P. 1
Kajian Ilmiah - Susila

Kajian Ilmiah - Susila

|Views: 1,036|Likes:
Published by Asmawi Bin Abdullah
PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan segala urusan saya dalam menyiapkan kajian ini. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Purun, Tuan Haji Syed Nooh bin Syed Abdullah kerana memberi sokongan dalam usaha saya menyiapkan kajian ini. Sokongan dan kerjasama pihak tuan amat saya hargai. Saya juga berterima kasih kepada Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam, Puan Roshaida binti Kamaruddin kerana sentiasa memberi kejasama kepada saya dalam meny
PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan segala urusan saya dalam menyiapkan kajian ini. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Purun, Tuan Haji Syed Nooh bin Syed Abdullah kerana memberi sokongan dalam usaha saya menyiapkan kajian ini. Sokongan dan kerjasama pihak tuan amat saya hargai. Saya juga berterima kasih kepada Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam, Puan Roshaida binti Kamaruddin kerana sentiasa memberi kejasama kepada saya dalam meny

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Asmawi Bin Abdullah on Mar 21, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

06/24/2013

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan segala urusan saya dalam menyiapkan kajian ini. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Purun, Tuan Haji Syed Nooh bin Syed Abdullah kerana memberi sokongan dalam usaha saya menyiapkan kajian ini. Sokongan dan kerjasama pihak tuan amat saya hargai. Saya juga berterima kasih kepada Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam, Puan Roshaida binti Kamaruddin kerana sentiasa memberi kejasama kepada saya dalam menyiapkan kajian ilmiah ini. Sokongan dan kerjasama yang diberikan membolehkan saya menjalankan kajian ini dengan lebih lancar. Penghargaan juga ditujukan kepada En. Asmawi bin Abdullah yang juga berperanan sebagai Guru Penasihat Kumpulan 3. Saya amat berterima kasih kerana beliau telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam proses saya melengkapkan kajian ini. Tunjuk ajar yang diberikan membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan lebih mudah. Sokongan dan kerjasama rakan-rakan juga turut saya hargai. Rakan-rakan khususnya rakan-rakan Kumpulan 3 banyak membantu saya sepanjang proses menjalankan kajian ilmiah ini. Mereka banyak membantu saya dari aspek pertukaran maklumat dan saling berkongsi idea dan maklumat khususnya dalam memantapkan lagi kajian ini.

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun

Page 1

Kerjasama pelajar-pelajar Tingkatan 6 yang lain juga amat dihargai khususnya sebagai responden kajian yang telah saya jalankan ini. Kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh pelajar banyak membantu saya dalam melengkapkan kajian ini. Akhir sekali, sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kajian ini.

SEKIAN.

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun

Page 2

ISI KANDUNGAN

Perkara Penghargaan Abstrak Pendahuluan Pernyataan Masalah Tujuan Kajian Soalan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Perbincangan Kesimpulan Lampiran Rujukan

Muka Surat 1 4 5 6 7 7 8 9 14 15 16 18

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun

Page 3

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat dan mengkaji pengabaian pematuhan undang-undang dalam kalangan pelajar yang bermotosikal ke sekolah. Selain itu, kajian ini bertujuan meninjau dan mengawasi tahap kesedaran pelajar tehadap keselamatan diri dengan mematuhi undang-undang jalan raya. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah menengah di Daerah Bera, Pahang. Skop kajian ini dihadkan kepada semua pelajar Tingkatan 6 sahaja yang menunggang motosikal ke sekolah iaitu seramai 24 orang. Instrument kajian adalah menggunakan borang soal selidik. Hasil kajian mendapati sebahagian besar pelajar tidak mematuhi undang-undang jalan raya dengan mengabaikan pemakaian topi keledar serta menunggang melebihi halaju yang telah ditetapkan. Kajian ini juga menunjukkan sebilangan bilangan pelajar yang pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya sepanjang tempoh pembelajaran di sekolah tersebut. Dalam kajian ini juga didapati sebahagian besar pelajar berpendapat pelajar yang berhemat dan mematuhi peraturan jalan raya serta menekankan aspek keselamatan kurang berisiko terlibat dalam kemalangan jalan raya berbanding pelajar yang sebaliknya. Tidak kurang juga pelajar berpendapat kemalangan yang bukan berpunca dari pelajar itu sendiri turut berlaku. Antara faktor utama ialah struktur jalan yang teruk dan berselekoh berbahaya. Jalan yang rosak dan mempunyai selekoh tajam akan membahayakan pelajar dan berisiko untuk pelajar terlibat dalam kemalangan adalah tinggi. Hal ini bertambah buruk lagi dengan timbulnya faktor lain seperti penternak haiwan ternakan melepaskan dan membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran di tepi-tepi jalan. Ditambah pula dengan faktor cuaca seperti hujan dan kabus yang tebal serta faktor kecuaian pengguna jalan raya yang lain.

PENDAHULUAN
Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun Page 4

Kesedaran terhadap keselamatan diri dengan pematuhan undang-undang jalan raya dalam kalangan pelajar kini semakin membimbangkan. Kalangan pelajar kurang menekankan aspek keselamatan seperti memakai topi keledar, menungang dengan halaju yang ditetapkan, memotong dengan selamat, dan banyak lagi. Mereka seolah-olah tidak sedar akan musibah yang bakal berlaku sekiranya pematuhan undang-undang jalan raya masih dipandang remeh oleh segelintir pelajar. Bukan sahaja pelajar, malah golongan dewasa juga sering melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya. Pengabaian peraturan jalan raya bukan sahaja menyalahi undang-undang negara, malah bakal mengundang musibah iaitu berlakunya kemalangan yang boleh meragut nyawa diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Pelbagai langkah telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi membendung masalah ini antaranya mngenakan denda terhadap pengguna jalan raya yang menyalahi undang-undang keselamatan jalan raya, namun orang ramai masih belum sedar dan masih terus melakukan kesalahan jalan raya dengan mengabaikan pematuhan undang-undang jalan raya. Justeru itu, hukuman yang lebih berat dan peringatan yang lebih tegas perlu dikenakan kepada orang ramai yang melanggar peraturan jalan raya supaya tidak berlaku kemalangan jiwa di samping membentuk disiplin pengguna jalan raya. Ibu bapa perlu memainkan peranan meninjau dan mengawasi anak-anak mereka supaya mematuhi undang-undang jalan raya seperti memakai topi keledar semasa menunggang motosikal. Dengan kesedaran yang tinggi dalam diri setiap kalangan ibu bapa, anak-anak mereka mampu terhindar daripada risiko kemalangan. Oleh itu, penekanan dan bimbingan kepada anak-anak sejak kecil adalah sangat penting bertepatan dengan peribahasa melayu iaitu ‘ melentur buluh biar dari rebungnya”. Bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang berhemat dan berdisplin di jalan raya bukanlah suatu tugas yang sukar. Tugas ini sebahagian besarnya bergantung kepada kehendak
Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun Page 5

dan dorongan diri sendiri terutamanya dalam meningkatkan tahap penekanan aspek keselamatan diri semasa menggunakan jalan raya.

PERNYATAAN MASALAH Masalah pengabaian undang-undang jalan raya bukan sahaja dapat dikesan berlaku dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, tetapi juga dalam kalangan pelajar Tingkatan 6. Kesedaran pematuhan peraturan jalan raya yang rendah dalam kalangan pelajar bakal memberi kesan terhadap keselamatan diri mereka sendiri. Pelbagai langkah keselamatan perlu diambil semasa menunggang motosikal seperti pemakaiaan topi keledar, menunggang dengan halaju dan pemotongan selamat, dan banyak lagi. Penekanan keselamatan ini penting kerana pelbagai kemungkinan dan perkara tidak diingini boleh berlaku. Sebagai pelajar yang prihatin, pelajar seharusnya mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjaga keselamatan diri mahupun keselamatan pengguna jalan raya yang lain dengan cara pemanduan yang berhemat. Dengan nilai kesedaran yang tinggi, pelbagai perkara buruk dapat dielakkan daripada berlaku. Ibu bapa perlu memainkan peranan meninjau dan mengawasi anak-anak mereka supaya mematuhi undang-undang jalan raya. Pengabaian peraturan jalan raya bukan sahaja menyalahi undang-undang negara,malah bakal mengundang musibah seperti berlakunya kemalangan. Memandangkan betapa pentingnya pematuhan undang-undang jalan raya dalam kalangan pelajar di sekolah, kajian ini dijalankan bagi meninjau sejauh manakah kesedaran terhadap keselamatan diri dalam kalangan pelajar.

TUJUAN KAJIAN
Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun Page 6

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelajar yang memetuhi undang-undang jalan raya. Kajian ini juga dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti tahap kecenderungan untuk pelajar terlibat dalam kamalangan jalan raya. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap keberkesanan pematuhan undang-undang jalan raya terhadap kaselamatan para pelajar. Daripada kajian ini, pengkaji dapat melihat tahap kesedaran pelajar menjaga keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain dengan mematuhi undangundang jalan raya.

SOALAN KAJIAN Berlandaskan tujuan kajian di atas, maka kajian di akan cuba menjawab empat soalan kajian yang berikut: 1. Apakah tahap penglibatan pelajar mematuhi undang-undang jalan raya? 2. Adakah terdapat hubungan antara halaju penunggangan dengan tahap kecenderungan pelajar terlibat dalam kemalangan jalan raya? 3. Adakah pematuhan undang-undang jalan raya yang berkesan dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya? 4. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan selain daripada pengabaian pematuhan undang-undang jalan raya?

KAEDAH KAJIAN Kajian ini menggunakan kaedah kaji selidik bagi menjawab soalan-soalan di atas. Sekumpulan pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 6 dari sebuah sekolah
Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun Page 7

telah digunakan sebagai sampel yang menjawab soal selidik yang di edarkan. Seramai 24 sampel telah digunakan bagi mendapatkan data yang diperlukan bagi menjawab keempat-empat soalan tersebut. Jumlah sampel yang dipilih merangkumi 42.1% daripada keseluruhan pelajar Tingkatan 6 di sekolah yang dipilih. Antara sampel yang digunakan adalah seramai 11 ( 45.8%) sampel pelajar lelaki dan 13 (54.2%) sampel pelajar perempuan. Sampel kajian ini juga diambil bagi mewakili kelompok pelajar mengikut kelas, kelas PPUA 1 seramai 9 ( 37.5%) sampel, kelas PPUA 2 seramai 10 (41.7%) sampel dan kelas PPUA 3 seramai 5 (20.8%) sampel. Instrument kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian satu terdiri daripada soalan berkaitan latar belakang sampel yang digunakan iaitu jantina dan kelas. Bahagian kedua pula terdiri daripada empat perkara yang berkaitan dengan bilangan pelajar mematuhi undang-undang jalan raya,halaju penunggangan pelajar, penglibatan pelajar dalam kemalangan jalan raya dan faktor lain penyebab berlakunya kemalangan jalan raya. Kajian ini telah dijalankan oleh pengkaji yang mengambil data di sekolah tempat bertugas. Data diproses dengan menggunakan kaedah analisis asas matematik.

DAPATAN KAJIAN Kajian telah cuba menjawab empat soalan utama kajian. Bahagian ini akan cuba mengemukakan data berbentuk jadual dan penerangan bagi menjawab keempat-empat soalan kajian tersebut;

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun

Page 8

1. Apakah tahap penglibatan pelajar mematuhi undang-undang jalan raya? Jadual 1. Pematuhan aspek keselamatan diri pelajar

Aspek Keselamatan

PPUA 1 1

PPUA 2 2 (20%) 4 (40%)

PPUA 3 1 (20%) 1 (20%)

Pemakaian topi keledar

(11.1%) 5

Pemasangan cermin sisi

(55.6%)

Memotong dengan selamat dan memberi isyarat membelok

1 (11.1%)

2 (20%)

2 (40%)

Menunggang dengan halaju yang selamat

2 (22.2%)

2 (20%)

1 (20%)

Jadual 1 menunjukkan pematuhan aspek keselamatan diri pelajar. Dapatan kajian ini menunjukkan peratusan pelajar yang mematuhi peraturan dengan memakai topi keledar ialah sebanyak 11.1% dari kelas PPUA 1, dan seramai 20% dari kelas PPUA 2 dan PPUA 3. Dapatan kajian mendapati, peratusan pelajar yang menekankan aspek pemasangan cermin sisi merupakan bilangan terbesar berbanding aspek lain iaitu sebanyak 55.6% dari kelas PPUA 1, 40% dari kelas PPUA 2 dan 20% dari PPUA 3. Pelajar memotong dengan selamat dan memberikan isyarat membelok mewakili 11.1% bagi kelas PPUA 1, 20% dari kelas PPUA 2 dan 40% dari PPUA 3.

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun

Page 9

Dari aspek penunggangan dengan halaju selamat pula, peratusan bilangan pelajar dari kelas PPUA 1 ialah sebanyak 22.2%, dari PPUA 2 dan PPUA 3 pula adalah sama iaitu 20%.

2. Adakah terdapat hubungan antara halaju penunggangan dengan tahap kecenderungan pelajar terlibat dalam kamalangan jalan raya? Jadual 2. Halaju penunggangan pelajar Halaju ( km/j ) Kelas Kurang 50 50 - 70 70 - 90 90 keatas

PPUA 1

1 (11.1%)

4 (44.5%)

3 (33.3%)

1 (11.1%)

PPUA 2

1 (10%)

3 (30%)

4 (40%)

2 (20%)

PPUA 3

2 (40%)

1 (20%)

2 (40%)

- (0%)

Jadual 2 menunjukkan halaju penunggangan pelajar. Dapatan dari soal selidik dari kelas PPUA 1, pelajar yang menunggang dengan halaju kurang 50km/j dan 90km/j keatas didapati mempunyai halaju yang sama iaitu 11.1%. Terdapat 44.5% pelajar yang menunggang dengan halaju 50 hingga 70km/j dan penunggangan berhalaju 70 hingga 90km/j ialah 33.3%. Bagi kelas PPUA 2, peratus pelajar menunggang dengan halaju kurang 50km/j mencatatkan 10%. Pelajar yang menunggang 50 hingga 70km/j pula sebanyak 30%. Sementara itu, penunggangan pelajar berhalaju 70 hingga 90km/j ialah 40% dan pelajar berhalaju 90km/j keatas ialah 20%.

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun

Page 10

Bagi kelas PPUA 3 pula, sebanyak 40% pelajar didapati menunggang dengan halaju kurang 50km/j dan 90km/j keatas. Penunggangan berhalaju 50 hingga 70% pula berperatusan 20% dan tiada peratusan dicatatkan pada penunggangan berhalaju 90km/j keatas.

3. Adakah pematuhan undang-undang jalan raya memberi kesan terhadap pengurangan risiko kemalangan jalan raya? Jadual 3. Keberkesanan pematuhan undang-undang jalan raya terhadap pengurangan risiko kemalangan. Kelas PPUA 1 Ya 7 (77.8%) PPUA 2 7 (70%) PPUA 3 4 (80%) Tidak 2 (22.2%) 3 (30%) 1 (20%)

Peratusan pelajar yang berpendapat dan bersetuju bahawa pematuhan jalan raya yang berkesan akan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya bagi kelas PPUA 1 ialah 77.8%. Manakala sebanyak 22.2% palajar tidak bersetuju. Bagi kelas PPUA 2 pula, menunjukkan peratusan keputusan pelajar yang bersetuju hampir sama dengan PPUA 1 iaitu 70%. Namun terdapat juga pelajar yang tidak bersetuju iaitu sebanyak 30% karana merasakan masih terdapat faktor lain yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun

Page 11

Peratusan pelajar yang bersetuju pematuhan undang-undang jalan raya akan mengurangkan risiko kemalangan bagi kelas PPUA 3 mencatatkan peratusan paling tinggi iaitu 80%. Manakala peratus pelajar yang tidak bersetuju ialah 10%.

4. Apakah faktor utama berlaku kemalangan dalam kalangan pelajar selain pengabaian pematuhan undang-undang jalan raya? Jadual 4. Faktor utama berlakunya kemalangan dalam kalangan pelajar Faktor cuaca seperti hujan lebat dan kabus tebal 1 PPUA 1 (11.1%) 3 PPUA 2 (30%) 1 PPUA 3 (20%) Haiwan ternakan bebas berkeliaran 4 (44.5%) 2 (20%) 2 (40%) Kecuaian pengguna jalan raya yang lain 1 (11.1%) 2 (20%) (0%) Struktur jalan yang rosak dan selekoh berbahaya 3 (33.3%) 3 (30%) 2 (40%)

Kelas

Jadual 4 menunjukkan faktor utama berlakunya kemalangan dalam kalangan pelajar selain pengabaian pematuhan undang-undang jalan raya. Berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan, kelas PPUA 1 sebanyak 11.1% bersetuju faktor cuaca dan struktur jalan yang teruk merupakan faktor utama selain pengabaian undang-undang jalan raya. Sebahagian pelajar dari kelas ini berpendapat faktor haiwan ternakan yang bebas berkeliaran sebagai faktor utama iaitu 44.5%. Manakala sebahagian lagi berpendapat struktur jalan sebagai faktor utama iaitu sebanyak 33.3%.
Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun Page 12

Bagi kelas PPUA 2, faktor cuaca dan struktur jalan yang teruk mencatatkan peratus yang sama iaitu sebanyak 30%. Tidak kurang juga pelajar menjadikan faktor haiwan bebas berkeliaran dan kecuaian pengguna jalan raya yang lain sebagai faktor utama berlakunya kemalangan dalam kalangan pelajar iaitu 20%. Didapati faktor haiwan ternakan bebas berkeliaran dan struktur jalan yang teruk menunjukkan jumlah peratus yang sama dan tertinggi dalam kelas PPUA 3 iaitu masing berjumlah 40%. Bagi pelajar yang berpendapat faktor cuaca dan kabus yang tebal ialah sebanyak 20% dan tiada peratus dicatatkan pada faktor kecuaian pengguna jalan raya yang lain.

PERBINCANGAN Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mengawasi tahap kesedaran dalam kalanagn pelajar terhadap pematuhan undang-undang jalan raya. Data yang diperolehi daripada 24 orang pelajar yang tela digunakan untuk menjawab empat soalan berkaitan kajian ini. Dapatan kajian ini boleh dijadiakn sebagai rujukan kepada pihak sekolah bagi mengenal pasti tahap pematuhan undang-undang jalan raya oleh pelajar.

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun

Page 13

Dapatan kajian ini yang pertama telah menjawab soalan pertama kajian iaitu peraturan jalan raya yang dipatuhi pelajar semasa menunggana motosikal ke sekolah. Hasil kajin ini menunjukkan sebahagian besar pelajar mengabaikan pemakaian topi keledar semasa menunggang. Hal ini membahayakan nyawa pelajar sekiranya berlaku kemalangan jalan raya. Kajian ini juaga digunakan untuk melihat halaju penunggangan pelajar semasa menunggang ke sekolah. Dapatan kajin menunjukkan dapatan yang berbeza mengikut kelas. Sebahagian besar pelajar kelas PPUA 1 menunggang dengan halaju yang kurang selamat, manakala pelajar kelas PPUA 2 dengan halaju yang berbahaya. Namun, bagi sebilangan pelajar kelas PPUA 3 menunggang dengan halaju yang selamat walaupun masih terdapat sebilangan kecil pelajar yang menunggang dengan berbahaya. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa majoriti pelajar bersetuju bahawa pematuhan undang-undang dalam kalangan pelajar mampu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Namun begitu, masih terdapat pelajar yang tidak bersetuju kerana berpendapat masih terdapat faktor lain yang menyebabkan berlakunya kemalangan selain pengabaian pematuhan jalan raya.

Hasil daripada kajian ini juga memaparkan satu dapatan yang menarik untuk diperhatikan iaitu faktor lain yang menyebabkan kamalangan para pelajar semasa menunggang ke sekolah. Faktor haiwan ternakan bebas berkeliaran semasa dalam perjalanan menuju ke sekolahadalah paling tinggi. Pihak yang terlibat khususnya pengusaha penternak haiwan ternakan terlibat harus prihatin terhadap masalah ini supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini serta mengundang musibah kepada pelajar.

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun

Page 14

KESIMPULAN Mematuhi undang-undang jalan raya adalah sangat penting bagi menjamin keselamatan di samping mampu menyelamatkan nyawa diri pelajar itu sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Pelajar yang mengabaikan pematuhan undang-undang jalan raya bukan sahaja akan membahayakan nyawa, malah turut menyalahi undang-undang negara dan akan dikenakan hukuman atau denda seperti saman dan sebagainya. Kajian ini telah cuba untuk mendedahkan kesan buruk dan kejadian yang tidak diingini bakal berlaku agar pelajar sedar tentang pentingnya menjaga keselamatan diri dengan mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya.

LAMPIRAN

Pusat Pembelajaran Tingkatan 6, Sekolah Menengah Kebangsaan Purun, 28200 Bera, Pahang Darul Makmur.
Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun Page 15

No. Siri:

Soal selidik ini digunakan untuk mendapatkan data-data yang berkaitan dengan bidang kajian yang dijalankan. Maklumat yang diperolehi akan dirahsiakan. Kerjasama anda amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Tajuk Kajian: PEMATUHAN UNDANG-UNDANG JALAN RAYA DALAM KALANGAN PELAJAR YANG BERMOTOSIKAL KE SEKOLAH. (Kajian kes di salah sebuah sekolah di Daerah Bera) Arahan: Tandakan ( / ) pada jawapan anda.

Maklumat Responden 1. Jantina: Perempuan Lelaki

2. Kelas:

PPUA 1 PPUA 2 PPUA 3

Soalan Kajian 1. Adakah anda mematuhi undang-undang jalan raya semasa menunggang motosikal ke sekolah dengan memenuhi kriteria keselamatan seperti berikut: i. ii. iii. iv. memakai topi keledar menggunakan cermin sisi memotong dengan selamat dan memberi isyarat membelok menunggang dengan halaju yang selamat

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun

Page 16

2. Apakah halaju penunggangan anda? Selamat: kurang 50km/j Berbahaya: 70 hingga 90km/j Kurang selamat: 50km/j hingga 70km/j Sangat berbahaya: 90km/j keatas

3. Adakah anda pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya samada besar atau kecil? Ya Tidak

Soalan Terbuka 1. Pada pandangan anda, adakah pelajar yang berhemat dan mematuhi undang-undang jalan raya dapat mengurangkan risiko kemalangan? Ya Tidak

Anda dibenarkan untuk memilih satu jawapan sahaja. 2. Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan dalam kalangan pelajar selain pengabaian undang-undang jalan raya? i. ii. iii. iv. faktor cuaca seperti hujan dan kabus yang tebal haiwan ternakan yang bebas berkeliaran kecuaian pengguna jalan raya yang lain struktur jalan yang teruk dan selekoh berbahaya

RUJUKAN http://www.panducermat.org.my/Laksanakan-undang-undang-jalan-raya-denganserius.html

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun

Page 17

http://www.scribd.com/doc/28441169/Peraturan-Jalan-Raya-messoipbm-kpli http://driving-school.com.my/undang-undang/cara-selamat-untuk-membuat-pusinganu-di-jalan-raya/ http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/nasihat_faq/faq_polis/faq_keselamatan_jalanraya. htm http://karanganessays.blogspot.com/2010/05/langkah-langkah-mengurangkankemalangan.html

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun

Page 18

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->