You are on page 1of 13

Kemahiran Geografi : Kedudukan

Cara-cara Menyatakan Ketinggian dan Keratan Rentas 

Cara Makna
 
a. lorekan dan ton

      Kawasan tinggi  -  lorekan padat dan hitam

          Kawasan rendah  -  lorekan

 
b. warna       Tanah tinggi  -  warna gelap seperti coklat, hitam,
merah dan ungu

      Tanah rendah  -  warna hijau

      Sederhana tinggi -  warna kuning

 
c. stesen trigonometri

          Tanda ini terdapat di kawasan gunung atau bukit

        .   300  - bermakna ketinggian gunung ialah 300


meter dari aras laut. 

 
        ditunjukkan dengan satu titik dalam peta
d. titik ukur tinggi       biasanya menunjukkan ketinggian bukit-bukit yang
rendah

           100 bermakna ketinggian tempat itu ialah 100 meter
dari aras laut

 
        tanda ini dilukis  dengan anak panah
e. tanda aras atau       diletakkan di sepanjang jalan raya, jalan keretapi
    batu aras tepi sungai.

          100  bermakna ketinggian tempat itu ialah 100


meter dari aras laut.  
   
        garisan-garisan yang pendek dan tebal
cerun yang curam
f. hasyur
      garisan-garisan yang panjang dan nipis menunjukkan
cerun yang landai.

      Tidak menunjukkan ketinggian dengan tepat, hanya


   anggaran sahaja.

 
g. garisan bentuk       Garisan-garisan yang dilukis secara berputus-putus
pada peta.

      Tidak menunjukkan ketinggian denga tepat, hanya


anggaran sahaja.

 
        Garisan yang dilukis dengan menyambungkan semua
tempat yang mempunyai ketinggian yang sama .
h. garisan kontur
          Menunjukkan ketinggian dengan tepat

      Dapat menggambarkan kecerunan dan bentuk


bumi di sesuatu tempat.

      Garisan kontur berwarna coklat.


   
      Perbezaan ketinggian di antara dua garisan kontur
dikenali sebagai selang tinggi

  
Garisan Kontur dan Cerun
Jarak dan susunan garisan kontur dapat
menunjukkan bentuk cerun. 

a.      cerun curam  - garisan-garisan kontur rapat di


antara satu sama lain.

b.      cerun landai  - garisan – garisan kontur jarang


di antara satu sama lain.

c.      Cerun cembung – garisan kontur jarang di atas


dan rapat di bawah.

d.      Cerun cekung – garisan kontur rapat di atas


dan jarang di bawah

e.      Cerun sekata – garisan kontur sama jarak di


antara satu sama lain.

f.        Cerun bertangga – garisan kontur berselang-


seli di antara rapat dan jarang

Garisan Kontur dan Bentuk Muka Bumi


Garisan kontur juga boleh menggambarkan pelbagai
jenis bentuk muka bumi melalui keratan rentas. 

a.      tebing  tinggi  -  garisan kontur berhampiran 


tepi pantai.

b.      susuh bukit  -  garisan kontur berbentuk  ‘V’


dengan hujungnya menghala ke tanah rendah.

c.      dataran tinggi  -  garisan kontur di bahagian


tepinya rapat dan bahagian tengahnya kosong.

d.      rabung -  garisan kontur membujur dan rapat

e.      lurah  - garisan kontur berbentuk ‘V’ dengan


hujungnya menghala ke tanah tinggi.

f.        genting  dan pelana – garisan kontur bagi 


genting dan pelana adalah sama tetapi bagi
pelana tidak ada sungai mengalir turun darinya.

Cara Melukis Keratan Rentas Garisan Kontur 

Langkah 1  :  Lukis garisan lurus melintangi garisan


kontur dari A ke B
Langkah 2  : Tandakan pada titik-titik di mana
garisan kontur bersilang dengan
garisan AB

Langkah 3  : i.     Lukis sebuah rangka segi empat


tepat di bawah garisan kontur

ii.     Panjang rangka adalah sama


dengan garisan AB

iii.    Lukis garisan-garisan melintang


selari dengan garisan A B

iv.    Buat skala menegak untuk


ketinggian

Langkah 4  :  Lukis garisan-garisan serenjang di


mana garisan-garisan serenjang   
  bertemu dengan garisan-garisan
melintang pada rangka

Langkah 5  :  Sambungkan titik-titik bagi membentuk


lengkungan

 
Latihan 1

Pilih jawapan yang betul.

1. Garisan-garisan melintang dan menegak dalam peta topografi dikenali sebagai…


A.  Koordinat
B.  Rujukan grid
C.  Garisan grid
D.  Garisan utaraan 

2.   Perbezaan ketinggian di antara dua garisan kontur dikenali sebagai…


A.  titik ukur tinggi
B.  Selang kontur
C.  tanda aras
D.  hasyur

3.  Antara berikut yang manakah  merupakan cara untuk menyatakan


     ketinggian dalam peta topografi?
    
I     titik ukur tinggi
     II    hasyur
     III   warna
     IV   tanda aras
A.     I,II dan III
B.     I, II dan IV
C.    I,III dan IV
D.    II,III dan IV

4.  Berikut merupakan cara yang paling sesuai digunakan untuk menyatakan
     ketinggian dalam peta  topografi, kecuali…

A.     warna
B.     lorekan
C.    garisan kontur
D.    garisan grid

       5. Antara pernyataan berikut yang manakah benar mengenai garisan kontur?

I     garisan kontur menyambungkan semua tempat yang mempunyai


      ketinggian yang sama
II    selang tinggi merupakan perbezaan ketinggian di antara dua garisan
      kontur
III   dalam peta topografi, garisan kontur adalah berwarna biru
IV   garisan kontur dapat menggambarkan bentuk muka bumi sesuatu
      tempat

A.  I,II dan III


B.  I, II dan IV
C.  I,III dan IV
D.  II,III dan IV

6.  Simbol ketinggian ini dinamakan…


            A.  tanda aras
B.     titik ukur tinggi
C.    stesen trigonometri
D.    hasyur

   Dataran Tinggi

7.  Antara berikut   pernyataan manakah benar  berkaitan bentuk muka bumi
          di atas?

            I     merupakan sebuah tanah tinggi yang  rata dan luas

      II    kedua-dua bahagian tepi cerunnya adalah landai

      III   garisan konturnya melingkungi  satu kawasan rata yang luas

      IV   mempunyai garisan kontur yang rapat dibahagian tepinya

A.     I,II dan III


B.     I,II dan IV
C.    I,III dan IV
D.    II,III dan IV

 
Garisan  kontur  berbentuk
‘V’ dengan hujungnya 
menghala ke tanah  tinggi
 

8.  Bentuk muka bumi yang dimaksudkan dalam huraian di atas mungkin
            sekali…

A.     pelana
B.     lurah
C.    rabung
D.    susuh bukit

9. Antara berikut yang manakah benar menerangkan ciri-ciri sebuah susuh bukit?
   I     merupakan tanah tinggi yang menganjur ke kawasan tanah rendah
   II   terletak di lekukan antara dua puncak bukit
   III    merupakan tanah tinggi yang panjang dan sempit
   IV    merupakan tanah tinggi yang landai 

A.     I dan II
B.     I dan III
C.    II dan III
D.    III dan IV

10. Garisan kontur yang rapat antara satu sama lain menunjukkan jenis
             cerun…

A.     cembung
B.     cekung
C.    sekata
D.    curam

11.  Antara berikut yang manakah benar tentang ciri-ciri sebuah rabung?

A.     konturnya rapat dan jarang berselang-seli


B.     konturnya memanjang dan tirus
C.    konturnya membujur dan rapat-rapat
D.    garisan konturnya  berbentuk  V

12. Penyataan yang manakah menerangkan kepentingan garisan grid?

           A.  menyatakan ketinggian kawasan


B.     untuk menentukan arah
C.     menentukan kedudukan sesuatu tempat
D.     mengira jarak sesuatu tempat

13. Apakah yang ditunjukkan oleh keratan rentas bagi sesuatu kawasan
           dalam  peta topografi?

A.     keadaan bentuk muka bumi di kawasan tersebut


B.     jenis-jenis kegiatan pertanian di kawasan tersebut
C.    aktiviti ekonomi  di kawasan tersebut
D.    pola petempatan di kawasan tersebut

Soalan 14 hingga Soalan 18 berdasarkan rajah di bawah.    

         

             

14.  Panduan grid empat angka bagi titik T  ialah…

A.     2534
B.     2634
C.    2535
D.    2635   

15.  Panduan grid empat angka bagi titik R ialah…

A.     2732
B.     2731
C.    2631
D.    2632 

16.  Panduan grid enam angka bagi titik  S  ialah…

A.     270320
B.     280320
C.    320280
D.    320270

     17.  Panduan grid enam angka bagi titik  R  ialah…

A.     265315
B.     269312
C.    312269
D.    315265

     18. Panduan grid  260330  terdapat titik…

           A.  P
B.    R
C.    S
D.    T
      19. Apakah kegunaan panduan grid empat angka?

            A.  menentukan kedudukan sesuatu tempat


B.     menentukan arah sesuatu tempat
C.    menentukan kedudukan sesuatu titik
D.    menentukan  jarak sesuatu tempat

20. Apakah kegunaan panduan grid enam angka?

A.     mengukur jarak antara dua tempat


B.     menentukan kedudukan sesuatu tempat
C.    menentukan kedudukan sesuatu titik di atas peta
D.    menentukan arah sesuatu tempat di atas peta

         

Lampiran 1

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

      1.  Berikan 4 cara untuk menyatakan ketinggian  dalam peta topografi.

            i.   _________________________


 

            ii.  _________________________

            iii. _________________________

            iv. _________________________

2. Kawasan yang tinggi  diwakili oleh lorekan yang ______________

      3. Warna hijau mewakili kawasan ______________


    

4. Apakah maksud simbol  ● 300 dalam peta topografi?

         __________________________________________

5. Di manakah simbol  tanda aras  biasanya diletakkan dalam peta topografi?

        ___________________________________________

6. Bagaimanakah hasyur boleh menunjukkan kecerunan sesuatu tempat?

        _______________________________________________________

7. Perbezaan ketinggian di antara dua garisan kontur disebut sebagai

   __________________________________________

8. Garisan-garisan kontur yang rapat menunjukkan cerun _______________

9. Garisan-garisan kontur yang jarang menunjukkan cerun ______________

10. Nyatakan pola kontur bagi cerun seragam.

      __________________________________________________________

 
 

Latihan 3

 Namakan jenis bentuk muka bumi yang dilukis pada keratan rentas di bawah.

 
 
 

           

You might also like