You are on page 1of 37

DASAR EKONOMI BARU (DEB) MERUPAKAN

AGIHAN KEKAYAAN NEGARA KEPADA


RAKYAT

Pendahuluan

Kertas kerja ini dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama membincangkan secara
ringkas latar belakang DEB dan strateg-strategi yang telah dilaksanakan sehingga kini bagi
mencapai matlamat-matlamat dasar tersebut. Ini akan diikuti dengna penganalisaan kritikal
berhubung denga prestasi pencapaian matlamat-matlamat DEB tersebut seperti yang dilapokan
dalam RML baru-baru ini. Bahgian ketiga menbincangkan prospeks pencapaian matlamat-
matlamat DEB berkenaan melalui strategi-strategi yang dirancangkan perlaksanaanya di
sepanjang tempoh RML nanti. Bahagian terakhir merumuskan beberapa isu penting keseluruhan
kertas kerja ini yang semestinya mempunyai implikasi ke atas penggubalan dasar-dasar ekonomi
negara selepas tahun 1990 nanti.

Dasar Ekonomi Baru

Pada asasnya, matlamat DEB seperti yang termaktub dalam Rancangan Malaysia kedua RMK)
dan Rancangan-rancangan Lima Tahun seterusnya, mempunyai dua objektif utama:

i. Mengurang dan seterunya membasmi kemiskinan dengan menambakan


pendapatan dan membanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat
malaysia tanpa mengira kaum.
ii. Mempercepatkan penyusunan semuala masyarakat bagi memperbaiki keadaan
ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurang serta menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi masing-masing. (RMK, 1971,1)

Strategi serampang dua mata di atas pula diprlukan untuk suatu matlamat terakhir yang lebih
penting iaitu perpaduan nasional.

Kesemua objektif di atas adalah saling kait mengait dan kuat-menguatkan di antara sau sama
lain. Objektif perpaduan Nasional yang tulin tidak mungkin dapat dicapai jika sekiranya
sebahagian besar daripada penduduk negara berada dalam keadaan kemiskinan dan juga
sekiranya sebaagain besar daripada kekayaan negara dibolot oleh hanya segelintir kecil
penduduk negara. Begitu juga halnya, kejayaan dalam usaha untu membasmi kemiskinan akan
mempermudahkan lagi proses penyusunan semula masyarakat dan juga pemupukan integrasi
nasional. Pendek kata, ketiga-tiga objektif di atas perlu dicapai untuk menjamin kestabilan dan
kemakmuran masa depan negara.

Pembasmian Kemiskinan
Pembangunan yang telah dicapai semenjak kemerdekaan sehinggalah tercetusnya tragedi "Mei
13", bukan sahaja tidak berjaya mengatasi masalah kemiskinan malah ianya pernah dikatakan
telah memburukkan lagi masalah. Pembangunan ekonomi yang pesat dlaam jangkamasa tersebut
tidak dapat dinikmati bersama oleh sebahagian besar penduduk negara. Kadar kemiskinan adalah
tinggi sementara agihan pendapatan adalah semakin tidak setara. Di samping itu terdapat
beberapa ciri kemiskinan tersebut yang boleh mengancam kestabilan politik dan ekonomi negara
seperti yang dimanifestasikan oleh tragedi "Mei 13" dahulu. Diantara ciri-ciri tersebut
termasuklah:

o Kadar dan bilangan isirumah miskin yang terlalu tinggi di kalangan kaum
Bumiputera berbanding dengan kaum bukan Bumiputera.

o Sebahagian besar daripada golongan miskin tersebut adalah terlibat di dalam


sektor pertanian.

o Golongan miskin ini juga merupakan sumebr utama kuasa politik kerajaan.

Berasaskan kepada ciri-ciri di atas maka sayugianyalah sebahagian besar daripada strategi/polisi
pembasmian kemiskinan telah memberikan tumpuan yanglebih kepada pembangunan sektor
pertanian/luar bandar dan juga kepada golongan Bumiputera terutama selepas pelancaran DEB
dan RMK dajulu. Di antara program-program pembangunan pertanian yang melibatkan matlamat
pembasmian kemsikinan di kalangan kaum petani termasuklah:

o Penempatan semula penduduk luar bandar ke dalanrancangan-rancangan


kemajuan tanah seperti FELDA.

o Skim perairan raksaksa bagi kawasan-kawasan tanaman padai seperti MUDA,


KEMUBU dan lain-lain.

o Pemberian berbagai jenis subsidi dan bantuan abgi petani-petani getah, padi dan
nelayan.

o Penyediaan lain-lain infrastruktur bagi pengeluaran, pemerosesan dan pemasaran


barang-barang pengeluaran pertanian.

Jadual 1 menunjukkan jumlah peruntuka yang diberikan bagi sektor pertanian dan pembangunan
dan pembangunan luar bandar. Dapat dilihat bahawa peruntukan bagi pembangunan pertanian
dan desa merupkan satu-satunya bahagian yang terbesar daripada keseluruhan peruntukan
pembangunan iaitu26% bagi tempoh RMT (1981 –85). Bagi RML pula sebanyak $11.8 billion
atau 17.1 peratus daripada jumlah perbelanjaan telah diperuntukan bagi pembangunan sektor
pertanian dan luar bandar. Jumlah peruntukan ini merupakan satu-satunya jumlah yang terbesar
sekali bagi tempoh RML nanti.

Kesemua program pembangunan pertanian/luar bandar di atas adalah tidak statik. Ianya sentasa
dikaji dan diubahsuaikan dari masa ke semasa mengikut keadaan semasa sektor tersebut supaya
pencapaian beberapa objektif pembangunan tersebut terutamanya dalam konteks DEB, dapat
dimaksimakan. Perlaksanaan Dasar Pertanian Negara (DPN) sejak tahun 1982 dahulu merupakan
salah satu proses pengubahsuaian yang dimaksudkan akibat daripada masalah struktural yang
telah menjejas pertumbuhan sektor pertanian dan dengan ini juga telah menjejas pencapaian
matlamat DEB.

Salah satu daripada objektif penting DPN ialah untuk memaksimakan pendapatan daripada
pertanian melalui penggunaan sumber-sumber negara secara cekap (Kementerian Pertanian,
1984). DPN juga menggalakan perkebun secara koperatif dan penubuhan mini-estet bagi
beberapa jenis keluaran pertanian bagi mengatasi masalah-masalah tanah terbair, saiz kebun
yang kecil, perosesan, pemasaran serta pengurusan yang tidak cekap.

Pengumuman beberapa jenis galakan cukai dalam Belanjawan tahun lepas, merupakan satu lagi
pengubahsuaian strategi yang penting bagi membangunkan sektor pertanian. Galakan cukai yang
diberikan meletakkan sektor pertanian setanding dengan lain-lain sektor. Ia merupakan satu
perubahan/pembaharuan dalam struktur perlindungan di mana pada masa-masa lepas sektor
pertanian kurang diberikan perlindungan tarif/cukai yang mencukupi dibandingkan dengan
perlindungan yang diberikan kepada sektor perindustrian.

Kemiskinan di Bandar.

Kemiskinan tidak hanya terbatas di kawasan-kawasan luarbandar sahaja. Akhir-akhir ini,


kemiskinan bandar juga telah menjadi semakin dititikberatkan oleh kerajaan. Masalah
kemiskinan bandar ini diburukkan lagi oleh fenomena penghijrahan desa-bandar terutamanya di
kalangan kaum belia yang berlaku dengan pesatnya akhir-akhir ini. Kekurangan daya penyerapan
sektor bandar/kilangan dari segi memberikan pekerjaan perumahan, kemudahan awam dan
sebagainya menyebabkan timbulnya masalah pengangguran, taraf hidup yang rendah serta
diikuti pula oleh beberapa masalah sosial yang lain seperti penyalahgunaan dadah dan lain-lain
kes jenayah. Sebahagian besar daripada golongan miskin bandar ini terdiri daripada pekerja-
pekerja awam berpendapatan rendah, pekerja-pekerja kilang, dan pekerja-pekerja sektor
"informal" di bandar.

Diantara strategi penting untuk emgatasi masalah kemiskinan bandar ini termasuklah:

o Strategi menggalakkan penyertaan penduduk bandar terutama kaum bumiputera


dalam perdagangan dan perusahaan.

o Strategi penyediaan kemudahan asas terutama program perumahan awam kos


rendah.

Penyusunan Semula Masyarakat

Objektif penyusunan semula masyarakt dalam perspektif yang lebih luas meliputi:

o Pengurangan ketidakseimbangan pendapatan dikalangan kumpulan-kumpulan


etnik utama dan antara kawasan bandar dan luar bandar,
o Penyusunan semula corak gunatenaga di semua peingkat dan kategori supaya
mencerminkan corak penduduk yang berbilang kaum.
o Penyusunan semula corak pemilikan dan pengusahaan dalam sektor syarikat
supaya "menjelang tahun 1990 kaum Bumiputera dan syarikat-syarikat
kepentingan Bumiputera akan memiliki 30% daripada stok-stok modal dalam
syarikat-syarikat berhad dan perbadanan –perbadanan awam;

Jadual 2

Semananjung Malaysia Pendapatan Purata dan Penegah Bulanan Isirumah ($)

Melayu : Bandar:

Purata 172 Purata: 428

Penegah 120 Penegah 265

Cina : Luar Bandar

Penegah 268 purata 200

139

India :

Purata 304

Penengah 194

Semua Kaum :

Purata 264

Penengah 166

Jadual 2 di atas menunjukkan tingkat pendapatan purata bulanan bagi isirumah bebrapa kaum
etnik utama di Semenanjung Malaysia dan juga bagi kawasan bandar dan luar bandar pada tahun
1970. Ia menunjukkan ketidakseimbangan pendapatan yang ketara di kalangan isirumah berbagi
kaum dan juga di antara isirumah bandar dan luar bandar. Contohnya: nisbah pendapatan purata
bulanan isirumah melayu kepada pendapatan purata bulanan isi rumah cina, india, lain-lain
bangsa dan juga semua kaum masing-masing adalah 0.43, 0.57,0.21 dan 0.65. Nisbah
pendapatan isirumah luar bandar kepada pendapatan isirumah bandar pula adalah 0.47.

Penyusunan Hakmilik Syarikat

Pada tahun 1970, orang-orang Melayu dan syarikat-syarikat kepentingan Melayu hanya memiliki
2.4% daripada nilai saham syarikat-syarikat berhad dalam sektor korporat moden. Oleh sebab
harta dan aktiviti sektor korporat moden in merupakan nadi utama aktiviti sektor perdagangan
dan perindustrian maka sewajarnyalah kerajaan memberikan tekanan yang lebih untuk
meningkatkan pemilikan dan kawalan ke atas stok-stok modal dalam sektor korporat ini,
disamping pemilikan semua jenis aset lain termasuk aset kewangan dan tanah dalam semua
sektor ekonomi.

Justeru oti RMK dan lebih jelas lagi RMT telah menetapkan bahawa menjelang tahun 1990
kaum Bumiputera dan syarikat-syarikat kepentingan Bumiputera akan memiliki 30% daripada
stok-stok modal dalam syarikat-syarikat berhad dan perbadanan-perbadanan awam. Daripada
30% ini, golongan Bumiputera perseorangan dijangka memiliki 7.4% sementara agensi-agensi
amanah Bumiputera pula sebanyak 22.6%.

Matlamat di atas dijangka dicapai didalam konteks pertumbuhan ekonomi, dan dengan itu,
pertumbuhan modal yang pesat dan melibatkan pemilikan sekurang-kurangnya 30% daripada
tambahan stok modal baru yang dihasilkan dan bukannya melalui penyusunan semula yang
"disruptive" terhadap jumlah stok/modal yang sedia ada.

Oleh sebab keupayaan kaum bumiputera untuk membeli dan memegang saham-saham tersebut
adalah terhad maka beberapa agensi amanah telah ditubuhkan. Peranan agensi-agensi ini ialah
untuk membeli dan menyimpan saham-saham tersebut bagi pihak kaum bumiputera. Apabila
kaum bumiputera telah bersedia untuk membelinya, maka proses pemindahan hakmilik saham-
saham tersebut kepada bumiputera perseorangan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Diantara agensi-agensi amanah bumiputera terpenting yang telah ditubuhkan selain daripada
MARA, ialah Yayasan Pelaburan Bumiputera (1978) yang kemudiannya menubuhkan sebuah
anak syarikatnya dengan modal berbayar sebanyak $200 juta. Syarikat tersebut dikenali sebagai
Pelaburan Nasional Berhad (PNB). PNB pula telah menubuhkan Skim Amanah Saham Nasional
(SASN) yang mengendalikan saham-saham Bumiputera perseorangan sebagai saham amanah.

Objektif utama PNB ialah untuk menilai, memilih, memiliki dan menguruskan satu kumpulan
saham dalam syarikat-syarikat berhad dan agensi-agensi awam yang kukuh dan mempunyai
tanggungan berhad serta potensi petumbuhan yang menggalakkan. Saham tersebut dari masa
kesemasa dipindahmilikkan ke ASNB yang seterusnya dijual kepada bumiputera perseorangan
sebagai saham amanah Skim Amanah Saham Nasional Berhad.

Pembentukan Sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian

Dikalangan Kaum Bumiputera.

Salah satu aspek penyusunan semula masyarakat untuk mencapai keseimbangan diantara
kumpulan etnik melibatkan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian
dikalangan bumiputera yang berdaya maju supaya masyarakat ini dapat memiliki dan mengurus
sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jumlah kegiatan perdagangan dan perindustrian dalam
negara di semua lapangan dan kegiatan ekonomi.
Untuk tujuan ini, berbagai langkah telah dimabil untuk membantu kaum Bumiputera dari segi
pengurusan, keusahawanan, kewangan, latihan, penyediaan ruang niaga, pemberian kontrak-
kontrak kerajaan, pemasaran dan sebagainya.

Penyusunan Semula Corak Gunatenaga

Satu lagi aspek ketidakseimbangan diantara kaum yang paling ketara sekali ialah berhubung
dengan agihan pekerjaan di antara kaum dan juga dipelbagaikan jenis dan taraf pekerjaan.
Keadaan ini dapat dilihat dalam jadual 3. Diantra ciri-ciri pekerjaan tersebut termasuklah:

o Penumpuan yang keterlaluan gunatenaga kaum Melayu dalam sektor pertama


terutama pertanian sementara kaum-kaum lain pula tertumpu dalam sektor kedua
dan ketiga.

o Bahagian kaum Malayu dalam pekerjaan ikhtisas yang memberi pendapatan


tinggi adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan kaum bukan Melayu.

o Kadar pengangguran yang tinggi dikalangan kaum Melayu.

Oleh sebab tingkat pekerjaan dan pendapatan berkait rapat dengan taraf pengetahuan, pendidikan
serta kemahiran, maka beberapa langkah pembangunan tenaga Melayu melalui sistem
pendidikan dan latihan telah dilaksanakan. Langkah-langkah tersebut termasuklah bantuan
kewangan, penyediaan kemudahan pelajaran dalam dan luar negeri, peruntukan kuota pekerjaan
bagi kaum Bumiputera dan sebagainya.

Jadual 3

Malaysia Gunatenaga Mengikut Sektor dan Kumpulan Etnik 1980 dan 1985

  1980 1985

Sektor Bumiputera Cina India Lain- Jumlah Bumiputera Cina India Lain-lain
lain

Pertanian, 1,396.9 313.4 185.3 15.3 1,910.9 1,428.8 318.3 188.5 17.6
perhutanan
ternakan dan
perikanan

% (73.1) (16.4) (9.7) (0.8) (100.0) (73.2) (16.3) (9.6) (0.9)

Perlombongan dan 27.2 43.8 8.5 0.6 80.1 21.3 32.5 6.0 0.7
kuari

% (33.9) (54.7) (10.6) (0.8) (100.0) (35.2) (53.7) (9.9) (1.2)


Pembuatan 308.8 380.8 60.7 4.8 755.1 352.7 394.1 75.4 5.8

% (40.9) (50.4) (8.0) (0.6) (100.0) (42.6) (47.6) (9.1) (0.7)

Pembinaan 105.6 144.3 17.3 3.0 270.2 147.7 206.4 20.8 3.8

% (39.1) (53.4) (6.4) (1.1) (100.0) (39.0) (54.5) (5.5) (1.0)

Elektrik, gas dan 20.8 3.0 7.0 0.2 31.0 27.1 3.5 9.1 0.2
air

% (67.1) (9.7) (22.6) (0.6) (100.0) (67.9) (8.8) (22.8) (0.5)

Pengangkkutan, 110.2 73.3 24.9 1.1 209.5 147.3 88.5 28.3 0.8
penyimpanan dan
perhubungan

% (52.6) (35.0) (11.9) (0.5) (100.0) (55.6) (33.4) (10.7) (0.3)

Perdagangan 249.5 373.9 50.1 2.7 676.2 323.3 460.4 60.1 2.5
borong dan runcit,
hotel dan restoran

% (36.9) (55.3) (7.4) (0.4) (100.0) (38.2) (54.4) (7.1) (0.3)

Kewangan, insuran, 28.9 43.3 5.8 0.3 78.3 38.8 55.0 7.4 0.4
harta rumah tanah
dan perkhidmatan
perniagaan

% (36.9) (55.3) (7.4) (0.40 (100.0) (38.2) (54.1) (7.3) (0.4)

Perkhidmatan 389.2 195.8 64.2 9.0 658.2 506.0 221.6 81.8 10.1
Kerajaan

% (59.1) (29.7) (9.8) (1.4) (100.0) (61.7) (27.1) (10.0) (1.2)

Perkhimatan- 87.9 42.3 15.3 1.9 147.4 108.7 46.3 18.8 2.1
Perkhidmatan lain

% (59.6) (28.7) (10.4) (1.3) (100.0) (61.8) (26.3) (10.7) (1.2)

Jumlah gunatenaga 2,725.0 6139 439.1 38.9 4,816.9 3,101.7 1,826.6 496.2 44.0

% 56.6 33 9.1 0.8 (100.0) (56.7) (33.4) (9.1) (0.8)

Tenaga buruh 2,921.3 1,679.4 468.1 40.1 5,108.9 3,397.3 1931.9 541.6 46.3
% (57.2) (32.9) (9.1) (0.8) (100.0) (57.4) (32.6) (9.2) (0.8)

Pengangguran 196.3 65.5 29.0 1.2 292.0 295.6 105.3 45.4 2.3

% (67.2) (22.4) (10.0) (0.4) (100.0) (69.9) (23.5) (10.1) (0.5)

Kadar 6.7 3.9 6.2 3.0 5.7 8.7 5.5 8.4 5.0
pengangguran (%)

Sumber Jabatan perangkaan, penyiasatan Tenaga Buruh, 19870 dan Banci Penduduk dan
Perumahan, 1980.

Peruntukan Perbelanjaan DEB

Untuk melaksanakan strategi-strategi yang dibincangkan di atas kerajaan telah memperuntukkan


sejumlah wang yang besar bagi tiapp-tiap rancangan lima tahunnya seperti yang ditunjukkan
dalam jadual 4 berikut.

Jadual 4

Perbelanjaan Pembangunan kerajaan persekutuan bagi pembasmian kemiskinan dan penyusunan


semula masyarakat, 1970 -90

($juta)

Program RMK RMT RME RML

Pembasmian 2350.0 6373.4 11617.6 15445.7


kemiskinan
(82.1) (71.6) (63.5) (75.3)
(%)

Penyusunan 508.3 2376.0 6666.6 5076.1


Masyarakat
(17.8) (26.7) (36.5) (24.7)
(%)

Lain-lain 3.4 149.0 - -

(%) - (1.7)

Jumlah 2861.7 8898.4 18284.3 20521.8

Pada keseluruhannya, peruntukan perbelanjaan pembanunan bagi program-program DEB adalah


sebanyak 31.9 peratus daripada jumlah peruntukan perbelanjaan bagi tempoh RMK, 28.6 peratus
bagi tempoh RMT, 37.3 peartus bagi tempoh RME dan 29.9 pula bagi RML. Sebahagian besar
daripadanya pula iaitu 82.1 peratus (RMK), 71.6 peratus (RMT), 63.5 peratus dan 75.3 peratus
(RML), adalah diperuntukkan bagi program-program penyusunan semula masyarakat. 

Prestasi Pencapaian matlamat-matlamat DEB

Setelah lebih kurang 15 tahun DEB dilancarkan bagaimanakah prestasi pencapaiannya ke setakat
ini? Seperti di dalam bahagian di atas, perbincangan kita dalam bahagian ini dibahagikan
mengikut matlamat-matlamat DEB berkenaan: Pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula
masyarakat.

Prestasi pencapaian Matlamat Pembasmian Kemiskinan

1. Kadar kemiskinan

Dengan menggunakan ukuran kadar kemiskinan ini, RML melaporkan bahawa dalam tempoh
1970 – 84.

o Kadar kemiskinan di Semenanjung Tanah Melayu telah berkurang daripada 49.3


peratus pada tahun 1970 kepada 39.6 peratus pada tahun 1976 dan seterusnya
kepada 18.4 peratus pada tahun 1984.
o Kadar kemiskinan bagi semua kumpulan miskin utama, kecuali pekebun kecil
kelapa telah berkurangan.
o Kadar kemiskinan di kawasan luar bandar telah berkurangan daripada 58.7
peratus pada tahun 1970 kepada 47.8 peratus pada tahun 1976 dan seterusnya
kepada 24.7 peratus pada tahun 1984.
o Kadar kemiskinan di bandar telah berkurangan daripada 21.3 peratus pada tahun
1970 kepada 17.9 peratus pada tahun 1976 dan 8.2 pearatus pada tahun 1984.

Kadar-kadar kemiskinan bagi tahun 1984 di atas adalah jauh lebih rendah dengan apa yang
dilaporkan dalam Kajian Separoh Penggal, Rancangan Malaysia (KSP – RME) keempat
berhubung dengan akdar kemiskinan pada tahun 1983 (jadual 6). Jika pada tahun 1983 dahulu
KSP – RME melaporkan bahawa kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia adalah 30.1
peratus tetapi pada tahun 1984 pula dilaporkan berkurangan kepada 18.4 peratus: pengurangan
sebanyak 11.7 titik peratusan dalam tempoh satu tahun. Begitu juga dengna kadar kemiskinan
luar bandar, ianya telah berkurangan daripada 41.6 pada tahun 1983 (mengikut KSP – RME)
kepada 24.7 peratus pada tahun 1984 (mengikut RML). Ini juga merupakan kadar pengurangan
yang pesat iaitu sebanyak 16.9 peratus dalam tempoh tersebut.

RML telah menghuraikan dengan panjang lebar, tetapi kurang meyakinkan, sebab-sebab
berlakunya perbezaan yang begitu ketara. Diantaranya termasuklah:

i. Perubahan konsep pendapatan yang digunakan


ii. Pentakrifan semula konsep isirumah daripada asas perusahaan kepada asas
pekerjaan utama ketua isirumah.
iii. Pengubahsuaian takrif garis pendapatan kemiskinan.
Konsep pendapatan yang digunakan dalam RML adalah lebih menyeluruh dan meliputi "bukan
saja jumlah upah dan gaji yang diterima oleh isirumah tetapi juga pendapatan yang diperolehi
daripada pekerjaan sendiri, hakmilik harta termasuk sewa tempat kediaman, faedah dan dividen,
dan penerimaan berserta bayaran-bayaran pindahan termasuk biasiswa dan pencen. Nilai rumah
yang didiami sendiri, bantuan sewa kediaman serta penggunaan barang-barang yang dikeluarkan
sendiri oleh isirumah juga diambilkira dalam banci dan penyiasatan-penyiasatan" (RML:1986,
103 –4). Jumlah pendapatan isirumah juga "mengambilkira kesan sepenuhnya berbagai program
yang dijalankan oleh kerajaan seperti pemberian subsidi dan penyediaan perkhidmatan kerajaan
"RML, 1986; 104)". Justeru itu jumlah pendapatan isirumah telah meningkat dengan banyaknya
dan ini menyebabkan insiden kemiskinan jatuh dengan pesatnya pada tahun 1984.

Walaupun pentarifan semula konsep pendapatan di atas adalah rasional tetapi kemasukan
beberapa butir penerimaan ke dalam liputan pendapatan adalah kurang menyakinkan. Contohnya
penerimaan subsidi oleh penanam padi walaupun akan meningkatkan pendapatan petani tetapi ia
hanya bersifat sementara sahaja dan bukan akibat daripada peningkatan daya pengeluaran yang
berkekalan. Dalam beberapa kawasan penanaman padi, seperti kawasan MUDA di Kedah, kira-
kira 69 peratus atau $1230 daripada pendapatan bersih tahunan purata petani sebanyak $1780
adalah merupakan subsidi harga yang diberikan oleh kerajaan (RML, 1986, 106). Dalam keadaan
di mana kedudukan kewangan kerajaan menghadapi kemerosotan, skim pemberian subsidi harga
dan baja ini mungkin tidak mampu diteruskan selama-lamanya dan apabila ini berlaku
pendapatan petani berkenaan juga akan turut merosot.

Di samping itu juga, penyediaan beberapa jenis perkhidmatan oleh kerajaan seperti bekalan api,
air, kesihatan, pelajaran sebahagian besarnya merupakan perbelanjaan kepada isirumah. Kos
persendirian (out of pocket cost) untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut
merupakan satu peratusan yang besar daripada jumlah pendapatan mereka.

Pentakrifan semula konsep isirumah juga telah menyebabkan perubahan yang besar dalam saiz
kumpulan beberapa jenis isirumah dan ini juga mengakibatkan perbezaan yang besar. Kadar
kemiskinan di antara kedua-dua tahun tersebut. Beberapa contoh akan dapat menjelaskan perkara
ini.

i. Kumpulan Pekebun-Pekebun Kecil Getah (PKG)

Mengikut KSP – RME, pada tahun 1983 terdapat sebanyak 405.8 ribu buah
isirumah PKG sementara kadar kemiskinan di kalangan PKG pula adalah 61.1
peratus. Tetapi mengikut RML pula, pada tahun 1984 terdapat hanya 115.2 ribu
isirumah PPKG sementara kadar kemiskinannya dalah 43.4. Persoalannya,
kemanakah digolongkan isirumah PKG yang selebihnya iaitu sebanyak 260.5 ribu
buah lagi? Mungkinkah golongan ini tidak lagi mengerjakan kebun-kebun getah
masing-masing dan oleh sebab itu mereka dikumpulkan ke dalam kumpulan
isirumah lain? Ini tidak mungkin kerana jumlah isirumah PKG pada tahun 1976
seperti yang dilaporkan dalam RML adalah juga jauh berbeza dengan yang
dilaporkan dalam RME, dan KSP – RME. Mengikut RML, pada tahun 1976
terdapat sebanyak 126.7 ribu buah isirumah PKG sementara mengikut KSP –
RME dan juga banci RISDA 1977 terdapat sekurang-kurangnya 490 ribu buah
isirumah PKG. Jika perbezaan ini disebabkan PKG telah mengubah pekerjaan
mereka, sudah pasti banci RISDA 1977 yang laporan akhirnya disiapkan pada
tahun 1983 telah terlebih dahulu dapat mengesan fenomena ini sejak tahun 1976
lagi. Tambahan pula dari segi ketepatan angka jumlah isirumah PKG, data yang
diperolehi oleh RISDA tersebut adalah lebih tepat dan berwibawa daripada data
yang diberikan oleh pihak EPU.

Akibat daripada pentakrifan semula konsep isirumah tersebut bilangan isirumah


miskin PKG telah berkurangan daripada sebanyak 247.9 ribu buah isirumah (pada
tahun 1983 mengikut KSP –RME) kepada hanya 67.3 ribu buah pada tahun 1984
menikut RM1. Dengan itu juga kadar kemiskinan berkurang daripada 61.1%
(1983 kepada 43.4% (1984) – pengurangan/perbezaan sebanyak 17.7% dalam
masa setahun.

ii. Kumpulan Petani-Petani Lain

Kumpulan ini meliputi pekebun kecil kelapa sawit, pekebun kecil lada hitam,
pekebun kecil nenas dan penanaman tembakau, dan pernternak ayam itik dan
ternakan-ternakan lain. Mengikut anggaran KSP – RME, pada tahun 1983
terdapat sebanyak 161.7 ribu buah isirumah dalam kumpulan ini sementara kadar
kemiskinananya adalah 54.0 peratus. Mengikut RML pula pada tahun 1984,
terdapat 464.2 ribu isirumah. – perbezaan sebanyak 302,5 ribu buah isirumah –
sementara kadar kemiskinannya adalah 34.2 peratus. Adalah tidak menasabah
untuk mengatakan bahawa perbezaan tersebut berpunca daripada penukaran
aktiviti pertanian PKG kepada aktiviti lain. Secara puratanya, pada
keseluruhannya hanya lebih kurang 20,000 hektar setahun sahaja kebun-kebun
getah telah ditukar penggunaan kepda tanaman-tanaman lain. Jika dianggarkan
tiap-tiap seorang PKG memiliki 2 hektar kebun getah, maka paling banyak
terdapat 10,000 PKG yang telah menukar aktiviti mereka.

iii. Industri-industri lain

Kumpulan ini terdiri daripada isirumah-isirumah luar bandar yang ketuanya terlibat dalam sektor
perlombongan, pembuatan, pembinaan, pengangkutan dan kemudahan awam, dan perdagangan
dan perkhidmatan. Mengikut RML, pada tahun 1984, kumpulan ini merupakan satu-satunya
kumpulan yang terbesar dalam kawasan luar bandar dan terdiri daripada sebanyak 763.6 ribu
buah isirumah sementara kadar kemiskinannya adalah hanya 10.0 peratus.

Adalah agak sukar untuk menyakinkan bahawa terdapat sebegitu banyak isirumah yang
dikumpulkan dalam kategori di atas kerana aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah bersifat "urban-
based" kecuali konsep luar bandar diubah untuk meliputi bebrapa bandar besar dalam
Semenanjung.

Pentakrifan semula isirumah luar bandar yang melibatkan pengelompokan secara bersar-besaran
isirumah daripada kumpulan isirumah yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi kepada
kumpulan yang mempunyai kadar kemiskinan yang rendah telah menyebabkan kadar kemiskinan
luar bandar Semenanjung Malaysia (SM) telah berkurang dengan banyaknya daripada 41.6
peratus pada tahun 1983 kepada 24.7 peratus pada tahun 1984. Ini juga dapat mererangkan
kejatuhan di dalam kadar kemiskinan keseluruhan abgi SM daripada 30.1 peratus pada tahun
1983 kepda 18.4 peratus pada tahun 1984.

Berhubung dengan penganggaran semula garis pendapatan kemiskinan dan kesannya ke atas
kadar kemiskinan, sehingga sekarang tidak ada angka-angka rasmi mengenainya. Besar
kemungkinan garis pendapatan kemiskinan ini telah turunkan sedikit semasa menganggarkan
kadar kemiskinan pada tahun 1984 tersebut. Walaubagaiman pun adalah sukar untuk membuat
apa-apa penyelidikan bebas untuk menentukan kesahihan dan ketepatan garis pendapatan
kemiskinan ini.

Ketiga-tiga faktor di atas, perluasan liputan konsep pendapatan, pentakrifan semula konsep
isirumah dan pengurangan garis pendapatan kemiskinan kesemuanya dapat menerangkan
kejatuhan yang pesat kadar kemiskinan di antara tahun 1983 – 84.

Walaupun masih banyak lagi isu yang boleh ditimbulkan berhubung dengan isu kemiskinan ini,
tetapi sebagai kesimpulannya sememangnya diakui bahawa insiden kemiskinan mungkin telah
berkurangan tetapi tidaklah sepesat yang dilaporkan dalam RML. Jika kita menerima kadar-
kadar kemiskinan yang dilaporkan dalam RML tersebut sebagai sah dan tepat, ini bererti kita
sudah hampir mencapai matlamat pembasmian kemiskinan DEB seperti yang ditunjukkan dalam
jadual 7 di bawah.

Jadual 7

Matlamat dan Pencapaian Strategi Pembasmian Kemiskinan

Isirumah miskin Matlamat 1990 Pencapaian 1984

Bil. (000) (%) Bil. (000) (%)

Luar bandar 388.9 23.0 402 24.7

Bandar 125.0 9.1 81.3 8.2

Jumlah 513.9 16.7 483.3 18.4

Sekali imbas kelihatan bahawa matlamat pembasmian kemiskinan di kawasan bandar telah di
capai sepenuhnya sementara bagi kawasan luar bandar ianya hampir-hampir tercapai.
Walaubagaimana pun pada kenyataannya, kemiskinan masih lagi merupakan satu-satunya
masalah yng penting dan berterusan. Seperkara lagi yang perlu diperhatikan ialah berhubung
dengan tingkat keterlaluan golongan miskin tersebut. Walaupun jumlah bilangan isirumah
miskin telah berkurangan, tetapi jurang kemiskinan (poverty gap) – perbezaan antara pendapatan
isirumah miskin dengan garis pendatapan kemiskinan mungkin lebih besar daripada yang
dijangkakan. RML tidak memberikan apa-apa maklumat tentang perkara ini. Juga kita tidak ada
maklumat tepat tentang pengaruh kesan-kesan luar seprti keadaan turun/naik harga dunia
kommoditi utama ke atas kadar kemiskinan. Oleh sebab itu, kita tidak semestinya berpuashati
dengan pencapaian dalam tempoh 1970 – 84 tersebut. Malah kita masih perlu meningkatkan
usaha untuk mengurangkan atau sekurang-kurangnya mempertahankan tingkat pencapaian
sekarang.

Perbincangan di atas hanya tertumpu kepada ulasan ke atas statistik kemiskinan dan belum lagi
menyentuh tentang keberkesanan dasar dan strategi yang telah dilaksanakan untuk membasmi
kemiskinan. Sudah banyak terdapat kajian dan penulisan tentang perkara ini sama ada meliputi
keseluruhan isirumah misking di SM mahupun bagi satu-satu kumpulan isirumah miskin
tertentu. Oleh sebab itu, kertas kerja ini akan merumuskan sahaja penemuan-penemuan penting
dalam kajian-kajian tersebut.

Pada keseluruhannya terdapat tiga aliran pemikirn mengenai kemiskinan di Malaysia (Mehmet,
1986). Aliran pertama menekankan kelemahan/kepincangan institusi dan struktur ekonomi dan
seosial yang menjadi sumber utama kemiskinan. Mengikut aliran ini kemiskinan Melau luar
bandar adalah berdasarkan struktur eksploitasi monopoli –monopsoni yang membawa
keuntungan berlebihan kepada orang tengah dan kemiskinan kepada petani-petani.

Satu cabang daripada aliran di atas ialah teori pemilikan tanah separuh feudal yang
diperkenalkan oleh Syed Husin Ali. Beliau berpendapat kemiskinan luar bandar adalah
disebabkan oleh kesan dasar serta undang-undang tanah yang diperkenalkan oleh pemerintah
penjajah British dan diteruskan lagi sehingga sekarang, pemecahan tanah, undang-undang
perwarisan Islam dan pertambahan penduduk.

Aliran kedua pula dipanggil aliran budaya yang berpendapat bahawa kemiskinan orang-orang
Melayu berpunca daripada pegangan nilai-nilai Islam yang salah terutama sekali sikap menyerah
diri disamping cita-cita dan dorongan yang rendah. Aliran ketiga dikenali sebagai teori
penggantungan yang menumpukan faktor kemiskinan dari segi antara bangsa. Kemiskinan terus
wujud di Malaysia akibat pergantungan dan penglibatan dalam pembahagian kerja antarabangsa
yang baru. Teori-teori ini, walaupun berbeza, ia mempunyai suatu persamaan penting iaitu
masalah kemiskinan boleh diatasi melalui campurtangan polisi terutamanya oleh kerajaan.
Keberkesanan polisi dan strategi kerajaan boleh dinilai dengan melihat sejauh manakah ianya
dapat mengatasi masalah-msalah kemiskinan yang disebutkan dalam teori-teori diatas.
Diantaranya termasuklah masalah-masalah:

o Agihan tanah yang tidak setara dan asprk-aspek yang berkaitan, saiz kebun yang
kecil, penyewaan, dan tanah terbiar.
o Institusi yang merangkumi pengeluran, pemasaran, pemerosesan, kredit dan
sebagainya.
o Nilai dan sikap.

Strategi pembangunan tanah dan kawasan merupakan satu-satunya strategi terpenting untuk
membasmi kemiskinan luar bandar. Strategi ini secara serentak mempunyai unsur-unsur
memperbaiki masalah-masalah agihan tanah yang tidak setara, serta proses pengeluaran,
pemasaran, perosesan dan pengurusan yang tidak cekap. Sebahagian besar daripada peruntukan
bagi program pembasmian kemiskinan dibelanjakan untuk tujuan ini. Contohnya sebanyak $4.4
bilion atau hampir 30 peratus daripada peruntukan program pembasmian kemiskinan disediakan
untuk pembangunan tanah dan kawasan. Sebahagian besar daripadanya pula diperuntukkan bagi
projek-projek pembangunan tanah FELDA.

Dalam tempoh 1970-85, seluas 1283.7 ribu hektar tanah telah dibangunkan dan seluas 534 ribu
hektar daripadanya telah dimajukan oleh FELDA. Dalam tempoh tersebut FELDA telah
menempatkan semula sebanyak 94,000 orang penduduk.

Kejayaan strategi di atas memang tidak dinafikan terutama dalam mengatasi masalah kemiskinan
kaum peneroka berkenaan. Pendapatan kaum peneroka telah meningkat jauh melebihi garis
pendapatan kemiskinan. Namun terdapat berberapa isu yang kerap dikemukakan mengenai
strategi ini. Diantaranya termasuklah;

o Kos pembangunan yang tinggi


o Liputan peserta
o Kekurangan kawasan
o Status peserta dan generasi selepasnya.

Kos pembangunan penempatan semula seorang peneroka telah meningkat dengan pesatnya
terutama dalam dekad ini daripada $37500 pada tahun 1980 kepada $53500 pada tahun 1985.
Sementara itu ia hanya melibatkan 5.8 peratus daripada jumlah isirumah luar bandar.
Disebaliknya pula strategi pembangunan in-situ disamping menggunakan jumlah peruntukan
yang hampir sama ia telah dapat memberi faedah kepada lebih kurang 456000 keluarga petani.

Keadaan diatas menimbulkan persoalan samada strategi pembangunan tanah baru merupakan
satu-satunya strategi yang lebih sesuai berbanding dengan strategi pembangunan in-situ. Ini
bergantung kepada objektif pembangunan semasa. Jika sekiranya objektif pembangunan adalah
hanya untuk meningkatkan pendapatan ke taraf lebih sedikit daripada pendapatan garis
kemiskinan, maka pembangunan in-situ adalah lebih berkesan dari segi pembasmian kemiskinan
kerana ia melibatkan bilangan isirumah yang lebih besar lagi. Walaupun pendapatan purata
tahunan petani di bawah program ini meningkat daripada $1330 pada tahun 1983, tetapi ia
melibatkan sebanyak 456,000 keluarga petani (RML, 1986,344). Disebaliknya pendapatan purata
peserta FELDA telah meningkat kepada $6000 untuk tanaman getah dan $14,700 untuk tanaman
kelapa sawit tetapi ia hanya melibatkan 94,000 keluarga petani.

Berhubung dengan langkah-langkah memperbaiki beberapa institusi luar bandar, berbagai agensi
kerajaan telah ditubuhkan. Namun keberkesanannya dari segi menyediakan berbagai
perkhidmatan sokongan kepada aktiviti luar bandar masih lagi terhad. Contohnya dari aspek
pemasaran prestasi sistem pemasaran barang-barang keluran pertanian masih lagi tidak
menunjukkan kemajuan yang diharapkan.

Akhir sekali, struktur pencukaian yang diamalkan sehingga tahun lepas dan sebahagiannya masih
lagi diteruskan, mempunyai kesan bersih negatif terhadap aktiviti luar bandar/pertanian.
Walaupun terdapat perubahan yang besar terhadap struktur pencukaian semenjak tahun lepas,
namun kesan struktur pencukaian/ perlindungan yang telah diamalkan untuk sekian lama
sebelumnya, masih lagi kekal dan mengambil masa yang lama untuk diatasi.

Penyusunan Semula Masyarakat

i. Penyususnan smeula hakmilik syarikat-syarikat berhad, Jadual 8 menunjukkan


kedudukan pemilikan modal saham syarikat-syarikat berhad shingga tahun 1985

Daripada jadual tersebut beberapa perubahan jrlas kelihatan diantaranya termasuklah:

o Dalam tempoh 1970 – 85, peratusan hakmilik rakyat Malaysia telah meningkat
daripada 36.7 peratus pada tahun 1970 kepada 57.1% pada tahun pada 1980 dan
74.5% pada tahun 1985
o Dalam tempoh yang sama, peratusan hakmilik bumiputera perseorangan dan
agensi amanah juga telah meningkat daripada 2.6 peratus pada tahun 1970 kepada
12.5 peratus (1980) dan 17.8 peratus pada tahun 1985.
o Bahagian hakmilik Bumiputera perseorangan berbanding dengna pemilikan
agensi amanah Bumiputera adalah semakin meningkat dan pada tahun 1985
bahagian hakmilik Bumiputera perseorangan telah melebihi hakmilik yang
dipegangn oleh agensi-agensi amanah.
o Dalam beberapa sektor, terutama sektor bank dan kewangan, perlombongan dan
perladangna pemilikan bumiputera dan agensi-agensi amanah teleh mencapai
lebih daripda 50 peratus.

Disamping prestasi yang memuaskan di atas terdapat beberapa aspek yang perlu diambil
perhatian.

Pencapaian 30% hakmilik saham oleh kaum Bumiputera, sehingga tahun 1990 nanti lebih
banyak bergantung kepada kaum bumiputera perseorangan "kerana kerajaan akan terus
menghadapi sumber-sumber kewangan yang terhad" (RML, 1986, 140). Sebenarnya strategi ini
telah dimulai sejak tahun 1983 lagi dan prestasinya adalah menggalakkan kerana dalam tempoh
1983-85 sebanyak $4016.5 juta atau 94 peratus daripada pertambahan dalam hakmilik kaum
bumiuptra dan agensi amanah telah disumbangkan oleh Bumiputera perseorangan. Pertambahan
yang selebihnya adalah sumbangan agensi amanah. Walau bagaimanapun dalam keadaan
kemelesetan sekarang sudah tentu keupayaan kaum Bumiputera perseorangan untuk memiliki
saham juga adalah terjejas.

Disebaliknya pula, keupayaan rakyat Malaysia lain untuk memiliki saham tambahan adalah
semakuinmeningkat. Jadual 9 akan menjelaskan perkara ini.

Jadual 9

Pecahan Pemilikan Saham Tambahan (1980-85)

Pertambahan Saham Nilai (4 juta) %


Bumiputera 9496.4 21.8

Bukan Numiputera 28711.7 65.7

Asing 5483.5 12.5

Jumlah Pertambahan 43691.6 100.0

Dalam tempoh 1980-85, stok modal saham syarikat-syarikat berhad telah meningkat lebih sekali
ganda iaitu sebanyak $4367.6 hanya 21.8 peratus daripadanya telah meningkat dimiliki oleh
kaum Bumiputera sementara 65.7 peratus pula dimiliki oleh kaum bukan Bumiputera. Ini
menunjukkan bahawa strategi supaya sebanyak sekurang-kurangnya 30 peratus dari pertambahan
stok saham diperuntukkan kepada kaum Bumiputera telah tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Masalah ini menjadi lebih serius lagi jika kita melihat kepada keadaannya dalam 3 tahun terakhir
perlaksanaan RME iaitu dalam tempoh 1983-85 seperti yang ditunjukkan dalam jadual 10 di
bawah.

Jadual 10

Agihan Pemilikan Saham Tambahan (1983 – 85)

Pertambahan Saham Nilai (4 juta) %

Bumiputera 4272.2 16.2

Bukan Numiputera 19418.2 73.5

Asing 2712.9 10.3

Jumlah Pertambahan 26403.8 100.0

Jadual 10 di atas menunjukkan bahawa sejak tahun-tahun kebelakangan ini, sebanyak 73.5
peratus daripada pertambahan dalam stok-stok saham baru diperolehi oleh Rakyat Malaysia yang
lain sementara kaum Bumiputera hanya mampu memiliki sebanyak 16.2 peratus sahaja.

Perkara di atas dibincangkan di sini kerana ia ada kaitannya dengan beberapa isu semasa yang
timbul sekarang ini. Akhir-akhir ini terdapat dakwaan bahawa pelabur-pelabur terutama para
pelabur asing kurang berminat untuk melabur disebabkan oleh DEB khususnya syarat ekuiti
yang dikenakan supaya 30% daripada ekuiti baru diperuntukkan kepada Kaum Bumiputera.
Justeru itu akhir-akhir ini syarat ekuiti ini telah dilonggarkan. Walau bagaimanapun
perbincangan di atas menunjukkan bahawa syarat ekuiti telah tidak dilaksanakan sepenuhnya.
Jika sekiranya syarat ini telah dipatuhi sepenuhnya sudah pasti kaum Bumiputera memiliki
sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pertambahan stok saham tersebut. Oleh sebab itu adalah
tidak sepenuhnya benar untuk mengatakan bahawa DEB menghalang pelaburan.
Satu lagi keadaan yang harus diambil perhatian ialah peratusan pemilikan saham Bumiputera dan
agensi-agensi amanah dalam tahun-tahun terakhir ini. Walupun jumlah nilainya telah meningkat
sebanyak 46 peratus iaitu daripada $9274.7 juta kepada $13546.9 juta tetapi dari segi relatifnya
pemilikan tersebut telah berkurangan daripada 18.7 peratus pada tahun 1983 kepada 17.8 peratus
pada tahun 1985.

Konsep Pemilikan 30 Peratus

Terdapat berbagai kekeliruan dikalangan orang rasmi berhubung dengan konsep ini. Umum
berpendapat bahawa mengikut matlamat DEB kaum bumiputera dan agensi-agensi amanah
dirancangkan akan memiliki sebanyak 30 peratus dari jumlah saham pada tahun 1990 nanti.
Sebagai strategi untuk mencapai matlamat ini maka kaum Bumiputera disyaratkan diperuntukkan
30 peratus daripada tiap-tiap tambahan dalam jumlah saham.

Sebenarnya tanggapan di atas adalah kurang tepat. Ada dua langkah yang perlu diambil untuk
menentukan menjelang tahun 1990 kaum Bumiputera akan memiliki 30 peratus dari jumlah
saham

o Jumlah saham yang sedia ada pada tahun awal perlaksanaan iaitu tahun 1970
perlu disusun semula supaya peratusan pemilikan kaum Bumiputera mencapai 30
peratus.
o Sebanyak 30 peratus daripda tambahan saham (saham baru) perlu diperuntukkan
kepada kaum Bumiputera.

Oleh sebab peratusan pemilikan awal kaum Bumiputera pada tahun 1971 adalah kecil, maka
untuk memastikan matlamat pemilikan pada tahun 1990 tercapai, kaum Bumiputera perlu
memiliki lebih daripada 30 peratus saham-saham tambahan. Dengan menggunakan satu formula
yang khusus dan berasaskan kedudukan ekonomi pada tahun 1970. Thillainathan
menganggarkan bahawa kaum Bumiputera perlu memiliki 44% daripada tiap-tiap tambahan
dalam saham jika sekiranya matlamat 30 peratus pada tahun 1990 hendak dicapai. Sebagaimana
yang dibincangkan sebelum ini, dalam tempoh 1980 –85 yang lepas, kaum Bumiputera hanya
mampu memiliki sebanyak 21.8 peratus dari tambahan saham (saham baru) dalam tempoh
berkenaan.

Dengan berasaskan kedudukan sebenar agihan pemilikan sahm pada tahun 1985, beberapa
peratuskan daripada saham-saham baru yang akan diujudkan sehingga tahun 1990 yang mesti
dimiliki oleh kaum bumiputera supaya matlamat DEB tercapai? Dengan menggunakan formula
yang sama serta data yang terdapat dalam RML, kaum Bumiputera perlu memiliki sekurang-
kurangnya 51.8 peratus daripada tiap-tiap tambahan saham sehingga tahun 1990. Dalam ertikata
lain, kaum bumiputera perlu memiliki sebanyak 20.3. 23.4, 25.7 dan 28 peratus daripada jumlah
saham pada tahun 1986, 87, 88 dan 89. Seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Jadual 11

Hakmilik saham 1985 – 1990 ($ juta)


(a) (b) (c)

Tahun Jumlah saham Saham bumiputera (%

1985 76112.0 13547.9 17.8

1986 83190.4 16887.7 20.3

1987 90927.1 21276.9 23.4

1988 99383.0 25541.5 25.7

1989 108626.0 30415.3 28.0

1990 118728.0 35678.4 30.0

a. Dengan jangkaan pertumbuhan purata tahunan saham adalah 9.3 peratus setahun (RML,
1986, 141)
b. Jumlah saham x peratusan pemlikan saham Bumiputera
c. Berasaskan kepada formula.

Dimana:

p - Peratus pemilikan Bumiputera pada tahun asal iaitu 1985 = 17.8%

p - Peratusan pemilikan bumiputera dalam tiap-tiap tambahan saham =

51.8 peratus.

g - Kadar petumbuhan purata tahunan saham iaitu bersamaan 9.3%

setahun.

t - Matlamat pada tahun 1990 iaitu 30%.

Analisa di atas menunjukkan bahawa kaum Bumiputera dan agensi-agensi amanah perlu
memiliki sebanyak $3.3 - $5.2 bilion saham baru pada tiap-tiap tahun sehingga tahun 1990. Dan
memandangkan bahawa strategi sekarang merancangkan supaya sebahagaian besar daripada
tambahan saham tersebut diperolehi oleh Bumiputera persendirian, maka besar kemunkinannya
matlamat ini tidak akan tercapai.

Memandangkan kepda keadaan di atas maka RML telah menganggarkan semula matlamat DEB
berkenaan dengan merancangkan supaya menjelang tahun 1990 kaum Bumiputera akan memiliki
sebanyak $26309 juta atau 22 peratus sahaja daripada jumlah saham (RML. 1986. 140). Ini
bermakna kaum Bumiputera perlu memiliki sebanyak 29.5 peratus daripada tambahan dalam
saham. Walaupun matlamat ini adalah lebih rendah daripada matlamat asal DEB, namun
keupayaan kaum Bumiputera untuk mencapainya masih boleh dipersoalkan lagi. Dalam keadaan
di atas, sehingga tahun 2000 sekalipun, kaum Bumiputera hanya mampu memiliki 26.4 peratus
daripada jumlah saham.

Penyusunan Semula Gunatenaga

Secara ringkasnya terdapat beberapa perubahanb dari segi corak gunatenaga semenjak DEB
dilancarkan sehinggalah pada tahun 1985. Diantaranya termasuklah

o pengwujudan corak gunatenaga yang lebih menggambarkan komposisi penduduk


dalam beberapa sektor seperti pembuatan, pengangkutan, penyimpanan, dan
perhubungan. Bagi sektor-sektor lain seperti perlombongan, pembinaan,
perdagangan, kewangan penyertaaan gunatenaga Bumiputera masih lagi
kekurangan.

o Dalam semua kategori pekrjaan, kecuali kumpulan perkhidmatan, penyertaan


pekerja Bumiputera telah meningkat. Walaubagaimana pun sebahagian besar
daripada mereka adalah dalam kumpulan pekerjaan yang berpendapatan rendah.

o Bahagian gunatenaga Bumiputera dalam kumpulan ikhtisas dan teknik yang


berpendapatn tinggi masih lagi rendah dan tidak menggambarkan bahagian
mereka dalam jumlah penduduk negara sebaliknya, bahagian Cina dan India
melebihi bahagian penduduk mereka dalam beberapa pekerjaan yang
berpendapatan tinggi jadual 12.

Jadual 12

Malaysia : keahlian kumpulan-kumpulan iktisan yang berdaftar mengikut kumpulan etnik 1984

Profesion Bumiputera Cina India lain Jumlah

Arkitek 103 539 7 9 658

% (15.6) (18.9) (1.1) (1.4) (100.0)

Akauntan 286 2678 195 75 3234

% (8.9) (82.8) (6.0) (2.3) (100.0)

Jurutera 3,500 9294 752 335 13881

% (25.2) (67.0) (5.4) (2.4) (100.0)

Doktor Gigi 194 444 286 33 957


% (20.3) (46.4) (29.9) (3.4) (100.0)

Doktor 128 123 198 37 486


Veterinar

% (26.3) (25.3) (40.8) (7.6) (100.0)

Juruukur 237 369 39 17 662

% (35.8) (55.7) (5.9) (2.6) (100.0)

Peguam 272 826 557 43 1698

% (16.0) (48.7) (32.8) (2.5) (100.0)

Jumlah 5473 16154 3779 625 26081

% (21.0) (61.9) (41.5) (2.6) (100.0)

Sumber: RML, 1986, 122

Suatu aspek yang perlu diambil perhatian berat adalah berhubung dengan pengurangan kadar
pengangguran. Mengikut DEB, pengangguran keseluruhan dirancangkan berkurangan daripada
8.0 peratus pada tahun 1970 kepad 6.7 peratus (1975), 5.5 peratus (1980) dan 4.0 peratus pada
tahun 1990. Kadar pengangguran kaum Bumiputera pula dijangka akan dapat dikurangkan
daripada 8.1 Bumiputera pula dijangka akan dapat dikurangkan daripada 8.1 peratus pada tahun
1970 kepada 5.1 peratus (1980) dan 4.0 peratus pad atahun 1990.

Sehingga tahun 1985, bukan saja kadar pengangguran keseluruhan adalah lebih tinggi daripada
matlamatnya tetapi juga kadar pengangguran bagi seluruh negara dan juga bagi kumpulan ethnik
lain. Kadar pengangguran kaum Bumiputera adalah 8.7 peratus berbanding dengan kadar
pengangguran kaum Cina 5.5 peratus, India 8.4 peratus dan lain-lain kaum 5.0 peratus.

Keadaan akan menjadi lebih seius lagi menjelang tahun 1990 apabila kadar pengangguran akan
meningkat lagi kepada 10.1 peratus bagi seluruh Malaysia, 11.9 peratus, 6.8 peratus dan 5.0
peratus masing-masing bagikaum Bumiputera, Cina, India danlain-lain kumpulan ethnik.
Daripada seramai 684.2 ribu orang penganggur nanti, seramai 467.0 ribu atau 68.3 peratus terdiri
daripda kaum Bumiputera. Keadaan ini sudah tentu akan menjejas usaha untuk pembasmian
kemiskinan dan juga penyusunan semula gunatenaga.

Ketidakseimbangan Pendapatan
Semua kumpulan ethnik telah menikmati pendapatan yang meningkat dalam tempoh 1970 – 84.
Namun dari segi agihannya mengikut intra dan inter-ethnik seta kawasan terdapat beberapa ciri
yang perlu diperhatikan.

Dengan menggunakan ukuran nisbah pendaptan min kepada pendapatan median bagi sesuatu
kaum/kawasan didapati bahawa

i. Agihan pendapatan bagi semenanjung Malaysia kelihatan telah bertambah baik


dengan nisbah pendapatn purata kepada pendapatan median berkurangan daripada
1.59 pada 1970 kepada 1.46 pada tahun 1984. Walau bagaimanapun pembaikan
ini hanya berlaku semenjak tahun1980 kerana dalam tempoh 1970 – 79
keadaanya adalah tidak berubah.
ii. Agihan pendapatan di bandar dan luarbandar juga telah menunjukkan pembaikan
terutama dalam tempoh 1979 – 80.
iii. Agihan pendapatan dikalangan kaum Melayu telah merosot dalam tempoh 1970 –
84.
iv. Agihan pendapatan di kalangan kaum Cina telah meningkat sehingga tahun 1979
dan kemudian bertambah baik sedikit sehingga tahun 1984.

Berhubung dengn agihan pendapatan antara kaum pula didapati bahwa telah berlaku sedikit
pembaikan di mana nisbah pendapatan min kaum cina dan India kepada pendapatan min kaum
Melayu telah berkurangan (jadual 13). Berdasarkan kepada ukuran Angkali Gini, nisbah
ketidakseimbangan telah menurun daripada 0.513 kepada 0.480 dalam tempoh 1970 – 84.

Jadual 13

Pendapatan Min dan Median Bulanan Isirumah

di Semenanjung Malaysia (1970 – 84)

($M pada harga tetap 1970)

1970 1979 1980

Semenanjung Malaysia:

Min 264 417 494

Median 166 263 326

Min/Median 1.59 1.59 1.46

Bandar:

Min 428 587 695

Median 265 361 463


Min/Median 1.62 1.63 1.50

Luar Bandar:

Min 200 331 372

Median 139 222 269

Min/Median 1.44 1.49 1.38

Melayu:

Min 172 296 384

Median 120 187 262

Min/Median 1.43 1.50 1.46

Cina:

Min 394 565 678

Median 268 373 462

Min/Median 1.47 1.51 1.46

India:

Min 304 455 494

Median 194 314 347

Min/Median 1.59 1.58 1.42

Terdapat beberapa ulasan tentang isu-isu di atas. Pertama segala pembaikan di dalam agihan
pendapatan di atas sama ada agihan intra-atau inter- kaum dan kawasan, ianya berlaku dalam
tempoh 1979 – 84 sahaja. Keadaan agihan di antara tahun 1970 – 79 semuanya menunjukkan
ketidaksetaraan agihan yng meningkat. Walaupun Angkali Gini didakwa berkurangan daripada
0.513 pada tahun 1970 keada 0.48 pada tahun 1984 tetapi beberapa kajian bebas menunjukkan
bahawa Angkali Gini pada tahun 1970 sebenarnya adalah 0.502 (Ishak & Rogayah Ngah, 1974:
Snodgrass, 1970) dan ianya telah meningkat kepada 0.502 pada tahun 1989. Ini bermakna
bahawa Angkali Gini telah berkurang sebanyak hanya 0.022 dalam tempoh 1970 – 84: satu
pengurangan yang tidak signifikan.

Harus juga diambilkira kesan perubahan dalam konsep pendapatan dalam mengira pendapatan
Min dan Median pada tahun 1984 di atas. Konsep pendapatan yang digunakan dalam tahun 1984
adalah lebih luas lagi liputannya daripada konsep pendapatan yang digunakan bagi tahun 1970
seperti yang dibincangkan di awal kertas kerja ini. Kemasukkan beberapa butir pendapatan
seperti pengeluaran penggunaan sendiri mungkin menyebabkan perbezaan relatif pendapatan
antara kaum cina dengan kaum melayu berkurangan kerana sebahagian besar daripada
pendapatan kaum melayu terdiri daripada pengeluaran/bahan yang dikeluarkan untuk kegunaan
sendiri. Jika konsep pendapatan pada tahun 1970 digunakan untuk mengukur pendapatan pada
tahun 1984 besar kemungkinannya angkalu gini bagi Semenanjung Malaysia telah meningkat.

Akhir sekali, berhubung denga ketidaksetaraan agihan pendapatan dikalangan kaum Melayu
sendiri ianya telah meningkat terutama dalam tempoh 1970-79, sementara jurang pendapatan
antara kaum lain masih lagi luas. Sebenarnya, sebahagian besar daripada ketidaksetaraan dalam
agihan pendapatan bagi semenenjung Malaysia berpunca daripada ketidsetaraan agihan
pendapatan inter ethnik. Dalam ertikata lain, strategi pembangunan selama ini lebih
berkecenderungan untuk meningkatkan pendapatan golongan tidak miskin dalam satu-satu
kumpulan ethnik.

Pembentukan Sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera

Data-data yang terdapat dalam jadual 14 menunjukkan prestasi pencapaian kaum Bumiputera
dalam meningkatkan hakmilik dan penyertaan mereka dalam bidang perdagangan dan
perkhidmatan dalam sektor bukan syarikat dalam tempoh 1971-81.

Walaupun penyertaan kaum Bumiputera dalam beberapa bidang telah meningkat namun "mereka
lebih tertumpu dalam sebilangan kecil bidang-bidang tertentu seperti penyediaan perkhidmatan
keselamatan, restoran, pembinaan dan pengedaran kenderaan bermotor" sementara "pelaburan
dan penyertaan Bumiputera dalam sektor perindustrian dan perdagangan masih belum memadai
dan meluas" (RML, 1984, 136). Contohnya dalam bidang perdagangan borong, nilai perolehan
kaum Bumiputera adalah hanya sebanyak $1.778.3 juta atau 5.8 peratus daripada jumlah
perolehan aktiviti perdagangan borong sebanyak $33,653.8 juta pada tahun 1981. Pemborong-
pemborong asing yang mempunyai bilangan pertubuhan yang kurang, telah memperolehi hasil
sebanyak $10,0004 juta atau 29.7 peratus sementara kaum cina pula adalah sebanyak 55.5
peratus.

Bagi perdagangan runcit pula, walaupun penyertaan Bumiputera dari segi bilangannya telah
mencapai matlamat sepenuhnya, tetapi dari segi hasil jualannya ianya masih lagi kecil.

Pada keseluruhan aktiviti perdagangan, kaum Bumiputera hanya mampu memperolehi sebanyak
7.1 peratus sahaja daripada hasil aktiviti perdagangan negara. Oleh kerana, aktiviti ini
merupakan aktiviti penting maka kadar penyertaan tersebut adalah tidak memuaskan. Keadaan
yang sama wujud dalam sektor pembuatan/perkilangan seperti yang ditunjukkan dalam jadual
14.

Penyertaan kaum Bumiputera di atas telah tercapai melalui berbagai bantuan/program yang telah
dilaksanakan oleh kerajaan seperti yang ditunjukan dalam jadual 15. Dari segi nilai bantuan
kredit, kontrak pembekalan, bahagian begi kaum Bumiputera pda tahun 1985 telah meningkat
berbanding dengan tahun 1981. Begitu juga dengan bilangan berbagai jenis lesen perniagaan dan
perusahaan kesemuanya menunjukkan peningkatan pemberian kepada kaum Bumiputera.

Walau bagaimanapun bantuan/program yang berpelbagai di atas tidak semestinya dapat


menwujudkan satu masyarakat perdagangan dan perusahaan di kalagan kaum Bumiputera.
Walaupun nilai pemberian pinjaman bank perdagangn dan syarikat-syarikat kewangan sehingga
tahun 1985 adalah sebanyaK $17,266 juta namun penberian pinjaman tersebut sebahagian
besarnya tertumpu dalam beberapa sektor tertentu sahaja terutamanya sektor pembinaan. Di
samping itu agihan pemberian pinjaman tersebut adalah tidak setara.

Begitu juga kontrak-kontrak kerja dan pembekalan serta pemberian pelbagai lesen perusahaan
dan perniagaan, besar kemungkinannya tidak dipergunakan sepenuhnya oleh kaum Bumiputera.
Oleh sebab itu maklumat-maklumat dalam jadual 15 di atas lebih merupakan usaha-usaha
kerajaan dan bukannya memberikan gambaran tentang prestasi masyarakat Bumiputera dalam
perdagangan dan perusahaan.

DEB dan Strategi-Strategi RML

Dalam bahagian ini kita akan menyentuh bebrapa strategi RML yang akan mempunyai kesan
langsung terhadap pencapaian matlamat-matlamat DEB sahaja. Walau bagaimanapun strategi
pembangunan RML pada keseluruhannya adalah berasaskan kadar pertumbuhan ekonomi yang
sederhana iaitu pada kadar 5.0 peratus setahun pada harga tetap 1978.

Pertumbuhan KDNK dalam tempoh RML dijangka akan didorong oloeh oerkembangan sektor
kedua terutamanya industri pembuatn dan juga sektor ketiga khususnya perkhidmatan
pengangkutan, penyimpanan, perhubungan, perdagangan dan kewangan. Sumbangan sektor
pertama iaitu pertanian dan perlombongan terhadap pertumbuhan dijangka akan merosot.

Pada keseluruhannya kesemua sektor kecuali sektor pembuatan telah dirancangkan untuk
berkembang pada kadar yang lebih perlahan berbandaing dengn kadar yang telah dicapai dalam
tempoh RME sebelumbya. Pengurangan dalam kadar pertumbuhan sektor-sektor ini tidak
bermakna pengurangan yang sama dalam peruntukan perbelanjaan dan juga dalan usaha untuk
meningkatkan pembangunan ekonomi negara. Disebaliknya ia memerlukan jumlah pelaburan
yang lebih besar serta penglibatan yang lebih gigih terutamanya di kalangan sektor swasta.
Justeru itu, jumlah pelaburan dijangka berkembang daripada sebanyak $117 billion bagi tempoh
RME kepada $132 billion dalam tempoh RML. Sebanyak kira-kira 55.2 peratus daripadanya
dijangka disumbangkan oleh sektor swasta.

Memandangkan bahawa sektor kedua terutamanya industri perkilagan/pembuatan merupakan


sumber utama pertumbuhan, RML telah menilai semula objektif dan strategi industri ini
sehingga tahun 1995. Di antara strategi-strategi baru tersebut yang dilancarkan dalam RML
termasuklah:
o Pelonggaran beberapa syarat penyertaan ekuiti oleh pelabur asing dalam sektor
pembuatan.
o Pelonggaran peraturan di bawah Akta penyelarasan Perindustrian.
o Langkah meningkatkan daya kompetitif pengusaha-pengusaha tempatan.
o Mewujudkan tabung pelaburan baru
o Kajian semula skim pembiayaan semula kredit ekspot (ECR)

Bagi sektor pertanian pula penggerak utrama perkembangan sektor ini datangnya daripada "…..
peningkatan produktiviti beberapa jenis tanaman ekspot terutamanya kelapa sawit dan koko di
samping beberapa jenis tanaman baru untuk makanan dan industri selaras dengan Dasar
Pertanian Negara". Tumpuan pembangunan pula dijangka akan terus diberikan kepda "…
pembangunan tanah baru, pemulihan tanah terbiar dan penanaman berkelompok yang tersusun.

Dalam sektor pembinaan strategi yang dirancangkan adalah untuk "….memesatkan kegiatan
pembinaan rumah kos rendah khususnya oleh sektor swasta terutamanya bagi tempoh 3 tahun
pertama RML". Program ini nanti dijangka akan menggunakan sepenuhnya kapasiti yang terbiar
dalam industri pembinaan dan pembuatan (terutama dalam industri besi, simen, kayu dan bahan
binaan yang lain). Ini akan menyumbangkan lebih kurng 2 titik peratusan setahun terhadap
pertumbuhan benar ekonomi (Bank Negara, 1986,6).

Berhubung sumber-sumber pertumbuhan mengikut perbelanjaan pula RML menekankan "…


teras utama perkembangan ekonomi dalam tempoh RML dijangka berpunca daripada
pertumbuhan pesat pelaburan sektor swasta" (RML, 1986,78) sementara peranan pelaburan
sektor awam pula akan dikurangkan sekadar "…menghormati tanggungan-tanggungan kontrak
dan projek yang terpaksa diteruskan perlaksanaanya dalam RML". Bagi program dan projek
baru, RML akan hanya memberikan keutamaan kepad "…projek-projek yang bermutu seta
menghasilkan pulangan yang tinggi, memerlukan bahan import yang rendah, mempunyai jangka
pulangan pelaburan yang pendek dan mewujudkan peluan pekerjaan yang lebih banyak" (RML,
1986, 80).

Perdagangan bersih (ekspot-import) dijangka akan memberi sumbangan yang berkurangan


terhadap penbangunan ekonomi negara. Justeru inilah maka RML menegaskan bahawa "…
pertumbuhan ekonomi Malaysia perlulah bergantung kepada pertumbuhan yang pesat kegiatan-
kegiatan ekonomi dalam negeri". Strategi ini pula melibatkan "… lebih banyak usaha bagi
menigkatkan produktiviti, memperbaiki pengemblingan sumber-sumber dan menambahkan
kecekapan penggunaan sumber-sumber dalam negeri"di kalangan kedua-dua sektor awam dan
swasta.

Demikianlah secara ringkas rangka-rangka strategi pembangunan yang akan dilaksanakan dalam
tempoh RML: sekarang. Bagaimanakah prospeks pencapaian DEB dalam konteks strategi-
strategi RML berkenaan? Dalam bahagian yang lepas, beberapa kesan strategi tersebut terhadap
prospeks DEB telah dibincangkan. Berikut ialah perbincangan lanjut berhubung dengna
beberapa kesan tambahan yang dijangkakan.

Pertumbuhan ekonomi yang pesat merupakan syarat yang perlu dipenuhi bagi mencapai
matlamat DEB. Justeru itu DEB dirancangkan tercapai dalam konteks kadar pertumbuhan benar
purata tahunan di sekitar 8.0 peratus setahun dalam tempoh 1970 – 90. Walaupun kadar
pertumbuhan dalam dekad pertama DEB menghampiri kadar pertumbuhan yang diperlukan,
namun pencapaian beberbapa matlamat DEB masih lagi kekurangan seperti yang idbincangkan
dalam bahagian 11. Dalam keadaan dimana kadar pertumbuhan di sepanjang RML nanti
dijangkakan lebih rendah lagi daripada masa-masa yang lepas, ini sudah tentu menjejas
pencapaian DEB kecuali terdapat strategi-strategi baru digubal untuk mengatasi keadaan ini.

Strategi baru pembangunan sektor perindustrian yang menjadi penggerak untama pertumbuhan
mungkin berupaya untuk mencapai matlamatnya dari segi meningkatkan pengeluaran dan juga
mempelbagaikan jenis keluaran industri berkenaan tetapi dari segi peranannya untuk mencapai
matlamat DEB ianya mungkin kurang menggalakkan. Dalam hubungan ini pelan induk
perindustrian (PIP) berpendapat "The outlook of the NEP for the remainning years of the outline
perspective plan 1970 – 90, that is, 1986 – 90, does not appear to be too bright, from the
viewpoint of achievieng targets. There will be progress but unemployment imbalances will still
remain by 1990 with the Bumiputera being underreresented in the top accupations. Overall, the
estimates indicate the 30 percent ownership target will not be attained by 1990." (UNIDO, 1985,
101).

Pembangunan sektor pembuatan yang disarankan oleh PIP sebahagain besarnya mengarah
kepada pembentukan sektor perindustrian berskala besar, intensif modal dan kemahiran,
berteknologi tinggi dan sofisticated serta beorentasikan ekspot. Untuk ini struktur perlindungan
perlulah mencukupi dan pro perdagangan. Contohnya, bagi industri berasaskan getah PIP
berpendapat "All development poins to an industry which has and will become more and more
capital intensive" dan " A strategy to develop Malaysia’s sompetitive position in the global
market should be supported by effective domestic protection measures" walaupun industri
berasaskan getah merupakan "… one of the most highly protected industry in Malaysia
particularly tyres and tubes industries"

Kekurangan modal, kemahiran dan teknologi akan menghalang penyertaan kaum Bumiputera
dalam pembanguynan sektor pembuatan. Daya penyerapan buruh pada keseluruhannya adalah
dijangka rendah.

Keadaan di atas diburukkan lagi oleh beberapa konflik polisi yang mungkin timbul. Polisi untuk
menggalakkan penggunaan domestik getah melalui pembangunan industri berasaskan getah
mungkin akan menguntungkan para pengilang tetapi mempunyai kesan negatif kepada PKG.
Strategi ini mungkin akhirnya lebih memberi galakan kepada beberapa jenis input termasuk
pengeluaran getah tiruan berbanding dengan tujuan asalnya.

Akhir sekali, melihat keapda peruntukan perbelanjaan bagi sektor perindustrian RML ianya lebih
berkecenderungan untuk membangunkan industri-industri berat. Sebanyak $1,148 juta
diperuntukkan bagi HICOM dan $1140 juta pula bagi PETRONAS. Kedua-dua peruntukan in
merupakan 72.7 peratus daripada jumlah perbelanjaan awam bagi sektor ini.

Berhubung dengan strategi-strategi bagi menggerakkan semula sektor pertanian sehingga


sekarang prestasinya masih lagi belum menggalakkan walaupun strategi-strategi tersebut
merupakan strategi-strategi yang sesuai dalam keadaan sektor pertanian sekarang. Galakan cukai
dan bukan cukai yang diberikan kepada sektor ini sejak Belanjawan tahun lepas dijangka
mengambil masa untuk menghasilkan kesan yang positif. Pihak swasta yang diharapkan
mempelopori aktiviti pelaburan dalam sektor ini masih lagi keberatan. Hanya sebahagian kecil
sahaja iatu 6% daripada baki pinjaman bank pada akhir tahun 1985 telah diberikan kepada sektor
swasta bagi aktiviti dalam sektor pertanian. Lebih 30% daripada pinjaman kepada sektor
pertanian ini pula telah disalurkan kepda aktiviti perhutanan, pembalakan serta estet sementara
sebahagian besar daripada pekebun-pekebun kecil menerima bahagian pinjaman yang tidak
signifikan. Penglibatan kaum Bumiputera dalam aktiviti perhutanan, pembalakan dan estet
adalah terhad. Maka dengan ini kesan positif pelaburan swasta dalam sektor pertanian terhadap
DEB dijangka adalah terhad.

Strategi pembangunan sektor binaan khususnya pembinaan rumah-rumah kos rendah mungkin
mencapai matlamatnya dari segi sumbangannya terhadap pertumbuhan ekonomi negara dan juga
dari segi menyediakan pekerjaan, serta perumahan kepada penduduk miskin di bandar khasnya.
Walaubagaimana pun, bantuan dan galakan kewangan yang diberikan akan hanya memberikan
sumbangan yang berkesan jika ia mencetuskan aktiviti pembinaan bangunan-bamngunan baru
dan tidak digunakan semata-mata untuk menyokong pembelian lebihan bangunan-bangunan
yang telah dibina 2-3 tahun yang lepas. Walau bagaimanapun jumlah pinjaman, bantuan atau
lain-lain kemudahan kewangan yang diberikan oleh sektor awam dan swasta adalah keterlaluan
besarnya berbanding dengan sektor-sektor lain.

Walaupun pihak kerajaan telah mengetatkan gais panduan pemberian pinjam,an, namun
sebanyak 47% daripada pinjaman baru pada tahun lepas telah diperuntukkan kepada sektor in
dan 25% daripadanya teleh diperuntukkan kepada kaum Bumiputera. Di samping itu juga
sebanyak 46 peratus daripada pinjaman baru bank kepada kaum Bumiputa tertumpu kepada
sektor ini. Walaupun langkah ini akan memebantu mencapai DEB khususnya bagi mengatasi
kemiskinan di kawasan-kawasan bandar, tetapi peruntukan yang sedemikian besar adalah tidak
seimbang juka dibandingkan dengan peratusan penduduk miskin di bandar.

khir sekali adalah berhubung dengan peranan sektor swasta. Sumbangan sektor swasta terhadap
pembangunan ekonomi amnya adalah tidak semestinya selaras dengan peranannya terhadap
pencapaian DEB walaupun secara tidak langsung ianya mempunyai kesan ke atas DEB melalui
pengaruhnya ke atas kadar pertumbuhan.

Sebenarnya pemilihan strategi di atas bukanlah merupakan satu perkara baru dalam perancangan
pembangunan Malaysia. Malah kesemua rancangan pembanugnan lima tahun Malaysia telah
meletakkan harapan yang besar terhadap perkembangna pelaburan swasta untuk menjadi
penggerak utama pembangunan. Namun demikian, setiap kali pula pihak sektor swasta gagal
untuk memainkan peranannya kecuali dalam tempoh RMT apabila ia telah mencatitkan prestasi
yang cemerlang walaupun di awal tempoh tersebut Akta penyelarasan perindustrian (ICA) telah
dikuatkuasakan.

Sebenarnya sememangnya sukar untuk memahami sikap pihak swasta khususnya di kalangan
pelabur-pelabur asing dan bukan Bumiputera. Pada satu ketika mereka memnyalahkan peraturan
dan kawalan yang terkandung dalam Akta Penyelarasn Perindustrian dan DEB sebagai
penghalang utama terhadap perkembangan aktiviti mereka. Tetapi pada realitinya pelaburan
swasta meningkat dengan pesat dalam 5 tahun pertama perlaksanaan Akta tersebut. Walau
bagaimanapun melalui berapa langkah untuk melonggarkan beberapa peraturan yang terdapat
dalam Akta yang setengahnya berkait rapat dengan DEB semenjak akhir tahun lepas dan
diperluskan lagi dalam RMl, maka sektor swasta dijangka dan sepatutnya akan dapat
memberikan sumbangan yang positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara amnya dan DEB
khasnya.

Kertas kerja ini telah membincangkan tentang prestasi perlaksanaan DEB dalam tempoh 1970 –
85 dan diikuti dengan ulasan tentang prospek pencapaian matlamat DEB bagi tempoh 1986 – 90
berasaskan kepada strategi-strategi yang telah dirangka bagi RML.

Dalam bahagian II telah ditunjukan bahawa pencapaian matlamat pembasmian kemiskinan telah
menunjukkan kemajuan tetapi ianya masih lagi terkurang daripada matlamatnya. Begitu juga
dengan pencapaian matlamat penyusunan semula masyarakat, kesemua aspek penyusunan
tersebut juga menunjukkan pencapaian yang kurang daripada matlakat-matlamat yagn
ditetapkan. Perkara ini telah disahkan sendiri dalam RML. (RML, 1986, 143).

Bahagian III membincangkan strategi dan dasar yang telah dirangka dalam RML. Telah
ditunjukkan bahawa kejayaan strategi dan dasar ini "… bergantung kepada kejayaan atau
kegagalan RML dalam usaha meningkatkan lagi tahap matlamat DEB". Perbincangan kita
menunjukkan walaupun beberapa diantara strategi tersbut adalah sesuai tetapi dari segi
perlaksanaanya ia menghadapi beberapa msalah yang menghalang pencapaian sepenuhnya
beberapa matlamat DEB. Bagi strategi-strategi lain pula terdapat beberapa pun, strategi,
rancangan, dasr-dasar ekonomi yagn baru dijangka akan dirangka untuk meneruskan lagi usaha-
usaha menghapuskan kemiskinan, mengatasi mana-mana ketidakseimbangan yang wujud dan
seterusnya memimpin negara seluruhnya ke arah kemajuan dankemakmuran ekonomi.

Rujukan

1. Bank Negara, Laporan Tahunan 1985


2. Ishak Shari dan K.S. Jomo, Development Policies and Income Inequality in Peninsular
Malaysia, Universiti Malaya, 1986.
3. Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Keempat.
4. Malaysia, Laporan Ekonomi (beberapa siri)
5. Mohd. Haflah Piei, "Cabaran Dan Strategi Petumbuhan Ke Dalam Rancangan Malaysia
Kelima", Kertas Kerja Di Seminar Strategi-Strategi Pemulihan Kemelesetan Ekonomi
Negara, Anjuran Persatuan Usahawan Dan Eksekutif Bumiputera (PESUMA) Kuala
Lumpur, April, 1986.
6. Mohd. Haflah Piei dan Hj. Hassan Haji Ali, "Dasar Ekonomi Baru Latar Belakang
Prestasi Dan Prospeks Perlaksanaanya" Kertas Kerja Di Seminar Ekonomi Anjuran Biro
Ekonomi, Pergerakan Pemuda Umno, Perhubungan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Januari 1986.
7. Mohd. Haflah Piei, "Isu-isu Pembanugnan Ekonomi Malaysia, penerbitan Universiti
Kebangsaan Malaysia, 1986 (akan terbit).
8. Rancangan Malaysia Kedua – Kelima.
9. Qzey Mehmet (1986) Pagar Makan Padi! Amanah, Kemiskinan Dan Kekakyaan Dalam
Pembangunan Malaysia Di Bawah Darsar Ekonomi Baru, Insan 1986.
10. Thillainatahan (1970), "The Second Malaysia Plan: Notes On The Objectives Of
Balanced Distribution Of Wealth And Employment Kajian Ekonomi Malaysia,
December, 1970.

Jadual 14

Penyertaan Kaum Bumiputera Dalam Sektor Perdagangan, Pembuatan dan Perkhidmatan

Terpilih, 1971 dan 1981

Sektor/Aktiviti 1971 1981

Perdagangan Borong

Bilangan petubuhan 168 (2.5) 1620 (8.2)

Hasil Jualan ($ juta) 47 (0.8) 1778 (5.3)

Jualan Runcit:

Bilangan Pertubuhan 3311 (13.0) 3280.0 (34.2)

Hasil Jualan ($ juta) 50.8 (3.0) 1531.5 (11.5)

Pengusaha Pengangkutan Jalan

Bilangan pertubuhan 69 (17.8) 6057 (62.5)

Hasil ($ juta) 30.4 (17.3) 455.0 (42.2)

Syarikat Perkapalan

Bilangan Pertubuhan - (-) 17 (7.5)

Hasil ( $ juta) - (-) 54.1 (6.6)

Agensi pelancungan dan pengembaraan:

Bilangan Pertubuhan 20 (19.2) 155 (26.8)

Hasil ( $ juta) 1.5 (20.8) 23.4 (26.4)


Hotel dan tempat penginapan lain

Bilangan Pertubuhan 14 (1.6) 46.0 (5.0)

Hasil ( $ juta) 4 (3.6) 47.9 (8.6)

Perkhidmatan profesional

Bilangan Pertubuhan 122 (7.0) 422 (10.2)

Hasil ( $ juta) 5.3 (4.4) 160.6 (17.8)

Perkilangan3

Hakmilik modal ($ juta) - (-) 718.2 (17.8)

Firma-Firma Perkilangan yang lain (bil)b

Pembekal bahan mentah (bil - (-) 144 9.2

Pembekal bahagian dan komponen - (-) 75 8.3

Penyediaan perkhidmatan, pembaikan dan - (-) 120 (8.8)


penyelenggaraan

Penyediaan perkhidmatan pengangkutan - (-) 265 (21.6)

Penyediaan lain-lain perkhidmatan - (-) 426 (18.2)

Nota:

a. Meliputi industri pembuatan/perkilangann yagn terdapat dalam estet-estet


industri, dan kawasan perdagangan bebas sahaja.
b. Meliputi industri-industri di luar estet-estet industri yang mempunyai talian/kaitan
dengna industri-industri dalam estet-estet industri sahaja.
c. Angka dalam kurungan menunjukkan peratusan daripada jumlah keseluruhan

Sumber: RML, 1986 : 132-3; EPU/perunding Bersatu Sdn. Bhd., The Development of Industrial
Estate: An Evaluation and Impact Study, 1983.

Jadual 1

Peruntukan……..

  RM1 RM2 RM3

  (1966-1970) (1971-1975) (1976-1980) (


  ($ bil.) % ($ bil.) % ($ bil.) % (

Ekonomi 2.71 64 .96 67 13.57 64 2

Pertanian dan Pembangunan Desa 1.10 26 1.79 24 4.67 22 8

Pengangkutan 0.53 13 1.23 17 2.84 13 4

  0.09 4 0.17 2 1.15 5 1

  0.25 6 1.43 19 3.25 15 5

  - - 0.03 0.4 0.06 0.3 0

0.64 15 0.30 4 1.58 8 3

Sosial 0.67 16 1.29 17 3.64 17 6

Pelajaran dan Latihan 0.26 6 0.70 9 1.55 7 2

Kesihatan dan Perancang Keluarga 0.14 3 0.18 2 0.31 2 0

Sosial dan Komuniti Perkhidmatan 0.27 7 0.41 6 1.78 2

Perkhidmatan Awam 0.14 3 0.15 2 0.47 2 0

Pertahanan dan Keselamatan 0.69 17 1.02 14 3.53 17 9

Jumlah 4.21 100.0 7.42 100.0 21.20 100.0 4

Sumber: Malaysia, (1971, 1976, 1981)

Jadual 8

1970 1980 1983

Kumpulan Hakmilik $ juta % $ juta % $ juta %

Bumiputera perseorangan dan agensi 125.6 2.4 4050.5 12.5 9274.7 18.7
amanah

Bumiputera perseorangan 84.4 1.6 1880.1 5.8 3762.2 7.6

Agensi Amanah 41.2 0.8 2170.4 6.7 5512.4 11.1

Rakyat Malaysia Lain 1826.5 34.3 14442.9 44.6 23735.9 47.7


Asing 3377.1 63.3 13927.0 42.9 16697.6 33.6

Jumlah 5329.2 100.0 32420.0 100.0 49708.2 100.0

Jadual 15

Malaysia petunjuk-Petunjuk Terpilih Penyertaan dalam perdagangan dan perindustrian 1981 dan
1985.

1981

Petunjuk1 Bumiputera % Bukan % Bumiputera %


Bumiputera

Nilai bantuan kredit2 ($ juta)            

BPMB 150.0 100.0 - - 68.4 100

MIDF 57.2 29.7 135.1 70.3 13.2 16

MARA 90.0 100.0 - - 46.8 100

Bank Perdagangan dan Syarikat-syarikat kewangan 6,324.9 21.0 23,782.5 79.0 17,266.3 28

Penyertaan dalam latihan keusahawanan3            

PDPN 4,940 99.6 15 0.4 2901 99

JKR 222 100.0 - - 398 100

BPMP 134 100.0 - - 343 100

BBMB - - - - 1,109 100

MARA 14,614 100.0 - - 15,000 100

Pernas Edar 1,447 100.0 - - 1000 100

Nilai Kontrak Kerja4($ juta)            

JKR 280.9 51.0 269.4 49.0 198.5 33

JPT 113.4 35.8 203.5 64.2 33.7 50

LKTP 109.1 27.4 289.7 72.6 405.3 77


RISDA 158.4 75.0 51.4 25.0 7.8 99

UDA 93.7 97.8 2.1 2.2 27.3 84

KETENGAH 14.8 92.5 1.2 7.5 3.4 19

Jabatan Telekom 43.4 27.9 111.9 72.1 284.6 99

DARA 6.7 27.9 17.3 72.1 6.5 97

KEJORA 6.8 34.9 12.6 65.1 4.7 96

KESEDAR 4.6 19.4 19.1 80.5 32.1 91

LLN 12.7 22.8 43.1 77.2 21.2 90

Nilai Kontrak perbekalan5 ($ juta) 417.6 22.9 1,405.2 77.1 751.5 42

Bilangan lesen pengangkutan jalan 3428 50.2 3,396 49.8 2,718 63

Bilangan lesen baru            

Pemaju perumahan 74 29.6 176 70.4 79 30

Bilangan lesen membalak6 678 66.1 348 33.9 332 73

Bilangan mesin cetak 195 15.1 1,099 84.9 187 16

Bilangan lesen agensi persendirian 52 52.0 48 48.0 84 54

Jadual 15 (sambungan)

Bilangan surat-surat kebenaran7 372 21.7 1,346 78.3 1,406 31.0

Bilangan lesen ekspot7 t.d t.d t.d t.d 82 1.2

Bilangan lesen impot7 t.d t.d t.d t.d 675 7.9

Bilangan khidmat nasihat7 12,117 100.0 - - 6,915 100.0

Bilangan perniagaan yang berdaftar 78,961 24.9 237,602 75.1 154,215 30.5

Bilangan pengedar-pengedar yang 2,239 20.7 8,592 79.3 2,622 15.0


berdaftar dengan Kementerian
Perdagangan dan Perindustrian9

Sumber Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Pembangunan Malaysia Berhad BPMB),
Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia (MIDF), Bank Negara Malaysia, (BNM),
Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN), Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB), Pernas
Edar, Kementerian Kerja Raya(JKR), Jabatan Parit dan Taliair(JPT), Lembaga kemajuan Tanah
Persekutuan(LKTP), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun-Pekebun Kecil Perusahaan Getah
(RISDA), Lembaga Letrik Negara (LLN), Jabatan Telekom, Perbadanan Pembangunan
Bandar(UDA), Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara(DARA), Lembaga Kemajuan Kelantan
Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah(KETENGAH), Lembaga
Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Perlesenan Pengangkutan Jalan (LPPJ),
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perhutanan, Kementerian dalam
Negeri, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, Kementerian Kewangan.

Nota:

1. Petunjuk-petunjuk bagi latihan keusahawanan oleh JKR dan Kontrak-kontrak kerja JKR,
JPT, LLN juga petunjuk-petunjuk bagi lesen pengangkutan jalan, lesen pemaju
perumahan, lesen membalak dan perniagaan yang berdaftar hanya meliputi Semenanjung
Malaysia. Petunjuk-petunjuk lain adalah meliputi seluruh Malaysia.
2. Nilai kredit yang diluluskan oleh MARA bagi tahun 1985 adalah anggaran. Bagi Bank
Perdagangan dan Syarikat Kewangan, nilai kredit adalah kumlah terkumpul pinjaman
yang belum dijalankan
3. Bilangan peserta bagi tahun 1985 bagi MARA dan Pernas Edar adalah anggaran
4. Bagi tahun 1981, nilai kontrak yang ditawarkan tidak termasuk $3.1 juta yang telah
ditawarkan oleh Jabatan Telekkom kepada syarikat usahasama Rakyat Malaysia dengan
asing dan $87.6 juta yang telah ditawarkan oleh LLN kepada syarikat asing. Bagi tahun
1985 tidak termasuk kontrak bernilai $1390 juta yang telah ditawarkan oleh JKR pada
tahun 1982 kepada syarikat usahasama Bumiputera dan bukan bumiputera yang dijangka
akan siap pada tahun 1987. Ia juga tidak termasuk kontrak-kontrak yang bernilai $33.0
juta dan $25.0 juta yan gtelah ditawarkan oleh JKR kepada syarikat usahasama
Bumiputera dan bukan bumiputera dan syarikat asing dan kontrak bernilai $124.0 juta
yang ditawarkan oleh LLN kepada syarikat asing. Bagi bukan Bumiputera, dalam kedua-
dua tahun berkenaan nilainya termasuk yang ditawarkan kepada syarikat-syarikat
usahasama bumiputera dengan bukan bumiputera. Nilai kontrak yang ditawar oleh JPT
pada tahun 1985 adalah tidak termasuk nilai bagi negeri Kelantan, Pahang dan Johor.
Bagi Jabatan Telekom, nilainya adalah anggaran. Bagi KESEDAR dan LLN, nilai tahun
1984 adalah digunakan bagi tahun 1985.
5. Bagi bukan Bumiputera dalam kedua-dua tahun berkenaan, nilainya termasuk yag
ditawarkan kepada syarikat-syarikat usahasama Bumiputera dengan bukan Bumiputera.
Rakyat Malaysia dengan asing dan kepada syarikat asing.
6. Angka bagi 1985 adalah shingga 30 Jun sahaja.
7. Angka bagi1985 adalah merujuk kepada tahun 1984. Bagi bilangan surat kebenaran
(A.P), jumlah bagi bukan Bumiputera bagi tahun 1981 dan 1984 termasuk sebanyak 49
dan 293 surat-surat kebenaran yang telah dikeluarkan kepada syarikat-syarikat
usahasama, kopersi-koperasi dan perusahaan-perusahaan awam.
8. Angka-angka bagi 1981 merujuk kepada tahun 1980
9. Angka bagi 1985 merujuk kepada tahun 1984

Jadual 5

Semenanjung Malaysia: Kadar kemiskinan mengikut kawasan-kawasan Bandar-Luar Bandar,


1970, 1976 dan 1984

1970 1976 1984

  Jumla Jumla Kadar Jumla Jumla Kadar Jumla Jumla Kadar


h h Kemiskina h h kemiskina h h kemiski
Strata isirum isirum n isirum isiru n isirum isiru nan
ah ah ah mah ah mah
miskin miski (%) miski (%)
(‘000) (‘000) n (‘000) n
(‘000)
(‘000 (‘000
) )

Luar 1,203. 705.9 58.7 1,400. 669.6 47.8 1,629. 402.0 24.7
bandar 4 8 4

Pekebun 350.0 226.4 64.7 126.7 73.8 58.2 155.2 67.3 43.4
Kecik getah

Penanam 140.0 123.4 88.1 187.9 150.9 80.3 116.6 67.3 57.7
Padi

Pekerja 148.4 59.4 40.0 - - - 81.3 16.0 19.7


estet

Nelayan 38.4 28.1 73.2 28.0 17.6 62.7 34.3 9.5 27.7

Pekebun 32.0 16.9 52.8 19.3 12.4 64.0 14.2 6.6 46.9
Kecil
Kelapa

Petani- 144.1 128.2 89.0 528.4 275.4 52.1 464.2 158.8 34.2
petani lain

Industri 350.5 123.5 35.2 510.5 139.5 27.3 763.6 76.5 10.0
lain

Bandar 402.6 85.9 21.3 530.6 94.9 17.9 991.7 81.3 8.2
Pertanian   - - 24.8 10.0 40.2 37.5 8.9 23.8

Perlombon 5.4 1.8 33.3 4.5 0.5 10.1 7.8 0.3 3.4
gan

Pembuatan 84.0 19.7 23.5 55.3 9.5 17.1 132.3 11.3 8.5

Pembinaan 19.5 5.9 30.2 34.7 6.1 17.7 86.6 5.3 6.1

Pengangkut 42.4 13.1 30.9 53.2 9.1 17.1 73.9 2.7 3.6
an dan
Kemudaha
n Awam

Perdaganga 251.3 45.4 18.1 242.0 33.7 13.9 472.7 21.9 4.6
n dan
Perkhidmat
an

Kegia - - - 116. 26.0 22.4 180. 30.9 17.1


tan 1 9
yang
takrif
nya

tidak
lengk
ap

Jumla 1,606. 791.8 49.3 1,93 764.4 39.6 2,62 483.3 18.4
h 0 1.4 1.1

Sumber: Jabatan Perangkaan, Penyiasatan Selepas Banci (PES),1970, Banci Pertanian, 1977
dan Penyiasatan Pendapatn Isirumah 1984

Jadual 6

Perbezaan Kadar Kemiskinan Antara Tahun

1983 dan 1984

1983 (KSP-RME) 1984 (RML

Kumpulan Jumlah Isirumah Kadar Jumlah Isirumah Kadar


isirumah isirumah miskin Kemiskinan isirumah miskin Kemiskinan

(‘000) (‘000) (%) (‘000) (‘000) (%)

Luarbandar: 1489.5 619.7 41.6 1629 402 24.7

Pekebun Kecil 405.8 247.9 61.1 155.2 67.3 43.4


Getah

Penanam padi 138.9 75.0 54.1 116.6 67.3 57.7

Pekerja estet 105.7 57.7 54.6 81.3 16.0 19.7

Nelayan 40.5 18.1 44.7 34.3 9.5 27.7

Pekebun kecil 31.1 6.6 32.7 14.2 6.6 46.9


kelapa

Petani-petani 161.7 87.3 54.0 464.2 158.8 34.2


lain

Industri lain 582.9 122.1 20.9 763.6 76.5 10.0

Bandar 811.2 97.9 11.1 991.7 81.3 8.2

Jumlah 2370.7 717.6 30.3 2621.1 483.3 18.4

You might also like