You are on page 1of 6

PEMERINTAHAN ORANG-ORANG ISLAM TELAH MENCAPAI ZAMAN

KEGEMILANGANNYA DALAM ZAMAN PERTENGAHAN

Zaman pemerintahan Dinasti Abbasiyah 1 bermula selepas kejatuhan Dinasti Bani Umaiyah
di bawah pimpinan Khalifah Marwan ibn Muhammad pada tahun 132 H. Walaupun terdapat
pergolakan semasa pemerintahan Abbasiyah namun perkembangan pentadbiran, sosio
ekonomi, keilmuan dan kebebasan berfikir mencapai zaman kemuncaknya, bahakn zaman ini
dianggap sebagai abad keemasan keintelektualisme Islam. Faktor-faktor zaman kegemilangan
zaman Abasiyah 1 dari segi perkembangan sosio-ekonomi yang mana Dinasti ini telah
melancarkan propaganda yang meliputi reformasi social, ekonomi dan jaminan keadilan serta
menghapuskan kezaliman yang berlaku ketika Dinasti Umaiyah di peringkat terakhir.
Pemerintah-pemerintah juga Berjaya mengatasi masalah politik dan konflik ekonomi
dikawasan-kawasan penting dengan cara mengurangkan kadar cukai. Pemerintah juga
mengambil tindakan tegas bagi pegawai-pegawai yang menyeleweng dengan memecat
mereka dalam hal menguruskan pentadbiran. Mereka juga mengawasi hal ehwal pendapatan
Negara dengan memungut cukai dan zakat agar Negara mempunyai tabungan dan pendapatan
yang tetap serta lumayan serta mereka juga melaksanakan projek-projek pembangunan seperti
pembinaan tali air, empangan,kemudahan-kemudahan awam dan sebagainya. Projek-projek
ini banyak dilaksanakan di zaman pemerintahan Harun al-Rasyid. Khalifah-khalifah ini juga
member galakan dalam membangunkan bidang perindustrian Negara yang mana
perkembangan ini bertambah pesat lagi apabila bahan-bahan galian seperti emas, perak,
tembaga, dan besi begitu banyak di lombong. Mereka juga menggalakkan perkembangan
perdagagan yang bercorak antarabangsa yang mana zaman Harun al-Rasyid, begitu giat
menjalankan perdagangan dengan Andalus, India, China dan Eropah. Oleh itu, pendapatan
negara meningkat dengan pesat.

Pada zaman ini juga, pertumbuhan ekonomi yang pesat menghasilkan golongan peniaga dan
golongan elit yang mewah. Rakyat juga memiliki kemewahan dengan peningkatan taraf
kehidupan yang mana banyak rumah mewah di dirikan, makanan,minuman dan sebagainya
sentiasa mencukupi. Kemakmuran pemerintahan ini banyak mempengaruhi bansa-bangsa lain
yang mana ramai bangsa Iran menganut agama Islam. Proses Islamisasi yang dilakukan pada
zaman ini telah menyebabkan proses asimilasi dan integrasi budaya Islam tersebar dengan
pesat di kawasan-kawasan baru. Ini menyebabkan orang bukan Islam menganut Islam. Dasar
kerajaan yang menggalakkan perkahwinan campur antara bangsa Arab dan masyarakat
tempatan melahirkan masyarakat yang mempunyai banyak keistimewaan yang tersendiri dari
segi ketaatan dan kepakaran yang tinggi serta sangat dikagumi. Dasar kerajaan yang
menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan telah membawa kemajuan yang pesat dalam
empayar Islam. Islam semakin maju serta sangat di hormati. Budaya islam ini telah
berkembang pesat di serata Eropah dan peningkatan taraf hidup rakyat sama ada dalam aspek
kebendaan mahupun kerohanian.

SEPANYOL DALAM SEJARAH ZAMAN PERTENGAHAN DI EROPAH

Pada zaman ini, telah lahir ramai ahli-ahli tokoh dalam pelbagai bidang ilmu seperti
falsafah,astronomi, perubatan dan lain-lain lagi ilmu yang lahir di sepanyol. Kota ini menjadi
tumpuan pelajar-pelajar dari benua Eropah dan Negara-negara Timur serta tokoh-tokoh
ilmuan Islam berkumpul untuk mengembangkan lagi penguasaan dalam bidang-bidang
mereka. Maka tertubuhnya Universiti Cardoba sebagai satu pusat institusi yang teragung.
Sementar Perpustakaan Diraja Cardoba pula dianggap sebagai perpustakaan yang terbesar dan
terlengkap di dunia. Pada zaman ini juga, bidang seni bina juga telah berkembang dengan
pesat yang mana banyaknya bangunan yang telah dibina antaranya ialah Masjid al-Qurtuba,
Masjid al-Cazar, Istana al-Hamra dan sebagainya. Aspek seni bina ini banyak mempengaruhi
perkembangan seni bina di Eropah.

Teknik-teknik pertanian moden juga telah diperkenalkan seperti pengairan dan penggunaan
baja sebagai teknik yang banyak mempengaruhi cara pertanian Eropah pada masa tersebut.
Perlaksanaan system pentadbiran yang baik dan teratur telah diperkenalkan terutamanya di
zaman pemerintahan Abdul Rahman al-Dakhil. Corak pemerintahannya dianggap sebagai satu
pemerintah yang terbaik sekali di Eropah. Ianya menjadi sumber contoh terbaik pada
pentadbiran pemerintah kerajaan berikutnya di Eropah.
KERAJAAN ABBASIYAH PENYUMBANG TERHADAP TAMADUN DUNIA

Kerajaan Abbasiyah telah memegang tampuk pemerintahan Islam selama lebih kurang 750
tahun. Dalam tempoh ini terdapat kira-kira 37 orang khalifah yang telah mentadbir Kerajaan
Abbasiyah. Era ini di anggap zaman keagungan perkembangan ilmu pengetahuan Islam dan
zaman keintelektualisme. Bidang ini telah mencapai puncak keagungannya paza zaman
pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan Khalifah al-Makmun. Kebanayakan tamadun
Islam yang berkembang pada zaman Abbasiyah telah ditiru oleh Barat bagi menghasilkan
tamadun pada hari ini. Dalam bidang ilmu al-falak, orang-orang barat banyak mengambil
contoh-contoh daripada Umar al-Khayyam yang mana khususnya mengenai cara membuat
calendar. Manakala dalam bidang perubatan lahirnya pakar-pakar perubatan dalam Islam.
Antaranya ialah Abu Bakar ar-Razi yang mana buku kedoktorannya yang paling lengkap iaitu
Al-Hawi yang telah di terjemahkan dalam pelbagai bahasa. Ia juga telah dijadikan sebagai
buku teks perubatan di beberapa buah university di Eropah pada abad seterusnya. Seorang
lagi tokoh perubatan yang banyak menghasilkan buku hingga diterjemahkan dalam beberapa
bahasa iaitu Ibnu Sina. Selain itu juga, muncul al-Khuqaizami yang pakar dalam bidang
matematik iaitu algebra dan geometri yang mana beliau telah menghasilkan karya yang sangat
terkenal iaitu aljebra wa al- Mukabalah. Karya ini juga telah diterjemah kan kedalam
beberapa bahasa yang banyak dipelajari di university-universiti di Eropah. Bahkan juga, lahir
pakar-pakar dalam bidang falsafah Islam. Kebanyakan karya-karya mereka telah di
terjemahkan ke bahasa Latin dan dipelajari oleh orang-orang Barat. Antara mereka
termasuklah Al-Kindi, Al-Farabi, Ibnu Sina dan sebagainya. Pada era ini juga, melahirkan
beberapa tokoh dalam bidang senimuzik dan senibina. Karya-karya mereka juga banyak
diterjemahkan ke daalm bahasa Eropah dan setrusnya dikaji dan dipelajari oleh mereka. Serta
dalam bidang sains pula, antara tokoh yang terkenal ialah Jabir ibn Hayyah al-Fazi. Antara
karya beliau yang terkenal ialah kitab al-Tajqin, az-Zibad dan as-Sharqi. Dengan ini
terbuktilah bahawa pada era ini melahirkan ramainya tokoh intelektual yang terkenal di dunia.
Hasil-hasil mereka banyak dikaji dan dipelajari oleh orang-orang Barat bagi membentuk
tamadun mereka dan seterusnta tamadun dunia secara umumnya.
Faktor-faktor yang membantu perkembangan bidang intelektualisme di zaman khalifah al
makmun.
Institusi pendidikan formal pada zaman pemerintahan bani abbasiah

Zaman pemerintahan Harun al-Rashid dan Al Makmun merupakan zaman kemajuan dan
kegemilangan ilmu pengetahuan dan pendidikan islam. Disamping pusat pengembangan ilmu
seperti mazsjid, kuttab, dan istana, kerajaan telah mendirikan pusat pengajian yang lebih
moden dan dikenali sebagai madrasah ( sekolah).

Ia mencakupi pengajian peringkat rendah, menengah dan tinggi di seluruh Negara


terutamanya di kota Baghdad, madinah, kufah, kaherah dan baikh.

Zaman mereka dianggap sebagai zaman keemasan dalam bidang pengetahuan dan pendidikan.

Begitu juga pada zaman al-Mustansir, belaiu tealh menubuhkian sebuah maktab bernama Al-
Mustansiriyah di Baghdad, di situ diajar mengenai empat mazhab fiqah yang terkenal.

Gurunya di bayar gaji oleh kerajaan dan pelajar tidak perlu membayar yuran bahkan diberi
biasiswa. Pada abad yang sama madrasah an-Nasiriyah di kahareh dan madrasah an-Nuriyah
di dmsyik menjalankan fungsi yang sama sebagai institusi pendidikan islam.

Kurikulum pelajaran bagi institusi-institusi tersebut selain dari akidah dan syariah, ialah ilmu
matematik, fizik. Kimia, astronomi, mantik, falsafah kesusasteraan, sejarah, seni muzik dan
seni bina.

Dunia islam telah mendahului dunia barat didalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

Sebuah perpustakaan yang teragung dan lengkap telah didirikan dan dikenali sebagai bait al
hikmah. Perpustakaan ini beroperasi dalam mengumpul, menyimpan dan meminjankan buku-
buku di samping menterjemahkan buku daripada bahasa asing seperti yunani, parsi, romawi
dan Hindustan ke bahasa arab untuk dijadikan sumber bacaan dan kajian.

Ia merupakan perpustakaan pertama yang pernah wujud dalam dunia pendidikan. Kemudian
diikuti dengan perpustakaan Haidari di Najaf, perpustakaan ibnu Sawa, khizanat sabur,
perpustakaan sharif al radi, perpustakaan masjid zaidi dan dar al ilm.khizanat sabur
merupakan sebuah perpustakaan terbaik yang pernah ada di dunia pada ketika itu.
Al azhar merupakan sebuah university yang tertua di dunia. Pada asalnya al azhar merupakan
sebuah masjid kemudian di istiharkan sebagai university pada tahun 378 hijrah.

You might also like