You are on page 1of 6

Motivasi UPSR 2011

PROGRAM MOTIVASI ANJURAN PERTUBUHAN AKADEMIK DAN KEAGAMAAN


SARASWATHY

KERTAS KERJA
PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2011
DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL KAMUNTING

1.0 Muqadimah

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan ujian penilaian yang dikendalikan
oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang belajar dalam tahun
6 sahaja. Ujian ini merupakan kayu pengukur kepada murid yang telah belajar selama 6
tahun di sekolah dari segi pencapaian akademik iaitu subjek Bahasa Melayu Kefahaman,
Bahasa Melayu Penulisan, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Bagi memastikan
kejayaan dari aspek ini tercapai dengan jayanya maka Pertubuhan Akademik dan
Keagamaan Saraswathy ingin mengadakan Program Motivasi Kecemerlangan UPSR
bertemakan, masa itu emas ”Time is Gold” bagi memastikan para pelajar dapat membuat
persiapan yang awal dan cukup sebelum menduduki peperiksaan UPSR.

2.0 Objektif

2.1.1 Memberi peluang kepada pelajar membuat persiapan lebih awal sebelum
menduduki UPSR
2.1.2 Memberi pendedahan awal kepada pelajar teknik-teknik mengurus masa dengan
baik.
2.1.3 Membantu pelajar meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai
kejayaan dalam bidang akadamik mahupun sosial.

3.0 Tema

“TIME IS GOLD”

Ke arah kecemerlangan UPSR


Motivasi UPSR 2011

4.0 Anjuran

Pertubuhan Akademik dan Keagamaan Saraswathy (SARANAM)

5.0 Perasmi

Cadangan Perasmi Majlis Pembukaan Program Motivasi ialah:


Perasmian Pembukaan oleh Puan M. Gauri selaku Guru Besar Sekolah.

6.0 Tarikh

Program ini akan diadakan pada 14 March 2011 (Isnin) , [8.00am – 12.30pm]

7.0 Tempat

Program ini akan diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kamunting, Perak.

8.0 Sasaran

Program ini mensasarkan murid tahun 6 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kamunting.

9.0 Perisian Program

Ceramah Motivasi
A. Ceramah motivasi kecemerlangan UPSR kepada murid tahun 6 yang akan
disampaikan oleh bakal guru yang melanjutkan pelajaranya di Maktab Perguruan.
Ceramah ini disampaikan oleh Cik Premaselvi Veeraiah.
B. Ceramah teknik mengurus masa dengan baik dan cekap demi menduduki
peperiksaan UPSR.
Ceramah pengurusan masa disampaikan oleh Cik Nalini.

C. Ceramah kerohanian
Ke arah kecemerlangan UPSR
Motivasi UPSR 2011

Ceramah ini akan disampaikan oleh Encik Vijay Dass.

10.0 Struktur Organisasi


(Sila lihat lampiran A)

11.0 Aturcara Program


(Sila lihat lampiran B)

12.0 Anggaran Belanjawan

(Sila lihat lampiran C)

13.0 Penutup
Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan
dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang
cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan
manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang
diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan
pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar.

Disediakan oleh :- Disemak oleh:-

....................................................... .................................................
Premaselvi Veeraiah Vijay Dass
Pengarah Pengerusi
Program Motivasi Kecemerlangan Pertubuhan Akademik dan
UPSR Tahun 2011 Keagamaan Saraswathy

Lampiran A
Ke arah kecemerlangan UPSR
Motivasi UPSR 2011

CARTA ORGANISASI
SEMINAR MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2011

AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENASIHAT PN. GOWRI

PENGARAH CIK PREMASELVI

SETIAUSAHA CIK NALINI

BENDAHARI ENCIK SURIA KUMAR

AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS UNIT-UNIT

PENYELARAS PROGRAM ENCIK SARAVANAN

PENYELARAS TEKNIKAL ENCIK RAMESH


DAN PERALATAN

PENYELARAS JAMUAN & TEMPAT CIK KOMATE

PENYELARAS CENDERAMATA CIK GAYATHIRI

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA


1. PENGERUSI
 Membentuk jawatankuasa pelaksana
 Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat

2. SETIAUSAHA
 Menguruskan surat menyurat
 Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program
 Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
 Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa
 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program
 Menyediakan laporan penuh program

3. BENDAHARI
 Menyediakan anggaran perbelanjaan
 Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa
 Mengurus dan menyelia perolehan serta perbelanjaan
 Menyediakan laporan perbelanjaan
Ke arah kecemerlangan UPSR
Motivasi UPSR 2011

4. UNIT PROGRAM DAN PENDAFTARAN


 Menyediakan borang penghakiman setiap pertandingan
 Menyediakan pamphlet aturcara program
 Menguruskan pertandingan
 Mengatur jadual hakim pertandingan

5. UNIT TEKNIKAL DAN PERALATAN


 Menyedia dan menyusun tempat pertandingan
 Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti
 Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada kegunaan
 Menyenaraikan senarai barangan keperluan peserta

6. UNIT JAMUAN
 Menyediakan anggaran perbelanjaan
 Menyediakan tempat jamuan dan menguruskannya
 Menguruskan bil pembayaran tempahan makanan melalui bendahari

7. UNIT PUBLISITI
 Menyediakan kain rentang dan backdrop ”Bulan Dakwah”

Lampiran B
Ke arah kecemerlangan UPSR
Motivasi UPSR 2011

Aturcara Program

(CERAMAH MOTIVASI)

7.30pagi Pelajar mendaftar diri


8.00pagi Ceramah Motivasi Kecemerlangan UPSR oleh Cik Nalini
9.00pagi LDK yang berkaitan
10.00pagi Rehat
10.30pagi Ceramah Kerohanian (I) oleh Encik Vijay Dass
11.30tghr LDK yang berkaitan
12.00tghr Ceramah Kerohanian (II) oleh Cik Premaselvi
12.30tghr Ucapan daripada Penolong Kanan Hem Puan Gangaiammal
12.45tghr Bersurai

LAMPIRAN C

ANGGARAN PENDAPATAN

Sumbangan Sekolah RM 140.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 140.00

ANGGARAN BELANJAWAN

Jamuan RM 140.00
Sarapan pagi
35 orang x RM3.00 = RM105.00

Minum pagi
35 orang x RM 1.00 = RM 35.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 140.00

Ke arah kecemerlangan UPSR

You might also like