You are on page 1of 81

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

AURAT DAN
PERGAULAN SILANG JANTINA

 Matlamat membincangkan ini:


 Anda faham konsep aurat, aurat lelaki, wanita dan
hukumnya
 Anda faham konsep pergaulan, hukum dan
dalilnya
 Anda tahu hukum pergaulan silang jantina ajnabi
 Anda tahu hukum pergaulan silang jantina
mahram
 Anda tahu hukum pergaulan sejantina wanita
 Anda tahu hukum pergaulan sejantina lelaki
ISI KANDUNGAN
TAJUK NI
 Bahagian Pertama: Aurat
 Konsep aurat
 Hukum menutup aurat dan dalil
 Aurat lelaki, dalam dan luar solat
 Aurat wanita, dalam dan luar solat
 Aurat pandang sentuh
 Bahagian kedua: Pergaulan silang jantina
 Konsep pergaulan
 Hukum bergaul silang jantina
 Hukum pergaulan sejantina
BAHAGIAN PERTAMA
AURAT
KONSEP AURAT
 Beberapa maksud aurat:
 Sesuatu yang seorang merasa malu jika ia
terdedah
 Sesuatu yang dipandang tidak baik apabila
ia terdedah
 Bahagian tubuh manusia yang wajib
ditutup dan dilindungi dari perhatian orang
lain.
‫‪HUKUM MENUTUP‬‬
‫‪AURAT DAN DALIL‬‬
‫‪‬‬ ‫‪Hukum menutup aurat adalah wajib, tiada‬‬
‫‪khilaf‬‬
‫‪‬‬ ‫‪Dalil wajib menutup aurat:‬‬
‫‪‬‬ ‫وقل للمؤمنات يغضضن من ابصارهن ويحفظن فروجهن وال يبدين‬
‫زينتهن إال ما ظهر منها‪ ،‬وليضربن بخمرهن على جيوبهن (النور ‪)31‬‬
‫‪‬‬ ‫يا أيها النبى قل ألزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من‬
‫جالبيبهن (األحزاب ‪)59‬‬
‫‪‬‬ ‫إن أسماء بنت أبى بكر رضى هللا عنها دخلت على النبى وعليها ثياب رقاق‬
‫فأعرض وقال رسول هللا (ص)‪ :‬يا أسماء إن المرأة إذا بلغت المحيض لم‬
‫يصلح أن يرى منها إال هذا وهذا‪ ،‬وأشار إلى وجهه وكفيه (حديث)‬
AURAT
LELAKI DAN WANITA
 Aurat LELAKI:
 Dalam solat: anggota antara pusat dan lutut
 Luar solat:
 Syafi`ie: anggota antara pusat dan lutut
 Satu pandangan Mazhab Hanafi: seluruh tubuh
 Aurat WANITA:
 Dalam solat; jumhur (semua 4 mazhab):seluruh tubuh
kecuali muka dan tapak tangan
 Luar solat: secara umum sama dengan aurat dalam solat,
namun ada perbezaan berdasarkan dengan siapa
perempuan itu beraurat:
AURAT WANITA DENGAN
LELAKI AJNABI

 Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak


tangan
 Maksud tapak tangan: pergelangan,
kekura dan tapak tangan hingga kehujung
jari.
 Dalil aurat wanita; semua ayat dan hadis
di atas
AURAT SESAMA
WANITA ISLAM

 Semua anggota di antara pusat dan


lutut.
 Haram dedahkan anggota antara pusat
dan lutut sesama wanita Islam.
 Tidak haram dedahkan anggota dari
pusat keatas dan dari lutut ke bawah.
 Setakat berketang dada sesuai dalam
masyarakat dan budaya Melayu.
AURAT WANITA ISLAM
DENGAN WANITA BUKAN ISLAM

 Ada tiga pendapat:


 Majoriti: seluruh badan kecuali muka dan tapak
tangan. Hujjahnya:
 Bimbang wanita bukan Islam dedahkan aurat wanita Islam
kepada lelaki bukan Islam.
 Malikiyah: anggota antara pusat dan lutut, dengan
syarat wanita bukan Islam itu berakhlak mulia
 Syafi`iyah: selain dari anggota yang pada
kebiasaannya terdedah semasa wanita melakukan
kerja ruman: kepala, tengkok, leher, tangan hingga
ke pangkal lengan, kaki hingga ke pangkal betis.
 Sebab khilaf: khilaf dalam mentafsir ungkapan ‫أو‬
31‫سائهن‬VV‫ ن‬al-Nur:
 Kalau ‘perempuan mereka’ dalam ungkapan ini
termasuk muslimah dan kafirah, aurat muslimah
dengan kafirah sama dengan aurat sesama
muslimah
 Jika khusus bagi wanita Islam sahaja aurat
muslimah dengan kafirah tidak sama dengan
aurat sesama muslimah
 Pendapat pilihan: pendapat ketiga.
 Hujjah: pendapat pertama menyusahkan,

pendapat kedua menjatuhkan marwah


muslimah, pendapat ketiga paling sedarhana
dan sesuai dengan masyarakat Malysia yang
multy agama, tidak menjatuhkan marwah
muslimah
AURAT WANITA ISLAM
DENGAN MAHRAM

 Mahram:orang yang haram dikahwini


 Lelaki mahram terbahagi dua
 Mahram kekal:
 Sebab nasab: bapa dan keatas, anak dan ke bawah,
saudara seibu sebapa dan sebapa dan seibu dan
kebawah.
 Sebab susuan: orangnya sama dengan senasab.
 Sebab persemendaan: mertua, anak tiri jika telah
setubuhi ibunya
 Mahram semantara:
 Sebab persemendaan: ipar, biras, bapa saudara suami,
ibu saudara isteri, kakak dan adik ibu mertua
 Berbeza agama.
 Aurat dengan mahram kekal:
 Hanbaliah,Malikiah: selain anggota yang
terdedah semasa wanita bekerja dirumah;
kepala, tengkuk, leher, tangan hingga ke
pangkal lengan dan kaki hingga ke
pangkal betis.
 Syafi`ie: anggota antara pusat dan lutut
 Hanafiah: anggota antara pusat dan lutut
 Aurat dengan mahram sementara:
 Jumhur: seluruh badan kecuali muka dan
tapak tangan
 Mahram sementara atau keluarga bukan
mahram adalah ajnabi.
AURAT WANITA
DENGAN KANAK-KANAK
 Maksud kanak-kanak: yang belum memberi
perhatian terhadap aurat wanita.
 Aurat wanita dengan kanak-kanak bergantung
kepada keadaan kanak-kanak itu:
 Belum mumaiyiz: tiada aurat
 Mumaiyiz belum ada syahwat: anggota antara pusat
dan lutut
 Mumaiyiz ada syahwat:
 Ajnabi: seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
 Mahram kekal atau sementara: seperti di atas
AURAT
PEREMPUAN TUA
 Aurat perempuan tua.
 Perempuan tua: yang tiada lagi rangsangan
seks; merangsang atau dirangsang
 Pada dasarnya aurat perempuan tua seluruh
badan kecuali muka dan tapak tangan, tetapi
diberi rukhsah membuka kepala dengan
syarat tidak bertabarruj.
 Hujjah rukhsah: ‫ليس‬VVV‫كاحا ف‬VV‫رجونن‬VV‫ ي‬V‫لالتىال‬VV‫لنساء ا‬VV‫عد منا‬V‫وا‬V‫لق‬VV‫ا‬
VVV‫هنوهللا‬VV‫ستعففنخير ل‬VV‫ني‬V‫زينة وأ‬VVV‫يلبهنغير متبرجاتب‬VVV‫ضعنث‬VV‫ني‬V‫عليهنجناح أ‬
)60 ‫لنور‬VV‫ (ا‬V‫ عليم‬V‫ميع‬VV‫س‬
Syarat muka dan
tangan boleh didedahkan
1. Muka dan tapak tangan tidak dihias dan mekap
melampau, kerana:
1. Muka dan tangan boleh didedahkan dalam
keadaan biasa, hiasan dan mekap sederhana
2. Muka dan tangan boleh didedahkan atas alasan
haajah, tiada haajah pada perhiasan dan mekap
melampau
3. Berhias dan mekap berlebihan itu sendiri
membawa fitnah.
2. Pendedahan itu tidak membawa fitnah, ia
membawa fitnah dengan perhiasan dan mekap
melampau dan wanita terlalu cantik
BILA WANITA DITUNTUT
MENUTUP MUKA

 Wanita dituntut menutup muka kerana: bimbang


fitnah, wanita terlalu cantik, masyarakat terlalu
rosak
 Fitnah; apabila wanita dilihat dengan syahwat
 Masyarakat rosak dinilai dengan:
 Qarinah yang wujud dalam masyarakat
 Penilaian masyarakat terhadap yang bermarwah dan
tidak bermarwah
 Sensitiviti masyarakat terhadap marwah dan
kehormatan
 Kuat longgar pegangan agama masyarakat
 Akhlak (buruk,baik) yang mendominasi masyarakat
APAKAH KAKI
WANITA AURAT
 Kaki di sini ialah: mula dari pergelangan kaki, buku
lali, tumit, kekura dan tapak kaki hingga kehujung jari.
 Hanafi dan sesetengah Maliki: bukan aurat, kerana
kaki termasuk anggota yang dikecualikan dalam
ayat:‫ا‬V‫ر منه‬V‫الما ظه‬VV‫ إ‬, semuanya dikira anggota zahir.
 Syafi`e: aurat, kerana aurat dalam dan luar solat
sama, kaki aurat dalam solat.
 Hanbali: aurat, kerana hadis:‫يدرع وخمار‬VVV‫لمرأة ف‬VV‫صليا‬VVV‫هلت‬
‫ور ق دميه‬V‫غطىظه‬VVV‫ا ت‬V‫ابغ‬VV‫انتس‬V‫ إذا ك‬V‫عم‬VV‫لن‬VV‫ا‬VV‫ق‬
: ‫ا إزار؟‬V‫وليسعليه‬
 Yang rajih: aurat, tapi dimaafkan bagi yang tabiat
kerjanya mendedahkan kaki.
AURAT PANDANG
LELAKI PANDANG AURAT WANITA

 Ada beza aurat pandang dan aurat sentuh


 4 mazhab sepakat haram melihat anggota aurat
silang jantina ajnabi dengan syahwat atau tidak,
aman fitnah atau tidak.
 Ada kalangan Hanbaliah berpendapat makruh
pandang muka dan tangan wanita sekalipun tanpa
syahwat
 Boleh pandang silang jantina kerana jadi saksi,
hakim, darurat, rawatan perubatan walaupun ke
dalam faraj
MELIHAT
PEREMPUAN TUA
 Perempuan tua: yang tidak lagi merangsang dan
terangsang seksnya.
 Pandang fuqaha’ berbeza:
 Syafi`e dan Maliki: haram lihat anggota aurat, sama
dengan perempuan muda
 Hanafi: boleh lihat anggota yang boleh lihat pada
perempuan mahram: muka, kepala, rambut, telinga,
tengkok, dada, payu dara, tangan, betis hingga
kebawah
 Hanbali: boleh lihat anggota yang pada kebiasaannya
terdedah sewaktu wanita dirumah: kepala, tengkuk,
tapak tangan hingga ke pangkal lengan dan pangkal
betis hingga ke bawah
MELIHAT AURAT
KANAK-KANAK
 Maksud kanak-kanak: yang belum lagi
meransang dan tidak teransang seksnya.
 Hanafi, Syaf`ie, Hanbali: boleh lihat termasuk
faraj
 Beza perempuan tua dan kanak-kanak
 Kanak-kanak belum ada pengalaman seks
 Perempuan tua sudah berpengalaman, jadi,
perempuan dirujuk kepada kaedah‫ألصل‬VV‫ستصحابا‬V‫ا‬
MELIHAT AURAT WANITA
DISEBALIK CERMIN LUT SINAR,
DALAM AIR JERNIH DAN BAYANG DALAM CERMIN

 Hanafi: haram lihat aurat wanita ajnabiyah di sebalik


cermin lutsinar, dalam air jernih, harus melihat bayang
dalam cermin,
 Hujjah perbezaan: Yang dilihat dalam cermin hanya bayang
wanita bukan jasadnya.
 Jaafari: haram jika ada syahwat, harus jika tiada
syahwat.
 Zaidi: harus, ada syahwat atau tidak.
 Komentar: `illah diharamkan elak fitnah, `illah ini wujud
dalam 3 keadaan ini, kita cenderong mengatakan
haram dalam semua keadaan.
HUKUM MELIHAT
GAMBAR
 Silang jantina ajnabi harus lihat gambar menutup aurat
 Silang jantina haram lihat gambar bogel, dengan syahwat
atau tidak, ada pendapat boleh tanpa syahwat.
 Suami isteri halal saling melihat gambar bogel dengan
syahwat atau tidak
 Lelaki haram lihat gambar wanita hanya menutup
anggota antara pusat dan lutut, dengan syahwat atau
tidak, ada pendapat harus tanpa syahwat
 Wanita harus lihat gambar lelaki tutup anggota antara
pusat dan lutut tanpa syahwat, haram dengan syahwat
MELIHAT
FILEM SILANG JANTINA

 Boleh lihat filem silang jantina tutup aurat


 Boleh lihat filem suami isteri tanpa tutup aurat
 Lelaki haram lihat filem wanita hanya tutup anggota
antara pusat dan lutut dengan syahwat atau tidak, ada
pendapat boleh tanpa syahwat.
 Wanita boleh lihat filem lelaki hanya tutup anggota
antara pusat dan lutut tanpa syahwat, haram dengan
syahwat.
 Haram silang jantina ajnabi lihat filem bogel, dengan
syahwat atau tidak, ada pendapat mengatakan boleh
tanpa syahwat.
MELIHAT
ADEGAN SEKS

 Single X:
 Dalam filem: harus tanpa syahwat, haram dengan syahwat
 Orang, dalam kaca lut sinar, air jernih, bayang dalam
cermin : haram dengan syahwat atau tidak.
 Double X: haram dengan syahwat atau tidak, filem atau
lainnya.
 Triple X: haram dengan syahwat atu tidak, dalam filem
atau lainnya
 Semua kelas: boleh kerana darurat dan hajat
 Suami isteri: boleh lihat adegan sex sendiri, filem atau
lainnya
WANITA
MELIHAT AURAT LELAKI
 Hanafi: haram melihat aurat lelaki; anggota
antara pusat dan lutut
 Maliki: harus melihat anggota yang harus dilihat
lelaki pada wanita mahram dengan syarat tanpa
syahwat
 Pendapat asah Mazhab Syafi`ie: boleh lihat
selain anggota antara pusat dan lutut tanpa
syahwat dan aman fitnah
 Boleh lihat aurat lelaki kerana darurat dan haajat.
PANDANG
SEJANTINA LELAKI
 Boleh melihat anggota bukan aurat tanpa
syahwat, haram dengan syakwat
 Haram melihat anggota aurat dengan
syahwat atau tidak
 Boleh melihat anggota aurat kerana
darurat dan haajat.
PANDANG SEJANTINA
LELAKI LEMBUT
 Lelaki lembut: lelaki yang berperawakan
wanita (pondan)
 Sebahagian Syafi`ie: harus melihat
anggota bukan aurat tanpa syahwat,
haram dengan syahwat
 Sebahagian lain: haram dengan
syahwat atau tidak
 Harus kerana darurat atau haajah
PANDANG SEJANTINA
WANITA MUSLIMAH
 Hanafiyah, Malikiyah, Syafi`iyah: harus
lihat seluruh badan kecuali anggota
antara pusat dan lutut tanpa syahwat,
haram dengan syahwat.
 Haram melihat anggota aurat dengan
syahwat atau tidak
 Harus melihat kerana darurat atau
haajah.
PANDANG SEJANTINA
MUSLIMAH KAFIRAH
 Muslimah lihat kafirah: harus seluruh badan kecuali
anggota antara pusat dan lutut.
 Kafirah lihat muslimah; khilaf:
 Boleh lihat muka dan tapak tangan sahaja, kerana aurat
muslimah denga kafirah seluruh tubuh kecuali muka dan
tapak tangan.
 Boleh lihat anggota selain anggota antara pusat dan lutut,
kerana aurat muslimah dengan kafirah anggota antara
pusat dan lutut.
 Boleh lihat anggota yang biasa terdedah sewaktu wanita
bekerja dirumah, kerana inilah aurat muslimah dengan
kafirah
 Pendapat pilihan: ketiga, sederhana, sesuai dalam
masyarakat multi agama, tidak menyusahkan.
AURAT SENTUH
SENTUH SILANG JANTINA AJNABI

 Hanafi, Maliki, Hanbali, Syafi`ie: haram


sentuh seluruh anggota wanita, aurat dan
bukan aurat, alasan:
 Harus lihat muka dan tapak tangan kerana haajah,
tiada haajah menyentuh muka dan tangan wanita
dalam muamalat
 Sentuhan itu sendiri merangsang syahwat
 Syarat kedua-duanya masih muda, bukan tua
dalam konsep yang telah dijelaskan di atas.
SENTUH
SEJANTINA LELAKI
 Boleh sentuh anggota bukan aurat
tanpa syahwat, haram dengan syahwat
 Haram sentuh anggota aurat dengan
syahwat atau tidak
 Boleh sentuh anggota aurat, termasuk
zakar kerana darurat atau haajah.
 Kes-kes haajah telah dijelaskan
SENTUH SEJANTINA
LELAKI LEMBUT
 Pendapat ulamak tidak dapat dikesan
mengenai kes ini
 Namun boleh qiaskan kes ini dengan
pandangan mereka dalam kes pandang lelaki
cantik lembut; harus tanpa syahwat, haram
dengan syahwat, kerana sentuh lebih
merangsang syahwat
 :. haram atas qiyas aulawi
SENTUH SEJANTINA
MUSLIMAH KAFIRAH
 Pendapat ulamak tidak dapat dikesan
dalam kes ini
 Namun barangkali boleh qiyaskan kes
ini dengan kes sentuh lelaki lembut;
harus tanpa syahwat, haram dengan
syahwat atas dasar qiyas aulawi V‫علم‬V‫ أ‬VVV‫وهللا‬
KES-KES LUARBIASA
PANDANG SENTUH
 Dalam keadaan luar biasa (darurat dan
haajah) silang jantina ajnabi boleh lihat dan
sentuh anggota aurat, termasuk faraj, malah
ke dalam faraj, syarat tanpa syahwat
 Ada pendapat mengatakan harus sekalipun
dengan syahwat
 Kes-kes darurat dan haajah: jadi saksi, kadi
atau hakim, urusan muamalat, rawatan
perubatan, perkahwinan
TELANJANG
 Berbogel di hadapan orang lain haram,
hujjah:
 seorang lelaki memikul batu……Baginda
perbetulkan tindakan itu
 Berbogel dalam khalwat juga ditegah,
dalilnya:
 Hadis:‫لناس‬VV‫ منا‬V‫ستحىمنه‬VV‫ني‬V‫ أولىأ‬V‫هلل‬VV‫ا‬VVV‫ف‬
 Boleh, tetapi makruh mandi bogel dalam bilik
 Boleh, tetapi makruh mandi bogel suami isteri
TELANJANG
DALAM SELIMUT
 Haram sejantina lelaki dan sejantina
perempuan telanjang dalam selimut
 Hadis: ‫لمرأة‬VV‫فضىا‬VVV‫حد وال ت‬V‫لوا‬VV‫لثوبا‬VV‫ىا‬VVV‫لرجلف‬VV‫لىا‬VV‫لرجلإ‬VV‫فضىا‬VV‫ ي‬V‫ال‬
‫حد‬V‫لوا‬VV‫لثوبا‬VV‫ىا‬VVV‫لمرأة ف‬VV‫لىا‬VV‫إ‬
 Hanbaliyah berpendapat makruh telanjang
dalam selimut sejantina
 Hadis ini juga dalil haram sentuh anggota
aurat tanpa alas dengan anggota selain
tangan
SUARA WANITA
BUKAN AURAT
 Jumhur ulamak termasuk Jaafari: suara
wanita bukan aurat, lelaki boleh dengar suara
wanita, wanita tidak wajib sembunyikan
suaranya dari lelaki
 Hujjah:
 Para sahabat dengar suara para isteri Rasulullah
untuk mendapatkan hukum syarak
 Hadis Ummu`Athiyah:V‫نال‬V‫رأ علينا أ‬V‫ق‬VVV‫ ف‬،VVV‫بايعنا رسولهللا‬

‫النة‬VVV‫ت ف‬
: ‫ل‬VV‫دها وقا‬VV‫مرأة ي‬V‫قبضت‬VVV‫ف‬
‫إ‬ ،‫لنياحة‬VV‫انا عنا‬V‫ ونه‬.... V‫هلل‬VV‫ا‬VVV‫نشرك ب‬
‫ رجعت‬V‫م‬VVV‫ذهبتث‬VVV‫ ف‬،‫ا‬V‫جزيه‬V‫نأ‬V‫نا أريد أ‬V‫دتنىوأ‬V‫سع‬V‫أ‬
 Dialog antara Umar dengan sahabiyah mengenai
isu menghadkan mahar
 Semua peristiwa ini menunjukkan wanita
mengeluarkan suara dan didengar lelaki
 Lelaki haram mendengar suara wanita yang
disertakan rentak dan irama, sekalipun
membaca Quran, kerana takut fitnah
 Lelaki haram dengar suara wanita jika ada
kemungkinan dia tergoda atau terfitnah
 Wanita juga haram mendengar suara lelaki jika
tergoda dan tidak aman fitnah
WANITA
MENGANGKAT SUARA
 Suara wanita yang tinggi adalah aurah, sebab
itu wanita ditegah melaungkan azan, azan
perlukan laungan yang kuat
 Hukum ini jelas, yang penting mempastikan
kadar mana suara itu telah dianggap tinggi
dan kuat
 Penentuan mungkin dibuat berdasarkan:
 Penilaian `urf dan `adah
 Khidmat pakar menentukan frekuensi (hertz)
suara yang telah dikira tinggi dan kuat
TEGAHAN MENIKMATI
SUARA WANITA
 Hanbaliyah,Syafi`iyah, Malikiyah: lelaki
haram mendengar suara wanita dengan
tujuan menikmatinya, kerana suara
mampu merangsang syahwat dan
kerana bimbang fitnah
 Ada pendapat mengatakan harus jika
aman fitnah, tanpa syahwat
PERCAKAPAN WANITA
YANG BOLEH DAN TAK BOLEH
 Nas syarak berkaitan:‫ى‬VVV‫لذىف‬VV‫ ا‬V‫يطمع‬VVV‫لقولف‬VV‫ا‬VVV‫خضعنب‬VVV‫ال ت‬VVV‫ف‬
)32‫ب‬V‫ألجزا‬VV‫روفا (ا‬V‫وال مع‬VV‫ مرضوقلنق‬V‫لبه‬VV‫ق‬
 Wanita dilarang bercakap dengan suara yang
sengaja dimanja-manjakan dan dengan cara
yang merangsang mereka yang hatinya
berpenyakit
 Dilarang bercakap perkara munkar dan lucah
 Boleh bercakap dengan cara dan nada yang
normal, bersabit dengan perkara yang
diharuskan, perkara makruf
TABARRUJ
 Tabarruj: wanita memperagakan kecantikan,
pakaian dan perhiasan dengan tujuan
menarik perhatian lelaki dan merangsang
keinginan mereka (fahamkan definisi ini)
 Nas syarak: )33‫ب‬V‫حزا‬V‫ألولى(أ‬VV‫لجاهلية ا‬VV‫برج ا‬VVV‫برجنت‬VVV‫وال ت‬
 Tabarruj zaman jahiliah: wanita membuka muka,
memperagakan perhiasan dan kecantikan mereka
 Tabarruj zaman kini sudah mengatasi tabarruj
jahiliah, Baginda istilahkan sebagai ‫اسيات‬V
، V‫ك‬
‫اريات‬V‫“ ع‬tidak berpakaian, telanjang”.
TABARRUJ
YANG DIHARAMKAN
 Tabarruj diluar rumah, berhias bukan untuk
suami
 Mendedahkan muka dan perhiasan dengan
tujuan memperagakan kecantikan kepada lelaki
 Bersolek dan berhias melampau
 Menggunakan alat-alat kosmetik bukan untuk
suami
 Mempercantikkan rupa paras dengan
membentuk alis, bibir dan lainnya bukan untuk
suami
FESYEN-FESYEN
PAKAIAN JUGA TABARRUJ
 Ciri pakaian wanita:
 Menutup seluruh tubuh, kecuali muka dan tapak tangan
 Longgar tidak menampakkan susuk tubuh
 Tidak nipis sehingga menampakkan kulit
 Bukan pakaian untuk bermegah
 Tiada unsur memperagakan
 Tidak menyamai pakaian lelaki
 Pakaian berfesyen mempunyai ciri memperagakan
adalah tabarruj
 Berpakaian kemas, smart dan ceria bukan tabarruj
PERHIASAN DIRI
JUGA TABARRUJ
 Maksud perhiasan disini: sesuatu yang dijadikan
wanita perhiasan diri
 Perhiasan ini juga tabarruj jika mengandungi
unsur memperagakan
 Nas syarak:
 )33 ‫وال تبرجن تبرج الجاهلية األولى (األحزاب‬
 )31 ‫وال يبدين زينتهن إال ما ظهر منها (النور‬
 )31 ‫(النور‬...‫وال يبدين زينتهن إال لبعولتهن‬
 Ayat pertama melarang menunjukkan perhiasan
 Ayat kedua melarang menunjukkan perhiasan
kecuali kepada suami dan… (lihat sambungan ayat)
BERHIAS
YANG DIBENARKAN
 Berhias dan memakai perhiasan setakat
memenuhi fitrah wanita bukan tabarruj
 Berhias harus, malah digalakkan, kecuali
perhiasan yang diharamkan
 Berhias sunat bagi isteri yang bersama
suaminya
 Antara berhias yang dibenar dan digalakkan:
 Mencabut bulu ketiak, bulu tundun, mengandam
misai, berkhatan, memotong kuku,
 Kata penyaer:‫جب‬V‫لختانوا‬VV‫حلقوا‬VVV‫انة ت‬V‫لع‬VV‫لشارب×وا‬VV‫بط وتقصا‬V‫نتفإل‬V‫ا‬
JENIS PERHIASAN
 Bukan perhiasan diri:
 Diperbuat daripada logam; emas, perak, suasa,
tembaga dan lainnya: emas diharamkan bagi lelaki
dan perempuan
 Diperbuat selain dari logam: kulit, tulang, kayu,
tembikar dan lainnya; harus digunakan lelaki dan
perempuan
 Perhiasan diri selain pakaian:
 Diperbuat daripada logam; emas,perak,suasa,
tembaga dan lainnya:emas haram dipakai lelaki
 Semuanya harus dipakai perempuan
 Perhiasan diri dalam bentuk pakaian:
 Pakaian yang bukan dijadikan perhiasan;
menepati ciri pakaian wanita Islam: boleh dipakai
 Pakaian itu sendiri dijadikan perhiasan;
difesyenkan, dilabucikan, disulam dan lainnya
 Boleh dipakai sekiranya ia pakaian dalaman

dan luar jika tiada unsur tabarruj


 Tidak boleh dipakai dan dikira tabarruj jika:

 Fesyennya menzahirkan susuk tubuh


 Dihias berlebihan sehingga memenuhi ciri tabarruj
 Cara pemakaiannya memang bertujuan tabarruj
 Dipakai bukan untuk tatapan suami
 Beberapa kesimpulan:
 Secara prinsipnya berhias diharus dan
digalakkan
 Berhias untuk SUAMI harus malah disunatkan
dalam apa bentuk sekalipun
 Berhias YANG DITEGAH ialah yang berunsur
tabarruj, diluar rumah dan bukan untuk suami
 Kebanyakan pakaian, cara berpakaian dan
solekan wanita hari ini telah melebihi tahap
tabarruj, ia telah sampai peringkat‫اريات‬V‫اسيات ع‬V‫ك‬
،
 Tegahan tabarruj bertujuan ‫ة‬V‫لزريع‬VV‫د ا‬VV‫ س‬menutup
ruang-ruang keburukan: rangsangan seks
BAHAGIAN KEDUA
PERGAULAN
SILANG JANTINA
MAKSUD PERGAULAN
 Gaul: Bahasa Arab; khalata ‫خلط‬
 Pergaulan: Bahasa Arab; ikhtilat ‫ختالط‬H‫ا‬
 Maksudnya: bercampur silang jantina dalam
satu (1) tempat, berlaku pandang
memandang, komunikasi, interaksi dan
percakapan.
 Ia melibatkan 3 orang dan lebih, bukan 2
orang, 2 orang dikira khalwat.
 Fokus perbincangan: pergaulan silang jantina
ajnabi
 Ajnabi: yang halal berkahwin, sekarang @
akan datang, setelah terhapus halangan.
HUKUM PERGAULAN SILANG
JANTINA AJNABI
 Hukum asal pergaulan silang jantina
ajnabi adalah HARAM.
 Pengharaman ini tidak sabit dengan nas
soreh ‫ريح‬HH‫( ص‬langsung dan tepat), tetapi
sabit secara tak langsung melalui
hukum-hukum lain yang dikhususkan
kepada wanita.
HUJJAH PENGHARAMAN PERGAULAN
SILANG JANTINA AJNABI
1. Larangan musafir tanpa mahram
2. Haram berkhalwat silang jantina ajnabi
3. Wanita tidak wajib solat berjamaah
4. Wanita tidak wajib perang jihad
5. Wanita tidak wajib solat Jumaat.
6. Hukum khusus wanita melakukan haji
7. Tegahan wanita berjalan seiring dengan
lelaki.
1. LARANGAN MUSAFIR
TANPA MAHRAM
 Maksud Hadis (kata Nabi Muhammad):
“perempuan jangan musafir kecuali bersama
mahram”.
 Hadis ini secara langsung haramkan wanita
musafir tanpa mahram.
 Secara tidak langsung ia melarang pergaulan
silang jantina ajnabi, kerana tanpa mahram
perempuan akan bergaul dengan lelaki ajnabi
semasa musafir.
2. LARANGAN BERKHALWAT
SILANG JANTINA AJNABI
 Maksud hadis: “lelaki tidak harus masuk
(dalam rumah) perempuan kecuali
bersamanya ada mahram”.
 Maksud hadis: “lelaki tidak harus berkhalwt
dengan perempuan kecuali bersama
mahram”.
 Hadis-hadis ini secara langsung haramkan
khalwat, secara tidak langsung haramkan
ikhtilat, kerana ikhtilat juga sejenis khalwat
3. PEREMPUAN TIDAK WAJIB
SOLAT JAMAAH
 Solat jamaah di masjid hanya digalakkan ke
atas lelaki, ada pendapat mengatakan
diwajibkan.
 Perempuan tidak wajib, malah tidak
digalakkan solat jamaah di masjid,
 Wanita diharuskan solat di masjid, tetapi solat
di rumah lebih afdal bagi wanita.
 Keharusan ini terikat dengan syarat: izin
suami/wali, tidak memakai wangian, tidak
campurgaul dengan lelaki di masjid.
PENGHUJJAHAN
 Syarat-syarat wanita boleh berjamaah di
masjid, kedudukan wanita dalam saf,
dibelakang kanak-kanak mengisyaratkan
pergaulan silang jantina ajnabi ditegah.
 Logiknya, apabila dalam solat yang suasana
taqwanya amat tinggipun ikhtilat ditegah,
maka diluar solat, yang suasananya jauh
lebih tidak taqwa, ikhtilat lebih ditegah, atas
dasar qias aulawi.
Kesimpulan penghujjahan ini
 Pengharaman pergaulan silang jantina ajnabi
dirujuk kepada nas melarang wanita bergaul
dalam satu saf solat dan persyaratan lain
bagi keharusan wanita solat berjamaah di
masjid.
 Boleh bergaul silang jantina ajnabi
bergantung kepada syarat wanita boleh solat
berjamaah di masjid.
 Pergaulan silang jantina ajnabi hanya boleh
dengan bersyarat: mematuhi hukum dan
adab syarak
4. WANITA TIDAK WAJIB
PERANG JIHAD
 Aisyah pernah minta izin turut serta dalam
perang jihad, Rasulullah saw tidak izinkan.
 َّ ‫ل‬HH‫)ا‬: wanita tidak wajib
Komentar al-Battal(‫ل‬HH‫بطا‬
jihad kerana mereka wajib berhijab dan
dilarang bergaul dengan lelaki.
 Logiknya, apabila dalam suasana perang
yang amat kritikal pun wanita ditegah bergaul,
maka di suasana lain yang tidak kritikal pun
pergaulan lebih ditegah.
5. WANITA TIDAK WAJIB
SOLAT JUMAAT
 Fuqahak sepakat wanita tidak wajib solat
Jumaat, kerana sibuk urusan rumah dan
kerana larangan bergaul dengan kaum lelaki.
 Hukum ini menjelaskan pergaulan silang
jantina dalam solat Jumaat ditegah, oleh itu
wanita tidak wajib solat Jumaat.
 Logiknya, apabila dalam solat jumaat
pergaulan ini ditegah, maka di luar solat
Jumaat ia lebih ditegah, berdasarkan qias
aulawi.
6. HUKUM KHUSUS WANITA
TUNAI IBADAT HAJI
 Rasulullah saw arahkan Ummu
Salamah tawaf di belakang kaum lelaki
 Fuqahak berpendapat wanita tawaf jauh
dari kaabah
 Al-Karamani berpendapat: Rasulullah
arahkan Ummu Salamah tawaf jauh dari
lelaki kerana itulah sunnah wanita
semasa tawaf jika lelaki ramai
7. TEGAHAN WANITA BERJALAN
SEIRING DENGAN LELAKI
 Hamzah Bin Usaid al-Ansari meriwayatkan
sewaktu Rasulullah keluar dari masjid dan
melihat wanita campur aduk di jalan Baginda
bersabda: ،‫لطريق‬HH‫حققنا‬HHH‫نت‬H‫كنأ‬HH‫يسل‬HH‫ ل‬H‫إنه‬HHH‫ ف‬،‫ستأخرن‬H‫ا‬
‫لطريق‬HH‫حافاتا‬HHH‫ عليكنب‬lalu kaum wanita beredar
ketepi dan menyusuri tepi dinding bangunan
sehingga ada pakaian mereka yang
tersangkut kedinding.
 Hadis ini jelas melarang pergaulan silang

jantina ajnabi.
KAEDAH ‫إلباحة‬HH‫ألشياء ا‬HH‫ىا‬HHH‫ألصلف‬HH‫ا‬
TIDAK BOLEH PAKAI
 Telah dinyatakan tiada nas soreh
haramkan pergaulan silang jantina ajnabi.
 Namun demikian kaedah di atas tidak
boleh digunapakai bagi mengatakan
hukum asal kes ini adalah harus, kerana
telah ada nas yang tidak secara langsung
mengharamkannya.
 Keharusan mutlak kes ini sudah tidak ada
lagi.
PERGAULAN SILANG JANTINA
AJNABI KERANA DARURAT
 Pergaulan silang jantina ajnabi kerana
darurat diharuskan.
 Contoh: bergaul kerana melindungi
wanita yang bersendirian dalam
perjalanan.
 Kaedah: H‫ة‬H‫لمحظور‬HH‫بيح ا‬HHH‫لضرورة ت‬HH‫ا‬
 Erti darurat perlu diketahui dahulu
PERGAULAN SILANG JANTINA
AJNABI KERANA HAAJAH
 Pergaulan silang jantina ajnabi kerana
haajah syar`iyah diharuskan.
 Kaedah:‫لضرورة‬HH‫لة ا‬H‫نزلمنز‬HHH‫لحاجة ت‬HH‫ا‬
 Keharusan ini dengan syarat: mematuhi
hukum syarak dan adab-adab Islam.
KES-KES HAAJAH
 MUAMALAT: jual beli dan lainnya
 Tugas HAKIM: Zahiri wanita boleh jadi hakim
semua kes, Hanafi boleh dalam kes bukan
hudud. Hakim perlu bergaul.
 Jadi SAKSI:‫تان‬H‫مرأ‬H‫رجلوا‬HHH‫كونا رجلينف‬HH‫ ي‬H‫م‬H ‫إنل‬HHH‫ف‬
 Tugas KUATKUASA: `Umar lantik al-Syifa’
jawatan hisbah.
 Beri khidmat kepada tetamu dengan kehadiran
suami: kIsah isteri Abu Usaid beri khidmat
kepada Rasulullah pada jamuan perkahwinan
mereka.
 Menghormati tetamu: kisah lelaki Ansari
sanggup layan tetamu Rasulullah, isterinya
turut sama beri layanan.
 Menaiki kenderaan awam kerana urusan perlu
 Menunggu giliran rawatan hospital awam atau
suasta.
 Jihad fi sabillah: sahabiyat turut serta beri
khidmat rawatan dan logistik cth: dalam
perang (darurat)
 Dapatkan khidmat nasihat dan bimbingan:
sahabiyat turut berada dalam majlis bersama
Rasulullah
PERGAULAN SILANG JANTINA AJNABI
MENGIKUT ADAT KEBIASAAN
 Pergaulan silang jantina ajnabi dalam majlis
teradat seperti walimah, mesyuarat, majlis
rasmi, sambutan peristiwa tertentu
dibolehkan dengan syarat:
 Menjaga adab-adab dan hukum islam
 Menutup aurat, tidak tabarruj,merundukkan
pandangan, bercakap dengan suara normal.
 Tiada percampuran melampau sebagai
mengamalkan kaedah‫ة‬H‫لزريع‬HH‫د ا‬HH‫س‬
PERGAULAN SILANG JANTINA
AJNABI KERANA BELAJAR
 Kes rujukan: satu ketika sahabiyat
mempertikaikan kaum lelaki lebih banyak
masa bersama Rasulullah dan banyak
peluang mendapat ajaran agama. Mereka
meminta Rasulullah saw menentukan satu
masa khusus untuk wanita. Bagindapun
menentukannya.
 Ada dua penafsiran terhadap kes ini sehingga
memutuskan dua hukum yang berbeza:
 Note: Mari belajar bersungguh-sungguh
1. Rasulullah telah mengasingkan majlis
lelaki dan wanita kerana tidak boleh bergaul
semasa belajar. Oleh itu bergaul kerana
belajar tidak boleh
2. Rasulullah pisahan majlis bukan kerana tidak
boleh bergaul semasa belajar, tetapi kerana
kaum wanita tidak banyak peluang bersama
Rasulullah atas tabiat tugas masing-masing,
mereka perlu majlis khas. Oleh itu brgaul
kerana belajar adalah harus dengan syarat
seperti dijelaskan di atas
BERSALAMAN
SILANG JANTINA
 Isu ini berlegar di sekitar tiga bentuk nas
syarak:
 Hadis Rasulullah saw yang saling bertentangan;
ada riwayat nyatakan Baginda ambil bai`ah
wanita dengan berjabat tangan, ada riwayat
nyatakan dengan mulut sahaja
 Berbeza tafsiran keatas ungkapan ‫ا‬V‫ر منه‬V‫الما ظه‬VV‫إ‬,
apakah anggota yang dikecualikan, bolehkah
dilihat dan disentuh
 Berbeza tafsiran keatas ungkapan ‫لنساء‬VV‫ ا‬V‫مستم‬V‫أو ال‬
apakah semata-mata sentuh atau sentuh dengan
syahwat
RUMUSAN
PERBINCANGAN
 Bersalaman silang jantina ajnabi:
 Pendapat pertama: haram, dengan syahwat atau
tidak, aman fitnah atau tidak
 Pendapat kedua haram dengan syahwat, harus
tanpa syahwat
 Lihat dengan syahwat haram sentuh lagi haram
 Sentuh mahram dengan syahwat haram sentuh ajnabi
dengan syahwat lagi haram
 Pendapat ketiga; mesti dibataskan kerana haajat,
antara keluarga terdekat sahaja, sebolehnya
tidak diluaskan kepada yang lain bagi tujuan

‫سد الزريعة‬
 Mengelakkan syubhat dan tindakan
berjaga-jaga
 Lebih baik bagi yang warak tidak
memulakan bersalaman dengan silang
jantina ajnabi, jika orang lain
memulakan boleh sambut, mungkin
disitu ada haajat atau adab untuk
memelihara marwah orang, terutama
jika dalam majlis rasmi atau dalam
khalayak yang bukan dibawah kawalan
kita
 Komentar: elakkan yang syubhat untuk kebaikan
‫‪ZIARAH PESAKIT‬‬
‫‪SILANG JANTINA‬‬
‫‪* Ada nas syarak tidak membezakan lelaki dan‬‬
‫‪perempuan, antaranya:‬‬
‫‪‬‬ ‫وإذا مرضف‪VVV‬ع‪V‬ده‪..... V‬‬
‫‪‬‬ ‫وعودوا ا‪VV‬لمريض ‪....‬‬
‫‪‬‬ ‫‪ ...‬إن المسلم إذا عاد أخاه المسلم لم يزل فى خرفة الجنة حتى يرجع‬
‫‪‬‬ ‫من عاد مريضا ناداه مناد من السماء ‪ :‬طبت وطابت ممشاك وتبوأت من‬
‫الجنة منزال‬
‫‪‬‬ ‫إن هللا عز وجل قال يوم القيامة ‪ :‬يا ابن آدم مرضت فلم تعدنى ‪ ،‬قال‪ :‬كيف‬
‫أعودك وأنت رب العالمين ؟ ‪ ،‬قال ‪ :‬أما علمت أن عبدى فالنا مرض فلم‬
‫تعده ‪ ،‬أما علمت أنك لو عدته لوجدتنى عنده ؟‬
‫‪‬‬ ‫‪Ada yang jelaskan wanita ziarahi lelaki,‬‬
‫‪antaranya:‬‬
‫‪‬‬ ‫عادت أم الدرداء رجال من أهل المسجد من األنصار‬
‫‪‬‬ ‫لما قدم رسول هللا المدينة عك أبو بكر وبالل رضى هللا عنهما‪ ،‬قالت ‪ :‬فدخلت عليهما فقلت ‪:‬‬
‫يا أبت كيف تجدك ويا بالل كيف تجدك؟‬
‫‪‬‬ ‫زار أم مبشر كعب بن مالك عند مرض موته فقالت‪ :‬يا أبا عبد الرحمن إقرأ سالمى على‬
‫إبنى مبشر‬
‫‪‬‬ ‫‪Ada nas jelaskan ajnabi ziarahi wanita,‬‬
‫‪antaranya‬‬
‫‪‬‬ ‫دخل رسول هللا على ضباغة بنت الزبير فقال لها‪ :‬لعلك أردت الحج‪ ،‬فقالت‪:‬وهللا ال‬
‫أجدنى إال وجعة‪ ،‬فقال‪ :‬حجى واشترطى‬
‫‪‬‬ ‫‪Rasulullah saw menziarahi Ummu al-Saib dan bersabda‬‬
‫ف‪VVV‬قا‪VV‬لال‪V‬‬
‫‪:‬‬ ‫ت ا‪VV‬لحمىال‪ V‬ب‪VVV‬ارك هللا‪،VVV‬‬
‫ما‪VV‬لك ي‪VV‬ا أ‪V‬م‪ V‬ا‪VV‬لسائبت‪VVV‬زفزفينأ‪V‬ىت‪VVV‬رتع‪V‬دين؟ ق‪VV‬ا‪VV‬ل ‪:‬‬
‫ت‪VVV‬سبىا‪VV‬لحمىف‪VVV‬إنه‪V‬ا ت‪VVV‬ذهبخطايا ب‪VVV‬نىآ‪V‬مد ك‪V‬ما ي‪VV‬ذهبا‪VV‬لكير خبثا‪VV‬لحديد‬
‫‪‬‬ ‫‪Ibn Abbas minta izin menziarahi Aisyah, setelah diizinkan‬‬
‫ت ب‪VVV‬خير إ‪V‬نا‪V‬تقيتهللا‪ VVV‬ت‪VVV‬ع‪V‬ا‪VV‬لى‪ ،‬ق‪VV‬ا‪VV‬ل‪ :‬ف‪VVV‬أنت‪dia berkata:‬‬ ‫ك‪V‬يفت‪VVV‬جدك؟ ق‪VV‬ا‪VV‬ل ‪:‬‬
‫‪ .....‬ب‪VVV‬خير إ‪V‬نش‪VV‬اء هللا‪VVV‬‬
RUMUSAN
 Semua nas ini menunjukkan tiada halangan ziarahi
pesakit silang jantina
 Semasa ziarah semua hukum syarak dan adab
susila syarak mestilah dipatuhi
 Jika yang diziarahi rakan sekerja elok jika ziarah
secara berkumpulan atau suami isteri
 Tiada makna kita tidak menziarahi pesakit silang
jantina sedangkan kita mengharuskan pergaulan
silang jantina semasa sihat, bukankah pesakit
lebih berhak diziarahi dan mendapat belaian?
PERGAULAN SILANG JANTINA
KELUARGA BUKAN MAHRAM
 Sebenarnya isu ini tidak perlu dibincang lagi
kerana ia sudah dibincang dalam tajuk
pergaulan silang jantina ajnabi
 Tajuk ini diasingkan kerana banyak kekeliruan
dalam masyarakat tentang status keluarga
bukan mahram, ia seolah-olah dianggap sama
dengan keluarga mahram
 Telah dijelaskan maksud mahram dan ajnabi
 Telah dijelaskan mahram kekal dan mahram
sementara serta sebab-sebabnya
 Secara terperinci keluarga bukan
mahram ialah:
 Senasab: mulai dari sepupu dan kebawah,
dua pupu dan kebawah dan seterusnya
keluarga yang terjauh
 Keluarga susuan: mereka yang kelihatan
semacam keluarga susuan, tetapi bukan
susuan, contoh: Ali, Karim, Yusuf adik
beradik, Yusuf menyusu kepada Ramlah ibu
kepada Melati, Mawar dan Melor. Yusuf
haram nikah dengan semua tiga beradik
perempuan itu, tetapi tiga beradik itu halal
nikah dengan Ali dan Karim.
 Persemendaan: adik ipar, kakak ipar,
abang ipar, isteri ke 2,3,4 abang ipar,
biras, isteri bapa saudara, suami ibu
saudara, anak tiri perempuan yang
ibunya belum disetubuhi, adik beradik
tiri dan lainnya yang dalam keluarga
persemendaan
 Keluarga angkat: anak angkat dan
kebawah, bapa angkat dan keatas,
bapa saudara angkat dan kebawah, ibu
sausara angkat dan kebawah, adik
beradik angkat yang tidak jadi saudara
sesusu dan ke bawah
 Oleh kerana keluarga bukan mahram adalah
ajnabi maka hukum hakam berkaitan mereka
dalam keluarga adalah sama dengan hukum
ajnabi: hijab dan aurat, aurat pandang dan
sentuh, pergaulan silang jantina, perkahwinan
dan lainnya.
 Anggapan bahawa mereka sama dengan
keluarga mahram adalah salah
 Masyarakat mesti perihatin terhadap masalah
ini.
PENUTUP
 Apa yang dibentangkan ini sangat
ringkas, memadai untuk penjelasan
masalah sahaja, baik jika ada inisiatif
menambah perincian.
 Diharap pembentangan ini dapat
membantu tugas anda.
 Semoga mendapat keberkatan Allah.
‫وهللا أعلم بالصواب‬

You might also like