You are on page 1of 33

PENGENALAN

Bola baling juga dikenali oleh orang-orang Eropah, adalah satu sukan
berpasukan di mana dua buah pasukan tujuh pemain setiap (enam pemain dan
seorang penjaga gol) melalui dan melantun satu biji bola menyusahkan untuk
membuangnya dalam matlamat kumpulan bertentangan. Permainannya sama
seperti bola sepak dan bola keranjang namun permainana bola baling ini lebih
kepada penggunaan tangan kerana ia melibatkan balingan.Permainan bola baling ini
juga terkanaldi seluruh dunia sejak separuh pertama abad ke-20.

Sukan Bola Baling di kategorikan di dalam kemahiran luar kawal (open skill).
Kemahiran luar kawal bermaksud, kemahiran yang dibina dalam persekitaran yang
berubah-ubah. Luar kawal bermaksud faktor persekitaran mempengaruhi tindakan
perlakuan individu (pemain). Berdasarkan permainan bola baling, faktor luar ialah
pihak lawan iaitu keupayaan dan strategi yang digunakan oleh pihak lawan. Dengan
kata lain, keupayaan dan strategi yang digunakan pihak lawan adalah tidak dapat
diduga dan ditentukan dan hanya diketahui ketika di dalam gelanggang iaitu ketika
perlawanan sedang berlangsung.

Sebagai contoh, ketika melakukan serangan. Pasukan telah merangka


strategi menyerang yang dibuat ketika latihan dan diharap dapat dilaksanakan ketika
di dalam perlawanan. Namun demikian, strategi bertahan pihak lawan adalah tidak
dapat diduga, dengan itu pasukan perlu melakukan serangan dengan menyesuaikan
rangsangan daripada pihak lawan. Biasanya, serangan dapat dilakukan seperti
biasa , namun masih belum dapat diramal sama ada mampu untuk membuat
jaringan ataupun tidak.

Bagi mengawal faktor luaran yang berubah-ubah, latihan perlu dilakukan


sepenuhnya bagi menguasai sepenuhnya kemahiran-kemahiran yang sepatutnya
dikuasai. Pergerakan-pergerakan lebih pantas perlu dilakukan selain kecekapan
menghantar dan menyambut bola perlu diperkemas. Tindak balas daripada pihak
lawan perlulah dibaca dengan pantas bagi mematahkan serangan pihak lawan.
SEJARAH BOLA BALING

Mula di kenali pada abad ke-20 di Jerman. Perintis kepada kewujudan bola
baling ini ialah Heizer. Pada masa ini, sukan ini dimain antara 7 hingga 11 orang
pemain sebelah. Beliau mencipta peraturan dari segi penggunaan, jenis bola dan
bilangan pemain yang sesuai. Pada mulanya, bolanya bersaiz seperti bola sepak
atau bola keranjang tetapi telah dikecilkan menjadi bentuk saiz sekarang. Pasukan
bola baling permainan sebagai kita tahu hari ini ia telah dibentuk pada akhir abad ke-
19 di utara Eropah, terutamanya Denmark, Jerman, Norway dan Sweden. Selepas
1919 peraturan-peraturan bola baling diperbaiki oleh Karl Schelenz. Permainan-
permainan antarabangsa pertama adalah dimainkan di bawah peraturan-peraturan
ini, di antara Jerman dan Belgium untuk lelaki pada tahun 1925 dan Jerman dan
Austria untuk wanita pada tahun 1930.
Pada 1926, kongres olahraga amatur antarabangsa persekutuan
dicadangkan sebuah jawatankuasa untuk menyusun atur peraturan antarabangsa
untuk lapangan bola baling. Bola baling persekutuan amatur dan antarabangsa
dibentuk pada tahun 1928. Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAHF) telah
memperkenalkan beberapa undang-undang khusus untuk bola baling. Malah ianya
juga bersempena sukan Olimpik pada tahun yang sama. Hal ini memudahkan untuk
mengembangkan sukan ini ke negara-negara lain. Selepas itu, bola baling
persekutuan antarabangsa telah dibentuk pada tahun 1946.
Bidang bola baling bagi lelaki dimainkan pada di Summer Olimpik Berlin
pada tahun 1936 di permohonan khas Adolf Hitler. Ia telah diubah daripada senarai
sukan, untuk kembali sebagai berpasukan bola baling pada tahun 1972 untuk

Summer Olimpik di Munich. Pasukan bola baling wanita telah dikenalkan sebagai
satu sukan di olimpik pada tahun 1976 di Summer Olimpik. Bola baling persekutuan
antarabangsa telah mengadakan kejohanan dunia bola baling lelaki terancang pada
tahun 1938. Kejohanan dunia wanita pula diperkenalkan pada tahun 1957.

Kemuncak,sukan ini telah diterima menjadi salah satu acara sukan Olimpik
yang diadakan pada tahun 1936 di Berlin. Di Malaysia, bola baling diperkenalkan
pada tahun 1976 menerusi pegawai sukan pejabat pendidikan Selangor oleh Lim
Hock Han. Usaha untuk memperkenalkan kepada semua negeri tidak dapat
dijalankan kerana kebanyakkan negeri belum bersedia untuk menerima sukan
tersebut. Sekarang, bola baling telah diterima sebagai acara dalam kalendar sukan
di peringkat MSSM. Permainan ini mendapat sambutan dalam kalangan lelaki dan
juga perempuan.

Sehingga pada 2007 Februari, IHF melaporkan mempunyai 159 orang ahli
persekutuan mewakili kira-kira 1,130,000 pasukan pasukan dan sejumlah 31 juta
pemain, jurulatih, pegawai dan mengadili.
PERATURAN-PERATURAN BOLA BALING.

Semasa permainan dijalankan, pemain dibenarkan menghentikan,


menangkap, melontar, memukul bola dalam sebarang cara dan arah menggunakan
tangan, lengan, kepala, badan , paha dan lutut. Selain itu, Setiap pemain haruslah
memegang bola tidak lebih dari tiga saat sebelum menghantar kepada rakan. Setiap
pemian hanya boleh mengambil tiga langkah maksimum sebelum menghantar
kepada rakan atau pergerakan yang selanjutnya. Pemain juga boleh memindahkan
pegangan bola dari tangan ke tangan. Pemain juga dibenarkan menghantar bola
daripada kedudukan duduk, melutut atau berbaring di atas gelanggang. Pemain juga
boleh menghentikan bola dengan sebelah atau dua belah tangan kemudian harus
menangkapnya tanpa bergerak.

Semasa bermain, pemain tidak dibenarkan menyentuh bola lebih dari sekali
melainkan bola telah terjatuh ke tanah, terkena pemain lain, atau terjatuh ke pintu
gol atau memindahkan pegangan dari sebelah ke sebelah yang lain.Pemain juga
tidak dibenarkan menyentuh bola walaupun tanpa sengaja, dengan kakinya (di
bawah lutut). Setiap pemain tidak boleh menjatuhkan atau menjunamkan badan
untuk mendapatkan bola, iaitu dalam kedudukan berbaring. Pemain juga tidak boleh
menjunamkan badan untuk mengambil bola semasa bola bergolek sepanjang
dataran. Pemain juga tidak boleh dengan sengaja memainkan bola melepasi
kawasan barisan gol. Selain itu, penjaga gol tidak dibenarkan keluar daripada
garisan D.
TEMPOH PERMAINAN BOLA BALING

Umumnya permainan bola baling dijalankan selama dua tempoh 30 min


dengan 10 min rehat. Ada juga permainan bola baling ini dijalankan menggunakan
masa selama dua tempoh 20 min dengan 10 min rehat. Bagi pertandingan peringkat
MSSM, tempoh permainan yang digunakan ialah selama dua tempoh 10 min tanpa
rehat untuk liga manakala dua tempoh 20 min dengan rehat 10 min untuk kalah mati.

Permainan bola baling juga mempunyai tambahan masa untuk kecederaan


dan gangguan. Terdapat juga masa diberikan kepada pemain untuk lontaran penalti
atau lontaran percuma. Jika seri dua tempoh masa 5 min tanpa rehat diberikan.
Undian dijalankan untuk memulakan permainan.

Jika masih seri lontaran penalti sebanyak 5 lontaran diberikan, dan jika masih
seri lontaran “sudden death” dijalankan.

Penentuan permulaan permainan

Permainan dimulakan setelah undian dijalankan dengan cara melambung duit


siling. Pasukan yang menang boleh memilih memulakan permainan atau kawasan
padang. Sebelum permainan dimulakan, pemain hendaklah berada di posisi masing-
masing. Lontaran pertama haruslah dalam masa 3 saat selepas wisel dibunyikan.
Pihak lawan haruslah berada sejauh 3 meter sebelum lontaran pertama dilakukan.
Pasukan yang mula, tidak boleh terus baling menjaringkan gol tanpa memberi bola
kepada kawan terlebih dahulu. Jika mereka lakukan, gol tidak diambil kira.

Keperluan untuk bermain bola baling

Setiap pasukan haruslah mempunyai 12 orang pemain, iaitu 7 pemain asal


dan 5 lagi pemain simpanan. Setiap pemian haruslah memekai pakaian seragam
dan jersinya haruslah dari nombor 1 hingga 12 sahaja. Pakaian yang dipakai
haruslah sesuai untuk permainan bola baling.
Setiap pemain juga harus bersedia dari segi mental dan fizikal. Mereka juga
harus bermain dengan penuh semangat kesukanan serta mematuhi peraturan dan
undang-undang permainan. Setiap pemian juga tidak boleh memakai sesuatu yang
boleh mencederakan diri sendiri atau pihak lawan.

Selain itu, pegawai permaianan (pengadil) haruslah dilantik. Pengadil itu


haruslah dapat diterima oleh kedua-dua belah pasukan. Selai itu, Pengadil tersebut
haruslah berkelayakan untuk mengadili permainan.
PERALATAN YANG DIPERLUKAN

1) Padang
 Keras dan rata
 Berbentuk segiempat tepat
 Panjang 40 m pada garisan tepi dan 20 m lebar pada garisan gol
 2 kali lebih kecil dr saiz padang bola sepak
 Dibahagi dua sama di bahagian tengah
2) Tiang Gol
 Didirikan ditengah-tengah garisan gol di kedua-dua bahagian
kawasan permainan.
 Mengandungi 2 batang tiang tegak pada jarak yang sama dari 2
penjuru kawasan permainan pada jarak 3 meter dan tinggi 2 meter
dan disambungkan oleh sebatang palang 4 segi tepat 8cm panjang
dan 8cm lebar.

3) Bola
 Berbentuk bulat keseluruhannya dan tidak terlalu keras.
 Diperbuat daripada kulit berwarna putih.
 Untuk lelaki (berat bola antara 425g hingga 475g)

(lilitan bola antara 48cm hingga 60cm)

 Untuk perempuan ( berat bola antara 325g hingga 499g)

(Lilitan bola antara 54cm hingga 56cm).

4) 12 pemain
 7 orang sahaja yang bermain dalam sesuatu perlawanan, dan 5
orang lagi menjadi simpanan.
 Boleh digantikan pada bila-bila masa tanpa had
 Penggantian hendaklah diberitahu kepada pengadil dan penjaga
masa
 Pemain hendaklah meninggalkan padang sebelum pengganti
masuk
5) 2 pengadil
 Hendaklah dikendalikan oleh 2 orang pengadil serta seorang
penjaga masa dan seorang pencatat mata.
 Bertanggungjawab mengelolakan permainan daripada pemain-
pemainmula memasuki gelanggang hingga mereka meninggalkan
gelanggang.
 Haruslah memeriksa keadaan tempat bermain sebelum permainan
dimulakan.
 Hendaklah mengira jumlah jaringankan oleh kedua-dua buah
pasukan.
 Jujur dan amanah.
 Penjaga masa juga bertugas mengawal masa pergantungan dan
bersama-sama dengan pencatat kemasukan pemain-pemain.
CIRI-CIRI PEMAIN BOLA BALING

Pemainan bola baling merupakan permainan berpasukan. Oleh itu,


setiap pemain haruslah mempunyai persefahaman dan kerjasama sesama
pemain Ciri-ciri seorang pemain bola baling, yang pertamanya mempunyai
tahap atau tingkat teknik kemahiran yang tinggi . Selain itu, setiap pemain
bola baling juga haruslah mempunyai tahap atau tingkat kecergasan,
kesegaran dan keseimbangan yang tinggi.

Selain itu, setiap pemain juga harus berpengetahuan dan mempunyai


pemahaman menyeluruh akan taktik-taktik permainan. Mereka juga haruslah
mempunyai pendekatan mental yang betul dan wajar. Selain itu, setiap
pemain juga haruslah bersikap positif dan mempunyai semangant kesukanan
yang tinggi. Akhir sekali, sebagai pemain, mereka haruslah mampu bermain
secara berpasukan, kerana bola baling merupakan permainan berkumpulan.
KEMAHIRAN ASAS YANG DIUJI SEMASA BERMAIN BOLA BALING

Semasa bermain bola baling, kemahiran yang diuji adalah berlari,


melompat, melontar (menghantar), menangkap (menerima), mengadang,
mengelecek, pergerakan badan (untuk berpusing, tipu helah dan mengelak)

1. Berlari.

Semasa bermain, pemain haruslah berkeupayaan melakukan larian


mengikut kehendak sesuatu situasi permainan haruslah. Jenis larian yang
diuji semasa bermain ialah larian pecut, larian berhenti tiba-tiba, larian sisi,
larian ke belakang, larian mengejut dan pergerakan lanjutan daripada larian
seperti melompat, membuat hantaran, menjaringkan gol dan sebagainya.
Semasa bermain, harus berlari dalam pelbagai arah dan jarak. Semasa
larian, harus menggunakan bahagian hujung kaki untuk pecut dan membrek,
pergelangan kaki untuk berpusing.

2. Melompat.

Melompat merupakan satu kemahiran yang penting semasa bermain bola


baling. Kemahiran ini diuji semasa pemain melakukan serangan, melakukan
jaringan, mengelakkan dari pertahanan lawan. Pemain haruslah melakukan
kekuatan di bahagian kaki dan hujung kaki untuk mendapatkan lonjakan yang betul
dan efektif

3. Melontar dan Menghantar Bola.

Kemahiran melontar dan menghantar bola sangat penting semasa bermain bola
baling. Hal ini kerana, semasa bermain bola baling, kita sering melakukan hantaran
bola kepada rakan sepasukan kita dan untuk melakukan jaringan.
4. Menangkap.

Menangkap juga merupakan kemahiran yang sangat penting kepada setiap


pemain bola baling. Kemahiran ini juga menguji pengawalan serta memastikan
pergerakan bola, memegangnya dengan kemas, dan memastikan bola terselamat
dalam pegangan untuk melakukan tindakan yang selanjutnya.

5. Mengadang.

Kemahiran ini menguji pemain mengawal pergerakan pemain lawan daripada


meneruskan pergerakan seperti membuat serangan dan akhirnya menjaringkan gol.
Kemahiran ini menguji pemain untuk menghalang dan mengelakkan lawan daripada
melakukan serangan. Selain itu, ia juga menguji pemain merampas bola daripada
kawalan lawan supaya membolehkan pemain memulakan pergerakan menyerang.

6. Mengelecek.

Kemahiran ini menguji pemain menggerakkan bola secara melantun berterusan


ke tanah dengan satu tangan tanpa memegangnya. Pemain harus berkeupayaan
mengawal bola dengan merapatkan bola dengan diri pemain, sambil jejari dibuka
luas untuk menolak bola dengan baik ke hadapan.
7. Pergerakan Badan.

Kemahiran ini membolehkan pemain mengawalan bola dengan baik,


percaya pada diri sendiri dan rakan-rakan sepasukan, pencelahan serta unsur-
unsur tindakan mengejut. Selain itu, kita boleh mengacah melakukan
pergerakan yang boleh mengelirukan lawan. Pemain melakukan sesuatu
pergerakan seolah-olah bersungguh-sungguh, tetapi pada masa yang pantas
mengubah fikiran dan melakukan pergerakan lain.

Peraturan Dan Teknik Mengacah.

Semasa mengacah pemain meletakkan sebelah kaki di hadapan dengan


jarak di antara kedua-dua kai seluas bahu, manakala lutut dibengkokkan.
Seterusnya pemain meletakkan berat badan awal pada kaki kiri di belakangnya
dipindahkan ke kaki kanan di hadapan, serentak itu kedua-dua belah tangan di
angkat .
TEKNIK DAN KEMAHIRAN ASAS

 Teknik Terima Bola

Menerima atau menyumbat bola ialah satu aksi menangkap bola dengan
tangan. Untuk menerima atau mengawal bola, seseorang pemain mesti memberi
perhatian kepada faktor-faktor berikut. Yang pertamanya, haruslah memandang bola
dan juga penghantarnya. Kemudian, hulur tangan ke arah bola yang mendatang.
Selepas itu, temu bola dengan hujung jari dengan kedudukan kedua ibu jari di
belakang bola. Bola haruslah ditangkap dengan jari terbuka. Selepas menangkap
bola, tarik bola ke badan (paras dada) supaya pemain yang lain tidak dapat
merampas bole tersebut. Semasa menangkap bola, kedudukan kaki haruslah
sebelah di depan dan sebelah lagi di belakang dan jarak antara kaki tersebut seluas
bahu. Tukar berat badan dari kaki depan ke kaki belakang apabila bola telah
ditangkap.

 Menerima Bola Sambil Melompat.

Melompat adalah satu kemahiran penting dalam bola baling. Boleh dikatakan
semua pergerakan memerlukan pemain membuat lompatan seperti membuat
hantaran menangkap bola mengadang lawan dan melakukan serangan. Melompat
dalam bola baling bermaksud pemain melakukan kemahiran ini sambil bola ada
pada tangannya.

 Menerima Bola Pada Paras Pinggang.

Semasa menerima bola, kaki sebelah haruslah di depan dan sebelah


lagi di belakang. Jarak antara kaki tersebut haruslah seluas bahu. Semasa
menerima bola, kedua-dua tangan haruslah di buka, dan siku bengkok. Kedua-dua
lutut haruslah di bengkokkan sedikit untuk imbangan dan kawalan badan. Selepas
itu, berat badan berada dikaki depan tetapi dipindahkan ke kaki belakang apabila
bola telah dapat ditangkap. Selepas bola ditangkap, bola tersebut bawa ke
belakang. Semasa menangkap bola, pastikan bola ditangkap dengan menggunakan
jari, dan bukan tapak tangan.

GAMBAR TEKNIK HANTARAN DAN MENERIMA BOLA

Kedudukan pemain untuk menangkap bola


Menangkap bola tinggi

Menghadang lawan

Kedudukan bola untuk melakukan hantaran(lontaran hadapan)


Belakang

Pemain dalam keadaan sedia untuk membuat hantaran


Pergerakan dalam membuat hantaran aras dada

Pemain melakukan hantaran atas kepala


Hantaran atas kepala(dari belakang)
Hantaran lantun

Hantaran aras dada


Kedudukan tangan untuk menangkap bola

Kedudukan jari pada bola

Kedudukan jari(dari belakang)


Menangkap bola rendah
Menangkap bola pada aras dada

Menangkap bola tinggi


KEMAHIRAN

AKTIVITI-AKTIVITI DALAM BOLA BALING

(i) Kemahiran:

 Hantaran
 Menangkap/ menyambut
 Menggelecek
 Melantun
 Mengacah
 Menghadang
 Menjaring
 Menjaga gol

(ii) Aspek-Aspek Keselamatan:

 Latihan yang sistematik


 Mengenal pasti kemampuan tahap dan kecergasan murid semasa
melakukan aktiviti.
 Kesesuaian pakaian
 Persekitaran atau tempat beraktiviti
 Penyeliaan, arahan dan bimbingan
 Perlakuan aktiviti
 Disiplin murid
Murid dapat :

Aras 1
 Melakukan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan aktiviti
kemahiran bola baling.
 Melakukan sekurang-kurangnya enamkemahiran asas dalam
permainan bola baling dengan teknik yang betul dan selamat.

Aras 2
 Mengaplikasi undang-undang dan peraturan asas dalam permainan
bola baling.
 Mengenal pasti otot utama yang digunakan dalam permainan bola
baling.
 Menyatakan sekurang-kurangnya empat kesalahan teknik lakuan
dalam permainan bola baling.

Aras 3
 Mengenal pasti tindakan berbahaya dalam situasi permainan.
 Merancang strategi asas dalam permainan bola baling.
 Melakukan kemahiran dan strategi asas dalam permainan bola baling.
 Membincangkan aspek-aspek ke selamatan yang perlu diambil kira
dalam permainan bola baling.
 Membincangkan undang-undang dan peraturan asas dalam
permainan bola baling.
 Membincangkan kesalahan-kesalahan teknik lakuan dalam permainan
bola baling.
 Membincangkan tindakan berbahaya dalam situasi permainan.
 Menamakan otot utama yang digunakandalam permainan bola baling.
OBJEKTIF

1. Mengetahui maksud komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan


kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan, kuasa, dan kelajuan.

2. Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina
kemahiran motor dan kecergasan fizikal.

3. Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik artistik,


gimnastik irama, gimnastik pendidikan, dan pergerakan kreatif dengan betul dan
selamat.

4. Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi
menjaga keselamatan.

5. Melibatkan diri dan mengamalkan etika sukan yang baik.

6. Mengurus stor alatan sukan serta dapat mengklasifikasi jenis-jenis alatan sukan
dan

7. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana


yang riang dan menggembirakan.
HURAIAN

Sukan Bola Baling di kategorikan di dalam kemahiran luar kawal (open skill).
Kemahiran luar kawal bermaksud, kemahiran yang dibina dalam persekitaran yang
berubah-ubah. Luar kawal bermaksud faktor persekitaran mempengaruhi tindakan
perlakuan individu (pemain). Berdasarkan permainan bola baling, faktor luar ialah
pihak lawan iaitu keupayaan dan strategi yang digunakan oleh pihak lawan. Dengan
kata lain, keupayaan dan strategi yang digunakan pihak lawan adalah tidak dapat
diduga dan ditentukan dan hanya diketahui ketika di dalam gelanggang iaitu ketika
perlawanan sedang berlangsung.

Sebagai contoh, ketika melakukan serangan. Pasukan telah merangka strategi


menyerang yang dibuat ketika latihan dan diharap dapat dilaksanakan ketika di
dalam perlawanan. Namun demikian, strategi bertahan pihak lawan adalah tidak
dapat diduga, dengan itu pasukan perlu melakukan serangan dengan menyesuaikan
rangsangan daripada pihak lawan. Biasanya, serangan dapat dilakukan seperti
biasa , namun masih belum dapat diramal sama ada mampu untuk membuat
jaringan ataupun tidak.

Bagi mengawal faktor luaran yang berubah-ubah, latihan perlu dilakukan


sepenuhnya bagi menguasai sepenuhnya kemahiran-kemahiran yang sepatutnya
dikuasai. Pergerakan-pergerakan lebih pantas perlu dilakukan selain kecekapan
menghantar dan menyambut bola perlu diperkemas. Tindak balas daripada pihak
lawan perlulah dibaca dengan pantas bagi mematahkan serangan pihak lawan.
Dengan ini, faktor luaran dapat dikurangkan dan pemain berupaya mempraktikkan
kemahiran yang sedia ada ketika di gelanggang kelak.
CIRI PERGERAKAN

Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dilakukan terhadap sukan bola


baling ini, terdapat dua daripada tiga ciri pergerakan yang sering diguna iaitu
kemahiran diskrit dan kemahiran bersiri. Kemahiran diskrit merupakan kemahiran
yang mempunyai titik permulaan dan pengakhiran yang spesifik. Kemahiran ini
melibatkan pergerakan yang pantas kerana masa yang terhad.

Di dalam sukan Bola Baling, kemahiran diskrit ini dapat diperhatikan ketika
pemain membuat hantaran-hantaran pantas kepada rakan sepasukan. Hantaran
dilakukan dengan pantas dan tepat bagi membuat serangan balas terhadap pihak
lawan. Selain itu, kemahiran diskrit ini juga dapat dilihat ketika penjaga gol menjaga
gawang gol iaitu ketuka menangkap atau menepis bola. Masa yang diambil untuk
melakukan tangkapan atau tepisan itu amatlah cepet dan singkat. Oleh itu, ia
dipanggil kemahiran diskrit.

Kemahiran bersiri pula bermaksud kemahiran yang dilakukan secara berfasa


hasil cantuman beberapa kemahiran diskrit. Di dalam sukan Bola Baling, kemahiran
bersiri ini dapat dilihat ketika pemain mengambil langkah untuk membuat jaringan.
bermula dengan menyambut bola, pemain mengambil langkah dan melonjak
keudara. Ketika di udara badan berkeadaan sedia dan tindakan menjaring diakhiri
dengan pendaratan yang selamat. Kemahiran diskrit yang digabung ialah
menyambut bola, melompat dan membuat balingan.
Isi Kandungan

Perkara Muka Surat

Penghargaan

Peta Minda

Pengenalan Permainan Bola Baling

Sejarah

Objektif

Asas Permainan Bola Baling

Ciri Pergerakan

Teknik Asas

Gambar Teknik Hantaran dan Menerima

Peraturan dan Undang-undang

Kemahiran Asas

Ciri-ciri Pemain Bola Baling

Peralatan Permainan Bola Baling

Huraian
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Nama: Adilah Mat Hadzir


Nazifah Lang
Nor Mazliza Abdul Malek
Nor Shazyeana Mohamad Saidan
Siti Nur Fauziah Rusli

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah (s.w.t.) atas kekuatan, limpah kasih
sayang dan kurniaan-Nya kerana kami dapat menyelesaikan Keraja Kursus Pendek
ini dalam masa yang telah ditetapkan. Selawat dan salam kepada Rasulullah
(s.a.w.), keluarga dan para Sahabat (r.a.) Baginda kerana atas perjuangan mereka,
Islam dapat dinikmati oleh manusia sampai hari ini.

Jutaan terima kasih dicapkan kepada En. Johan selaku pensyarah


pembimbing yang banyak membantu, memberi teguran serta membimbing penulis
dalam usaha menyempurnakan tugasan ini, walaupun pelbagai rintangan yang telah
dihadapi.

Buat keluarga tercinta, terimalah lafaz kasih sayang dan ucapan terima kasih
yang tidak terhingga atas doa dan dorongan yang diberikan, terutama ayahanda dan
bonda serta adik-beradik yang dikasihi. Segala jasa dan bakti kalian diiringi dengan
seribu doa dalam menempuh liku-liku perjalanan kehidupan ini. Teristimewa buat
rakan-rakan seperjuangan terutama PISMP Pendidikan Khas 4 Jan 2009. Tidak lupa
juga kepada rakan yang lain kerana segala bantuan dan sokongan yang diberikan
tidak terbalas oleh kami di dunia ini. Segala pengalaman pahit manis bersama tidak
akan dilupakan.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

KERJA KURSUS PENDEK

GERKO (WAJ3109)

BOLA BALING

NAMA : ADILAH MAT HADZIR

NAZIFAH LANG

NOR MAZLIZA ABUL MALEK


NOR SHAZYEANA MOHAMAD SAIDAN

SITI NUR FAUZIAH RUSLI

UNIT : PISMP PEND. KHAS 4 JAN 09

MATA PELAJARAN : GERKO(BOLA BALING)

NAMA PENSYARAH : EN. JOHAN

You might also like