You are on page 1of 21

Pembangunan Lestari

  CikguPA on Wed Aug 05, 2009 10:28 pm

Bincangkan Topik Pembangunan Lestari dalam usaha mengatasi/mencegah masalah alam


sekitar.

Konsep Pembangunan Lestari.

Akta-akta yang berkaitan.

Re: Pembangunan Lestari


  CikguPA on Sat Aug 08, 2009 4:16 pm

Pembangunan Lestari

- Adunan pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
daripada musnah.

-Pemuliharaan bermaksus membaik pulih sumber-sumber alam sekitar seperti air, hutan,
tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber
itu pupus.

-Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumber-
sumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia.

-Idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan berterusan.
Bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi
akan datang.

Re: Pembangunan Lestari


  CikguPA on Sat Aug 08, 2009 6:23 pm

Akta-akta berkaitan

1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974


-pencemaran udara (seksyen 20)
-pencemaran bunyi bising (seksyen 23)
-pencemaran tanah (seksyen 24)
-pencemaran perairan daratan (seksyen 25)
-Pencemaran minyak (seksyen 29)

2. Akta Perhutanan Negara 1984 - seksyen 82 (1) melarang sesiapa melakukan pembakaran
dalam hutan simpan.

3. Akta Kerajaan Tempatan 1976- seksyen 81 menyatakan tindakan boleh diambil ke atas kilang
yang mengeluarkan asap dan menganggu kesihatan serta alam sekitar.

4. Akta Taman Negara 1980- menghalang aktiviti yang menjejaskan ekosistem hutan

5. Akta Perikanan 1985

Re: Pembangunan Lestari


  CikguPA on Sun Aug 16, 2009 7:55 am

Panilaian Impak Alam Sekitar (EIA)

1. EIA adalah satu proses pencegahan daripada berlakunya kemerosotan kualiti alam sekitar.
Penilaian ini bertujuan mengelakkan berlakunya kerugian besar khususnya terhadap alam
sekitar akibat kesilapan perancangan dan pelaksanaan sesuatu projek pembangunan.

2. EIA satu pendekatan yang meyeluruh/holistik ke arah pengurusan alam sekitar yang
melibatkan kawalan dan perancangan sumber jaya agar wujud keseimbangan antara
kepentingan projek pembangunan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang
berkualiti.

3. Oleh itu, sesuatu projek pembangunan khususnya projek mega yang hendak dijalankan, maka
pemaju mestilah menyediakan laporan EIA yang lengkap untuk diteliti dan diluluskan oleh
pihak berkuasa (Ketua Pengarah, Jabatan Alam Sekitar). Pihak berkuasa boleh menangguh atau
membatalkan sesuatu projek jika tidak menepati kehendak dan syarat yang ditetapkan dalam
EIA.

Re: Pembangunan Lestari


  CikguPA on Sat Aug 29, 2009 10:08 pm

Contoh projek yang perlukan kelulusan EIA

Contoh Aktiviti Kriteria pembangunan yang perlukan laporan


1. Pertanian
i. Skim kemajuan tanah yang melebihi 500 hektar
ii. Program pertanian yang perlukan penempatan semula > 100 keluarga
iii. Pembangunan estet pertanian

2. Lapangan terbang
i. Lapangan terbang yang mempunyai landasan 2, 500 meter atau lebih
ii. Pembinaan lapangan terbang dalam taman negara

3. Saliran dan pengairan


i. Pembinaan empangan dan tasik buatan manusia seluas 200 hektar
ii. Saliran kawasan paya, hutan dara meliputi kawasan seluas 200 hektar
iii. Skim pengairan meliputi 5 000 hektar atau lebih

4. Tebus guna tanah


i. Penebusgunaan kawasan pantai meliputi kawasan seluas 50 hektar

5. Perikanan
i. Pembinaan pelabuhan perikanan
ii. Peluasan kawasan pelabuhan melibatkan 50 peratus atau lebih
iii. Projek akuakultur meliputi kawasan 50 hektar atau lebih

6. Perhutanan
i. Pengubahan hutan bukit meliputi 50 hektar atau lebih
ii. Pembalakan mengubah kawasan tadahan kepada kegunaan lain
iii. Pembalakan melebihi 500 hektar atau lebih

7. Perumahan
i. Pemajuan kawasan perumahan meliputi kawasan seluas 50 hektar

8. Industri
i. Kimia – keluaran melebihi 100 tan metrik/hari
ii. Petrokimia – semua saiz

9. Infrastruktur
i. Pembinaan lebuhraya, pembinaan bandar baru, pembinaan hospital

10. Pelabuhan
i. Pembinaan pelabuhan
Re: Pembangunan Lestari
  CikguPA on Fri Sep 04, 2009 7:18 pm

Kita boleh hidup lebih lestari jika kita menjadi lebih celik alam sekitar, belajar daripada alam
semulajadi, hidup dengan lebih sederhana dan menjadi seorang rakyat yang aktif dalam
membangunkan alam sekitar. Dengan kata lain,
kita perlu menjadi seorang rakyat yang proaktif. Walau bagaimanapun, untuk mencapai hidup
yang lebih lestari pada hari ini bukan saja melibatkan komponen alam sekitar tetapi juga
komponen politik dan ekonomi. Kebanyakan masalah dunia pada masa kini adalah akibat dari
kemiskinan, penduduk yang terlalu ramai, penyakit dan konflik yang mempunyai kepentingan
persekitaran.

Lebih dari satu billion manusia di muka bumi pada hari ini hidup dalam kemiskinan dan
mempunyai harapan yang tipis untuk menghadapi hari akan datang. Berjuta-juta manusia di
bandar besar hidup tersisih di kawasan yang sesak, persekitaran yang tidak bersih, tanpa air
minum dan sistem pelupusan sisa pepejal yang tidak selamat. Sementara di luar bandar pula,
ada orang-orang kampung di negaranegara sedang membangun yang kehidupan mereka
terkacau ganggu akibat dari konfl ik bersenjata yang bertujuan untuk mengawal sumber
berharga seperti minyak, berlian dan balak. Konflik di negara sedang membangun mengenai
sumber asli melimpah ruah membawa kepada kerosakan alam sekitar yang sangat ketara.
Keuntungan yang didapati hasil daripada aktiviti eksploitasi hasil bumi ini kadangkadang
dinikmati hanya oleh segolongan penduduk elit dan ini membebankan kebanyakan penduduk
dengan masalah sosial dan penurunan kualiti alam sekitar.

Persidangan Bumi mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio pada 1992 mempunyai
objektif untuk menangani masalah global alam sekitar di kedua-dua negara sudah membangun
dan sedang membangun dengan memberi penekanan kepada penyelesaian konfl ik di antara isu
ekonomi dan isu alam sekitar. Pada masa kini, kebanyakan negara mempunyai jurang sangat
besar di antara penduduk miskin dan penduduk kaya jika dibandingkan dengan dua puluh atau
tiga puluh tahun yang lalu. Akibat dari itu keselamatan politik, sosial dan ekonomi terancam
sementara kerosakan alam sekitar disebabkan oleh penduduk yang berlebiha mengeksploitasi
hasil semulajadi bertambah.

Persidangan Kemuncak Bumi mengenai pembangunan lestari pada musim panas 2002 di
Johannesburg, AfrikaSelatan memberi satu pandangan yang optimistik terhadap penyelesaian
masalah yang disebutkan di atas. Persidangan itu mempunyai objektif untuk terus berusaha ke
arah keadilan sosial dan persekitaran untuk semua golongan manusia di dunia. Semua orang di
dunia berhak menikmati pembanguan lestari tanpa mengira mereka lelaki atau perempuan, tua
atau muda, miskin atau kaya, berada di Timur ataudi Barat dan di Utara atau Selatan.
Persidangan itu juga bertujuan memperteguhkan usaha-usaha pembangunan secara lestari
dengan meminimumkan pemusnahan atau penurunan kualiti alam sekitar secara tempatan,
wilayah atau global akibat daripada penduduk yang berlebihan, pembasmian hutan,
perlombongan, pertanian serta pencemaran tanah, air dan udara. Tujuan lain persidangan ini
adalah untuk membangun dan menyokong persetujuan-persetujuan antarabangsa untuk
mengawal pemanasan global dan bahan cemar.

Selepas melihat isu dan masalah yang dihadapi serta memahami usaha-usaha yang dijalankan
untuk mencapai pembangunan lestari di peringkat dunia, apakah yang boleh anda lakukan
sebagai seorang pelajar dan pemimpin masa hadapan? Sanggupkah anda melihat alam sekitar
terus diterokai tanpa batasan dan sempadan? Tahukah anda jika alam sekitar musnah kita turut
akan musnah bersama-samanya. Oleh itu kita mesti belajar dan mengamalkan cara hidup lestari.
Bertindaklah secara lokal dan berfikir secara global. Paling kurang yang boleh kita lakukan untuk
hidup lebih lestari adalah dengan lebih celik alam sekitar, belajar daripada alam semulajadi,
hidup dengan lebih sederhana dan menjadi seorang rakyat yang aktif dalam membangunkan
alam sekitar.

Re: Pembangunan Lestari


  CikguPA on Tue Sep 08, 2009 2:54 pm

Konsep geopark peraga pembangunan lestari di China


Oleh Dr Ibrahim Komoo

Malaysia wajar pelajari pengalaman negara Tembok Besar dalam usaha pemuliharaan warisan
tabii, tingkat sektor pelancongan

BARU-BARU ini saya menjalankan misi penilaian semula dua geopark global di China. Geopark
pertama ialah Hexingten geopark, terletak di barat Inner Mongolia dan kedua, Yandangshan
geopark di wilayah Zhejiang. Misi ini dianjurkan oleh Biro Unesco Global Geoparks Network
untuk menilai kemajuan dicapai selama empat tahun selepas geopark ini diisytiharkan sebagai
geopark global.

Hexingten geopark terletak di daerah pedalaman yang dicirikan oleh kawasan padang rumput
dan pergunungan. Perjalanan dengan kenderaan mengambil masa hampir tiga jam dari
lapangan terbang terdekat, iaitu bandar Chifeng.
Penduduk di sini adalah golongan masyarakat Mongolia yang masih mengamalkan kehidupan
berpindah-randah. Pada musim sejuk, mereka tinggal di pekan kecil yang mempunyai
kemudahan asas, terutama sistem pemanas rumah. Pada musim panas pula mereka mendirikan
khemah di kawasan padang rumput untuk mengembala ternakan seperti kambing dan lembu.
Keistimewaan Hexingten sebagai geopark terletak pada keindahan alam semula jadinya -
padang rumput yang terbentang luas, puncak bukit dan gunung yang mempamerkan penara
batuan luar biasa bentuknya serta tinggi nilai saintifiknya, kehadiran tasik besar terbentuk oleh
proses letupan gunung berapi dan penurunan muka bumi, serta kepelbagaian fauna dan
floranya.

Yandangshan geopark pula terletak di daerah luar bandar iaitu dua jam perjalanan dari bandar
terdekat, Wenzhou. Geopark ini terkenal dengan landskap geologi luar biasa, pergunungan yang
terbentuk daripada batuan gunung berapi membentuk pelbagai rupa penara batuan yang
berketinggian mencapai 300 meter.

Sebahagian daripada pergunungan ini sudah di kuari sejak lebih 1,000 tahun lampau
meninggalkan gua buatan manusia yang luas lagi menakjubkan. Bagi masyarakat tempatan dan
pengunjung ke sini, bentuk penara yang boleh dikaitkan dengan pelbagai rupa bentuk seperti
imej manusia dan haiwan adalah cerita paling menarik yang terserlah daripada geopark ini.

Hexingten dan Yandangshan geopark adalah dua daripada 22 geopark yang diisytiharkan Unesco
sebagai geopark global di China. Pada masa ini, di rantau Asia Pasifik, hanya ada enam geopark
global berada di luar China, iaitu tiga di Jepun dan masing-masing satu di Iran, Malaysia dan
Australia.

Negara China juga mempunyai 138 geopark bertaraf kebangsaan dan semuanya sedang
menunggu giliran untuk diangkat menjadi geopark global. Bagaimanapun, Unesco hanya
membenarkan dua geopark dari sesebuah negara diterima sebagai geopark global dalam
setahun. Mengapa negara China sangat ghairah untuk mewujudkan geopark?

China mempunyai visi untuk membangunkan kawasan luar bandar secara lestari. Pada 2000,
apabila Unesco memperkenalkan konsep geopark yang memberikan penekanan kepada
pembangunan wilayah yang cuba mengimbangi keperluan pemuliharaan sumber warisan,
pembangunan pelancongan dan meningkatkan peluang ekonomi komuniti tempatan, China
dapat melihat bahawa konsep ini sangat sesuai untuk pembangunan wilayah pedalaman dengan
kebanyakan penduduknya masih berada di bawah tahap kemiskinan.

Sejak 2002, China mempunyai program pada peringkat kebangsaan untuk membangunkan
wilayah pedalaman yang memiliki warisan geologi istimewa sebagai geopark. Ketika membuat
penilaian semula terhadap geopark Hexingten dan Yandangshan, saya dapat berasakan wujud
tiga ramuan penting membolehkan program geopark di negara itu memperoleh kejayaan
cemerlang dan kini dilihat sebagai peneraju pembangunan geopark pada peringkat global.

Pertama, kerajaan pada peringkat kebangsaan, iaitu Kementerian Sumber Mineral dan Tanah
sudah memberi perhatian serius untuk pembangunan geopark. Kerajaan Persekutuan
menyalurkan dana yang besar untuk pembangunan infrastruktur penting seperti lebuh raya,
muzium geopark dan infrastruktur asas untuk pelancong melawat dan menikmati keindahan
tapak istimewa di dalam sesebuah geopark.

Di tempat yang agak terpencil, sebuah bandar baru dibina di pinggir geopark untuk menampung
keperluan pelancong dan aktiviti ini memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Kedua, pemerintah tempatan, terutama datuk bandar dan pegawai kanannya mempunyai
komitmen yang sangat tinggi untuk membangun geopark. Mereka memberi tumpuan istimewa
untuk memastikan projek geopark mereka dikenali pada peringkat kebangsaan dan jika boleh
pada peringkat global.

Perbualan dengan beberapa pegawai kanan tempatan menunjukkan mereka sangat berbangga
dengan pencapaian mereka membangunkan geopark dan percaya konsep geopark dapat
meningkatkan kekayaan wilayah terbabit.

Ketiga, kebanyakan penduduk setempat mempunyai pengetahuan dan kesedaran mengenai


bahawa pentingnya warisan tabii dan budaya yang ada di daerah mereka. Mereka menghargai
dan sanggup mengekalkan warisan ini seolah-olah ia menjadi kepunyaan bersama yang perlu
dikekalkan untuk generasi akan datang.

Mereka juga percaya sumber warisan dapat membawa tuah dan keuntungan kepada komuniti
mereka. Oleh itu, apabila konsep pemuliharaan dan pelancongan lestari diperkenalkan, mereka
bersedia menerimanya dan sanggup melaksanakan dengan sebaik mungkin.

Di China, pembangunan wilayah berasaskan konsep geopark seolah-olah sudah lama dinantikan.
Apabila Kerajaan China memperkenalkan kepada pemerintah tempatan, ia terus mendapat
sambutan luar dugaan. Kerajaan dan penduduk tempatan sudah bersedia menerimanya dan
mampu menggerakkan ke hadapan dengan pantas.

Demam geopark dapat dirasakan di seluruh pelosok desa dan pekan yang berada di dalam
kawasan geopark. Komuniti setempat mampu menjalankan kegiatan ekonomi dan
meningkatkan sumber pendapatan berasaskan idea geopark. Pelancong pula datang beramai-
ramai untuk berkunjung dan mengenali keistimewaan geopark.

Geopark adalah peraga pembangunan lestari wilayah, khususnya di daerah pedalaman yang
sukar dimajukan. Komponen pemuliharaan warisan tabii dan budaya membolehkan masyarakat
setempat dan pelancong menghormati serta mengekalkan khazanah bangsa. Peningkatan
pelancong membolehkan sumber warisan tempatan digunakan secara tanpa musnah.

Pada masa sama, komuniti setempat dapat meningkatkan tahap ekonomi mereka menerusi
peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan ketika membangun geopark dan pelbagai
aktiviti yang kreatif untuk mengambil manfaat daripada kedatangan pelancong ke geopark
mereka.
Malaysia boleh belajar daripada pengalaman ini - negara yang mempunyai visi jelas perlu
disusuli komitmen tinggi oleh agensi persekutuan, keupayaan untuk melaksanakan dengan baik
oleh pihak berkuasa tempatan dan kesediaan untuk diterima dengan hati terbuka oleh komuniti
setempat.

Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo ialah Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari)
UKM, yang juga Ahli Biro dan Kumpulan Pakar, Jaringan Geopark Global Unesco.

Re: Pembangunan Lestari


  CikguPA on Fri Sep 11, 2009 4:20 pm

Kejiranan Lestari dilanjutkan

Oleh HASHNAN ABDULLAH


dan HELMI MOHD. FOAD
Pengarang@utusan.com.my

PUTRJAYA 10 Sept. – Program kejiranan lestari yang dikenal pasti telah memberi impak berkesan
terhadap pembangunan sosial di kawasan berisiko tinggi akan dilanjutkan ke fasa kedua
sebelum dilaksanakan di seluruh negara.

Fasa tersebut memberi tumpuan kepada lima teras mencakupi pembangunan infrastruktur
fizikal, pembangunan insan, kesejahteraan sosial, membasmi kemiskinan dan membasmi
jenayah serta penyalahgunaan dadah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, fasa kedua program kejiranan
lestari itu menelan belanja RM4.3 juta.

“Laporan yang diterima hari ini menunjukkan perkembangan sangat baik di semua kawasan
yang melaksanakan projek perintis Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat tahun lepas.

“Contohnya di Johor Bahru, ada beberapa buah kampung dijadikan kawasan tumpuan dan hari
ini kita dapat laporan mengenai usaha-usaha yang dilakukan di sana sejak tahun lepas dan
kesannya amat baik sekali.

“Jadi kita telah setuju supaya projek ini diteruskan kepada fasa kedua sebelum kita guna pakai
untuk seluruh negara terutama di kawasan yang kita kenal pasti kawasan berisiko di Johor, Kuala
Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sosial
Negara kali pertama tahun ini di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Projek Program Kejiranan Lestari fasa pertama dilaksanakan di lima buah kampung di Johor
Bahru iaitu Kampung Skudai Kiri, Taman Tampoi Indah, Kampung Datuk Sulaiman Menteri
(Majidee), Kampung Pandan dan Taman Puteri Wangsa (Ulu Tiram).

Muhyiddin memberitahu, fasa pertama projek itu melibatkan kos sebanyak RM5.6 juta.

Sehubungan itu, beliau menambah, pihaknya akan mencari jalan yang mungkin ada perkara-
perkara yang boleh mengurangkan kos tetapi dapat meningkatkan lagi keberkesanannya.

“Walaupun ia berkesan tetapi kosnya kepada kerajaan juga besar dan kita akan cari cara lain
untuk menambah keberkesanan dan kita lihat dalam setahun dua ini.

“Dalam masa yang sama, kita akan meminta pemimpin dan masyarakat setempat supaya
berperanan bersama-sama,” katanya.

Re: Pembangunan Lestari


  CikguPA on Fri Sep 11, 2009 6:42 pm

Kelestarian, inovasi atasi krisis ekonomi


Oleh Dr Zaini Ujang

KENAPA pelestarian menjadi kunci inovasi? Demikian persoalan pokok dibahaskan dalam
majalah terkini Harvard Business Review (HBR) edisi September 2009. Persoalan itu
dikemukakan dalam konteks ekonomi dunia belum pulih daripada krisis yang bermula dengan
kemelut kewangan di Amerika Syarikat. Hujah penulis ialah pelestarian (sustainability) menjadi
keperluan sejagat bukan saja untuk memastikan alam sekitar terpulihara, bahkan membolehkan
pertumbuhan ekonomi lebih stabil dan sesuai dengan keperluan asasi manusia.

Sebelum ini, pihak industri dan ahli ekonomi berpendirian bahawa kerangka dan dasar
pelestarian akan meningkatkan kos. Itulah sebabnya keprihatinan dan komitmen dijustifikasi
untuk memenuhi keperluan perundangan supaya tidak mencemarkan alam sekitar, atau sekadar
bentuk komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) semata-mata. Dengan kata lain, faktor
pelestarian bersifat pinggiran dan bukan struktural.

Namun, krisis ekonomi dunia ketika ini mengubah persepsi industri dan penggubal ekonomi
terhadap makna dan kepentingan pelestarian. Hal ini menyerlah dengan menyedari kemelut
kewangan di Amerika Syarikat berpunca, antaranya sifat tamak mementingkan keuntungan
kewangan jangka pendek, tidak bersifat lestari yang hanya menguntungkan kelompok tertentu
tanpa mengambil kira kepentingan orang ramai, apatah lagi alam sekitar dan sejagat.

Selain itu, minda lestari semakin berkembang di kalangan komuniti profesional termasuk pusat
pengajian ternama, seperti Harvard, MIT dan Oxford. Banyak inisiatif pelestarian dimulakan
untuk menilai semula asas dan kerangka kerja dasar sedia ada.

Baru-baru ini Universiti Harvard misalnya melantik John Briscoe, sebagai Profesor dalam Amalan
Kejuruteraan Alam Sekitar di Sekolah Pengajian Kejuruteraan dan Sains Gunaan untuk
memulakan Harvard Water Security Initiative (HWSI). Profesor Briscoe ialah bekas penasihat
kanan Bank Dunia dan penulis buku 'Water Sector Strategy' dijangka berperanan menyediakan
asas pemikiran dan strategi membolehkan sektor air dimajukan secara lestari.

Menurut Adi Ignatius, Editor HBR, corak sama setiap kali berlaku krisis ekonomi: pertumbuhan
ekonomi perlahan, pengangguran meningkat dan kerajaan akan mengubah kadar faedah serta
menyediakan pakej rangsangan untuk memacu ekonomi. Tetapi setiap kemelut ekonomi ada
kejutan. Dan kejutan kali ini ialah inisiatif pelestarian atau ekonomi hijau.

Syarikat peruncitan terbesar Wal-Mart mengumumkan sistem penarafan pelestarian untuk


memastikan sebuah produk jualannya bersifat mesra alam pada Julai lalu. Saingannya seperti
Tesco dan Target dijangka akan memulakan inisiatif sama. Sementara kerajaan China
mengumumkan bajet 210 bilion yuan untuk pakej rangsangan dalam pembangunan lestari.

Hakikatnya, krisis ekonomi kali ini menyediakan peluang strategik untuk menjadikan pelestarian
sebagai teras pertumbuhan ekonomi menerusi nilai tinggi dijana kreativiti dan inovasi. Selain
sektor pertanian dan pembuatan, inisatif pelestarian juga semakin menyerlah dalam
pembangunan teknologi dan pembinaan. Di Malaysia, 'indeks bangunan hijau' baru saja
dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Julai lalu.

Ketika ini label 'hijau' di negara maju seolah-olah sama konotasinya dengan 'halal' bagi orang
Islam. Itu sebabnya sektor yang selama ini tidak begitu sinonim dengan pelestarian juga sudah
berubah seperti teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT). Inisiatif pelestarian dalam
perkakasan komputer berkembang pesat, termasuk penyelidikan dan pembangunan untuk
membolehkan komponen komputer tidak mencemar alam sekitar, boleh diguna semula dan
tidak menjejaskan kesihatan pengguna.

Kunci kejayaan dalam merangka dasar ekonomi lestari tidak hanya bersifat pulangan yang boleh
dilihat menerusi data dan laporan statistik ekonomi. Hemat saya, ia terletak kepada keupayaan
membentuk budaya, nilai dan masyarakat mesra alam. Petunjuk kejayaan tidak hanya pada
kejayaan penguatkuasaan undang-undang. Petunjuk itu juga perlu dilihat dari segi keupayaan
menyediakan iklim sesuai bagi mengalakkan kreativiti dan inovasi yang memberi impak kepada
sistem ekonomi dan komitmen komuniti korporat.
Sejak 1970-an, paradigma pengurusan alam sekitar menjurus kepada penguatkuasaan undang-
undang alam sekitar. Namun demikian, tindakan itu tidak mungkin berjaya tanpa pembudayaan
dan penghayatan nilai mesra alam di kalangan seluruh lapisan masyarakat. Seandainya gagal,
berlakulah fenomena 'polis dan penjenayah': Pihak berkuasa terpaksa mengawasi kegiatan
pihak yang berpotensi mencemar alam sekitar. Sementara pihak satu lagi mencari peluang
mencemar alam sekitar disebabkan kononnya faktor peningkatan kos dan kekurangan
kepakaran.

Menyedari kelemahan paradigma yang terlalu sarat perundangan itu, maka satu kerangka baru
dikemukakan dengan menyediakan peluang perniagaan 'mesra alam' pada dekad 1990-an. Dan
kini, pelestarian dan mesra alam menjadi survival, bukan lagi pilihan untuk memacu ekonomi.

Bagi sektor korporat, survival untuk memastikan perkhidmatan dan produk mesra alam tidak
menambah parah impak alam sekitar menerusi peningkatan suhu bumi. Bagi kerajaan, survival
untuk membolehkan pembangunan lestari mengambil kira seluruh aspek dan lapisan
masyarakat, termasuk sumber asli dan tenaga. Dan bagi individu, pelestarian adalah survival
kerana itulah fitrah insaniah.

Penulis ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia yang sedang berkursus di Harvard
Business School, Amerika Syarikat

  

Re: Pembangunan Lestari


  CikguPA on Sat Oct 31, 2009 10:47 pm

Salam 1 Malaysia Wendy,

Memang benar Pembangunan Lestari menekankan konsep usaha berterusan memelihara dan
memulihara alam sekitar.

Kita tidak dapat menggelak dari menjalankan pembangunan untuk memenuhi permintaan
penduduk. Justeru itu konsep pembangunan lestari di tekankan. (Lihat konsep di posting awal).

Saya contohnya beberapa usaha berterusan,

Pertamanya kita lihat dari aspek Perundangan;


1. Kerajaan telah mengubal akta-akta tertentu untuk melindungi alam sekitar seperti Akta Kualiti
Alam Sekitar 1974, Akta Perhutanan Negara 1984 dan sebagainya.

2. Laporan EIA (Enviroment Impact Assesment) diperlukan bagi projek-projek mega, di mana
pemaju perlu mengemukakan laporan EIA projeknya kepada Ketua Pengarah Jabatan Alam
Sekitar (JAS) untuk diluluskan terlebih dahulu.

3. Langkah pemantauan oleh pihak JAS perlu lebih kerap dan teliti ke atas projek pembangunan
yang mendatangkan kesan ke atas alam sekitar seperti pertanian di kawasan tanah tinggi.

Keduanya, aspek pengurusan strategik;

1. Sektor pertanian contohnya, menukar konsep tebang bakar kepada tebang reput atau
menggunakan sisa-sisa pertanian untuk menjana tenaga biomass atau menghasilkan makanan
haiwan melalui kaedah bioteknologi. Menukar penggunaan baja kimia kepada baja organik atau
racun serangga kepada kaedah kawalan biologi.

2. Sektor pembalakan - mengiatkan proses tanam semula menggunakan baka yang cepat
matang seperti Yamane, Batai dan Akasia.

-Mengamalkan proses tebangan memilih - pokok matang atau cukup saiz sahaja ditebang.

3. Sektor pengangkutan - gunakan sistem pengangkutan yang digerakkan oleh tenaga elektrik.

4. Sektor tenaga - tukar kepada tenaga alternatif seperti tenaga hidro, biomass, ombak angin,
suria dll.

Ketiga, aspek pendidikan:

1. Secara formal di sekolah menerusi subjek khusus seperti Geografi, Moral, Sivik dll.

2. Secara tak formal melalui media massa, kempen , forum, gotong royong dll.

TQ harap dapat membantu anda.

Re: Pembangunan Lestari


  CikguPA on Sat Jan 02, 2010 10:07 am
Pembangunan konsep geopark mampu wujud pelancongan lestari
Dr Ibrahim Komoo

DALAM dua bulan terakhir ini saya diundang melawat tiga geopark di rantau Asia Pasifik.
Geopark pertama ialah Kanawinka Global Geopark, Australia, iaitu geopark global yang pertama
di Australia, terletak sekitar 150 kilometer ke barat Melbourne. Geopark kedua ialah Hong Kong
geopark yang baru saja diisytiharkan sebagai geopark kebangsaan ke-143 di China.

Ketiga ialah Jeju Geopark, Korea. Jeju menjadi geopark kebangsaan pertama di Korea dan dalam
persediaan untuk memohon menjadi ahli Unesco Global Geoparks Network (GGN). Di
Kanawinka Global Geopark, saya dijemput melihat pembangunan yang dilaksanakan sejak ia
diisytiharkan sebagai global geopark pada 2008.

Pengarahnya, Joane McKnight ingin mendapatkan pandangan saya sebagai ahli biro, Unesco
GGN, apakah beberapa pendekatan pembangunannya, terutama mengenai pengurusan dan
pembangunan pelancongan bersesuaian dengan aspirasi pewujudan geopark?

Saya kagum dengan pencapaian mereka. Walaupun berdepan pelbagai had, terutama sokongan
kewangan dan pentadbiran kerajaan yang terbatas, sekumpulan ‘sukarelawan’ berjaya
mewujudkan geopark kebangsaan dan kemudian diangkat menjadi geopark global.

Kanawinka mempunyai kawasan luas dan di dalamnya ada lebih 20 bandar kecil dan pekan yang
masing-masing berpenghuni antara 300 hingga 30,000 penduduk. Keistimewaan Kanawinka
terletak pada landskap gunung berapi kuno yang bertaburan di dataran luas.

Ratusan bukit gunung berapi pada ketinggian antara 100 hingga 250 meter, dengan kawah dan
tasik menjadikan landskap daerah ini unik berbanding kawasan lain di Australia. Masyarakat
pribumi di situ, pernah berdepan letusan gunung berapi dan budaya mereka mempunyai banyak
hubung kait dengan bencana berkenaan.

Di Kanawinka, geopark menjadi alat menjaring komuniti setiap pekan dan bandar dengan nilai
warisan sama. Sebahagian besar sukarelawan ini mulai sibuk menguruskan tapak pembangunan
ekopelancongan dan pendidikan untuk pelajar. Komuniti di sini mulai berasakan mereka tinggal
di tempat yang sangat istimewa dan berbangga dengan geoparknya.

Di Hong Kong saya dijemput untuk sama-sama meraikan geopark kebangsaan ke-142 di China.
Hong Kong Geopark menarik kerana masyarakat dunia mengenali Hong Kong sekitaran kota raya
dengan bangunan pencakar langit. Walhal, sekitar 40 peratus Hong Kong terdiri dari kawasan
landskap berbukit dengan hutan yang masih terpulihara.

Geopark Hong Kong terletak di bahagian timur laut dibentuk oleh landskap tabii dan dicirikan
oleh persisiran pantai dan kepulauan. Pada masa lampau, ada beberapa komuniti nelayan
tinggal di kawasan terbabit, kini kebanyakannya sudah meninggalkan kampung mereka dan
berhijrah ke bandar.

Landskap di sini sangat indah seperti kepulauan di Langkawi. Keistimewaan yang membolehkan
ia di terima sebagai geopark kebangsaan kerana kehadiran batuan gunung berapi yang
membentuk tiang batuan secara meluas, mungkin lebih indah daripada tapak warisan dunia di
Giant Causeway di Ireland Utara. Ribuan tiang batuan gunung berapi yang tingginya melampaui
20 meter menghiasi persisiran pantai membuatkan kawasan ini unik.

Komuniti di Hong Kong menyambut pengisytiharan geopark pertamanya secara besar-besaran.


Ribuan penduduk bersama Setiausaha Kerajaan (jika di Malaysia sama status dengan Menteri
Besar) melancarkan Hong Kong Geopark di suatu tapak istimewa yang mana tiang batuan
gunung berapi ini terserlah dengan gagahnya.

Ramai pemimpin dari Tanah Besar China dan puluhan jemputan dari luar negara turut serta
menyambut peristiwa yang bersejarah ini. Pihak berkuasa geopark sudah membuat
perancangan rapi untuk membawa pelancongan, khususnya ahli perniagaan yang berurusan di
kota raya Hong Kong, menggunakan bot mewah atau helikopter, melancong ke geopark
menggunakan jenama pelancongan baru dikenali ‘geopelancongan’.

Di China, persaingan untuk mengangkat geopark kebangsaan menjadi Unesco Global Geopark
sangat sengit. Maklum saja ada lebih 140 geopark bersaing, cuma dua saja setahun yang boleh
disyorkan menjadi global geopark.

Di pulau Jeju, Korea, saya (sebagai Pengerusi, Jaringan Geopark Asia Pasifik) dijemput khas
untuk membuat penilaian awal kesesuaian pulau ini sebagai global geopark. Jeju adalah pulau
pelancongan terkenal di Korea, bersaiz lebih dua kali Pulau Langkawi.

Ia juga geopark kebangsaan pertama di Korea. Pulau ini terbentuk lebih dua juta tahun lampau
hasil letusan gunung berapi. Sejak itu ratusan letusan gunung berapi berlaku sehingga kali
terakhir yang direkodkan sekitar 10,000 tahun lalu.

Gunung Berapi Halla (tapak warisan dunia) di tengah pulau ini adalah gunung teristimewa di
Korea dan menjadi ikon landskap di pulau Jeju ini. Pulau Jeju yang berpenghuni hampir 500,000
orang dan diziarahi oleh antara enam hingga tujuh juta pelancong setiap tahun ideal
dibangunkan sebagai global geopark.

Pulau ini bukan saja mempunyai kepelbagaian geologi yang tinggi, malah mempunyai budaya
dan tradisi masyarakat setempat (umumnya nelayan) sejak beberapa ratus tahun lalu.
Kemudahan pelancongan dan sistem pengurusan serta pemuliharaan sumber warisan alam
(termasuk geokepelbagaian) adalah sangat baik.
Letusan gunung berapi meninggalkan kepelbagaian geologi yang tinggi, terutama ratusan bukit
dan kawah gunung berapi, terowong bawah tanah tabii, dan landskap tebing curam serta
persisiran pantai berbatu yang sangat menakjubkan dan berpandangan indah.

Satu keunikan pulau ini ialah hubungan erat antara masyarakat dengan batuan gunung berapi
(basalt). Dinding rumah tradisi dibina daripada batuan basalt, begitu juga pagar di sekeliling
rumah dan pagar setiap kawasan pertanian. Yang paling menarik ialah di hadapan setiap rumah
atau bangunan utama terserlah sepasang patung ‘datuk lelaki’ yang diukir daripada batuan
basalt ini.

Patung ini dikenali sebagai ‘dolhareubang’ adalah penjaga rumah dan kampung yang mereka
percayai dapat menghindar daripada semua perkara buruk menimpa keluarga mereka.
Walaupun memiliki semua kemudahan dan ideal sebagai geopark global, Pulau Jeju mempunyai
cabaran besar untuk merealisasikan konsep geopark.

Ketiga-tiga kawasan saya lawati mempunyai beberapa perkara sama. Semuanya memutuskan
untuk membangunkan wilayah menggunakan konsep geopark. Kanawinka menjadi global
geopark; Jeju masih memohon mendapat status global geopark manakala Hong Kong baru saja
diterima sebagai geopark kebangsaan.

Mereka percaya, konsep geopark mampu membangunkan kawasan secara lestari dan
membawa komuniti setempat mengenali dan menyintai sumber warisan asli (terutama geologi
dan landskap) yang istimewa di tempat mereka.

China, Malaysia, Jepun, Korea dan Australia adalah negara di Asia Pasifik yang sedang meneroka
gagasan pembangunan lestari wilayah berasaskan konsep geopark. Geopark memberikan
perhatian kepada perseimbangan pemuliharaan alam sekitar (terutama warisan tabii),
peningkatan sosioekonomi komuniti setempat melalui pembangunan pelancongan, dan
pendidikan awam untuk menghayati khazanah alam.

Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo ialah Pengerusi, Jaringan Geopark Asia Pasifik dan Felo Utama,
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari), UKM.

Pengurusan Lestari Hutan Menyelamatkan Bumi


Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin
Pegawai Penyelidik

01/08/2008 | Artikel Bahasa Malaysia


Dewasa ini didapati kemusnahan hutan sama ada akibat kebakaran mahupun pembangunan
yang tidak terkawal telah banyak memberi kesan buruk kepada bumi dan juga hidupan yang
menghuninya. Sejak akhir-akhir ini kita dapat lihat telah banyak ancaman yang terpaksa dilalui
oleh manusia akibat pemusnahan hutan dan juga kegiatan pembakaran hutan yang berlaku
secara berleluasa. Bencana seperti tanah runtuh, ribut taufan, banjir dan sebagainya kerap
berlaku akibat penggondolan hutan yang tidak terkawal oleh tangan-tangan manusia yang tidak
bertanggungjawab, dan lebih buruk lagi ia turut mempengaruhi cuaca dunia secara menyeluruh.

Daripada hasil kajian secara saintifik, didapati suhu udara di sekitar ekosistem hutan adalah
lebih rendah jika dibandingkan dengan kawasan yang gondol tanpa ekosistem hutan. Ini kerana,
hutan merupakan unsur utama yang mengawal suhu bumi daripada terus meningkat dan
sekaligus memainkan peranan penting dalam mengawal berlakunya ‘kesan rumah hijau'.

Hutan yang mempunyai keluasan dan bentuk yang pelbagai mempunyai keupayaan dalam
menurunkan suhu di sesuatu kawasan. Malah, satu kajian lepas juga telah mendapati bahawa
kemampuan penyejukan bagi sebatang pokok adalah bersamaan dengan lima buah pendingin
udara yang beroperasi selama 20 jam sehari. Jadi, bayangkanlah apa akan jadi kepada suhu
bumi jika kawasan hutan terus diteroka tanpa adanya usaha untuk menggantikan semula hutan
yang telah ditebang. Pastinya suhu bumi akan meningkat dengan mendadak dan seterusnya
menyumbang kepada berlakunya pemanasan global.

Seperti yang kita sedia maklum, pemanasan global akan membawa kepada pelbagai kesan buruk
yang lain seperti berlakunya kejadian banjir yang tidak dijangka. Misalnya kejadian banjir yang
berlaku di negeri Kedah dan Perlis pada bulan Disember 2005 yang mana telah mengakibatkan
berlakunya kemusnahan kepada lebih 30,000 hektar sawah padi yang menunggu masa untuk
dituai. Akibat kejadian banjir tersebut, para petani terpaksa menanggung jumlah kerugian yang
besar. Malah, kejadian banjir seumpama itu turut juga berlaku di negeri Johor dua tahun lepas,
yang mana ia turut merosakkan kediaman penduduk, harta benda, hasil tanaman dan juga
pelbagai kemudahan infrastruktur di negeri terbabit.

Ekoran daripada kejadian banjir itu, kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk
membaik pulih kerosakan-kerosakan yang berlaku sepanjang tempoh tersebut. Alangkah
ruginya kita kerana terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar hanya semata-mata
untuk bencana yang berlaku akibat kerakusan tangan kita sendiri yang melakukan kerosakan di
atas muka bumi ini. Jika bencana seumpama itu tidak berlaku, mungkin kita boleh gunakan
wang tersebut untuk tujuan-tujuan lain yang lebih bermanfaat kepada kita.

Bukan itu sahaja, malah penebangan hutan secara tidak mapan juga akan turut mengancam
spesies hidupan liar dan juga tumbuh-tumbuhan terutamanya spesies herba yang cukup bernilai
dalam industri ubat-ubatan tradisional dan kira-kira 40% ubatan moden yang berasal daripada
alam semulajadi. Apa yang lebih membimbangkan lagi, jika habitat hidupan liar tidak dikekalkan,
mereka akan menceroboh ke kawasan penempatan manusia dan akan memasuki ladang serta
merosakkan tanaman-tanaman para petani dan juga peladang. Hakikatnya binatang-binatang
liar tersebut bukan penceroboh, malah manusia yang bersifat penceroboh.

Manakala bagi hutan bakau pula, kemusnahannya akan memberi kesan langsung kepada
ekosistem marin dan sosioekonomi di sesuatu kawasan yang terlibat. Ekoran daripada keadaan
tersebut, ia bukan sahaja memberi kesan jangka panjang, malah ia juga amat sukar untuk
dipulihkan jika tidak dihentikan dengan kadar yang segera. Selain itu, kemusnahan hutan bakau
secara berterusan pula akan mengundang pelbagai risiko bencana alam yang lebih dasyat
seperti ribut taufan dan sebagainya. Malah ketiadaan kawasan ekosistem hutan bakau sebagai
benteng pantai akan lebih memburukkan lagi risiko-risiko bencana yang berlaku. Misalnya, salah
satu punca kadar kematian yang besar telah dicatatkan semasa kejadian taufan Narjis yang
melanda Myanmar baru-baru ini adalah disebabkan oleh ketiadaan hutan bakau yang boleh
bertindak sebagai penampan. Ini kerana, kebanyakan hutan bakau yang terdapat di Delta
Irrawady telah musnah sejak beberapa dekad yang lampau akibat eksploitasi berlebihan bagi
tujuan projek kolam udang dan juga pertanian. Malah situasi yang sama turut berlaku semasa
kejadian tsunami pada tahun 2004 di Acheh, Indonesia.

Oleh yang demikian, adalah amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian
dalam memastikan pengurusan dan penggunaan sumber hutan dilaksanakan secara berhemat
dan lestari demi memelihara kestabilan ekosistem serta dapat mengekalkan kepelbagaian
biologi yang sedia ada. Sebagai makhluk yang dikurniakan akal, kita sepatutnya sedar betapa
kita telah banyak menyebabkan kerosakan di atas muka bumi ini. Jadi sudah tiba masanya untuk
kita mengambil peranan dan tanggungjawab untuk mengatasi segala kerosakan yang telah kita
lakukan, di samping mempergiatkan lagi usaha-usaha dalam memakmurkan bumi dan alam
sekitar yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T. kepada kita.

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=1648&cmd=resetall

Namun demikian, persidangan yang berlangsung di Copenhagen, Denmark yang dijadualkan


berakhir pada hari ini diharap dapat memacu penghijrahan sikap yang besar terhadap usaha
pengembelengan isu perubahan iklim yang kian meruncing dari hari ke hari. Daripada komitmen
yang telah ditunjukkan oleh semua negara anggota (dengan kehadiran 15,000 peserta dari 192
negara) sepanjang persidangan berlangsung, ia telah menampakkan petanda dan titik peralihan
positif dalam tindak balas antarabangsa berhubung isu perubahan iklim. Mesyuarat tersebut
yang beragenda untuk mencapai perjanjian baru mengenai pelepasan gas rumah hijau serta
mengumpul berbilion-bilion dolar dana bagi menyalurkan bantuan dan teknologi hijau kepada
negara-negara miskin diharap mampu mencapai matlamatnya tidak seperti usaha-usaha
sebelum ini yang hanya termateri di atas kertas dan ‘hangat-hangat tahi ayam sahaja' dek
kerana tidak mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada semua negara anggota.

Justeru, dengan kedatangan tahun baru hijrah ini diharap agar semua negara anggota
terutamanya negara-negara Islam mengambil ‘roh' hijrah Rasulullah agar matlamat
mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan melestarikan alam sekitar dapat direalisasikan
dengan jayanya. Sikap curiga antara negara miskin dan negara kaya dalam berkongsi kos
pengurangan gas rumah hijau perlu dikikis agar tidak mencabuli matlamat asal penganjuran
sidang kemuncak tersebut. Sudah tiba masanya untuk setiap negara Islam menghayati
pengertian konsep hijrah untuk disuai padankan dengan aspek penjagaan dan pemuliharaan
alam sekitar demi kepentingan bersama. Tidak ada ruginya negara-negara pengeluar utama
membuang sikap egoistik mereka demi mencapai satu penyelesaian kepada permasalahan yang
tidak pernah menemui titik noktahnya.

Dengan menginjaknya tahun baru hijrah ini, setiap negara khususnya negara Islam perlu
menanam azam dan tekad yang kukuh untuk berhijrah daripada teknologi yang tidak mesra
alam kepada teknologi hijau yang lebih selamat dan sihat kepada alam sekitar. Hijrah ke arah
pelestarian alam ini penting bagi menghentikan rintihan derita alam yang telah lama menagih
sekelumit belas ihsan dan pengertian daripada sang khalifah. Mudah-mudahan secangkir
keprihatinan khalifah bumi dapat melorongkan penghijrahan yang tulus bagi memberi nafas
baru kepada alam untuk terus teguh berdiri dan menyumbang bakti kepada seluruh penghuni
bumi.

Tugas pelestarian alam tidak hanya terletak di bahu tampuk kepimpinan negara semata-mata,
sebaliknya ia juga perlu digalas oleh setiap individu. Sudah sampai masanya setiap umat Islam
berhijrah dari segi sikap iaitu mengusir sikap pesimis terhadap alam dan menyuburkan sikap
optimis dengan disusuli niat kerana Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. bermaksud:
"...sesungguhnya aku berhijrah kepada Tuhanku" (surah al-Ankabut, ayat 26). Bahkan, dari segi
pembangunan dan kemajuan umat, ia juga perlu selari dengan tuntutan agama dan
dikembangkan secara berperingkat dan teliti demi meraih hasil yang positif. Justeru, sempena
ulangtahun 1431 Hijrah, setiap umat Islam perlu menetapkan tekad dan iltizam baru sejajar
dengan matlamat serta aspirasi agama, bangsa dan negara.

Indikator bagi Pembangunan Lestari : Perspektif Malaysia


Bahagian – I

Polisi Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di dalam rancangan


malaysia ke tujuh (GOM 1996). Plan tersebut juga menerangkan langkah – langkah
yang diambil untuk memberi penekanan terhadap pembangunan lestari semasa awal
tempoh Rancangan Malaysia, langkah – langkah baru pula telah dimulakan semasa
Rancangan Malaysia ke – 7 (1996 – 2000) bagi meningkatkan kebolehan Malaysia
untuk membangun secara lestari.

Rancangan Malaysia Ke – 7 menyatakan bahawa terdapat suatu keperluan bagi


mengukuhkan pangakalan data alam sekitar (environmental database) dan sistem
maklumat (information systems) untuk ”.....secara jelas menggambarkan hubungan
antara alam sekitar dan pembangunan lestari” dan membangunkan indikator bagi
mengukur kelestarian pembangunan, bagi menyediakan pengukur untuk memantau
dan menilai kemajuan kearah pembangunan lestari di Malaysia.

Suruhanjaya Brutland mengenai Pembangunan dan Alam Sekitar memberi definisi


mengenai pembangunan lestari sebagai ”...... pembangunan yang memenuhi
keperluan pada masa kini tanpa mengabaikan potensinya untuk keperluan generasi
akan datang. (WCED 1987). Walaubagaimanapun tiada konsensus rasmi mengenai
pendifinisian terhadap pembangunan lestari. Ini berlaku sebahagianya kerana
pembangunan lestari di lihat sebagai proses yang dinamik, bukanya dalam keadaan
yang statik yang boleh diterangkan dengan jelas. Konsep Pembangunan Lestari juga
berhubungkait dengan banyak hal termasuk norma dan nilai yang cenderung
berkembang di dalam tradisi dan budaya, dan juga berhubung dengan perbezaan
alam sekitar geo yang sudah tentu mempunyai lingkungan khusus.

Dalam usaha untuk menaksirkan prestasi kearah mencapai objektif pembangunan


lestari, Bab 40 dalam Agenda 21 Persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai
Alam Sekitar Dan Pembangunan (UNCED) menggalakan negara – negara dan
pertubuhan antarabangsa untuk membangunkan indikator pembangunan lestari.
Saranan dalam Agenda 21, yang mana pembangunan indikator boleh diharmonikan
dengan koordinasi yang disediakan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN).

Polisi bagi menggalakan pembangunan lestari diterangkan di dalam Rancangan


malaysia Ke 7 adalah diinspirasikan oleh UNCED dan Agenda 21. Walaupun Malaysia
menyertai inisiatif yang di taja oleh UN bagi membangunkan indikator – indikator
pembangunan lestari, ia telah memilih untuk meneruskan formulanya tersendiri
dengan mewujudkan metodologi sendiri dan indikator – indikator yang dipilih
mempunyai refleksi yang amat rapat dengan keupayaan dan keperluan sebenar
negara.
Indikator Pembangunan Lestari (IPL)

Minat terhadap indikator – indikator pembangunan lestari adalah suatu yang baru
tetapi secara umumnya ianya bukanlah suatu yang baru, dalam kebanyakan bidang
kepolisian ia telah lama dipraktikan secara umumnya. Sebagai contohnya ia boleh
dijumpai dalam sektor ekonomi, dimana keluaran dalam negeri kasar (GDP), debit
nasional dan kadar penganguran merupakan antara indikator – indikator ekonomi
bagi sesbuah negara. Penggunaan indikator dalam perancangan agak biasa
digunakan : sebagai contoh kadar literasi, akses kepada penjagaan kesihatan,
nisbah doktor/populasi dan sasaranya, selalu digunakan sebagai indikator dalam
pembangunan 5 tahun Rancangan Malaysia.

Walaubagaimanapun, polisi bertujuan untuk mencapai pembangunan lestari adalah


sesuatu yang baru dan sehingga kini persetujuan mengenai penggunaan
indikatornya masih dibandingkan dengan sektor ekonomi dan sosial. Secara
umumnya inidkator seperti keluaran dalam negara kasar dan pengukuran setiap
sumber – sumber dan aliran pencemaran tidak menyediakan indikator yang
mencukupi bagi kelestarian. Indikator bagi pembangunan lestari adalah amat
diperlukan bagi membuat keputusan yang kukuh dan berasas pada semua tahap
kerajaan, maklumat kepada awam dan kemajuan pemantauan ke arah mencapai
objektif penyeliaan sendiri kelestarian. Ini memerlukan suatu mekanisma yang
berasaskan aplikasi yang membolehkan alam sekitar diambil kira dalam proses
membuat keputusan. Dalam pembangunan.

Kelestarian menunjukan keseimbangan berterusan dengan masa. Ini merupakan


suatu yang amat sukar untuk di ukur, kebanyakan indikator kelestarian di ukur
dengan mengukur ketidaklestarianya atau perkara yang berbahaya dan tidak
seimbang (SCOPE 1996). Pembangunanya dan pemilihaan indikator untuk digunakan
harus selanjutnya dipertimbangkan dengan penjagaan ekstrim supaya ia secara
tepat memberikan refleksi kepada status pembangunan lestari. Pendekatan yang
konsisten dan keupayaaan indikator kelestarian dalam menyediakan pilihan kepada
pembuat keputusan dan pembuat polisi.

Harus diberikan penekanan juga bahawa indikator bukanlah pengakhir bagi sesuatu
hal, tetapi hanya sebagai alat untuk membantu mengukur kemajuan atau memberi
gambaran bagaimana sesuatu perkara berada dalam suatu tempoh masa. Indikator
– indikator pembangunan lestari menyediakan kaedah untuk mencartakan kemajuan
kearah kepentingan matlamat untuk mencapai bentuk pembangunan yang seimbang
dalam bidang sosial, ekonomi dan alam sekitar sebagai objektif utama
pembangunan sesbuah negara.

Usaha Global untuk membangunkan IPL

Pada ketika ini dunia telah menggunakan indikator dan indeks untuk pelbagai
tujuan, bermula dari proses membuat keputusan hinggalah kepada program –
program kesedaran awam. Kebanyakan negara industri seperti Kanada, Denmark,
Jepun, Norway, Netherlands, United Kingdom dan USA telah membangunkan
program indikator dengan baik. Petereson (1997ª) telah menerangkan secara
menyeluruh tentang aktiviti yang telah berlaku di negara – negara tersebut dan juga
agensi multilateral seperti Bank Dunia (World Bank), Bank Pembangunan Asian
(Asian Development Bank) dan OECD. Keperluan dalam usaha untuk menumpukan
dan mengharmonikan indikator – indikator pembangunan lestari telah meningkat
semasa sesi pertama Suruhanjaya Mengenai Pembangunan Lestari PBB (CSD).
Objektif bagi program yang diusahakan oleh agensi multilateral adalah pelbagai.
Walaubagaimanapun, mereka mempunyai kecenderungan untuk membentuk
inidikator pembangunan lestari yang boleh diakses oleh pembuat keputusan pada
tahap nasional.

Sehingga kini input untuk membangunkan IPL muncul daripada kebanyakan


kumpulan negara – negara di utara meliputi Kanada, Netrherlands, German dan
United Kingdom. Kekayaan pengalaman negara – negara OECD dan aktiviti
pembangunan indikator oleh kebanyakan pertubuhan – pertubuhan UN,
menyumbang secara signifikan ke arah pembangunan IPL di negara-negara
membangun. Perkembangan mengenainya telah dilaporkan oleh Peterson (1997a)
yang menyatakan dikebanyakan negara – negara membangun data yang boleh
digunakan secara mudah untuk membentuk IPL masih tidak terdapat.

You might also like