You are on page 1of 9

Makanan Baba Nyonya

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya terkenal di Melaka. Masyarakat ini juga terkenal dengan
makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari
masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu.
Tetapi amalan ini hanya dilakukan di rumah sahaja.

Makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan seperti sambutan
Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan. Di sinilah dihidangkan masakan dan kuih-muih
tradisional mereka.

Jenis-jeins masakan Baba adalah seperti kari, sambal, pang-teh, bak-wan kepiting iaitu campuran daging babi
dan sup ketam, itik timitik yang disalut dengan sayur jeruk atau diperam, itik sioh iaitu daging itik yang disalut
dengan rempah, hati babi bungkus, acar Nyonya dan nasi lemak.

Selain itu, masyarakat Baba juga menghidangkan Nasi Kunyit dan sejenis mee yang dibuat khas, iaitu 'mee
sua tau'. Mee ini dibuat bertujuan untuk memenuhi hajat supaya dipanjangkan umur.

Kuih-muih tradisional masyarakat Baba pula terdiri daripada kuih bakul atau tih kuey dan kuey-ku yang
berbentuk kura-kura berwarna merah, biru dan hitam. Kuih bakul atau tih kuey ini adalah warisan masyarakat
Cina terhadap masyarakat Baba. Selain itu, masyarakat Baba juga meminati kuih-miuh tradisional Melayu
seperti dodol, wajik, tapai, bahulu dan lain-lain lagi.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Makanan_Baba_Nyonya

H. Perjanjian Baru Bahasa Melayu Baba

Salah satu kelompok pemakai bahasa Melayu di Semenanjung Malaka adalah keturunan Cina yang sudah
turun temurun tinggal di sana dan tidak lagi memakai bahasa leluhurnya, bahkan sudah kawin mawin
dengan penduduk setempat. Kelompok ini disebut ´baba dan nyonya´. Bahasa percakapan baba dan
nyonya di Singapura, Malaka dan Pulau Penang ini dikenal sebagai ragam Melayu Baba. Menyadari
kebutuhan penutur bahasa Melayu ragam khusus ini, seorang misionaris Presbiterian yang bernama Nona
McMahone menerjemahkan Buku Matius dalam bahasa Melayu Baba. Demikian juga pada tahun 1907,
William Girdlestone Shellabear menyetujui permintaan untuk mengusahakan terjemahan Perjanjian Baru
kedalam bahasa Melayu Baba. Dalam tugasnya ini Shellabear dibantu oleh Chew Chin Yong, dan Suleiman
seorang guru pada Sekolah Guru (Normaalschool) di Malaka. Tiga tahun sebelum itu Shellabear dengan Tan
Cheng Poh menerjemahkan cerita "Perjalanan Seorang Musafir" dalam bahasa Melayu Baba. Terjemahan
Perjanjian Baru dalam bahasa Melayu Baba diterbitkan pada yahun 1913 oleh Penerbit Metodis atas
pembiayaan dari Lembaga Alkitab Inggris (BFBS). Dan dari sebuah artikel yang dimuat di Surat Kabar "The
Straight Times" pada tanggal 3 Desember 1977 kita mengetahui bahwa terjemahan ini telah dipakai secara
luas oleh tiga generasi baba nyonya di singapura, Malaka dan Penang. Kanon terjemahan ini sempat populer
di salah satu jemaat peranakan di Jakarta.

Inilah "Doa Bapa Kami" dalam terjemahan bahasa Melayu Baba : 


(Perhatikan sistem ejaan yang dipakai dalam terjemahan ini. Yang diajarkan di sekolah-sekolah misi pada
masa itu : bri, ttapi, dngan, kpala karena dalam aksara Arab/Jawi ditulis itu; sedangkan di sekolah-sekolah
pemerintah dipakai sistem beri, tetapi dengan, kepala. Mula-mula kedua sistem itu sama-sama dipakai,
tetapi akhirnya sistem sekolah pemerintah yang menjadi ejaan baku.)
(8) "Ya Bapa kami yang di shorga,
biar-lah nama-mu di-kuduskan.
Datang-lah kerajaan-mu.
Jadi-lah kahandak-mu,
sperti di shorga bgitu juga di atas bumi.
Bri-lah sama kami ini hari makanan kami yang s-hari-s-hari.
Dan ampunkan-lah hutang-hutang kami,
sperti kami sudah ampunkan orang yang berhutang sama kami.
Jangan-lah bawa kami masok dalam pnchoba'an,
ttapi lpaskan-lah kami deri-pada yang jahat."
(Injil Matius - Kitab Perjanjian Bharu, Methodist Publishing House Singapura kerna British and Foreign Bible
Society, 1913 - terjemahan W. G. Shellabear dalam bahasa Melayu Baba).

Minat Shellabear pada bahasa dan kesusastraan Melayu sangat mendalam, selain menerjemahkan Alkitab,
ia banyak menulis buku dan puisi dalam bahasa Melayu. Ia juga menulis Sejarah Gerakan Metodis, dan
menyadur Injil dalam bentuk syair. Karena alasan kesehatan, ia terpaksa pindah ke Amerika Serikat pada
tahun 1916. Shellabear menjadi dosen di Universitas Drew, kemudian di Kennedy School of Mission. Ia
meninggal dunia pada tahun 1947.

http://www.sabda.org/sejarah/artikel/sejarah_penerjemahan_alkitab_bahasa_melayu_indonesia_baba.
htm

baba dan nyoya

PERAYAAN KAUM BABA DAN NYOYA

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum cina yang unik kedudukannya di kalangan

kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia),

khususnya di negeri Melaka. Kaum ini mengelar diri mereka sebagai “Baba” atau “Peranakan”

kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina dan mempunyai unsure-

unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana

sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang

berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi

seterusnya memanggil mereka sebagai “Baba”. Dari segi anutan, kebanyakan masih

mengekalkan agama Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Islam atau

Kristian.

Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada

kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang

berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien
meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang Baba

yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain

Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan

dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya

Singapura. Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu

yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi

oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan

menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Generasi Nyonya (Baba perempuan) yang

terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang

Melayu.

Oleh itu, adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan mereka masih bersifat

kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah daripada komuniti mereka di China. Ini digambarkan

melalui aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan agama yang mereka masih

kekal, kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, serta tradisi

mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun. Malahan masyarakat

Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh

masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang

memperlihat kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan

budaya Cina tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding

dengan Melayu

Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama orang Cina

yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain. Dalam seratus lima

puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah suai. Penghidupan moden yang terlalu cepat

meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak

berkesudahan itu. Upacara ini semakin berkurangan disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi masih

terus diamalkan
Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan kepada

pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun

ke-15, semasa pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim

melawat Melaka. Menurut penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang

Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya. Pengikut-

pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan. Peranakan

mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi bahasa dan budaya

Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi

tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan; hal ini mungkin

akan lari daripada factor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke

Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim.

Sejak beberapa kurun, Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan mengkekalkan

banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina,

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina dan juga Baba dan nyoya bagi menyambut

tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan

dinamakan sempena nama haiwan. Iaitu Tikus, Lembu, Harimau, Arnab, Naga, Ular, Kuda, Kambing,

Monyet, Ayam, Anjing dan Khinzir.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari

tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala

hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang

baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi

menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah

rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar

dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan

muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi

melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih
belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi

bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina

ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián ( 年 ) ialah seekor raksasa pemakan manusia dari

pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 12 tahun, sekitar musim

sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar

menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan

penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru

yang sulung. Guò nián (Cina Tradisional: 過年, Cina Ringkas: 过年), yang bermaksud "menyambut tahun

baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".

Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: 紅包, Cina Ringkas: 红包, pinyin: hóng bāo,

bahasa Hokkien (POJ: âng-pau; bahasa Hakka: hung bao; 利 是 , 利 市  atau 利 事 , bahasa Kantonis: lai

shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang

tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi

sampul merah ini kepada kanak-kanak.

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah

wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka

ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (帛金, bó jīn).

Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial kerana perkataan untuk empat sama bunyinya

dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8

dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam

angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.

Kesimpulannya, kaum Baba dan nyoya yang terdapat di Malaysia mempunyai persamaan dalam

menyambut perayaan dengan kaun cina. Iaitu menyambut Tahun Baru Cina, namun terdapat sedikit

perbezaan di antara kaum Baba dan kaum Cina hanyalah berbeza dari segi bahasa dalam berkomunikasi,

pakaian tradisional dimana pakaian kaum Baba telah menerima pengaruh budaya kemelayuan.
RUJUKAN

http://pelbagairujukan.blogspot.com/2008/03/keunikan-budaya-baba-dan-nyonya.html

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2008&dt=0327&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

http://pelbagairujukan.blogspot.com/search/label/ADAT%20REASAM

http://groups.yahoo.com/group/budaya_tionghua/message/31416

http://guide.opendns.com/?url=bukubimbingan.net%2Fmindamaju

http://www.geocities.com/budayadunia/PerayaanSembilanMaharajaDewa.htm#Kandungan

http://banktani.tripod.com/norani.htm

http://www.heritage.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=518&menu_id=46&c3=40&click

http://shw.sirloinskipper.fotopages.com/13599428/baba-nyonya.html

 Baju CINA - Baba dan Nyonya


  Admin on Thu Jun 24, 2010 11:45 pm

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di
kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian
Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui
bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah
rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji
pendatang-pendatang Cina yang baru, [1] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak
membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai
"Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi
Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya
mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui
perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca
utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi
anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah
ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat popular di kalangan remaja.
Sejarah

Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama
orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain.
Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah suai. Penghidupan
moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang untuk persembahan
ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu. Upacara ini semakin berkurangan
disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi masih terus diamalkan.[2]

Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan


kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat
telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana
Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut penerangan traditional, pada
1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu
tanda penghargaan kepada penghormatannya. Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina
pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan. Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya
dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi.
Mereka membina budaya pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa
Peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan; hal ini mungkin akan lari
daripada factor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke
Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan
yang fizikal secara keseluruahan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap
asal-usul etnik Peranakan Cina.

Sejak beberapa kurun, Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan
mengkekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan
Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat tanda-tanda
Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh dalam budaya Baba dan Nyonya.

Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan Peranakan dididik oleh Inggeris, akibat daripda
penjajahan British atas Malaya, dan kecenderungan gologan tersebut mudah menerima
budaya baru. Disebabkan Peranakan mudah menerap budaya Inggeris dan berpendidik,
kebanyakan jawatan perkhidmatan dipenuhi oleh mereka. Interaksi antara British dengan
mereka menyebabkan mereka menukar kepada Kristian. Hal ini menyebakan masyarakat
Peranakan menjadi berpengaruh di Melaka dan Singapura serta mereka lebih dikenali
sebagai King’s Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British.
Disebabkan interaksi daripda pelbagai budaya dan bahasa, kabanyakan Peranakan bertutur
tiga bahasa, dan dapat bercakap dengan Cina, Melayu dan British. Biasanya mereka bekerja
sebagai pedagang, dan pertenggahan antara Cina, Melayu dan Barat; terutamanya, British.

Budaya

Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada
kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang
berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien
meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang Baba
yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain.

Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan
dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini,
terutamanya Singapura. Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba
iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Cara
masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu
kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang
Melayu. Generasi Nyonya (Baba perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya
dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu.

Oleh itu, adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan mereka masih
bersifat kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah daripada komuniti mereka di China.
Ini digambarkan melalui aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan
agama yang mereka masih kekal, kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian
kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai
adat yang tidak bertamadun. Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian
resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain,
seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin
memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional.
Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding dengan
Melayu.

Tokoh-tokoh Baba

* Tan Cheng Lock


* Tan Siew Sin

http://sivik-msia.ace.st/t91-baju-cina-baba-dan-nyonya

You might also like