You are on page 1of 9

TEKS UCAPAN

YB. MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HJ BAHAROM (B)
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

DI
MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1432H/2010M
PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN

DI DEWAN SERBAGUNA, MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN.


PADA HARI KHAMIS, 3 MUHARRAM 1432H/9HB. DISEMBER 2010
PUKUL 2.30 PETANG.

‫بسم
الرحمن الرحيم‬
‫الحمد  رب العالمين وبه نستعين‬
‫والصالة والسالم على سيدنا محمد‬
‫وعلى اله وصحبه ومن اتبع ھداه الى يوم الدين‬
‫السالم عليكم ورحمة
وبركاته‬

Terima kasih Saudara Pengacara Majlis,

2
1. Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim,
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

2. Yang Berbahagia Dato' Wan Mohamad Bin Dato' Sheikh Abd Aziz
Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

3. Yang Berbahagia Dato’ Che Mat bin Che Ali


Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

4. Yang Berbahagia Haji Othman bin Mustapha


Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia

5. Yang Berbahagia Haji Anan bin C. Mohd


Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

6. Yang Berbahagia Hajah Ramlah binti Yong


Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

7. Ahli-ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

8. Dif-dif kehormat, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, puan-puan,


rakan-rakan media dan hadirin-hadirat sekalian.

1. Alhamdulillah... bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan


izin serta limpah kurnia-Nya kita dapat sama-sama berkumpul di Dewan
Serba guna, Masjid Wilayah Persekutuan ini untuk meraikan majlis
Sambutan Maal Hijrah ke 1432H bagi peringkat Wilayah Persekutuan. Ini
bermakna sudah 1432 tahun berlakunya peristiwa perpindahan Rasulullah
SAW dan para sahabat dari Makah ke Madinah, yang mempunyai makna
amat mendalam kepada penyebaran agama Islam. Sesungguhnya
kehadiran kita semua ke majlis ini akan membuka satu lembaran baru
dalam memperkasakan lagi perpaduan dan mencapai kecemerlangan
4
ummah berbekalkan semangat hijrah yang telah ditunjukkan oleh
Rasulullah S.A.W dan para Sahabat baginda Radiallahu Anhum.

2. Kalau kita mengimbau kepada sejarah awal Islam, penindasan yang


dilakukan oleh kuffar Makah terhadap Rasulullah S.A.W dan para Sahabat
baginda tidak sekali-kali melemahkan semangat atau penghalang baginda
untuk bangkit dan maju, sebaliknya tekanan itu dijadikan sebagai
pemangkin dan semangat untuk Rasulullah dan para sahabat baginda
membentuk satu ummat yang mempunyai jatidiri yang kuat serta sentiasa
bermotivasi dalam memajukan diri dan Islam itu sendiri.

3. Bermula dengan peristiwa bersejarah penghijrahan Nabi S.A.W dan


para sahabatnya dari Kota Makah ke Kota Madinah sehinggalah
5

penaklukan semula Kota Makah oleh umat Islam di Zaman Rasulullah,


kejatuhan kerajaan Rom dan Parsi di zaman pemerintahan Omar Ibn
Alkhatab, peluasan wilayah-wilayah Islam di zaman Osman Bin Affan,
penaklukan ke atas beberapa wilayah Eropah di zaman Abbasiah serta
kejatuhan Empayar Eropah ke tangan Islam di zaman Fatimiyah dan
Othmaniah, di samping penguasaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai
bidang yang dipelopori oleh sarjana-sarjana Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu
Khaldun, Al Farabi, Al Biruni, Al Battani, Al Khawarizmi, dan beberapa
tokoh-tokoh lain yang telah menyumbang ke arah kecemerlangan
tamaddun Islam yang terhasil dari kesedaran ingin meninggikan keagungan
Islam di mata dunia, tetapi apabila kesedaran ini telah hilang di kalangan

6
umat Islam selepas itu maka kita dapat menyaksikan kejatuhan satu demi
satu tamaddun yang terbina sebelum ini.

4. Kepincangan itu menyebabkan umat Islam mula ketinggalan dalam


setiap aspek kehidupan, ketinggalan dalam penguasaan ilmu, politik dan
sosial, ekonomi, pertahanan dan sebagainya walaupun sebelum ini orang
Islamlah yang menjadi pelopor dalam semua bidang ilmu dan teknologi.

5. Ketahuilah bahawa semua ini adalah berpunca dari kelalaian kita


sendiri yang sentiasa berprasangka negatif terhadap satu sama lain serta
sentiasa berselisih faham di antara sesama kita walaupun terkadang
perkara itu hanya masalah furu’ atau perselisihan mazhab tetapi
diperbesarkan dan akhirnya api permusuhan dan kebencian mula terbit di
7

kalangan kita. Keadaan ini ditambah pula dengan sifat terlalu


mementingkan diri sendiri sehingga melahirkan golongan yang selfish
dengan izin. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai
kepentingan peribadi tanpa mempedulikan kesannya terhadap Islam itu
sendiri. Sesungguhnya, tidak ada yang lebih besar selain dari kesedaran
ingin memajukan Negara, kesedaran ingin menyumbang tenaga, idea,
ekonomi dan intelek ke arah pembangunan Islam.

6. Kini, Islam mengharapkan pendukung yang sanggup


mempertaruhkan jiwa dan raganya ke arah kebaikan Islam dan manusia
sejagat. Sebab itulah dalam Islam tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah
berjalan seiring demi menjaga kepentingan peribadi dan awam, begitu juga
8
Islam sering menggalakkan agar umatnya menjadi penyumbang ke arah
sesuatu kebaikan yang dapat dimanfaatkan hasilnya oleh masyarakat Islam
khasnya dan seluruh manusia amnya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :


" Sebaik-baik manusia itu ialah yang memberi manfaat kepada manusia
lain “
Sama ada manfaat itu dalam bidang keilmuan, ekonomi, pertahanan dan
sebagainya yang semuanya menjurus ke arah kebaikan sejagat.

Sabda Rasulullah S.A.W lagi yang bermaksud :


“Tangan yang di atas (memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah
(menerima)”
9

Sabdanya lagi :
“ Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah dari
mukmin yang lemah “

7. Tuntutan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran


juga menjadi suatu dasar dalam mewujudkan satu tamadun yang hebat dan
berwawasan. Dalam sejarah dunia, mana-mana bangsa atau kaum yang
membiarkan atau mengenepikan dasar ini pasti akan dilenyapkan oleh
Allah dari muka bumi ini. Di atas kesedaran inilah dalam Rancangan
Malaysia Ke 9 (RMK 9) Y.A.B Perdana Menteri kita meletakkan soal
pembangunan modal insan menjadi agenda utama dalam pembentukan
10
Negara Malaysia yang maju dan berdaulat. Ini meliputi dalam soal integriti
sikap, kemampuan dan keinginan untuk bersaing, sanggup menghadapi
cabaran dan dugaan, berinovasi, mempunyai jati diri yang mantap dan
mempunyai sikap berkorban dengan mengutamakan kepentingan orang
lain lebih daripada kepentingan diri sendiri selaras dengan pendekatan “1
Malaysia: Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan” yang meletakkan
asas yang pertama dalam mewujudkan Islam yang bertamadun ialah
menjaga kepentingan umum melebihi daripada kepentingan diri sendiri.

8. Di antara modal insan yang perlu kita bina ialah golongan remaja dan
belia. Remaja hari ini adalah pemimpin di masa akan datang adalah satu
hakikat dan juga amanah yang perlu kita pikul dan jaga kerana golongan ini
adalah aset terpenting sesebuah Negara. Profesor Dr. Yusof Al-Qaradhawi
11

di dalam sebuah bukunya mengatakan :

“ Dalam sesebuah Negara, terdapat satu aset yang lebih berharga dari
emas putih (kapas), lebih berharga dari emas kuning dan lebih berharga
dari emas hitam (minyak) iaitu golongan remaja mereka “.

9. Menyedari tanggungjawab ini, saya melalui agensi-agensi di bawah


tanggungjawab saya amat menekankan dalam soal pembangunan
golongan remaja dan belia. Saya mengharapkan Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menggiatkan lagi
usaha dalam mendidik dan membimbing `aset’ yang berharga ini agar
menjadi manusia yang berguna di masa akan datang dan menyumbang ke
12
arah kesejahteraan sejagat. Program-program seperti Program Rumahku
Syurgaku (RKSK), Program Menangani Gejala Sosial (PGMS), Program
Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) dan Program Pembangunan Sosial
(PPS) yang diadakan di beberapa buah masjid terpilih sahaja pada masa
ini perlu diperluaskan lagi ke semua masjid di seluruh Malaysia.

11. Untuk merealisasikan hasrat yang besar ini, saya berusaha untuk
menaikkan taraf jawatan pegawai-pegawai agama di zon-zon seluruh
Wilayah Persekutuan daripada Gred S44 yang ada sekarang kepada Gred
S48 supaya ia setaraf dengan tanggungjawab dan bebanan tugas yang
dipikul. Selain itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah (PTAD) di daerah-
daerah seluruh Malaysia juga akan dinaikkan taraf daripada Gred S44
kepada Gred S48. Sebagai persediaan, Pegawai-pegawai pengambilan
13

baru akan diberi kursus selama enam bulan seperti mana kursus yang
dihadiri oleh Pegawai-pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Pendedahan
ini akan membekalkan mereka dengan pengurusan pentadbiran,
pengurusan kewangan dan lain-lain pengurusan ilmu.

12. Sambutan Maal Hijrah yang kita adakan saban tahun ini mudah-
mudahan akan menjadi satu wadah dalam peningkatan kualiti diri kita dari
semasa ke semasa, bukan sahaja kita hanya mendengar kisah
penghijrahan Nabi serta para Sahabatnya tetapi yang lebih penting dari itu
ialah semangat dan jatidiri yang ditonjolkan oleh Rasulullah S.A.W serta
Sahabat baginda dijadikan pemangkin dalam menjana modal insan yang

14
kita harapkan sesuai dengan tema Maal Hijrah pada tahun ini iaitu “1
Malaysia 1 ummah”

13. Saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan menghayati satu kata-
kata indah yang telah ditulis oleh Dr. Aidh Abdullah Al Qarni mengenai soal
PENINGKATAN ;
` Peningkatan ilmu dengan belajar, peningkatan akal fikiran dengan banyak
pengalaman, peningkatan agama dengan ibadah, peningkatan moral
dengan pendidikan dan asuhan, peningkatan harta dengan perancangan
dan penjimatan. Jika ingin menambah kawan maka dengan akhlak yang
terpuji, menambah musuh dengan kebongkakan dan kesombongan,
menambah penyakit dengan makan berlebihan, jika ingin mempunyai
pendapat dan pandangan yang baik dengan cara bersikap kritis, teliti,
15

perlahan-lahan dan tidak tergesa-gesa, jika ingin mempunyai keteguhan


dan ketabahan hati dengan adanya berbagai musibah dan cubaan dan jika
ingin mempunyai riwayat dan nama yang baik maka dengan cara
memperbaiki kualiti diri ‘

14. Saya mengucapkan tahniah dan syabas khususnya kepada Jabatan


Agama Islam Wilayah Persekutuan dan semua yang terlibat dalam
menjayakan majlis kita pada hari ini. Pada tahun ini Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan akan melakar sejarah dengan pemberian anugerah
khas kepada masjid terbaik dan Sekolah Rendah Agama (SRA) terbaik.
Kepada Pengerusi-pengerusi Masjid dan Pengetua-pengetua Sekolah
Rendah Agama yang akan terpilih menerima anugerah diharapkan agar
16
sumbangan tuan-tuan akan sentiasa berterusan dalam memartabatkan
ummah tercinta ini.
Akhirnya dengan lafaz ‘Bismillahirahmanirrahim” saya Merasmikan Majlis
Pelancaran Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan
bagi tahun 1432H/2010M.
Sekian, terima kasih.

‫وبا  التوفيق والھداية والسالم عليكم ورحمة


وبركاته‬

17

You might also like