You are on page 1of 1

1.

STATISTIK PENAGIH DADAH

Laporan ini membentangkan statistik penagihan dadah yang di kesan di

seluruh negara bagi tempoh Januari-Disember 2008 yang dikumpul dan

dikeluarkan oleh Unit Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (NADI). Secara

umumnya:-

1.1

1.2

Sepanjang tempoh bulan Januari-Disember 2008 seramai 12,352

orang penagih dadah telah dikesan yang menunjukkan terdapat

penurunan sebanyak 14.75% berbanding tempoh masa yang sama

tahun lalu (14,489 orang).

Mereka terdiri daripada 5,939 orang (48.08%) penagih baru, menurun

sebanyak 11.08% berbanding 6,679 orang bagi tempoh yang sama

tahun lalu. Manakala penagih berulang yang dikesan adalah seramai

6,413 orang (51.92%), menurun sebanyak 17.89% berbanding tahun

lalu (7,810 orang) ( rujuk Jadual 1).

You might also like