You are on page 1of 3

Bahan-bahan

3 1/2 sudu kecil yis segera(mauripan)

1/4 cawan air

2 biji telur

1 1/2 cawan susu segar yg dipanaskan sedikit

1/2 cawan gula

1 sudu kecil garam

1/3 cawan butter / majerin

5 cawan tepung gandum

Minyak secukupnya

Cara-cara

1. Masukkan air dan mauripan ke dalam mangkuk yang besar, biar 5 minit dan biarkan
berbuih.
2. Masukkan susu, gula, garam, telur, butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati.
Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga
permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
3. Tutup mangkuk dengan kain lembab dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali
ganda.
4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci.
Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter , bahagikan doh kepada
beberapa bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lubang ditengah-tengah dengan jari.
5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali
ganda.
6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang
keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
7. Toskan minyak. Salut dengan icing semasa donut itu masih panas.
Bahan-bahan ( 8 biji )

 300g tepung gandum


 6g baking powder
 2g garam
 162g air suam
 6g dry yeast
 30g gula halus
 18g lemak sayur

Cara-cara

1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
5. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.

6.

Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau
tinggal lubang, maknanya doh dah naik.

7.
Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
Rehatkan selama 10 minit.

8.

Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.

9. Utk inti tu, boleh rujuk resepi pau dr mat gebu or pau kari ayam dr jun atau boleh juga
letak apa saja inti ikut kesukaan masing-masing.

10.

Saya letak inti krim coklat dan juga sardin. (Abihkan stok yg ada sebenarnya ni.. so takde
sukatan yg spesifik utk inti)

11. Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
12. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup
kukusan.

Tag

You might also like