You are on page 1of 130

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG TEKANAN KERJA

(STRES) DI KALANGAN GURU-GURU SJK(C): SATU KAJIAN DI


TIGA BUAH SEKOLAH DI WILAYAH PERSEKUTUAN.

WOO SEW FUN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PSZ 19:16(Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG TEKANAN KERJA (STRES) DI


KALANGAN GURU-GURU SJK(C): SATU KAJIAN DI TIGA BUAH
SEKOLAH DI WILAYAH PERSEKUTUAN.

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya WOO SEW FUN


(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan


Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan (  )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)

SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan


oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

___________________________ ___________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:
33, JLN 6/38A, TMN SRI SINAR, EN. MOHAMAD ABDILLAH ROYO
51200 SEGAMBUT, Nama Penyelia
KUALA LUMPUR.

Tarikh: 22.04.2008 Tarikh: 22.04.2008

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : ...................................................

Nama Penyelia : En. Mohamad Abdillah Royo

Tarikh : 22.04.2008
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG TEKANAN KERJA (STRES) DI
KALANGAN GURU-GURU SJK(C): SATU KAJIAN DI TIGA BUAH
SEKOLAH DI WILAYAH PERSEKUTUAN.

WOO SEW FUN

Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat


Penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

April 2008
ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ........................................................
Nama Penulis : WOO SEW FUN
Tarikh : 22.04.2008
iii

DEDIKASI

Jutaan terima kasih atas sokongan dan bantuan yang diberikan buat
Ayah dan ibu tersayang
Woo Yaw Soon, Ho Fo Khee

Abang, Kakak, Kakak Ipar, Adik, Adik IparKu,


Yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraanKu

Seterusnya

Penyelia pembimbing yang telah mendidik dengan penuh sabar


En.Mohsin Bin Uzir dan En.Mohamad Abdillah Bin Royo

Akhirnya

Rakan-rakan seperjuangan PKPG


Yang sentiasa membantuku walaupun dalam situasi getir.
iv

PENGHARGAAN

Shallom dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatNya sehingga dapat saya
menyiapkan penulisan ini dengan jayanya.

Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan


setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En.Mohsin Bin Uzir dan
En.Mohamad Abdillah Bin Royo selaku pensyarah pembimbing, di atas segala
bimbingan dan tunjuk ajar, nasihat serta teguran di sepanjang tempoh menyiapkan
kajian ini.

Ucapan terima kasih juga kepada Guru Besar dan semua guru di SJK(C) Kuen
Cheng 1, SJK(C) Chung Kwok dan SJK(C) Kuen Cheng 2 yang telah memberikan
kerjasama dan bantuan dalam menyiapkan projek ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah dan kakitangan akademik


Fakulti Pendidikan UTM. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat rakan-rakan
seperjuangan, 4 SPH PKPG serta kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
v

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap tekanan kerja serta faktor-
faktor yang mendorong tekanan kerja di kalangan guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan
(Cina) di Wilayah Persekutuan. Seramai 50 orang guru dari tiga buah sekolah telah dipilih
sebagai responden kajian ini. Borang soal selidik telah digunakan dalam proses
pengumpulan data dan hasilnya dianalisis dengan menggunakan perisian “ Statistical
Package of the Social Sciences” (SPSS). Analisis dibuat dengan menggunakan kaedah
statistik deskriptif iaitu dalam konteks kekerapan, peratus dan min. Hasil dapatan dari
penyelidikan ini menunjukkan bahawa guru-guru mengalami tekanan pada tahap
sederhana. Dari segi faktor-faktor pula didapati semua faktor iaitu faktor karenah pelajar,
faktor bebanan tugas, faktor kekangan masa dan faktor penghargaan telah memberi tahap
tekanan yang sederhana kepada guru-guru yang terlibat.
vi

ABSTRACT

The purpose of this research was to examine the level of stress experienced by the
Primary Chinese School Teachers in the Federal Territory. A total of 50 teachers from
three Primary Chinese School in the Federal Territory were randomly selected as
respondents. Questionnaire is used as the main instrument for the research and the data
obtained were analyzed using “Statistical Package of the Social Sciences” (SPSS v15). A
descriptive statistical analysis was carried out in the form of frequency, percentage and
mean values. After the examination of the four main factors; which are student attitude
factor, task responsibility factor, time constraint factor and the honorable factor, result
shows that the Primary Chinese School Teachers from the Federal Territory were
categorized under the level of moderate stressed due to their daily teaching routine.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Penyataan Masalah 11

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Persoalan Kajian 12


viii

1.6 Batasan Kajian 12

1.7 Kepentingan Kajian 13

1.8 Istilah dan Definisi 14

1.9 Kesimpulan 18

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 19

2.2 Konsep Tekanan Kerja 20

2.3 Punca-punca Tekanan (Stres) 21

2.4 Teori-teori Tekanan (Stres) 22

2.4.1 Teori Antony, Pervew & Kacmar 22

2.4.2 Teori Psikodinamik, Kognitif, Tingkah 23

laku dan Biologikal

2.4.3 Teori Hierarki Keperluan Maslow dan 26

Teori Dua Faktor Herzberg

2.5 Model-model Tekanan (Stres)

2.5.1 Model Stres – Cooper (1998) 26

2.5.2 Model Stres Atkinson (1998) 27

2.5.3 Model Punca Tekanan Kerja 28

(Jaafar Muhamad, 2003)

2.5.4 Model Tekanan Kerja Guru 35

(Kyriacou dan Sutcliffe, 1978)

2.5.5 Model tekanan Guru 37

(Boyle, Borg, Falzon & Baglioni, 1995)

2.6 Kajian-kajian Tekanan (Stres) di Luar Negara 38


ix

2.7 Kajian-kajian Tekanan (Stres) Dalam Negara 42

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 46

3.2 Reka Bentuk Kajian 46

3.3 Kerangka Konseptual Kajian 47

3.4 Populasi Kajian 48

3.5 Tempat Kajian 48

3.6 Sampel Kajian 48

3.7 Instrumentasi

3.7.1 Bahagian A: Latar belakang Responden 49

3.7.2 Bahagian B: Tahap Tekanan Kerja 49

3.7.3 Bahagian C Faktor-faktor Tekanan Kerja Guru 50

3.8 Keesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 51

3.9 Kajian Rintis 51

3.10 Prosedur Pengumpulan Data 52

3.11 Penganalisisian Data 53

3.12 Penutup 54

BAB IV ANALISA DATA DAN KEPUTUSAN UJIAN

4.1 Pengenalan 55

4.2 Bahagian A- Latar Belakang Responden 55

4.2.1 Jantina 56

4.2.2 Umur 56

4.2.3 Status Perkahwinan 57


x

4.2.4 Kelulusan Ikhtisas 57

4.2.5 Pengalaman Mengajar 58

4.3 Bahagian B - Maklum Balas Responden 58

4.3.1 Analisa Mengikut Persoalan 1: Apakah tahap 59

tekanan kerja di kalangan guru-guru SJK(C)

di Kuala Lumpur?

4.3.2 Analisis Keseluruhan Tahap Stres 62

4.3.3 Analisis Bilangan Dan Peratusan 63

Responden Mengikut Tahap Stres

4.4 Bahagian C - Maklum Balas Responden 63

4.4.1 Analisis Faktor Karenah Pelajar 64

4.4.2. Analisis Bilangan dan Peratusan Responden 66

Mengikut Faktor Karenah Pelajar.

4.4.3 Analisis Faktor Beban Tugas 67

4.4.4 Analisis Bilangan dan Peratusan Responden 69

Mengikut Faktor Beban Tugas.

4.4.5 Analisis Faktor Kekangan Masa 70

4.4.6 Analisis Bilangan dan Peratusan Responden 72

Mengikut Faktor Kekangan Masa.

4.4.7 Analisis Faktor Penghargaan 73

4.4.8 Analisis Bilangan dan Peratusan Responden 75

Mengikut Faktor Penghargaan.

4.4.9 Analisis Keseluruhan Faktor-Faktor 76

Yang Menyebabkan Tekanan

4.5 Rumusan 76
xi

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 77

5.2 Perbincangan 77

5.2.1 Latar Belakang Responden 78

5.2.2 Tahap Tekanan Kerja Responden Secara 79

Keseluruhan

5.2.3 Tahap Tekanan Guru Mengikut Kategori 80

Faktor

5.3 Rumusan Dapatan Kajian 82

5.4 Cadangan 84

5.4.1 Pentadbir Sekolah 84

5.4.2 Guru-guru 85

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 85

5.6 Kesimpulan 86

RUJUKAN 87

LAMPIRAN 98
xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1 Data Guru Yang Mengalami Penyakit Mental 9


xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model Tindak Balas Sindrom Penyesuaian Umum 24


2.2 Model Tindak Balas Terhadap Stres Berubah Mengikut 25
Jangka Masa Penyebab Stres
2.3 Model Stres Cooper (1998) 27
2.4 Model Stres Atkinson (1998) 28
2.5 Model Punca Tekanan Kerja (Jaafar Muhamad, 2003) 29
2.6 Model Tekanan Kerja Guru Kyriacou dan Sutcliffe (1978) 35
2.7 Model Tekanan Guru (Boyle, Borg, Falzon & Baglioni, 1995) 37
3.1 Kerangka Konseptual Kajian 47
3.2 Populasi Guru di Tiga Buah Sekolah Jenis Kebangsaan 48
Cina dalam Wilayah Persekutuan.
3.3 Soalan Item Berkaitan Dengan Faktor-faktor Tekanan Kerja Guru 50
3.4 Taburan Item Soal Selidik 50
3.5 Soalan Item Berkaitan Dengan Faktor-faktor 50
3.6 Skala Penentuan Tahap Tekanan Kerja Guru 53
4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 56

4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Umur 56

4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Status 57

Perkahwinan

4.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Kelulusan 57


xiv

Ikhtisas

4.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Pengalaman 58

4.6 Analisis Frekuensi, Peratusan dan Min 59

4.7 Analisis Pengelasan Skor Min Dan Tahap Penilaian 62


4.8 Analisis Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Tahap Stres 63

4.9 Analisis Frekuensi, Peratusan Dan Min Responden Berdasarkan Faktor 64


Karenah Pelajar

4.10 Analisis Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Faktor 66


Karenah Pelajar
4.11 Analisis Frekuensi, Peratusan Dan Min Responden Berdasarkan Faktor 67
Beban Tugas

4.12 Analisis Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Faktor 69


Beban Tugas

4.13 Analisis Frekuensi, Peratusan Dan Min Responden Berdasarkan 70


Faktor Kekangan Masa

4.14 Analisis Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Faktor 72


Kekangan Masa.
4.15 Analisis Frekuensi, Peratusan Dan Min Responden Berdasarkan 73
Faktor Penghargaan
4.16 Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Faktor 75
Penghargaan

4.17 Analisis Keseluruhan Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Tekanan 76


xv

SENARAI SINGKATAN

SJK(C) Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)


TP Tidak Pernah
J Jarang
KK Kadangkala
AK Agak Kerap
K Kerap
T Tidak Ada Tekanan
TR Tekanan Rendah
TS Tekanan Sederhana
TT Tekanan Tinggi
TST Tekanan Sangat Tinggi
SPSS Statistical Package for the Social
Sciences
xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Pengesahan Soalan soal selidik

B Borang Soal selidik

C Surat Kebenaran KPM

D Surat Kebenaran JPN

E Surat Fakulti Pendidikan

F Surat Pengesahan Menjalankan Kajian


1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kehidupan manusia pada alaf ini amat mencabar dan kompleks.


Kepelbagaian dan kekompleksian kehidupan ini menyebabkan munculnya “Sindrom
Baru” yang menyerang manusia iaitu tekanan. Menurut Hatta Sidi dan Mohamed
Hatta Shaharom (2002) tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia
sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia berubah wajah mengikut peredaran masa.
Tekanan bukanlah suatu perkara yang asing bagi masyarakat negara ini. Tekanan
biasa dialami oleh semua manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak
menyeronokkan. Secara umumnya, perkataan stres telah digunakan secara
meluasnya dalam beberapa konteks yang berbeza. Tekanan dan kehidupan amat
berkait rapat dengan gaya hidup, perwatakan seseorang, faktor keluarga, proses
urbanisasi dan kejutan budaya terhadap perkembangan pemodenan yang mendadak.

Tekanan merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan


mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kesihatan mental seperti
yang didefinisikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
2

“Kebolehan mengekalkan hubungan yang harmonis dengan orang lain, kebolehan


dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatandan kebolehan untuk
menyumbang khidmat kepada masyarakat”

(Sumber: Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2000)

Apabila seseorang itu berhadapan dengan stres, sudah tentu ia akan gagal
untuk berfungsi dengan baik di dalam masyarakat. Menurut kajian yang dilakukan
oleh Institute of Stress di New York, Amerika terdapat 90 peratus daripada lelaki
dewasa mengalami stres yang kuat sekurangkurangnya dua kali seminggu, manakala
25 peratus lagi mengalami stres setiap hari.

Di Malaysia, fenomena tekanan di kalangan guru kini sedang hebat


diperbincangkan dan dijadikan sebagai bahan kajian ilmiah. Malahan, kajian-kajian
yang lepas juga mendapati bahawa profesion perguruan adalah bidang kerjaya yang
menghadapi tekanan kerja yang tinggi (Cooper 1995, Hart et al.,1995) dalam
Mokhtar (1998).

Arus pendidikan hari ini semakin mendesak para profesional pendidikan


untuk bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi pendidikan
tersebut. Di samping usaha peningkatan dan pelaksanaan, guru-guru semakin mula
tertekan atau sekurang-kurangnya pernah merasa tertekan dengan ‘demand’ tinggi
bebanan kerjaya pendidikan ini.

Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang


sungguh mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka
dengan perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan
sumber, dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995).
Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi dalam pendidikan sudah
pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar.

Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru


berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan
3

kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan
kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan
pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga
profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah
masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan
kegemilangan mutu pendidikannya. (Dr.Sapora Sipon, 2007)

Selain daripada itu, terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung


dengan kerjaya guru pada dewasa ini. Sesetengah ahli masyarakat mempunyai
tanggapan bahawa kerja, beban dan tugas guru sekarang tidak mewujudkan kerjaya
guru yang menarik. Malah tidak menafikan ada yang melihat sekolah sebagai sebuah
organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya tugas ini
bukan satu yang terancang tetapi muncul dari situasi yang tidak diduga (Abdul
Shukor, 1996). Jika keadaan sedemikian dibiarkan berterusan agak pasti suasana
pengajaran dan pembelajaran di sekolah kini akan menuju ke arah satu keadaan yang
tidak terurus dan akan menghadapi kegagalan untuk mencapai matlamat yang
diidamkan.

Kyriacou & Sutcliffe, 1978a menyatakan bahawa tekanan guru boleh


ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan,
tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang
guru. Dalam hal ini, guru yang menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat
mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja
untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi
masyarakat yang berguna. Guru terpaksa melakukan kerja lebih masa, perkeranian,
menyediakan alat bantu mengajar, menghadiri kursus atau bengkel sepanjang
minggu sambil terpaksa melakukan penyesuaian terhadap kaedah pengajaran yang
baru.

Tekanan kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan membawa kepada
ketidakpuasan kepada kerja, sikap suka mengelak dan pengabaian kerja.
Tindakbalas penyesuaian tekanan oleh guru merangkumi tindakbalas psikologikal
(keletihan dan kemurungan), fisiologikal (sakit kepala, tekanan darah tinggi) dan
berkaitan sikap (pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup dan masalah tidur).
4

Suasana kerja yang teruk menyumbang kepada faktor tekanan dan seterusnya
membawa kepada ketidakpuasan kerja dan keinginan untuk meninggalkan profesion
keguruan. (Kyriacou & Sutcliffe, 1978b) Tekanan yang tinggi pada guru boleh
mengkibatkan kekecewaan, agresif, kebimbangan, sifat suka mengelak, peningkatan
terhadap tahap ketidakhadiran dan penurunan terhadap prestasi guru. (Kaiser &
Polczynski, 1982)

Menurut laporan Marzita Abdullah (2003) Kesatuan Perkhidmatan Perguruan


Kebangsaan (NUTP) menggesa Kementerian Pendidikan menempatkan seorang
kaunselor di setiap daerah di negara ini dengan secepat mungkin. Ini bertujuan
memastikan setiap kaunselor dapat meneliti masalah-masalah yang sering dihadapi
oleh guru-guru terutama tekanan kerja. Dalam laporan tersebut, Presidennya Tengku
Habsah Tengku Petsa bimbang guru-guru terbabit dengan tekanan kerja mereka akan
menghadapi tekanan yang lebih besar seperti masalah mental. Menurut beliau,
pihaknya sering menerima aduan daripada guru-guru yang menghadapi tekanan kerja
dan mengadu tidak tahan dengan bebanan kerja, persekitaran kerja, masalah
kewangan dan keluarganya. Beliau menegaskan walaupun pada perangkaan yang
dibuat dan bukti mengenai guru yang menghadapi masalah tersebut tetapi ia memang
wujud.

Individu tidak akan dapat berfungsi dengan berkesan jika ia dalam keadaan
tertekan (Smith, 1993; Girdano et al., 1993). Perasaan tertekan menjadikan
seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian
kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang
dilakukan. Hal-hal ini akan menghalang seseorang mewujudkan sifat positifnya, apa
lagi sifat kasih sayang. Terdapat kajian-kajian (Fejgin et al., 1995; Pastore dan Judd,
1992) membuktikan sesetengah guru memang mengalami perasaan tertekan, sikap
berang, murung, mengambil keputusan atau memikirkan untuk berhenti atau bersara
sebelum masa kerana dikatakan tertekan.
5

1.2 Latar Belakang Masalah

Hidup di dunia moden yang penuh canggih ini, banyak tuntutannya (Jurnal
Guru,1996). Golongan guru juga tidak terkecuali dari tuntutan suasana persekitaran
yang silih berganti. Profesion yang disandang oleh guru semakin menjadi satu
bebanan kepada mereka dari aspek fisiologi dan psikologi (Mokhtar Ahmad,1998).

Perubahan demi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan di negara ini.


Bidang pendidikan ini juga telah mengubah corak, proses pengajaran dan
pembelajaran guru dan pelajar. Perubahan ini juga adalah berhubung dengan sikap
guru yang mana perlu lebih positif seperti berempati, peramah, mempunyai emosi
yang terkawal, lebih tekun, inovatif, komitmen, dedikasi dan sebagainya. Sikap
positif yang sedemikian terhadap profesion selalunya akan membawa kepada
peningkatan prestasi. (Zayadi,1999)

Dalam aspek kerja pula, fenomena yang berkaitan dengan tekanan sering
dianggap sebagai reaksi individu terhadap ciri-ciri persekitaran kerja yang
menggugat dirinya. Robbins (2000) menjelaskan bahawa tekanan tidak semestinya
tidak baik, walaupun ia sentiasa diperbincangkan dalam konteks yang negatif.
Tambahnya, tekanan positif yang bersesuaian akan merangsangkan semangat
perlaksanaan kerja pada tahap yang maksimum.

Namun begitu, dalam perspektif pendidikan, sejak tahun lapan puluhan


Kyriacou (1987) telah menjelaskan bahawa terdapat bukti yang kukuh menunjukkan
tekanan yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan fizikal seseorang guru.
Seterusnya kajian Jamaliyah (1999) juga menunjukkan tekanan membawa risiko ke
atas kesihatan seseorang guru. Di samping itu, menurut kajian Ali Murat Sunbul
(2003) terlalu banyak tekanan yang dihadapi oleh guru juga boleh mendatangkan
pelbagai kesan yang negatif yang boleh mengganggu prestasi dan kepuasan kerja
guru.

Pendidikan tempatan yang sering mengalami perubahan turut menjadi satu


beban kepada golongan guru (Jurnal Guru,1996). Perubahan besar yang menembusi
6

bidang pendidikan dalam tahun 1983 iaitu KBSR dan KBSM, ternyata meningkatkan
lagi tanggungan para guru. Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan di
Malaysia terutamanya masalah pelajar, bebanan tugas. Isu pernilaian prestasi guru,
pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris serta perubahan dasar yang
tidak pernah selesai. Kesemuanya ini memerlukan pandangan guru terhadap apa
yang dialami. Perubahan ini juga pasti akan menyebabkan tekanan ke atas guru.

Isu tekanan kerja guru kini sering diperkatakan guru kini dibebani kerja di
luar bidang tugasnya seperti kerja-kerja perkeranian. Berita Harian (5 Ogos 1999)
telah melaporkan 30 peratus daripada jumlah 280, 000 pendidik terpaksa memikul
tugas luar dan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas mengajar
(Abang Mat Ali bin Abang Masagus, 1998). Utusan Malaysia (1 September 2003)
telah melaporkan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan mendakwa
kesibukan guru dan pengetua menghadiri perjumpaan dan pelbagai kursus di luar
sekolah. Secara purata terdapat 15 peratus guru yang tidak berada di sekolah.
Tekanan guru bukan sahaja khas pada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Guru kini juga dibebani dengan bidang tugas di luar sekolah seperti
menghadiri perjumpaan dan pelbagai kursus.

Selain daripada masalah yang disebutkan, jumlah waktu mengajar dan


tekanan masa yang terhad dalam tugas juga menyebabkan guru mengalami
ketegangan. Di samping situasi perkerjaan, begitu juga tingkah laku murid dan
keperluan menjadi nilai standard sekolah. ( Kajian Ahmad Azhari, 1998 )

Kesedaran tentang perlunya mengurus tekanan ini digambarkan dengan


kajian-kajian yang banyak dijalankan sama ada di dalam atau di luar negeri.
Kebanyakan kajian yang dimaksudkan adalah berkaitan langsung dengan persoalan
tekanan kerja di kalangan guru. Di Malaysia persoalan tekanan di kalangan guru
bukan lagi setakat bahan kajian ilmiah, malah ia menjadi isu dalam media massa.
Satu masalah paling ketara yang dihadapi oleh sistem pendidikan negara hari ini
adalah bilangan guru yang bersara secara opsyenal bertambah sehingga Kementerian
Pendidikan terpaksa mengeluarkan Perkeliling Perkhidmatan untuk menahan guru
bersara secara opsyenal kecuali jika mereka mencapai umur 50 tahun (Lelaki) dan 45
tahun (Perempuan). Guru-guru yang bersara secara opsyenal kebanyakan bersara
7

kerana semangat berkerja telah menjadi rendah. Antara faktor yang menyumbang
terhadap semangat kerja yang rendah adalah tekanan kerja yang bertambah dari
semasa ke semasa.

Setiap masalah perlu dikenalpasti lebih awal. Pihak pentadbir dan organisasi
boleh menguruskan program yang lebih berkesan untuk menyelesaikan masalah dan
mencari punca stres bagi mengelakkan guru-guru berhenti kerja dan meninggalkan
profesion yang amat penting ke arah menjana anak bangsa kita menyahut pelbagai
cabaran yang mendatang. Oleh itu dengan adanya kajian ini diharap guru-guru dapat
mengenalpasti punca-punca dan tahap tekanan mereka, seterusnya akan mengambil
langkah-langkah tertentu untuk mengatasi masalah yang timbul. Ini akan merugikan
negara kita yang sedang menuju kepada sebuah negara industri. Menjadi tugas,
peranan dan tanggungjawab guru untuk merealisasikan wawasan 2020.

Kebanyakan guru melaporkan tekanan dalam pekerjaan mereka dan


mengalami “burn-out” pada peringkat tertentu dalam pengalaman perkerjaan mereka
(Cormaks, 2000). Menurut Lim (2001) guru seringkali mengalami masalah
berkurangan masa untuk meyelesaikan kerja mereka. Kajian Ghazali (1997) telah
menunjukkan 38.7% guru di Malaysia berada pada tahap kepuasan kerja yang
rendah, ini disebabkan mereka sering berasa tertekan dan kurang bersemangat
semasa melaksanakan tugas sebagai seorang guru. Ada setengah guru pula telah
berhenti kerja sebelum masa bersara dengan alasan beban tugas yang semakin berat.

Pada amnya, setiap guru terpaksa mengajar lima hingga enam kelas. Mereka
juga terpaksa membuat persediaan mengajar, menyemak buku latihan dan kerja-kerja
lain yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Selain kerja rutin, guru
juga diwajibkan menjalankan kerja-kerja perkeranian seperti mengisi borang, menaip
surat, menyediakan minit mesyuarat serta menjadi penasihat-penasihat persatuan,
permainan, kelab dan sukan. Menghadiri kursus, mesyuarat, bengkel dan
perjumpaan yang terlalu kerap, ini juga amat membebankan guru. Bebanan kerja
yang berat ini akan mendatangkan tekanan kepada para guru. Narelle Thomas,
Valerie Clarke dan Judy Lavery (2003) dalam kajian mereka menunjukkan faktor
masa dan bebanan kerja yang merupakan punca utama yang menyebabkan tekanan
8

kerja dari kalangan guru wanita dari sekolah rendah kerajaan di tempat kajian
mereka.

Seorang guru di Sawarak juga menyuarakan tentang suasana kerjanya di


salah sebuah sekolah membuktikan bahawa dalam era pemodenan pendidikan ini
masih terdapat suasana tidak selesa pada tempat kerja guru. Apa yang digambarkan
adalah, isu kepadatan guru dalam bilik guru, masalah kongsi meja dan penyediaan
perabut yang tidak sesuai serta mencukupi. (Berita Harian, 19 Julai 2005)

Dengan beban kerja yang banyak, sesetengah guru adakalanya kecewa dan
bertindak di luar kawal secara spontan. Seorang warden asrama yang dikatakan
mengarahkan ramai pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Bawang Assan berendam di dalam kolam ikan kerana kesalahan seorang daripada
mereka membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas asrama perempuan
(Sapora Sipon, 2007) merupakan insiden yang tidak sepatutnya dilakukan oleh guru
terlatih.

Di peringkat yang lebih makro pula, hasil kajian yang dijalankan oleh
Kementerian Pendidikan yang melibatkan sample seramai 5, 364 guru responden dan
dikehendaki dalam jangka masa 2 tahun telah menunjukkan bahawa terdapatnya 1,
288 orang guru di Malaysia yang berpenyakit mental (New Straits Times, 30 Mac
1990). Daripada jumlah ini, 169 orang mengalami psikosis dan 1, 119 orang pula
mengalami neurosis. Jadual 1 di bawah menunjukkan butir-butir lengkap mengenai
gejala ini.
9

Guru Yang Mengalami Penyakit Mental

Psikosis Neurosis
Lelaki 102 623
Perempuan 67 496
Siswazah 16 97
Bukan Siswazah 153 1022
Menengah 59 344
Rendah 110 775
Umur 20 hingga 30 36 2721
Umur 31 hingga 40 44 2601
Umur 41 hingga 50 67 417
Umur 51 hingga 55 22 170

Jadual 1 : Data Guru Yang Mengalami Penyakit Mental

(Sumber : New Straits Times, 30 Mac 1990)

Bilangan ini didapati telah meningkat beberapa tahun kemudian. Satu lagi
laporan akhbar mendedahkan bahawa terdapat 600 guru yang sedang mengalami
“Tekanan Perasaan” atau masalah “Sakit Jiwa” yang serius (Berita Harian, 13 Jan
1999).

Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Dato’Aziz Samsudin melaporkan


bahawa sehingga akhir tahun 2003 di seluruh negara terdapat 760 orang guru yang
menghadapi gangguan psikologi dari emosi. Guru-guru berkenaan mengalami
tekanan dari pelbagai faktor. ( Sin Chew Daily, 20 Februari 2004)

Menurut maklumat yang didapati dari Unit Perkhidmatan Guru pada 5hb
Februari 2004, guru-guru memohon untuk meninggalkan jawatan keguruan memang
ramai, akan tetapi Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil kira situasi
kekangan dalam alam pendidikan serta alasan yang terdesak dari guru tersebut untuk
membuat pertimbangan yang sewajarnya. Sepanjang tahun 2003, terdapat seramai
529 orang guru yang meletak jawatan secara opsyenal, terdapat 412 orang meletak
10

jawatan atas alasan peribadi. Kebanyakan guru-guru tersebut adalah terdiri dari
guru-guru sekolah rendah. Laporan dari Perangkaan Pendidikan Malaysia pada
tahun 2002, terdapat 165, 358 orang guru sekolah rendah, seramai 30, 499 orang
guru adalah dari SJK(C). Andainya, punca masalah tekanan guru ini masih tidak
dapat perhatian yang serius, maka jumlah guru yang memilih meninggalkan
perkhidmatan keguruan pasti akan meningkat. Masalah tekanan boleh
mempengaruhi kualiti pengajaran guru, secara langsungnya akan menjejaskan
produktiviti, prestasi dan kecekapan guru dalam profesion perguruan.

Dapatan-dapatan kajian menekankan kepentingan memberikan perhatian khas


sewajarnya terhadap masalah tekanan di kalangan guru-guru agar punca-punca
dominan yang menimbulkan tekanan dapat dikenalpasti. Malahan tahap tekanan
yang dialami oleh guru-guru juga perlu diketahui agar strategi yang bersesuaian
dapat dirangka untuk mencegah masalah ini. Kebajikan golongan guru seharusnya
perlu dipertimbangkan agar tanggungjawab dan peranan mereka dalam dalam proses
pembangunan masyarakat terserlah.

Borg (1991) dalam kajiannya mendapati guru sekolah rendah telah


menunjukkan tekanan kerja menyebabkan mereka rasa tidak ada kepuasan kerja,
seringkali ponteng sekolah dan bercenderungan untuk berhenti.

Liew Siew Fong (2004) dalam kajiannya menyatakan bahawa 63 peratus


guru-guru SJK(C) mengalami tekanan kerja pada paras sederhana, 16.3 peratus guru-
guru SJK(C) pada paras yang normal dan 20 peratus mengalami tekanan kerja pada
paras tinggi dan sangat tinggi.
11

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan masalah yang sedia wujud pengkaji ingin menjalankan kajian ke


atas tahap tekanan kerja (stres), faktor beban tugas, faktor salah laku pelajar, faktor
kekangan masa dan faktor penghargaan di kalangan guru-guru SJK(C) di Kuala
Lumpur. Justeru itu, tahap tekanan dan faktor-faktor yang mempengaruhinya sangat
penting untuk dikaji bagi mengelakkan lebih banyak perkara buruk yang melanda
institusi pendidikan negara ini.

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya, penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengkaji paras


tekanan kerja dan faktor-faktor yang menyebabkan tekanan kerja di kalangan guru-
guru SJK(C).

Objektif khusus ini adalah untuk mengkaji :

1.4.1 Mengenalpasti tahap tekanan kerja di kalangan guru-guru SJK(C) di


Wilayah Persekutuan.
1.4.2 Mengenalpasti tekanan kerja di kalangan guru-guru SJK(C) di Wilayah
Persekutuan bagi faktor karenah pelajar.
1.4.3 Mengenalpasti tekanan kerja di kalangan guru-guru SJK(C) di Wilayah
Persekutuan bagi faktor beban tugas.
1.4.4 Mengenalpasti tekanan kerja di kalangan guru-guru SJK(C) di Wilayah
Persekutuan bagi faktor kekangan masa.
1.4.5 Mengenalpasti tekanan kerja di kalangan guru-guru SJK(C) di Wilayah
Persekutuan bagi faktor penghargaan.
12

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian di atas, beberapa persoalan kajian telah dikemukakan.

1.5.1 Apakah tahap tekanan kerja di kalangan guru-guru SJK(C) di Wilayah


Persekutuan?
1.5.2 Apakah tahap tekanan kerja kepada guru-guru SJK(C) di Wilayah
Persekutuan bagi faktor karenah pelajar?
1.5.3 Apakah tahap tekanan kerja kepada guru-guru SJK(C) di Wilayah
Persekutuan bagi faktor beban tugas?
1.5.4 Apakah tahap tekanan kerja kepada guru-guru SJK(C) di Wilayah
Persekutuan bagi faktor kekangan masa?
1.5.5 Apakah tahap tekanan kerja kepada guru-guru SJK(C) di Wilayah
Persekutuan bagi faktor penghargaan?

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini mempunyai beberapa batasan. Pertama responden kajian ini hanya
terbatas kepada guru-guru tetap yang sedang mengajar SJK(C) di Bandar Kuala
Lumpur sahaja.

Kedua, responden kajian ini hanya terbatas kepada guru-guru tetap yang
mempunyai pengalaman mengajar selama sepuluh tahun ke atas.

Ketiga, dapatan kajian ini tidak digeneralisasi kepada seluruh warga


pendidikan dan juga tidak dirumuskan kepada semua guru di Malaysia. Ini
disebabkan faktor-faktor yang menyebabkan tekanan kerja guru adalah berbeza di
kalangan individu, sekolah dan kawasan.

Keempat, hasil dapatan kajian ini adalah bergantung kepada kejujuran dan
keikhlasan responden ketika menjawab soalan yang dikemukan. Sehubungan dengan
13

itu, pengkaji mengandaikan semua maklumat yang diberikan oleh responden adalah
tepat. Keesahan dan kebolehpercayaan kajian tersebut juga adalah bersandar kepada
andaian ini.

1.7 Kepentingan Kajian

Tujuan utama kajian ini ialah mengenalpasti akan faktor-faktor tekanan kerja
dan mengkaji paras tekanan kerja di kalangan guru-guru SJK(C) di Bandar Kuala
Lumpur. Diharapkan hasil kerja kajian ini dapat menjadi panduan berguna kepada
pihak-pihak tertentu.

1.7.1 Pentadbir Sekolah

Corak pentadbiran sesebuah sekolah juga mempengaruhi tekanan kerja yang


dialami oleh guru-guru, maka kajian yang dikendalikan ini dapat akan membantu
pihak pentadbir mempastikan golongan guru yang tertekan. Masalah kajian ini dapat
akan membantu pihak sekolah memberi pertimbangan kepada guru-guru.

1.7.2 Guru-guru

Tekanan juga amat membimbangkan golongan pendidik. Diharapkan kajian


ini akan menjadi panduan berguna bagi para guru yang memikul tanggungan berat
menyempurnakan beban tugasnya. Malahan diharapkan, guru-guru yang sering
tertekan dapat menjadi kajian ini sebagai panduan untuk mengelakkan penurunan
prestasi diri mereka. Diharapkan, dengan berpeluang membaca kajian ini guru-guru
SJK(C) berpeluang membebaskan diri mereka daripada tekanan dan memperlihatkan
khidmat cemerlang yang dapat memanfaatkan semua pihak.
14

Punca tekanan dan tahap tekanan kerja di kalangan guru SJK(C) di Bandar
Kuala Lumpur. Segala maklumat yang diperolehi daripada kajian ini mempunyai
kepentingan yang tersendiri di samping dapat memperbaiki kelemahan yang sedia
anda.

Oleh itu, diharap hasil kajian ini dapat meningkatkan kesedaran pihak
berkepentingan seperti pihak pentadbiran sekolah, Jabatan Pendidikan dan juga
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengadakan program dan aktiviti yang
dapat mengatasi masalah tekanan yang dihadapi.

Diharapkan juga hasil kajian ini dapat menambahkan literature kajian, yang
mendalam dan bidang akademik mengenai tekanan kerja guru di Malaysia. Ini dapat
membantu pengkaji-pengkaji yang lain menjalankan kajian dengan lebih sempurna
dan lengkap.

Akhir sekali diharap dapatan kajian ini dapat dijadikan sebahagian panduan
kepada semua pihak yang berkepentingan agar lebih peka dan dapat mengatur
strategi tertentu untuk mengurangkan tekanan kerja di kalangan guru-guru untuk
mengelakkan mengurangkan dan mengatasi tekanan kerja yang mereka hadapi.

1.8 Istilah dan Definisi

1.8.1 Tekanan

Perbuatan menekan, keadaan menekan atau keadaan tertekan; keadaan


menanggung beban yang sukar untuk ditanggung. ( Kamus Dewan, 1997 )

Tekanan (stres) di sini merupakan tindak balas fizikal, fisiogikal dan


psikologikal yang berlaku dalam diri seseorang yang berpunca atau diakibatkan oleh
suasana yang dihadapi yang dianggapkan sekarang mengancam atau mencabar.
15

Tekanan (stres) merupakan normal dalam kehidupan yang sentiasa dipenuhi


dengan kesibukan. Setiap orang akan mengalami tekanan (stres) dalam kehidupan
seharian mereka. Tekanan (stres) yang berterusan dan keterlaluan boleh
mengganggu kesihatan mental mahupun kesihatan fizikal. Marshall dan Cooper
(1976) tekanan (stres) berlaku jika setiap unit dan individu mendapat sedikit
kepercayaan. Jika tekanan (stres) tidak diatasi akan timbul banyak masalah
kesihatan dan penurunan aktiviti. Menurut Zayadi dalam Hasnah Ibrahim (1982),
Sikap yang positif akan memajukan diri mereka dan sikap yang negatif akan
menjadikan prestasinya merosot.

1.8.2 Tekanan Kerja Guru

Perbuatan menekan, keadaan menekan atau keadaan tertekan semasa berkerja


di sekolah, keadaan menanggung beban yang sukar untuk ditanggung (Kamus
Dewan, 1997).

Tekanan kerja guru di sini ialah pengalaman yang dialami oleh guru yang
berhubung dengan emosi yang tidak menyenangkan seperti keteganggan,
kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kedukacitaan yang disebabkan daripada
aspek-aspek berkerja sebagai seorang guru.

Tekanan kerja guru yang sering diketengahkan oleh Kyriacou dan Sutcliffe
(1978a) mendefinisikan sebagai tindak balas negatif seperti kemarahan atau tekanan
jiwa yang selalunya diikuti dengan kenaikan dengupan jantung atau pelepasan
horman “andrenocorticontrophic” ke dalam saluran darah. Tekanan kerja yang
dihadapi oleh guru boleh mengugat keyakinnan atau kesihatan diri mereka dan
melalui penyesuaian mekanisme yang diwujudkan ianya dapat mengurangkan
tekanan kerja yang dihadapi.

Definisi yang dibawa oleh Kyriacou & Sutcliffe (1978a) menilai tekanan
kerja guru negatif dan boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan guru tersebut.
Elemen yang penting adalah persepsi guru terhadap tekanan kerja berdasarkan
16

kepada tiga aspek iaitu: tidak berupaya menerima tekanan kerja yang dihadapi.
Mengalami kesusahan untuk menerima tekanan yang dihadapi atau kegagalan untuk
menerima tekanan kerja sehingga menjejaskan kesihatan mental atau fizikal mereka.

1.8.3 Punca-Punca Tekanan

Sebab yang menjadi asas, asal mula, pokok pangkal keadaan menekan.
(Kamus Dewan, 1997).

Punca-punca tekanan ialah perkara, suasana atau peristiwa yang boleh


menyebabkan gangguan kepada tingkah laku, psikologi dan fisiologikal seseorang
guru. Punca-punca tekanan yang dikaji ialah dari aspek faktor beban tugas, faktor
salah laku pelajar, faktor kekangan masa dan faktor penghargaan.

1.8.4 Karenah Pelajaran

Merujuk kepada segala perlakuan atau tingkah laku pelajar yang merangkumi
sikap, tabiat, kelakuan, minat, personaliti dan disiplin pelajar.

1.8.5 Beban Tugas

Jumlah tugas yang perlu dikerjakan oleh proses atau sistem dalam tempoh
tertentu. (Kamus Dewan, 1997 ).

Merujuk kepada tugas-tugas yang perlu dibuat oleh guru seperti membuat
persediakan mengajar, menyemak latihan pelajar, tanggungjawab terhadap pelajaran
pelajaran dan pentadbiran seperti mengisi borang dan lain-lain tanggungjawab yang
mesti dipikul oleh seseorang sepanjang dia berkerja.
17

1.8.6 Kekangan Masa

Merujuk kepada kekuraangan peralatan dan kemudahan pembelajaran,


keadaan bilik guru, kelas yang besar, tuntutan sukatan pelajaran, kurang masa untuk
membimbing pelajar dan masa rehat yang singkat.

1.8.7 Penghargaan

Perihal atau perbuatan menghargai, penghormatan, penyanjungan. (Kamus


Dewan, 1997).
Merujuk kepada penghargaan ke atas pengajaran yang baik, struktur kerjaya,
peluang naik pangkat, mempunyai suara dalam membuat keputusan dan persepsi
guru terhadap gaji yang diterima berbanding dengan tugas yang dipikul.

1.8.8 Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)

Sekolah yang bahasa pengantaranya adalah Bahasa Mandarin. Namun


begitu, sistem pengajaran dan pembelajaran masih mengikuti garis panduan yang
diberi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Perbezaan sekolah ini berbanding
sekolah rendah yang lain ialah bahasa pengantaranya, khususnya sekolah-sekolah
yang dikaji.

1.8.9 Kepuasan Kerja

Perihal puas, kelegaan, kenikmatan dan kesenangan. (Kamus Dewan, 1997).

Locks (1994) mendefinisikan kepuasan kerja sebagai terbalas emosi


seseorang individu sama ada ia mempunyai perasaan yang positif atau perasaan yang
negatif terhadap kerja yang dilakukan.
18

1.9 Kesimpulan

Dalam bab ini telah dihuraikan dan diterjemahkan perkara-perkara yang


menjadi asas dan hala tuju kajian ini, latar belakang kajian telah dihuraikan dengan
pernyataan masalah kajian, objektif kajian, persoalan kajian, batasan kajian,
kepentingan kajian, istilah dan kesimpulan.
BAB ll

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

Para pendidik yang berminat untuk mengkaji tekanan kerja guru telah
meningkat (Byrne,1998). Ini disebabkan tekanan di kalangan guru telah menjadi
satu isu yang agak penting dalam lapangan pendidik dan banyak peristiwa yang
berlaku menunjukkan paras tekanan yang tinggi dialami oleh mereka yang terlibat
dalam pendidikan (Esah,1997). Tekanan kerja amat mempengaruhi kehidupan dalam
profesion perguruan, terutamanya dalam perkembangan emosi pendidikan. Fortuna
(2001) menyatakan bahawa tekanan kerja boleh mempengaruhi kualiti pengajaran
guru dan seterusnya mempengaruhi pula produktiviti, prestasi dan kecekapan guru.
Tekanan kerja juga boleh dialami oleh individu yang boleh menyesuaikan diri
dengan alam pekerjaannya serta mempunyai kemahiran atau kepakaran kerja yang
lemah (Tang & Yueng, 1999). Manakala menurut Adam (1999), Leung, Siu dan
Spector (2000) petanda-petanda sumber tekanan yang lain adalah seperti harapan
yang tinggi, komitmen yang rendah, kepuasan kerja yang rendah, rendah estim diri
dan tidak berkemampuan berkerja dengan bersungguh-sungguh.

Ali Murut Sunbul (2003) pula menyatakan tekanan juga adalah berpunca dari
seseorang berasa putus asa dengan kerja-kerja di luar jangkaannya dan kurang
pengawalan personal dari pihak atasan. Manakala, Abdul Aziz Yusof (2003)
menyatakan tekanan akan timbul apabila berdepan dengan kerja yang terlalu banyak
untuk dilakukan, sebaliknya berdepan dengan masa yang terlalu singkat serta
disokong pula dengan sumber yang amat terhad.
20

2.2 Konsep Tekanan Kerja

Tekanan kerja ditakrifkan sebagai reaksi fisiologi dan psikologi yang berlaku
apabila seseorang khususnya pekerja mengalami fenomena ketidakstabilan atau
ketidakseimbangan di antara tahap permintaan yang dikenakan ke atas dirinya
dengan keupayaan untuk memenuhi permintaan berkenaan. (Ward,1987)

Bruno (1990) pula menegaskan bahawa tekanan merupakan satu sistem


desakan secara dalaman, organik atau psikologi yang menyebabkan keselesaan. Ini
bermakna apabila seseorang itu mengalami tekanan dalam sebarang pekerjaannya
sudah pastilah penumpuan terhadap sesuatu bidang perkerjaan itu tidak dapat
dilakukan.

Tekanan merupakan fenomena biasa yang dialami oleh manusia sama ada
pekerja atau bukan pekerja. Fortana dan Abouserie (1993) menegaskan bahawa
tekanan sebagai satu fenomena semula jadi dan tidak boleh dielakkan sekirannya
individu itu terlibat dalam kerja-kerja professional. Beliau juga menegaskan bahawa
tekanan menjadi beban semula jadi yang dialami oleh semua individu sama ada di
bawah atau melebihi tahap rangsangan yang diterima.

Menurut Murdock dan Scutte (1993) tekanan dapat didefinisikan sebagai


suatu fenomena dimana ketidakpadanan di antara persepsi tuntutan atau desakan
dengan persepsi keupayaan untuk menunaikannya telah berlaku. Dalam pada itu,
jika terdapatnya jurang persepsi sedemikian maka seseorang itu akan mengalami
tekanan.

Salvo, Lubers, Rossi dan Lewis (1994) menegaskan bahawa konsep tekanan
dalam pekerjaan dianggap sebagai satu aspek kritikal dan berpengaruhi ke atas
aspek-aspek yang lain seperti kesihatan.

Konsep tekanan juga didefinisikan oleh Lefton (1994) sebagai tindak balas
yang spesifik oleh organisma terhadap desakan sama ada desakan sebenar atau yang
21

dikhayalkan, iaitu tindak balas emosi di mana tekanan yang dialami oleh seseorang
tidak akan menjadi tekanan kepada orang lain.

Namun begitu, tekanan kerja juga boleh mempunyai perkaitan dengan


perbezaan sifat-sifat tertentu dalam sesuatu kumpulan tertentu dengan kumpulan
yang lain atau juga perubahan syarat-syarat tertentu dalam sesebuah organisasi atau
perbezaan yang bersifat secara individu.

Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002) menyatakan


bahawa terdapat banyak punca tekanan secara langsung atau tidak, yang mungkin
berpunca daripada individu itu sendiri atau melibatkan sekelompok manusia,
persekitaran, keluarga dan sebagainya. Beliau juga menegaskan tekanan mungkin
juga berpunca daripada kebosanan. Kebosanan pula terjadi kerana kita melalui rutin
hidup yang sama setiap hari, disamping kehidupan yang stereotaip tanpa raidah,
hiburan atau teman untuk berbicara.

Berdasarkan sorotan tentang definisi-definisi tekanan kerja maka jelaslah


bahawa tekanan kerja merupakan tindak balas fisiologi dan juga tindak balas
psikologi terhadap fenomena ketidakstabilan pelbagai aspek dalam diri seseorang
pekerja yang meliputi permintaan dan keupayaan yang perlu ditangani.

2.3 Punca-punca Tekanan (Stres)

Dalam dunia globalisasi hari ini pelbagai perubahan boleh berlaku dan ia
turut menimpa dunia pendidikan. Situasi perubahan ini semestinya menyebabkan
berlakunya stres ke atas guru. Gold & Rothh (1993) menyatakan bahawa salah satu
punca tekanan bagi guru-guru adalah perubahan. Oleh yang demikian guru-guru
perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan dan sentiasa berusaha untuk
menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek.

Punca stres atau dikenali sebagai “Stressor” adalah rangsangan yang


bertindak terhadap seseorang yang melebihi kebolehan seseorang itu mengawalnya.
22

Cara seseorang menganggap punca stres juga berbeza-beza di mana sesuatu peristiwa
boleh bertindak sebagai punca stres kepada individu A tetapi bukan kepada individu
B. (Noriah, 1994)

Kenneth (1996), dalam kajiannya terhadap pengetua di Tennessee, mendapat


kebanyakkan pengetua mengakui beban tugas mereka menyebabkan wujudnya stres.
78% responden mengakui tahap stres mereka berada pada tahap yang tinggi,
puncanya ialah tekanan perkerjaan sebanyak 70%.

2.4 Teori-teori Tekanan (Stres)

2.4.1 Antony, Pervew & Kacmar

Antony, Pervew & Kacmar (1993) dalam Matt Jarvis (2002) mendefinisikan stres
sebagai interaksi antara individu dengan dengan persekitaran yang digambarkan oleh
perubahan fizikal dan psikologi. Perubahan ini boleh memberi kesan positif dan
negatif. Kesan yang timbul dari stres ini telah menarik ramai pengkaji untuk
melihatnya dari pelbagai aspek. (Cox,T. 1980) telah membahagikan kesan stres ini
kepada tiga perspektif.

i. Penyelidik melihat stres sebagai akibat atau kesan dari sesuatu yang lain.
Ia dijalankan sebagai pembolehubah bersandar dalam kajian ini.
ii. Melihat stres sebagai pembolehubah bebas, ia menjadikan penggerak
seseorang atau menjadi punca kepada sesuatu yang lain. Penyelidik
dalam hal ini mengkaji kesan yang timbul akibat stres.
iii. Perspektif akhir pula penyelidik melihat stres sebagai satu psikologi yang
dinamik di mana stres dilihat oleh pengkaji sebagai faktor yang berada di
antara penyebab dan akibat dalam sesuatu situasi.
23

2.4.2 Teori Psikodinamik, Kognitif, Tingkah laku dan Biologikal

Menurt Mahmood Nazar (2000), beberapa teori telah dikemukakan yang


berkaitan dengan stres ini antaranya ialah teori stres dari sudut psikodinamik,
kognitif, tingkah laku dan biologikal.

a. Teori Psikodinamik

Seorang pakar psikoanalisia yang bernama Franz Alexender menyatakan


bahawa stres ini disebabkan oleh keteganggan emosi yang tertekan yang
terlibat dengan konflik kesedaran. (Lauzun 1963)

b. Teori Behaviurisme

Dari pandangan behaviurisme iaitu Skinner, seseorang yang menunjukkan


tingkah laku yang tertekan terhadap sesuatu rangsangan telah diteguhkan
masa lampau untuk memberi tindak balas tersebut. Lazarus (1996) pula
mencatatkan bahawa tingkah laku yang berkaitan dengan stres ini lebih
dipengaruhi oleh proses pembelajaran daripada pengaruh unsure mekanisme
naluri. Melalui proses peneguhan ke atas beberapa tingkah laku yang terpilih
seseorang itu boleh dibentuk untuk mengalami stres dari situasi tertentu.
Sebagai contoh, bagi seseorang yang mengalami stres di tempat kerja kerana
terlalu banyak berhadapan dengan permintaan atau perintah yang lain.
Keadaan ini adalah tertakluk kepada senang atau susah tingkah laku
seseorang itu dibentuk dan jikalau ia mudah, maka senanglah ia mengalami
tekanan.

c. Teori Kognitif

Lazarus & Folkman (1984) telah membicarakan tentang hal penilaian


kongnitif terhadap stres secara mendalam. Mereka mendefinisikan penilaian
kongnitif sebagai proses mengkategorikan sesuatu penemuan dan sebagai
aspek lain yang berkaitan dengannya dan mengkaitkannya dengan makna
24

yang ada pada kesihatan kendiri. Penilaian ini menumpukan perhatian


kepada mereka dan penilaian berlaku dalam keadaan sedar. Contohnya
seseorang pelajar tahu yang dia akan menghadapi tekanan jikalau ia
menduduki peperiksaan tanpa membuat persediaan terlebih dahulu.

d. Teori Tingkah laku dan Biologikal

Hans Selye (1974) ialah pakar psikologi yang banyak mengkaji fenomena
tekanan dan aspek biologi dan hasil-hasil penyelidikannya, beliau
mengutarakan satu teori yang menarik mengenainya. Beliau mendefinisikan
teori ini sebagai satu tindak balas yang tidak spesifik oleh tubuh terhadap
apa-apa rangsangan atau permintaan. Tindak balas ini yang menjadi
tumpuan. Hans Selye (1974) yang dikenali sebagai Sindrom Adaptasi Am
(GAS). Sindrom ini dikatakan Am kerana tidak tindak balas dihasilkan oleh
tubuh adalah sama kepada apa-apa bentuk rangsangan menyebabakan
tekanan. Sindrom ini mempunyai proses adaptasi kerana tubuh akan
merangsang satu bentuk pertahanan yang membantu untuk mengatasi
masalah. Ia dinamakan sindrom kerana Manifestasi reaksi adalah berkaitan
di antara satu sama lain.

Model ini adalah berdasarkan tiga tahap asas perkembangan yang berlaku
ketika stres iaitu tahap bersedia dan berjaga-jaga (Alarm Reaction), tahap
penentangan (Stage of Resistance) dan tahap kelesuan (Stage of Exhaustion).

Tahap Kelesuan

Tahap Penentangan

Tahap Bersedia
dan berjaga-jaga

Rajah 2.1: Model Tindak Balas Sindrom Penyesuaian Umum.

(Sumber: Selye, H.(1974). “Stress Without Distress”. New York: Harper and Row.)
25

Dalam tahap bersedia dan berjaga-jaga, ia berlaku pada kali pertama


kewujudan stres untuk satu jangka masa yang akan mempunyai tahap rintangan yang
lebih rendah dari tahap normal. Peningkatan pada gangguan di dalam perut dalam
jangka masa yang singkat akan menyebabkan peningkatan pada tekanan darah.
Seterusnya badan akan melarahkan sumber pertahanan untuk mempertahankan diri.
Sekiranya tindak balaspertahanan berjaya, keadaan kecemasan akan berjaya dan
badan akan kembali kepada normal. Kebanyakan stres jangka pendek diselesaikan
pada fasa ini. Stres jangka pendek seperti ini dikenali sebagai tindak balas stres kuat.

Dalam tahap penentangan, sekiranya stres berterusan disebabkan oleh faktor-


faktor di luar kawalan organisasi ataupun tindak balas pertama tidak berjaya, badan
akan mengalami satu perubahan pada skala penuh. Masalahnya badan akan
mengembangkan banyak sumber untuk mengatasi stres ini di mana umumnya
mengakibatkan pengurangan ketahanan. Tambahan pula, lebih banyak simptom
fizikal yang serius seperti ulser berlaku.

Dalam tahap kelesuan, sekiranya stres tidak juga dapat dikawal, badan akan
kehabisan tenaga dan mengalami keletihan. Ketahanan mungkin hilang kesemuanya
dan kematian akan berlaku selepas itu.
Pertahanan Badan

Arah Jangka Masa Bagi Sindrom Penyesuaian Umum

Rajah 2.2: Tindak Balas Terhadap Stres Berubah Mengikut Jangka Masa Penyebab
Stres
(Sumber: Selye, H.(1974). “Stress Without Distress”. New York: Harper and Row.)
26

2.4.3 Teori Hierarki Keperluan Maslow dan Teori Dua Faktor Herzberg

Teori ini sebenarnya adalah susulan dan hasil perubahsuaian daripada Teori
Hierarki Keperluan Maslow (1970) dan Teori Dua Faktor Herzberg (1972). Alderfer
(1969) telah menekankan bahawa manusia memerlukan keperluan yang boleh
disusun di dalam satu hierarki. Di dalam susunan itu terdapat satu lagi keperluan
yang perlu dipenuhi di antara keperluan aras terbawah dengan kepuasan aras
tertinggi untuk mendapatkan kepuasan kerja. Manakala keperluan “Growth” pula
adalah untuk memenuhi keperluan instrinsik seseorang individu itu seperti
perkembangan dan pertumbuhan dan memenuhi potensi individu berkenaan. Di
dalam pekerjaan keperluan ini tercapai apabila pekerja terlibat dengan pekerja yang
melibatkan pengguna kreativiti mereka.

Alderfer (1969) telah mengkelaskan tiga kategori keperluan yang perlu dipenuhi
iaitu keperluan “Existence”, keperluan “Relatedness” dan keperluan “Growth”.
Keperluan “Exiatence” adalah merangkumi segala bentuk keperluan psikologi
material seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Dalam perkerjaan pula,
keselamatan kerja, gaji dan kemudahan. Keperluan “Relatedness” pula meliputi
hubungan peribadi dengan orang lain termasuklah rakan-rakan sekerja, keluarga
penyelia dan orang bawahan. Alderfer menegaskan bahawa keperluan ini dapat
diberi kepuasan dengan menghilangkan rasa marah dan permusuhan tetapi perlu
menyemai perhubungan yang mesra dengan orang lain.

2.5 Model-model Tekanan (Stres)

2.5.1 Model Stres – Cooper (1988)

Rajah 2.3 menunjukkan model stres Cooper.al (1979) telah menyatakan


bahawa stres adalah sebarang kuasa yang meletakkan faktor psikologikal dan fizikal
melampaui tahap keupayaan individu. Ini bermaksud halangan yang timbul akan
27

mengakibatkan tekanan. Sehubungan dengan itu, setiap individu mempunyai


keupayaan dan pendekatan yang berbeza dan bergantung kepada jenis pesonaliti
serta mekanisme daya tindak yang digunakan. Sekiranya tekanan gagal ditangani,
maka ia akan menimbulkan masalah dan berkemungkinan individu tersebut akan
mengalami tekanan yang terus dan berlarutan. Beliau telah menyatakan bahawa,
setiap individu kebanyakan cuba menjaga emosi, pemikiran dan hubungan dengan
persekitaran agar mereka selesa.

Adjustment
Steady Threat Stress processes, Success
state coping

Steady Threat Stress Failure Continued


state to copes stress

Rajah 2.3 : Model Stres Cooper (1988)

(Sumber: Cooper et.al., (1988). “Living With Stress”. United State: Penguin Books.)

2.5.2 Model Stres Atkinson (1988)

Atkinson (1988), stres didefinisikan sebagai permintaan berlebihan yang


melampaui kebolehan seseorang individu. Mempunyai kerja yang banyak dan
ketidakcukupan masa adalah masalah yang biasa. Permintaan daripada pelbagai
sumber akan mendatangkan tekanan. Tekanan dikategorikan kepada dua iaitu
tekanan luaran dan tekanan dalaman. Tekanan luaran iaitu persekitaran fizikal
(seperti piawai yang terlalu tinggi) dan emosi (seperti tidak mahu meminta bantuan).
28

Keluarga (suami/ isteri, Perkerjaan Orang lain


anak, orang tua, saudara (rakan/ jiran)
mara)
Kegiatan waktu Beban berlebihan Kegiatan sosial

Ciri-ciri pekerjaan (misalnya


batasan waktu, kerja yang
berulang)
Lingkungan sosial/
Lingkungan Fizikal budaya (misalnya
(misalnya kebisingan/ persaingan)
kesesakan) Tekanan Luaran

Tekanan

Rajah 2.4 : Model Stres Atkinson (1988).


Fizikal (misalnya Mosi (misalnya tidak
keadaan kesihatan) Tekanan Dalamam mahu meminta
bantuan)

Kongnitif (misalnya
standard yang terlalu Perlakuan (misalnya
tinggi berbeza kerja yang tidak
efisien)

Rajah 2.4 : Model Stres Atkinson (1988).

(Sumber: Atkinson J.M.(1988). “Coping With Stress At Work”. England: Thorsons


Publishers Limited.)

2.5.3 Model Punca Tekanan Kerja (Jaafar Muhamad, 2003)

Model ini dibentuk oleh Jaafar Muhamad (2003). Model ini adalah model
yang digunakan untuk mengenalpasti tiga kumpulan faktor yang berpotensi untuk
mewujudkan tekanan. Ketiga-tiga faktor ini ialah persekitaran, faktor organisasi dan
faktor individu.
29

Faktor Persekitaran Faktor Organisasi Faktor Personal


- Ketidakpastian - Stuktur organisasi - bentuk kelakuan
ekonomi - Perubahan organisasi - perubahan dalam
- Ketidakpastian politik - Politik organisasi kehidupan
- Ketidakpastian - Kekaburan peranan - konflik peranan
teknologi - Berlebihan beban kerja
- Kebosanan kerja
- Kekurangan sokongan
kumpulan

Rajah 2.5 : Model Punca Tekanan Kerja (Jaafar Muhamad, 2003)

(Sumber : Jaafar Muhammad, 2003. Kelakuan Organisasi)

2.5.3.1 Faktor Persekitaran

Ketidaktentuan persekitaran akan memberi kesan terhadap rekabentuk


struktur organisasi, ia turut memberi kesan terhadap tingkat tekanan di kalangan
pekerja di dalam organisasi tersebut. Faktor-faktor persekitaran terdiri daripada
ketidakpastian ekonomi, ketidakpastian politik dan ketidakpastian teknologi.

i. Ketidakpastian Ekonomi

Perubahan di dalam arena perniagaan boleh mewujudkan ketidakpastian


ekonomi. Apabila ekonomi meleset, masyarakat menjadi bertambah bimbang
terhadap kehidupan mereka. Kadangkala kemerosotan atau kemelesesatan yang
kecil sahaja boleh meningkat tahap tekanan. Mengikut kebiasaannya apabila
ekonomi meleset akan berlaku pembuangan tekanan kerja, ataupun sekurang-
kurangnya berlaku penurunan gaji dan ganjaran.
30

ii. Ketidakpastian Politik

Ketidakpastian politik tidak berkecenderungan untuk mewujudkan tekanan di


kalangan pekerja di Malaysia berbanding di negara-negara lain seperti di Iran, di
Nicaragua dan juga di India. Malaysia mempunyai sistem politik yang stabil.
Namun begitu, apa yang nyata ialah ancaman dalam sistem politik dan perubahan
dalam struktur pemerintahan negara boleh menjadi rangsangan kepada tekanan.
Keadaan politik yang tidak menentu akan menyebabkan pekerja berasa bimbang dan
tidak selamat.

iii. Ketidakpastian Teknologi

Inovasi yang baru menjadikan kaedah dan pengalaman para pekerja


ketinggalan zaman dan tidak sesuai digunakan lagi bagi waktu itu. Perkembangan
sistem komputer, robotik, automasi dan sistem maklumat dan telekomunikasi
mempercepatkan inovasi ini berlaku dan seterusnya menjadi ancaman kepada pekerja
kerana ia boleh meningkatkan tekanan pada diri mereka.

2.5.3.2 Faktor Organisasi

Tidak ada pengecualian terhadap faktor-faktor yang boleh menyebabkan


tekanan di dalam organisasi. Antara faktor-faktor dalam organisasi yang menjadi
punca tekanan ialah struktur organisasi, perubahan organisasi, politik organisasi,
kekaburan peranan, berlebihan beban kerja, kebosanan kerja dan kekurangan
sokongan kumpulan.

i. Struktur Organisasi

Ini merujuk kepada penyusunan dan perhubungan yang sistematik antara


jabatan dan kedudukan seseorang dalam organisasi. Individu pada peringkat
pengurusan mungkin akan tertekan dengan persaingan yang hebat, perebutan syer
pasaran baru, permintaan pengguna yang menurun, peraturan baru oleh kerajaan
31

yang mengikat jualan keluaran firma dan sebagainya. Begitu juga bagi individu I
peringkat pertengahan mungkin tertekan oleh arahan dan pihak atasan, oleh aduan-
aduan peringkat bawahan, mempunyai kakitangan yang kurang mahir dan cekap.
Kekurangan kuasa dalam perbuatan keputusan organisasi turut menyebabkan
seseorang merasa kurang berkesan dalam menjalankan sesuatu tugas. Jika individu
berada di peringkat bawahan pula mungkin tertekan oleh dasar dan peraturan
organisasi yang terlalu banyak dan mengelirukan.

ii. Perubahan Organisasi

Tekanan dan perubahan organisasi sememangnya berkait rapat. Perubahan


organisasi dari segi kebudayaan, tekanan dan dasar organisasi boleh memecah
belahkan aliran kerja dan perhubungan antara pekerja. Tekanan akan timbul akibat
sesuatu perubahan kerana setiap individu mempunyai keperluan dan kehendak yang
berbeza. Tekanan ini menjadi lebih serius apabila perubahan itu dibuat tanpa
persetujuan pekerja yang terlibat.

iii. Politik Organisasi

Politik dalam organisasi adalah satu aspek penting. Kebolehan seseorang


memainkan politik akan menentukan kedudukan di hieraki pengurusan. Tindakan ini
mungkin bercanggah dengan moral dan pegangan individu dan sekiranya keadaan ini
berlanjutan, individu berkenaan akan menghadapi tekanan dari semasa ke semasa.

iv. Kekaburan Peranan

Kekaburan Peranan dalam organisasi didefinisikan sebagai objektif yang


tidak jelas dan tanggungjawab kerja. Beech (1982) menyuarakan pendapat bahawa
kekaburan peranan wujud apabila seseorang itu lambat dan tidak menerima sebarang
maklum balas tentang prestasi kerjanya atau tidak pasti akan ganjaran yang diterima
terhadap prestasi kerjanya atau tidak pasti akan ganjaran yang diterimanya.
32

Jaafar Muhammad (2003) menyatakan berdasarkan kajian yang dilakukan


menunjukkan bahawa orang yang mengalami kekaburan peranan akan mengalami
kepuasan kerja yang rendah, tekanan kerja yang tinggi dan mempunyai perasaan
bahawa dirinya tidak berguna secara tidak langsung keyakinan dirinya turut merosot.

v. Berlebihan Beban Kerja

Beban kerja yang berlebihan boleh menyebabkan pekerja menjadi resah dan
bingung kerana mereka khuatir atau ragu sekiranya kerja yang diarahkan tidak dapat
disiapkan mengikut masa atau kualiti yang diharapkan. Seringkali kerja yang
berlebihan juga boleh membawa kepada kesilapan. Jika ini juga berlaku dan
berlarutan, pekerja berkenaan akan merasa tertekan, mudah marah atau merempan.

Sanders (1992) menegaskan bahawa beban kerja dalam sesuatu bidang


pekerjaan yang ditanggung oleh sesuatu pekerja yang bersifat keterlaluan boleh
membawa kepada kesan negatif sama ada kepada individu sebagai pekerja itu sendiri
mahupun kepada organisasi di mana mereka berkerja.

vi. Kebosanan Kerja

Pekerja-pekerja yang melaporkan kebosanan dan ketidakpuasan yang paling


tinggi terhadap beban kerja mereka adalah pekerja barisan pengeluaran. Tanda-tanda
kelakuan kerja yang ditunjukkan ialah peningkatan diri dari segi kebimbangan,
kemurungan dan ketidakselesaan. Pekerja-pekerja yang menunjukkan darjah
kebosanan yang tinggi dalam pekerjaan, besar kemungkinan akan merasakan bahawa
kemahuan dan keupayaan mereka tidak digunakan dengan sepenuhnya dan
menganggap kerja mereka sebagai kurang kompleks atau rutin yang tidak mencabar.

vii. Kurang Sokongan Kumpulan

Sokongan sosial wujud apabila seseorang itu mempunyai perhubungan


dengan satu atau lebih orang lain. Perhubungan ini merupakan satu interaksi
33

berperasaan positif, saling memahami dan sering menasihat dan menggalakkan


antara satu sama lain. Ini menandakan sokongan orang lain terhadapnya sama ada
secara individu ataupun kumpulan. Tanpa sokongan dari kawan-kawan atau
kumpulan seseorang itu merasa terasing dan rendah hati dan seterusnya boleh
membawa kepada kekecewaan dan tekanan dalam diri mereka.

2.5.3.3 Faktor Personal

Jaafar Muhamad (2003) kebanyakan individu hanya bekerja 45 jam


seminggu. Masa selebihnya (123 jam) dihabiskan untuk berhubungan dengan
masyarakat sekitar. Segala masalah yang dialami pada waktu ini berkemungkinan
akan dibawa ke tempat kerja. Antara faktor individu utama yang dianggap personal
meliputi faktor bentuk kelakuan, perubahan dalam kehidupan dan konflik peranan.

i. Bentuk Kelakuan

Terdapat dua jenis bentuk kelakuan individu iaitu kelakuan jenis bentuk A
dan kelakuan bentuk jenis B. Kelakuan bentuk atau jenis A mula dikaji dalam tahun
1970 an dan 1980 an. Ia adalah satu penilaian tahap yang paling kerap digunakan.
Kelakuan individu jenis A biasanya amat dikuasai oleh keupayaan menguasai masa.
Mereka cuba menyiapkan tugas yang banyak dalam masa yang singkat. Antara
kelakuan jenis A mempunyai ciri-ciri bentuk :

- Cuba dilakukan dalam masa secepat yang boleh terutamanya bagi kerja
yang rutin.
- Tidak sabar untuk menunggu sesuatu kerja hingga selesai.
- Biasanya ia akan bertanya dari masa ke masa sama ada kerja itu sudah
selesai atau tidak.
- Sentiasa berfikir atau cuba menyelesaikan dua atau lebih perkara
serentak.
- Tidak dapat memanfaatkan masa lapang.
- Menilai sesuatu kerjayaan dari segi kualiti.
34

Berlawanan dengan kelakuan jenis A ialah kelakuan jenis B. Individu jenis B


tidak menjadi masa yang singkat sebagai pengukur kejayaan mereka. Antara
kelakuan jenis B yang agak ketara ialah:

- Tidak tergopah gapah menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah.


- Tidak merasa perlu menonjolkan pencapaian yang diperolehi melainkan ia
benar-benar perlu dilakukan.
- Suka bersukan dan bersantai untuk merehatkan badan.
- Boleh berehat tanpa rasa bersalah.

Dari kajian yang terbaru, penyelidik mendapati bahawa kelakuan orang dari
jenis A lebih cenderung untuk mengalami tekanan semasa dan di luar waktu kerja.
Secara lebih spesifik lagi, jenis A lebih berisiko untuk mendapat penyakit jantung
atau darah tinggi. Mereka mempunyai komponen marah yang kronik, berperasangka
dan tidak amanah. Namun begitu, sikap gila kerja, sikap terburu-buru atau
bersemangat berlumba-lumba. Kebaikannya ialah orang seperti inilah yang selalu
berjaya dalam kerjayaannya.

ii. Perubahan Dalam Kehidupan

Peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseorang mungkin


membawa tekanan kerja. Keadaan ini mempengaruhi prestasi dalam kerja dan
selanjutnya menjejaskan prestasi organisasi.

Hatta Sidi, Ruzanna Zam Zam dan Muhamed Hatta Shaharom (2003)
menyatakan bahawa semakin seseorang itu meningkat usia, kemampuannya untuk
bertindak balas terhadap stres akan lebih sukar. Proses ketuaan boleh melemahkan
sistem otak yang bertindak balas terhadap stres dan menjadi kurang berkesan.

iii. Konflik Peranan

Konflik peranan timbul apabila seseorang pekerja diberi arahan yang


bertentangan dengan pihak atasan. Konflik boleh wujud apabila norma kumpulan
35

yang tidak rasmi bercanggah dengan kehendak rasmi organisasi. Keadaan ini boleh
menjadi satu tekanan kepada individu kerana mereka berhadapan dengan situasi yang
mengelirukan.

2.5.4 Model Tekanan Kerja Guru (Kyriacou dan Sutcliffe, 1978)

Model ini dibentuk oleh Kyriacou dan Sutcliffe(1978), dengan berpegang


kepada konsep tekanan kerja guru sebagai satu sidrom gerak balas terhadap kesan
negatif seperti kemarahan atau kemurungan guru yang biasanya disertai oleh potensi
perubahan pathogenic psychological dan ‘biochemical’ yang berpunca daripada
aspek pekerja guru dan perantara yang dipersepsikan sebagai mendatangkan
ancaman terhadap harga diri atau kesempurnaan diri guru dan gaya tindak untuk
mengawal atau menangani ancaman akan digiatkan untuk mengurangkan sesuatu
ancaman yang dipersepsikan (Mokhtar,1998).

7
Ciri-ciri individu Guru (d)
Biograti
Personaliti
Keperluan yang tinggi
Kepercayaan mempunyai kebolehan
untuk bertemu atau mengatasi tuntutan
Sistem nilai sikap

1 2 3 4 5 6
Potensi Penilaian Stres Mengatasi Guru stres Simpton
stres Ancaman sebenar mekanisme kesan negatif rumit
Fizikal kepada mengurankan Tindak balas Koronari
Psikologi kesejahtera anggapan dikaitkan: Psikomatik
an harga ancaman Psikologi Mental
diri Fisiologi
Tingkah laku
(a)

8
Potensi bukan
pekerjaan stres

Rajah 2.6 : Model Tekanan Kerja Guru oleh Kyriacou dan Sutcliffe.
(Sumber : Kyriacou dan Sutcliffe, 1978)
36

Model ini telah membezakan punca tekanan kerja berpotensi (1) daripada
punca tekanan kerja sebenar (3). Punca tekanan kerja berpotensi adalah aspek-aspek
objektif kerja guru seperti beban tugas yang banyak dan keadaan bising yang
memungkinkan tekanan berlaku (5). Punca tekanan kerja berpotensi hanya akan
menyebabkan tekanan guru jika ia ditanggap oleh guru sebagai ancaman kepada
harga diri dan kesejahteraan dirinya (2). Taksiran oleh guru tentang permintaan atau
tuntutan yang dibuat kepada dirinya bergantung kepada interaksi antara ciri-ciri
individu guru (7) dan tanggapan guru itu terhadap tuntutan kepada dirinya.

Punca tekanan kerja berpotensi yang telah ditaksir sebagai mempunyai


ancaman dipanggil punca tekanan kerja sebenar (3). Punca tekanan kerja sebenar
merupakan satu subset punca tekanan kerja berpotensi. Dengan kata lain, punca
tekanan kerja sebenar masih wujud dalam persekitaran guru tetapi ditanggap secara
berlainan dari lebihan set punca tekanan kerja berpotensi yang lain.

Mekanisme daya tindak (4) diperkenakan untuk menangani punca tekanan


kerja sebenarnya oleh individu. Sebahagian daripadanya ditentukan oleh ciri-ciri
individu guru. Tekanan guru juga adalah berkaitan secara langsung dengan tahap
ketidakupayaan mekanisme daya tindak (4) menangani punca tekanan sebenar (3)
dan tahap guru mentaksir ancaman (2). Di sini, tekanan guru dilihat sebagai respon
terhadap pengaruh negatif seperti kemarahan dan kemurungan yang biasanya diikuti
oleh keadaan lain yang dianggapkan sebagai respon berkaitan dengan tekanan guru
(5). Respon-respon ini boleh berupa perubahan psikologi seperti ketidakpuasan
kerja, perubahan fisiologi seperti tekanan darah tinggi atau perubahan tingkah laku
seperti tidak hadir bekerja.

Model tekanan guru ini secara tidak langsung menjejaskan bahawa tekanan
guru adalah hasil daripada tanggapan atau taksiran guru terhadap tuntutan-tuntutan
yang dibuat terhadap dirinya, ketidakupayaan atau kesukaran memenuhi tuntutan-
tuntutan tersebut dan kegagalan memenuhinya merupakan atau ancaman kepada
kesejahteraan mental dan fizikalnya.
37

Maka, secara tidak langsung dapat dinyatakan di sini, punca tekanan kerja
dengan guru adalah bergantung kepada sejauh mana penafsiran guru terhadap
ancaman ke atas dirinya.

2.5.5 Model Tekanan Guru ( Boyle, Borg, Falzon & Baglioni, 1995)

Model ini dibentuk oleh Boyle, Borg, Falzon & Baglioni. Model dibina
berpandukan kepada lima sumber yang mempengaruhi tekanan di kalangan guru.
Lima sumber yang dimaksudkan ialah beban kerja, karenah pelajar, pengiktirafan
professional, sumber pengajaran dan perhubungan dengan rakan sekerja yang kurang
baik.

Rajah 2.7 : Menunjukkan Model Tekanan Guru (Boyle, Borg, Falzon & Baglioni,
1995).

Beban Kerja (Workload)

Karenah Pelajar (Student isbehaviour)

Pengiktirafan Professional
(Professional Recognition) Tekanan Stres

Sumber Pengajaran
(Classroom Resources)

Perhubungan Kurang Baik Dengan


Rakan Sekerja
(Poor Colleague Relations)

Rajah 2.7 : Model Tekanan Guru

(Sumber : Boyle, Borg, Falzon & Baglioni , 1995)


38

Berdasarkan Model Tekanan Guru, kelima-lima faktor: bebanan kerja


(Workload), karenah pelajar (Student Misbehavior), pengiktiafan professional
(Professional Recognition), sumber pengajaran (Classroom Resources), perhubungan
kurang baik dengan rakan sekerja (Poor Colleague Relations) yang merupakan faktor
utama yang menyebabkan tekanan kepada guru. Walau bagaimanapun dalam kajian
yang mereka lakukan berpendapat bahawa di antara lima faktor utama ini, bebanan
kerja dan salah laku pelajar menjadi penyumbang utama terhadap tekanan yang
dialami oleh guru berkenaan dan diikuti oleh faktor-faktor lain. Berdasarkan kepada
kajian-kajian yang lepas, didapati bahawa wujudnya pelbagai faktor yang menjadi
faktor penyumbang kepada tekanan di tempat kerja.

2.6 Kajian-kajian Tekanan (Stres) di Luar Negara

Kajian mengenai stres telah banyak dibuat oleh penyelidik-penyelidik di luar


negara. Menurut Kyriacou dan Sutchiffe dalam Nor’azian (1995) di England terdapat
29.3 % hingga 30.7% mendapati guru-guru telah mengalami stres. Seterusnya
kajiannya mendapati bahawa tahap stres di kalangan guru-guru perempuan adalah
lebih tinggi daripada guru-guru lelaki.

Dapatan kajian telah dibuat ke atas 650 orang guru di Great Britain, Dunham
(1992) menyatakan stres bagi guru-guru adalah serius dan bukan hanya penyakit
jangka pendek ketika di peringkat awal dalam profesion perguruan malahan menjadi
gelaja yang berterusan sepanjang kerjaya mereka.

Otta (1986), Martin Cole and Stephen Walken (1989) telah menyatakan
masalah tekanan kerja guru boleh dikaitkan dengan faktor ketidakcukupan masa
untuk menyempurnakan kerja mereka di sekolah, sikap pelajar-pelajar, tuntutan
kurikulum, penghargaan professional yang rendah, persekitaran sekolah serta sikap
dan pandangan masyarakat terhadap tugas dan kerjaya guru. Hubungan yang sukar
dengan pelajar yang bermasalah dan kekangan masa menyebabkan tekanan yang
lebih tinggi kepada guru.
39

Menurut kajian Pierce & Moly (1990) punca-punca tekanan guru disebabkan
terlalu banyak kerja, tekanan masa, masalah dengan pelajar, konflik antara rakan
sekerja, tahap bising yang tinggi, kesesakkan bilik darjah dan bilik guru, kurang
penghargaan dan sikap negatif terhadap iktisas penghargaan. Manakala mengikut
kajian Brown & Ralph (1991) punca tekanan yang dihadapi adalah pengenalan
kurikulum yang baru, kelas yang tidak berdisiplin, keganasan pelajar, tekanan ibu
bapa dan banyak kerja, pengurusan sekolah yang tidak baik.

Terdapat satu perlima daripada 257 orang guru dalam sekolah campuran
komprehensif di England mengkelaskan profesion perguruan adalah sangat tertekan
atau stres yang ekstrim. Setahun kemudian satu soal selidik telah dijalankan ke atas
218 orang guru di sekolah yang sama mendapati 23.4 peratus menyatakan profesion
perguruan sangat tertekan atau mengalami stres yang ekstrim (Kyriacou dan
Sutcliffe 1979).

Capel (1987) dalam kajian ke atas 78 orang guru daripada empat buah
sekolah menengah di Britain mendapati 81 peratus stres paras rendah dan 19 peratus
paras sederhana. Dapatan ini berlawanan dengan dapatan kajian Kyriacou dan
Sutcliffe di atas.

Kajian Lim-Ng Ai Tee (1990) ke atas sampel seramai 380 orang guru di
sembilan buah sekolah menengah kerajaan di Singapura. Hasil kerja tersebut
mendapati kurang daripada 1/3 di antara mereka mengalami stres tang tinggi. Di
antara tiga aspek yang dikaji adalah tingkahlaku pelajar, tekanan masa dan konflik
peranan. Aspek tekanan masa merupakan faktor yang dominan mempengaruhi stres
guru-guru tersebut.

Menurut (Ferrando,1993: Lee-Wu Zan dan Kyle,1994: dalam Ayob


Salleh,1998) faktor demografi adalah merujuk kepada informasi yang berkaitan
dengan biografikal seperti umur, jantina status perkahwinan, bilangan anak,
pengalaman kerja, jawatan dan sebagainya. Menurut Sullivan dalam Ayob
Salleh(1998) mendapati tidak terdapat perbezaan tahap stres di antara ahli fakulti,
pentadbir dan staf sokongan di Universiti Midwestern dari segi jantina.
40

Manakala mengikut kajian yang dijalankan di Institusi Stres di New York


mendapati bahawa 90 peratus lelaki dewasa mengalami stres yang serius sekurang-
kurangnya dua kali seminggu.

Kajian tentang tekanan kerja guru, Dua (1994) menunjukkan bahawa faktor
seperti bebanan kerja atau suasana kerja kurang memuaskan, faktor peranan dalam
organisasi, faktor perkembangan kerjaya, faktor hubunga personal, faktor budaya
organisasi dan faktor penghargaan.

Seterusnya, Boyle, Borg, Falzon dan Baglioni (1995) juga telah menyatakan
terdapat lima faktor utama yang telah menyumbang kepada tekanan guru iaitu: salah
laku pelajar, kekangan masa dan sumber, keperluan penghargaan, hubungan antara
personal yang kurang baik dan bebanan tugas.

Dalam keadaan kehidupan sekarang yang memerlukan kos sara hidup yang
tinggi sudah pasti gaji adalah merupakan satu perkara penting dalam kerjaya
seseorang. Menurut Coroline (1987) telah menemubual 50 orang guru sekolah
menengah dan rendah untuk meninjau mengapakah mereka telah menukar profesion
mereka. Intrisari dapatannya hampir sama atau kecewa kerana kurangnya peluang-
peluang dan imbuhan dari segi kewangan. Di samping itu mereka tidak mempunyai
cukup masa, kekurangan sumber-sumber untuk menjalankan tugas sebab utamanya
adalah disebabkan kurang jaminan masa depan, gaji yang tidak memuaskan dan
kecewa dengan sikap kerajaan terhadap pendidikan.

Menurut Kinder dalam Mohd. Sazali Nordin (1997) juga mendapati tempoh
perkhidmatan memberi kesan signifikan tehadap punca-punca stres dikalangan
pentadbir sekolah menengah di Missouri. Menurut Morris dalam Sazali Nordin
(1997) juga melaporkan pengalaman kerja kurang daripada tiga tahun mengalami
stres yang paling rendah kerana mereka mempunyai daya untuk bersaing mengikut
perubahan. Bagaimanapun terdapat percanggahan dalam kajian Sullivan dalam Mohd
Sazali Nordin (1997) melaporkan tiada perbezaan tahap stres di kalangan pensyarah
fakulti, pentadbir dan staf sokongan di Universiti Mid-Western dari segi pengalaman
kerja.
41

Ferrendo dalam Mohd. Sazali Nordin (1997) mendapati tahap umur 30


hingga 39 mengalami stres yang tinggi. Kyriacou dan Sutcliffe dalam Ridzuan
(1995) mendapati guru yang berumur lebih daripada 44 tahun adalah tinggi
mengalami stres kerana gaji yang tidak memuaskan serta kurang peluang kenaikan
pangkat. Diikuti guru yang berumur 30 hingga 40 tahun manakala guru berusia di
bawah 30 tahun mengalami stres yang rendah.

Litt dan Turk dalam Ayob Salleh (1998) dalam kajian mereka ke atas guru-
guru sekolah menengah di Amerika Syarikat mendapat konflik peranan dan
penyeliaan mempunyai hubungan yang signifikan dengan stres kepuasan kerja
berkait dengan iklim sekolah yang diwujudkan pengetua. Guru-guru lebih selesa
apabila pengetua mereka mengambil berat soal kebajikan serta mengikut
perkembangan profesion mereka.

Menurut Russell Joseph (2000), antara faktor-faktor yang menyebabkan


tekanan kerja guru termasuklah faktor tingkah laku pelajar, ibu bapa pelajar,
organisasi yang sangat longgar dan tidak teratur, penyeliaan proses pengajaran dan
pembelajaran, hubungan yang buruk antara personal dan masyarakat, status guru di
mata masyarakat dan saiz kelas yang besar. Dinyatakan juga, di antara faktor yang
paling ketara menyebabkan tekanan kerja ialah bebanan mengajar serta kawalan
terhadap murid di sekolah.

Gold & Roth (1993) faktor perubahan dalam kurikulum pendidikan yang
pesat sebagai penyumbang tekanan kepada guru. Pendapat ini disokong oleh
Murphy dan Others (2000) dan juga menyatakan bahawa salah satu punca tekanan
bagi guru-guru adalah perubahan.

Kajian Kyriacou dan Sutcliffe dalam Nor’Azian (1995) mendapati punca


stres yang mempunyai nilai min yang tinggi adalah sikap buruk pelajar dengan kerja
sekolah, cuba mengekalkan nilai standard sekolah serta menggantikan guru yang
tidak hadir. Beech dalam Ahmad Azhari (1998), menyatakan bahawa seseorang itu
melakukan terlalu banyak kerja dalam satu-satu masa dengan suasana yang tidak
selesa akan berlakulah lebihan beban kerja. Beliau menambah lagi akan wujud stres
dalam diri individu apabila sesuatu kerja itu memerlukan tempoh masa yang tertentu.
42

Litt dan Turk dalam Mohd.Sazali Nordin (1997) dalam kajian mereka mendapati
punca stres di kalangan guru adalah banyak tugas perkeranian.

2.7 Kajian-kajian Tekanan (Stres) Dalam Negara

Kajian-kajian banyak dibuat di institusi-institusi pengajian tinggi dalam


bentuk tesis. Kajian Siti Raziah (1982) terhadap seramai 71 orang guru yang
mengajar di beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan Stres dilihat dari segi
jantina, pengalaman mengajar, umur dan kelulusan akademik. Dapatan kajiannya
mendapati guru-guru tersebut hanya mengalami stres yang rendah dan sederhana
sahaja. Faktor-faktor yang dominan dengan stres adalah seperti bebanan kerja,
waktu mengajar yang terlalu banyak, menggantikan guru-guru yang tidak hadir dan
pengalaman mengajar lebih daripada tiga tahun akan lebih mengalami stres daripada
mereka yang berpengalaman lebih daripada tiga tahun.

Hasnah Ibrahim dalam Ahmad Azhari (1998) merumuskan beberapa faktor


yang boleh menimbulkan stres di kalangan guru-guru. Satu daripadanya beban tugas
yang berat dan banyak serta memerlukan banyak masa. Ia juga memberi kesan
kepada urusan-urusan lain. Di sekolah sering kedengaran rungutan guru-guru yang
terpaksa menghabiskan masa yang banyak bukan kepada tugas mengajar tetapi
banyak tugas perkeranian seperti sedia kertas kerja, isi rekod prestasi, rekod
kesihatan, kempen-kempen, pertandingan, kutipan derma dan sebagainya.

Dalam kajian Siti Rohani Md. Sharif (1991), beliau mendapati guru
mengalami tekanan berhubung dengan empat perkara iaitu: faktor murid, bebanan
tugas, tekanan masa, keadaan kerja dan suasana sekolah. Tekanan yang paling tinggi
adalah disebabkan oleh faktor-faktor murid. Di antara sebabnya ialah sikap, minat
dan kerja murid yang tidak memuaskan. Guru juga didapti mengalami tekanan
apabila keadaan kerjaya melibatkan bilangan murid yang ramai dan kekurangan
kemudahan mengajar, masalah disiplin dan hukuman yang boleh dikenakan kepada
pelajar serta peraturan yang terdapat di sekolah juga menjadi faktor menyumbang
tekanan kepada guru.
43

Rohani (1991) mendapati guru-guru perempuan lebih mengalami stres


daripada guru-guru lelaki dalam aspek tingkahlaku pelajar dan beban tugas.
Manakala guru-guru lelaki pula mengatakan mereka lebih tertekan dengan keadaan
kerja dan suasana sekolah berbanding guru-guru perempuan. Kiwamuddin (1996)
menyatakan bahawa 84.4 peratus guru lelaki sedang menyambung pelajaran di UTM
mempunyai tahap stres yang tinggi berbanding 5.4 peratus guru-guru perempuan.

Menurut Noran Fauzan dan Ahmad Mohd Zan dalam Ahmad Azhari (1998)
seseorang guru akan mengalami konflik peranan sebab birokrasi, sistem organisasi
dan gaya kepimpinan sekolah. Siti Rohani (1991) pula mendapati faktor yang
memberi stres kepada guru-guru adalah beban tugas, tekanan masa, tingkah laku
pelajar dan suasana kerja di sekolah. Faktor tingkah laku pelajar mencatat 40 peratus
guru menghadapi stres tahap sederhana 30 peratus tahap tinggi.

Mohd. Hasidin (1995) menjalankan kajian terhadap 64 orang guru,


kakitangan Pusat Sumber Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah di negeri Johor
mengalami stres mengikut pesepsi mereka iaitu 1/3 atau 29.7 peratus tahap tinggi
iaitu beban tugas, 26.6 peratus amat tinggi dan 43.8 peratus tahap sederhana.

Abdul Wahid dalam Mohd Sazali Nordin (1997) tiada perbezaan yang
signifikan antara starus perkahwinan dengan tahap stres yang dialami oleh guru-guru.
Walaubagaimanapun dari segi min sintom stres, didapati guru-guru yang berpisah
mengalami stres yang lebih berbanding dengan guru yang bujang dan berkahwin.
Guru-guru yang masih bujang didapati min sintom stres yang kurang sekali.

Tan Huat Chye (1996) dalam kajiannya telah menyenaraikan sepuluh punca
utama yang paling mendatangkan tekanan kepada guru di SJK(C) iaitu :

- terpaksa mengajar kelas yang besar


- gaji yang kurang
- sikap buruk pelajar
- kurang peluang untuk maju dalam profesion
- terpaksa mengajar kelas yang berbeza kebolehan
- terpaksa tangani pelajar yang berkelakuan buruk
44

- mengambil alih mata pelajaran guru yang tidak hadir


- terlalu banyak kerja perkeranian
- kurang kerjasama dari ibu bapa
- kurang masa rehat disebabkan jadual waktu yang berat

Kajian Teoh (1998) dan Chei (1997) menunjukkan bahawa faktor-faktor


tekanan kerja adalah meliputi faktor bebanan kerja, faktor perhubungan pekerja,
faktor peranan dalam organisasi, faktor persekitaran empat kerja dan faktor keluarga.
Di antara punca-punca utamanya ialah pelajar dan hubungan personel. Sikap negatif
murid kepada pelajaran adalah peruboleh ubah yang sangat menekan dalam sampel
kajiannya.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Rosmawati (1999) tentang tekanan kerja
di kalangan guru-guru di sekolah menengah pula menyatakan faktor-faktor kerjanya
meliputi faktor persekitaran kerja, bebanan tugas, peluang perkembangan kerjaya,
perhubungan dalam organisasi dan tingkah laku pelajar. Dapatannya menunjukkan
punca yang merupakan faktor utama ialah dari kategori tingkah laku pelajar seperti
murid tidak sopan, tidak berdisiplin dan tidak berminat untuk belajar. Akan tetapi
Mokthar (1998) dalam kajiannya menunjukkan kelima-lima faktor yang dikaji iaitu
salahlaku pelajar, beban tugas, kekurangan masa dan sumber, perhubungan antara
personal dan penghargaan sama-sama penting di dalam menyumbang kepada tekanan
kerja guru.

Wan Ameran Wan Amat (2000), mengkaji tekanan kerja di kalangan guru-
guru sekolah menengah dalam kawasan Felda Jempol, Negeri Sembilan. Hasil
kajiannya mendapati, faktor penyebab tekanan kerja pula berada pada tahap tekanan
sederhana dan faktor hubungan dalam organisasi pada tahap tekanan rendah.

Menurut Punanesvaran (2000) faktor beban kerja merupakan tekanan yang


datang dari pihak pentadbir sekolah yang mencangihkan kerja tidak sama rata dan
menyebabkan sesetengah guru terpaksa membuat kerja yang lebih dalam masa yang
singkat.
45

Shahabuddin Hashim & Rohizani Ismail (2003) menyatakan bahawa


rangsangan dari luar diri adalah faktor penyumbang yang terbesar dalam merangsang
tekanan, manakala faktor-faktor lain yang telah dikenalpasti ialah kebangkitan tanpa
kawal emosi individu dan tahap kebimbangan yang tinggi.

Hatta Sidi, Ruzanna Zam Zam dan Mohamed Hatta Shaharom (2003)
menyatakan bahawa secara amnya, tiga faktor utama yang mempengaruhi tahap stres
ialah faktor individu, faktor punca stres dan faktor persekitaran.

Menurut Ali Murat Sunbul (2003) pihak pentadbir sekolah juga merupakan
salah satu faktor yang membawa tekanan kerja kepada guru. Kegagalan pihak
pentadbir memahami akan masalah guru serta kurang pengawalan personel boleh
merosakkan kualiti pendidikan yang akan diterima oleh pelajar.

Kajian Deraman (2003) tentang tekanan kerja guru di daerah Klang


menunjukkan faktor pelajar, beban tugas dan kekurangan masa menjadi punca utama
yang menyebabkan tekanan kepada guru.
BAB III

METODOLOGI

3.1 Pendahuluan

Bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai,
metodologi merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Ianya bagi menjamin
kaedah-kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini adalah bersesuaian
dengan pembolehubah yang hendak dikaji serta hipotesis-hipotesis yang digunakan
di dalam kajian. Bab ini juga akan menjelaskan tentang metodologi yang digunakan
oleh penyelidik untuk menyemburnakan kajian ini. Ia dibahagikan kepada reka
bentuk kajian, kerangka konseptual kajian, tempat kajian, subjek kajian,
instrumentasi, kaedah pulangan soal selidik, kajian rintis dan analisis data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Syed Arabi Idid (1993) menjelaskan bahawa reka bentuk kajian amat penting
bagi sesuatu kajian kerana reka bentuk kajian menjadi panduan kepada pengkaji
untuk menjalankan kajian bagi sesuatu kajian kerana kajian deskriptif-korelasi.
Menurut Gajendra (1981) kajian deskriptif membekalkan data-data yang penting
untuk penyelidikan dan membolehkan penerangan dilakukan terhadap sesuatu
fenomena dengan menganalisis data-data yang diperolehi dari soal selidik. Menurut
Mohd Majid Konting (1993) kajian korelasi memberi penekanan kepada penentuan
47

sejauhmana kaitan antara pembolehubah-pembolehubah. Penyelidik menggunakan


prosedur soal selidik untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan penyelidikan.

3.3 Kerangka Konseptual Kajian

Bagi kerangka konseptual kajian ini, pembolehubah bersandar dalam kajian


ini ialah faktor demografi guru dan faktor-faktor yang mungkin akan menyebabkan
tekanan. Faktor demografi guru di sini adalah berdasarkan ciri sosial-demografi
terpilih iaitu jantina, umur, status perkahwinan, kelulusan akademik dan pengalaman
mengajar. Manakala faktor-faktor tekanan yang akan dikaji adalah karenah pelajar,
bebanan tugas, kekangan masa dan penghargaan. Dalam kajian ini pembolehubah
bersandar pula adalah paras tekanan kerja guru. Rajah 3.1 kerangka konseptual
kajian yang menunjukkan pembolehubah-pembolehubah dalam kajian.

Pembolehubah tak bersandar Pembolehubah bersandar


( IV ) ( DV )
Ciri Demografi

1. Jantina
2. Umur
3. Status Perkahwinan
4. Kelulusan Akademik
5. Pengalaman Mengajar

Tekanan Kerja Guru


Karenah Pelajar

Bebanan Tugas

Kekangan Masa

Penghargaan

Rajah 3.1 : Kerangka Konseptual Kajian


48

3.4 Populasi Kajian

Populasi Kajian merujuk kepada kelompok sasaran aktiviti kajian dijalankan.


Menurut Ahmad Mahdzan Ayob (1992) populasi ialah sekumpulan unsure atau
benda (sama ada bernyawa atau tidak ) yang menjadi subjek pada kajian.

Dalam kajian ini, populasi kajian terdiri daripada semua guru terlatih yang
mengajar di tiga buah SJK(C) di Wilayah Persekutuan yang telah mengajar selama
sepuluh tahun ke atas. Jadual 3.2 menunjukkan populasi yang terdiri daripada 3
buah sekolah yang akan dipilih untuk menjalankan kajian ini.

Jadual 3.2: Populasi Guru dari tiga buah SJK(C) dalam Wilayah Persekutuan.
Nama Sekolah Jumlah Populasi Bilangan Sampel
SJK (C) Kuen Cheng 1 15 15
SJK (C) Chung Kwok 20 20
SJK (C) Kuen Cheng 2 15 15

Jumlah 50 50

(Sumber: Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, 2007)

3.5 Tempat Kajian

Kajian ini dijalankan di Wilayah Persekutuan. Tiga buah SJK(C) yang terlibat
dalam kajian ini.

3.6 Sampel Kajian

Dalam kajian ini, jumlah sample kajian ditentukan dengan jumlah responden
yang mengajar di tiga buah sekolah yang dipilih dan mempunyai pengalaman
mengajar selama sepuluh tahun ke atas. Populasi kajian ini terdiri daripada 50 orang
49

guru yang mempunyai pengalaman mengajar melebihi sepuluh tahun di tiga buah
sekolah yang dipilih.

3.7 Instrumentasi

Alat kajian yang akan digunakan untuk mengumpul maklumat ialah dengan
cara borang soal selidik. Satu set borang soal selidik diberikan kepada responden
kajian untuk mendapat maklumat atau data yang diperlukan bagi menjawab
persoalan kajian. Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian yang mesti
dijawab oleh responden. Alat kajian yang akan digunakan adalah soal selidik yang
terbahagikan kepada bahagian A, B dan C sahaja.

3.7.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden

Bahagian A mengandungi soalan tentang latar belakang responden faktor


demografi guru iaitu jantina, umur, status perkahwinan, kelulusan akademik dan
pengalaman mengajar. Para responden dikehendaki menandakan ( √ ) pada ruang
yang disediakan.

3.7.2 Bahagian B: Tahap Tekanan Kerja

Bab ini terdiri daripada soalan-soalan untuk menentukan paras tekanan kerja
yang dialami oleh responden. Terdapat 20 item soal selidik dalam bahagian ini.
Responden diminta menandakan dan membulatkan nombor yang mewakili maklum
balas bagi setiap pernyataan yang dikemukan berdasarkan skala likert lima mata.
50

Jadual 3.3: Soalan item berkaitan dengan faktor-faktor berikut

Kenyataan Ringkasan Skor


Tidak Pernah TP 1
Jarang J 2
Kadangkala KK 3
Agak kerap AK 4
Kerap K 5

3.7.3 Bahagian C: Faktor-faktor Tekanan Kerja Guru

Bab ini ialah soal selidik “Teacher Stress Inventory” yang digunakan oleh
Boyle, Borg, Falzon & Baglioni (1995) dan telah diubahsuai oleh Mokhtar (1998)
telah digunakan untuk menentukan faktor-faktor yang menyebabkan tekanan kerja di
kalangan guru.

Jadual 3.4 : Taburan Item Soal Selidik


Sumber Tekanan Kerja No Item
Karenah Pelajar 1, 2, 3, 4, 5
Bebanan Tugas 6, 7, 8, 9, 10
Kekangan Masa 11, 12, 13, 14, 15
Penghargaan 16, 17, 18, 19, 20
Jumlah soalan : 20

Jadual 3.5 : Soalan item berkaitan dengan faktor-faktor berikut

Kenyataan Ringkasan Skor


Tidak ada tekanan (No Stress) T 1
Tekanan rendah (Mild Stress) TR 2
Tekanan sederhana (Moderate Stress) TS 3
Tekanan tinggi (Much Stress) TT 4
Tekanan sangat tinggi (Extreme Stress) TST 5
51

3.8 Keesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen

Menurut Mohd Majid Konting (1993) keesahan sesuatu alat pengukuran


merujuk kepada sejauh mana alat itu mengukur data yang sepatutnya hendak diukur
dan berupaya mengukur dengan tepat sesuatu pembolehubah yang ditetapkan
dianggap sah sebagai alat pengukur bagi pembolehubah tersebut. Dalam kajian ini,
pengelasan skor min dan peratusan akan digunakan untuk membuat anggaran
ketekalan nilai dalaman alat ukuran.

3.9 Kajian Rintis

Kajian rintis ini dijalankan bertujuan untuk menguji keesahan dan


kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik yang dipilih sebelum kajian
dijalankan. Selain itu juga, kajian rintis ini berguna untuk mengkaji masalah-
masalah yang akan timbul sewaktu proses soal selidik berjalan.

Selepas item-item soal selidik disahkan oleh pensyarah yang berkenaan,


maka kajian rintis dijalankan ke atas 20 guru yang mengajar di SJK(C) di Segambut,
Kuala Lumpur iaitu populasi yang bukan terdiri daripada sample kajian untuk
menentukan ketekalan alat ukur yang digunakan. Soal selidik kajian rintis diproses
dengan menggunakan perisian komputer “Statistical Package for the Social
Sciences” (SPSS), bagi mengira kebolehpercayaannya.

Setalah dianalisis menggunakan perisian ‘Statistical Package for the Social


Sciences’ (SPSS) hasil indeks Alpha adalah 0.784. Menurut Mohd Najib (1999),
soal selidik mempunyai indeks kebolehpercayaan dan keesahan lebih 0.7 adalah
boleh digunakan sebagai alat ukur sesuatu kajian. Ini menunjukkan soal selidik ini
boleh digunakan.
52

3.10 Prosedur Pengumpulan Data

Prosedur penyelidikan kajian dimulakan dengan pemilihan tajuk kertas projek


dan perbincangan dengan penyelia, kemudia membuat permohonan kelulusan tajuk
daripada pihak Universiti. Kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kebenaran juga perlu
diperoleh daripada Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Teknologi dan Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan di mana sekolah-sekolah yang dipilih dalam
menjalankan penyelidikan tersebut.

Setelah memperoleh segala kebenaran, penyelidik pergi ke sekolah-sekolah


yang dipilih dan bertemu dengan guru besar untuk meminta kebenaran menjalankan
penyelidikan di sekolah.

Soal selidik diedarkan kepada guru-guru di sekolah terbabit dengan bantuan


dari pihak pentadbir dari sekolah berkenaan. Penerangan yang teliti juga diberikan
kepada semua guru untuk mengelakkan kesilapan dan kesulitan. Segala maklumat
yang diberikan adalah dirahsiahkan dan bertujuan untuk kajian semata-mata. Semua
soal selidik yang telah diisi dikutip selepas dua minggu. Selepas semua soal selidik
yang lengkap dikembali, segala maklumat atau data yang diperlukan dianalisis
menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Pakej ini
dipilih kerana ia lebih fleksible iaitu penyelidik boleh membuat berbagai-bagai
tranformasi terhadap data asal di samping terdapatnya prosedur statistik yang boleh
digunakan. Kaedah-kaedah statistik yang digunakan ialah taburan frekuensi
kekerapan, min, peratusan dan lain-lain lagi untuk menerangkan data-data yang
dikumpul dan mengenalpasti tahap dan punca-punca tekanan kerja dari faktor-faktor
tertentu.
53

3.11 Penganalisisian Data

Dalam kajian ini, statistik taburan frekuensi kekerapan, min dan peratusan
digunakan dalam penganalisisan data yang diperoleh. Ciri-ciri demografi guru
sekolah dari segi jantina, umur, kelulusan akademik dan pengalaman mengajar.
Subjek kajian diperihal dengan menggunakan taburan frekuensi kekerapan, min dan
peratusan.

Untuk Bahagian B dan Bahagian C statistik yang digunakan ialah frekuensi,


peratusan dan min. Jadual 3.6 menunjukkan taburan persoalan kajian, nombor item
terlibat serta bentuk statistik yang digunakan untuk menganalisis data.

Soalan kajian “Apakah tahap tekanan kerja di kalangan guru-guru yang


mengajar di SJK(C)?” dianalisi dengan menggunakan skor min dan peratusan.
Tahap tekanan guru-guru dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap rendah,
sederhana dan tinggi. Penggunaan formula kaedah peratusan dan pembahagian julat
min bagi mengukur persepsi responden adalah seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 3.6. Formula bagi pengiraan skor min adalah seperti berikut :

Jadual 3.6 : Skala penentuan tahap tekanan kerja guru


Pengelasan Skor Min Tahap Penilaian
1.00 - 2.33 Rendah
2.34 - 3.67 Sederhana
3.68 - 5.00 Tinggi

(Sumber: Jawatankuasa Pembangunan Diri Pelajar, UTM (1999/2000)


54

3.12 Penutup

Keseluruhannya di dalam bab ini penyelidik telah menyebut beberapa langkah


yang telah dilakukan dalam proses membuat kajian. Prosedur yang telah dirancang
di dalam bab tiga adalah bertujuan untuk memudahkan proses penyelidikan berjalan
dan seterusnya akan dapat memberi petunjuk kepada penyelidik untuk meneruskan
penyelidikan ini.
BAB 1V

ANALISA DATA DAN KEPUTUSAN UJIAN

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini menerangkan hasil dapatan yang diperolehi daripada kajian
yang telah dijalankan. Penganalisisan data dan keputusan yang dibuat adalah
berdasarkan skop kajian yang telah ditetapkan. Perisian Perisian ‘Statistical Package
for the Social Sciences’ (SPSS), digunakan dalam menganalisis data-data dalam
kajian ini. Analisa Bahagian A meliputi Latar Belakang Responden. Sementera
analisa Bahagian B terdiri daripada soalan-soalan untuk menentukan paras tekanan
kerja yang dialami oleh responden. Maakala analisa Bahagian C adalah soalan
kajian bagi melihat faktor-faktor yang menyebabkan tekanan kerja di kalangan guru.

4.2 Bahagian A – Latar Belakang Responden

Bahagian ini meliputi soalan-soalan mengenai maklumat latar belakang


responden yang terpilih. Bilangan responden yang terlibat dalam menjalankan soal
selidik ini terdiri daripada 50 orang guru daripada tiga buah sekolah. Terdapat lima
soalan yang dikemukakan di dalam bahagian ini. Antaranya termasuklah jantina,
umur, status perkahwinan, kelulusan ikhtisas dan pengalaman mengajar.
56

4.2.1 Jantina

Jadual 4.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina

Jantina Bilangan Peratus


Lelaki 5 10
Perempuan 45 90
Jumlah 50 100

Jadual 4.1 Menunjukkan bilangan dan peratus responden mengikut jantina.


Dapatan menunjukkan bahawa responden lelaki yang terlibat seramai 5 orang (10
peratus), manakala bilangan responden perempuan adalah seramai 45 orang (90
peratus). Ini menunjukkan bilangan responden perempuan lebih ramai yang terlibat
berbanding dengan responden lelaki.

4.2.2 Umur

Jadual 4.2: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Umur

Umur Bilangan Peratus


31 hingga 35 tahun 3 6
36 hingga 40 tahun 10 20
41 hingga 45 tahun 21 42
Melebihi 46 tahun 16 32
Jumlah 50 100
57

4.2.3 Status Perkahwinan

Jadual 4.3: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Status


Perkahwinan

Status Perkahwinan Bilangan Peratus


Bujang 5 10
Berkahwin 44 88
Janda / Duda 1 2
Jumlah 50 100

Merujuk kepada Jadual 4.3 menunjukkan taburan responden berdasarkan


status perkahwinan yang terlibat di dalam kajian ini iaitu seramai lima orang (10
peratus) masih lagi bujang, 44 orang (88 peratus) status perkahwinan mereka ialah
berkahwin manakala seorang (2 peratus) ialah janda atau duda.

4.2.4 Kelulusan Ikhtisas

Jadual 4.4: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Kelulusan


Ikhtisas

Umur Bilangan Peratus


Sijil Perguruan 26 52
Diploma Perguruan 21 42
Ijazah Sarjana Muda 3 6
Jumlah 50 100

Merujuk Jadual 4.4 menunjukkan kelulusan ikhtisas responden yang dimiliki


masing-masing. Bilangan responden memiliki kelulusan Sijil Perguruan adalah
seramai 26 orang iaitu 52 peratus sahaja, manakala responden yang memiliki
Diploma Perguruan adalah seramai 21 orang (42 peratus) dan responden yang
memiliki Ijazah Sarjana Muda cuma seramai 3 orang bersamaan 6 peratus.
Kebanyakan guru yang dinyatakan adalah guru yang memiliki sijil perguruan.
58

4.2.5 Pengalaman Mengajar

Jadual 4.5: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Pengalaman

Pengalaman Bilangan Peratus


6 hingga 10 tahun 2 4
11 hingga 15 tahun 11 22
16 hingga 20 tahun 18 36
Melebihi dari 20 tahun 19 38
Jumlah 50 100

Dari Jadual 4.5 hasil dapatan dari kajian menunjukkan bahawa terdapat 4
peratus responden yang mempunyai pengalaman mengajar dari enam tahun hingga
sepuluh tahun, 22 peratus mempunyai pengalaman mengajar dari sebelas tahun
hingga lima belas tahun, 36 peratus berpengalaman mengajar diantara enam belas
tahun hingga dua puluh tahun dan selebihnya 38 peratus mempunyai pengalaman
mengajar lebih dari dua puluh tahun. Daripada dapatan ini menunjukkan responden
yang terlibat dari kalangan guru yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas
di bidang pendidikan.

4.3 Bahagian B - Maklum Balas Responden

Bahagian B merupakan analisis mengenai 20 item soal selidik yang


disediakan. Ini merupakan rangkaian analisis daripada maklum balas yang diberikan
oleh responden terhadap penyataan item-item soal selidik.

Responden perlu menjawab mengikut skala liket yang mewakali ‘Tidak


Pernah’ (TP), ‘Jarang’ (J), ‘Kadangkala’ (KK), ‘Agak Kerap’ (AK), dan ‘Kerap’ (K).
Item ditujukan kepada 50 orang sebagai responden kajian. Responden yang terlibat
adalah guru-guru yang mengajar di tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di
Wilayah Persekutuan yang telah dipilih.
59

4.3.1 Analisa Mengikut Persoalan 1: Apakah tahap tekanan kerja di kalangan


guru-guru SJK(C) di Kuala Lumpur?

Jadual 4.6 menunjukkan taburan kekerapan, peratus dan min bagi Persoalan
1: Apakah tahap tekanan kerja di kalangan guru-guru SJK(C) di Kuala Lumpur?
Nilai min keseluruhan yang diperolehi adalah 2.348.

Jadual 4.6: Analisis Frekuensi, Peratusan dan Min

TP J KK AK K

Min
Bil

Pernyataan
K % K % K % K % K %
1 Saya mempunyai
pemikiran negatif
dan perasaan
tertekan yang
2.62
berpanjangan 7 14 19 38 13 26 8 16 3 6
**
akibat dari
masalah yang
berkaitan.

2 Saya menghadapi
masalah dalam
2.42
membuat 5 10 21 42 22 44 2 4 0 0
**
keputusan.

3 Kecekapan dalam
pekerjaan
berkurangan 2.36
9 18 17 34 21 42 3 6 0 0
berbanding **
dengan dahulu.

4 Kualiti kerja saya


2.18
telah merosot. 14 28 18 36 14 28 3 6 1 2
*
5 Saya berasa
sangat letih dari
segi rohani, emosi 3.30
1 2 7 14 22 44 16 32 4 8
dan fizikal selepas **
kerja.

6 Saya kerap
menghadapi
2.36
selesema dan 9 18 22 44 13 26 4 8 2 4
**
jangkitan virus
pada hari
60

berkerja.

7 Saya berpendapat
bahawa perubah
tabiat makanan
(makan
berlebihan/
2.38
kurang) 13 26 15 30 14 28 6 12 2 4
**
disebabkan
masalah yang
berkaitan dengan
kerja.

8 Saya
menggunakan
ubat untuk
mengurangkan
1.34
perasaan cemas 41 82 2 4 6 12 1 2 0 0
*
dan bimbingan
disebabkan oleh
kerja.

9 Saya berpendapat
bahawa
peningkatan
kelalaian dalam 2.38
9 18 21 42 12 24 8 16 0 0
menjalankan **
tugasan
meningkat.

10 Saya kerap berasa


bosan semasa 2.40
6 12 20 40 22 44 2 4 0 0
berkerja. **

11 Saya berpendapat
bahawa tidak
peka (tidak
sensetif) terhadap 2.48
4 8 21 42 22 44 3 6 0 0
perasaan orang **
lain di tempat
kerja.

12 Saya berpendapat
bahawa hubungan
yang tegang
dengan majikan, 2.18
13 26 22 44 8 16 7 14 0 0
rakan sekerja, *
kawan dan ahli
keluarga.
61

13 Saya kurang
tumpuan semasa
2.12
melaksanakan 10 20 26 52 12 24 2 4 0 0
*
sesuatu tugasan.

14 Saya berasa
ketidakpuasan 2.52
5 10 22 44 16 32 6 12 1 2
terhadap kerja. **

15 Saya kerap
muram, cepat
marah dan tidak 2.60
4 8 21 42 18 36 5 10 2 4
sabar semasa **
berkerja.

16 Saya kurang
ataupun tiada
2.04
semangat waktu 14 28 23 46 10 20 3 6 0 0
*
berkerja.

17 Saya berasa letih


yang
berpanjangan di
2.48
tempat kerja 13 26 14 28 13 26 6 12 4 8
**
walaupun selepas
cukup tidur.

18 Saya kerap berasa


kecewa pada
2.10
waktu pejabat 16 32 19 38 10 20 4 8 1 2
*
(semasa berkerja).

19 Saya keinginan
untuk menarik
2.28
diri dari tuntutan 13 26 17 34 15 30 3 6 2 4
*
pekerjaan.

20 Saya kerap
berfikir untuk
meletak jawatan 2.42
11 22 16 32 16 32 5 10 2 4
ataupun bertukar **
tempat kerja.

Purata 11 21.7 18 36.3 15 29.9 5 9.7 1 2.4 2.348


**

Nota: Tahap Stres * : Rendah


** : Sederhana
*** : Tinggi
62

Berdasarkan Jadual 4.6, Item 1 hingga item 20 dalam bahagian ini, adalah
mengukurkan tahap tekanan kerja di kalangan guru-guru SJK(C) di Wilayah
Persekutuan. Item yang mendapat skor min yang tertinggi adalah item 5 berasa
sangat letih dari segi rohani, emosi dan fizikal selepas kerja (3.30), item satu
mempunyai pemikiran negatif dan perasaan tertekan yang berpanjangan akibat dari
masalah yang berkaitan (2.62) dan item ketiga tinggi ialah item 15 (2.60) yang
menyatakan kerap muram, cepat marah dan tidak sabar semasa berkerja. Manakala
item yang mendapat skor min terendah ialah menggunakan ubat untuk
mengurangkan perasaan cemas dan bimbang disebabkan oleh kerja iaitu skor min
1.34. Item 16 (2.04) kurang ataupun tiada semangat waktu berkerja merupakan min
yang kedua tinggi, manakala min ketiga tinggi ialah item 13 (2.12) kurang tumpuan
semasa melaksanakan sesuatu tugasan.

4.3.2 Analisis Keseluruhan Tahap Stres

Jadual 4.7: Analisis Pengelasan Skor Min Dan Tahap Penilaian.

Pengelasan Skor Min Tahap Penilaian


1.00 - 2.33 Rendah
2.34 - 3.67 Sederhana
3.68 - 5.00 Tinggi

(Sumber: Jawatankuasa Pembangunan Diri Pelajar, UTM (1999/2000)

Terdapat tiga tahap tekanan yang dialami oleh responden iaitu tahap tinggi,
sederhana dan rendah. Ketiga-tiga tahap ini dikira berdasarkan kepada Jawatankuasa
Pembangunan Diri Pelajar, UTM (1999/2000). Skor 1 hingga 2.33 dianggapkan
tahap tekanan rendah, skor 2.34 hingga 3.67 pula dianggap tahap tekanan sederhana
manakala skor min 3.68 hingga 5 dianggap tahap tekanan tinggi.
63

4.3.3 Analisis Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Tahap Stres

Jadual 4.8 : Analisis Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Tahap Stres

Tahap Tekanan Bilangan Peratusan


Tahap Rendah 21 42 %
Tahap Sederhana 27 54 %
Tahap Tinggi 2 4%
Jumlah 50 100%

Berdasarkan Jadual 4.8, menunjukkan peratusan, bilangan dan tahap tekanan


yang diperolehi oleh 50 orang responden. Seramai 21 orang daripada 50 responden
melabelkan tahap stres mereka berada di tahap rendah iaitu 42 peratus. Manakala 27
responden (54 peratus) berada di tahap sederhana dan 2 orang responden (4 peratus)
berada di tahap tinggi. Kesimpulannya sebahagian besar daripada responden
mengalami tahap tekanan yang sederhana.

4.4 Bahagian C - Maklum Balas Responden

Bahagian C terdapat 20 item soal selidik yang disediakan. Responden perlu


menjawab mengikut skala liket yang mewakali ‘Tidak ada tekanan’ (T), ‘Tekanan
Rendah’ (TR), ‘Tekanan Sederhana’ (TS), ‘Tekanan Tinggi’ (TT), dan ‘Tekanan
Sangat Tinggi’ (TST). Item ditujukan kepada 50 orang sebagai responden kajian.
Responden yang terlibat adalah guru-guru yang mengajar di tiga buah Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina di Wilayah Persekutuan yang telah dipilih.

Item dalam Bahagian C ialah soal selidik “Teacher Stress Inventory” yang
digunakan oleh Boyle, Borg, Falzon & Baglioni (1995) dan telah diubahsuai oleh
Mokhtar (1998) telah digunakan untuk menentukan faktor-faktor yang menyebabkan
tekanan kerja yang dialami oleh responden.
64

4.4.1 Analisis Faktor Karenah Pelajar

Jadual 4.9 menunjukkan taburan bilangan, peratusan dan min bagi faktor
Karenah Pelajar. Nilai min keseluruhan yang diperolehi adalah 2.70.

Jadual 4.9: Analisis Frekuensi, Peratusan Dan Min Responden Berdasarkan


Faktor Karenah Pelajar

Faktor Karenah T TR TS TT TST

Min
Bil

Pelajar
K % K % K % K % K %
1 Mengendalikan
pelajar-pelajar
yang bermasalah 3 6 15 30 17 34 13 26 2 4 2.92
disiplin.

2 Tingkah laku
pelajar yang
kurang sopan dan 3 6 16 32 20 40 10 20 1 2 2.80
biadab.

3 Saya berasa
seolah-olah saya
akan diancam
setelah saya
menghukum 7 14 24 48 7 14 11 22 1 2 2.50
murid-murid yang
melanggar
disiplin.

4 Saya berasa
bersalah apabila
ramai murid-murid
saya tidak lulus 3 6 15 30 21 42 10 20 1 2 2.82
ujian yang saya
beri.

5 Saya tidak dapat


tidur apabila ramai
murid saya tidak
10 20 17 34 14 28 9 18 0 0 2.44
memahami
pengajaran saya.

Purata 5 10.4 17 34.8 16 31.6 11 21.2 1 2 2.70


65

Berdasarkan analisis data, item 1 menunjukkan purata min berada pada tahap
yang tertinggi (2.92). Seramai 17 responden (34 peratus) mengakui bahawa mereka
menghadapi tekanan sederhana dalam mengendalikan pelajar-pelajar yang
bermasalah disiplin, 15 responden (30 peratus) menyatakan tekanan yang mereka
hadapi rendah, 13 responden (26 peratus) menyatakan mereka mengalami tekanan
tinggi, 3 responden (6 peratus) pula menyatakan tidak ada tekanan dan 2 responden
(4 peratus) menyatakan mereka mengalami tekanan yang sangat tinggi. Ini
membuktikan bahawa guru mengalami tekanan yang sederhana dalam
mengendalikan pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin.

Dapatan analisis, item 4 menunjukkan purata skor min kedua tinggi iaitu
dengan nilai 2.82. Seramai 21 (42 peratus) responden yang menyatakan tekanan
sederhana, 15 orang responden (30 peratus) mengalami tekanan rendah bagi mereka.
Responden yang menyatakan tekanan tinggi ialah seramai 10 orang (20 peratus), 3
orang responden (6 peratus) tidak ada tekanan dan seorang responden (2 peratus)
menyatakan tekanan sangat tinggi. Ini menunjukkan bahawa respoden mengganggap
bahawa mereka berasa bersalah apabila ramai murid-murid tidak lulus dalam ujian
yang diberi merupakan tekanan sederhana.

Nilai min yang ketiga tinggi ialah item 2 iaitu dengan nilai 2.80. 20 orang
responden (40 peratus) yang menjawab tekanan sederhana, 16 orang responden (32
peratus) menjawab tekanan sederhana dan 10 orang responden (20 peratus)
menjawab mereka pada tahap tekanan tinggi. Manakala 3 orang responden (6
peratus) mengakui mereka berada pada tahap tidak ada tekanan dan seorang
responden (2 peratus) menghadapi tekanan sangat tinggi. Ini menunjukkan bahawa
ramai responden berada pada tahap tekanan sederhana.

Dapatan analisis, item 3 (2.50) merupakan nilai min yang keempat. Seramai
24 orang responden (48 peratus) menyatakan mereka dalam keadaan tekanan rendah,
11 orang responden (22 peratus) menyatakan tekanan tinggi dan 7 orang responden
(14 peratus) menyatakan mereka dalam keadaan tekanan sederhana dan tidak ada
tekanan. Manakala seorang responden (2 peratus) pula menjawab berada pada tahap
tekanan yang sangat tinggi. Hasil dapatan analisis menunjukkan ramai responden
yang menyatakan mereka berada pada tahap tekanan yang rendah.
66

Item 5 menunjukkan nilai min yang paling rendah iaitu 2.44. Seramai 17
orang responden (34 peratus) menyatakan berada pada tahap tekanan rendah, 14
orang responden (28 peratus) menyatakan pada tahap tekanan sederhana dan 10
orang responden 20 peratus) menyatakan mereka tidak ada tekanan. Manakala 9
orang responden (18 peratus) menyatakan mereka berada pada tahap tekanan yang
tinggi. Dapatan analisis menunjukkan ramai responden menyatakan mereka berada
pada tahap tekanan yang rendah.

4.4.2. Analisis Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Faktor Karenah


Pelajar.

Jadual 4.10 Analisis Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Faktor Karenah
Pelajar
Tahap Tekanan Bilangan Peratusan
Tahap Rendah 16 32 %
Tahap Sederhana 29 58 %
Tahap Tinggi 5 10 %
Jumlah 50 100%

Jadual 4.10 menunjukkan peratusan, bilangan dan tahap tekanan yang


diperolehi oleh 50 orang responden. Seramai 29 orang daripada 50 responden berada
di tahap sederhana iaitu 58 peratus. Manakala 16 responden (32 peratus) berada di
tahap tekanan yang rendah dan 5 orang responden (10 peratus) berada di tahap yang
tinggi. Kesimpulannya sebahagian besar daripada responden mengalami tahap
tekanan yang sederhana.
67

4.4.3 Analisis Faktor Beban Tugas

Jadual 4.11 menunjukkan taburan bilangan, peratusan dan min responden


berdasarkan faktor Beban Tugas. Nilai min keseluruhan yang diperolehi adalah
seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Jadual 4.11 : Analisis Frekuensi, Peratusan Dan Min Responden Berdasarkan Faktor
Beban Tugas
Faktor Beban T TR TS TT TST

Min
Bil

Tugas
K % K % K % K % K %
6 Saya pening semasa
menyiapkan
14 28 22 44 7 14 7 14 0 0 2.14
rancangan mengajar.

7 Saya berasa bahawa


tugas-tugas di
sekolah
0 0 15 30 12 24 14 28 9 18 3.34
menyebabkan saya
sentiasa sibuk.

8 Saya terpaksa
menyiapkan kerja
0 0 7 14 19 38 17 34 7 14 3.48
sekolah di rumah.

9 Melakukan kerja-
kerja pentadbiran
yang bukan di dalam 5 10 14 28 13 26 12 24 6 12 3.00
bidang tugas.

10 Saya dilawati oleh


jemaah nazir
6 12 6 12 14 28 19 38 5 10 3.22
sekolah.

Purata 5 10 13 25.6 13 26 14 27.6 5 10.8 3.04

Dalam faktor beban tugas, item 8 merupakan nilai skor min yang tertinggi
iaitu 3.48. Seramai 19 orang responden (38 peratus) menjawap dalam keadaan
tekanan yang sederhana, 17 responden (34 peratus) menyatakan mereka berada pada
tahap tinggi dan 7 responden (14 peratus) menyatakan mereka pada tahap tekanan
68

rendah dan tahap tekanan yang sangat tinggi. Manakala tiada responden yang
menyatakan mereka tidak ada tekanan dalam faktor ini. Dapatan analisis data
menyatakan bahawa ramai responden berada pada tahap tekanan sederhana.

Nilai min yang kedua tinggi ialah item 7 dalam menguruskan tugasan di
sekolah iaitu pada nilai min 3.34. 15 responden (30 peratus) menyatakan mereka
berada pada tahap tekanan yang rendah, 14 responden (28 peratus) menyatakan
mereka berada di tahap tinggi manakala 12 responden (24 peratus) menyatakan
mereka dalam tahap tekanan sederhana. Manakala 9 responden (18 peratus)
menyatakan mereka berada di tahap tekanan yang sangat tinggi dan tiada responden
yang menyatakan mereka tidak ada tekanan. Hasil analisis data menyatakan ramai
responden berada pada tahap tekanan rendah.

Dapatan analisis item 10 menunjukkan purata nilai min berada pada tinggi
dengan nilai purata min 3.22. Seramai 19 responden (38 peratus) menyatakan
mereka berada pada tahap tekanan yang tinggi, 14 responden (28 peratus) mengakui
mereka berada pada tahap tekanan yang sederhana dan 6 responden (12 peratus)
menyatakan mereka berada di tahap tekanan rendah dan tidak ada tekanan.
Manakala 5 responden (10 peratus) pula menyatakan mereka mempunyai tekanan
yang sangat tinggi.

Nilai min yang keempat tinggi ialah item 9 iaitu sebanyak 3.00. Seramai 14
responden (28 peratus) menyatakan bahawa mereka berada di tahap tekanan rendah,
13 responden (26 peratus) di tahap tekanan sederhana dan 12 responden (24 peratus)
di tahap tekanan tinggi. Manakala 6 responden (12 peratus) menyatakan tekanan
sangat tinggi dan 5 responden (10 peratus) menyatakan mereka tidak ada tekanan.
Dapatan analisis membuktikan bahawa melakukan kerja-kerja pentadbiran yang
bukan di bidang tugas merupakan tekanan yang sederhana sahaja.

Item 6 menunjukkan nilai min yang paling rendah iaitu 2.14. Seramai 22
orang responden (44 peratus) menyatakan mereka berada pada tahap tekanan rendah,
14 orang responden (28 peratus) tidak mengalami tekanan, seramai 7 orang
responden (14 peratus) menyatakan mereka berada pada tahap tekanan yang
sederhana dan tinggi dan tidak ada responden yang menyatakan mereka pada tahap
69

tekanan yang sangat tinggi. Dapatan analisis menunjukkan ramai responden


menyatakan mereka berada pada tahap tekanan yang rendah semasa menyiapkan
rancangan mengajar mereka.

4.4.4 Analisis Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Faktor Beban


Tugas.

Jadual 4.12 Analisis Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Faktor Beban
Tugas
Tahap Tekanan Bilangan Peratusan
Tahap Rendah 6 12 %
Tahap Sederhana 33 66 %
Tahap Tinggi 11 22 %
Jumlah 50 100%

Berdasarkan Jadual 4.12, menunjukkan peratusan, bilangan dan tahap


tekanan yang diperolehi oleh 50 orang responden. Seramai 33 orang daripada 50
responden berada di tahap sederhana iaitu 66 peratus. Manakala 11 responden (22
peratus) berada di tahap tekanan tinggi dan 6 orang responden (12 peratus) berada di
tahap tekanan rendah. Kesimpulannya sebahagian besar daripada responden
mengalami tahap tekanan yang sederhana.
70

4.4.5 Analisis Faktor Kekangan Masa

Jadual 4.13 menunjukkan taburan bilangan, peratusan dan min bagi faktor
Kekangan Masa. Nilai min keseluruhan yang diperolehi adalah 3.08.

Jadual 4.13 : Analisis Frekuensi, Peratusan Dan Min Responden Berdasarkan


Faktor Kekangan Masa
Faktor T TR TS TT TST

Min
Bil

Kekangan Masa
K % K % K % K % K %
11 Saya mempunyai
masa rehat yang
16 32 16 32 8 16 9 18 1 2 3.24
singkat sahaja.

12 Saya mempunyai
kekurangan masa
untuk memberi
tumpuan kepada 0 0 15 30 16 32 12 24 7 14 3.22
pelajar secara
individu.

13 Saya mempunyai
jumlah waktu
mengajar yang 3 6 12 24 14 28 16 32 5 10 3.16
banyak.

14 Saya tidak dapat


menghabiskan
10 20 10 20 15 30 13 26 2 4 2.74
sukatan pelajaran.

15 Saya terpaksa
menjadi guru
ganti apabila
2 4 16 32 14 28 14 28 4 8 3.04
ketidakhadiran
guru lain.

Purata 6 12.4 14 27.6 13 26.8 13 25.6 4 7.6 3.08

Berdasarkan Jadual 4.13, menunjukkan analisis frekuensi, peratusan dan


nilai min bagi faktor kekangan masa. Item 11 merupakan nilai min yang paling
tinggi berbanding dengan item yang lain iaitu 3.24. Seramai 16 responden (32
71

peratus) yang menyatakan meraka berada di tahap tekanan rendah dan tidak ada
tekanan, 9 responden (18 peratus) menyatakan mereka berada di tahap tekanan tinggi
dan lapan responden (16 peratus) pula menyatakan pada tahap tekanan sederhana.
Manakala seorang responden sahaja (2 peratus) yang menyatakan berada di tahap
tekanan sangat tinggi. Dapatan analisis membuktikan bahawa masa rehat yang
singkat merupakan tekanan rendah bagi mereka.

Dapatan analisi, item 12 menunjukkan purata skor min kedua tinggi iaitu
dengan nilai 3.22. Seramai 16 responden (32 peratus) menyatakan mereka berada di
tahap tekanan sederhana, 15 responden (30 peratus) mengakui mereka berada pada
tahap tekanan rendah dan 12 responden (24 peratus) pula menyatakan mereka berada
di tahap tekanan yang tinggi. Manakala 7 orang responden (14 peratus) menyatakan
berada di tahap tekanan sangat tinggi dalam item ini. Hasil analisis menunjukkan
kekurangan masa untuk memberi tumpuan kepada pelajar secara individu adalah
tekanan sederhana bagi para responden.

Nilai min yang ketiga tinggi ialah item 13 iaitu dengan nilai 3.16. Seramai 16
responden (32 peratus) menyatakan tekanan tinggi, 14 responden (28 peratus)
menyatakan tekanan sederhana dan 12 responden (24 peratus) mengalami tekanan
yang rendah. Manakala 5 orang responden (10 peratus) menyatakan berada pada
tekanan yang sangat tinggi dan 3 orang responden (6 peratus) menyatakan tidak ada
tekanan dalam item ini. Dapatan analisis menunjukkan jumlah waktu mengajar yang
banyak memberi tekanan yang tiggi bagi para responden.

Dapatan analisi, item 15 menunjukkan purata skor min iaitu dengan nilai
3.04. Seramai 16 orang responden (32 peratus) mengalami tekanan yang rendah, 14
responden (28 peratus) orang responden menyatakan berada berada pada tahap
tekanan tinggi dan sederhana. Manakala 4 orang responden (8 peratus) menyatakan
berada di tahap tekanan tinggi dan 2 orang responden (4 peratus) tidak ada tekanan.
Hasil dapatan analisis menunjukkan bahawa para responden terpaksa menjadi guru
ganti apabila ketidakhadiran guru lain memberi tekanan yang rendah bagi mereka.

Item 14 menunjukkan nilai min yang paling rendah iaitu dengan nilai 2.74.
Seramai 15 orang responden (30 peratus) menyatakan berada di tahap tekanan
72

sederhana, 13 orang responden (26 peratus) mengakui berada di tahap tekanan tinggi
dan 10 orang responden menyatakan mereka berada pada tahap tekana yang rendah
dan tidak ada tekanan. Manakala 2 orang responden (4 peratus) menyatakan berada
di tahap tekanan yang sangat tinggi. Dapatan analisis membuktikan tidak dapat
menghabiskan sukatan pelajaran memberi tekanan yang sederhana bagi para
responden.

4.4.6 Analisis Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Faktor


Kekangan Masa.

Jadual 4.14 Analisis Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Faktor


Kekangan Masa.
Tahap Tekanan Bilangan Peratusan
Tahap Rendah 10 20 %
Tahap Sederhana 27 54 %
Tahap Tinggi 13 26 %
Jumlah 50 100%

Berdasarkan Jadual 4.14, menunjukkan peratusan, bilangan dan tahap


tekanan yang diperolehi oleh 50 orang responden. Seramai 27 orang daripada 50
responden berada di tahap sederhana iaitu 54 peratus. Manakala 13 responden (26
peratus) berada di tahap tekanan tinggi dan 10 orang responden (20 peratus) berada
di tahap tekanan rendah. Kesimpulannya sebahagian besar daripada responden
mengalami tahap tekanan yang sederhana.
73

4.4.7 Analisis Faktor Penghargaan

Jadual 4.15 menunjukkan taburan bilangan, peratusan dan min bagi faktor
Penghargaan. Nilai min keseluruhan yang diperolehi adalah 2.80.

Jadual 4.15 : Analisis Frekuensi, Peratusan Dan Min Responden Berdasarkan


Faktor Penghargaan
Faktor T TR TS TT TST

Min
Bil

Penghargaan
K % K % K % K % K %
16 Peluang kenaikan
pangkat yang terhad
dalam profesion 6 12 14 28 19 38 6 12 5 10 2.80
perguruan.

17 Kerja-kerja saya
kurang dihargai oleh
7 14 13 26 11 22 13 26 6 12 2.96
pentadbir.

18 Struktur kerjaya
guru yang kurang
9 18 17 34 13 26 10 20 1 2 2.54
menarik.

19 Saya tidak diberi


kebebasan untuk
memilih
6 12 14 28 17 34 10 20 3 6 2.80
matapelajaran
opsyen.

20 Saya tidak
mempunyai suara
dalam membuat 4 8 14 28 20 40 9 18 3 6 2.86
keputusan.

Purata 6 12.8 14 28.8 16 32 10 19.2 4 7.2 2.80

Berdasarkan Jadual 4.15, menunjukkan analisis frekuensi, peratusan dan min


responden bagi faktor penghargaan. Item 17 merupakan nilai min yang tertinggi
dalam faktor ini iaitu dengan nilai 2.96. Seramai 13 orang responden (26 peratus)
menyatakan bahawa mereka berada pada tahap tekanan yang rendah dan tinggi, 11
orang responden (22 peratus) mengakui berada pada tahap tekanan sederhana dan 7
74

orang responden (14 peratus) menyatakan tidak ada tekanan serta 6 orang responden
(12 peratus) menjawab tekanan yang sangat tinggi bagi mereka. Dapatan analisis
menunjukkan kurang mendapat penghargaan dari pentadbir merupakan tekanan yang
rendah dan juga tekanan yang tinggi bagi para responden.

Dapatan analisis, item 20 menunjukkan purata skor min kedua tinggi iaitu
dengan nilai 2.86. Seramai 20 orang responden (40 peratus) menyatakan mereka
berada pada tahap tekanan yang sederhana, 14 orang responden (28 peratus)
mengakui mereka berada pada tahap tekanan yang rendah dan 9 orang responden (18
peratus) menyatakan berada di tahap tekanan yang tinggi. Manakala 4 orang
responden (8 peratus) pula menyatakan tidak ada tekanan bagi mereka dan 3 orang (6
peratus) menyatakan berada di tahap tekanan yang sangat tinggi. Berdasarkan data
di atas menunjukkan bahawa tidak mempunyai suara dalam membuat keputusan
memberi tahap tekanan yang sederhana bagi mereka.

Nilai skor min yang ketiga terdapat dua item iaitu item 16 dan item 19 iaitu
dengan nilai 2.80. Dapatan analisis, item 16 seramai 19 orang responden (38
peratus) menyatakan mereka berada pada tahap tekanan yang sederhana, 14
responden (28 peratus) menyatakan tekanan rendah, 6 responden (12 peratus)
menyatakan berada di tahap tekanan tinggi dan tidak ada tekanan serta 5 responden
(10 peratus) menyatakan tekanan sangat tinggi. Hasil analisis membuktikan peluang
kenaikan pangkat yang terhad dalam profesion perguruan memberi tekanan yang
sederhana bagi kebanyakkan responden.

Dalam item 19, seramai 17 orang responden (34 peratus) menyatakan mereka
berada pada tahap tekanan sederhana, 14 orang responden (28 peratus) menyatakan
berada di tahap tekanan rendah dan 10 orang responden (20 peratus) mengakui
mereka berada pada tahap tekanan tinggi. Manakala 6 orang responden (12 peratus)
menyatakan tidak ada tekanan dan 3 orang responden (6 peratus menyatakan mereka
berada di tahap tekanan yang sangat tinggi. Berdasarkan data diterima menunjukkan
bahawa tidak diberi kebebasan untuk memilih matapelajaran opsyen memberi
tekanan yang sederhana bagi mereka.
75

Item 18 menunjukkan nilai min yang paling rendah iaitu dengan nilai 2.54.
Seramai 17 orang responden (34 peratus) menyatakan mereka berada di tahap
tekanan yang rendah, 13 orang responden (26 peratus) mengalami tahap tekanan
yang sederhana dan 10 orang responden (20 peratus) pula mengakui mereka berada
pada tahap tekanan yang tinggi. Manakala 9 orang responden (18 peratus)
menyatakan tidak ada tekanan dan seorang (2 peratus) responden menyatakan berada
di tahap tekanan yang sangat tinggi. Ini menunjukkan bahawa kebanyakkan
responden menganggapkan struktur kerjaya guru yang kurang menarik cuma
memberi tekanan yang rendah bagi mereka.

4.4.8 Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Faktor


Penghargaan.

Jadual 4.16: Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Faktor


Penghargaan

Tahap Tekanan Bilangan Peratusan


Tahap Rendah 17 34 %
Tahap Sederhana 23 46 %
Tahap Tinggi 10 20 %
Jumlah 50 100%

Berdasarkan Jadual 4.16, menunjukkan peratusan, bilangan dan tahap


tekanan yang diperolehi oleh 50 orang responden. Seramai 23 orang daripada 50
responden berada di tahap tekanan yang sederhana iaitu 46 peratus. Manakala 17
responden (34 peratus) berada di tahap yang rendah dan 10 orang responden (20
peratus) berada di tahap tekanan yang tinggi. Kesimpulannya sebahagian besar
daripada responden mengalami tahap tekanan yang sederhana.
76

4.4.9 Analisis Keseluruhan Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Tekanan

Jadual 4.17 : Analisis Keseluruhan Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Tekanan

Faktor-faktor Min Kedudukan


Karenah Pelajar 2.70 4
Beban Tugas 3.04 2
Kekangan Masa 3.08 1
Penghargaan 2.80 3

Berdasarkan Jadual 4.17, faktor kekangan masa menunjukkan nilai min yang
paling tinggi iaitu 3.08. Diikuti beban tugas 3.04, penghargaan 2.80 dan karenah
pelajar merupakan nilai min yang terendah iaitu sebanyak 2.70. Kesimpulannya
faktor kekangan masa merupakan faktor utama yang paling memberi tekanan kerja
kepada para responden di tiga buah sekolah yang dipilih.

4.5 Rumusan

Secara kesimpulan, hasil analisis yang diperolehi menunjukkan bahawa para


responden yang dipilih dari tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di Wilayah
Persekutuan mengalami tahap tekanan kerja yang sederhana, nilai skor min bagi
tahap tekanan kerja iaitu sebanyak 2.35. Di samping itu, kajian juga mendapati
bahawa faktor utama yang menyebabkan tekanan kerja ialah faktor kekangan masa
yang memperolehi nilai skor min yang sebanyak 3.08.
BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan mengemukakan perbincangan, rumusan dan cadangan


berdasarkan kepada hasil dapatan dan keputusan kajian yang dianalisis berkaitan
dengan objektif dan persoalan kajian yang telah dibentuk pada awal kajian.
Perbincangan berdasarkan kepada dapatan yang telah dibentangkan dalam bab
sebelumnya dan kajian-kajian lepas yang berkaitan.

5.2 Perbincangan

Kajian ini menggunakan soal selidik kepada 50 orang responden bagi tujuan
mengkaji tahap tekanan kerja dan mengenapasti faktor-faktor yang mendorong
tekanan kerja di kalangan guru-guru di tiga buah SJK(C) di Wilayah Persekutuan.

Instrumen kajian yang digunakan ialah berbentuk soalan soal selidik dengan
menggunakan Skala Likert. Untuk mengetahui peratusan dan min hasil kajian yang
dijalankan, data-data mentah yang dikutip dari soalan soal selidik dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS).

Terdapat tiga bahagian dalam soal selidik iaitu bahagian A mengandungi


maklumat demografi, bahagian B mengandungi item-item mengukur tahap tekanan
78

secara keseluruhan dan bahagian C mengandungi item-item untuk menentukan


faktor-faktor yang menyebabkan tekanan kerja di kalangan guru iaitu faktor karenah
pelajar, faktor beban tugas, faktor kekangan masa dan faktor penghargaan.

Lima persoalan kajian berikut dapat memperjelaskan dapatan hasil kajian


keseluruhannya :-
i) Analisa tahap tekanan kerja di kalangan guru-guru di tiga
buah SJK(C) di Wilayah Persekutuan.
ii) Analisa faktor tekanan kerja di kalangan guru-guru di tiga
buah SJK(C) di Wilayah Persekutuan berdasarkan faktor
karenah pelajar.
iii) Analisa faktor tekanan kerja di kalangan guru-guru di tiga
buah SJK(C) di Wilayah Persekutuan berdasarkan faktor
beban tugas.
iv) Analisa faktor tekanan kerja di kalangan guru-guru di tiga
buah SJK(C) di Wilayah Persekutuan berdasarkan faktor
kekangan masa.
v) Analisa faktor tekanan kerja di kalangan guru-guru di tiga
buah SJK(C) di Wilayah Persekutuan berdasarkan faktor
penghargaan.

5.2.1 Latar Belakang Responden

Jumlah responden bagi kajian ini adalah seramai 50 orang guru dari tiga
buah SJK(C) yang terletak di Wilayah Persekutuan. Kesemua 50 set soal selidik
telah dipulangkan dan kesemuanya dianalisis.

Data yang dikumpul menunjukkan majoriti responden terdiri daripada


golongan guru perempuan iaitu sebanyak 90 peratus manakala responden lelaki
hanya 10 peratus. Dapatan ini ditunjukkan pada Jadual 4.1.
79

Dapatan kajian juga menunjukkan 42 peratus responden daripada jumlah


responden berumur 41 hingga 45 tahun. Ini diikuti oleh responden yang berumur
lebih dari 46 tahun sebanyak 32 peratus, responden berumur antara 36 hingga 40
tahun sebanyak 20 peratus dan akhir sekali responden berumur di antara 31 hingga
35 tahun sebanyak 6 peratus. Dapatan ini ditunjukkan dalam Jadual 4.2.

Hasil kajian juga menunjukkan, 88 peratus daripada 50 responden adalah


berkahwin sementara selebihnya 10 peratus adalah bujang. Manakala seorang
daripada responden merupakan janda atau duda. Hasil dapatan ini ditunjukkan di
dalam Jadual 4.3.

Dapatan kajian yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.4, menunjukkan hampir


separuh daripada sampel kajian iaitu sebanyak 52 peratus adalah responden yang
berkelulusan Sijil Perguruan. Ini disusuli dengan responden yang berkelulusan
Diploma Perguruan iaitu sebanyak 42 peratus dan responden berkelulusan Ijazah
Sarjana Muda sebanyak 6 peratus.

Dapatan kajian juga menunjukan sebanyak 38 peratus responden


mempunyai pengalaman mengajar melebihi dari 20 tahun, diikuti oleh 36 peratus
dari 6 hingga 20 tahun, 22 peratus responden yang berpengalaman dari 11 hingga
15 tahun, serta hanya sebanyak 4 peratus dari 6 hingga 10 tahun. Dapatan ini
ditunjukkan di dalam Jadual 4.5.

5.2.2 Tahap Tekanan Kerja Responden Secara Keseluruhan

Pada keseluruhannya, tahap yang dikaji menunjukkan bahawa tekanan yang


dialami oleh guru-guru dari tiga buah sekolah yang dipilih di Wilayah Persekutuan
berada pada tahap tekanan sederhana iaitu pada min skor 2.348. Ini menunjukkan
bahawa kebanyakan guru mengalami tekanan pada tahap sederhana sahaja.
Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian Absourie (1996) dalam Mokhtar
Ahmad (1999) yang mana hasil kajiannya menunjukkan kebanyakan respondennya
mengalami tekanan sederhana. Di samping itu, tekanan berasaskan faktor-faktor
80

tekanan juga menunjukkan hasil nilai min skor dalam lingkungan 2.34-3.67 iaitu
pada tahap sederhana. Hasil kajian ini juga bersepadan dengan kajian Capel dalam
Cole Walker (1989). Selain itu, kajian Ahmad Shakir (1998), kajian Siti Rohani
(1991) dan Siti Radziah (1982) juga mendapati bahawa kebanyakan guru yang
dikaji berada pada tahap tekanan sederhana.

Pada keseluruhannya, objektif pertama yang dibina telah tercapai untuk


mengetahui tahap tekanan kerja di kalangan guru-guru SJK(C) di Wilayah
Persekutuan iaitu dalam lingkungan nilai min 2.34 - 3.67 yang menyatakan tekanan
sederhana.

5.2.3 Tahap Tekanan Guru Mengikut Kategori Faktor

Antara faktor-faktor tekanan yang dikaji untuk menentukan adakah faktor


tersebut yang menyebabkan tekanan kerja yang dialami oleh responden ialah faktor
karenah pelajar, faktor beban tugas, faktor kekangan masa dan faktor penghargaan.

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, kesemua faktor tekanan yang


dikaji berada pada tahap tekanan sederhana iaitu dalam lingkungan 2.34-3.67. Ini
bermaksud kesemua faktor adalah sama-sama dominan dalam menyumbang
tekanan kerja kepada semua responden. Walau bagaimanapun perbandingan antara
keempat-empat faktor tekanan menunjukkan bahawa faktor kekangan masa
mempunyai tahap tekanan yang tertinggi iaitu pada min skor 3.08. Diikuti dengan
beban tugas (3.04), penghargaan (2.80) dan karenah pelajar (2.70). Kajian
Mohamad Fauzi (1999) juga menyokong yang guru-guru sering tertekan akibat
tugas-tugas luaran yang diberikan kepadanya.

Antara item-item dalam faktor karenah pelajar yang menyumbang tekanan


kerja yang tinggi kepada guru-guru adalah mengendalikan pelajar-pelajar yang
bermasalah disiplin. Manakala item-item beban tugas yang menekan guru-guru
adalah terpaksa menyiapkan kerja sekolah di rumah. Seterusnya item-item faktor
kekangan masa yang menyumbangkan tekanan yang paling tinggi adalah
81

mempunyai masa rehat yang singkat bagi para responden. Kerja-kerja kurang
dihargai oleh pihak pentadbir merupakan antara item-item dari segi faktor
penghargaan yang paling tinggi nilai skor minnya dari segi tahap tekanan kerja
guru.

Dilihat akan faktor karenah pelajar 58 peratus responden mengalami tahap


tekanan dengan kadar sederhana sementara 32 peratus responden berada di tahap
tekanan rendah dan hanya 10 peratus responden sahaja yang tertekan dengan kadar
tinggi. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Benmansour (1998) serta Pithers
dan Soden (1998) yang mendapati punca utama tekanan kerja guru adalah mengajar
pelajar yang kurang bermotivasi dan menjaga disiplin pelajar. Selain itu, kajian
Hart, et al. dalam Abel, et al. (1999) yang menyatakan bahawa masalah salahlaku
pelajar menjadi faktor yang berterusan terhadap tekanan kerja seseorang guru.
Kajian Punch dan Tuettman (1990), menyatakan faktor salah laku pelajar
merupakan punca guru-guru wanita tertekan manakala kajian Ahmad Azahari
(1998), mendapati bahawa masalah murid adalah punca stres yang lebih dominan.
Antara aspek-aspek yang terkandung dalam bahagian ini adalah berkaitan dengan
karenah pelajar yang sering menjadi penghalang dalam proses pembelajaran.

Tekanan yang disebabkan oleh beban tugas mencatat min skor 3.04. Beban
tugas merujuk kepada tugas-tugas berlebihan yang diarahkan oleh pihak pentadbir.
66 peratus responden mengalami tahap tekanan kerja yang sederhana, 22 peratus
responden pula tertekan tinggi dan hanya 12 peratus responden sahaja yang tertekan
dengan kadar rendah. Guru-guru yang menjalankan tugas secara berlebihan mudah
menjadi tertekan. Ini selaras dengan pendapat Ahmad Azahari (1998) dan Aminah
(1999). Menurut Daeng Ramli (1993) golongan guru sentiasa dibebani dengan
tugas-tugas yang berkaitan dan tidak berkaitan dengan bidang tugasnya.

Dilihat akan faktor kekangan masa pula, 20 peratus responden menyatakan


berada di tahap tekanan rendah, 54 peratus responden tertekan sederhana dan 26
peratus responden berada di tahap tekanan tinggi. Dapatan ini selari dengan kajian
Koska dan Ramasut (1985) kekurangan masa untuk menyelesaikan masalah pelajar
dan masa rehat yang singkat. Selain itu, dapatan Chei (1996) juga selaras dengan
82

kajian ini yang menyatakan jumlah kelas yang diajar agak tinggi, subjek yang
banyak perlu diajar dan jumlah waktu mengajar yang tinggi.

34 peratus responden menyatakan mereka mengalami tahap tekanan yang


rendah dalam faktor penghargaan, 46 peratus responden dalam tahap tekanan
sederhana dan hanya 20 peratus responden berada dalam tahap tekanan tinggi. Ini
disokong oleh dapatan kajian Chei (1996), di mana kurang dihargai oleh pihak
pengurusan sekolah dan kurang peluang kenaikan pangkat menyebabkan golongan
guru mengalami tekanan. Menurut Mohd Razali dan Abang Mat Ali (1998), corak
pentadbir sememangnya menyebabkan golongan profesionalis guru mengalami
tekanan. Hasil dapatan kajian mereka juga menyatakan majoriti respondennya
menamakan sekolah atau pentadbir sekolah, Jabatan Pendidikan dan Kementerian
Pendidikan sebagai punca yang menyebabkan guru-guru tertekan. Ini disokong
oleh dapatan kajian Manthei (1998), di mana sikap pihak pentadbir yang gagal
untuk memahami dan peka terhadap masalah guru menyebabkan golongan tersebut
mengalami tekanan.

5.3 Rumusan Dapatan Kajian

Pada keseluruhannya, tahap tekanan yang dikaji menunjukkan bahawa


tekanan yang dialami oleh 50 orang responden dari tiga buah SJK(C) di Wilayah
Persekutuan, mengalami tahap tekanan secara sederhana iaitu pada min skor 2.348.
Kalangan responden yang mengalami tekanan sederhana adalah sebanyak 54
peratus. Sementara itu 42 peratus responden pula mengalami tekanan rendah dan
bilangan responden yang bertekan secara tinggi adalah hanya sebanyak 4 peratus.
Dapatan ini jelas menunjukkan yang guru-guru SJK(C) di Wilayah Persekutuan,
tidak terlepas dari fenomena tekanan. Walaupun kebanyakan responden tidak
mengalami tekanan pada tahap tekanan yang tinggi, tetapi situasi ini pasti akan
meninggalkan kesan pada kerjaya dan diri responden berkenaan.

Di samping itu, tekanan berasaskan faktor-faktor tekanan juga menunjukkan


hasil min skor dalam lingkungan 2.34-3.67 iaitu pada tahap tekanan sederhana.
83

Antara faktor-faktor yang dikaji dalam menentukan tahap tekanan adalah karenah
pelajar, beban tugas, kekangan masa dan penghargaan. Dari empat faktor yang
dikaji didapati bahawa kekangan masa merupakan faktor dominan yang
menyebabkan tekanan kerja. Min yang diperolehi bagi faktor kekangan masa
adalah 3.08. Ini diikuti dengan faktor bebanan tugas yang mempunyai nilai min
sebanyak 3.04, seterusnya faktor penghargaan merupakan penyebab tekanan kerja
di tangga ketiga dengan nilai minnya sebanyak 2.80. Nilai min terendah bagi faktor
penyebab tekanan kerja ialah faktor karenah pelajar dengan nilai minnya sebanyak
2.79.

Sememangnya tidak dapat dinafikan yang faktor kekangan masa merupakan


tahap tekanan kerja yang tertinggi dalam sebilangan besar golongan pendidik
berbanding dengan faktor yang lain. Walaupun golongan pendidik sememangnya
terikat dengan tugas-tugas khas profesionnya, namun mereka sering dibebani
dengan tugas-tugas sampingan yang akhirnya menyebabkan diri mereka tertekan
akibat kekangan masa. Manakala faktor bebanan tugas pula mencapai tahap
tekanan yang kedua tinggi dan berbezaan nilai minnya agak berhampiran dengan
faktor kekangan masa. Guru-guru yang menjalankan pelbagai tugas secara
berlebihan juga mudah menjadi tertekan. Tekanan kerja yang serius akan terjadi di
mana tidak akan berlaku budaya kerja yang positif. Ini bersesuaian dengan kajian
yang dibuat oleh Kyriacou dan Sutcliffe (1978, dalam Rohani 1994 dan Ahmad
Azhari (1998), mendapati punca masalah pelajaran dan beban tugas telah
menyebabkan tahap tekanan di kalangan guru meningkat.

Ternyata, tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya hidup dan


kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan
mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang
diceburinya.
84

5.4 Cadangan

Memandangkan hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru dari tiga buah


SJK(C) yang terpilih di Wilayah Persekutuan mengalami tahap tekanan kerja yang
sederhana. Walaupun pada tahap tekanan kerja yang sederhana, maka ia harus
ditangani dengan cara yang berkesan agar tidak wujud tekanan pada diri mereka.

Berdasarkan kepada hasil kajian yang telah dijalankan, berikut dapatlah


dikemukan beberapa cadangan yang berkaitan dengan pengurusan tekanan guru di
sekolah. Cadangan-cadangan yang dikemukakan ini difikirkan sesuai untuk
mengurangkan tekanan kerja warga pendidik secara amnya.

5.4.1 Pentadbir Sekolah

i. Menganjurkan program berkaitan pengurusan tekanan, sama ada dalam


bentuk bengkel, kursus ataupun seminar perlu memasukkan strategi
berlandaskan agama dalam kandungan atau agenda program.
ii. Mewujudkan suasana yang sihat dan harmoni iaitu perhubungan yang
baik antara staf, keputusan yang diambil berdasarkan perbincangan, polisi
sekolah yang lengkap dan teratur, guru-guru menerima tindakbalas yang
positif dan dihargai, pengurangan tugas-tugas pentadbiran sebarang tugas
tambahan adalah berdasarkan kepada skil guru tersebut, membina
persekitaran kerja yang ceria dan kerjasama yang baik untuk
menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.

iii. Pentadbir atau guru besar perlu mengubah gaya pentadbiran bersifat
autokratik kepada gaya pentadbiran yang lebih mengutamakan
pendekatan humanistik atau demokratik.
85

5.4.2 Guru-guru

i. Melibatkan diri dalam aktiviti riadah, senaman yang berterusan dan


melakukan latihan jasmani dapat membantu melupakan tekanan yang
dihadapi. Badan yang segar akan mempunyai otak yang cerdas.

ii. Amalan pemakanan perlu diberi panduan dan perhatian supaya bukan
hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan
inteleknya. Tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap
penjagaan aspek tersebut.

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

Skop kajian ini hanya tertumpukan kepada pupulasi Sekolah-sekolah Jenis


Kebangsaan (Cina) di Wilayah Persekutuan, yang hanya terdiri daripada tiga buah
sekolah sahaja. Maka kajian ini tidak dapat menyediakan generalisasi terhadap
tekanan kerja untuk kesemua SJK(C) di seluruh kawasan Wilayah Persekutuan.
Oleh itu, kajian akan datang dicadangkan mengambil kira samada kesemua SJK(C)
ataupun gabungan SJK(C) dari beberapa negeri dan melihat perbezaan tekanan kerja
di antara guru-guru di beberapa buah negeri yang lain.

Kajian ini hanya dikendalikan di kalangan guru-guru yang mempunyai


pengalaman mengajar selama sepuluh tahun keatas, maka adalah wajar kajian akan
datang cuba mengkaji tekanan kerja yang dialami oleh guru-guru yang mempunyai
pengalaman mengajar kurang daripada sepuluh tahun.

Kajian ini hanya mengkaji tahap tekanan kerja dan empat faktor yang
mendorong tekanan kerja di kalangan guru, maka pengkaji akan datang juga
digalakkan untuk mengambil kira beberapa faktor punca lain yang boleh dijangka
menjadi teras kepada punca stres kerja kepada guru. Punca stres juga boleh
diperbincangkan daripada perspektif berikut birokasi pihak pengurusan pentadbiran
86

sekolah, faktor minat guru dalam profesion pendidikan dan jenis personaliti,
hubungan sosial atau kekeluargaan

Selain itu, kajian ini hanya dijalankan di kalangan guru-guru yang bukan
dari kalangan pentadbir sekolah. Kajian yang akan datang boleh juga dijalankan di
kalangan pihak pentadbir sekolah.

5.6 Kesimpulan

Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada
usaha pengorbanan yang tinggi. Perkara ini perlu diberi perhatian sekurang-
kurangnya melalui tindakan atau pelaksanaan penyelesaian secara berperingkat.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap stres responden keseluruhannya


adalah berada pada tahap yang sederhana. Penyelidik berpendapat bahawa tahap
stres guru-guru di SJK(C) kini masih belum lagi di tahap yang membimbangkan.
Walaubagaimanapun, langkah berjaga-jaga haruslah diambil bagi memastikan tahap
stres guru ini tidak terus meningkat dan akhirnya membawa kesan negatif kepada
bidang perguruan.

Guru juga haruslah sentiasa bersifat positif dalam menghadapi cabaran-


cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus berada
dalam keadaan stres dan dan menjejaskan karier mereka sebagai seorang guru.
Dalam pada itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu
mengurangkan beban stres yang dihadapi oleh guru ini.

Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh


semua anggota di dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan boleh
mendatang kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi juga imej
organisasi. Diharapkan kajian ini dapat memberika sedikit gambar tentang tahap
kemahiran yang ada dimiliki oleh guru di dalam menangani tekanan.
RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof (2000): Pengurusan dan gelagat organisasi di abad ke-21.
Selangor: Prentice Hall.

Abel, Millicent, G., Sewell and Joanne (1999). Stress and Burnout in Rural and
Urban Secondary School Teachers. Journal of Educational Research.
Vol.92.No.1.

Abdullah, Deraman (2003). Tekanan kerja guru di sebuah sekolah menengah di


daerah Klang, Selangor Darul Ehsan. Thesis (Masters). Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.

Abouserie, R. (1996). Stress, Coping Strategies and Job Satisfaction in University


Academic Staff. Educational Psychology, 16(1):49-56.

Adam, E. (1999). Vocational teacher, Stress and Internel Characteristics. Journal


of Vocational and Technical Education, 16 (1), 7-22.

Ahmad Shakir (1998). Tinjauan Tahap dan Punca Stres di kalangan Guru-guru
Sekolah Menengah Negeri Perlis. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana
Muda.

Ahmad Azhari (1998). Tahap Dan Punca Stres di Kalangan Guru-guru yang
Mengajar Kemahiran Hidup di Negeri Perlis. Kertas Projek Ijazah Sarjana
Muda Teknologi serta Pendidikan, Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad Azahari Sarmun (1998). Tinjauan Tahap Tekanan dan Punca stress di
Kalangan Guru Sekolah Sabak Bernam. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis
88

Sarjana Muda.

Ahmad Mahdzan Ayob (1992). Kaedah Penyelidikan Sosial-ekonomi. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alderfer, C.P. (1969). An Emperical Test of a New Theory of Human Needs


Organization Behavior and Human Performance. British Journal of Educational
Psychology, 69, 111-113.

Aminah Mahat (1999). Tahap dan Punca Stres di kalangan Guru-guru yang
Mengajar di Sekolah Kebangsaan Selangor. Universiti Teknologi Malaysia,
Tesis Sarjana Muda.

Ali Murat Sunbul (2003). An analysis of relations among locus of control, burnout
and job satisfaction in Turkish high school teachers. Australian Journal of
Education Vol.47 No.1 April, 2003.

Atkinson J.M. (1988). Coping With Stress At Work. England: Thorsons Publishers
Limited.

Beech, H.R. (1982). A behavioral approach to the management of stress. United


Kingdom: John Wiley and Sons.

Benmansour, N. (1998). Job Satisfaction, Stress and Coping Strategies among


Moroccan High School Teachers. Journal of Education Studies.3.13-33.

Berita Harian (1999). Bimbingan Guru Hadapi Tekanan Menta. Berita Harian 31
Mac.

Berita Harian (2005). Guru dakwa suasana kerja tak kondusi. Berita Harian 19
Julai.

Berita Harian, Kuala Lumpur, Malaysia 5 Feb 1998.


89

Berita Harian, Kuala Lumpur, Malaysia 13 Jan 1999.

Bittel, L. R. (1976). Improving Supervisory Performance. New York: McGraw Hill


Book Co.
Blum, M. L. & Naylor, J. C. (1968). Industrial psychology It’s Theoretical & Social
Founation. New York: Harper & Row.

Boyle, J.G., Borg,M.G., Falzon, J. M., Baglioni, A. J, (1995). A structural model of


the dimensions of teacher stress. British Journal of Education Psychology 65 :
49- 67.

Bromn, M. and Ralph, S.(1991). Toward the Identification of stress in teachers.


Research in Education, 48: 103-110.

Bruno, F. J. (1990). Dictionary of keywords in psychology. London: Routledge and


Kegan Paul.

Byrne, J.J. (1998). Teacher as hunger artist: Burnout: Its causes, effects and
remedies. Contempory Education, 69(2), 86-91.

Chei, Choy Lye (1997). Tekanan kerja di kalangan guru-guru di sebuah sekolah
menengah kerajaan dan sebuah sekolah menengah swasta. Kertas Projek
Bacelor Sains: (Pembangunan Manusia) yang tidak diterbitkan. Serdang:
Universiti Putra Malaysia.

Cole, M. and Walker,S. (1989). Teaching and Stress. Milton Keynes and
Philadelphia: Open University Press.

Cooper, C., L. Cooper, R. D. & Eaker, L. H. (1988). Living With Stress. United
State: Penguin Books.

Cormarks, D. K. (2000). Leadership Behaviors of Secondary School Principals and


Teachers Satisfaction. Unpublished Ph.D dissertation. University of New South
Wales.
90

Cox, T. (1980). The Recognition and Measurement of Stress: Conceptual and


Methodological Issues. Evaluation of Human Work, 628-647.

Chei,C.L.(1996).Tekanan Kerja di kalangan Guru-guru di sebuah Sekolah


Menengah Kerajaan dan Sebuah Sekolah Menengah Swasta. Tesis (B.Ed) yang
tidak diterbitkan, Universiti Putra Malaysia.

Deutsch, C. (1984). Self reported sources of stress among psychotherapy stress.


Professional Psychology : Research and Practice, 15, 833-845.

Dua, J.K. (1994). Job stressor and their effects on physical health, emotional health
and job satisfaction in a University. Journal of Education Administration 32(1) :
59-78.

Duane Brown & David J. Srebalus (1996). Introduction to be the Counseling


Profession. Allyn & Bacon, A. Simon & Schuster Company. Needham Height,
MA 02194.

Fleishman, E. a & Bass, A.R. (1984). Studies in Personal and Industrial


Psychology. Iilinois: Dorsay Press.

Fontana, D. & Abouserie, R. (1993). Stress lever, gender and personality factor in
teachers. British Journal of Education Psychology, 57 : 279-288.

Fortuna bt Jali (2001). Tekanan Kerja dan hubungan keluarga di kalangan guru-
guru dari Sarawak. Projek penyelidikan yang tidak diterbitkan, Serdang:
Universiti Putra Malaysia.

Gajendra, K.V., Ruth, M.B. (1981). What is educational research? Britain: Gower
Publishing Company Limited.

Gold, Y., & Roth, R.A. (1993). Teachers managing stress and preventing burnout :
The Professional Health Solution. Washington, D.C: The Falmer Press.
91

Guilford, J.P. (1956). Fundamental statistics in psychology and education. New


York: McGraw- Hill.

Hatta Sidi dan Mohammed Hatta Shaharom (2002). Mengurus Stres, Pendekatan
yang praktikal. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hatta Sidi dan Ruzanna Zam Zam. (2003). Menjaga kesihatran jiwa. Teknik
mengurus stress. Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors.

Herzberg, F (1972). The Motivatio-hygiene Theory: In Victor H. Vroom and Edward


L. Deci (Eds), Management and Motivation 1,56. Baltimore, MD: Penguin
Books.

Jaafar Muhammad (2003). Kelakuan organisasi. Kuala Lumpur; Leeds


Publications.

Kenneth,J (1996). Teacher Characteristics And The Quality of Child And Teacher
Relationship. Journal of Education Psychology, 28(2), 133-149.

Kloska, a. & Ramasut, A.(1985). Teacher Stress. Maladjustnent and Therapeutic


Education. 3(2).19-26.

Kyriacou, C. (1987). Teacher Stress and Burnout. An International review. 29: 145-
152.

Kyriacou, C., & Sutcliffe, J. (1978). Teacher stress : Prevalence, sources and
Symptoms. British Journal of Education Psychology, 48, 159-167.

Lazarus, R.S. (1975). A cognitively Oriented Psychologist Looks at Biofeedback.


American Journal of Psychologist.30.7-22. Lazarus, R. S. & Folkman, S. (1984).
“Stress, Appraisal, And Coping”. New York: Springer.

Lazarus, R. S., Opton, E.M. (1996). Psychological Stress and The Coping Process.
New York: McGrwa- Hill.
92

Lefton, L.A. (1994). Psychology. USA : Allyn and Bacon.

Leung, T., Siu, O. & Speetor P.E. (2000). Faculty Stressors, job satistation and
psychological distress among university teachers in Hong Kong. The role of
control. International Journal of Stress Management, 7(2), 121-138.

Liew, Siew Fong (2004). Tekanan Kerja Guru-guru SJKC di Zon Pudu, Kuala
Lumpur. Projek Penyelidikan bagi Sarjana yang tidak diterbitkan. Serdang:
Universiti Putra Malaysia.

Lim Kwee Ling (2001). Kepimpinan Transformasi dan Kepuasan Kerja Guru.
Projek Penyelidikan Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Utara Malaysia.

Locke, E.A (1976). The Nature And Cause of Job Satistaction. dlm Dunnete, M. D.
Handbook of Industrial And Organizational Psychology. Chicago: Rand Mc.
Nally.

Mohamad Fauzi bin Bahadun (1999). Beban tugas Guru-guru Kemahiran Hidup
Bersepadu Sekolah Menengah di Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman.
Projek Sarjana Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamad Najib Abd. Ghafar (1999), Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Universiti


Teknologi Malaysia.

Mohamad Razali dan Abang Ali (1999). Strat egi Menangani Tekanan di Kalangan
Guru-guru Sekolah Menengah Zon A di Bahagian Kuching/ Samarahan,
Sarawak. Satu Tinjauan PSM Pendidikan Universiti Malaysia, Sarawak.

Mahmood Nazar Mohamed (2004). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas


Kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mohd Salleh Abu dan Zaidatun Tasir (2001). Pengenalan Kepada Analisis Data
Berkomputer SPSS 10.0 For Windows. Kuala Lumpur : Venton Publishing.
93

Manthei, R. & Solman, R., (1988). Teacher Stress and Negative Outcomes in
Canterbury State School. New Zealand Journal of Education Studies.23(2),1454-
163.

Matt Jarvis (2000). Teacher Stress: A Critical Review of Recent Finding and
Suggestion For Future Durections. Stress News January. 14,1.

McCormick, J. dan Solman, R. (1992). Teacher Stress and negative Outcomes in


Canterbury States Schools. New Zealand Journal of Educational Studies. 23 (2):
145-163.

Mohd. Hasidin Zaini, (1995). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Stres Guru: Kajian
di Kalangan Kakitangan Sumber Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Negeri
Johor. Tesis Sarjana Pengurusan Teknologi yang tidak diterbitkan. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Musleh Yunos (1996). Starl Kepimpinan Pengetua Sekolah Berasrama


Penuh dan kaitannya dengan Kepuasan Kerja Guru. Projek Penyelidikan yang
tidak diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Razali dan Abang Ali (1999). Strategi Menangani Tekanan di Kalangan
Guru-guru Sekolah Menengah Zon A di Bahagian Kuching/Samarahan, Sarawak.
Satu Tinjauan Projek Sarjana Muda Pendidikan. Universiti Sarawak Malaysia.

Mokhtar b. Ahmad (1998). Tekanan kerja di kalangan guru sekolah menengah:


Satu kajian di Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah Darul Aman. Tesis Sarjana
Sains. Bintulu: Universiti Malaysia Sarawak.

Murdock, A. & Scutte, C. (1993). Personal effectiveness. Great Britain:


Butterworth. Heinemann Ltd.
94

Murphy, Anthony, Claridge, Simon, (2000). The educational psychologist’s role in


stress management training within a Local authority. Educational Psychology in
Practice. Jun 2000, Vol 16 Issue 2, p11, 13p, 1 Chart.

Narella Thomas, Valerie Clarke and Judy Lavery (2003). Self-reported Work and
Family Stress of Female Primary Teachers. Australian Journal of Education
Vol.47 No. L April, 2003.

Noriah (1994), Pola Pemilihan Respon Menangai Ketegangan dan Hubungan


dengan Punca-punca Ketegangan di Kalangan Guru-guru. Universiti
Kebangsaan Malaysia. Kertas Projek Ijazah Sarjana Pendidikan.

Otta, Rosemaria (1986). Teacher under stress. Hill of Content Publishing


Company. Melbourne.

Pierce, C.M. and Molly, G.N. (1990). Psychological and biographical differences
between secondary teachers experiencing high and low levels of stress. British
Journal Education Psychology, 60:37-51.

Pithers,R.T. & Soden,R.(1998) Scottish and Australian Teacher Stress and Train: A
Comparative Study. British Journal of Educational Psychology. 68.269-279.

Punanesvaran A.Nadairaja (2000). Hubungan bebanan kerja dengan tekanan kerja


di kalangan guru lelaki dan guru wanita di sebuah sekolah rendah di kawasan
Bandar. Kertas Projek Ijazah sarjana Muda Sastera yang tidak diterbitkan.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Punch, K.F.& Tuettmann,E: (1990). Correlates of Psychological Distress among


Secondary School Teachers. British Educational Research Journal. Vol.16.
No.4.369-382.

Riacou, C. & Sutcliffe, J. (1978b). Teacher Stress Pravalence, Sources and


Symptoms. Brintish Journal of Educational Psychology. 48. 159-167.
95

Rosmawati Abdullah (1999). Tekanan kerja di kalangan guru-guru di sekolah


menengah serta punca dan faktor kerja dan bukan kerja. Kertas Projek yang
tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Russell Joseph (2000). Stress free teaching. London: Kogan Page Limited.

Salvo, V.D., Lubers,C., Rossi, A.M., & Lewis,J. (1994). Unstructured perceptions
of work related stress : an explaratory qualitative study occupational stress: A
Handbook. London : Taylor and Francis Ltd.

Sanders, J.C. (1992). A comprehensive study of stress in the public accounting


profession. Ph.D Dissertation. University of Kentucky.

Sapora Sipon (2007). Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi. dlm. “Utusan Malaysia”.
27 Julai 2007.

Schein Edgar (1999). Process Consultation Revisited: Building the Helping


Relationship. Reading, MA: Addison- Wesley.

Schwab, R. L. (1994). Teachers Stress and Burnout. The International


Encyclopedia of Education. 2nd. Ed. Great Britain: Penganon.

Selye, H. (1974). Stress Without Distress. New York: Harper And Row.

Shahbuddin Hashim & Rohaizani Ismail (2003). Psikologi pembelajaran dan


personality. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Smith, P. B. (1994). The Effective of Japanese Style of Management: A Review and


Critique. Journal of Occupational Psychology, 57. 121-136.

Sidang Pengarang, (1999). Beban Guru Kian Bertambah. Guru Malaysia (2) KPPK.
Kuala Lumpur.
96

Sidang Pengarang, (1996). Cabaran Guru Dalam Menghadapi Wawasan


Pendidikan. Jurnal Guru 16 Mei. m.s: 52.

Sidang Pengarang, (1999). Guru Disaran Tanam Nilai Mulia di Kalangan Pelajar.
Buletin Kementerian Pendidikan (Jilid 5; Bil.2) m.s: 20-22.

Siti Radziah Mohd Said (1982). Beberapa Faktor yang Mempengaruhi Ketegangan
serta Kesannya ke atas Guru-guru di Sebuah Sekolah di Kajang. Universiti
Kebangsaan Malaysia: Latihan Ilmiah B.A(Hons).

Siti Rohani Md. Sharif (1991). Pengaruh faktor sekolah ke atas tekanan guru. Tesis
(M.Ed.) yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Sulaiman, Esah (1997). Stres di kalangan pensyarah Maktab Perguruan


Temenggung Ibrahim: Satu kajian kes. Jabatan Ilmu Pendidikan MPTI 1997.

Syed Arabi Idid (1993). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.

Tan, Huat Chye (1996). Tekanan kerja di kalangan guru SJKC dalam daerah
Gombak. Tesis (M.Ed.) yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Tang, T. & Yueng, A.s. (1999). Hong Kong teachers Sources of stress, burnout and
job satisfaction. Paper presented at the International Conference on Teacher
Education. Hong Kong, February 22-24.

Teoh, Chin Yiap (1988). Ketegangan dan hubungan dengan kepuasan kerja di
kalangan anggota polis di Ipoh. Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan. Jabatan
Psikologi Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Ameran Wan Amat (2000). Tekanan kerja di kalangan guru-guru sekolah
menengah dalam kawasan Felda Jempol, Negeri Sembilan. Ijazah Sarjana Sains.
Projek Penyelidikan Sarjana yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.
97

Ward, J.C. (1987). Managing stress. Essex : Gower Publishing Company Ltd.

Wingte D. (1972). The Penguion Medical. Encyclopedia, Midlesex, Harmansworth,


Penguin Book.

Yong, Ing Thung (1999). Factor Affecting Occupational Stress Among Teachers of
a Secondary School in Sarawak. Unpublished Master’s Thesis. Serdang:
Universiti Putra Malaysia.
98
99

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SKUDAI 80990, JOHOR BAHRU JOHOR.

TAJUK KAJIAN:

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG TEKANAN KERJA (STRES) DI KALANGAN GURU-


GURU SJK(C): SATU KAJIAN DI TIGA BUAH SEKOLAH DI WILAYAH PERSEKUTUAN.

SOAL SELIDIK

Soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat kajian di atas. Segala maklumat rahsia dan
hanya kepentingan bagi tujuan kajian ini sahaja. Adalah diharapkan agar para guru dapat memberikan
jawapan kepada soalan yang dikemukakan dengan jujur dan ikhlas.

Kerjasama yang anda berikan didahuli dengan ucapan terima kasih. Semoga dengan kerjasama ini akan
mempertingkatkan lagi kesahihan kajian ini.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Disediakan oleh:
WOO SEW FUN
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan.
(Kemahiran Hidup).

Tarikh : ________________
100

Nota:
Segala butir-butir yang terkandung didalam soalselidik ini adalah sulit dan hanya untuk kegunaan kajian
semata-mata. Bahagian A merupakan latar belakang responden manakala Bahagian B mengandungi soalan-
soalan berkaitan dengan Inventori Tahap Tekanan Kerja dan Bahagian C pula mengandungi soalan-soalan
berkaitan dengan Inventori Tekanan Kerja Guru.
BAHAGIAN A

Di dalam bahagian ini, anda dikehendaki memberi maklumat mengenai latar belakang anda. Maklumat ini
akan menolong penyelidik menganalisis maklum balas anda. Nama anda tidak akan dikaitkan dengan
sebarang cara data ini diproses atau semasa di analisis dalam laporan akhir atau pada masa-masa akan
datang.Anda dikehendaki untuk menandakan [ / ] atau mengisikan diruang yang disediakan.

1. Jantina
a) Lelaki [ ] b) Perempuan [ ]

2. Umur
a) 26 - 30 tahun [ ] b) 31 - 35 tahun [ ]
c) 36 - 40 tahun [ ] d) 41 - 45 tahun [ ]
e) melebihi 46 tahun [ ]

3. Status Perkahwinan
a) Bujang [ ] b) Berkahwin [ ]
c) Janda/ Duda [ ]

4. Kelulusan Ikhtisas
a) Sijil Perguruan [ ] b) Diploma Perguruan [ ]
c Ijazah Sarjana Muda [ ] d) Sarjana [ ]

5. Pengalaman mengajar
a. 1 – 5 tahun [ ] b) 6 - 10 tahun [ ]
c) 11 – 15 tahun [ ] d) 16 – 20 tahun [ ]
e) melebihi 20 tahun [ ]
101

BAHAGIAN B
Arahan :
Sila BULATKAN jawapan anda pada angka dari 1 hingga 5 berdasarkan pilihan yang anda rasakan sesuai.

Panduan

Kenyataan Ringkasan Skor


Tidak Pernah TP 1
Jarang J 2
Kadangkala KK 3
Agak kerap AK 4
Kerap K 5

Item Pernyataan TP J KK AK K

1 Saya mempunyai pemikiran negatif dan perasaan


tertekan yang berpanjangan akibat dari masalah yang
1 2 3 4 5
berkaitan.

2 Saya menghadapi masalah dalam membuat keputusan.


1 2 3 4 5
3 Kecekapan dalam pekerjaan berkurangan berbanding
dengan dahulu. 1 2 3 4 5

4 Kualiti kerja saya telah merosot.


1 2 3 4 5
5 Saya berasa sangat letih dari segi rohani, emosi dan
fizikal selepas kerja. 1 2 3 4 5

6 Saya kerap menghadapi selesema dan jangkitan virus


pada hari berkerja. 1 2 3 4 5

7 Saya berpendapat bahawa perubah tabiat makanan


(makan berlebihan/ kurang) disebabkan masalah yang
1 2 3 4 5
berkaitan dengan kerja.

8 Saya menggunakan ubat untuk mengurangkan


perasaan cemas dan bimbingan disebabkan oleh kerja. 1 2 3 4 5

9 Saya berpendapat bahawa peningkatan kelalaian dalam


menjalankan tugasan meningkat. 1 2 3 4 5

10 Saya kerap berasa bosan semasa berkerja.


1 2 3 4 5
102

11 Saya berpendapat bahawa tidak peka (tidak sensetif)


terhadap perasaan orang lain di tempat kerja. 1 2 3 4 5

12 Saya berpendapat bahawa hubungan yang tegang


dengan majikan, rakan sekerja, kawan dan ahli
1 2 3 4 5
keluarga.

13 Saya kurang tumpuan semasa melaksanakan sesuatu


tugasan. 1 2 3 4 5

14 Saya berasa ketidakpuasan terhadap kerja.


1 2 3 4 5
15 Saya kerap muram, cepat marah dan tidak sabar
semasa berkerja. 1 2 3 4 5

16 Saya kurang ataupun tiada semangat waktu berkerja.


1 2 3 4 5
17 Saya berasa letih yang berpanjangan di tempat kerja
walaupun selepas cukup tidur. 1 2 3 4 5

18 Saya kerap berasa kecewa pada waktu pejabat (semasa


berkerja). 1 2 3 4 5

19 Saya keinginan untuk menarik diri dari tuntutan


pekerjaan. 1 2 3 4 5

20 Saya kerap berfikir untuk meletak jawatan ataupun


bertukar tempat kerja. 1 2 3 4 5
103

BAHAGIAN C

Arahan :
Sila BULATKAN jawapan anda pada angka dari 1 hingga 5 berdasarkan pilihan yang anda rasakan sesuai.
Panduan

Kenyataan Ringkasan Skor


Tidak ada tekanan (No Stress) T 1
Tekanan rendah (Mild Stress) TR 2
Tekanan sederhana (Moderate Stress) TS 3
Tekanan tinggi (Much Stress) TT 4
Tekanan sangat tinggi (Extreme Stress) TST 5

Item Pernyataan T TR TS TT TST

KARENAH PELAJAR
1 Mengendalikan pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin. 1 2 3 4 5

2 Tingkah laku pelajar yang kurang sopan dan biadab. 1 2 3 4 5

3 Saya berasa seolah-olah saya akan diancam setelah saya 1 2 3 4 5


menghukum murid-murid yang melanggar disiplin.

4 Saya berasa bersalah apabila ramai murid-murid saya 1 2 3 4 5


tidak lulus ujian yang saya beri.

5 Saya tidak dapat tidur apabila ramai murid saya tidak 1 2 3 4 5


memahami pengajaran saya.

BEBAN TUGAS
6 Saya pening semasa menyiapkan rancangan mengajar. 1 2 3 4 5

7 Saya berasa bahawa tugas-tugas di sekolah menyebabkan 1 2 3 4 5


saya sentiasa sibuk.

8 Saya terpaksa menyiapkan kerja sekolah di rumah. 1 2 3 4 5

9 Melakukan kerja-kerja pentadbiran yang bukan di dalam 1 2 3 4 5


bidang tugas.

10 Saya dilawati oleh jemaah nazir sekolah. 1 2 3 4 5


104

KEKANGAN MASA

11 Saya mempunyai masa rehat yang singkat sahaja. 1 2 3 4 5

12 Saya mempunyai kekurangan masa untuk memberi 1 2 3 4 5


tumpuan kepada pelajar secara individu.

13 Saya mempunyai jumlah waktu mengajar yang banyak. 1 2 3 4 5

14 Saya tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran. 1 2 3 4 5

15 Saya terpaksa menjadi guru ganti apabila ketidakhadiran 1 2 3 4 5


guru lain.

PENGHARGAAN

16 Peluang kenaikan pangkat yang terhad dalam profesion 1 2 3 4 5


perguruan.

17 Kerja-kerja saya kurang dihargai oleh pentadbir. 1 2 3 4 5

18 Struktur kerjaya guru yang kurang menarik. 1 2 3 4 5

19 Saya tidak diberi kebebasan untuk memilih matapelajaran 1 2 3 4 5


opsyen.

20 Saya tidak mempunyai suara dalam membuat keputusan. 1 2 3 4 5


105
106
107
108
109
110
111

You might also like