You are on page 1of 4

Kepentingan Penyelesaian Masalah Matematik Dalam Kehidupan Seharian

Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan banyak memberi


kepentingannya yang tersendiri kepada individu.Seperti yang kita tahu dalam kehidupan
seharian, matematik sering wujud dan banyak digunakan dalam kehidupan seharian.
Bagaimana perniagaan saham boleh naik turun setiap detik,setiap waktu, dan setiap
saat? Matematik yang berperanan untuk menyelesaikan masalah kewangan di setiap
syarikat dan perniagaan. Tanpa matematik , tidak akan wujud urusan perniagaan di
seluruh negara. Bukan sahaja itu, wujud manusia yang buta ilmu pengiraan dan
terbantutlah pemikiran manusia kerana penyelesaian masalah dalam matematik yang
memberi keselesaan dalam kehidupan . Seperti yang kita tahu,setiap pemegang saham
sesuatu syarikat pasti mempunyai masalah dalam pelaburannya seperti kekurangan
bayaran saham, dan sebagainya. Bayangkan sekiranya masalah tidak dapat
diselesaikan, implikasinya pasti sangat besar dan memberikan kesan yang sangat
besar dalam kehidupan seharian kita. Itulah kepentingan penyelesaian masalah dalam
matematik. Sesuatu urusan kehidupan manusia pasti akan dapat diuruskan dengan
efektif dan lancar. Antara pemikir yang menyumbangkan kepada keberkesanan
penyelesaian masalah matematik ialah George Polya yang telah mengemukakan empat
langkah dalam proses penyelesaian masalah matematik yang bukan hanya boleh
digunakanb untuk masalah matematik, malah masalah yang sering kita hadapi dalam
kehidupan seharian.

Di samping itu, kemahiran penyelesaian masalah matematik dalam kehidupan


seharian dapat merangsang perkembangan intelek seseorang individu itu. Ia
meningkatkan lagi perkembangan kognitif dalam perkembangan seseorang supaya
lebih cepat untuk menyelesaikan masalah yang sering berlaku dalam kehidupan.
Bayangkan,seorang penjual aiskrim bergerak juga akan menghadapi kesukaran apabila
berhadapan dengan pelanggan yang ramai. Boleh bayangkan jika dia tidak boleh
mengira secara pantas? Itulah kepentingan matematik yang wujud secara tidak sedar
kerana pada waktu yang sama,penjual aiskrim itu meningkatkan kemahiran mengiranya
setiap kali dia berurusniaga dengan pelanggan. Bayangkan sekiranya dia menjual ais
krim yang beharga pelbagai harga dan sebagai contoh, Aiskrim Mat Kool vanilla yang
disaluti coklat ranggup yang berharga RM1.20 dan aiskrim ini yang menjadi sambutan
kanak-kanak.Oleh itu, peniaga ini seharusnya sudah memikirkan untuk menukar syiling
yang banyak kerana banyak syiling diperlukan untuk dipulangkan kepada
pelanggan.Secara tidak langsung, penjual aiskrim sudah belajar cara memulangkan
baki kepada pelanggan.Ramai peniaga peniaga yang wujud di dunia ini tidak pandai
menulis tapi pandai mengira dengan lancarnya.Itulah kepentingan matematik dalam
kehidupan seharian kerana wujud praktikal jika diamalkan selalu.

Sekiranya kita sedar bahawa Matematik adalah ilmu yang bukan berdasarkan
teori malah perlu praktikal selalu supaya tidak lupa apa yang dipelajari. Ia adalah satu
disiplin penting kerana peranan praktikal bagi individu dan masyarakat melalui
pendekatan penyelesaian masalah, aspek matematik ini dapat dibangunkan.
Penyelesaian masalah dan mengembangkan kemahiran yang diperlukan untuk
menyelesaikan masalah yang lebih baik dari pengajaran kemahiran tanpa konteks
tersebut memberikan penyelesaian masalah nilai khusus sebagai salah satu cara untuk
belajar konsep baru dan kemahiran atau penguatan kemahiran yang telah diperoleh.

Stanic dan Kilpatrick, (1989), NCTM, (1989) mengatakan bahawa mendekati


matematik melalui penyelesaian masalah dapat mencipta konteks yang
mensimulasikan kehidupan nyata dan kerana matematik daripada memperlakukannya.
Penyelesaian masalah menjadi fokus utama dalam matematik kerana, mereka berkata,
itu meliputi kemahiran dan fungsi yang merupakan bahagian penting dari kehidupan
sehari-hari. Selain itu ,ia juga dapat membantu orang untuk menyesuaikan diri dengan
perubahan dan masalah tak terduga dalam kerjaya mereka dan aspek lain dari
kehidupan mereka.

Penyesuaian diri itu amat penting kerana kepekaan terhadap aspek perubahan
ekonomi yang wujud di dunia ini kerana kemodenan banyak meningkatkan kos taraf
hidup manusia. Kos taraf kehidupan merupakan salah satu masalah matematik yang
diurus secara langsung oleh setiap individu yang menghadfapi masalah ini. Harga
minyak di Malaysia yang semakin naik setiap tahun adalah salah satu contoh terbaik
untuk perubahan kesan daripada faktor ekonomi negara Mesir yang menghadapi krisis
pemberontakan. Harga minyak Petrol RON 97 seliter yang naik 10 sen pada harga
pasaran ialah RM2.50 yang dikuatkuasakan serta merta pada awal Februari yang lalu.
Oleh itu, sebagai seorang yang boleh berfikir dan boleh merancang perbelanjaaan diri
kita perlu mengelakkan dan merancang penggunaan wang kita agar tidak berlaku
masalah kewangan yang akan membebankan kita. Ini adalah salah satu kepentingan
matematik dalam kehidupan seharian ,iaitu diajar untuk menerima arus perubahan
sedia ada supaya tidak mengalami kejutan budaya dan berusaha untuk mencapai
standard individu yang berkualiti dari segi intelek.

Bayangkan kehidupan tanpa nombor? Bolehkah manusia boleh melakukan


pengiraan terhadap sesuatu? Apa yang dilakukan untuk menggantikan sistem nombor
di dunia ini? Matematik wujud ke arah kepentingan yang paling umum dan menjadi
rutin yang sebati dalam kehidupan ialah ia membantu untuk memudahkan kehidupan
seharian dengan kewujudan Matematik dalam kehidupan.dan ia sudah sebati dalam
konteks kehidupan manusia.Proses jual beli yang berlaku pada setiap kedai yang wujud
di seluruh dunia.Kewujudannya yang meluas yang menyebarkan perdagangan ke
seluruh dunia dari zaman Kesultanan Melayu Melaka di mana pedagang pedagang
Arab yang sanggup berdagang ke Tanah Melayu untuk berdagang rempah ratus dan
pada waktu yang lalu,mereka hanya menggunakan duit kupang sebagai nilai emas
mereka.

Bukan sahaja itu, sekiranya matematik tidak wujud, wujudkah lagi bank di dalam
dunia? Itulah menjadi persoalan dan menjadi salah satu faktor yang penting tentang
kepentingan matematik. Proses yang melibatkan operasi matematik seperti akaun, fizik,
kimia yang menjadikan pengiraan sebagai langkah untuk mahir dalam subjek ini. Oleh
itu,pakar pakar Intelek mengatakan bahawa matematik adalah subjek yang peting yang
membawa kepada kecerdasan otak kiri yang menjadikan seorang itu cenderung untuk
melakukan kira kira iaitu Abacos sebagai contoh teknik mengira yang paling kreatif di
dalam dunia dan banyak pakar matematik yang wujud disebabkan kaedah Abacos ini.
Kaedah ini membantu ramai individu di dalam penyelesaian masalah yang melibatkan
operasi tambah dan tolak.
Apa yang dapat disimpulkan di sini,Matematik adalah satu subjek yang wajib
dididik kepada kanak kanak sewaktu kecil kerana semakin lama Manusia semakin
membesar,semakin banyak digunapakai dalam kehidupan yang nyata ini.Bukan sahaja
itu, desakan dari arus kemodenan, ia menjadi subjek yang wajib untuk difahami kerana
teknologi kini banyak menjadikan matematik sebagai salah satu yang penting dalam
kehidupan seharian samada dalam penyelesaian masalah ataupun tidak.Matematik ini
pasti akan memberi impak yang positif kepada seseorang supaya tahap kecerdasan
intelek seseorang itu dapat mengimbangkan kehidupannya untuk menjadi individu yang
berguna pada masa akan datang, dan matematik juga memainkan peranan yang amat
besar dalam proses pertukaran barang yang sangat diperlukan oleh manusia untuk
meneruskan kehidupan seharian. Tanpa matematik maka mundurlah pembangunan
manusia, pincang pemikirannya dan bantutlah perkembangannya.

You might also like