesaikan masalah
pembelajaran.
11. Saya pasti memperolehi maklumat 1 2 6 7 3 3.47
yang berguna melalui pembacaan. 5.3 10.5 31.6 36.8 15.8
12. Saya akn membeli pelbagai jenis 2 5 7 3 2 2.89
bahan bacaan untuk dibaca bersama 10.5 26.3 36.8 15.8 10.5
keluarga dan rakan –rakan.
Jumlah Keseluruhan 2.86

Jadual 6 diatas menunjukkan min keseluruhan pada tahap kekerapan sederhana

(min 2.86) bg aspek penilaian kekerapan membaca responden. Terdapat 7 item


menunjukkan nilai min berada pada tahap sederhana berkenaan kekerapan membaca

responden manakala selebihnya berada pada tahap kekerapan tinggi( 4 item) dan

tahap kekerapan rendah(1 item).

Jadual 7: Bilangan,Peratusan dan Min Tahap Kekerapan Membaca Bagi Kelas


PPUB 2

1 2 3 4 5
BIL ITEM. ( TP ) ( J ) (S) (K) ( SK ) min
.
1. Saya mencari maklumat 2 13 6 2 3.34
berkaitan dengan tugasan 8.8 56.4 26.0 8.8
sekolah melalui buku/majalah.
2. Saya kerap ke perpustakaan 5 11 7 2.08
untuk membaca. 21.7 47.7 30.4
3. Saya menggunakan masa 1 5 16 1 2.74
lapang saya dengan membaca 4.3 21.8 69.6 4.3
buku/majalah yang bersesuaian.
4. Saya sentiasa membawa 4 12 5 2 2.22
buku/majalah kemana sahaja. 17.4 52.1 21.8 8.8
5. Saya kerap meminjam buku di 2 13 5 1 2 2.48
perpustakaan. 8.8 56.4 21.8 4.3 8.8
6. Saya kerap meminjam buku 5 6 8 3 1 2.52
dari guru untuk dijadikan bahan 21.8 26.0 34.8 13.1 4.3
rujukan sementara.
7. Saya memperuntukkan masa 2 17 4 3.09
yang lama untuk sesi 8.8 73.9 17.4
pembacaan
8. Membaca surat khabar 2 16 3 2 3.22
merupakan rutin harian saya. 8.8 69.3 13.1 8.8
9. Saya pasti mempraktikkan 10 11 2 2.65
setiap apa yang saya baca. 43.5 47.7 8.8

10. Saya kerap menggunakan 4 13 2 4 3.26


buku/majalah sebagai panduan 17.4 56.4 8.8 17.4
untuk menyelesaikan masalah
pembelajaran.
11. Saya pasti memperolehi 5 10 6 2 3.22
maklumat yang berguna melalui 21.7 43.5 26.0 8.8
pembacaan
12. Saya akan membeli pelbagai 17 4 1 1 2.39
jenis bahan bacaan untuk dibaca
bersama keluarga dan rakan – 73.9 17.4 4.3 4.3
rakan
Jumlah keseluruhan 2.76

Jadual 7 diatas menunjukkan min keseluruhan pada tahap kekerapan sederhana

(min 2.76) bagi aspek penilaian kekerapan membaca responden. Terdapat 7 item

menunjukkan nilai min berada pada tahap sederhana berkenaan kekerapan

membaca responden manakala selebihnya berada pada tahap kekerapan tinggi

(5 item).

Jadual 8: Bilangan,Peratusan dan Min Tahap Kekerapan Membaca Bagi Kelas


PPUB 3

1 2 3 4 5
BIL (TP) (J) (S) (K) (SK) min
.
1. Saya mencari maklumat berkaitan 3 2 10 3 2.72
dengan tugasan sekolah melalui 16.7 11.1 55.6 16.6
buku/majalah
2. Saya kerap ke perpustakaan untuk 3 11 4 2.05
membaca. 16.6 61.1 22.2
3. Saya menggunakan masa lapang 1 7 3 6 1 2.94
saya dengan membaca 5.6 38.9 16.6 33.3 5.6
buku/majalah yang bersesuaian
4 Saya sentiasa membawa 6 5 3 4 2.28
buku/majalah kemana sahaja 33.3 27.8 16.6 22.2
5. Saya kerap meminjam buku di 5 5 7 1 2.22
perpustakaan. 27.8 27.8 38.9 5.6
6. Saya kerap meminjam buku dari 1 7 5 3 2 2.89
guru untuk dijadikan bahan 5.6 38.9 27.8 16.6 11.1
rujukan sementara.
7. Saya memperuntukkan masa yang 2 7 6 1 2 2.67
lama untuk sesi pembacaan 11.1 38.9 33.3 5.6 11.1
8. Membaca surat khabar merupakan 2 5 2 6 3 3.17
rutin harian saya 11.1 27.8 11.1 33.3 16.7
9. Saya pasti mempraktikkan setiap 1 9 7 1 2.44
apa yang saya baca 5.6 50.0 38.9 5.6
10. Saya kerap menggunakan 7 5 6 2.94
buku/majalah sebagai panduan 38.9 27.8 33.3
untuk menyelesaikan masalah
pembelajaran.
11. Saya pasti memperolehi maklumat 2 2 4 4 6 3.56
yang berguna melalui pembacaan 11.1 11.1 22.2 22.2 33.3
12. Saya akn membeli pelbagai jenis 1 7 6 2 2 2.83
bahan bacaan untuk dibaca 5.6 38.9 33.3 11.1 11.1
bersama keluarga dan rakan –
rakan
Jumlah keseluruhan. 2.73

Jadual 8 di atas menunjukkan min keseluruhan pada tahap kekerapan sederhana

(min 2.73) bagi aspek tahap kekerapan membaca responden.Terdapat 10 item yang

menunjukkan nilai min berada pada tahap sederhana berkenaan kekerapan membaca

responden manakala selebihnya berada pada tahap kekerapan tinggi(2 item).

18
Analisis Keseluruhan Tahap kekerapan membaca pelajar

Jadual 9: Skor min mengikut kelas

Kelas Skor min Tahap kekerapan membaca


PPUB 1 2.86 Sederhana

PPUB 2 2.76 Sederhana

PPUB 3 2.73 Sederhana

Keseluruhan 2.83 Sederhana

Jadual 9 menunjukkan jumlah keseluruhan skor min mengikut kelas adalah

ditahap sederhana iaitu sebanyak 2.83.Skor min bagi kelas PPUB 1 ialah 2.86,

PPUB 2 ialah 2.76 dan skor min bagi kelas PPUB 3 ialah 2.73

Jadual 10;Analisis Hubungan Pencapaian Akademik Pelajar mengikut kelas dengan


kekerapan membaca.

Kelas Skor min kekerapan Skor min pencapaian


membaca akademik
PPUB 1 2.86 2.18

PPUB 2 2.76 1.32

PPUB 3 2.73 1.29

Jadual 10 menunjukkan hubungan antara tahap pencapaian akademik dengan

Tahap kekerapan membaca.Kesimpulannya, hipotesis 2 yang menyatakan terdapat

hubungan positif antara tahap kekerapan membaca dengan tahap pencapaian

akademik adalah di terima bagi kelas PPUB 1 tetapi hipotesis berikut ditolak

bagi kelas PPUB 2 dan PPUB 3.


19
PERBINCANGAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara tahap pencapaian kademik

Pelajar dengan bahan bacaan.Data yang diperolehi daripada 60 orang pelajar telah
Di gunakan untuk menjawab 3 daripada 4 soalan kajian.Dapatan kajian ini boleh

Dijadikan rujukan kepada pihak sekolah bagi menangani kemerosotan akademik

Para pelajar.

Dapatan kajian ini yang pertama telah menjawab soalan kedua kajian iaitu

Jenis bahan bacaan yang diminati oleh para pelajar pra universiti.Hasil kajian ini

Menunjukkan majoriti para pelajar pra universiti meminati jenis bahan bacaan isu

semasa iaitu seramai 11 pelajar dari kelas PPUB 1, 12 pelajar dari kelas PPUB 2

dan 12 pelajar dari kelas PPUB 3.Manakala hanya beberapa pelajar sahaja yang

meminati jenis bahan bacaan lain.Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan

positif antara minat membaca dengan tahap pencapaian akademik di mana minat

pelajar terhadap bahan bacaan isu semasa dan tahap pencapaian akademik bagi

matapelajaran pengajian am berada pada tahap sederhana bagi ketiga - tiga kelas.

Seterusnya, jenis bahan bacaan yang kurang di minati oleh pelajar pra uiversiti

iaitu sejarah dan tamadun serta geografi dan alam sekitar juga menunjukkan

hubungan positif dengan tahap pencapaian akademik di mana tahap pencapaian

bagi matapelajaran tersebut berada pada tahap tidak memuaskan(gagal) bagi kelas

PPUB 2 dan PPUB 3.Manakala kelas PPUB 1 menunjukkan prestasi lulus sahaja.

Ini menunjukkan hipotesis 1 yang menyatakan terdapat hubungan positif antara

minat membaca dengan pencapaian akademik di terima.Namun begitu hipotesis ini


20
di tolak bagi matapelajaran Ekonomi kerana kebanyakan pelajar PPUB 1 mencapai

pencapaian yang sederhana bagi matapelajaran tersebut meskipun hanya 2 orang

pelajar sahaja yang meminati jenis bahan bacaan ekonomi , kewangan dan
perniagaan.Selain itu, hipotesis ini turut di tolak apabila bilangan pelajar yang

meminati matapelajaran bahasa melayu dan sastera amat sedikit bagi kedua-dua

kelas tetapi tahap pencapaian bagi matapelajaran bahasa melayu adalah di tahap

sederhana.

Kajian ini juga di gunakan untuk melihat hubungan antara tahap

kekerapan membaca dengan pencapaian akademik.Hasil kajian mendapati terdapat

hubungan positif antara tahap pencapaian akademik dengan kekerapan membaca.

hubungan ini hanya di kenal pasti bagi pelajar PPUB 1 sahaja di mana tahap

pencapaian akademik dan kekerapan membaca pelajar kelas tersebut berada pada

tahap sederhana.Ini menunjukkan hipotesis 2 yang menyatakan terdapat hubungan

positif antara kekerapan membaca dengan tahap pencapaian adalah di terima

meskipun hipotesis ini di tolak bagi kelas PPUB 2 dan PPUB 3.

21

KESIMPULAN

Kajian ini dianggap berjaya sekiranya kesemua tujuan kajian dapat di

capai.Semoga kajian ini dapat dijadikan sumber rujukan oleh pihak sekolah
dalam menangani kemerosotan pencapaian akademik pelajar.

22

RUJUKAN

1. Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2010, Pusat Pembelajaran Pra Universiti, SMK

Purun, 28330 Triang, Pahang


2. Tahap Pencapaian Akademik Pelajar dan Hubungannya dengan Iklim Sekolah, 2010

3. Raja Mohammad Shahrim Bin Raja Ibrahim: Mengkaji tahap kemahiran ict

Dalam kalangan pelajar ijazah sarjana muda pendidikan kemahiran hidup,

Universiti Sultan Idris.(shah6658@yahoo.com)

23
LAMPIRAN

BORANG SOAL SELIDIK

Borang soal selidik ini adalah berkaitan dengan Tahap Pencapaian Akademik
Pelajar dan Hubungannya dengan Bahan Bacaan. Semoga saya akan memperolehi

Respon yang positif dari anda.Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN A: MAKLUMAT RESPONDEN

Sila tandakan √ pada ruang yang disediakan

1. Kelas : a) PPUB 1 b) PPUB 2 c) PPUB 3

2. Matapelajaran yang di ambil:

a) Ekonomi b) Pengajian Am c) Sejarah d)Geografi

e) Bahasa melayu f) Pengajian perniagaan

BAHAGIAN B: JENIS BAHAN BACAAN PELAJAR.

Sila tandakan ( √ ) pada ruang yang disediakan

1.Apakah jenis bahan bacaan yang anda minati ?


(pilih satu jenis sahaja) Ekonomi,kewangan dan perniagaan
Isu semasa
Politik dan kewarganegaraan
Bahasa dan sastera

Sejarah dan tamadun

Geografi dan alam sekitar

BAHAGIAN C:PENILAIAN TAHAP KEKERAPAN MEMBACA PELAJAR

Bahagian ini bertujuan untuk melihat tahap kekerapan membaca pelajar

Arahan: tandakan ( / ) di dalam kotak yang di sediakan mengikut tahap kekerapan

Setiap angka mewakili tahap kekerapan

5: sangat kerap
4: kerap

3: sederhana

2: jarang

1: tidak pernah

KEKERAPAN
1 2 3 4 5
Bil PERKARA
.
1. Saya mencari maklumat berkaitan dengan tugasan
sekolah melalui buku/majalah
2. Saya kerap pergi ke perpustakaan untuk membaca.

3. Saya menggunakan masa lapang saya dengan


membaca buku/majalah yang bersesuaian.
4. Saya sentiasa membawa buku/majalah ke mana
sahaja.
5. Saya kerap meminjam buku di perputakaan.
6. Saya kerap meminjam buku dari guru untuk
dijadikan bahan rujukan sementara
7. Saya akan memperuntukkan masa yang lama untuk
sesi pembacaan.
8. Membaca surat khabar merupakan rutin harian saya.
9. Saya pasti mempraktikkan setiap apa yang saya
baca.
Saya kerap menggunakan buku/majalah sebagai
10. panduan untuk menyelesaikan masalah
pembelajaran.
11. Saya pasti memperolehi maklumat yang berguna
melalui pembacaan.
12. Saya akan membeli pelbagai jenis bahan bacaan
untuk dibaca bersama keluarga dan rakan-rakan.

You might also like