You are on page 1of 4

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang impak kenaikan
harga minyak dunia dan punca-punca kenaikan harga minyak. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dalam dunia yang semakin maju pada hari ini, minyak menjadi sumber terpenting dalam
kehidupan manusia. Selain merupakan sumber penghasilan tenaga elektrik, minyak juga menjadi
elemen strategik dalam pembangunan sesebuah negara. Oleh sebab itu, sebarang kenaikan yang
berlaku terhadap harga minyak di pasaran dunia akan memberi kesan langsung atas sektor
ekonomi di sesebuah negara. Langkah kerajaan menaikkan harga minyak, telah memberi
tekanan yang dihadapi oleh sektor industri khususnya dari aspek peningkatan kos pengeluaran.

Kenaikan harga minyak dunia secara langsung memberi kesan kepada negara dari segi
pembangunan dan perancangan ekonomi pada masa depan. Hal ini kerana kos pembangunan
memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Sekiranya perbelanjaan pembangunan mengurang akibat
ketidakmampuan menjana pengurusan kewangan, maka ekonomi negara akan mengalami
kemerosotan. Secara rangkaian, langkah kerajaan menaikkan harga minyak di pasaran tempatan
akan meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan yang perlu dilakukan untuk menampung
kos yang terpaksa ditanggung. Langkah tersebut seterusnya memberi kesan langsung kepada
sektor sosial atau masyarakat akibat terpaksa menanggung kos kenaikan harga barangan dan
perkhidmatan yang ditawarkan di pasaran.

Selain itu, peningkatan harga minyak dunia menyebabkan jurang kemiskinan yang sedia
ada dalam kalangan rakyat semakin melebar. Hal ini kerana golongan yang berpendapatan tinggi
masih boleh menanggung kos kehidupan berbanding dengan golongan "kais pagi, makan pagi,
kais petang makan petang". Harga minyak yang makin meningkat juga mengakibatkan
gangguan dalam persekitaran geoekonomi semasa. Fenomena ini berlaku kerana minyak
merupakan sumber asas bekalan tenaga bagi hampir semua sektor automotif dan industri
khususnya industri pertro kimia. Ekoran daripada memenuhi keperluan hidup yang semakin
meruncing, kes jenayah semakin meningkat. Tekanan hidup yang semakin mencabar
menyebabkan segolongan rakyat memikirkan cara-cara melepaskan diri daripada dibelenggu
tuntutan kehidupan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kenaikan harga minyak
menjejaskan dan mengganggu keharmonian hidup yang selama ini kita nikmati.

Malaysia mahu menjadi negara maju menjelang tahun 2020, maka pembangunan harus
terus dilaksanakan. Dalam tempoh 15 tahun, pelbagai cabaran akan dilalui oleh kerajaan, rakyat
dan sektor ekonomi di Malaysia. Adalah diharapkan Malaysia mampu bertahan dan mengatasi
cabaran dunia dengan matang dan bijaksana.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


‘Impak Kenaikan Harga Minyak Dunia Kepada Persekitaran Sosioekonomi’
oleh Md. Shukri Shuib, Dewan Ekonomi, Julai 2006)
Soalan 2 : Pemahaman
Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menampung kos. [2 markah]

(ii) Nyatakan tiga kepentingan sumber minyak dalam kehidupan manusia


[3 markah]
(iii) Kemukakan empat peranan rakyat dalam menangani krisis minyak dunia
mengikut pendapat anda. [4 markah]
Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]


Markah
Pendahuluan
(Impak kenaikan harga minyak dunia)
Petikan menyatakan kesan/akibat/natijah/peningkatan harga minyak dunia/global
2

Isi Tersurat
(Impak kenaikan harga minyak dunia)
1 Memberi kesan langsung atas sektor ekonomi di sesebuah negara. 2

2 Memberi tekanan yang dihadapi oleh sektor industri khususnya dari aspek
peningkatan kos pengeluaran. 2

3 Memberi kesan kepada pembangunan dan perancangan ekonomi pada masa


depan. 2

4 Meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan. 2

5 Memberi kesan langsung kepada sektor sosial atau masyarakat. 2

6 Melebarkan jurang kerniskinan yang sedia ada dalam kalangan rakyat. 2

7 Mengakibatkan gangguan dalam persekitaran geoekonomi semasa. 2

8 Menjejaskan dan mengganggu keharmonian hidup. 2

Isi Tersirat
(Punca-punca kenaikan harga minyak)
1 Penggunaan petrolium makin meningkat. 2

2 Negara-negara pengeluar minyak terlibat dalam krisis/peperangan. 2

3 Kuasa-kuasa besar dunia menguasai sumber minyak / kuasa besar kawal


harga 2

4 Perindustrian bertambah. 2

5 Kenderaan semakin banyak. 2


6 Penggunaan sumber alternatif kurang popular / masyarakat masih gemar
menggunakan petrolium. 2

Kesimpulan / Penutup
Kesimpulannya semua rakyat perlu cuba mengurangkan penggunaan minyak
supaya harga minyak di pasaran dapat distabilkan. 2

Soalan 2 : Pemahaman

1 Maksudnya ialah menanggung/membiayai perbelanjaan. 2

2 Kepentingan sumber minyak dalam kehidupan manusia ialah:


- sebagai sumber penghasilan tenaga elektrik /sumber bahan bakar. 1
- sebagai elemen strategik dalam pembangunan sesebuah negara. 1
- sangat penting dalam industri petrokimia. 1

3 Tanggungjawab rakyat ialah:


- gunakan kenderaan awam. 1
- berkongsi kereta. 1
- gunakan sumber alternatif/suria/solar.
- jimatkan penggunaan elektrik. 1
1

You might also like