You are on page 1of 1

Bahagian B : Karangan Berdasarkan Bahan Respon

Skema Karangan

Kehidupan yang sejahtera bermula daripada amalan hidup sihat. Pelbagai kaedah boleh
diamalkan untuk gaya hidup yang sihat.

Antaranya adalah dengan bersenam. Aktiviti ini boleh dilakukan pada waktu senggang. Dengan
bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu kita bukan sahaja dapat meningkatkan taraf kesihatan
malah dapat mengelakkan kita daripada serangan penyakit yang berbahaya seperti tekanan darah tinggi
dan serangan jantung.

Selain itu, kita juga perlu memakan yang seimbang. Tabiat mengambil makanan secara
berlebihan boleh menjejaskan kesihatan kita. Justeru, dengan mengamalkan pemakanan seimbang
boleh mengelakkan kita daripada obesiti dan penyakit diabetes.

Di samping itu, untuk kekal sihat masyarakat kita digalakkan mempunyai jadual kerja yang
sistematik. Hal ini demikian kerana setiap pekerjaan yang dilakukan dengan sistematik boleh
mengelakkan diri kita daripada stres. Stres boleh mengakibatkan seseorang individu itu sakit dari segi
mentalnya.

Sebagai intiha, taraf kesihatan yang baik adalah bermula daripada amalan hidup yang sihat.
Maka, masyarakat Malaysia disarankan mengamalkan budaya hidup sihat supaya kita dapat membentuk
masyarakat yang lebih produktif.

You might also like