You are on page 1of 31

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBLS 2103:PENGENALAN AGROTEKNOLOGI


SEMESTER SEPTEMBER 2010
ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja. Anda boleh menjawab sama
ada menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
2. Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 dengan menggunakan saiz font 12
“Times New Roman” dan langkau baris 1.5.

3. Tugasan anda hendaklah diserahkan kepada tutor sebelum atau selewat-lewatnya


pada tutorial ke 4 (empat)

4. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada spesifikasi rubrik yang disertakan
di dalam soalan tugasan.

5. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan


persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan
bukti yang tepat dan relevan.

6. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.


SOALAN TUGASAN
Anda telah diminta oleh pihak sekolah untuk menyediakan sebuah taman di kawasan sekolah
yang menggabungkan tiga elemen iaitu pokok-pokok hiasan, sayur-sayuran dan ikan hiasan.
Sediakan satu kertas cadangan kepada jawatankuasa Keceriaan sekolah. Dalam penyediaan
kertas cadangan tersebut, perkara-perkara berikut haruslah disertakan:

i. Pengenalan

ii. Rasional pemilihan dan jenis-jenis:

a. Pokok hiasan

b. Sayur-sayuran

c. Ikan Hiasan

iii. Lukisan pelan induk taman

iv. Sertakan gambar-gambar contoh taman yang telah dilawati sebagai rujukan dan
panduan dalam perancangan taman anda.

v. Spesifikasi pengurusan dan penyenggaraan taman yang merangkumi

a. Penjagaan pokok hiasaan

b. Penjagaan sayur-sayuran

c. Penjagaan dan pengurusan ikan hiasan

)markah 30(
PENGENALAN
TUJUAN
Cadangan pembangunan untuk menyediakan sebuah taman di kawasan sekolah yang
menggabungkan tiga elemen iaitu pokok-pokok hiasan, sayur-sayuran dan ikan hiasan di
kawasan Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar ,Masjid Tanah Melaka.

MATLAMAT
1. Merancang penyediaan lanskap meliputi keperluan ‘softscape’ and
‘hardscape’ dalam pembinaan taman di sekitar kawasan sekolah.

2. Menonjolkan imej serta identiti Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar yang
menjadikan suasana pembelajaran murid adalah berasaskan Pembelajaran di Dalam
Taman.

3. Memelihara dan memelihara flora dan fauna yang terdapat di kawasan


tapak terutamanya spesis yang hampir pupus dan sukar ditemui seperti

4. Menambah nilai estetik sekolah ini terutama kepada para ibu bapa serta pelawat yang
melawat ke sekolah ini.

OBJEKTIF
Projek ini adalah bertujuan untuk menyediakan sebuah taman yang berinformasi (mesra
pelajar) di samping memelihara dan memulihara unggas dan tanaman asal yang mungkin
pupus ditelan arus pembangunan..Ianya juga dapat menyediakan tapak untuk murid-
murid lebih mengenali pokok-pokok hiasan ,jenis-jenis ikan hiasan dan sayur-sayuran
yang mungkin sebelum ini mereka tidak pernah temui.
LATAR BELAKANG PROJEK DAN TAPAK

NAMA PROJEK
Cadangan pembinaan taman bunga di kawasan Sekolah Kebangsaan Ramuan China
Besar.

LOKASI

Tapak lokasi terletak di satu kawasan lapang yang dahulunya dikenali sebagai Dataran
Juara

KESESUAIAN LOKASI

1. Kawasan ini telah terbiar dengan agak lama dan telah berlaku sedikit hakisan tanah
terutama selepas hujan , tanah-tanah tadi akan dihanyutkan air dan sedkit demi sedikit
membawa kepada hakisan yang teruk.Cadangan untuk menanam tumbuhan hortikultur
terutama tumbuhan penutup bumi seperti rumput turf ,Arachis pintoi dan ros Jepun
boloeh menutup bumi dengan baik dan mengelakkan hakisan dari berlaku.

2. Terdapat sebuah kolam lama di tengah-tengah kawasan projek yang akan di baik pulih
serta sesuai untuk penternakan ikan-ikan hiasan.

3. Memandangkan kawasan projek sebelum ini agak panas ,maka dengan menanam
tumbuhan hiasan ini dapat menyekat pancaran matahari terik dan dengan ini dapat
menyejukkan persekitaran.

4. Keadaan topografinya yang rata dan rendah serta cuaca yang berangin
membuatkan tapak ini sesuai sebagai tempat untuk murid-murid berehat serta dapat
membuat aktiviti luar di kawasan ini.
SKOP PROJEK DAN CADANGAN
Projek ini bakal menggabungkan antara tiga elemen iaitu pokok-pokok hiasan , sayur-
sayuran dan ikan hiasan.Ketiga-tiga elemen ini akan berfungsi di dalam mewujudkan
suasana flora dan fauna di samping memberikan suasana santai di kalangan murid dan
guru apabila berada di dalam kawasan taman ini.Rasional pemilihan jenis-jenis ketiga-
tiga elemen ini adalah seperti berikut:

1. Pokok Hiasan

BIL NAMA/JENIS GAMBAR CONTOH RASIONAL

1. Rumput turf Rumput Turf akan di gunakan


sebagai penutup bumi.Ianya bukan
sahaja dapat mengindahkan suasana
malah dapat menghalang hakisan
tanah daripada berlaku.

2. Pokok Jenjarum Pokok Jenjarum ini adalah


(Ixora Javanica) tumbuhan renek yang hidup rendah
di atas permukaan bumi.Ianya
berbunga dengan cantik dan sesuai
ditanam di sekeliling taman.

3. Pokok Palma Kipas Pokok Palma ini merupakan


Tumbuhan Pinggiran Jalan yang
(Licuala Grandis)
terdiri daripada pokok – pokok
besar yang boleh memberi teduhan
kepada murid-murid yang ingin
berteduh atau berehat di
bawahnya.Akarnya pula tidak
merosakkan jalan serta daun dan
bunganya tidak mengotorkan jalan.
4. Akar Dani Pokok Akar Dani ini merupakan
(Quisqualis indica)
Tumbuhan Memanjat yang sesuai
di tanam bagi memanjat kayu-
kayu sokongan yang dinina dalam
bentuk para.Pokok ini akan dapat
memberi teduhan yang baik dan
boleh menghiaskan kawasan –
kawasan pejalan kaki.Pokok ini
juga mengeluarkan bunga-bunga
yang menarik.

5. Teratai Pokok Teratai boleh tumbuh


dengan baik di dalam kolam.Ianya
bukan sahaja cantik malah dapat
menjadi tempat untuk ikan-ikan
hiasan mendapatkan makanan.
Teratai termasuk tumbuhan yang
hidup di air (hidrofit). Daun teratai
umumnya berbentuk bulat. Ada
jenis teratai yang diameter
daunnya mencapai 1-2 meter.
Daun yang lebar ini memudahkan
penguapan air serta fotosintesis.
Tanaman teratai tumbuh dari dasar
air. Tangkai daun cenderung
tumbuh menjalar, sehingga helai
daun selalu terlihat mengapung.
Tangkai bunga cenderung tumbuh
tegak sehingga bunga teratai dapat
muncul dan menyembul dari
permukaan air. Akar tanaman
teratai tumbuh di dasar air
batangnya berada di dalam air.
Bunga teratai memiliki banyak
lapisan kelopak.
2. Sayur- sayuran

Objektif untuk menanam sayur-sayuran di dalam taman ini adalah bertujuan untuk
mendedahkan murid-murid tentang kepentingan sayuran tanpa mengira peringkat
umur.Selain daripada membekalkan vitamin sayur-sayuran juga dapat meneutralkan
bahan-bahan berasid yang dikeluarkan semasa penghadaman daging dan lain-lain
makanan.
Murid-murid juga bakal didedahkan tentang proses penanaman , cara pengurusan
dan cara pemugutan hasil tanaman.
Untuk kertas kerja ini , kami telah merancang untuk menanam sayur-sayuran
daripada Jenis Daun, Jenis Buah dan Jenis Akar.

Rasional pemilihan adalah seperti berikut :

BIL. JENIS NAMA GAMBAR CONTOH


SAYURAN SAYURAN RASIONAL

1. Sayuran Sawi Hijau Kebaikan sayur-sayuran


Daun tidak terhingga. Pertama,
ia rendah lemak, kalori dan
natrium serta tidak
mengandungi kolesterol.
Selain itu, sayur-sayuran
juga mengandungi
vitamin, mineral, serat,
karoteinoid dan bahan bio-
aktif (dipanggil sebagai
bahan fitokimia).
Kailan Kailan merupakan sejenis
sayur daun yang bernilai
sederhana tinggi dan
digemari ramai. Ia
dipercayai berasal dari
kawasan Mediteranean,
tetapi kini ditanam di
kebanyakan negeri
beriklim tropika dan
sederhana.
Di Semenanjung Malaysia,
kawasan pengeluar utama
kailan ialah Johor diikuti
oleh Melaka, Perak dan
Pulau Pinang.

2. Sayuran Kacang Kaya vitamin C, mineral


dan nutrien. sayuran hijau
Buahan Panjang
membantu dalam
menguatkan imunisasi
badan serta kesihatan mata
dan kulit

Cili ialah sejenis sayuran


berbuah yang popular di
kalangan penduduk
Cili
Malaysia. Ia dipercayai
berasal dari Mexico dan
Amerika Selatan, tetapi
sekarang ditanam disemua
negeri beriklim tropika.
Cili yang dikenali juga
sebagai lada atau cabai,
kebanyakannya ditanam
dikawasan tanah rendah
Keledek merupakan
sejenis sayuran berubi
3. Sayuran Keledek
yang kaya dengan
Akar
karbohidrat dan karotena.
Dipercayai berasal dari
Amerika Tengah dan dari
barat laut Amerika Latin

3. Ikan Hiasan

Ikan Hiasan merupakan satu identiti bagi mewujudkan situasi menarik bagi sesebuah
taman. Dalam pada itu dapat mendedahkan murid-murid tentang perasaan sayang
terhadap hidupan fauna. Di samping itu juga , murid-murid dapat mengenali sifat-sifat
sebenar ikan-ikan hiasan.
Untuk projek ini , ikan-ikan hiasan akan dipelihara di dalam kolam yang terletak di
tengah-tengah taman.Kolam berbentuk sfera ini akan dipenuhi dengan ikan – ikan
daripada jenis ikan air tawar iaitu ikan koi.
Rasional pemilihan bagi ikan jenis ini adalah seperti berikut :

BIL JENIS CONTOH GAMBAR RASIONAL PEMILIHAN


Ikan Koi merupakan sejenis ikan
1. Ikan Koi kap yang banyak dipelihara sebagai
ikan hiasan kerana sifatnya yang
lemah lembut. Ia hampir
menyerupai ikan Emas dan memang
dalam famili yang sama dengan
ikan Emas.Jenis Ikan Koi Terdapat
banyak sekali jenis ikan koi, tiga
antaranya yang sangat terkenal
disebut Gosanke.
PELAN KEDUDUKAN TAMAN

CADANGAN
TAPAK
TAMAN

Jalan

Makmal Komputer

Padang

Bangunan Sekolah
PELAN INDUK TAMAN

Pokok Jenjarum
Pokok Palma Kipas
Gondola
Kolam Ikan Hiasan

Sayur

Pintu Masuk

Sayur

Batu Rawatan Kaki Titi Kolam


Sayur

Pokok Palma Kipas


Rumput Penutup Bumi

Maklumat Sokongan
(Sorotan tinjauan ke taman)

Gambar Lokasi / Maklumat

Lokasi :

Jenis Tanaman:

Maklumat:
SPESIFIKASI PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN

a.) Penjagaan pokok hiasan

b.) Penjagaan sayur-sayuran

c.) Penjagaan dan pengurusan ikan hiasan

Penjagaan pokok hiasan


Tumbuhan hiasan akan tumbuh lebih sekata jika ditanam pada satu batas yang disediakan
dengan betul. Untuk menanam pokok – pokok hiasan di dalam taman ini kami bercadang untuk
menanam secara bekumpulan atau sekelompok.

1) Tanah – tanah akan digemburkan terlebih dahulu sedalam 30 cm.

2) Batas dinaikkan setinggi 15 hingga ke 30 cm tinggi.Selain itu ditambah dengan bahan-


bahan pembaikan tanah.

3) Campuran baja NPK 10-10-10 sebanyak 0.45 kg bagi setiap kaki persegi luas batas
boleh digunakan.

4) Anak pokok akan ditanam mengikut cara menanam pokok secara tunggal .

5) Permukaaan tanah akan ditutup dengan beberapa sentimeter sungkupan untuk


menghalang pertumbuhan rumpai dan mengawal kelembapan.

6) Batas seterusnya akan disiram dengan sama rata.

Kebanyakkan tanaman hiasan dalam landskap memerlukan penjagaan untuk terus hidup sihat
dan menarik. Penyiraman , pembajaan ,pemangkasan ,sungkupan dan kawalan perosak serta
penyakit yang teratur adalah penting dalam proses pengurusan landskap yang bagus.

1) Penyiraman dan Sungkupan

a) Penyiraman

Tumbuhan memerlukan cukup air semasa awal pertumbuhan. Namun apabila ia telah
sempurna tumbuh ,tanaman boleh hidup tanpa siraman selama beberapa hari malah
berminggu-minggu.

Tanda tanaman yang kekurangan air boleh kita dapati daripada melihat daun nya yang mula
layu dan warnanya semakin pudar.Oleh yang demikian ,penyiraman perlu dilakukan
sekurang-kurangnya dua ke tiga kali seminggu pada musim kurang hujan ataupun di
tempat-tempat yang terlindung daripada hujan.

b) Sungkupan

Ia adalah merupakan proses penutupan permukaan tanah di sekeliling pangkal pokok


dengan bahan-bahan seperti rumput kering , lalang kering ,jerami padi dan plastik hitam.

Sungkupan dilakukan bertujuan untuk pokok tidak perlu disiram selalu.Ia juga
dapatmenghalang pertumbuhan rumpai , mengelakkan penyakit bawahan tanah tertentu
terutama pada daun dan menstabilkan suhu tanah agar akar terlindung daripada suhu yang
ekstrim. Selain itu bahan organik pada tanah akan bertambah jika bahan organik digunakan
sebagai sungkupan.

1) Membaja dan Memangkas

a) Membaja

Pembajaan adalah sangat penting bagi mengekalkan unsur-unsur nitrogen , fosforus ,


kalium dan sebagainya kepada tanaman. Terdapat pelbagai bentuk baja di pasaran dan
dalam pelbagai bentuk sama ada bentuk debu , cecair , bebutir ,kapsul ,pellet dan
sebagainya.Baja berbeza dari segi kandungan dan kadar pelepasan nutriennya.Jenis baja
dipilh bukan sahaja berdasarkan kos malah perhatian juga perlu diberikan terhadap jenis
pokok yang hendak dibaja,kandungan nutrien yang sedia ada di dalam tanah dan bentuk
pertumbuhan yang diinginkan.

Cara Melakukan Pembajaan

Menabur Alur Poket Suntikan


Membaja
 Tabur baja di bawah sudut pokok.
 Gembur tanah supaya baja mudah bergaul dengan tanah dan siram.

Alur
 Letakkan baja di dalam alur kecil yang digali di bawah hujung kanopi di
sekeliling pokok.
 Kambus semula alur dan siram.

Poket
 Gali lubang – lubang kecil di bawah kanopi di sekeliling pokok jarak di antara 45-
60 cm dan kedalaman lubang lebih kurang 15 cm.
 Letak baja di dalam lubang , kambus semula dan siram.

Suntikan
 Untuk keadaan tertentu sekiranya akar pokok telah rosak dan tidak dapat
mengambil baja dengan baik.
 Lubang boleh ditebuk pada batang dan masukkan baja kapsul ke dalam lubang.
 Baja cecair boleh disuntik dengan alat khas ke dalam lubang.

Memangkas

Bermaksud memotong bahagian –bahagian tertentu tumbuhan. Bertujuan untuk :


 Mendapatkan sesuatu bentuk atau saiz yang diingini.
 Membuang dahan atau ranting yang mati , rosak atau berpenyakit.
 Menggalakkan pertumbuhan baru yang cergas.
Potong berhampiran dengan (a) tunas, (b) cabang sisi, dan (c)
Batang utama.Jangan tinggalkan tunggul

Perlindungan Tanaman

a) Kawalan Rumpai

Rumpai boleh dikawal secara mekanikal iaitu menggunakan tangan, sungkupan atau
secara kimia dengan menggunakan racun rumpai.Racun rumpai pracambah digunakan
untuk mengawal rumpai diperingkat awal sebelum percambahn biji benih rumpai.

b)Perosak dan Penyakit

 Gunakan bahan tanaman yang tidak mudah diserang serangga perosak atau
penyakit.
 Mengikuti program pengurusan yang betul untuk menjamin kesihatan tanaman.
 Awasi tanaman secara berkala.Mengesan awal penyakit dapat menyelamatkan
Pokok

Pengurusan Sayur-Sayuran

Sayuran sangat penting kepada manusia kerana ianya membekalkan vitamin, garam
mineral, protein, karbohidrat dan lemak.
Jenis Sayur-sayuran
Sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada empat jenis utama mengikut bahagian-bahagian
makanan.
Jadual Jenis Sayur-Sayuran
Bil Jenis sayuran Contoh
1 daun bayam, sawi bunga, sawi putih, kobis dan
kangkung
2 kekacang kacang botor/kelisa, kacang buncis, kacang
tanah dan kacang panjang
3 buah bendi, cili, kundur, terung, petola, timun,
tomato
3 akar / umbisi halia, lobak putih, lobak merah, ubi
keledek, ubi sengkuang, keladi

Pemilihan Tapak
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak pertanian antaranya
termasuklah berhampiran dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan proses
pemasaran.Berhampiran dengan sumber air bagi memudahkan penyiraman dan mencuci
sebelum pasaran dilakukan.Di kawasan yang luas dan lapang supaya cahaya matahari
terkena terus kepada tanaman bagi tujuan fotosentisis dan akar pokok tidak bersaing
untuk mendapatkan air dan nutrien.

Penyediaan tapak
Tanah akan terjejas jika mempunyai sifat seperti berikut:
 Kandungan nutrien yang rendah – kawasan tropika sering mengalami kadar
proses luluhawa dan larut resap menyebabkan kandudngan nutrien tanah tidak
mencukupi.
 Keadaan tanah berasid – tanah asid sulfat dan tanah gambut ialah dua jenis tanah
yang bermasalah di Malaysia kerana pH yang lebih rendah. Tanah asid sulfat
kurang subur dan tanaman yang ditanam di tanah ini biasanya mengalami
ketoksidan aluminium, ferum dan mangan. Tanah gambut bermasalah kerana
kekurangan beberapa mikronutrien seperti kuprum, mangan, zink, ferum,
molibdenum dan boron.
 Tanah berlempung – mengandungi tanah liat yang tinggi. Tanah ini menjadi lekit
apabila basah dan berketul bila kering. Kadar saliran dan kadar peresapan air
sangat rendah.
 Tanah berpasir – tanah berpasir seperti tanah bekas lombong dan tanah Bris
mengalami saliran lampau sehingga kandungan air tidak mencukupi .Tanah
ini tidak mempunyai struktur yang boleh memegang tumbuhan dan kurang daya
penahanair dan pH tanah jenis ini adalah antara 4.3 hingga 5.8.

Secara umumnya tanah untuk sayuran hendaklah mengandungi tanah peroi, mempunyai
saliran yang baik, menyimpan nutrient, kelembapan yang sederhana dan tidak terlalu
berasid.
Penyediaan batas
Kawasan pertanian yang dipilih perlu disediakan untuk tujuan penanaman sayur-sayuran
seperti :
 Membuang rumpai dan batu batan
 Membakar rumpai bagi mengelakkan serangga perosak dan penyakit membiak.
Abunya boleh digunakan sebagai baja. Rumput yang kering pula boleh digunakan
sebagai sungkupan.
 Gali dan terbalikkan tanah sedalam 25-30 cm bagi tujuan menggembur tanah,
membunuh haiwan perosak dan akar-akar rumpai.
 Gemburkan tanah kepada gemburan yang lebih halus bagi memperbaiki saliran
dan pengudaraan tanah.
 Bina batas samada batas rata dengan ketinggian 15 – 25 cm atau batas tunggal
berketinggian 20 – 25 cm.

Sungkupan
Sungkupan bermakna penutupan batas dengan bahan-bahan yang sesuai seperti rumput
yang dipotong, daun, pelepah dan kompos. Lapisan sungkupan mestilah jangan terlalu
tebal sebab ia akan mengelakkan anak benih dari bercambah dan menggalakkan haiwan
perosak dan penyakit.
Sebab-sebab sungkupan diperlukan adalah untuk;
 mengurangkan suhu tanah: – suhu tanah yang tinggi menyebabkan sejatan yang
keterlaluan dan juga membunuh hidupan tanah yang berguna.
 menjaga tanah supaya sentiasa lembab: - air yang dipelihara akan didapati oleh anak
benih dan hidupan tanah.
 mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat:- tumbesaran akar adalah sukar
dan hidupan tanah mendapati sukar untuk hidup di dalam tanah yang keras dan padat.
 mengelakkan tumbesaran rumpai
.
Pemilihan biji benih
Pemilihan biji benih perlu dilakukan dengan sempurna dan teliti bagi menjamin kadar
percambahan dan pertumbuhan anak benih yang sihat seterusnya membawa pulangan
yang tinggi.
Ciri-ciri biji benih yang baik
 Besar dan berisi penuh supaya anak benih sihat.
 Cukup matang dan bernas supaya kadar percambahan tinggi.
 Bebas dari haiwan perosak dan penyakit agar peratus percambahan menjadi tinggi.
 Tidak rosak atau cacat.
Kaedah penyimpanan biji benih sayur-sayuran
 Keringkan biji benih supaya tidak bercambah dan tidak diserang penyakit.
 Simpan di dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan serangan haiwan perosak.
 Labelkan biji benih supaya mudah dikenali.
 Simpan ditempat yang kering dan sejuk bagi mengelakkan kerosakan.
 Gaulkan racun serangga dan racun kulat bagi mengelakkan

Penyemaian biji benih


Cara menyemai biji benih adalah bergantung kepada saiznya. Terdapat tiga cara
penyemaian:

Semaian terus biji benih besar


 Semaian terus secara tetap pada jarak yang tertentu.
 Sebelum menyemai biji benih peraturan berikut perlu di patuhi :
 Rendamkan biji benih seharian untuk mempercepatkan percambahan
 Tanam sebiji atau dua biji selubang
 Selepas bercambah, lakukan penjarangan.

Semaian terus biji benih kecil


Menyemai sayuran berbiji benih kecil seperti jenis daun, cili tomato, terus dan lain-lain
boleh menggunakan dua cara:

Semaian terus ke batas tetap.


 Kaedah alur - buat alur yang cetek dengan jarak tertentu
 Tabur sedikit ke alur dan timbuskan sedikit dengan tanah.
 Beri perlindungan (sungkupan) dan air.
 Selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak
tertentu.
 penjagaan anak benih lebih mudah

Menyemai cara semai tabur


Teknik menyemai secara semai tabur adalah seperti berikut,
 tabur biji benih atas batas dan timbus dengan lapisan tanah yang nipis.
 beri perlindungan (sungkupan) dan air.
 selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu.

Penjarangan
Satu proses pembuangan anak benih / pokok yang tumbuh terlalu rapat di antara satu
sama lain. Sebab-sebab penjarangan adalah untuk mengurangkan anak benih/ pokok
bersaing untuk mendapatkan cahaya, air dan nutrien. Disamping itu untuk menentukan
tumbesaran yang sekata dan hasil yang tinggi. Penjarangan dilakukan dengan mencabut
pokok atau memotong batang dengan pisau yang tajam.

Menyulam
Satu proses mengubah anak benih di bahagian yang terlalu jarang di antara anak pokok.
Sekiranya anak pokok terlalu jarang di batas atau tapak penanaman, akan berlaku
pembaziran tempat dan akan merendahkan pengeluaran hasil serta kos akan meningkat.
Adakalanya terdapat juga anak benih yang tidak bercambah, mati, diserang perosak,
terbantut tumbesaran atau tidak sihat, anak benih ini perlu dibuang dan diganti. Proses ini
dinamakan Penyulaman Anak Benih.

Penanaman
Panaman adalah penting bagi mengurangkan persaingan dan juga untuk memudahkan
kerja penjagaan. Berikut adalah beberapa sistem yang biasa diigunakan dalam
penanaman.

Mengubah
Proses menanam semula anak benih/pokok ke tempat yang lain. Biasanya anak benih dari
batas semaian diubah ke batas tetap.

Teknik mengubah anak benih adalah seperti berikut ;


 Segarkan anak benih sebelum diubah
 Lakukan waktu pagi atau petang
 Siram batas semaian untuk lembutkan tanah dan untuk mengelakkan dari tanah pecah
semasa mengubah.
 Dengan menggunakan sudip, cungkil tiap-tiap anak benih dengan ketul tanah di
sekeliling akar.
 Mesti dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar.

Naungan
Naungan perlu diberikan kepada anak benih muda atau baru diubah untuk mengurangkan
pancaran cahaya matahari yang terik ke atas anak benih. Cahaya matahari yang terik
mungkin menyebabkan anak benih layu dan mati. Naungan dapat mengelakkan timpaan
hujan yang terus ke atas anak benih muda yang akan merosak atau menghanyutkan anak
benih.
Bahan-bahan biasa yang digunakan untuk naungan ialah pelepah kelapa, lalang/rumput
yang dipotong, kertas plastik dan jaring. Naungan janganlah terlalu tinggi kerana cahaya
matahari yang terik dan air hujan boleh masuk menerusi tepi naungan. Naungan haruslah
sedikit demi sedikit dibuang ketika anak benih membesar. Ini akan membolehkannya
menerima cahaya matahari untuk membina makanan.

Penjagaan tanaman sayuran


Penjagaan tanaman sayuran meliputi aktiviti berikut:

Menyiram
Penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari iaitu disebelah pagi dan petang. Penyiraman
penting bagi membantu melarutkan nutrien di dalam tanah untuk diserap oleh akar
pokok. Disamping itu juga air diperlukan oleh tumbuhan untuk kesegahan sel-sel dan
juga untuk kesegaran tumbuhan. Siraman jangan dilakukan terlalu kuat sehingga
merosakkan anak benih dan menghanyutkan tanah. Untuk tujuan itu kita perlu
menggunakan penyiram yang mempunyai lubang siraman yang halus.

Merumput
Rumpai adalah semua jenis tumbuhan yang tidak dikehendaki. Merumput adalah untuk
mengelakkan persaingan diantara rumpai dengan sayur-sayuran dalam mendapatkan
nutrien, air, cahaya dan ruang. Merumput juga dapat memusnahkan tempat tinggal dan
tempat perosak dan agen penyakit. Pengawalan rumpai hendaklah dilakukan semasa
penyediaan tanah dan pada peringkat tumbesaran anak benih sayur-sayuran. Rumpai
kecil boleh dicabut dengan tangan. Rumpai besar atau terlalu banyak boleh dicabut
dengan menggunakan serampang tangan. Tajak boleh digunakan untuk membuang
rumpai di lorong batas. Jika saiz ladang luas, rumpai boleh dikawal secara kimia.

Membaja

Sayur-sayur memerlukan makanan atau nutrien untuk tumbesaran yang sihat.


Terdapat tiga jenis nutrien yang utama iaitu nitrogen, fosforus dan kalium (NPK).
Kalsium, magnesium dan sulfur juga diperlukan oleh sayur-sayuran tetapi dalam kuantiti
yang sedikit. Nutrien tanah yang telah berkurangan boleh ditambah dengan cara
membaja. Baja yang boleh digunakan ialah baja organik dan baja kimia.
Setiap jenis sayur-sayuran mempunyai tabiat tumbesaran yang berbeza. Ada yang
menjalar, melilit atau mempunyai batang yang lemah. Sayur-sayuran yang memanjat
seperti timun dan kacang panjang memerlukan kayu pancang, sementara sayur-sayuran
yang berbatang lemah memerlukan sokongan untuk menyokong buahnya yang berat.

Tujuan utama memberi sokongan adalah supaya pokok boleh mendapat cahaya matahari
yang secukupnya. Selain itu, ia juga akan memudahkan kerja pengurusan seperti
merumput, membaja, memungut hasil dan mengelakkan buahnya daripada menjadi
kotor .Haiwan perosak atau hidupan lain yang menyerang sayur-sayuran boleh
menjejaskan mutu sayur-sayuran. Di samping itu ia juga boleh membantutkan
tumbesarannya. Kebanyakan perosak sayuran adalah dari kumpulan serangga. Manakala
penyakit pula biasanyadi sebabkan oleh kulat dan bakteria.
Berikut adalah jadual yang menerangkan penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada
sayur-sayuran di Malaysia.

Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran

Penyakit Agen Simptom


Melecur anak Kulat Anak benih layu dan mati
benih
Reput akar Kulat atauPokok layu dan mati
bakteria
Bintik daun Kulat Daun dengan bintik perang
atau hitam
Layu bakteria Bakteria Urat daun menjadi hitam.
Pokok akan layu dan mati
Kulapok Bakteria Daun yang diserang layu dan
mati.
Karat batang/ Kulat Tompok kuning/perang daun
daun atau lengai yang dijangkiti akan jatuh.

Panduan memungut hasil

Sayur- Tempoh mula memungut hasil Panduan


sayuran
Sawi 4 hingga 6 minggu Cukup besar tetapi belum
berbunga
Timun 4 hingga 6 minggu Buahnya muda tetapi belum
bertukar menjadi warna
kekuning-kuningan
Kacang 6 hingga 8 minggu Lengai mudah di patahkan
panjang tetapi bijinya belum
terbunjul keluar
Sengkuang 20 hingga 24 minggu Daun mula menjadi kuning
dan gugur.

Cara memungut yang betul ;


 memotong dengan pisau / sekatur
contoh - bendi, kundur, peria, petola, timun, labu
 mencabut
contoh - sayuran jenis daun, sayuran jenis akar atau umbisi.
 Memetik
contoh - sayuran kekacang, cili, terung, tomato dan lain-lain.
 menggali dengan cangkul/serampang
contoh - sayuran jenis akar / umbisi seperti keledek, keladi, sengkuang dan lain-
lain.

Pengurusan Ikan Hiasan

1. Memeriksa kualiti air kolam sekiranya terdapat tanda-tanda yang


menunjukkan kemerosotan kualiti air.Pemeriksaan kualiti air memerlukan
alat-alat untuk mengukur kualiti air.Aktiviti ini dilakukan bila timbul masalah
2. Memantau kualiti air kolam dengan cara memerhati samaada air mengalami
perubahan warna dan sama ada ikan menunjukkan tabiat tertentu yang
berkaitan kemerosotan air.
3. Memberi makan ikan.Pemberian makanan perlu dilakukan setiap hari.
4. Memerhati samaada system-sistem pengudaraan kolam berfungsi dengan
baik.Aktiviti boleh dilakukan setiap hari kerana sekadar memerlukan
pemerhatian.
5. Membaiki system pengudaraan dan penapisan jika timbul masalah.
6. Memerhati sekiranya mendapati ikan menghadapi masalah seperti
penyakit.Ikan akan menunjukkan tanda-tanda dan tabiat tertentu jika ia di
serang penyakit.Aktiviti ini boleh dilakukan setiap hari kerana sekadar
memerlukan pemerhatian.
7. Membersihkan kolam dan aksesori yang berkaitan.Aktiviti ini dilakukan
secara berkala apabila timbul keperluan.

Mengawal dan Mengurus Kualiti Air Kolam Ikan Hiasan.


Air kolam yang mengalami perubahan dari segi bau, warna air dan tabiat luar biasa ikan
perlu dibersihkan dengan segera.
Selain daripada itu kita tidak boleh mengisi ikan yang terlalu banyak ke dalam sesebuah
kolam dimana ianya kan menyebabkan bertambahnya timbunan bahan organic dari najis
ikan dan sisa makanan.
1. Mengawal dan Membasmi Patogen
Langkah ini diambil dengan melihat kewujudan tanda-tanda penyakit.Jika terdapat
tanda-tanda ini,seluruh sistem kolam akan dibersihkan dan dirawat.

2. Mengawal dan Mengurus Kolam Hiasan.


Aktiviti ini dilakukan dengan cara membersihkan kolam serta aksesori tambahan
tanpa menunggu tercetusnya penyakit.

3. Mengawal dan Menguruskan Makanan Ikan


Ikan perlu diberi makanan yang secukupnya.Ikan yang kekurangan makanna dan
sentiasa lapar akan menyebabkan tekanan dan mudah dijangkiti penyakit.Makanan
perlu diberikan sekurang-kurangnya dua kali sehari bergantung kepada sepsis ikan.
Elakkan memberi terlampau banyak makanan kerana ikan tidak mampu memakan
lebihan makanan yang diberi.Lebihan makanan ini juga kan menurunkan kualiti
air.Pilih waktu ikan-ikan ini makan dengan aktif sewaktu memberi makan.
KESIMPULAN

You might also like