You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROJEK MURAL PELAJAR POST PMR


ANJURAN PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
1.0PENGENALAN

Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah melalui persekitaran
yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan
*pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif. Mural
yang dibina adalah bahan alatan yang selalu digunakan oleh pelajar terutama semasa menyiapkan kerja
khusus KHB. Penggunaan nama alatan, bahagian utama dan fungsi yang betul amat perlu terutama
semasa pelajar hendak menjawab soalan peperiksaan.

2.0RASIONAL
Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda penting dalam
rutin seharian di sekolah. persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya yakni

guru, kakitangan sekolah dan para pelajar.Justeru,sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai,
kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum, supaya
perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya.
Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang
mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung pelajar yang melalui
kawasan bengkel akan membaca nama alatan, fungsi alatan. Mural yang dibina juga dapat digunakan
untuk memantapkan ingatan dan di guna ketika p&p KHB sebagai bahan bantu mengajar.

3.0OBJEKTIF
3.1)
Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber perhatian
terutama pelajar dan juga tetatu yang selalu mengunjungi sekolah.
3.2)
Supaya dapat menjadi suatu tempat terapi minda terutama kepada guru dan kakitangan
melepaskan serabut dengan mensyukuri nikmat ciptaan Illahi.
3.3)
Hasil kerja pelajar sebagai buah tangan /kenang-kenangan bila pelajar meninggalkan alam
persekolahan kelak.
3.4)

Melatih pelajar untuk belajar melukis mural .Sebagai alternative bidang perniagaan sekirannya mereka
tidak berkemampuan dalam bidang akademik. Pelajar dapat jadikan kemahiran melukis mural sebagai
alternatif mata pencarian.

4.0TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Tarikh :
Selepas peperiksaan PMR
Masa
:
Oktober hingga November 2009
Tempat :
Sekitar Makmal KHB SMK Putri Saadong
5.0
SASARAN
Pelajar Post PMR SMK Putri Saadong

6.0KANDUNGAN PROGRAM

Bil Aktiviti Bahan yang diperlukan Tindakan


1 Pembinaaan kertas kerja Kertas Pengurus projek
ink
komputer
2

Perbincangan dengan pihak


pentadbir PKKO untuk dapatkan
khidmat dan nasihat dan cara
untuk dapatkan kelulusan dan
sokongan pengetua
Kertas cadangan

Pengurus projek
PKKO
Pengetua
3

Bincang dengan CC untuk


dapatkan dana dan peruntukan
dengan izin pengetua
Nota minta

Pengurus projek
Pengetua
CC
4

Memilih pelajar yang berbakat


dalam bidang seni dan di bantu
oleh pelajar tingkatan 4 yang telah
mempelajari Pendidikan Seni
Visual secara formal.

alatan untuk melakar


pada dinding asas
pembinaan mural

Pengurus projek minta


bantuan dan khidmat
nasihat daripada
Guru seni visual
Pelajar tingkatan 4
5

Isi nota minta dan dapatkan


tandatangan kebenaran khas
pengetua untuk Pembelian bahan
utama untuk melukis mural
Cat mural
Alatan melukis mural
Pengurus projek
CC
6
Mulakan proses melukis mural
Bahan dan alatan
melukis
Pengurus projek di bantu
dengan AJK
7.
Refleksi dan pendokumentasian
Kertas
pendokumentasian
Pengurus projek

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Kriteria Perbelanjaan/ Pembelian Harga/ Kos Tindakan


1 Pembinaaan kertas kerja dan RM 50.00 Pengurus projek
refleksi dalam bentuk
pendokumentasian

Kertas
ink
komputer
2

Isi nota minta dan dapatkan


tandatangan kebenaran khas
pengetua untuk Pembelian bahan
utama untuk melukis mural
Cat mural
Alatan melukis mural
RM 300.00
Pengurus projek
CC

8.0 SUMBER KEWANGAN


Pihak sekolah
9.0 PENUTUP

Perancangan perlaksanaan program dalam kertas kerja ini adalah bertujuan memudahkan pengurusan
yang dikendalikan oleh Ahli Jawatan-kuasa Persatuan (KHB) bagi tahun 2009. Di harap projek Mural KHB
ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek ini adalah salah satu flatfom para pelajar untuk
mencari pengalaman secara terus tidak melaui bilik darjah. Diharap hasil mural sekitar makmal KHB ini
nanti akan lebih menceriakan lagi persekitaran SMKPS.

Disediakan oleh:
------------------
(PN. SITI NORHASLIDA MAT HASSAN)

S/U PERSATUAN KHB 2009


SMK Putri Saadong
16030 Bachok, Kelantan

Disemak oleh;
……………………...............
PKKO

Dsahkan oleh:
---------------------------
Pengetua

You might also like