You are on page 1of 6

Lakonan

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lakonan ialah salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk mengembirakan hati dengan
cara meniru watak yang berlainan dengan dirinya yang sebenar. Lakonan pada mulanya
bermula dengan teater sebelum beralih kepada wayang gambar apabila kamera filem mula
diperkenalkan.

Di Malaysia, lakunan teater boleh dibahagikan kepada dua, iaitu lakunan traditional seperti
Bangsawan, Main Puteri, Mak Yong, dan Menora, dimana watak dan jalan cerita telahpun
dikekalkan dan tidak lagi berubah, walaupun setelah berlakunya perubahan zaman.

Teater moden pula merujuk kepada yang lain daripada yang di atas. Teater moden di Malaysia
bergerak aktif tetapi kurang mendapat minat ramai kecuali kumpulan kecil. Usaha sedang giat
dijalankan untuk mendedahkan lagi teater kepada umum.

Wayang pula mula bermula semenjak pengenalan kamera wayang pada sekitar 40an. Sekitar
50an - 60an Jalan Ampang, dan Jalan Kempas di Singapura menjadi terkenal sebagai
penghasil filem-filem melayu.

Pada masa sekarang, cerita drama video telah menjadi semakin popular dan semakin banyak
ditayangkan. Filem yang ditangkap dengan menggunakan filem boleh dipancarkan kepada
layar wayang tanpa kehilangan mutu gambar. Filem video untuk drama talivisen tidak sesuai
untuk dilayar wayang disebabkan mutu gambar menjadi kurang baik apabila diperbesarkan.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Lakonan

JENIS-JENIS LAKONAN

ARTISTIK
Artistik ialah gerak geri seni baik pada percakapan , mahupun pada gerak lakon. Misalnya
dalam sebuah drama purbawara. Tajuk ceritanya katakanlah cinta dan senikata cerita cinta ini
dibuat dalam bentuk pantun. Untuk menyesuaikan senikata berpantun ini, maka pengarah
terpaksa mengarahkan pelakon – pelakonnya supaya melakukan adegan yang sengaja diada –
adakan.
REALISTIK
Ini gerak geri biasa lawan kepada artistik. Jelasnya sebagaimana kelakuan dan percakapan
sehari –hari maka begitulah pula dilakonkan diatas pentas. Hubunagan jenis lakonan artistik
dengan realistik bolehlah diibaratkan antara orang berjalan dengan orang menari. Orang
berjalan itu disebut realistik dan orang menari itu disebut artistik.
WATAK PARADOKS
Ertinya melakonkan banyak wata. Misalnya dalam adegan atau babak pertama dia berlakon
sebagai seorang lanun yang ganas, kemudian dalam adegan atau babak kedua dia diminta
memainkan watak lain seperti menyamar jadi peminta sedekah dan dalam
adegan atau babak ketiga dia menjadi lanun semula.
PENGUCAPAN
Pengucapan dalam drama ialah apabila pelakon melafazkan dialog secara lansung dari atas
pentas. Pengucapan itu hendaklah terang, jelas dan dapat didengar oleh semua penonton
walaupun ribuan jumlahnya.
Di negara barat dan negara maju, suara pentas adalah menjadi syarat mutlak bagi seseorang
pelakon, kerana suara pelakon itu dikehendaki secara lansung sampai ke telinga penonton
tanpa dibantu alat pembesar suara. Bagi suara yang dibantu dengan pembesar suara, itu
dianggap cara lama yang sudah lapuk ketinggalan zaman. Bukti dari sejarah perkembangan
seni drama di dunia menunjukkan bahawa pelakon tanpa pembesar suara itu sebenarnya
adalah cara lama dalam zaman bangsawan sejak dahulu lagi.
Kesulitan utama bagi seseorang calon pelakon ialah tidak semua orang memiliki suara pentas.
Malah kebanyakkan pelakon memiliki suara sederhana.
Akibatnya banyak drama yang dipersembahkan gagal kerana tidak dapat memenuhi syarat –
syarat kesempurnaan pementasan drama. Ditanah air, syarat kesempurnaan sering menjadi
syarat penting dalam pementasan drama. Sebab – sebab yang lain mungkin mereka tidak tahu
serta tidak menyedari hal tersebut.
Oleh kerana tidak tahu dan tidak menyedari maka selalu berlaku dimana para pengarah atau
jawatankuasa pemilihan pelakon tidak berdasarkan pemilihan calon pelakon kerana suara
pentas tetapi mengutamakan paras rupa yang kacak, lawa, tampan, menarik dan lain – lain
lagi walaupun suaranya kurang bagus.

Posted by SYAZWAN at 10:17 AM

http://syazwanosman.blogspot.com/2008/03/jenis-jenis-lakonan.html

PENGURUSAN LAKONAN

PERASAAN
Dalam hal ini, pelakon berkebolehan menguasai perasaannya apabila membawakan peranan
yang diberi. Pabila pelakon muncul di penta, maka perasaan yang ada dalam dirinya ialah
sedang melakonkan peranan dan sedang menghadapi ramai penonton.dia bukan lagi diluar
panggung, tidak lagi boleh membuat gerak geri dan bercakapsesuka hatinya seperti diluar
panggung.
Jika perasaan itu tidak dikuasai dalam dirinya bermakna dia masih mengingat atau
berperasaan seperti biasa . Untuk menguasai perasaan ini bukanlah satu kerja mudah. Ini
kerana kita memerlukan kekuatan jiwa dan pemusatan fikiran yang sungguh – sungguh.
Gangguan perasaan akan mengakibatkan lakonan seseorang berlawanan dari perasaan yang
dikehendaki oleh cerita, yang lembut jadi kasar, yang tenang jadi gopoh, yang gembira jadi
duka dan seterusnya. Oleh sebab itu, bagi setiap pelakon memang menjadi suatu peraturan
atau tatatertib yang sebaik – baiknya supaya sentiasa menjaga perasaan jangan sampai
terganggu.
SENI KATA
Ini adalah kebolehan menguasai semua seni kata yang sudah dihafal dengan lanca, menguasai
tekanan – tekanan suara, pernafasan dan menguasai bila dan ketika seni kata itu bersambut
balas dengan pelakon lain yang dilawan bercakap.
Selain itu penguasaan seni kata juga perlu apabila seni kata itu dihubungkan dengan teknik
lampu, muzik, bunyi latar belakang dan lain – lain. Paling penting penguasaan seni kata yang
dihubungkan dengan mimik muka, gerak geri dan menghala kepada penonton.

Ini termasuk juga kesan pengucapan seni kata itu kepada penonton. Terutama apabila sampai
seni kata yang lucu sehingga membuatkan penonton ketawa terbahak – bahak, tentunya
pelakon melayani kesan – kesan itu dengan cara memikirkan penonton puas dengan
ketawanya disamping dia sebagai pelakon bijak menokok tambah gerak gerinya untuk
memenuhi kekosongan semasa penonton sedang ketawa.
GERAK GERI
Penguasaan gerak geri ialah menguasai semua gerak geri yang dihidupkan diatas panggung
sesuai dengan peranan, keadaan dan tempat. Peranan Hang Tuah yang tenang dan Hang Jebat
yang lincah jangan jadi sebaliknya. Keadaan sedang tenang, marah, memujuk atau merayu.
Begitu juga tempatnya, mestilah mengetahui dikawasan mana dia sedang berdiri sama ada
kawasan tengah ( bahagian depan ), kawasan sederhana ( bahagian tengah ) atau kawasan over
acting ( bahagian belakang ).
Namun biar apapun gerak lakon yang dibuatnya, jangan lupa hubungannya secara langsung
kepada penonton. Misalnya gerak geri geram sebagai pembunuh, biasanya keris dijunam ke
dalam perut mangsa atau mangsa diseksa terlebih dahulu dan lain - lain lagi.

Posted by SYAZWAN at 10:17 AM

http://syazwanosman.blogspot.com/2008/03/pengurusan-lakonan.html

Wednesday, March 26, 2008


CIRI-CIRI SEORANG PELAKON

Setiap orang yang berlakon diatas pentas disebut pelakon sementara orang yang menonton
drama itu disebut penonton. Peranan pelakon di atas pentas tidak sama,ada yang kecil,
sederhana dan yang besar. Besar kecil peranan seseorang itu menjadi ukuran kepada berat
atau ringan watak – watak yang dimainkan. Peranan berat selalu diukur apabila seseorang
pelakon itu melakonkan watak seorang yang lain seperti raja, lanun, pengemis dan lain – lain.
Settiap pelakon mesti menyedari bahawa dia adalah seorang yang disuruh berlako,
melakonkan watak orang lain yang bukan wataknya. Disinilah terletak susah payahnya
berlakon. Oleh itu dengan sendirinya adalah menjadi kewajipan utama kepada pelakon
mempelajari watak – watak yang hendak dilakonkan. Cara mempelajarinya ialah membaca
dengan teliti dan menghayati skrip yang diserahkan kepadanya.Penghayatan boleh didapati
melalui imaginasi, khayalan atau berangan – angan

Posted by SYAZWAN at 10:17 AM

http://syazwanosman.blogspot.com/2008/03/ciri-ciri-seorang-pelakon.html

Teknik P&P Komsas PMR dan SPM Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Komponen Sastera
PMR dan SPM
Oleh: Cikgu Mohd. Khir Kassim

Pengajaran dan pembelajaran komponen sastera (komsas) selalunya tidak menyeronokkan dan
biasanya membosankan murid. Mengapakah keadaan ini berlaku? Terdapat beberapa masalah
yang dihadapi oleh guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera.
Satu daripada alasannya ialah guru tidak mendapat pendedahan tentang teknik pengajaran dan
pembelajaran komsas. Selain itu guru tidak berminat dengan sastera dan tidak memiliki
kemahiran tentang sastera. Guru juga tidak berkeupayaan untuk menunjukkan contoh kepada
murid tentang cara-cara karya sastera itu dipersembahkan. Bagi murid pula, mereka selalunya
kurang berminat dengan komsas kerana teknik penyampaian guru itu sendiri yang
membosankan. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan
guru biasanya mengggunakan teknik yang konvensional dan tidak berpusatkan murid. Oleh
yang demikian guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran komsas yang
kurang menarik yang diamalkan sebelum ini. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan
murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada
murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.

Teknik pengajaran dan pembelajaran komsas yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut:

(a) Teater Pembaca


(b) Teater Bercerita
(c) Persidangan Meja Bulat
(d) Monodrama
(e) Balang Kaca
(f) Stesen
(g) Kerusi Panas
(h) Peta Minda
(i) Improvisasi
(j) Mestamu
(k) Dekon
(l) Adaptasi

(a) Teater Pembaca

• Melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas.
• Mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja.
• Membantu penonton (murid) memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah
sedang berlaku di hadapan mereka.
• Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.

(b) Teater Bercerita

• Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon.


• Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita
tersebut.
• Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.
• Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(c) Persidangan Meja Bulat


• Perbincangan dilakukan secara berkumpulan.
• Seorang murid menjadi ketua untuk mempengerusikan perbincangan dan seorang pencatat.
• Perbincangan berfokus pada isu yang ditetapkan oleh guru.
• Semua anggota kumpulan mesti memberi pendapat semasa perbincangan dijalankan.
• Wakil kumpulan akan membentang dapatan atau hasil perbincangan.
• Masa perbincangan 15 – 20 minit.
• Guru memantau dan membimbing kumpulan semasa perbincangan dijalankan.
• Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

(d) Monodrama
• Satu teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang pelakon (murid)
• Pelakon mesti menghayati watak yang dipilih.
• Pelakon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan dan
tindakan watak dalam sesuatu karya.
• Berdasarkan lakonan itu, murid lain dapat menilai perwatakannya dan perwatakan individu
lain.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(e) Balang Kaca


• Seorang murid berlakon sebagai watak utama.
• Murid-murid lain berlakon sebagai watak-watak lain dan mengelilingi watak utama.
• Watak-watak lain memberi pandangan terhadap watak utama.
• Watak utama tidak bercakap tetapi boleh memberi respons melalui mimik muka, gerak
tubuh dan sebagainya.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(f) Kerusi Panas


• Seorang murid dikehendaki memainkan peranan sebagai satu-satu watak.
• Murid berkenaan duduk di kerusi di hadapan kelas.
• Murid-murid lain mengajukan pertanyaan berkaitan perwatakan watak berkenaan.
• Murid yang duduk di kerusi mesti menjawab soalan sebagai watak yang sedang
dilakonkannya.
• Pelajar lain mencatat perwatakan watak-watak dalam Lembaran Pengurusan Grafik (LPG)
yang disediakan.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(g) Improvisasi
• Aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi sebenar.
• Dijalankan dalam kumpulan antara 2 – 5 orang murid.
• Mereka diberi masa 10 – 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(h) Stesen
• Murid mencari maklumat secara berkumpulan dari satu stesen ke satu stesen.
• Maklumat di setiap stesen berbeza-beza berdasarkan arahan guru.
• Murid perlu pergi ke semua stesen untuk melengkapkan maklumat.
• Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

(i) Peta Minda


• Murid mencatatkan maklumat tentang sesuatu aspek dalam bentuk peta minda.
• Peta minda boleh disediakan oleh guru lebih awal, atau pelajar sendiri membina peta minda
itu.
• Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

(j) Mestamu
• Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.
• Gunakan melodi lagu yang diminati/popular dan gantikan seni kata/lirik lagu itu dengan
sajak atau puisi yang dipelajari.
• Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
• Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam, dan seloka.

(k) Dekon
• Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.
• Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud sajak/puisi
• Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
• Teknik ini sesuai untuk sajak.

(l) Adaptasi
• Murid mencipta karya dalam bentuk genre lain berdasarkan sesuatu genre. Misalnya,
menulis pantun atau syair berdasarkan cerpen; menulis skrip drama berdasarkan sajak atau
menulis sajak berdasarkan novel.
• Dapat mempelbagaikan kemahiran dan meningkatkan kreativiti murid.
• Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

Guru-guru bolehlah mencuba teknik-teknik yang telah dikemukakan tadi semasa mengajarkan
komsas di dalam kelas. Semoga teknik tersebut tidak membosankan murid malahan boleh
menarik minat dan perhatian mereka untuk mempelajari komsas dan sastera secara amnya. Di
samping itu, pakar-pakar kemahiran belajar mengatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan ialah pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Pembelajaran yang menarik
pula sudah tentu akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap pengetahuan murid.
Diharapkan juga agar minat murid-murid tersebut disuburkan oleh guru yang mengajarkan
komsas dengan memberikan bimbingan bukan sahaja untuk mengkaji aspek sastera malahan
berupaya untuk menghasilkan karya sastera seperti sajak, pantun, gurindam, cerpen dan novel.

Posted by Mohd Khir Kassim at 6:56 AM

http://khirkassim.blogspot.com/2008/05/teknik-p-komsas-pmr-dan-spm.html

You might also like