You are on page 1of 4

TARBIYAH ISLAMIYAH : KONSEP DAN KEPENTINGANNYA

Kenapa Tarbiyah ?
‫يا أيهالذين أمنوا تقوا هللا وابتغوا اليه الوسيلة وجاهدوا في سبيله لعلكم تفلحون‬
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri
kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya supaya kamu mendapat keuntungan.”
– Al Maidah : 35

Ayat di atas memberikan beberapa noktah penting iaitu :


1. Kewajipan bertaqwa kepada Allah ke atas setiap orang-orang yang beriman
2. Kewajipan menetapkan wasilah atau manhaj (method) yang meletakkan matlamat menjadi
mukmin yang bertaqwa
3. Kewajipan berjihad (memastikan manhaj tersebut mampu melahirkan mukmin yang
bertaqwa dan sedia berjihad)

Kenapa Tarbiyah Islamiyah ?


Apa yang membezakan antara tarbiyah Islamiyah dan tarbiyah Jahiliyyah adalah :
1. Kerana tarbiyah Islamiyah tarbiyah Rabbaniah (acuan Al-Qur’an dan As-Sunnah)
2. Kerana tarbiyah Islamiyah tarbiyah Syumuliyyah (pakej yang lengkap dan menyeluruh)
3. Kerana tarbiyah Islamiyah tarbiyah Wasathiyyah (pertengahan dan seimbang dalam semua
perkara)

Pengertian Tarbiyah:

“Suatu nidzhom terbaik yang mampu bertindak balas bersama fitrah insan, dikemukakan secara langsung
(perkataan) dan tidak langsung (qudwah), bertujuan mengubah manusia ke arah yang lebih baik, melalui
dan menepati manhaj dan wasilah-wasilah tertentu.”1

Maksud tarbiah secara umum ialah apa jua usaha yang dilakukan oleh murabbi untuk mendidik seseorang
muridnya supaya berdisiplin, supaya mencapai matlamat yang ditentukan. Justeru, Tarbiah Islamiah ialah
satu proses penyediaan manusia dalam segenap aspek sama ada kehidupan, pemikiran ataupun fizikal,
kehidupan dunianya yang berkaitan hubungannya dengan orang lain, dan kehidupan di alam yang lain yang
membawa result amalannya sama ada diredhai Allah ataupun dimurkaiNya. 2 Tarbiah ini bermatlamatkan
membawa manusia ke arah yang lebih baik3

Konsep Tarbiyah Islamiyah:

Ikhwan al-Muslimin membezakan antara ta'lim dan tarbiah. Mereka memaksudkan ta'lim ini hanyalah
dengan hanya menghafaz prinsip-prinsip dan konsep-konsep tertentu atau satu proses transaksi maklumat
antara seorang guru kepada muridnya yang belum tentu memungkinkan memberi kesan kepada sikap
pelajar tersebut. Manakala tarbiah adalah suatu konsep yang lebih luas daripada ta'lim yang mana tarbiah
ini punyai keterikatan dengan amalan dengan bermatlamatkan membawa perubahan seseorang itu ke arah
yang lebih baik. Mereka berpendapat bahawa ta'lim adalah antara uslub terpenting dalam tarbiah, tetapi jika
hanya setakat ta'lim sahaja tidak akan sampai ke matlamat tarbiah untuk mengubah sikap manusia. 4 Namun
begitu Sheikh Sa'id Hawa berpandangan bahawasanya ta'lim dan tarbiah punyai makna yang sama. 5

1
Dr. Ali Abdul Halim Mahmud (ulamak Al-Azhar), Wasa’il At-Tarbiyah Indal Ikhwanil Muslimin : Dirasah Tahliliyyah Tarikhiyyah, ms 13
2
Ibid:19
3
Lihat,at-Tarbiah ad-Diniah Ikhwan al-Muslimin, Hassan al-Banna, Pembentangan Kertas Kerja di Program Tarbiah ad-Diniah di Dar al-Ulum, pada
24 Rejab 1363H/15 Julai 1944, lihat juga al-Fikar at-Tarbawi wa Tathbiqatuhu lada Jama'ah al-Ikhwan al-Muslimin (risalah majistir bi Kulliyyah
at-Tarbiah bi Jamiah al-Azhar),m/s 130, Ahmad Rabi' 'Abdul Hamid Khalfu Allah,Maktabah Wahbah, 1404H/1984, Cetakan 1.
4
Ibid (al-Fikar at-Tarbawi):130,Usul at-Tarbiayyah al-Islamiyyah Muqaranah ma'a Nazariyyat at-Tarbiyyah, m/s 15-17,Sa'ad bin Abdullah bin
Junaidil,Dar al-Ulum li at-Thiba'ah wa an-Nasyr,Riyadh,1401 H/1981 M,Cetakan 1.
5
Lihat,al-Madkhal ila Da'wah al-Ikhwan Muslimin, m/s 176-177,Jam'iyyah 'Ummal al-Mathabi' at-Ta'awuniyyah,Jordan,Cetakan ke-2,1979.
Matlamat Umum Tarbiyah6 :
1. Fardul Muslim7 (Islah an-Nafs)
2. Baitul Muslim
3. Mujtama’ Muslim (Irsyad al-Mujtama’)
4. Daulah Islam (Tahrir al-Watan)
5. Khilafah Islamiyah (Islah al-Hukumah hatta Takuna Islamiyah)

Matlamat Khusus Tarbiyah8 :

 Sudut keahlian dan keanggotaan


1. Memahami Islam secara syumul dan fikrah perjuangannya.
2. Jujur dan amanah dalam perjuangan, ikhlas semata-mata kerana keredhaan Allah.
3. Memahami matlamat perjuangan dan bekerja untuk menjayakannya.
4. Memiliki peribadi perjuangan yang luhur, sanggup berkorban dan taat terhadap imarah.
5. Memahami konsep-konsep fikrah perjuangan haraki serta kefardhuan jihad.
6. Tajarrud dari sebarang fikrah asing dan istiqamah di atas fikrah jemaah.
7. Memiliki keteguhan ukhuwwah, cinta dan keyakinan dalam jemaah

 Sudut organisasi dan jemaah


1. Membekalkan jemaah dengan sumber tenaga yang berkelayakan untuk dakwah, amal
haraki, penerangan, pengurusan, pentadbiran, sosial, ekonomi, akademik dan kesukanan.
2. Membekalkan jemaah dengan tenaga kepimpinan yang baik dan terlatih.
3. Membekalkan jemaah dengan ahli yang mampu memanjangkan fikrah jemaah kepada
masyarakat dan generasi mendatang.

 Sudut sosial dan kemasyarakatan


1. Membekalkan ahli yang mampu memelihara bi’ah solehah dalam masyarakat.
2. Membekalkan ahli yang akan mengemudi kelompok-kelompok ijtimaie tertentu

Faktor Kejayaan Tarbiyah9 :


Berdasarkan petikan Tarbiyah Islamiyah wa Madrasah Hassan al-Banna :
1. Keyakinan yang teguh bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang mampu merubah
masyarakat, membentuk petugas-petugas dakwah dan satu-satunya jalan untuk mencapai cita-cita
dan harapan. (tarbiyah bukan segalanya, tapi segalanya bermula dengan tarbiyah)
2. Adanya manhaj tarbiyah yang mempunyai matlamat tertentu, perancangan yang terang,
sumber yang jelas, bersifat syumul dan mempunyai kaedah pendekatan yang pelbagai, ditegakkan
di atas falsafah kefahaman yang terang dan diambil terus dari ajaran Islam yang tulen.
3. Suasana jamaie yang positif (bi’ah jamaiyyah)10 yang dibina oleh jemaah yang setiap
anggota cuba sedaya upaya melaksanakan cara hidup Islam dengan pelbagai cara.
4. Pemimpin yang terdidik dari segi fitrah, thaqafah dan khibrah.
5. Wujudnya sebilangan murabbi yang ikhlas, berkemampuan dan amanah dalam
melaksanakan tugas mereka.
6. Kepelbagaian wasilah: fardi dan jamaie, teori atau amal, aqli atau atifi, positif atau negatif.

Ruang Lingkup Tarbiyah:


1. Tarbiah Minda (Aqliyah)
Mendidik dan mengajar ahli, memimpin akal untuk berfikir, memberi pandangan dan tafaqquh dalam ilmu
serta boleh merancang berlandaskan sumber-sumber utama.
Tuntutan kepada ahli:
a) Melatih akal supaya boleh berfikir dan merancang untuk keperluan gerakan
b) Menghindarkan diri dari budaya taqlid daripada orang lain atau orang terdahulu
c) Mendidik akal mengkaji sumber-sumber syariah dan melatih diri mengaplikasikannya
berdasarkan keperluan dan kesesuaian masa.
6
Nazharat fi Risalah at-Ta’alim, bab Makanatul Amal Indal Imam Al-Banna (syarah rukun al-Amal), ms 175
7
10 ciri Fardul Muslim ini telah diperincikan dengan baik oleh Muhamad Abdullah Al-Khatib dan Muhammad Abdul Halim Jamid dalam Fiqh
At-Takwin Al-Fardiyy, Nazharat Fi Risalah at-Ta’lim, ms 175 - 208
8
Sebagaimana digariskan Ustaz Harun Taib, Ketua Dewan Ulama
9
Disarankan merujuk lebih mendalam dalam Bab Ketiga (Sifir Kemenangan dan Kekalahan), Mafahim Tarbawiyyah, Juzuk Pertama, karangan
Muhammad Abdullah Al-Khatib, terbitan Darul Manar
10
Abu Urwah menyebutnya sebagai Bi’ah Solehah (Risalah Usrah, Jilid 3, ms 146)
d) Berlatih mendengar dan meraikan pandangan ahli, mempertimbang pandangan tersebut
berlandaskan asas Islam.
e) Sentiasa menjadikan sumber asas Islam sebagai makanan akal.
f) Berlatih untuk mengembangkan pemikiran (pemikiran terbuka).

2. Tarbiah Khuluqiah
Akhlak itu meliputi seluruh sudut kehidupan. Ia meliputi kawalan nafsu, benar dalam percakapan, ihsan
dalam amalan, amanah dan muamalat, berani dalam memberi pandangan, adil dalam menghukum, berazam
untuk kebaikan dan sebagainya. Terdapat beberapa elemen penting dalam tarbiah Khuluqiah yang harus
diaplikasikan oleh setiap ahli:

a) Sabar: Sabar dengan apa jua keadaan tanpa cenderung kepada mana-mana sikap manusia
(lihat surah ali-‘Imran: 200).

b) Thabat (tetap pendirian): Istiqamah dan iltizam dengan perjuangan. Perlu jadikan baginda
sebagai uswah hasanah.

c) Amal (berwawasan): Mempunyai azam untuk menaikkan Islam dan memberi pengharapan
terhadap kejayaannya, tidak berputus asa dalam perjuangannya.

d) Mencurahkan tenaga: Gigih berusaha dalam mengggerakkan jemaah. Tidak kedekut


dalam menyumbangkan masa, harta, kebahagiaan keluarga malah dirinya sendiri untuk jalan
dakwah.

3. Tarbiah Jihad
Tarbiah Jihad merangkumi iman, akhlak, ruh, usaha bersama kawalan dan latihan dan tindakan. Menanam
ruh jihad termasuklah jihad nafsu, harta, jiwa dan masa. Oleh itu, tarbiah jihad mencakupi :

a) Kefahaman
b) Akhlak
c) Iman
d) Persediaan ruh
e) Persediaan mental
f) Persediaan jasad
g) Persediaan keperluan (instrument)

Kesimpulannya, tarbiah jihad memerlukan kefahaman dan amal daripada asas-asas tarbiah yang lain,
kerana tarbiah jihad adalah praktikal kepada tarbiah-tarbiah yang lain.

4. Tarbiah Ijtima’ie

Firman Allah SWT:

““Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhan kamu dan
berbuatlah kebaikan supaya kamu beruntung. Dan berjuanglah (di jalan) Allah dengan perjuangan yang
sebenarnya.”
(al-Hajj: 77-78)

Perkara yang perlu dilaksanakan oleh ahli jemaah ialah:


a) Sebagai perubah masyarakat
b) Membuat pemusatan untuk memberi khidmat dalam apa jua cara sekalipun, samada
memberikan ta’lim, latihan dan rawatan dalam penjagaan masyarakat kepada penunjuk agama.
c) Memberikan komitmen yang penuh kepada gerakan Islam dalam menjalani kerja-kerja
dakwah dan mahir dalam merancang strategi dakwah.

5. Tarbiah Fizikal (Jasadiah)


Tarbiah ini membawa matlamat:
a) Kesihatan fizikal dan menyelamatkannya daripada penyakit.
b) Kekuatan anggota fizikal dan boleh berfungsi bila-bila masa.
c) Menjana kekuatan fizikal dengan mempelbagaikan medan perjuangan.

6. Tarbiah Politk (Siasiah)


Tarbiah siasah memberi perhatian kepada pembentukan bangsa daripada pengabdian diri kepada ideologi
kepada ketaatan kepada Allah S.W.T. Ia menitikberakkan perkara hukum, peraturan daulah, hubungan
kerajaan dengan musuh, kaitan antara muslim dan non-muslim dan seumpamanya. Justeru itu, gabungan
antara tarbiah siasah dan tarbiah agama perlu dibina agar tidak berlaku pemisah. Maka harus ke atas ahli
untuk:
a) Kuatkan kesedaran dan sensitiviti dalam membebaskan bumi Islam daripada kuasa kafir
dan munafik.
b) Mengumpulkan sebanyak mungkin kemahiran dan skill pembinaan siasah Islamiyyah.
c) Menjalin hubungan dengan pemerintah serta non-muslim yang lain dengan
menampilkan asas agama secara praktikal.
d) Merancang tindakan dan aktiviti selaras dengan kehendak syariat.
e) Memberikan pengisian ringkas tentang kesyumulan Islam dalam program siasah.

Wasilah Tarbiyah11 :
1. Al-Usrah
2. Al-Katibah
3. Ar-Rehlah
4. Al-Mukhayyam (Al-Mu’asskar)
5. Ad-Daurah
6. An-Nadwah
7. Al-Muktamar

Marhalah Tarbiyah :
1. Taarif: Satu tahap pembersihan aqidah
2. Takwin: Proses pembentukan rijal ad-dakwah
3. Tanfiz: Memastikan ahli yang ditarbiyyah berkualiti dari sudut praktikal

Tarbiyah dan Jihad : Perkaitan dan Keutamaan


Dr Yusuf al-Qardhawy telah mengungkapkan keutamaan tarbiyah sebelum jihad dan proses takwin sebelum
tamkin dengan kupasan yang baik dan rasional yang kukuh 12. Beliau menyebutkan inilah falsafah tarbiyah
Rasulullah ke atas para sahabah sepanjang fatrah Makkiyyah yang tidak diperintahkan ke atas mereka jihad
dan serangan balas ke atas kejahatan dan perbuatan kafir Quraisy ke atas mereka.

Lantaran sebesar-besar musuh yang perlu didepani terlebih dahulu adalah musuh internal iaitu syaitan dan
nafsu sebelum musuh external. Rasional keutamaan kepada sektor tarbiyah ini sebelum jihad pada Al-
Qardhawy adalah kerana jihad dalam Islam tidak sebagaimana konsep perang dalam agama lain, ia
mempunyai asas yang suci, matlamat yang murni, adab dan disiplin yang jelas sehinggalah boleh
dinobatkan seseorang itu jihad fi sabilillah13. Dan demikianlah juga telah menjadi sunnah Allah bahawa
kemenangan dan daulah itu tidak diberikan melainkan setelah para mujahid itu berjaya melalui jalan-jalan
kesusahan dan kesabaran dan kesemua tidak akan mampu dilalui melainkan dengan tarbiyah dan latihan,
sebagaimana dilalui Nabi Allah Yusuf sebelum menjadi Raja Mesir dan Nabi Allah Muhammad sebelum
menjadi ketua negara Madinah.

11
Penjelasan lanjut wasilah ini boleh dirujuk dalam Wasa’il Tarbiyah Indal Ikwan, Dr. Ali Abdul Halim Mahmud
12
Al-Qardhawy, Fi Fiqhil Awlawiyyat : Dirasah Jadidah Fi hau’il Quran was Sunnah, ms 218-227, Muassasah Ar-Risalah
13
Hadis riwayat Al-Jamaah dari Abu Musa (Sahih Al-Jami’ As-Saghir)

You might also like