You are on page 1of 9

Polisi Sekolah Selamat

POLISI SEKOLAH SELAMAT


PENGENALAN   
 
Perubahan dalam iklim pendidikan hari ini telah mewujudkan keperluan kepada mengenal pasti
kaedah, strategi dan model program yang mampu mempertingkat keselamatan dan kejayaan murid
dan guru. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak terutama keluarga, pihak sekolah dan
komuniti setempat untuk mewujudkan Polisi Sekolah Selamat.             
 
KONSEP SEKOLAH SELAMAT
 
Sekolah selamat ditafsirkan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah
merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari luar mahu pun dari
dalam.
 
MATLAMAT
 
Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan
keluarga dan masyarakat setempat.
 
OBJEKTIF
 
   Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.
   Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti-
aktiviti sekolah.
   Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
   Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.
   Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
   Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah.
   Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah.
 
RASIONAL
 
   Tanpa disedari keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama pertimbangan.
   Polisi
yang berterusan perlu agar isu-sisu keselamatan fizikal, sosial, emosi dan teknikal dapat dilaksanakan.
   Wujud jurang kerjasama daripada keluarga, masyarakat dengan institusi pendidikan dari segi keselamatan.
   Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas tanpa sokongan keluarga dan konuniti.
 
PENILAIAN
 
Setiap polisi akan diubahsuai berdasarkan perubahan dan perkembangan terkini yang berlaku untuk
membantu pihak sekolah dalam menilai semula setiap polisi
 
FUNGSI JAWATANKUASA
 
   Menyediakan peraturan dan tanggungjawab semua warga sekolah.
   Menyediakan peraturan dan tanggungjawab komuniti lain
   Promosi secara aktif peraturan kepada semua warga sekolah dan komuniti setempat.
   Mendidik dan melatih guru, kakitangan sekolah dan ahli komuniti tentang tatacara keselamatan.
   Memastikan wujud kesedaran di kalangan semua pihak tentang isu sekolah selamat
   Melaksana, menilai dan mengkaji semula semua dasar dan tatacara sekolah selamat dari masa ke masa
 

PERANAN SEKOLAH, KOMUNITI DAN KELUARGA


 
Peranan Sekolah
   Mewujudkan Jawatankuasa Sekolah Selamat.
   Menguatkuasakan semua peraturan sekolah dengan bersungguh-sungguh dan tegas.
   Memberi penerangan kepada semua pihak.
   Mewujudkan jawatankuasa disiplin.
   Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran.
   Menggalakkan murid melaporkan sebarang kes yang berkaitan dengan keselamatan.
   Merekodkan semua peristiwa mengenai keselamatan.
 
Peranan Komuniti
   Melibatkan diri dalam prosed menjadikan sekolah selamat.
   Menyokong semua polisi dan peraturan sekolah.
   Memberikan sumbangan mataerial, idea dan kepakaran yang berkaitan dengan Polisi sekolah Selamat.
   Menyokong dan membantu program keselamatan.
   Melibatkan diri secara aktif dalam akativiti sekolah.
   Mewujudkan sistem pemantauan persekitaran sekolah supaya selamat.
 
Peranan Keluarga
   Menyokong semua polisi dan peraturan sekolah.
   Melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti sekolah.
   Kerap berkomunikasi dengan anak-anak.
   Mengenali rakan anak-anak.
   Bekerjasama dengan ibu bapa lain.
   Mendidik anak bagaimana menjaga keselamatan diri dan harta benda.
 
 
HARAPAN DAN TANGGUNGJAWAB SEMUA PIHAK
 
   Keselamatan harta benda terjamin.
   Mendapat kerjasama orang lain dalam menjalankan tugas.
   Dilayan secara adil dan sama rata.
   Bebas daripada sebarang kemalangan, gangguan, kecederaan dan penyakit.
   Memberi kerjasama dan saling membantu.
   Datang ke sekolah dengan niat yang betul.
   Dihormati dan dihargai.
   Melaporkan setiap kes.
 
 
TATACARA PENGURUSAN POLISI SEKOLAH SELAMAT
 
PRINSIP
   Setiapaduan hendaklah diambil perhatian serius.
   Setiapaduan hendaklah diambil tindakan serta merta.
   Semua pihak yang terlibat dengan aduan hendaklah dilayan secara adil dan tidak ada pihak yang teraniaya.
   Maklumat tentang dasar dan tatacara mudah dirujuk.
   Tatacara difahami oleh semua pihak.
 
TATACARA MEMBUAT ADUAN
Sesiapa yang ingin membuat aduan boleh berhubung dengan :
   Pihak yang terlibat.
   Pengawas
   Guru Bertugas
   Guru Kanan Hal Ehwal Murid
   Guru Bimbingan & Kaunseling
   Berjumpa dengan pengetua atau wakilnya untuk memastikan aduan itu disiasat.
 
POLISI-POLISI SEKOLAH SELAMAT SMK. MUNSHI SULAIMAN, BATU PAHAT
   Keselamatan Diri Semasa Pergi dan Balik Sekolah
   Keselamatan Pendawaian dan Peralatan Elektrik
   Keselamatan di Padang dan Gelanggang
 
 
POLISI KESELAMATAN PERGI DAN BALIK SEKOLAH
 
PENDAHULUAN
 
Keselamatan diri murid dalam perjalanan pergi dan balik sekolah memerlukan perhatian serius kerana
banyak kemalangan boleh berlaku sekiranya semua pihak tidak peka. Keupayaan pihak sekolah menangani
isu keselamatan diri murid pergi dan balik adalah terbatas. Oleh kerana terdapat pelbagai cara murid pergi
dan balik sekolah, maka tatacara telah dirangka bagi tujuan ini.
 
OBJEKTIF
 
   Meningkatkan kefahaman pelajar mengenai tatacara dan pentingnya keselamatan semasa pergi dan balik sekolah.
   Meningkatkan kesedaran kepada semua warga sekolah tentang peraturan penggunaan jalan raya.
 
TATACARA MURID
 
   Memastikan kenderaan yang dinaiki ke sekolah selamat.
   Mematuhi arahan pihak yang mengawal kenderaan.
   Memahami dan mengamalkan peraturan mengenai keselamatan diri dalam perjalanan ke sekolah
   Mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali.
   Tidak menumpang kenderaaan orang yang tidak dikenali.
   Melaporkan kepada pihak pentadbir sekiranya terdapat sesuatu yang mencurigakan berlaku.
 
 
TATACARA GURU
 
   Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya keselamatan diri.
   Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
   Merekodkan semua aduan.
   Memaklumkan kepada ibu bapa dan pihak yang berkenaan.
   Bekerjasama dengan pihak polis dan ibu bapa untuk membuat laporan di kawasan yang difikirkan berisiko tinggi dari
segi keselamatan.
   Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.
   Menyediakan tempat letak kenderaan yang sesuai dan selamat untuk murid-murid.
   Menyediakan sistem lalu lintas dalam sekolah.
   Mengadakan pemeriksaan ke atas kenderaaan murid dengan kerjasama pihak polis.
   Menyimpan dan mempamerkan nombor telefon pihak-pihak berkuasa untuk berhubung jika berlaku sebarang
kecemasan.
   Menyimpan rekod ibu bapa / penjaga murid-murid supaya mudah dihubungi waktu kecemasan.
 
TATACARA IBU BAPA
 
   Memastikan anak selamat pergi dan balik sekolah.
   Mendidikanak dalam aspek keselamatan diri.
   Memastikan anak-anak pergi dan balik dalam kumpulan.
   Memastikan kenderaan yang digunakan oleh anak dalam keadaan baik.
   Menasihati anak-anak supaya tidak berinteraksi atau mengikut orang yang tidak dikenali.
   Memastikan anak-anak memiliki lesen memandu, insurans, cukai jalan dan kenderaan dalam keadaan sempurna.
   Mengambil tahu waktu anak pergi dan balik sekolah menghubungi pihak sekolah sekiranya anak lewat balik.
 
TATACARA PENTADBIR
 
   Memberi taklimat kepada guru, kaki tangan dan pelajar dengan cara bermesyuarat, perhimpunan dan lain-lain.
   Menyebarkan risalah-risalah tentang keselamatan jalanraya atau menjemput pihak polis untuk memberi ceramah
keselamatan jalan raya.
   Membuat pemeriksaan ke atas pelajar-pelajar dengan bantuan polis trafik serta mengenakan tindakan tegas terhadap
pelajar-pelajar yang melanggar peraturan dan undang-undang.
   Mengadakan pertandingan keselamatan jalan raya.
   Memastikan guru dan pengawas bertugas di pintu pagar dan sentiasa membuat peraturan dari masa ke semasa.
   Menyediakan papan tanda amaran atau sebagainya secukupnya.
 
 
A. TATACARA PEJALAN KAKI
 
MELINTAS JALAN
 
   Cari tempat terdekat dan selamat untuk melintas.
   Hendaklah berdiri di atas kaki lima.
   Undur ke belakang dua langkah apabila melihat kenderaan.
   Lihat ke kiri dan ke kanan sebelum melintas dan pastikan tiada kenderaan.
   Gunakan jejantas untuk menlintas jalan.
   Jangan beragurau-senda atau bermain-main dan sebagainya ketika di tepi jalan.
 
 
BERJALAN KAKI DI KAWASAN AWAM
 
   Jikaberjalan kaki di kawasan awam, gunakan kaki lima jalan sebelah kiri.
   Jikatiada kaki lima, gunakan bahu jalan sebelah kanan.
   Jangan jalan bergandingan.
 
BERJALAN KAKI PADA WAKTU HUJAN
 
   Jika menggunakan payung, pegang dengan betul supaya tidak menghalang pandangan hadapan.
   Pakai baju hujan.
   Berjalan dengan cermat terutama di tempat-tempat licin.
   Jangan bermain-main dalam hujan.
   Gunakan pakaian berwarna terang.
   Jika hujan terlalu lebat, tumpang berteduh di tempat yang selamat seperti pondok atau bangunan dan jangan
berteduh di bawah pokok.
 
BERJALAN KAKI DI TEMPAT SUNYI / SEMAK
 
   Berjalandalam kumpulan sekurang-kurangnya dua orang.
   Pelajarperlu ada pengetahuan seni mempertahan kan diri.
   Sekiranya berlaku kecemasan, jangan panik, menjerit meminta tolong/cuba pertahankan diri/lari menyelamatkan diri.
 
PENGGUNAAN JEJANTAS
 
   Gunakan sebelah kiri ketika naik atau turun jejantas.
   Jangan bergurau ketika menaiki tangga jejantas.
   Jangan bermain-main atau melepak di atas jejantas.
   Pastikan tidak keseorangan apabila menggunakan jejantas.
 
 
B. TATACARA MENGGUNAKAN KENDERAAN AWAM
 
   Kenal pasti kenderaan yang biasa dinaiki.
   Memastikan kenderaan betul-betul berhenti apabila turun atau naik.
   Berbaris dan tidak berebut-rebut semasa turun atau naik kenderaan awam.
   Sekiranya tiada tempat duduk dan terpaksa berdiri, pastikan berdiri dalam keadaan stabil.
   Jangan bergurau senda, bergaduh, bermain, melambai tangan keluar, mengeluarkan atau menjengokkan kepada,
mencampakkan barang keluar atau lain-lain perbuatan yang boleh membahayakan diri dan orang lain.
   Sekiranya perlu menyeberang jalan, pastikan tiada kenderaan di kiri dan kanan.
   Apabila berlaku kemalangan, ikut panduan tatacara Berlaku Kemalangan.
 
 
C. TATACARA MENGGUNAKAN KENDERAAN YANG DIPANDU SENDIRI
 
   Memastikan kenderaan mempunyai insurans lengkap dengan cukai jalan dan dalam keadaan sempurna.
   Mempunyai lesen memandu.
   Sentiasa memakai topi keledar/ tali pinggang keledar ketika memandu.
   Mematuhi peraturan di jalan raya.
   Apabila tiba di sekolah, patuhi peraturan lalu lintas di sekolah.
   Sekiranya berlaku kemalangan, minta bantuan orang terdekat dan laporkan segera kepad guru/guru
bertugas/pentadbir.
 
 
D. TATACARA MENGGUNAKAN BASIKAL
 
   Mahir menggunakan basikal dan pastikan basikal berkeadaan baik.
   Jangan membawa pembonceng.
   Jangan berlumba.
   Jangan bersaing-saing/bergandingan.
   Jangan bergurau senda.
   Setelah tiba di sekolah, ikut peraturan lalu lintas.
 
 
E. TATACARA MENGGUNAKAN KENDERAAAN YANG DIPANDU IBU BAPA
 
   Berhentikan kenderaan di kawasan yang selamat.
   Tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah kecuali waktu hujan.
   Berhati-hati ketika memandu di perkarangan sekolah.
   Dilarang menurunkan pelajar-pelajar di hadapan pintu pagar sekolah.
   Jangan menghalang laluan orang lain ketika menurunkan atau mengambil anak-anak.
 
KESELAMATAN FIZIKAL DAN BANGUNAN SEKOLAH
 
 
PENDAHULUAN
Menjadikan sekolah tempat yang selamat. Mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif yang mempunyai
peraturan yang dapat membantu keselamatan semua. Ia termasuklah pendawaian dan peralatan elektrik di sekolah,
kelas, bilik-bilik khas di sekolah, tandas, asrama, gelanggang permainan dan persekitaran dalam kawasan sekolah
berada dalam keadaan baik dan selamat.
 
OBJEKTIF
 
   Mewujudkan kawasan sekolah selamat untuk diduduki oleh semua warga sekolah.
   Bahagianbangunan sekolah sesuai digunakan mengikut fungsi dan kegunaannya.
   Memastikan alat pemadam kebakaran mencukupi dan boleh berfungsi dengan baik.
   Memastikan alatan elektrik dan sistem pendawaian elektrik berfungsi dengan baik.
 
TATACARA MURID
 
   Melaporkan kepada guru sekiranya berlaku sebarang masalah kerosakan.
   Menjauhi kawasan yang berbahaya.
   Tidak menggunakan peralatan yang rosak atau yang membahayakan.
   Ikut peraturan dan cara penggunaan peralatan yang digunakan dengan betul.
   Dapatkan khidmat nasihat guru untuk menggunakan sesuatu peralatan.
 
TATACARA GURU
 
   Memaparkan dengan jelas peraturan yang telah dibuat di semua bilik khas.
   Menanam sikap bertanggungjawab dalam diri murid-murid.
   Menerima laporan kerosakan.
   Meletakkan papan tanda atau label di tempat-tempat yang berbahaya dan tidak selamat.
   Mengambil tindakan segera dengan melaporkan kepada pihak pengurusan.
   Memeriksa premis dan alatan dari semasa ke semasa.
   Buat laporan jika berlaku kemalangan.
 
 
TATACARA IBU BAPA
 
   Melaporkan kepada pihak sekolah sebarang kerosakan yang dikesan.
   Menolong pihak sekolah membaiki kerosakan menggunakan kepakaran yang ada.
   Mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.
   Selalu mengingatkan anak-anak tentang keselamatan diri.
 
 
 
KESELAMATAN PENDAWAIAN DAN PERALATAN ELEKTRIK
 
Definisi : Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa menghadapi apa jua keadaan,
ketika berlaku kerosakan sistem pendawaian dan peralatan elektrik di dalam kawasan sekolah.
 
 
OBJEKTIF
 
   Mewujudkan kawasan sekolah selamat untuk diduduki oleh semua warga sekolah.
   Memastikan alatan elektrik dan sistem pendawaian elektrik berfungsi dengan baik.
   Memastikan semua pihak faham dan bertindak berdasarkan tatacara yang disediakan apabila melibatkan keselamatan
diri pelajar dan kakitangan sekolah semasa menggunakan peralatan elektrik.
 
 
 
TATACARA MURID
 
   Laporkan dengan kadar segera kepada pentadbir, guru / pekerja.
   Jangan ubah suai peralatan elektrik yang rosak.
   Jangan cuba baiki/ menyentuh alatan elektrik yang terdedah dan berbahaya.
   Memaklum dan melabelkan serta menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan larangan sementara.
   Jangan hampiri tempat yang berlabel atau bertanda “BAHAYA AWAS”
   Patuh kepada peraturan dan arahan yang ditetap dan dikeluarkan.
 
TATACARA GURU
 
   Melaporkan kepada pihak pentadbir supaya mengambil tindakan yang segera untuk membaiki peralatan tersbut.
   Kalau perlu pindahkan murid-murid ke tempat lain / lebih selamat.
   Pemeriksaan berkala perlu dilakukan dan diperbaiki setiap 10 tahun sekali oleh pihak pentadbir.
   Memaklumkan dan melabelkan serta menjadikan kawasan tersebut kawasan larangan.
   Setiap laporan dan tindakan hendaklah direkodkan.
   Jika berlaku kemalangan, patuh kepada peraturan dan arahan yang ditetapkan.
 
 
TATACARA PEMERIKSAAN
PENDAWAIAN DAN PERALATAN ELEKTRIK
 
PEMERIKSAAN
   Guru-guru / Kakitangan dan murid-murid hendaklah mengetahui kedudukan suis utama dan suis utama jangan
terlindung.
   Pastikan semua peralatan elektrik yang memerlukan “earthing” disambung dengan wayar bumi.
   Punca elektrik khususnya di makmal / bengkel hendaklah berkeadaan baik.
   Baiki dan ganti pendawaian dan alatan elektrik dengan segera.
   Elakkan penggunaan penyesuai untuk pelbagai jenis peralatan.
   Langkah berjaga-jaga hendaklah diambil semasa bekerja dengan litar elektrik.
   Apabila bekerja pada papan suis hendaklah berdiri di atas tikar getah.
   Jangan menyambung peralatan elektrik kepada kuasanya apabila berdiri di atas lantai lembab atau basah. Pastikan
tangan adalah kering.
   Semua sambungan kepada radas-radas hendaklah dibuat sebelum memasang plug kepada alir keluar kuasa
elektrik ( power outlet ).
   Pastikan semua alat-alat ditebat dengan baik.
   Pastikan kuasa elektrik dimatikan sebelum menukar sambungan atau menyentuh mana-mana kelengkapan elektrik.
   Litar ujikaji mesti diperiksa oleh guru sebelum arus elektrik dialirkan.
   Jangan memakai benda-benda logam semasa bekerja pada litar elektrik.
   Jaga punca-punca elektrik yang terbuka supaya ditutup atau dipitakan.
   Tentukan bahwa suis itu berada pada kedudukan “OFF” apabila memasang peralatan pada alir keluar.
   Jangan paku dinding, di dalamnya kemungkinan ada pendawaian elektrik.
   Semua warga sekolah hendaklah melaporkan dengan segera kepada pihak tertentu sekiranya terdapat pendawaian /
peralatan elektrik yang rosak.
   Tatacara kerja menggunakan peralatan elektrik serta keselamatan yang perlu diambil hendaklah dipamerkan di
tempat-tempat belajar, seperti makmal dan bengkel.
   Poster-poster dan gambarajah keselamatan hendaklah digantung di tempat yang sesuai.
   Jika berlaku kejutan elektrik, matikan suis utama / punca elektrik dengan segera SEBELUM menolong si mangsa.
POLISI KESELAMATAN DI PADANG DAN GELANGANG
 
PENDAHULUAN
Keselamatan pelajar perlu dititikberatkan. Sekolah ini menegaskan kemalangan sifar semasa aktiviti-aktiviti di padang
dan gelanggang dijalankan. Oleh itu, polisi ini dibentuk selari dengan matlamat bersama demi keselamatan pelajar di
SMK.Munshi Sulaiman, Batu Pahat.
 
DEFINISI
Keselamatan pelajar di padang atau gelanggang didefinisikan sebagai kemalangan sifar di mana pelajar atau pengguna
akan selamat semasa di padang atau gelanggang; ketika menggunakan alatan dan menjalankan aktiviti-aktiviti di sini
dengan mengikut peraturan-peraturan yang disediakan.
 
OBJEKTIF
 
Memastikan pelajar/pengguna mematuhi tatacara dan peraturan penggunaan padang atau gelanggang.
Memastikan pelajar/pengguna mematuhi tatacara dan peraturan penggunaan alatan semasa di padang atau gelanggang.
Memastikan alatan, padang dan gelanggang boleh berfungsi dengan baik.
Memastikan semua penglibatan pelajar/pengguna di padang atau gelanggang dengan kebenaaran guru yang diberi
tanggungjawab.
Menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab di kalangan pelajar/pengguna bagi memastikan kemalangan sifar.
 
TATACARA AM
 
Menyediakan notis atau label.
Menyediakan peraturan bilik operasi dan penggunaan.
Mengetahui pengurusan alatan dan pembaikpulih alatan.
Mengetahui bantuan /latihan kecemasan.
Merekodkan penggunaan alatan dan kemalangan.
Mempunyai kesedaran menjaga keselamatan.
 
TATACARA MURID
 
Mematuhi tatacara dan peraturan keselamatan padang atau gelanggang.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan perlu di bawah pengawasan guru.
Memberitahu guru jika pelajar mempunyai alahan dan penyakit.
Menjaga alatan yang digunakan dengan baik.
Membuat catatan pinjaman dan pemulangan alatan di buku rekod yang disediakan.
Melaporkan sebarang kerosakan pada alatan, gelanggang atau padang serta kemalangan kepada guru.
Mematuhi semua arahan guru.
Bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan padang atau gelanggang.
Berpengetahuan tentang prosedur latihan baik bagi mengelakkan kecederaan dalaman.
Sentiasa utamakan keselamatan pada setiap masa.
 
TATACARA GURU
 
Memastikan padanag dan gelanggang selamat digunakan.
Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya menjaga keselamatan diri di padang dan
gelanggang.
Menetapkan garis panduan keselamatan menggunakan alatan sukan yang berisiko.
Merekodkan penggunaan peralatan sukan.
Memantau keadaan fizikal padang dan gelanggang dari semasa ke semasa.
Membuat pembaikan serta merta terhadap kemudahan yang didapati membahayakan pelajar /pengguna.
Mengawal pergerakan pelajar ketika melaksanakan aktiviti yang berisiko.
Memastikan pelajar menggunakan pakaian yang selamat untuk jenis permainan yang berisiko.
Memastikan setiap aktiviti yang dijalankan di dalam kawalan dan pemerhatian guru.
Sentiasa mengawal pelajar dalam waktu Pendidikan Jasmani dan permainan. 
Jangan membiarkan bermain tanpa kawalan daripada guru.
 
TATACARA IBU BAPA
 
Membuat aku janji untuk memberi kebenaran dan menanggung risiko.
Memaklumkan keadaan kesihatan anak jagaan kepada pihak sekolah.
Melengkapkan kemudahan pakaian dan peralatan sukan anak jagaan.
Memberi sumbangan sokongan untuk mempertingkatkan sukan dari segi tenaga, kewangan, moral dan lain-lain.
Menasihati anak tentang disiplin dan menjaga keselamatan ketika menjalankan aktiviti sukan.
Memberi sokongan dan dorongan kepada anak untuk aktif dalam aktiviti sukan.
 
TATACARA PENTADBIR
 
Memastikan segala peraturan keselamatan padang dan gelanggan yang disediakan dipatuhi.
Memantau keadaan keselamatan padang dan gelanggang.
Sentiasa peka dan prihatin terhadap keselamatan padang dan gelanggang.
Memaklumkan kepada awam supaya tidak mengganggu semasa aktiviti dijalankan.
Mendapatkan bantuan kawalan keselamatan semasa majlis sukan atau kejohanan diadakan.
 
 
 
 
 
TATACARA TEKNIK DAN KESELAMATAN
 
Mendapatkan bantuan daripada jurulatih untuk menjalankan latihan.
Mendapatkan perkhidmatan penyertaan, penyelanggaraan dan penyeliaan padang dan gelanggang.
Memastikan alat yang digunakan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.
 
TATACARA AGENSI KERAJAAN
 
Jabatan Kerja Raya dan Majlis Daerah : Memberi kerjasama kepada sekolah jika diperlukan.
Pejabat Kesihatan : Memberi khidmat kesihatan dan rawatan kepada pelajar.
Alam Sekitar : Memberi kebenaran penggunaan peralatan / bahan.
Polis : Memberi khidmat kawalan dan keselamatan kepada pihak sekolah semasa kejohanan.
 
TATACARA MEMBERI PERTOLONGAN CEMAS
 
     
Bil. Jenis Rawatan
     
1. Luka Kecil  Bersihkan luka.
 Ikat dengan ketat bahagian yang berdarah dengan
pembalut yang bersih.
 Tinggikan bahagian yang berdarah.
 Menahan darah secara langsung.
     
2. Luka Besar (Luka  Baringkan pesakit dalam keadaan yang selesa.
parah)  Angkat tinggi bahagian yang luka.
 Tahan darah secara tak langsung dengan mengikat
bahagian atas luka / atau menekan urat nadi di tempat
menahan darah.
 Cuci luka dan balut dengan kemas.
 Hantar ke hospital dengan segera.
     
3. Luka mengandungi  Jangan dicabut benda luar.
lenda luar (kaca,  Kalau banyak darah keluar, tahan darah secara tidak
paku, selumbar dan langsung.
 Bersihkan keliling luka dengan kapas.
lain-lain)
 Buat cincin pelapik daripada kain pembalut.
 Letakkan di atas luka supaya benda luar di tengah-tengah
cincin.
 Pastikan cincin pelapik lebih tinggi daripada benda luar.
 Balut dengan pembalut.
     
4. Patah  Rawat pesakit di tempat kejadian itu.
 Kurangkan pergerakan anggota yang patah.
 Pegang dengan cermat dan ampu bahagian yang patah.
 Tenangkan pesakit.
 Gunakan badan sebagai tuap (body splint) untuk mengikat
anggota yang patah.
 Hantar ke hospital atau dapatkan bantuan perubatan
dengan segera.
     
5. Patah teruk  Beri rawatan seperti merawat luka dan patah.
 
 
 
 
     
Bil. Jenis Rawatan
     
6. Terseliuh / tergeliat Rehatkan dan ampu bahaian itu dengan cara yang paling
selesa.
 Beri tuaman sejuk.
 Dapatkan pertolongan doktor.
     
7. Terkehel  Ampu bahagian yang cedera dengan selesa.
 Tetapkan kedudukan anggota yang cedera.
 Dapatkan pertolongan doktor dengan segera.
 Jangan cuba membetulkan tulang yang terkehel itu.
     
8. Kejang otot /  Rehatkan pesakit.
Kaku / Cramp  Lunjurkan kaki pesakit dan tekan hujung kaki di belakang.
 Gosokkan bahagian yang sakit dengan minyak kuda.
     
9. Pitam  Longgarkan pakaian pesakit.
 Dudukan pesakit dan bongkokkan pesakit hingga kepalanya
masuk ke celah lutut atau baringkan pesakit.
 Kipaskan pesakit.
 Jika pesakit sedar, beri minuman air atau minuman panas.
     
10. Asthma / Lelah /  Letakkan pesakit dalam keadaan selesa.
Semput  Duduk atau bersandar dengan meluruskan belakangnya.
 Tenangkan pesakit dan beri pengudaraan yang bersih.
Puisi moden atau sajak bebas adalah genre kesusasteraan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Semenjak enam dekad lalu, ribuan sajak telah ditulis. Ratusan penyair sudah lahir di tengah-tengah negara
yang kita cintai ini. Sajak-sajak "Keluh kesah" (Pungguk), "Ke Makam Bonda" (Usman Awang), "Ini Nasi
Yang Kusuap" (Masuri S.N.), "Marhaenville" (A. Samad Said), "Anak Berbaju Merah" (A.S.Amin). "Dialog"
(Kassim Ahmad) hinggalah kepada "Sungai Mekong" (Latiff Mohidin), "Meditasi" (Kemala), "Lilak" (Baha
Zain), kita dapat melihat suasana kreatif yang meriah dan menjanjikan kegemilangan bagi dunia puisi
Melayu moden. 

You might also like