You are on page 1of 21

PENDARAHAN KECIL

Pendarahan secara umumnya terbahagi kepada tiga iaitu:


pendarahan eksternal (dibahagian luar)
 luka terhiris -disebabkan benda tajam seperti pisau
 luka terkoyak -disebabkan cakaran binatang atau dawai
 luka berdarah -kena pukulan tepat benda tidak tajam
 luka tembus -seperti kena tikaman pisau, atau jarum

a) Luka terhiris b) Luka terkoyak c) Lebam d) Luka tembus


pendarahan internal (dibahagian dalam)
 perut –muntah berdarah
 paru-paru / salur pernafasan – batuk berdarah
 tali usus – darah pada dubur
 rahim – tumpah darah
 buah pinggang – kencing berdarah
 tengkorak – darah mengalir melalui telinga dan
hidung
pendarahan internal tanpa kesan
 limpa dan hati pecah
 pendarahan dalam otak
RAWATAN PENDARAHAN EKSTERNAL
SECARA UMUM
) Luka-luka kecil.
Rawatan bagi luka kecil lazimnya hanya memerlukan pembalutan kecil
seperti plaster sahaja. Biarpun begitu rawatan perlu diberi untuk
mengelakkan risiko jangkitan kuman. Langkah-langkah rawatannya
adalah seperti berikut:

# bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
# cuci luka dari tempat luka kearah ke luar supaya kuman tidak masuk ke
kawasan luka.
# keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril.
# lekatkan plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah
tempat luka.
# gunakan pembalut untuk memegang plaster.
B) luka kecil yang ada benda asing.

Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti kaca yang
terbenam atau objek-objek lain, anda hendaklah jangan keluarkan objek tersebut.
Tindakan anda akan mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan.
Matlamat rawatan anda adalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan atau mencabut
objek dan mendapatkan rawatan perubatan.
Langkah-langkah rawatannya adalah seperti berikut:
~ bersihkan tangan anda dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
~ cuci lika dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.
~ keringkan perlahan-lahan denga tisu atau tuala yang telah disteril.
~ kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau
sekitar tepi objek.
~ tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman.
Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga anda boleh membalut tanpa menekan
objek.
~ bawa mangsa ke hospital.
TERSELIUH & PATAH
1. Kepatahan (fraktur) merupakan salah satu kecederaan yang sering di
alami oleh mangsa kemalangan. Kecederaan tulang, sendi dan otot terjadi
disebabkan oleh :

 Pukulan secara langsung yang tepat dan kuat. Kecederaan berlaku pada
tempat yang kena pukulan, misalnya kaki dilanggar kereta.
 Pukulan sipi. Kecederaan berlaku jauh dari tempat pukulan, misalnya
patah tulang peha kerana jatuh dari tempat tinggi.
 Kecederaan otot (strain). Otot telah diregang secara berlebihan. Terjadi
kerana menggunakan otot secara mengejut. Sering terjadi pada ahli
sukan.
 Terseliuh. Kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan
mengejut. Contoh pergerakan mengejut seperti berpusing secara
mengejut semasa berlari.
 Dislokasi (dislocation). Hujung tulang sendi terkeluar dari kedudukan
normal. Sering terjadi pada jari kaki atau tangan
JENIS-JENIS PATAH
Patah boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori :
 Patah bertutup. Kulit permukaan tidak luka.
 Patah terbuka. Terdapat luka yang mendedahkan
keretakan tulang.
 Patah berkomplikasi (melarat). Kecederaan melibatkan
tulang dan organ lain seperti otak, paru-paru dan lain-
lain.
 Patah ranting muda. Terjadi dikalangan kanak-kanak.
 Patah penghancuran. Tulang patah lebih dari dua.
 Patah simple. Tulang patah dua sahaja.
TANDA-TANDA KECEDERAAN TULANG
 Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.
 Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah.
 Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.
 Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal.
 Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang,sendi atau
otot.
 Bentuk,kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.
PRINSIP RAWATAN SECARA AM
Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut :

 Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam


nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak.
 Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan rawatan
ditempat kejadian.
 Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera.
Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera.
 Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan
kain yang bersih.
 Haling / ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat (splin),
anduh dan pembebat.
 Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari
tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.
ANDOH ATAU BALUTAN PATAH

a) Andoh besar lengan atas b) Andoh tiga segi c) Patah tulang

Patah tulang peha

d) Patah tulang dagu


 Sekian terimalah kasih….

You might also like