Professional Documents
Culture Documents
NABI ISA
Nabi Isa merupakan seorang nabi yang lahir dari rahim ibunya Maryam tanpa
mempunyai bapa. Maryam merupakan seorang wanita yang dimuliakan oleh Allah S.W.T
dan dia dipilih untuk melahirkan seorang Nabi dengan tanpa disentuh oleh seorang lelaki.
Al – Quran menceritakan tentang Isa dimulai daripada kelahiran Maryam sebagai puteri dari
Imran, dibesarkan dengan asuhan Zakaria serta kelahiran Yahya. Kemudian al – Quran
menceritakan kelahiran Isa sebagai anak Maryam tanpa ayah seperti firman Allah:
1
45. (ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! bahawasanya Allah memberikan
khabar Yang mengembirakanmu, Dengan (mengurniakan seorang anak Yang Engkau akan
kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa
Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang
Yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).
Nabi Isa dilahirkan lebih enam ratus tahun sebelum Nabi Muhammad dilahirkan.
Allah menjadikan Nabi Isa dan ibunya sebagai tanda bukti kebesaran dan kekuasaanNya
kepada semua makhluk. Dengan demikian, Allah telah mengangkatnya sebagai seorang Nabi
dan Rasul. Baginda telah diberikan Kitab Injil yang mengandungi petunjuk dan cahaya untuk
menjadi pegangan Bani Israil. Bahkan ,selain daripada menyuruh Bani Israil menyembah
Allah dengan mentaati Injil, baginda juga mengesahkan Kitab Taurat yang telah diturunkan
sebelumnya.2
Nabi Isa a.s sentiasa menyeru umatnya kepada agama yang benar sepertimana yang
telah diwahyukan oleh Allah S.W.T kepadanya. Mengajak orang – orang Yahudi yang
sememangnya memiliki moral yang rosak memerlukan kesabaran dan semangat yang tinggi
1
Surah al – Imran 3:45
2
Muhammad Ammarn Fathillah.2010. Keagungan Mukjizat Para 25 Nabi & Rasul. Kuala Lumpur: Pustaka al –
Shafa. Hal 89
untuk membawa mereka kepada mengEsakan Allah. Keingkaran kaum Bani Israel terhadap
syariat Allah telah melampaui batas dengan mempermain – mainkan syariat – syariat Allah
( Taurat ) tidak melemahkan semangatnya untuk berdakwah walaupun terpaksa berhadapan
dengan berbagai – bagai ancaman.
Mukjizat Nabi Isa adalah banyak sekali dan sebahagiannya telah diterangkan di dalam
al – Quran. Antara mukjizat Nabi Isa a.s ialah baginda dapat menyembuhkan orang sakit,
menyembuhkan penglihatan orang buta yang sejak dari lahir, menghidupkan semula orang
yang telah mati dengan izin Allah S.W. T , dapat berbicara ketika masih bayi dan sebgaimana
yang telah diterangkan Allah dalam firmannya:
3
110. (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa Ibni Maryam! kenanglah nikmatKu
kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu Dengan Ruhul-Qudus (Jibril), Iaitu
Engkau dapat berkata-kata Dengan manusia (semasa Engkau masih kecil) Dalam buaian
dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) ketika Aku mengajarmu menulis membaca, dan hikmat
pengetahuan, khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil; dan (ingatlah) ketika Engkau jadikan
dari tanah seperti bentuk burung Dengan izinKu, kemudian Engkau tiupkan padanya, lalu
menjadilah ia seekor burung Dengan izinku; dan (ingatlah ketika) Engkau menyembuhkan
orang buta dan orang sopak Dengan izinku; dan (ingatlah) ketika Engkau menghidupkan
3
Surah al – Maidah 5:110
orang-orang Yang mati Dengan izinku; dan (ingatlah) ketika Aku menghalangi Bani Israil
daripada membunuhmu, ketika Engkau datang kepada mereka Dengan membawa
keterangan-keterangan (mukjizat), lalu orang-orang Yang kafir di antara mereka berkata:
"Bahawa ini hanyalah sihir Yang terang nyata"
Nabi Muhammad S.A.W adalah pesuruh Allah yang terakhir dan baginda adalah
pembawa rahmat untuk seluruh alam. Sejak dari kecil sehinggalah diangkat menjadi Rasul,
baginda sangat teerkenal seb agai seorangg yang jujur, berbudi luhur dan mempunyai
keperibadian yang sangat tinggi sehingga digelar al – Amin iaitu orang yang dipercayai.
Sebagai seorang yang bakal menjadi pembimbing umat manusia, Nabi Muhammad S.A.W
memiliki bakat – bakat dan kemampuan jiwa yang besar, pemikiran yang cerdas dan
kelembutan hati yang tiada tandingannya.
Baginda telah dikurniakan oleh Allah S.W.T mukjizat yang terbesar iaitu al –Quran
al –Karim yang telah Allah janjikan akan terpelihara sehingga hari Kiamat sebagaimana yang
termaktub di dalam al – Quran:
4
9. Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan
menjaganya.
4
Surah al – Hijr 15: 9
Sejarah kehidupan baginda yang sentiasa dipenuhi dengan cabaran mmenjadikannya
kekasih Allah yang amat disayangi. Sesungguhnya, penjagaan Allah ke atas Nabi telah
memberikan semangat dan ketenangan kepada baginda untuk menyeru manusia
mentauhidkan Allah S.W.T. Ini kerana melihat kepada sikap masyarakat Quraisy Makkah
yang masih dibelenggu dengan budaya jahiliyyah dan kekufuran tentunya memberi cabaran
dan dugaan yang amat besar dan perlu dihadapi dengan persiapan mental dan fizikal yang
memerlukan pengorbanan yang jitu. Dengan demikian, pengutusan Nabi sebagai Rasul
adalah berperanan untuk membawa aqidah Islam iaitu tauhid dan membawa obor ilmu
kepada mereka berteraskan kepada al –Quran dan al –Sunnah.
Dengan wahyu Allah sepertimana yang terdapat dalam surah al – Muddathir yang
mana menyeru baginda agar memulakan dakwahnya. Baginda mula berdakwah dan mengajar
manusia untuk menerima ajaran Islam iaitu:
Pada permulaan dakwah, Nabi Muhammad berdakwah secara sulit iaitu secara
sembunyi dan tidak berterus terang selama tiga tahun sehingga turun ayat :
5
94. oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu
(Wahai Muhammad), dan janganlah Engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum
kafir musyrik itu.
Maka bermulalah cabaran yang besar ke atas nabi apabila berlakunya banyak
penentangan dalam misi dakwah baginda yang mana tentangan hebat diterima daripada
keluarganya sendiri iaitu Abu Jahal yang amat memusuhi baginda. Pelbagai jenis
penentangan yang dilakukan ke atas baginda seperti siksaan terhadap kaum muslimin,
pemulauan ekonomi, kejian dan cacian malahan cubaan membunuh baginda juga menjadi
taruhan kepada sesiapa yang berjaya melakukannya. Namun semua yang dilakukan oleh
5
kaum Quraisy ke atas baginda dan kaum muslimin tidak sedikit pun menggoyahkan pendirian
baginda bukan sahaja terserlah di medan perang, tetapi baginda juga amat berani dalam
menentukan pendirian baginda.
Keberanian baginda ternyata terserlah apabila para pembesar kafir Quraisy mendesak
nabi untuk menghentikan semua gerak dakwah baginda. Namun dengan berani dan tegas
baginda menjawab,” andai matahari diletakkan di tangan kananku dan bulan ditangan kiriku
supaya aku meninggalkan tugas ini, aku tidak akan meninggalkannya sehingga agama Allah
ini menang atau aku yang tewas kerananya”.
Jelaslah kepada kita bahwa betapa peritnya perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dalm
memperjuangkan agama Allah. Maka dalam usaha menyebarkan Islam ke dalam sanubari
manusia pada pada waktu itu, baginda telah dikurniakan Allah dengan pelbagai mukjizat
yang menjadi bukti kekuasaan Allah. Sejak dari lahir lagi pelbagai keajaiban telah berlaku
yang menandakan kelahiran seorang pemimpin umat pada masa akan datang. Kejadian bulan
terbelah dua, air keluar dari celah – celah jari baginda sehingga dapat diminum oleh ramai
orang, air susu kambing terus mengalir walaupun kambing tersebut kurus dan tidak bermaya
dan banyak lagi mukjizat yang dikurniakan Allah kepada baginda untuk menggerunkan pihak
musuh. Demikianlah kewibawaan nabi yang terserlah di mata musuh yang pastinya membuka
mata mereka akan keagungungan Allah sekaligus menambahkan keimanan kaum muslimin
terhadap kekuasaan Allah yang Maha Hebat ke atas sekalian makhlukNya di alam ini.
Rujukan:
Muhammad Ammarn Fathillah.2010. Keagungan Mukjizat Para 25 Nabi & Rasul. Kuala
Lumpur: Pustaka al –Shafa.
Muhammad Ali Ashabuuni.2010. Lembaran Kisah Nabi Ulul Azmi dan 25 Para
Rasul.Selangor: Pustaka Ilmuwan.