You are on page 1of 17

SISTEM PENYAMAN UDARA

PENGENALAN
Kursus ini adalah bertujuan memberi sedikit sebanyak kefahaman mengenai sistem hawa
dingin. Ianya membincangkan mengenai alatan utama dalam litar penyejuk. Mengetahui
berbagai sistem penyaman yang terdapat dalam pasaran dan juga mengetahui penggunaan
penyaman udara.

DEFINASI
Penyaman udara boleh ditakrifkan sebagai satu proses di mana udara dikendalikan dengan
kawalan keatas suhunya, kelembapan, kebersihan dan seterusnya mengagihkan udara ini ke
dalam satu ruangan yang terlebih dahulu telah diketahui keperluannya dan penggunaannya.
Kegunaan atau bila diperlukan

(i) Di pejabat – untuk memberi keselesaan pada manusia bagi menghasilkan mutu
kerja yang baik dan meninggikan daya pengeluaran.

(ii) Menjaga alatan dan komponen yang berharga supaya tidak rosak atau berkarat
contoh alat elektronik (komputer) dan alat ganti.

(iii) Mengawal suhu dan kelembapan dalam bilik proses ubat-ubatan dan menyimpan
atau pun memproses makanan dan peyimpanannya.

(iv) Mengawal suhu, kelembapan dan kebersihan udara di dalam bilik pembedahan,
makmal khas, Bilik Bersih.

Keempat-empat kegunaan sering diperlukan di Jabatan Kerajaan dan pihak cawangan Jentera
khususnya adalah diberi tugas ini

REKABENTUK
Sebelum rekabentuk dimulakan untuk mendapat saiz hawa dingin, pihak pengguna mestilah
memberi maklumat yang terperinci mengenai tempat yang hendak dihawa dingin itu.
Maklumat-maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:-
(i) Kedudukan bangunan – arah bangunan contoh, arah ketimur, selatan dan utara.
(ii) Penggunaan bangunan – sama ada pejabat, bilik komputer, hospital dan lain-lain
lagi dan juga masa menghendaki hawa dingin.
(iii) Bentuk bangunan – ciri-ciri arkitektual seperti tinggi bangunan atau tingkat,
panjang pendik ketinggian silling dan lain-lain.
(iv) Bahan binaan – lantai, dinding, tingkap, bumbung dan lain-lain.
(v) Jumlah orang – berapa penghuni dalam satu-satu ruang atau bilik.
(vi) Lampu, komputer dan lain-lain alatan yang mengeluarkan haba.
(vii) Pengudaraan – sama ada memerlukan pembuangan terus udara dari ruang,
contoh bilik bedah.

Sistem Penyaman Udara m/s 1


(viii) Keadaan sekeliling – bangunan bersebelahan, seperti tinggi bangunan dan
arahnya. Suhu dan kelembapan disekitar kawasan.

FAKTOR PEMILIHAN SISTEM


Beberapa fakor memainkan peranan masing-masing terhadap pemilihan sistem dan alatan
semasa rekabentuk.
1. Kebebasan penggunaan.
2. Ciri keselamatan, contoh bilik kebal
3. Kesesuaian air yang dibekalkan
4. Kebisingan
5. Had beban pada struktur
6. Had guna ruangan
7. Kesesuaian tempat pemasanagan
8. Khidmat lepas jualan firma
9. Harga

PENYAMANAN UDARA (AIR CONDITIONING)


Penyamanan Udara atau Hawa dingin adalah berkaitan dengan keadaan udara di dalam
sesuatu kawasan atau bilik yang telah direka bentuk. Ia biasanya melibatkan pengawalan
bukan sahaja suhu bilik tetapi juga kelembapan bilik serta pergerakkan udara dengan menapis
dan membersihkannya.

KESELESAAN BADAN
Kesemua makanan mengandungi haba dibentuk sebagai kalori. Apabila kalori diambil oleh
badan ianya ditukarkan kepada tenaga dan disimpan untuk kegunaan masa akan datang.
Pergerakkan badan bukan sahaja menggunakan tenaga tetapi juga menghasilkan haba. Bagi
mendapatkan keselesaaan tubuh badan haba ini mestilah disingkirkan.

HABA YANG DILEPASKAN OLEH BADAN


Pergerakan badan akan menyebabkan berlaku proses ini :-
i. Perolakkan (convection).
ii. Pancaran (radiation).
iii. Cairwapan (evaporation).

Sistem Penyaman Udara m/s 2


i. Perolakkan
Terdapat dua keadaan perpindahan haba dari tubuh melalui proses peralakkan.
a. Pengaliran haba dari permukaan sejuk ke panas.
b. Peningkatan haba.
Jika dua keadaan ini digunakan ke atas badan dalam proses membuang haba, keadaan
berikut akan berlaku :
- Badan melepaskan haba ke udara sekeliling.
- Udara sekeliling menjadi panas dan bergerak ke atas.
- Apabila udara panas bergerakan ke atas, lebih banyak udara sejuk akan mengambil
alih tempatnya dan ini akan menyejukkan tempatnya.

ii. Pancaran
Pancaran ialah proses pemindahan haba daripada punca haba (matahari, api dll) kepada
benda atau objek. Prinsipal ini berdasarkan kepada keadaan di mana haba bergerak dari
permukaan panas ke permukaan sejuk. Proses ini tidak memerlukan peredaran udara. Badan
akan cepat merasa kesan pancaran matahari apabila bergerak dari tempat terlindung ke
tempat yang ada matahari.

iii) Cairwapan
Cairwapan ialah proses dalam mana lembapan menjadi wap. Lembapan yang meruap dari
permukaan panas akan memindahkan haba dan menjadikan permukaannya sejuk. Lembapan
yang dikeluarkan dari liang kulit akan meruap dan memindahkan haba dari badan.

KEADAAN YANG MEMPENGARUHI KEPANASAN BADAN.


Suhu
Udara sejuk menambahkan kadar perolakkan sementara udara panas mengurangkannya.
Udara sejuk merendahkan suhu permukaan keliling oleh kerana itu meninggikan kadar
pancaran. Udara panas meninggikan suhu permukaan sekeliling oleh kerana itu merendahkan
kadar pancaran.
Udara sejuk menaikkan kadar cairwapan, udara panas perendahkannya. Ianya bergantung
atas jumlah lembapan yang sedia ada dalam udara dan juga atas jumlah pergerakkan udara.

Kelembapan (Humidity)
Lembapan dalam udara diukur dalam sebutan kelembapan (Humidity). Untuk contoh, 50
peratus kelembapan bandingan (Relative Humidity) bermakna udara mengandungi setengah

Sistem Penyaman Udara m/s 3


daripada jumlah lembapan yang mampu dikandungnya. Bagi memudahkan unit ukuran
kelembapan ia disebut sebagai `grain’ wap air. `Grain’ merupakan unsur yang paling kecil.
Bagi air satu cawan mengandungi 2800 grain dan bagi air satu paun mengandungi 7000 grain.
Kelembapan bandingan berubah apabila suhu berubah. Contoh; satukaki padu udara pada
800F boleh mengandungi 11 grain pada tahap maxima. Jika satu kakipadu udara
mengandungi 4 grain lembapan, tapi pada suhu 800F kelembapan bandingan ialah 4 ÷ 11 =
0.37 atau 37%
Dari contoh di atas didapati:-
a. bagi menambahkan kelembapan bandingin, tambahkan kandungan lembapan udara
yang sebenar atau kurangkan suhu udara.
b. Bagi mengurangkan kelembapan bandingan, kurangkan kandungan lembapan udara
yang sebenar atau tambahkan suhu udara.

PEREDARAN UDARA
Faktor lain yang mempengaruhi kesanggupan badan melepaskan haba ialah pergerakkan
udara sekeliling badan. Pergerakkan udara menambahkan :-
a. Proses pemelowapan memindahkan haba badan dengan cepat oleh kerana lembapan
dalam udara sekelilingnya membawanya dengan kadar yang cepat.
b. Proses perolakkan bertambah oleh kerana lapisan daripada udara panas sekeliling
badan membawanya dengan cepat.
c. Proses pancaran berlaku dengan pantas kerana haba disekeliling permukaan
berpindah pada kadar yang pantas.
Apabila peredaran udara berkurang proses pemelowapan, perolakan dan pancaran juga akan
berkurang.

PENERANGAN MENGENAI PEREDARAN


Bahagian-bahagian penting bagi alat dalam peredaran hawa dingin ialah :-
- kipas (fan)
- sesalur bekalan (supply ducts)
- alir keluar bekalan (supply outlets)
- ruangan yang hendaka di bawa dingin (space to be conditioned)
- alir keluar pembalikkan (return outlets)
- sesalur pembalikkan (return ducts)
- penapis (filter)
- gelung penyejuk.

Sistem Penyaman Udara m/s 4


- sesalur udara bersih (fresh air duct)
- kotak campuran (mixing box)
- damper (Fresh air / Return air / Fire)

Kipas (Fan)
Tugas utama kipas ialah mengerakkan udara daripada atau kepada bilik. Kipas menarik udara
daripada luar atau daripada bilik tapi dalam kebanyakkan sistem ia menarik udara daripada
kedua-dua sumber ini dalam satu masa.
Oleh kerana udara di dalam bilik tidak bergerak atau bergerakan perlahan maka keadaan tidak
selesa pada badan akan berlaku. Ini disebabkan penghindaran haba pada badan tidak dapat
dilakukan.
Kipas dipilih supaya dapat mengeluarkan jumlah udara yang betul disamping pengawalan
kelajuannya agar aliran udara dalam bilik dapat beredar dengan sempurna.

Sesalur bekalan (supply ducts)


Sesalur bekalan mengalirkan udara daripada kipas ke bilik-bilik. Sesalur ini seboleh-bolehnya
pendak dan mempunyai elbow yang sedikit supaya udara dapat mengalir dengan bebas.

Alir keluar bekalan (supply outlets)


Alir keluar bekalan menolong menyibarkan udara menyerata di dalam bilik. Terdapat berbagai-
bagai bentuk alir keluar diantaranya seperti empat persegi sama, empat persegi bujur, bulat
dan bermacam-macam lagi.
Ruangan bilik
Bilik ialah salah satu bahagian yang penting dalam menerangkan edara udara. Jika ruangan
tertutup tidak ujud, mustahil bagi melengkapkan edara udara oleh kerana aliran udara dari
sesalur bekalan akan mengalir keluar ke udara kasa. Bahan-bahan yang digukan untuk
menutup ruangan juga memberi kesan yang penting dalam menentukan banyaknya haba atau
penyejukan yang perlu disingkirkan.

Alir keluar pembalikkan


Alir keluar pembalikan ialah pembukaan di dalam bilik yang digunakan bagi membenarkan
udara masuk ke dalam sesalur pembalikan. Biasanya alir keluar pembalikkan terletak jauh dari
alir keluar perbekalan. Misalnya, jika alir keluar bekalan berada disiling maka alir keluar
pembalikkan berada jauh di tepi dinding atau berdekatan dengan lantai.

Sistem Penyaman Udara m/s 5


Penapis
Penapis biasanya diletakkan pada penghujung sesalur udara balikkan. Ianya dibuat dari
berbagai bahan. Penapis ini digunakan bagi membersihkan udara dan mengasingkan abuk-
abuk serta kekotoran. Terdapat berbagai-bagai jenis penapis yang digunakan.

Gelung penyejuk
Peredaran udara dingin di dalam bilik menyejukkan ruangan bilik tersebut. Udara balikkan dari
bilik akan melalui gelung penyejuk dan udara tersebut disejukkan pada suhu yang dikehendaki.
Jika terlampau banyak kelembapan ianya disingkirkan secara automatik apabila disejukkan
oleh gegelung.

PUSINGAN PENYEJUKAN (REFRIGERATION CYCLE)


Pusingan penyejukkan menyebabkan haba berpindah dari udara ke refrigerant di dalam
gelung. Pusingan ini berdasarkan kepada dua prinsipal.
- Apabila cecair bertukar kewap, ianya mampu menyerap haba dengan jumlah yang
besar.
- Takat didih cecair boleh diubah dengan menukarkan tekanan ke atas cecair. i.e. suhu
cecair akan naik apabila tekanan dinaikkan.

Bahagian-bahagian penting daripada pusingan penyejukkan ialah :-


i. Gelung penyejuk - cairwapan (evaporation)
ii. Pemampat (compressor)
iii. Pemelowap (condenser)
iv. Injap pengembangan (expansion valve)

i. Gelung penyejuk
Gelung penyejuk adalah komponen yang dapat mengalirkan udara dan refrigerant. Gelung ini
menyediakan permukaan yang mana udara akan mengalir menyentuh permukaannya dan
pada masa yang sama refrigerant mengalir di dalam gelung tersebut. Aliran udara panas
melalui gelung penyejuk menyebabkan udara menjadi sejuk sementara refrigerant menjadi
panas. Sebenarnya suhu refrigerant tidak berubah tetapi perubahan cecair ke wap
menyebabkan refrigerant menjadi panas.
Dalam membekalkan permukaan sejuk untuk udara, gelung penyejuk menyediakan alat
perpindahan haba. Haba akan berpindah daripada udara kepada permukaan gelung dan

Sistem Penyaman Udara m/s 6


seterusnya ke refrigerant yang berada di dalam gelung. Kesannya haba akan berpindah dari
udara ke refrigerant melalui permukaan gelung.

ii. Pemampat
Terdapat dua kegunaan pemampat;
a) mengeluarkan refrigerant daripada gelung penyejuk dan memaksanya masuk ke
dalam pemelowap (condenser);
b) meninggikan tekanan refrigerant.

Sedutan (suction)
Dengan penyedutan refrigerant, pemampat mengurangkan tekanan dalam gelung
penyejuk dan memelihara pada paras yang cukup rendah bagi membolehkan
refrigerant mendidih atau merupa dan dengan sebabnya haba di serap dalam proses
itu.

Pengeluaran (Discharge)
Dengan pengeluaran atau memaksa masuk wap refrigerant ke dalam pemelowapan
pemampat menambahkan lagi tekanan refrigerant. Sebenarnya pemampat
meninggikan suhu wap refrigerant. Ini menyenangkan pemelowap melakukan
tugasnya.

iii. Pemelowap - (condenser)


Pemelowap menyediakan dua fungsi penting :-
a memindahkan haba yang diambil oleh refrigerant di dalam gelung penyejuk.
b Ianya memelowapkan wap refrigerant kepada cecair refrigerant kepada cecair
refrigerant

Haba dipindahkan dan proses pemelowapan mengambil alih dalam dua cara :-
- Secara proses penyejukkan air. Jika air digunakan bagi memindahkan haba. Wap
refrigerant dilalukan melalui satu gelung yang tenggelam di dalam bekas yang penuh
air. Suhu iar yang dibekalkan ketakungan adalah lebih rendah lagi dari suhu
refrigerant itu sendiri. Haba dipindahkan dari refrigerant ke air melalui dinding gelung.
Air kemudian yang membuat haba dialirkan ke aliran.

Sistem Penyaman Udara m/s 7


- Bagi proses penyejukan udara. Jika udara digunakan bagi membuang haba, wap
refrigerant dialirkan dalam gelung dan disejukkan dengan kipas. Kipas menghembus
udara melintasi gelung dan oleh kerana udara itu sejuk dari wap refrigerant maka wap
tersebut melepaskan haba ke udara melalui dinding gelung.

Udara itu dihembus keluar bilik dan haba dihamburkan dalam udara kasa. Dalam proses
pemelowapan, udara atau air mengambil haba dari refrigerant dalam dalam proses
penyejukkan refrigerant mengambil haba dari udara bilik.

iv. Injap Pengembangan


Injap pengembangan merendahkan tekanan cecair refrigerant dan sekaligus menyejukkan
cecair tersebut. Refrigerant masuk ke injap di bawah tekanan. Apabila ia melalui liang injap
kecil mka ia memasuki kawasan tekanan rendah daripada gelung penyejuk. Liang injap
bertindak sebagai alat perjangkaan diantara kawasan tekanan tinggi dan kawasan tekanan
rendah. Selepas cecair refrigerant melalui liang injap dalam injap pengembangan, ia mula
berwap kerana ianya berada dalam kawasan tekanan rendah..

JENIS MENGIKUT SISTEM PENYAMAN UDARA

1. Jenis Tingkap (Window Unit)


2. Jenis Berasingan (Split Unit)
3. Jenis Berasingan Bersesalur (Ducted Split)
4. Jenis Kemasiap (Package Unit)

JENIS MENGIKUT KATEGORI


1. Jenis DX
1.1 Jenis Air Cooled
1.2 Jenis Water Cooled
2. Jenis Chilled Water

Sistem Penyaman Udara m/s 8


REKABENTUK PEMASANGAN SISTEM SESALUR PADA TEKANAN SEDERHANA DAN
TINGGI

Definasi
Sesalur tekanan rendah ialah di mana halajunya tidak melebihi 1800 kaki per minit dan
tekanan tidak melebihi 2 inci tolok air.

Yang dimaksudkan dengan sesalur tekanan sederhana ialah halajunya melebihi 1800 kaki
perminit dan tekanan static di antara 2 inci tolok air ingga 6 inci tolok air. Bagi sesalur tekanan
tinggi ialah halajunya melebihi 1800 kaki perminit dan tekanan statiknya di antara 6 inci tolok
air hingga 10 inci tolok air.

Geseran Sesalur
Bagi menentukan ukuran sesalur udara biasa digunakan ialah dengan kaedah penyamaan
geseran. Susutan geseran biasanya di antara lebih kurang 0.08 inci hingga 0.10 inci tolok air.

Kaedah yang mudah bagi menentukan ukurusan sesalur tekanan sederhana dan tinggi ialah
dengan menyamakan geseran keseluruhannya. Biasanya susutan geseran diambil di antara
0.8 inci hingga 1.0 inci bagi setiap 100 kaki panjang sesalur (dengan kelajuan tidak melebihi
4000 kaki per minit ).

Bagi menentukan ukuran sesalur dengan kaedah penyamaan halaju adalah tidak sesuai untuk
digunakan bagi sesalur tekanan sederhana serta tinggi. Penggunaan kaedah pengurangan
halaju boleh digunakan jika dikehendaki di mana kelajuan 4000 kaki/minit, dalam sesalur
utama, 3,000 kaki/minit digunakan dalam sesalur cabang, 2,500 kaki/minit digunakan dalam
sesalur pecahan cabang, dan 1,500 – 2000 kaki/minit digunakan dalam salur keluar ke unit
punca.

Susutan Tekanan Dalam Sesalur

Bagi menjumlahkan susutan tekanan dalam sistem sesalur mestilah dijumlahkan susutan
tekanan dalam semua bahagian dicampurkan dengan susutan tekanan dalam kebanyakan alir
keluar. Selain itu susutan tekanan pada setiap sambungan juga mestilah diambilkira.

Sistem Penyaman Udara m/s 9


Halaju Tekanan
Halaju tekanan ialah tekanana dikehendaki bagi menghasilkan kelajuand ari aliran udara.

Tekanan Statik
Tekanan static ilah tekanan yang diperlukan bagi mengatasi rintangan geseran daripada udara
berlawanan dengan bahagian daripada sesalur.

Penyingkir Getaran
Dimana terdapat sambungan sesalur kepada mesin yang berpusing seperti kipas maka
sambungan ubah lentur (felxible connection) haruslah diadakan. Sambungan ubah lentur
mestilah tidak kurang dari 3 inci panjang bagi mencegah perpindahan getaran ke dalam
system sesalur.

Pintu Laluan
Dimana alat perkakas mempunyai sarung digunakan, pintu laluan mestilah diadakan bagi
membolehkan pemeriksaan serta pembersihan dilakukan sepanjang masa.

Sesekat Api
Sesekat api mestilah disediakan dalam system sesalur bagi mengelakkan berlakunya
perebakkan api ke zon lain. Kedudukan sesekat api mestilah dinyatakan di dalam lukisan dan
janga ditinggalkan di dalam penentuan am.

Bilah Lencungan
Dimana terdapat lencungan dalam kekotal, jejari lencungan mestilah kurang dari 1 ½ inci lebar
sesalur.

Sistem Penyaman Udara m/s 10


BEBERAPA KOMPONEN PENCEGAH KEBAKARAN DI DALAM SESALUR UDARA.

Sesekat Api
Biasanya pembukaan sesekat dipasang dalam system taburan udara. Direkabentuk supaya
tertutup secara automatik bagi mencegah haba dari kebakaran menggnggui aliran udara dan
menghadkan laluan nyalaan.
Satu keeping logam melingkungi sekeliling sesekat api dan dimuatkan ke dalam sesalur.

Sesekat Asap
Sesekat disusun atau diatur supaya dapat menghalang aliran udara secara automatik melalui
bahagian sesalur dan menghadkan laluan asap.

Sekatan Kebakaran
Sekatan atau binaan yang membahagikan bangunan untuk menghadkan merebaknya
kebakaran serta menyediakan laluan untuk pelepasan diri.

Dinding Tahan Api


Dinding tahan api dilengkapkan dengan binaan struktur yang dapat menahan api dari merebak
ke bahagian bangunan lain.

Lokasi Kedudukan Sesekat Api


Sesekat api disyorkan mengikut seperti berikut :-
a. Di mana sesalur melalui sekatan (partition) yang boleh menolong menghadkan
perebakan api. Had lama tahanannya ialah lebih kurang 2 jam.
b. Di mana sesalur masuk atau meninggalkan lubang menegak dari bilik jentera.
c. Dinding di bahagian tangga, lubang lif dan juga bilik dandang.
d. Dinding laluan awam
e. Tingkat bumbung.

Binaan Sesekat Api


a. - Ianya disusun supaya menutup secara automatik jika berlaku perubahan suhu yang
lebih tinggi.
b. Ianya harus menyediakan selusur yang maksima untuk melalukan udara apabila ianya
di dalam keadaan tertutup.
c. Ia seharusnya tetap dalam keadana tertutup semasa dalam keadaan kebakaran.

Sistem Penyaman Udara m/s 11


d. Ia harus mempunyai rintangan kekaratan.
e. Ia mestilah pada tempat perlindugnan pembukaan walaupun sesalur terbakar
keseluruhannya.

PENERANGAN MENGENAI KEDUDUKAN SESEKAT API


Jurutera haruslah menunjukkan di dalam lukisan akan kedudukan sebenar sesekat api. Satu
tanda atau symbol boleh digunakan bagi menunjukkan jenis-jenis sesekat api. Pintu laluan
masuk mestilah diadakan pada setiap kedudukan sesekat api untuk tujuan pemeriksaan dan
membetulkan keudukan sesekat api jika perlu.

Gantungan dan Penyangkut untuk sesalur udara.


Am
Gantungan adalah perlu bagi mengawal pergerakkan dan menyangkut berat system sesalur
dan juga bagi menghindarkan kebisingan. Gantungan seharusnya direka supaya sesalur
dapat bergerak bebas. Bagi sesalur disambungkan pada unit penyejukan udara, ianya
mestilah disangkut bebas tanpa diletakkan berat sesalur tersebut ke atas alat pendingin udara.
Ini adalah bagi memudahkan semasa perkhidmatan (service).

Bahan yang digunakan untuk penatang.


Bahan yang digunakan untuk menyangkut sesalur ialah kepingan jalur keluli dengan lapisan
zing bagi menghindarkan kekaratan. Selalunya penyengkut sesalur adalah hasil pekerjaan
tangan iaitu bukan dari hasil pekilang.

Binaan konkrit
Dalam binaan konkrit di mana sesalur sederhana berat digunakan selitan konkrit adalah perlu.
Bagi sesalur yang ringan pelekatan konkrit jenis tepung atau pelekatan jenis sauh boleh
digunakan. Paku konkrit jangan sekali-kali digunakan.

Sesunan Keluli
Jika sesalur itu adalah berat, seperti pada kelajuan tinggi, penggunaan cekaman alang adalah
disyorkan. Untuk kerja ringan, welded stand digunakan dan di mana konkrit joist
dipertemukan.

Binaan kayu.

Sistem Penyaman Udara m/s 12


Jika sesalur udara agak berat, sesalur seharusnya diikatkan dengan cermat kepada kayu
dengan menggunakan bolt.

Penatang untuk sesalur menaik


Bagi kenaikan menegak hendaklah disokong dalam bangunan dengan menggunakan besi
bersudut melintangi akan sesalur udara. Bagi bahagian sesalur yang mengalirkan udara
terlampau sejuk, gantungan sepering adalah diperlukan, ini bagi mengelakkan jika berlakunya
pengembangan semasa suhu bertambah.

Susur untuk sesalur


Jika susur disediakan untuk sesalur, bolnya mestilah ditempatkan di bahagian dalam daripada
sesalur udara. Ini bagi membolehkannya menerima besi bersudut bagi menyediakan
sokongan atas susur.

Gelung pemanas dalam sesalur udara.


Jika gelung pemanas digunakan dalam sesalur udara, ianya mestilah digantung bebas pada
kerangka bangunan dan jangan dibiarkan terletak pada system sesalur.

Gantungan Jalur
Gantungan Jalur biasanya dibuat sperti berikut :-
a) - Sesalur kecil hingga 30” - 16 tolok - 1 inci lebar
b) - Sesalur besar hingga 30” - 12 tolok - 1 ½ inci lebar
c) - Sesalur hingga melebihi 120” - ukurannya 1 ¼ inci lebar x 1/8
inci tebal.
Gantungan buaian
Ia digunakan di mana terdapat banyak sesalur udara digunakan. Gantungan buaian biasanya
dibina dari besi bersudut di mana sesalur udara terletak di atas. Rod berbenang dilekatkan
pada binaan bangunan, ini bagi memudahkan pelarasannya.
REKABENTUK PENGHAMBUR SILING EMPAT PERSEGI

Pemilihan Alir Keluar


Ukuran penghambar siling biasanya dipilih mengikut jumlah udara yang dihamburkan ke dalam
kawasan yang hendak dihawadinginkan.

Sistem Penyaman Udara m/s 13


Perhubungan Diantara Jumlah Udara Dengan Alir Keluar
Gunakan carta di bawah sebagai panduan umum bagi memilih alir keluar.
Jenis Alir Keluar Beban udara Pertukaran udara/jam Halaju bilik
KPM/Kg.Persegi Berdasarkan tinggi Purata kaki/minit
siling

Kekisi 0.6 hingga 1.2 7 25 hingga 35

Lubang alur 0.8 hingga 2.0 12 20 hingga 35

Penghambur
siling

Empat persegi 0.8 hingga 2.0 12 20 hingga 50


bujur
Berlubang 0.8 hingga 2.5 15 20 hingga 50
Empat persegi 0.8. hingga 3.0 18 20 hingga 50
sama
Bulat 1.0 hingga 5.0 30 20 hingga 50

Jenis Leher Berhubung Dengan Operasi


Penghamburan dengan leher empat persegi sama atau empat persegi bujur adalah tidak
selicin secara penghambur leher bulat. Ini dalam dilihat dari carta di atas. Penghambur empat
persegi sama atau bulat dapat menampung udara dengan lebih banyak bagi setiap kaki
persegi dari jenis alir keluar yang lain.

Memilih Ukuran Penghambur (Diffuser)


Pertimbangan harus diambilkira bagi factor jumlah udara, jarak pembuangan dan takat suarat
yang diperlukan. Biasanya katalog yang disediakan teruntuk bagi siling yang tingginya
diantara 8 – 12 kaki. Bagi siling yang lebih tinggi atau rendah dari ini hendaklah disemak
dengan baik.

Kedudukan Penghambur
Hasil pergerakan udara sekara daripada kedudukan tengah penghambur dengan paten udara
360 0F. Jenis paten penghambur ialah 1,2 atau 3 arah. Ruangan kosong sesekat yang
disediakan ialah untuk mengelakkan aliran udara melanggar tiang.

Sistem Penyaman Udara m/s 14


Halaju Bilik
Untuk keadaan yang selesa diperlukan, penghambur mestilah dipilih untuk halaju punca 100
kaki/minit bagi menyediakan halaju bilik 25 hingga 35 kaki/minit. Bagi bilik yang memerlukan
halaju yang maksima seperti Pejabat A, halaju punca mestilah diambah kepada 150 hingga
200 kaki/minit bagi menghasilkan halaju bilik 50 –65 kaki/minit.

Sesekat dan Kekisi


Bilah pelurus selalu digunakan dalam leher penghambur bagi mendpatkan aliran udara yang
sama. Sesekat agihan (spliter) digunakan pada leher cabang pengeluaran.

Sistem Penyaman Udara m/s 15


PENGGANTIAN UDARA (AIR CHANGE)

Definasi : Penggantian udara adalah satu proses pertukaran udara dalam sesuatu
kawasan yang tertutup dan disebut dalam tempoh masa sejam (airchange per
hour).

Kadar penggantian udara mestilah sesuai di antara pembuangan udara kotor dan pengambilan
udara bersih dari luar bagi mendapatkan keseimbangan dalam ruangan itu.

Kadar pertukaran udara adalah bergantung kepada kegunaan bangunan, luas bilik dan
kedudukan sesuatu bilik atau bangunan itu.

Bangunan Ruang Airchange


Rumah Dapor 15 ac/hr
Bilik mandi & tandas 10 ac/hr
Bilik 6 ac/hr

Hotel Bilik tari menari 8 ac/hr


Bilik makan 8 ac/hr
Dapor 15 ac/hr
Corridor 5 ac/hr
Tandas 10 ac/hr

Plant Perusahaan Kawasan Kerja Am 6 ac/hr


Kawasan Mengecat 20 ac/hr
Bilik Generator 20 ac/hr

Bangunan Biasa Pejabat 6 ac/hr


Bilik Menanti 10 ac/hr
Bilik Mesyuarat 12 ac/hr
Dewan Pameran 10 ac/hr

Restaurant Bilik Makan 6 ac/hr


Dapor 20 ac/hr
Bilik Perjamuan 10 ac/hr

Sistem Penyaman Udara m/s 16


Sekolah Lab Kimia 6 ac/hr
Audiotorium 6 ac/hr
Jimnasuim 8 ac/hr
Perpustakaan 6 ac/hr
Bilik Darjah 6 ac/hr

Panggung Auditorium 6 ac/hr


Corridor 6 ac/hr
Bilik Merokok 12 ac/hr
Bilik Tayangan 20 ac/hr

Bagi menentukan jumlah duara yang perlu dibuang dari sesuatu bilik, formula ini digunakan.
Muatan Udara = Isipadu Bilik x Kadar Pertukaran Udara
(Muatan Udara = m 3/jam )
(Isipadu = m 3)

Contoh :
Satu kilang ukurannya : 10m x 20m x 5m H
∴ Isipadu = 1000 m 3

∴ Muatan Udara = 1000 x 6 m 3/jam


= 6000 m 3/jam

Sistem Penyaman Udara m/s 17

You might also like