You are on page 1of 8

PENCAPAIAN ILMU DALAM TAMADUN MELAYU SELEPAS

KEDATANGAN ISLAM

PENDAHULUAN
Sebelum kedatangan agama islam ,agama dan budaya Hindu-Buddha sudah bertapak
kukuh dalam setiap aspek kehidupan masyarakat Alam Melayu hingga berabad-abad
lamanya. Agama dan budaya ini begitu kuat dan sangat jelas mempengaruhi sistem
politik, sosial, ekonomi dan pemikiran masyarakat Alam Melayu. Agama Hindu boleh
dikatakan menjadi anutan kebanyakan masyarakat atasan seperti golongan istana
kerana ianya amat sesuai untuk menjaga kepentingan sosial dan politik mereka sendiri.
Manakala rakyat biasa atau bawahan selalunya menganut dan berpegang kepada
kepercayaan anismime.Selepas kedatangan islam muncul suatu bentuk Tamadun baru
yang lebih dikenali di kalangan Negara luar .Kesultanan Melayu Melaka ,Acheh, Pasai-
perlak ,Patani dan Johor-Riau-Lingga adalah bukti kehenbatan Tamadun Melayu islam
Kegemilangan Tamadun islam terserlah dalam perbagai bidang .Antaranya
persuratan , sistem undang-undang ,dan bahasa melayu .Bahasa Melayu menjadi
bahasa lingua franca dan juga menjadi bahasa ilmu ,bahasa agama dan alat penyatu
masyarakat Melayu di nusantara . Kedatangan Islam menjadikan pandangan
semesta Melayu mula berubah daripada fahaman animism dan Hinduisme kepada
konsep tauhid. Begitu juga dengan pengaruh sistam-sistem yang ada di dalam Islam
yang turut memantap dan mempekukuhkan lagi pandangan semesta Melayu. Maka
aspek-aspek seperti konsep Tuhan sebagai matlamat ,manusia sebagai dwifungsi iaitu
hamba dan khalifah Allah di muka bumi,alam sebagai tempat atau alat untuk manusia
menjalankan urusan kehidupan .

ULASAN
Kedatangan islam juga, berjaya memartabatkan orang Melayu dari segi keilmuan
dan pendidikan. Ini dapat dibuktikan menerusi, kewujudan pusat-pusat keilmuan seperti
di Acheh dan Pattani, di samping melahirkan ramai tokoh ilmuan. Ia juga telah
membawa kepada penubuhan beberapa institusi pengajian dan pendidikan. Antaranya
terpenting ialah iastan, masjid, madrasah dan pondok. Istana misalnya, dalam sejarah
keagungan Islam di Alam Melayu menjadi nadi penting dan memain peranan yang
cukup besar sebagai pusat perkembangan ilmu pengatahuan kepada golongan
bangsawan dan pembesar. Begitu juga dengan peranan yang dimainkan oleh intitusi
madrasah dan pondok dalam memberikan pendidikan dan ilmu kepada masyarakat.
Istilah-istilah meunasah, rangkang dan dayah bagi masyrakat Acheh merupakan tahap-
tahap atau peringkat-peringkat pendidikan yang diamalkan .

Sistem pendidikan Islam yang berintegrasikan keperluan hidup duniawi dan ukhrawi
amat relaven dengan keperluan manusia. Justeru, budaya membaca, mencintai ilmu
pengatahuan dan cara berfikiran yang kritis mesti diwujudkan dan diberi keutamaan
dalam masyrakat. Kedatangan Islam ke rantau ini telah banyak memberi kesedaran
dalam aspek pendidikan dan ilmu pengetahuan masyarakat Melayu. Islam telah
melahirkan semangat keilmuan di kalangan penduduknya untuk mencari dan
mempelajari ilmu pengetahuan.Menurut Profesor Syed Muhamad Naquib al-Attas
bahawa; "Islam membawa semangat rasionalisme dan intelektualisme bukan sahaja
di kalangan istana dan bangsawan, malah sampai juga dengan lebih merebak di
kalangan rakyat jelata".Faktor asasi yang merupakan punca kesedaran atau punca
revolusi kebudayaan ini ialah penjelasan rasional mengenai konsep perihal wujud yang
dibawa untuk pertama kalinya oleh Islam.Pandangan sarjana tersebut menunjukkan
kesedaran yang dicetuskan oleh Islam meliputi juga bidang keilmuan. Hal berkenaan
juga menggambarkan pola kesedaran dalam aspek-aspek yang bersifat keilmuan ini
yang melibatkan golongan atasan dan juga golongan bawahan dan rakyat
jelata.Kedatangan Islam telah berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat di Alam
Melayu ke arah bersifat ilmiah dan saintifik serta dapat meninggalkan era sebelumnya
yang mengutamakan sesuatu yang bersifat tahyul dan khayalan untuk menuju ke
sesuatu yang berbentuk realistik. Semenjak penerimaan Islam, kegiatan agama, ilmu
dan pendidikan Islam diusahakan secara bersungguh-sungguh oleh para ulama dan
pendakwah Islam. Seluruh masyarakatnya termasuk raja dan kerabatnya, pembesar
serta rakyat jelata didedahkan dengan ilmu pengetahuan Islam . Maka secara langsung
atau tidak langsung telah mengubah persepsi atau
tanggapan masyarakat terhadap pegangan agama, kebudayaan dan ilmu pengetahuan.
Mengikut pandangan sebahagian penulis tempatan, Alam Melayu mementingkan
sesuatu yang menggunakan akal, pemahaman ilmu metafizika serta pandangan hidup
yang munasabah pada akal yang sihat. Alam Melayu juga muncul sebagai pusat
keilmuan, ramai tokoh-tokoh ilmuan yang lahir di rantau ini seperti Nuruddin al-Raniri,
Shamsuddin al-Sumaterani, Abdul Rauf Singkil, Hamzah al-Fansuri, Bukhari al-Jauhari
dan lain-lain lagi. Institusi pondok tumbuh dengan pesatnya sebagai pusat
pengembangan ilmu pengetahuan dan menjadi institusi tumpuan masyarakat serta
tempat mempertahankan tradisi suci yang diajar oleh Islam.

Ini telah membawa perubahan dan kemajuan dalam kehidupan masyarakat secara
keseluruhannya ..Perkembangan sistem pendidikan di Alam Melayu telah membawa
kepada perkembangan pelbagai ilmu pengetahuan. Antara jenis ilmu yang sentiasa
diambil berat ialah ilmu syar'iyyah atau naqliyyah yang merangkumi tiga asas utama
agama Islam iaitu usuluddin, fiqh dan tasawwuf. Kitab-kitab yang menjadi rujukan
utamanya seperti al-Durr al-Manzum oleh al-Shirazi, Ihya' 'Ulum al-Din oleh Imam al-
Ghazali dan Minhaj al-Talibin oleh Imam al-Nawawi. Pendidikan dan ilmu pengetahuan
Islam ini tersebar luas kekawasan-kawasan sekitar Alam Melayu seperti di Jawa,
Banjar,Riau, Pattani, Terengganu, Kelantan dan lain-lain.Perkembangan Bahasa Dan
Penulisan Kedatangan Islam ke Alam Melayu juga telah berjaya memartabatkan
bahasa Melayu dengan cara membentuk para penggunanya menuturkan perkara-
perkara yang bersifat ilmiah,membicarakan persoalan metafizik, falsafah dan saintifik.
Isu-isu sebegini sukar didapati sebelum kedatangan Islam.Bahasa Melayu juga
menjadi bahasa perantaraan dan bahasa ilmu di kawasan Alam Melayu sekitar abad
ke-15 M hingga ke-M. Melaka contohnya sebagai sebuah pelabuhan antarabangsa
ketika itu dikunjungi oleh para pedagang dan pendakwah dari pelbagai negara di dunia,
bahasa Melayu diguna pakai dalam pertuturan oleh berbagai bangsa yang datang dan
berurusan di pelabuhan tersebut.Malah bahasa ini dikatakan telah menjadi salah satu
bahasa umat Islam yang tertinggi bilangan penggunanya. Ia menjadi bahasa rasmi
kepada lebih daripada seratus juta umat manusia di Alam Melayu iaitu sebagai bahasa
“lingua franca“ di rantau ini.Suatu hal yang sangat penting diberi tumpuan ialah aspek
tulisannya. Kedatangan Islam di rantau ini telah memperkenalkan tulisan jawi dalam
bahasa Melayu, tulisan ini mempunyai hubunganyang rapat dengan tulisan atau huruf
Arab sebagai bahasa al-Qur’an dan huruf Parsi. Seiring dengan kemunculan bahasa
Melayu bertulisan jawi tersebut maka bermulalah perkembangan sastera tulisan,
sedangkan sebelumnya cuma terdapat sastera lisan sahaja.Dengan itu, fungsi
penulisan dan kesusasteraan telah bertukar daripada konsep berhibur semata-mata
kepada pendidikan keilmuan.Apa yang jelas bahawa zaman kebangkitan kuasa
Kesultanan Melayu Islam di Alam Melayu, isu-isu yang diberi tumpuan dalam
penulisan Melayu berkisar dalam tiga tema utama. Pertama, karya yang bertemakan
tasawwuf dan falsafah, seperti hasil karya Hamzahal-Fansuri. Kedua, karya
kesusasteraan yang berbentuk keagamaan dan ketatanegaraan, seperti hasil karya
Nuruddin al-Raniri, Bukharial-Jauhari dan lain-lain. Ketiga, kisah-kisah lagenda Islam
seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan lain-lain.Tema-
tema yang dikemukakan ini membezakan pendekatan sebelumnya yang membicarakan
tentang dewa-dewa dari pengaruhHindu-Buddha.Malah ketokohan Hamzah al-Fansuri
dalam bidang penulisansangat ketara sehingga dapat mewarnai alam intelektual di
rantau ini.Mungkin kerana sifat-sifat intelektualisme yang begitu menonjol dalam karya-
karyanya itulah yang menyebabkan Prof. Syed Muhamad Naquib al-Attas
meletakkannya sebagai “Bapa Sastera Melayu Moden” dan sekaligus sebagai pelopor
syair Melayu.
.
Berikutan itu, perkara yang paling penting di sini ialah mengenai bahasa Melayu yang
telah digunakan sebagai bahasa pengucapan intelektual, dengan abjad Arab (Jawi)
sebagai media tulisannya. Hasil dari kegiatan intelektualisme inilah bermulanya detik
pembangunan rasionalisme yang tidak pernah berlaku di mana-manapun sebelumnya
di Alam Melayu. Zaman ini juga telah membawa perubahan pada pandangan hidup dan
dasar kebudayaannya serta mengubahnya dari dasar estetik kepada dasar berkesan,
sekali gus dapat mengangkat martabat mereka ke tahap yang lebih baik dan
bermaruah. Keadaan tersebut berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan mereka baik di
kalangan individu,keluarga, masyarakat atau negara.Kedatangan Islam telah membawa
perubahan menyeluruh kepada sistem kehidupan masyarakat Alam Melayu seperti
akidah

CADANGAN

Dalam konteks ini, budaya ilmu yang harus disubur-segarkan ialah bukan sekadar
kecintaan dan penguasaan pelbagai bidang ilmu dan kemahiran, tetapi hanya yang
bermenafaat dari kemajuan diri, bangsa, negara dan dunia samada rjangka pendek
atau panjang. Dalam era ledakan maklumat yang akan berterusan ini, tidak semua
maklumat dan pengetahuan akan memberi maafaat kepada diri atau masyarakat.
Malah fenomena ledakan maklumat yang semakin tidak terkawal ini boleh juga
menimbulkan kekeliruan dan kesengsaraan. Justeru itu pemahaman dan pelaksanaan
fardu ain dan fardu kifayah yang dinamik perlu diajar dan dilaksanakan. Ilmu fardu ain
yang dinamik bukan terhenti kepada kemahiran dan amalan asas agama yang boleh
dikuasai diakhir pendidikan sekolah menengah, tetapi akan berkembang dan
mendalam mengikut peranan sesaorang, terutama yang berkait dengan ketuhanan,
akhlak dan adab yang tinggi.  Sehubungan itu, budaya ilmu yang boleh menjulang
kemajuan ekonomi dan teknologi bangsa dan kepentingan strategik negara
memerlukan ramai rakyat kita menguasai pelbagai bahasa penting dunia. Saranan
penting Nabi Muhammad saw “tuntutlah ilmu walau ke negeri Cina” dan peribahasa kita
yang ulong, “masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak” .
KOMEN
Pelbagai masalah sosial, kerapuhan integriti, keterlampauan di kalangan mereka yang
tidak jahil akan asas-asas agama dan menguasai pula pelbagai ilmu dan kemahiran
fardu kifayah. Sehubungan ini, kefahaman gagasan fardu kifayah yang lemah telah
membataskan pengisian tanggung-jawab itu kepada kuantiti ahli dalam bidang bidang
yang diperlukan, bukan kepada kualiti yang sebenarnya. Peningkatan kualiti ini
sesungguhnya bergantung kepada kefahaman mendalam dan amalan ikhlas ilmu-ilmu
fardu ain tinggi itu. Budaya ilmu yang disaran oleh Islam dan semua agama besar di
negara ini bertujuan melahirkan manusia berpendidikan yang beradab yang memahami
akan batas-batas kebenaran dan kemenafaatan (limits of truth and usefulness)
terhadap segala sesuatu dan bertindak sepatutnya. Manusia sebegini tidak akan
meringankan tanggungjawabnya, juga tidak melampaui batas, malah memaparkan
budaya ketepatan, yang dicita-citakan oleh gagasan 1Malaysia. Contohnya beradab
kepada Tuhan ialah dengan memahami sifat, Nama dan PerbuatanNya dengan baik --
tidak diperlukan mengetahui zatNya--dan beribadat dengan betul, mengikut suruhan,
meninggalkan laranganNya, dan sentiasa memohon kemaafanNya; beradab kepada
Nabi Muhammad SAW harus memahami darjat keluhurannya, mencontohi akhlaknya
tanpa menyembahnya, dan menjaga hak-hak sahabat dan warisnya; beradab terhadap
pemimpin tertinggi ialah berfikiran baik terhadap mereka sekeluarga, mematuhi dasar-
dasar mereka dan menasihati mereka tetapi jangan menderhaka dan jangan mentaati
mereka dalam kezaliman dan kemaksiatan; beradab terhadap rakyat ialah untuk
menjaga kesejahteraan dan kebahagiaan mereka dunia akhirat dengan penuh kasih
sayang, bijaksana dan adil; adab kepada alam semesta ialah mengenalinya sebagai
ayat-ayat Tuhan,menggunakan sebaik-baiknya tanpa menimbulkan kerosakan-
kerosakan persekitaran jangka panjang; beradab kepada bangsa sendiri ialah
mengenali sejarah dan sumbangannya serta giat menjaga kepentingannya tanpa
menzalimi dan menghiris hati orang lain.
KESIMPULAN
Kesimpulan dari paparan di atas, jelaslah bahawa kedatangan Islam ke Alam
Melayu telah memberi kesan yang besar dan meluasdalam kehidupan masyarakatnya.
Sehingga dengan itu telah berjaya merealisasikan ajaran dan tuntutan Islam di
kalangan mereka secara berkesan, sekali gus dapat mengangkat martabat mereka ke
tahap yang lebih baik dan bermaruah. Keadaan tersebut berlaku dalam pelbagai aspek
kehidupan mereka baik di kalangan individu ,keluarga, masyarakat atau
negara.Kedatangan Islam telah membawa perubahan menyeluruh kepada sistem
kehidupan masyarakat Alam Melayu seperti akidah atau agama, sosial, politik,
pemikiran, perundangan, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Namun, masih terdapat
sebahagian bentuk budaya atau adat dari pengaruh Hindu sebelumnya diamalkan
seperti adat bersanding dalam majlis perkahwinan dan lain-lain.Disamping itu, ilmu
yang sihat akan melahirkan rakyat yang berilmu dan beradab tinggi, yang berupaya
melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil kepada diri, keluarga, agama, bangsa
dan negaranya. Rakyat berbudaya ilmu dan beradab tinggi akan menzahirkan akhlak
yang sederhana dan berani, berupaya membuat inovasi bermakna dalam pemikiran
dan perbuatan, mencari persamaan dan menghurmati perbezaan, meningkatkan
kesejahteraan dan kebahagiaan.
RUJUKAN
1. Al-Attas, Syed Muhammad Naquib (1972), Islam Dalam Sejarah Dan
Kebudayaan Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia,
2. Mahayudin Hj. Yahya (1998), Islam Di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
3. Dr Haji Abdullah Ishak (1992), Islam Di Nusantara (Khususnya Di Tanah
Melayu), Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Pusat Islam,
Kuala Lumpur.
4. Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia.

You might also like