You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

AKTIVITI RANCANGAN INTERGASI MURID UNTUK PERPADUAN


(RIMUP)
2011
1. Pengenalan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Rancangan Integrasi
Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) ialah hasil ilham Perdana Menteri, Y.A.B Datuk Seri
Abdullah Hj Ahmad Badawi, ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran Malaysia. Pada
peringkat awal, pelaksanaan RIMUP tertumpu pada peringkat sekolah rendah dan
merangkumi pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan sukan secara bersama oleh pelajar
pelbagai kaum. Kefahaman terhadap konsep serta perancangan aktiviti tidak diberi
penekanan secara menyeluruh pada peringkat negeri, daerah dan sekolah.
KPM telah menggerakkan semula RIMUP dan memberikannya pendekatan yang
lebih segar sebagai salah satu langkah untuk membolehkan pelajar di sekolah yang
majoriti pelajarnya terdiri daripada satu kaum sahaja berinteraksi dan bergaul dengan
pelajar pelbagai kaum dari sekolah lain. Konsep pelaksanaan RIMUP telah
diperkukuhkan lagi dengan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat,
pentadbiran sekolah, guru dan pelajar dari peringkat sekolah rendah hingga menengah
dalam kegiatan khas secara bersama. Program RIMUP mempunyai tiga komponen
utama iaitu akademik, kokurikulum dan sukan, serta e-integrasi dan akan dilaksanakan
melalui kegiatan dalam enam bidang berikut:
– Aktiviti kecemerlangan akademik
– Aktiviti kesukanan dan permainan
– Aktiviti kokurikulum
– Aktiviti khidmat masyarakat
– Aktiviti meningkatkan patriotisme
– Aktivitivirtua l melalui e-integrasi

KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara
murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara
mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana
hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum dengan
kaum yang lain.
KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra
secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar
semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kearah
merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu
dan harmoni.
2. Konsep

RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan
kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan,
peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

3.Matlamat

Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan,
memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi
cabaran kolektif dan bersepadu.

4.Objektif Rancangan

• Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat,para guru dan murid serta


warga sekolah dalam kegiatan khas secara bersama-sama.

• Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana


muhibbah secara sedar dan terancang.

• Melahirkan persefahaman dan tolenrasi antara murid pelbagai kaum di


sekolah.

• Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan


kegiatan khas secara bersama-sama.

5.Sekolah Terlibat.

5.1 Sek. Kebangsaan Kampung Batu dan SKJ ( C )


6. Program Yang Akan Dijalankan
6.1 Program Padu Anak Malaysia - Pertandingan Sukan Untuk Perpaduan.

6.1 Program Padu Anak Malaysia

6.1.1 Pengenalan
Program Padu Anak Malaysia Adalah satu program yang dapat membentuk generasi muda
berdisiplin, bersikap positif, mengamalkan nilai-nilai murni dan penyayang dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum.

6.1.2 Jenis Aktiviti

Jenis aktiviti yang akan dijalankan ialah Pertandingan dan Aktiviti


Sukan Rakyat. ( Sila Rujuk Lampiran 1 )

6.1.3 Matlamat
Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi
unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan
bersepadu.

6.1.4 Objektif
Dapat mengkoordinasikan deria penglihatan dengan gerak kaki dan tangan dengan betul
serta dapat memupuk semangat muhibbah dan perpaduan kaum serta kerjasama antara satu
sama lain.

6.1.5 Sasaran
Seramai 60 orang pelajar iaitu 30 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Batu dan
30 orang pelajar sekolah SKJ (C )

6.1.6 Tarikh dan Masa

n) bermula jam 9.00 pagi.


6.1.7 Jawatankuasa
7.
Perbelanjaan program
BIL
BUTIRAN
JUMLAH
1
Program Pertandingan dan aktiviti sukan
(RM 400.00 X 3 buah sekolah)
RM 1 200.00
2.
Program Sambutan Hari Raya
(RM 10.00 X 32 orang murid setiap sekolah X 3 buah
sekolah)
RM 960.00
3
Prorgam Lawatan Sambil Belajar
(RM 960.00 X 3 buah sekolah)
RM 2 880.00
4
Topi untuk pelajar
(RM 10.00 X 32 orang murid setiap sekolah X 3 buah
sekolah)
RM 960.00
JUMLAH RM 6 000.00
8.
Butiran Perbelanjaan
8.1
Program Pertandingan dan Aktiviti Sukan
Hadiah Murid
96 murid X RM 10.00
= RM 960.00
Air Minuman
6 kotak X RM 12.50
= RM 75.00
Glass paper
12 helai X RM 1.00
= RM 12.00
Cellotape
6 biji X RM 2.50
= RM 15.00
Brown paper
60 helai X RM 0.50
= RM 30.00
Runcit
RM 36.00 X 3 sekolah
= RM 108.00
JUMLAH A = RM 1 200.00

9.
Kesimpulan
Harapan agar Program RIMUP ini mencapai matlamatnya dan mendapat sokongan padu daripada
semua pihak lebih-lebih lagi sekolah-sekolah yang terlibat. Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan
serta orang perseorangan malahan PIBG juga boleh melibatkan diri dalam program seumpama ini.
Semoga integrasi antara kaum dapat di padukan serta disatukan menjadi masyarakat Malaysia yang
aman dan makmur.
Disediakan oleh:
Disemak Oleh:
Lampiran 1

Tajuk : Sukan Rakyat

Pengenalan
: Kegiatan sukan yang pelbagai jenis atau acara yang dimainkan oleh rakyat biasa
dengan menggunakan peralatan di sekelilingnya.

Jenis Aktiviti
: Lari dengan kain batik atau kain pelekat

Matlamaat
: melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang
unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan
bersepadu.

Objektif:

1. Dapat mempelajari teknik permainan yang betul.


2. Dapat mengkoordinasi deria penglihatan dengan
gerakan kaki dan tangan dengan betul.
3. Dapat memupuk semangat muhibbah dan perpaduan serta
kerjasama antara satu sama lain.

Kumpulan Sasaran : Semua Murid Tahap 2


Syarat :
1. Satu pasukan terdiri daripada 10 orang peserta.
2. Peserta perlu berlari memakai kain batik sejauh 15 meter dan
berpatah balik ke tempat permulaan.
3. Setelah peserta pertama sampai ke tempat permulaan,
peserta kedua mengambil alih dan meneruskan larian
sehingga peserta terakhir.
4. Pasukan yang pertama menamatkan larian dikira sebagai
pemenang pertandingan.
Jenis Aktiviti ke-2
: Isi Air Dalam Botol.

Matlamat :
melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul,
bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

Objektif :
1. Dapat mempelajari teknik permainan yang betul.
2. Dapat mengkoordinasi deria penglihatan dengan
gerakan kaki dan tangan dengan betul.
3. Dapat memupuk semangat muhibbah dan perpaduan serta
kerjasama antara satu sama lain.

Kumpulan Sasaran
: Semua murid
Syarat
: 1. Satu pasukan terdiri daripada 10 orang peserta.
2. Peserta perlu berlari sejauh 15 meter dan mengisi air dalam botol mengunakan straw,
kemudian mereka perlu berpatah balik ke tempat permulaan.
3. Setelah peserta pertama sampai ke tempat permulaan, peserta kedua mengambil
alih dan meneruskan larian sehingga peserta terakhir.
4. Pasukan yang pertama menamatkan larian dikira sebagai
pemenang pertandingan.

Jenis Aktiviti ke-3


: Cari gula gula dalam tepung.
Matlamaat :
Melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul,
bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

Objektif:
1. Dapat mempelajari teknik permainan yang betul.
2. Dapat mengkoordinasi deria penglihatan dengan
gerakan kaki dan tangan dengan betul.
3. Dapat memupuk semangat muhibbah dan perpaduan serta
kerjasama antara satu sama lain.
Kumpulan Sasaran : Semua Murid Tahap Satu
Syarat
: 1. Satu pasukan terdiri daripada 10 orang peserta.
2. Peserta perlu berlari sejauh 10 meter dan meniup tepung
untuk mencari gula gula di dalam tepung tersebut,
kemudian berpatah balik ke tempat permulaan.
3. Setelah peserta pertama sampai ke tempat permulaan, peserta kedua mengambil alih dan
meneruskan larian sehingga peserta terakhir.
6. Pasukan yang pertama menamatkan larian dikira sebagai
pemenang pertandingan.

You might also like