You are on page 1of 5

Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara pada masa

hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara., menjadi tenaga


yang akan memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada
pelbagai ancaman.
Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk
mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut.
 Tema :- Golongan remaja
 Isu:- Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara pada
masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi
tenaga yang akan memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara
daripada pelbagai ancaman
 Fokus :- Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan
anda untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut.

2. MENULIS PENDAHULUAN

Mengandungi 3 komponen ayat utama:-

Ayat 1. Tema

 Definisi

Golongan remaja ditakrifkan sebagai golongan berusia di antara 15 hingga


20 tahun.

 Nilai Murni

Golongan remaja di negara ini seharusnya bersyukur kerana mereka


dilahirkan dan dibesarkan di sebuah negara yang aman dan makmur
seperti Malaysia.

 Kepentingan tema

Kerajaan meletakkan harapan yang tinggi kepada golongan remaja


sebagai pewaris kegemilangan negara pada masa hadapan kerana
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Ayat 2. Isu

 Salin pernyataan dalam soalan


Mereka merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan.
Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga yang akan
memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai
ancaman.

Ayat 3. Fokus

 Bina persoalan berdasarkan fokus soalan

Persoalannya, apakah peranan saya sebagai remaja yang


berwawasan untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut?

Contoh Pendahuluan Lengkap:

Golongan remaja ditakrifkan sebagai golongan yang berusia di antara


15 hingga 20 tahun. Mereka merupakan aset penting kepada negara
pada masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara,
menjadi tenaga yang akan memajukan negara dan menjaga
kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman. Persoalannnya,
apakah peranan saya sebagai remaja yang berwawasan untuk
mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut?

3. MENULIS PERENGGAN ISI

Perenggan Isi Pertama:-

Ayat Wacana + Ayat Fokus

Pada pendapat saya, sebagai golongan yang menjadi aset kepada negara,
( AW ) golongan remaja perlulah menghayati dan mengambil pengajaran
daripada peristiwa-peristiwa lampau seperti perit pedih pejuang-pejuang
negara dalam usaha mendapatkan kemerdekaan dan penat lelah
pemimpin seterusnya memajukan negara ( AF )

Ayat Sokongan

Hal ini demikian kerana, perjuangan tokoh-tokoh terdahulu perlulah


dijadikan inspirasi untuk meneruskan pembangunan sekali gus melakar
sejarah indah buat generasi yang akan datang pula.

Ayat Huraian / Contoh


Golongan remaja perlu sedar bahawa bukan mudah untuk kita mendapat
kemerdekaan seperti sekarang. Rundingan demi rundingan, perbincangan
demi perbincangan, barulah negara berjaya membebaskan diri daripada
cengkaman kuasa asing yang telah lama beraja di mata dan bersultan di
hati di negara kita yang tercinta ini.

Ayat Penegas

Justru, sebagai generasi pelapis, remaja perlu memandang ke hadapan


dan mengorak langkah dengan penuh yakin agar kemerdekaan negara
dapat dikekalkan.

Contoh Isi 2

Golongan remaja juga mestilah sentiasa menguatkan iltizam untuk


mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Hal ini demikian
kerana melalui pendidikan, golongan remaja dapat menambah ilmu di dada
dan menajamkan fikiran untuk menghadapi hari mendatang. Dengan ilmu
pengetahuan juga, remaja akan sentiasa dihargai walau di mana mereka
berada. Jika di daratan akan menjadi pokok, dan jika dicampak ke laut
akan menjadi pulau. Begitulah diibaratkan orang yang berilmu dan inilah
ciri-ciri yang amat dititikberatkan untuk menjadi seorang pemimpin yang
berwawasan dan berfikiran luas. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab
golongan remaja untuk memenuhi ilmu di dada dan mencari sebanyak
mana pengalaman sebagai bekalan untuk menjadi pemimpin yang
disegani.

Contoh Isi 3

Di samping itu, golongan remaja perlu sentiasa menjaga maruah dan


kehormatan diri walau di mana kita berada. Salah satu cara untuk
mencapai hasrat tersebut adalah menjauhkan diri daripada kegiatan-
kegiatan yang tidak bermoral seperti merokok, penyalahgunaan dadah,
dan kegiatan lumba haram. Perbuatan-perbuatan yang tidak senonoh ini
memberi gambaran imej yang jelas bahawa generasi muda kurang
bersedia menerima amanah. Hal ini demikian kerana pemimpin yang
berakhlak buruk tidak akan dihormati rakyat, apatah lagi untuk untuk
mencapai kecemerlangan dalam pemerintahan. Dari sudut pandangan
yang lain, generasi yang tidak bermoral ini dilihat hanya akan menjatuhkan
dan meruntuhkan kestabilan negara yang telah dicapai hampir setengah
abad. Justeru, golongan remaja harus sentiasa berhati-hati memilih rakan
dan sentiasa berusaha mengelakkan diri daripada terjerumus ke kancah-
kancah maksiat.

Contoh Isi 4

Selari dengan perkembangan ekonomi dan ledakan teknologi maklumat


kini, golongan remaja perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan
perubahan yang berlaku sama ada di dalam ataupun di luar negara. Hal ini
demikian kerana, remaja perlu sentiasa bersaing dan menggunakan
peluang yang ada dengan sebaiknya agar dapat memaksimumkan
keupayaan dan kebolehan diri sendiri dalam usaha untuk memajukan diri,
bangsa, dan negara, berfikiran luas, terbuka, dan sentiasa rasional adalah
sifat-sifat yang sangat perlu dalam pembentukan sahsiah seseorang bakal
pemimpin. Contoh yang paling tepat ialah Tun Dr. Mahathir Mohammad,
bekas Perdana Menteri Malaysia. Berkat kebijaksanaan dan keterbukaan
beliau menerima pendapat dan teguran pihak lain, beliau berjaya memacu
negara ke peringkat yang amat tinggi dan membanggakan. Oleh sebab itu,
remaja haruslah menjadi sifat-sifat terpuji beliau sebagai pendorong dan
inspirasi untuk mengekalkan kedaulatan negara dan membawa negara ke
aras yang lebih tinggi.

Contoh Isi 5

Bidang sains dan teknologi amat penting dalam era globalisasi kini.
Kerajaan dan pihak swasta, semuanya menumpukan perhatian kepada
bidang yang mempunyai prospek dan masa hadapan yang cerah ini.
Golongan remaja sebagai penggerak kemajuan negara, perlulah
melibatkan diri dalam sektor-sektor berkaitan sains dan teknologi untuk
memastikan perkembangan bidang ini yang berterusan. Kita perlulah
mengambil dan menggunakan sepenuhnya peluang yang diberi agar dapat
merealisasikan kemajuan sains dan teknologi. Majmis Amanah Rakyat
( MARA ) umpamanya menyediakan banyak peluang kepada rakyat,
khususnya kaum bumiputera untuk melibatkan diri dalam bidang sains dan
teknologi. Justeru, sebagai generasi pelapis, kita perlulah melibatkan diri
dalam aktiviti-aktiviti berkaitan sains seperti Pertandingan Rekacipta,
Pertandingan Inovasi Sains, Kuiz Sains Nasional, dan Pertandingan
Mereka Laman Web.

Contoh Isi 6
Selain itu, golongan remaja perlu sentiasa menyokong usaha dan langkah-
langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan melalui kementerian di
bawahnya untuk memajukan Malaysia. Hal ini demikian kerana sokongan
yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak terutamanya golongan
remaja, yang merupakan kumpulan majoriti adalah sangat penting. Remaja
perlu menyahut seruan kerajaan dengan minda terbuka dan melaksanakan
segala rancangan tersebut dengan jayanya. Contohnya, kempen
membaca, kempen derma darah dan Progran Latihan Khidmat Negara.
Pelbagai makna tersirat ingin disampaikan oleh kerajaan melalui kempen-
kempen yang aktiviti yang dilaksanakan oleh badan-badan dan
kementerian seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kesihatan,
dan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Pelbagai faedah
akan diperoleh jika rancangan dan kempen tersebut mendapat perhatian
dan penghayatan daripada golongan remaja. Antaranya, lahirlah golongan
yang bersikap penyayang, matang, liberal, dan saling membantu. Justeru,
adalah sangat perlu bagi remaja memainkan peranan mereka dalam
menyokong seratus peratus dasar-dasar kerajaan.

4. MENULIS KESIMPULAN

Mengandungi 3 item yang utama:

 Saranan
 Harapan
 Rayuan /Sinis

Contoh:

Sebagai kesimpulan, golongan remaja sememangnya mempunyai


tanggungjawab yang besar untuk menerajui pemerintahan negara, menjadi
tenaga untuk memajukan negara, dan menjaga kedaulatan negara.
Seyogia diharapkan, golongan remaja akan memandang serius segala
perubahan yang berlaku serta mengambil tahu senario politik semasa agar
dapat menjadi asas untuk menjadi pemimpin yang berjaya. Jika tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Oleh itu, semua pihak harus
berganding bahu membantu golongan remaja dalam usaha untuk
memastikan tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang akan
mempunyai pelapis yang berwibawa.

You might also like