You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHUNG HUA, SIBU

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL KALI KE -1/2009

Tarikh : 10.01.2009
Hari : Sabtu
Masa : 9:00 pagi
Tempatan : Kelas 4A
Kehadiran : Semua guru-guru P. Moral .

AGENDA PERKARA TINDAKAN


1.0 Kata Alu-Aluan 1.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih dan Ketua
selamat datang terutama kepada guru-guru baru Panitia
dalam Panitia Pendidikan Moral.

2.0 Pencatat Minit 2.1 Puan Zainab dilantik sebagai pencatat minit
Mesyuarat mesyuarat.

2.2 Bahan Edaran

- Agenda mesyuarat sebagai panduan dan rujukan.


- Borang biodata – perlu dilengkapkan dan dihantar
selewat-lewatnya Jumaat minggu hadapan.
- Borang rumusan guru yang mengajar serta kelas
yang diajar dilengkap dan dihantar segera.
- Carta organisasi – panitia memerlukan dua orang
penolong ketua panitia dan seorang setiausaha iaitu

Pen. Ketua Panitia sessi pagi – Pn. Azura Esha


Pen. Ketua Panitia sessi petang – Pn. Zainab Aris
Setiausaha – En. Azman Idi

2.3 Jumlah guru yang mengajar Pendidikan Moral Pada


tahun ini 16 orang.

3.0 Proses P&P 3.1 Buku teks dan panduan


- Panitia kekurangan buku panduan bagi guru
tingkatan 1 dan cuba mendapatkanya.
- Buku kerja tingkatan 4 belum sampai lagi.
- Huraian sukatan pelajaran dan rancangan
penggalan telah diserahkan kepada setiap guru
menurut tingkatan.
- Contoh rancangan harian ada diserahkan juga
dalam lampiran sebagai panduan dan rujukan.

3.2 Penguasaan nilai dan definisi nilai harus


ditekankan kepada semua murid terutama di
tingkatan 1, 2 dan 3.
- Murid – murid tingkatan 4 dan 5 mesti menguasai
nilai, definisi dan teknik menjawab soalan
pendidikan Moral.
AGENDA PERKARA TINDAKAN
3.3 Semakan Latihan
- Guru perlu menyemak latihan murid dan
menyediakan senarai nama murid .
- Guru tingkatan 4 dan 5 perlu menyemak
latihan dua kali sebulan dan menghantar
tugasan murid kepada ketua panitia untuk
disahkan serta diselaraskan. Guru perlu
meyediakan senarai semak bagi setiap murid
berserta tarikh penyemakan.

4.0 Pertandingan 4.1 Projek bermula Mac hingga Mei.


Hadiah Hari Guru - Hadiah berasaskan bahan-bahan boleh kitar
semula.
- Hadiah dibuat secara individu.
- 5 hadiah terbaik akan dipilih dan diserahkan kepada
pengetua, penolong Kanan 1, Penolong HEM,
Penolong Kanan KK dan guru tingkatan.
- Nama lima murid yang membuat hadiah terbaik
akan dicatat dalam borang dan diserahkan Ketua
panitia untuk diberikan hadiah.
- Puan Tiong Ing Hee dilantik untuk menganggarkan
perbelanjaan dan menguruskan pembelian hadiah
kepada murid-murid yang menang.

5.0 Peperiksaan Dan 5.1 Kertas soalan peperiksaan


Ujian - Soalan digubal mengikut giliran seperti dalam jadual
yang diedarkan.
- kertas soalan perlu disediakan awal dan disemak
sebelum dicetak. Guru m/p
- Satu salinan berserta skema jawapan perlu diserah
kepada Pn Zainab ( sessi petang ) dan Pn. Mahliza
( sessi pagi ).
5.2 Pemarkahan bagi akhir semester 1 merangkumi
50% ujian bertulis, 20% projek dan 30% sahsiah
murid.
- Bagi akhir semester 2 hanya Ting 1,2 dan 4 sahaja,
Pemarkahan merangkumi 70% ujian bertulis dan
30% sahsiah murid.
- Bagi Ting 5 Pep. Percubaan SPM 1 dan 2 , markah
dan gred sebenar perlu diserahkan kepada guru
kelas.

6.0 Folio (Ting 4 & 5) 6.1 Setiap murid perlu menyiapkan folio sebagai kerja
Kursus kertas Pendidikan Moral 1225/2.
Semua bukti disimpan di tempat selamat. Guru Ting 4
6.2 Borang folio, sahsiah dan rumusan perlu
dilengkapkan oleh guru semasa tingkatan 4.

6.3 Kerja kursus bermula Mac 2009 sehingga April


2010.

AGENDA PERKARA TINDAKAN


7.0 Headcount 7.1 Graf headcount hanya dibuat untuk tingkatan 4 dan
5 sahaja.
- Bagi tingkatan 1,2 dan 3, guru hanya perlu
mengisi markah ujian dan peperiksaan dalam
borang baru yang akan disediakan.

8.0 Fail Tingkahlaku 8.1 Borang sahsiah.


- Borang sahsiah perlu dilengkapkan bagi tingkatan
1,2 dan 3 serta ditandatangani oleh guru yang
berkenaan.
- Gred tingkahlaku mesti ditulis dalam buku laporan Guru m/p
akademik murid di akhir semester 1 (ting 1,2,3,4
dan 5) dan akhir semester 2 bagi ting. 1,2 dan 4.

9.0 Perkara 9.1 Ada guru mencadangkan lampiran huraian definisi


Berbangkit nilai mesti diberikan kepada semua di tingkatan 1.
Murid disaran untuk menyimpan lampiran ini
sehingga tingkatan 5.

9.2 Ketua panitia mengingatkan guru-guru untuk


memastikan murid bertingkahlaku baik semasa P&P
sebab sahsiah mereka akan dinilai dan diberi
markah sepanjang masa.

9.3 Bagi mengatasi kelemahan penguasaan nilai pada


ting 4 dan 5. Guru di tingkatan 1,2 dan 3 diminta
menguji penguasaan definisi nilai dan kata kunci di
dalam satu borang yang disediakan sebanyak 2
pusingan ( semester 1 dan 2 ). Nilai ditanda aras Guru ting
dengan jumlah markah. 1,2 dan 3

Oleh sebab tiada perkara berbangkit, mesyuarat ditangguhkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

___________________ ___________________
( Pn. Zainab Aris ) ( Mahliza Ali )
Pen. Ketua Panitia P.Moral Ketua Panitia P.Moral
( sessi petang ) SMK CHUNG HUA.
SMK CHUNG HUA.

You might also like