You are on page 1of 26

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

2.0 Definisi tamadun

Maksud tamadun dari segi bahasa arab iaitu membawa kepada 4 istilah yang
digunakan. Empat istilah tersebut ialah tamadun, umran, hadarah dan madaniyyah.
Perkataan tamadun yang ditulis dalam bahasa Melayu diambil dari perkataan bahasa
Arab iaitu ‘tamaddun’ yang membawa makna kehalusan budi bahasa dan kesopanan
tingkah laku. Perkataan tamadun ini telah diperkenalkan oleh Jurji Zaydan dalam
bukunya yang bertajuk ‘Tarikh Al-Tamadun Al-Islami’ bertarikh 1902-1906.

Sekiranya diberi penjelasan dari sudut semantik, perkataan tamadun merupakan


kata terbitan daripada kata kerja ‘maddana’. Maddana membawa erti pemilihan sesuatu
lokasi sebagai tempat tinggal serta membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi
suatu perbandaran. Madinah pula lahir daripada perkataan maddana yang bererti
bandar. Seterusnya madaniyyah ialah peradaban dan kemakmuran hidup yang merujuk
kepada kemajuan kebendaan yang dicapai oleh masyarakat. Konsep ini telah
diperkenalkan oleh Abu Nasir al-Farabi (abad ke-11).

Menurut Profesor M.A.J Beg, tamadun merupakan pencapaian manusia dalam


bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, agama, undang-undang dan politik.
(Beg,1985(b):20). Daripada yang telah didefinisikan oleh Profesor M.A.J Beg diatas,
terbinanya sesebuah tamadun itu dengan terbentuknya sebuah kota, mempunyai ciri-
ciri kesenian dalam tamadun tersebut, mempunyai pegangan agama yang dianuti oleh
setiap masyarakat di dalamnya, terbentuknya undang-undang serta politik yang menjadi
penanda aras kepada pembentukan sesuatu masyarakat dalam sesebuah tamadun.

Maksud tamadun dari sudut Barat pula ialah dikaitkan dengan pembangunan
lahiriah seperti dalam aspek kebudayaan, penulisan undang-undang, kesenian dan
perbandaran. Pencapaian lahiriah ialah kayu ukur kemajuan dalam sesebuah
masyarakat. Pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun. Kedua-
dua pencapaian dan pembangunan lahiriah ini penting dalam menentukan jatuh
bangunnya tamadun tersebut. Tanpa pencapaian lahiriah, masyarakat dalam tamadun
tersebut sudah tentu tidak dapat mencapai pembangunan lahiriah. Hal ini kerana,
sekiranya sesebuah tamadun tersebut tidak maju, bagaimana ia untuk terus
berkembang dan bagaimana masyarakatnya akan meningkat maju.

Daripada pendapat tokoh Barat pula, menurut Arnold Toynbee, tamadun ialah suatu
sistem masyarakat yand dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau
produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik,
pengetahuan dan seni. Berdasarkan pendapat tersebut, kita dapat lihat bahawa
keempat-empat elemen tersebut saling berkait rapat untuk mewujudkan satu sistem
masyarakat yang mana mereka boleh menambahkan hasil pengeluaran atau
produktiviti yang dapat meningkatkan kemajuan mereka.

J.K Fieblemen pula berpendapat bahawa tamadun ialah kepandaian dan


mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat
terhadap material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi keperluan tertentu.
Menurut Kamus Dewan Edisi baru 1989 halaman 1274, tamadun bermaksud
keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan
kebendaan serta perkembangan pemikiran(sosial, budaya, politik dll) yang tinggi
peradaban; 2. negara dan penduduknya yang telah mencapai kemajuan kebendaan
serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dll ) yang tinggi; 3. Budaya, cara
hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban; 4.
keadaan pemikiran (budaya dan moral ) yang halus, peradaban. Ringkasnya tamadun
ialah perkembangan kemajuan yang lebih baik termasuk dari segi fizikal dan spiritual.

2.1Definisi tamadun Islam


Menurut Prof. Syed Naquib Al-Attas, tamadun Islam sebagai satu keadaan
kehidupan masyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dengan
mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Ini membawa maksud
bahawa kehidupan masyarakat perlu mempunyai budi bahasa yang baik dan halus dan
mempunyai kebudayaan.
Selain itu, Ibn Khaldun pula berpendapat bahawa tamadun Islam sebagai
pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat
membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan
mempunyai nilai-nilai seni. Tamadun Islam juga merupakan kemuncak pembangunan
yang berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada
pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya. Ini termasuk
keperluan kepada bahan-bahan makanan, peralatan rumahtangga dan sebagainya.
Sesuatu tamadun itu dianggap berjaya apabila pencapaian manusia sudah melebihi
keperluan asas mereka. Hal ini kerana apabila sesebuah tamadun itu sudah mencapai
tahap kemuncak pembangunan maka manusia juga mampu untuk meningkatkan
pencapaian mereka terhadap keperluan asas sehingga dapat menghasilkan sesuatu
daya cipta yang baru.
Muhammad Rasyid Redha pula mempunyai pendapatnya yang tersendiri. Bagi
beliau, agama adalah asas tamadun. Ini kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual)
akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini
ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu
tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya. Ini
bermakna, pegangan agama itu sangat penting dalam menentukan jatuh bangunnya
sesuatu tamadun itu. Kekuatan rohani mampu untuk mendorong peningkatan
pembangunan dan kemajuan fizikal.
Abu Bakar Hamzah mendefinisikan tamadun Islam ialah sesuatu yang lahir dan
berkembang bersama- sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan-
perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang merupakan niskala
(abstrak) mahupun yang berupa sekala (material). Lahirnya tamadun Islam itu dengan
adanya kehidupan manusia yang berkembang dari segi fizikal mahupun kebendaan.
Hal ini menunjukkan bahawa sesuatu tamadun itu berkembang.
4.0 Sumber-sumber tamadun Islam

4.1 Al-Quran
Al-Quran merupakan sumber utama tamadun Islam. Al-Quran daripada sudut
bahasa bermaksud ‘bacaan’ dan perkataan al-Quran berasal daripada perkataan arab
‘al-qira’ah’. Manakala daripada sudut istilah al-Quran ditakrifkan sebagai kalam Allah
SWT yang bermukjizat yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW dengan
perantaraan malaikat jibrail, ditulis dalam mashaf, diriwayatkan secara mutawatir dan
menjadi ibadat bagi sesiapa yang membacanya. Al-Quran juga merupakan mukjizat
yang menerangkan tatacara bagaimana manusia yang diamanahkan oleh Allah S.W.T
sebagai khalifah bagi membentuk serta mentadbir alam sejajar dengan kehendak
AllahS.W.T.
Al-Quran dijamin oleh Allah S.W.T terpelihara sehingga hari kiamat. Al-Quran
juga terpelihara dari sebarang penyelewengan yang dilakukan oleh manusia atau jin.
Syariah yang dibawa dalam al-Quran lengkap dan menyeluruh untuk semua manusia,
masa, suasana, tempat dan zaman. Ini menunjukkan bahawa al-Quran bersifat
menyeluruh dan lengkap untuk semua tidak mengira masa, tempat dan keadaan.
Dalam al-Quran bukan sahaja mengatur cara hidup untuk diri individu malah meliputi
keluarga, jiran, negara, ekonomi, teknologi dan antarabangsa. Ini jelas menunjukkan
bahawa dalam al-Quran telah meliputi segala aspek untuk membina sesebuah tamadun
yang lengkap dan sempurna.

Keunggulan al-Quran bergantung kepada mukjizat bahasanya yang indah dari


segi balaghahnya (retorika). Perkara ini diakui oleh sasterawan Arab jahiliah yang
sangat mahir dengan balaghah. mereka sendiri gagal untuk menandingi keindahan
masih sejak ia diturunkan hingga ke hari ini. Keluasan dan kedalaman ilmunya tidak
terjangkau oleh pemikiran manusia. Masih banyak ilmu yang terdapat di dalam al-Quran
yang belum dihurai oleh manusia.

Tamadun Islam tegak di atas dasar Ilahi yang terpancar di dalam al-Quran
mengandungi segala nilai, dasar, prinsip serta hukum untuk membimbing manusia bagi
mencapai perhubungan dan kesempurnaan hidup. Ia juga merangkumi konsep
ketuhanan, pengetahuan tentang perkara ghaib, asas pandangan, moral, fakta-fakta
sains, sejarah manusia dan lain-lain lagi.

Oleh itu, al-Quran menjadi dasar utama pembentukan tamadun Islam. Al-quran
merupakan sumber yang lengkap untuk kehidupan setiap pengikutnya. Al-quran juga
telah menceriatakan segala perkara yang berlaku sama yang telah, semasa atau akan
datang. Hal ini boleh menjadi peringatan kepada pengikut-pengikut supaya sentiasa
tidak lupa kepada pencipta mereka. Al-Quran bertindak sebagai penghubung manusia
dengan perkembangan selaras dengan kehidupan dan senantiasa memenuhi keperluan
manusia serta mampu menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.
4.2 As-sunnah

As-sunnah merupakan segala yang disandarkan kepada Rasullulah S.A.W sama


ada perkataan, perbuatan dan pengakuan serta sifat kejadian,akhlak dan riwayat hidup
baginda, sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi Rasul. Telah diriwayatkan
daripada Rasullulah S.A.W oleh para sahabat ,tabiin dan seterusnya sehingga ditulis
oleh ulama’ Hadis. Al-sunnah melengkapi al-Quran dengan 4 cara iaitu yang
pertamanya mentafsirkan hal yang umum seperti cara menunaikan ibadat
sembahyang, zakat, haji dan lain-lain lagi. Yang keduanya pula ialah membataskan
hukum yg belum ditetapkan batasnya oleh Al-Quran. Seterusnya ialah mengkhususkan
sesuatu hukum yg umum. Yang teralhir ialah menjelaskan hukum Al-Quran.
Segala perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah dalam membina
masyarakat dan kerajaan di dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, pendidikan
dan hubungan sosial berasaskan akidah, syariah dan akhlak telah menjadi contoh
dalam pembinaan tamadun Islam ini. As-sunnah menjadi ikutan manusia
memandangkan Rasullullah merupakan idola kepada manusia dari dahulu sehingga
kini. Sebagai contoh yang mudah, mengajar solat, mengaji dan sebagainya merupakan
amalan yang mudah diajar melalui pemerhatian manusia lain kepada Rasul S.A.W
junjungan kita.
As-sunnah diperlukan untuk menghuraikan prinsip & konsep umum & menyeluruh
dari Al-Quran. Selain itu, as-sunnah juga bertindak sebagai pentafsir al-Quran. Hal ini
kerana, ayat al-Quran adanya berbentuk umum dan mutlak. Oleh itu, memerlukan
perntafsiran daripada Rasulullah S.A.W kerana tanpa perntafsiran itu sukar untuk umat
Islam memahaminya. Selain daripada itu, as-sunnah juga berperanan dalam tambahan
hukum al-Quran. Al-Quran bersifat umum, prinsip, konsepsi dan menyeluruh. Ada juga
cabang hukum yang tidak di sentuh oleh Al-Quran. Sebagai contoh hukum anak
binatang yang masih didalam kandungan ibunya, apabila ibunya disembelih seperti
lembu. Kemudian rasulullah S.A.W telah menjelaskan seperti berikut:

“Sembelihan janin (anak dlm kandungan)mengikut sembelihan ibunya.”


Ini bermaksud, telah berlaku penambahan hukum al-Quran yang menghalalkan
sembelihan binatang ternakan iaitu anak yang masih berada dalam kandungan ibunya
sebagai halal dimakan apabila ibunya disembelih mengikut syarak.

As-sunnah menjadi pelengkap kepada hukum-hukum yang belum dijelaskan


secara terperinci dalam al-Quran. As-sunnah juga menjelaskan dan menerangkan
perkara berkaitan dengan perintah dan larangan Allah di dalam al-Quran. Al-Quran
menggariskan prinsip-prinsip asas, kemudian dihurai dan diperincikan oleh as-Sunnah.
Ia merupakan sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk, membangun dan
mengembangkan tamadun mereka.

Sesuatu pembaharuan yang dibuat boleh dikatakan tamadun, tetapi tidak boleh
digolongkan sebagai tamadun Islam kalau bertentangan dengan sumber-sumber ini.
Ringkasnya, semua sudut tamadun Islam dicorakkan di atas acuan al-Quran dan as-
Sunnah. Daripada al-Quran dan as-Sunnah dicerakinkan akidah, syariah dan akhlak
untuk dilaksanakan dalam kehidupan manusia. Pelaksanaannya ditunjukkan oleh
Rasulullah s.a.w. dan para ulama selepas baginda.
4.3 Al-ijma’ dan Qias

Ijma’ ialah kata sepakat semua ulama’ Islam yang mujtahid pada suatu masa
selepas wafatnya Rasulullah S.A.W mengenai sesuatu hukum syari’ah. Terdapat 2 jenis
ijma’ iaitu sarih dan sukuti. Bukan ijma’ sahabat sahaja tetapi ijma’ sekalian mujtahid
yang lain daripada sahabat juga wajib diikuti samada mengerjakan ibadah ataupun
dunia.

Qias pula ialah menyandarkan sesuatu yang tidak belum ada hukumnya kepada
sesuatu yang sudah ada hukumnya daripada nas oleh persamaan ‘illah iaitu sebab
musabab. Qias mengembalikan cabang kepada usul dengan sebab illah (sebab) yang
sama. Mengembalikan dalam ayat di atas bermaksud menyamakan keduanya yang
diqias kepada yang usul (yang kena qias) pada hukum. Jika hukum usul haram maka
hukum yang diqiaskan juga haram seperi diqiaskan beras dengan gandum di dalam
hukum riba kerana illah (sebab) yang sama iaitu makanan. Walapun di dalam hadis
Nabi S.A.W menyebut gandum tetapi kerana illah beras iaitu makanan seperti gandum
maka hukumnya sama.

Ijma’ dan qias merupakan sumber hukum yang digunakan oleh ulama mujtahid di
dalam menetapkan sesuatu permasalahan. Qias merupakan salah satu cabang
daripada ilmu mantiq yang diguna pakai oleh ulama dalam memahami al-Quran dan al-
Hadis yang jawamiul jawaamik. Untuk mudah difahami ialah perkataan yang sedikit
tetapi membawa maknanya yang luas. Ayat al-Quran iejaz (ringkas) tetapi sangat luas
pengertian begitu juga dengan kalam Nabi S.A.W yang kita panggil sebagai hadis atau
sunnah sehingga jika dikumpul tafsiran ‘basmalah’ sahaja sudah tentu kita tidak mampu
untuk menghabiskan dalam masa satu hari bahkan sebulan

Tanpa ijmak dan qias hukum Islam menjadi jumud kerana terbatas kepada apa
yang disebut secara zahir di dalam al-Quran tanpa merujuk kepada makna disebaliknya
sedangkan al-Quran merupakan panduan hidup sehingga hari kiamat. Setiap zaman
akan ada hukum baru atau hukum kontemporari maka qias memainkan peranan
penting dalam menentukan halal dan haramnya. Walaupun qias menggunakan akal
tetapi ia disyaratkan selari dengan al-Quran dan al-Hadis kerana hukum asalnya
terdapat di dalam al-Quran tetapi diqiaskan perkara-perkara yang baru kepada hukum
yang sudah ada di dalam al-Quran dan al-hadis dan ijmak yang kita telah bincangkan
tadi.

Inilah yang dikatakan ijma’ dan qias menjadi sumber tamdun Islam. Hal ini
kerana, sesebuah tamadun akan berkembang dari masa ke semasa jadi, akan timbul
pelbagai permasalahan yang baru yang memerlukan ulamak menentukan hukum. Oleh
itu, hukum-hukum baru boleh ditentukan dengan menggunakan qias. Dengan cara ini,
segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah.

4.4 Istihsan

Istihsan menetapkan sesuatu hukum terhadap sesuatu persoalan ijtihadiyah atas


dasar prinsip-prinsip umum ajaran Islam seperti keadilah, kasih sayang dan lain-lain.
Kaedah ini sedikit berbeza daripada mashalih al-mursalah kerana ia
mempertimbangkan dasar kemaslahatan itu dengan disertai dalil al-Quran dan As-
Sunnah yang umum. Contohnya Saidina Umar r.a.tidak menghukum pencuri kerana
kebuluran semasa kemarau panjang dengan hukuman hadd kerana atas dasar keadilan
dan kasih sayang dan dalil daripada al-Hadith bahawa Islam tidak menyusahkan
umatnya.

Penggunaan istihsan ini dapat member kehidupan yang baik kepada umat Islam
dalam hal hukum. Sesungguhnya Islam ini mudah dan tidak menyusahkan umatnya.
Jadi dengan penggunaan istihsan ini, hukum dijalankan dengan adil dan saksama.
2.0 Prinsip-prinsip tamadun Islam

Prinsip tamadun Islam yang pertamanya ialah memelihara agama. Sudah menjadi
fitrah semulajadi manusia yang memerlukan agama dan mereka bebas memilih agama
mereka masing-masing. Firman Allah SW dalam surah Al Baqarah, “tiada paksaan
dalam beragama” . Dalam Islam, umatnya perlu menyerahkan diri kepada Allah dengan
mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan larangan. Agama Islam ini mudah dan
tidak memaksa. Dengan cara tersebut, manusia akan hidup dalam keadaan aman dan
bahagia. Islam menyediakan cara hidup bermasyarakat berbilang kaum dan agama.
Prinsip toleransi beragama, kebebasan beragama, sikap saling hormat menghormati di
antara satu sama lain yang berlainan agama adalah sebahagian daripada ajaran Islam
yang wajib dilaksanakan. Sekiranya semua pihak yang berlainan agama ini benar-benar
memahami agamanya tentu mereka akan mengamalkan ajaran agamanya dengan
sebaik-baiknya. Dalam waktu yang sama Islam menggalakkan dan sentiasa memberi
ruang dan kesempatan untuk semua pihak yang berbeza agama ini berinteraksi bagi
berbincang tentang fahaman masing-masing yang tidak bertentangan dengan prinsip
agama masing-masing supaya lahir suasana yang harmoni dan saling hormat-
menghormati. Kesimpulannya setiap penganut agama mestilah memahami dengan
sebaik-baiknya ajaran agama yang dianutinya dan beramal dengannya. Ini jelas
menunjukkan betapa tamadun Islam sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk
kerana Islam sentiasa menekankan kepentingan mendalami ilmu agama dan
mengamalkannya demi menjamin keharmonian masyarakat di samping kesucian
agama yang akan tetap terpelihara.

Prinsip yang kedua ialah memelihara nyawa dan jiwa. Ini membawa erti setiap
manusia atau umat Islam perlu memelihara jiwa mereka dan jiwa orang lain. Ini
menunjukkan bahawa kehidupan bermasyarakat sangat penting dan kita harus
mengenali sesama kita. Dengan cara ini tidak akan timbul perasaan mahmudah dalam
diri masing dan tidak akan berlaku pergaduhan yang boleh membawa kepada
pembunuhan. Islam juga menyebut larangan membunuh dan membunuh diri. Firman
Allah, “ Barangsiapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman
pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri,maka ertinya orang itu telah
membunuh manusia seluruhnya..” surah al-Maidah 5:32. Islam mewajibkan umatnya
berusaha untuk mempertahankan nyawa. Sekiranya sesuatu perkara atau perbuatan itu
boleh menyelamatkan nyawa, walau pada awalnya hukumnya haram ia boleh
dilakukan. Contohnya dalam bidang perubatan, ubat berbentuk cecair yang digunakan
untuk merawat penyakit jantung adalah diambil dari babi yang kita sedia maklum akan
hukum haramnya, namun jika ia dapat menyelamatkan nyawa pesakit ia adalah
dibenarkan. Ia pastinya bersesuaian dan mudah diterima di kalangan masyarakat
majmuk. Setiap masalah atau penyakit yang kita hadapi pasti ada penyelesaianya dan
ada penawarnya. Oleh itu, kita harus bijak mencari jalan penyelesaiannya sekiranya
kita menghadapi sebarang masalah. Janganlah kita berfikir singkat dan mengambil
jalan mudah dengan membunuh diri sebagai jalan penyelesaian masalah kerana Allah
membenci orang yang membunuh diri.

Seterusnya pula ialah memelihara akal. Bagaimana kita sebagai umat Islam untuk
memelihara akal kita sendiri? Islam telah mengajar tentang cara memilih makanan dan
minuman yang baik untuk kesihatan tubuh dan akal fikiran. Islam telah mengharamkan
minuman keras kepada umatnya bagi memelihara akal mereka. Hal ini kerana, dengan
minuman keras tersebut, seseorang itu boleh hilang pertimbangan dan akan melakukan
sesuatu di luar jangkaan. Mereka sudah tidak dapat berfikir dengan waras dan
bertindak atas kehendak nafsu. Oleh itu, agama Islam telah mengharamkan meminum
minuman keras. Firman Allah dalam Surah Al Maidah 5:90, “Wahai orang yang
beriman, sesungguhnya minuman arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi
nasib dengan panah adalah perbuatan keji,termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah
perbuatan itu,agar kamu mendapat keberuntungan.” Dalam al-Quran telah menyatakan
kebaikan pengambilan madu lebah untuk menjaga kesihatan tubuh badan sebagai ubat
yang paling mujarab. Islam juga mengesyorkan memegang makanan dengan tangan
kanan. Hal ini kerana, tangan kanan mengandungi kimia yang membantu
penghadaman makanan. Agama telah menetapkan hukum bukan untuk menyusahkan
umatnya tetapi untuk memberi yang terbaik bagi kehidupan mereka. Jadi, kita harus
pandai membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Tubuh badan yang sihat
akan menjamin akal yang sihat ke arah membina negara dan menegakkan agama.
Selain itu, prinsip tamadun Islam juga ialah memelihara maruah dan keturunan.
Islam telah mensyariatkan perkahwinan untuk kita memelihara maruah dan keturunan.
Dengan perkahwinan ini dapat menghindari daripada melakukan maksiat seterusnya
dapat menjaga maruah diri dan keluarga. Selain daripada perkahwinan, Islam juga
mensyariatkan poligami yang mana dapat membantu golongan wanita yang berada di
dalam kesusahan. Islam telah mengiktiraf perkahwinan poligami namun ia tidak
diwajibkan dan bukan sesuatu yang digalakkan.poligami dibenarkan demi untuk
menjaga zuriat yang bakal dilahirkan. Ini sangat berbeza dengan fahaman negara lain.
Sebagai contoh masyarakat di barat, mereka tidak dibenarkan berpoligami tetapi lelaki
dan perempaun dibenarkan bersekedudukan. Akibat daripada itu, lahirnya anak luar
nikah dan boleh terjadi merebaknya penyakit berjangkit seperti AIDS dan lain-lain lagi.
Justeru, prinsip dalam tamadun Islam ini boleh digunakan pakai oleh masyarakat lain
untuk memelihara maruah dan keturunan mereka.

Di samping itu juga, prinsip tamadun Islam yang seterusnya ialah memelihara harta.
Ini bermakna, kita perlu menjaga harta kita daripada kerosakkan. Sekiranya kita
menjaganya dengan baik kita boleh mengelakkan pembaziran untuk membeli yang
baru. Setiap individu berhak mencari rezeki masing-masing serta berusaha untuk
mendapat, mengumpul dan menggunakan harta benda mereka secara bebas mengikut
kemampuan masing-masing selagi tidak melanggar norma masyarakat dan agama.
Untuk memelihara keselamatan harta benda yang menjadi hak milik halal bagi individu,
tamadun Islam mengharamkan sebarang bentuk pencurian daripada sekecil-kecil harta
seperti jarum hinggalah sebesar-besarnya. Harta atau kekayaan yang diperoleh dari
usaha sendiri dengan cara yang halal berhak dipelihara dan dipertahankan. Tiada
sesiapa berhak mengambil tanpa izin pemiliknya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T
dalam ayat surah Al-Maa’idah 5:38 terjemahannya, “Lelaki dan perempuan yang
mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai pembalasan daripada apa yang
mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah”. Bagi mereka yang memelihara
harta mereka akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah S.W.T. ini jelas menunjukkan
bahawa Islam sangat menitikberatkan umatnya menjaga harta mereka masing-masing.
5.0 Matlamat tamadun Islam

Matlamat tamadun Islam yang pertama ialah menjaga hubungan dengan Allah
S.W.T. dalam agama Islam, terdapat rukun Islam dan rukun iman yang setiap penganut
agama Islam patuhi dan ikuti. Bagaimana dikatakan menjaga hubungan dengan Allah?
Menjaga hubungan dengan Allah S.W.T ialah boleh dibuktikan dengan melakukan
ibadat yang telah ditetapkan dan meninggalkan larangan yang telah termaktub didalam
al-Quran. Hubungan ini boleh dipelihara jika kita tidak mengingkari suruhan dan
larangan Allah S.W.T. Hubungan ini merupakan hubungan yang melibatkan hubungan
hamba dengan Pencipta. Ibadat-ibadat yang boleh dilakukan antaranya ibadat umum
dan khusus. Dengan melakukan ibadat ini, kita dapat mendekatkan diri Pencipta dan
kita akan sentiasa berhati-hati dengan apa yang kita akan lakukan kerana kita
memepunyai Pencipta yang akan menghakimi setiap tindak-tanduk yang kita lakukan.
Oleh itu, hubungan ini merupakan hubungan yang paling tinggi dan mulia dalam
kehidupan manusia, mengatasi hubungan yang wujud antara manusia sesama manusia
atau makhluk lain. Dengan menjaga hubungan kita dengan Pencipta ini, kita dapat
hidup dengan aman dan harmoni kerana mendapat keberkatan dari-Nya.

Yang seterusnya ialah menjaga hubungan manusia dengan manusia. Manusia


diciptakan oleh Allah S.W.T dari satu keturunan iaitu nabi Adam a.s. kita di dunia ini
merupakan keluarga. Jadi kita perlu menjaga hubungan sesama kita kerana kita adalah
saudara yang datang dari satu jiwa. Justeru dalam perhubungan kita seharian perlulah
mengikut aturan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dalam menjamin agar tidak
timbul kezaliman, pergaduhan malah hubungan yang wujud dalam setiap kehidupan
sama ada yang bersifat peribadi mahupun kemasyarakatan berasaskan tolong
menolong dan hormat menghormati. Dalam konteks agama Islam terdapat sistem
kemasyarakatan. Ini menunjukkan bahawa, Islam mementingkan kemasyarakat dalam
menjamin kesejahteraan hidup di dunia ini. Sekiranya kita hidup dalam masyarakat dan
saling bantu-membantu dan hormat-menghormati, kita akan disenangi oleh masyarakat
dan kita mudah untuk meminta bantuan mereka sekiranya menghadapi masalah. Ini
adalah kerana masyarakat muslim adalah masyarakat yang terbentuk berdasarkan
konsep kesatuan ummah. Ini menjadikan masyarakat Islam sebuah masyarakat yang
berbentuk sejagat, tidak bersifat perkauman, tidak bersifat kebangsaan serta tidak
terbatas dalam lingkungan sempadan geografi dan politik. Semua kita adalah sama dan
mengapa kita perlu membangga diri dengan orang lain, kerana kita dari satu keturunan
yang sama. Janganlah hubungan dengan manusia lain agar hidup kita lebih selesa.

Bagi masyarakat muslim, hanya satu ukuran yang mendapat tempat di sisi Allah
S.W.T iaitu ketakwaan kepadaNya, di samping berbuat baik kepada sesama manusia.
Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13 bermaksud :

” Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku (puak)
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra anatara satu sama lain.
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di
antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
mengetahui lagi maha mendalam pengetahuanNya

Yang terakhir ialah menjaga hubungan dengan alam sekitar. Allah S.W.T telah
mencipta alam semesta ini untuk dinikmati oleh makhluk ciptaanNya. Manusia sebagai
khalifah Allah S.W.T di muka bumi ini telah dipertanggungjawabkan untuk memelihara
alam ini. Allah S.W.T telah memberikan panduanNya kepada manusia berhubung
dengan hubungan yang sepatutnya dengan alam. Firman Allah S.W.T dalam Surah al-
A’raf ayat 56 yang bermaksud :

”Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah Allah menyediakan segala


yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan
bimbang (kalau-kalau tidak diterima). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada
orang-orang yang berbuat kebajikan.”

Menurut Islam, manusia dan alam adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T namun
manusia diberikan taraf lebih tinggi berbanding dengan makhluk lain lantaran kelebihan
akal dan tanggungjawab sebagai khalifah.  Manusia perlu memelihara dan memulihara
alam sekitar mengikut peraturan-peraturan Allah S.W.T. Manusia yang mengusahakan
sesuatu yang boleh membawa kpd kesejahteraan di muka bumi melalui sumber alam
yang sedia ada dan tidak melakukan perkara yang merosakkan alam sekitar. Seperti
yang kita lihat sekarang, alam sekitar dibiarkan tercemar dan berlaku pemusnahan di
san sini. Di manakah tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Kita salah
menggunakan akal yang telah Allah S.W.T kurniakan kepada kita. Itulah yang dikatakan
manusia yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang tekah diberikan kepadanya.

Matlamat pembinaan tamadun Islam adalah untuk melahirkan manusia yang


mempunyai kepercayaan yang betul iaitu percaya kepada kekuasaan Allah S.W.T.
selain itu, matlamat tamadun Islam juga adalah untuk melahirkan manusia yang
mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistem sesuai dengan setiap tempat,
masa dan keadaan. Selain daripada itu, matlamatnya ialah melahirkan manusia yang
dapat bertanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Seterusnya adalah untuk
melahirkan manusia yang kenal dirinya dan arah tujuan.

Matlamat pembinaan tamadun Islam ini juga adalah selari dengan penurunan kitab-
kitab Allah dan pengutusan para rasulNya iaitu untuk melahirkan manusia yang
mentauhidkan dan mengabdikan Allah dalam seluruh kehidupannya, melaksanakan
tanggungjawab dengan sebaiknya serta mendapat keampunan dan keredhaan Allah
S.W.T.
6.0 Penutup

Tamadun Islam adalah tamadun yang didasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan
keagamaan. Sumber matlamat dan tujuan kehidupan manusia telah ditetapkan oleh
Allah. Al-Quran menjadi sumber dan pedoman kepada kegiatan hidup manusia.
Tanggungjawab manusia ialah sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi.
Tamadun Islam tidak terikat kepada bangsa tertentu, tempat dan tempoh tertentu
bahkan ia milik seluruh manusia yang berpegang kepada ajaran Islam. Perkembangan
tamadun Islam berpegang kepada konsep ummah dan tidak disandarkan kepada
sesuatu bangsa atau kawasan. Berbeza dengan tamadun lain seperti tamadun Cina,
tamadun India, tamadun mesophotamia, dan tamadun Parsi. Tamadun Islam sangat
mementing hubungan dengan Pencipta iaitu Allah S.W.T, hubungna manusia dengan
manusia serta hubungan manusia dengan alam sekitar. Hal ini kerana, ketiga-tiga
hubungan berkait rapat dengan kehidupan manusia itu sendiri. Kurangnya salah satu
dari hubungan ketiga-tiga ini maka tidak akan lengkap hidup. Mereka akan merasa
kekurangan.

Islam sentiasa meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan
yang dapat dicapai. Iaitu dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak
bercanggah dengan ajaran Allah. Realistik dari segi mengambil kira hubungan dengan
alam sejagat atas dasar bahawa alam merupakan suatu hakikat yang berlaku di dunia
nyata yang menunjukkan hakikat kewujudan Allah. Tamadun Islam mencakupi seluruh
aspek kehidupan manusia termasuk undang-undang, akidah, akhlak, hubungan dengan
Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan makhluk lain serta
hubungan antarabangsa. Tamadun Islam dapat menerima malah menggalakkan
penerusan unsur-unsur baik yang terdapat pada tamadun lain selagi tidak bertentangan
dengan syariat Islam. Keterbukaan Tamadun Islam membolehkan ia mudah diterima
oleh kebanyakan manusia.
1.0 Pengenalan

Tamadun ialah perkataan Arab yang berasal dari kata kerja ‘maddana’ yang bererti
membangunkan atau memodenkan sesuatu. Beberapa perkataan lain yang sama erti
dengan perkataan tamadun, ialah ‘Hadharah’ bererti peradaban, ‘Umran’ yang bererti
kemajuan, ‘Thaqafah’ pula bererti kebudayaan dan di dalam bahasa Inggeris disebut
‘civilization’.

Islam mula diperkenalkan kepada manusia pertama iaitu Adam a.s. Ia


merupakan pemberitahuan dan peraturan yang diwahyukan oleh Allah S.W.T.
Kemudian wahyu itu diperkuatkan dengan perlantikan rasul-rasul yang bermula dengan
Nabi Adam a.s dan berakhir dengan Nabi Muhammad s.a.w. Risalah Islam yang
diturunkan kepada rasul-rasul adalah sesuai dengan zaman, jumlah manusia dan
kebudayaan umat ketika itu. Islam diturunkan kepada manusia untuk membimbing
mereka ke jalan yang benar supaya mereka mencapai kesejahteraan hidup, dunia dan
akhirat.

Dalam perjalanan sejarah tamadun manusia yang panjang, ramai manusia yang
terus-menerus menentang serta membantah pengajaran-pengajaran Allah S.W.T yang
dibawa oleh utusan Allah S.W.T, lalu dengan kasih sayang dan belas kasihan Allah
S.W.T, Dia telah menurunkan kitab-kitab agar manusia dapat membaca, memahami
dan melaksanakan segala arahanNya. Tujuannya untuk menegakkan kepercayaan
Tauhid (kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa), menghindarkan mereka dari syirik
kepada Allah S.W.T, terpengaruh dengan hawa nafsu yang liar dan mengajar mereka
supaya mematuhi segala ajaran Allah S.W.T dan menjauhkan diri dari laranganNya.

Sejarah Islam telah menunjukkan bahawa keistimewaan yang terkandung dalam


Islam telah mampu membentuk satu tamadun yang mengangkat tinggi martabat
manusia, menuju kesejahteraan hidup, dunia dan akhirat. Tamadun Islam telah muncul
dan menempa kegemilangan yang tiada tolok bandingnya lantaran kesyumulan dan
kesepaduan Islam itu sendiri yang menjadi intipati kepada tamadun Islam. Akhirnya
tamadun Islam telah berjaya mendepani zaman dan menjadi rujukan kepada
pembinaan tamadun manusia sehinggalah ke hari ini.
KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

DEFINISI SUMBER

PRINSIP MATLAMAT

TAMADUN TAMADUN ISLAM

Rajah 1.0: Konsep asas tamadun.


Rajah 2.0: Definisi tamadun
KAMUS
keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf DEWAN
kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran(sosial, budaya, politik dll)
yang tinggi peradaban
J.K
FIEBLE
kepandaian dan mengeksploitasi material oleh masyarakat. MEN
ARNOLD
suatu sistem masyarakat yand dapat membantu manusia menambah hasil TOYNBEE
pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan
ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.
BARAT
pembangunan lahiriah seperti dalam aspek kebudayaan, penulisan undang-undang,
kesenian dan perbandaran
PROFES
OR
pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, agama, M.A.J
undang-undang dan politik. BEG
TAMADUN: dari perkataan bahasa arab 'tamaddun' bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan
tingkah laku
MADDANA: tamadun kata terbitan dari kata kerja maddana yang bererti pemilihan sesuatu lokasi
BAHASA
sebagai tempat tinggal serta membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran ARAB
MADINAH: lahir dari maddana yang bererti bandar.
MADANIYYAH: peradaban dan kemakmuran hidup yang merujuk kepada kemajuan kebendaan yang
dicapai oleh masyarakat.
DEFINISI TAMADUN
Rajah 2.1: Definisi tamadun Islam.
sesuatu yang lahir dan berkembang bersama- sama dengan
Hamzah
kehidupan manusia dan perkembangan-perkembangan yang
lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang merupakan niskala
(abstrak) mahupun yang berupa sekala (material).
Abu Bakar
Rasyid Redha
tamadun ditegakkan berasaskan kepercayaan agama.
Muhammad
pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan
asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah
pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus
dan mempunyai nilai-nilai seni.
Ibn Khaldun
satu keadaan kehidupan masyarakat yang telah Naquib Al-Attas
mencapai tahap kehalusan tatasusila dengan mempunyai
kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Prof. Syed
DEFINISI TAMADUN ISLAM
MEMELIHAR
A AGAMA

MEMELIHAR
MEMELIHARA
HARTA A NYAWA
DAN JIWA

PRINSIP-
PRINSIP

MEMELIHARA
MEMELIHARA
MARUAH DAN AKAL
KETURUNAN

Rajah 3.0: Prinsip-prinsip tamadun Islam.


AS- IJMA'
SUNNAH DAN QIAS

AL-QURAN ISTIHSAN

SUMBER

Rajah 4.0: Sumber-sumber tamadun Islam.


Hubungan
manusia
Hubungan dengan
manusia Allah S.W.T
dengan
manusia

Hubungan
manusia
dengan
alam sekitar

MATLAMAT
Rajah 5.0: Matlamat tamadun Islam.
REFLEKSI

Melalui tugasan ini, selepas pensyarah menyerahkan tugasan, saya mencari maklumat
untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga berbincang bersama rakan sekelas untuk menyiapkan
tugasan yang diberikan. Pelbagai pendapat yang diutarakan dalam menyiapkan tugasan ini.
Saya mencuba sebaik mungkin untuk menyiapkan tugasan ini.

Apabila tugasan ini selesai, apa yang dapat saya katakan ialah banyak ilmu mengenai
tamadun Islam. Melalui tugasan ini saya perlu mencari mengenai konsep asas tamadun Islam.
Dalam konsep asas tamadun Islam ini mempunyai beberapa tajuk kecil yang lain. Pembahagian
yang pertama ialah melalui definisi. Setelah mencari bahan mengenai definisi tamadun Islam,
apa yang saya perolehi ialah pelbagai pendapat dari tokoh-tokoh ternama dalam mengemukan
pendapat mereka mengenai definisi tamadun.

Seterusnya pula mengenai sumber-sumber taamdun Islam. Jelas menunjukkan bahawa


sumber-sumber utama tamadun Islam ialah al-Quran dan sunnah. Setelah menyiapkan
bahagian ini, saya lebih memahami mengenai sumber tamadun Islam. Selain itu terdapat juga
bahagian ciri-ciri serta prinsip-prinsip tamadun Islam. Dalam bahagian ini mengajar saya untuk
lebih menghargai adanya tamadun Islam.

Akhir sekali, saya dapat juga menyiapkan tugasan ini tanpa sebarang masalah yang
terlalu berat. Kerjasama antara rakan-rakan juga banyak membantu saya menyiapkan tugasan
ini. Selain itu, pensyarah pembimbing juga telah banyak memberi panduan kepada saya. Beliau
telah memberi garis panduan apa yang perlu ada dalam tugasan kami, jadi hal ini telah
memudahkan saya dan rakan sekelas yang lain mencari bahan.
BIBLIOGRAFI

BUKU

Ab. Alim Abdul Rahim dan Syed Idrus Syed Mohamad (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur.
Penerbit Fajar Bakti.

Mustafa Hj. Daud. (1990). Pengantar Masyarakat Islam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mustafa Haji Daud (1993). Tamadun Islam. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors.

Sivachandralingam Sundara Raja Ayadurai Letchumani. (1993). Siri Sejarah Fajar Bakti. Selangor.
Fajar Bakti Sdn Bhd.

W. Abdullah Hj. W. Mahmood (1997). Tamadun Islam dan Tamadun Alam Melayu serta
Sumbangannya kepada Dunia. Shah Alam. Pusat Pendidikan Islam ITM.

INTERNET

http://tamanilmu.com/downloads/RB_Pengajian_Tamandun_Islam_2.pdf. Dilayari pada 2 Mac


2010.

http://www.slideshare.net/wanbk/51-definisi-tamadun-islam. Dilayari pada 2 Mac 2010.

You might also like