You are on page 1of 10

Peranan Individu dan Masyarakat

Merupakan peranan yang dimainkan oleh seseorang individu sendiri dan pihak lain
yang mengambil berat terhadap kebajikan remaja tersebut bagi membantu mencegah
penagihan dadah dan seterusnya meningkatkan imej remaja tersebut.

Peranan individu boleh dibahagikan kepada peranan:

 Individu itu sendiri (remaja)


 Keluarga
 Rakan sebaya

Peranan masyarakat pula dibahagikan kepada peranan:

 Pihak sekolah
 Kerajaan dan badan pertubuhan seperti NGO
 Media massa
 Komuniti seperti Rukun Tetangga, jiran-jiran perumahan dah pasukan RELA
serta pengawal keselamatan

Tanpa peranan daripada individu yang lain dan masyarakat yang berbagai-bagai,
penagihan dadah lazimnya berlaku di kalangan remaja yang mempunyai sikap yang
negatif terhadap kehidupan mereka tidak dapat dicegah ataupun dihentikan dengan
berkesan.
Peranan individu

A. Peranan individu itu sendiri

Individu tersebut juga memainkan peranan penting dalam mencegah penagihan


dadah yang semakin teruk.

Hal ini kerana pihak ataupun orang lain yang memberi nasihat kepada individu
tersebut tidak boleh memaksa individu tersebut untuk berubah JIKA individu
tersebut tidak mempunyai azam yang kuat untuk mengubah dirinya untuk menjadi
seseorang yang lebih baik.

Bagi membantu mencegah penagihan dadah, individu itu harus:

 Mempunyai azam yang kuat dengan menanamkan sikap dan pendirian yang
tegas untuk mengatakan “TIDAK” kepada dadah. Ini boleh dilakukan dengan
mengatakan “Saya tidak mahu ambil dadah sebab ia memudaratkan
kesihatan dan saya juga boleh mati kerana kesihatan saya terjejas”
 Hal ini kerana individu boleh berasa yakin terhadap dirinya dan tidak akan
terjebak dalam gejala sosial seperti penagihan dadah.

Kesan-kesan:

 Individu itu merasakan bahawa integritinya akan merosot apabila dia mula
menagih dadah.
 Lebih bermotivasi untuk melakukan aktiviti yang lebih berfaedah daripada
menagih dadah.
 Individu tersebut akan sentiasa ceria dan bersemangat.
 Dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dinanjurkan oleh kerajaan,
khususnya badan NGO, beliau akan dapat mengetahui dengan lebih lanjut lagi
tentang kesan merbahaya dadah kepada fizikal, mental dan rohani.
B. Keluarga

Keluarga memainkan peranan penting dalam membantu untuk mencegah masalah


penagihan dadah. Hal ini kerana keluarga merupakan aset utama dalam aspek
pembentukan sikap anak-anak untuk melahirkan masyarakat serta bangsa dan
negara untuk menjadi model insan yang berguna kepada masyarakat.

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk membimbing anak-anak dari segi
pendidikan moral dan keagamaan yang dapat membentuk sikap dan keperibadian
anak-anak agar dapat menjadi lebih berdisiplin kelak. Jika individu tersebut
mempunyai keluarga yang aman dan harmoni, akhlaknya juga adalah mulia.

Bagi membantu mencegah penagihan dadah, keluarga haruslah:

 Mengambil berat dan meluangkan masa dengan anak-anak untuk memahami


sikap anak-anak mereka.
 Memberi sokongan emosi dan perhatikan gerak geri dan cuba mengenali
masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Contohnya masalah sekolah dan
lain-lain.
 Beriadah dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama pada
waktu lapang, seperti menonton wayang bersama-sama dan bersukan.
 Menegur dan memberi nasihat dengan lembut jika anak-anak membuat
perkara yang salah, dan tidak meninggikan suara kerana anak-anak akan
menjadi lebih sensitif dan mudah memberontak.

Kesan-kesan terhadap individu:

 Meluahkan masalah yang dihadapi dan dapat diselesaikan bersama-sama


dengan ibubapa melalui perbincangan dan dapat mengambil pertimbangan
yang wajar.
 Tidak akan berasa sunyi dengan kehadiran ibu bapa yang memahami dan
penyayang.
 Berasa lebih yakin terhadap ibu bapa dan tidak teragak-agak untuk
meluahkan masalahnya kepada mereka.
 Wujudnya keluarga yang harmoni dan saling memahami.
C. Rakan Sebaya

Rakan sebaya memainkan peranan penting kerana mereka boleh mempengaruhi


tingkah laku dan proses interaksi sosial remaja pada peringkat ini. Pada peringkat
remaja, individu akan mengalami kekeliruan dan sedang mencari identiti sebenar
dan ingin mencuba sesuatu yang baru baginya. Ini boleh menyebabkan dia mudah
dipengaruhi kelakuan rakan sebaya.

Remaja cuba menghayati norma, nilai dan segala larangan rakan sebaya supaya
dapat disanjungi oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang berada dalam
“kumpulannya”.

Setiap penerimaan dari setiap individu adalah berbeza. Ada yang dapat menerima
perubahan dengan terbuka, tetapi ada yang sebaliknya. Hal ini mengakibatkan
stress, kurang tumpuan, tidak berminat dengan pelajaran, mengasingkan diri,
memberontak, dan mengambil jalan yang singkat untuk menyelesaikan masalah,
iaitu dengan mengambil dadah.

Contohnya, keadaan keluarga yang porak peranda dan cerai berai akan
mengakibatkan individu tersebut mempunyai tekanan emosi sehingga sanggup
terjebak dalam penagihan dadah. Hal ini kerana kurang perhatian daripada ahli
keluarga. Akibat daripada itu, remaja merasakan rakan sebaya adalah orang yang
paling rapat dengan mereka, sekaligus mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh
rakan.

Peranan rakan sebaya:

 Peka terhadap perubahan yang berlaku dalam diri individu tersebut dan cuba
bercakap tentang masalah yang dihadapinya.
 Merujuk kepada kaunselor jika masalah tersebut adalah masalah yang besar,
seperti masalah keluarga.
 Menolong individu tersebut sekiranya dia menghadapi masalah yang ringan
seperti masalah pembelajaran.
 Sentiasa merancang masa untuk mengadakan aktiviti yang berfaedah
bersama-sama, contohnya seperti bersukan, group studying, dan outing
bersama-sama agar tidak terjebak dalam penyalahgunaan dadah.

Hal ini kerana individu yang sihat dari segi mental dan fizikal dapat melahirkan
remaja yang bebas dari dadah sekaligus menjadi contoh rakan sebaya yang baik.
Peranan Masyarakat

A. Media massa

Media memainkan peranan yang banyak bagi mempengaruhi orang ramai tentang
bahayanya dadah kepada individu dan masyarakat. Antara peranannya ialah:

 Memperbanyakkan iklan tentang bahayanya dadah.


 Menerbitkan dengan lebih banyak tentang bahayanya dadah dan
kandungannya melalui suratkhabar, majalah dan buku-buku ilmiah.
 Menubuhkan lebih banyak laman web tentang dadah, akta dadah, kesan
dadah terhadap individu dan hukuman.
 Siarkan banyak tentang kempen anti-dadah yang dianjurkan oleh kerajaan
dah badan-badan pertubuhan lain.
 Kurangkan filem dan cerita-cerita yang berunsurkan penyalahgunaan dadah.
 Selebriti boleh melibatkan diri dalam menyiarkan iklan bahayanya dadah,
contohnya iklan di radio ataupun televisyen.
 Adakan slot bagi rancangan-rancangan temu ramah dan forum seperti
“Wanita Hari Ini” dan “Melodi” untuk penagih dadah yang sudah berhenti dan
keluar dari pusat pemulihan.
 Video-video animasi yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah dan
kesannya untuk menarik perhatian kanak-kanak kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya.
 Sering siarkan lagu yang berkaitan anti-dadah kerana sesetengah remaja
terpengaruh dengan lagu.
 Menapiskan cerita di internet tentang penggunaan dadah dalam masyarakat.

Kesan baik:

 Masyarakat sedar tentang bahayanya dadah dan mendidik anak-anak yang


kecil supaya tidak terjebak dalam gejala penyalahgunaan dadah.
 Remaja akan sedar tentang kesan-kesan buruk dadah dan mula melakukan
kegiatan lain yang berfaedah.
 Keluarga akan menjadi lebih aman dan harmoni.
B. Komuniti
i) Rukun tetangga

Merupakan satu pertubuhan yang diwujudkan dalam suatu organisasi masyarakat di


sesebuah kawasan perumahan. Contohnya kampung atau kawasan perumahan
bandar.

Antara peranan rukun tetangga adalah:

 Menjaga kebajikan dan keselamatan kampung atau kawasan perumahan


bandar. Contohya dengan menubuhkan ahli Jawatankuasa kebajikan,
keselamatan dan keceriaan kampung.
 AJKKK ini boleh mengadakan rondaan pada setiap malam dan hari untuk
mengelakkan penagih-penagih dadah berkeliaran di kawasan perumahan
tersebut agar tidak mengancam keselamatan dan keamanan penduduk.
 Penagih-penagih dadah biasanya akan memilih kawasan sunyi dan terpencil
agar tidak diketahui oleh penduduk setempat. Maka, AJKKK ini harus
meronda dengan lebih kerap di kawasan tersebut.
 Hal ini boleh mengurangkan jumlah penagih terutamanya remaja dalam
gejala penagihan dadah.

ii) Jiran

Merujuk kepada organisasi individu yang tinggal berdekatan dengan antara satu
sama lain.

Antara peranan jiran ialah:

 Boleh memberitahu ataupun melaporkan kepada pihak berkuasa seperti polis


atau AJKKK berkenaan dengan gejala penagihan dadah. Contohnya jika ada
jiran yang ternampak sekumpulan penagih berkeliaran atau berpusat di
sekitar rumah, jiran boleh melaporkan kepada pihak berkenaan.
 Menolong mengawasi rumah sesama sendiri terutamanya apabila musim
perayaan dan jiran sebelah pulang ke kampung masing-masing.
 Menelefon polis segera sekiranya ternampak penagih dadah yang cuba
memecah masuk rumah jiran atau rumah sendiri.
iii) Anggota pengawal dan Pasukan RELA

Merujuk kepada anggota atau pasukan yang berkhidmat secara rela untuk menjaga
ketenteraman awam.

Peranan:

 Membuat rondaan di kawasan yang disyaki terdapat banyak penagih dadah.


Contohnya, di lorong-lorong kecil.
 Anggota RELA boleh meronda-ronda dan memantau tempat-tempat yang
menjadi port untuk penagih dadah dan memberkas mereka yang berada di
sana.
 Melakukan rondaan kejutan sekali sebulan untuk mengenal pasti dan
menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk hukuman seterusnya.

Kesan positif:

 Taman perumahan akan menjadi lebih tenteram dan damai kerana kurangnya
penagih dadah dan tidak hidup dalam ketakutan akibat ugutan penagih dadah.
 Secara tidak langsung hubungan silaturahim juga dapat dieratkan dengan aktiviti
intensif seperti mesyuarat untuk melantik AJKKK dan rondaan bersama-sama
dengan mendapat kerjasama daripada pihak RELA dan pengawal keselamatan.
 Melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan tidak terjebak dalam penagihan
dadah secara berleluasa.
Peranan kerajaan

Kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam membantu mencegah


penagihan dadah ini dari berleluasa. Ini kerana, sekiranya terdapat ramai penagih
dadah di negara kita, kerajaanlah yang akan dipersalahkan serta merta kerana tidak
mengambil tindakan langsung. Antara tindakan- tindakan yang patut diambil /
dilaksanakan oleh pihak kerajaan adalah seperti berikut :

 Mengetatkan lagi undang- undang


- Dengan ini, jumlah penagih dadah mahupun pengedar dadah akan
berkurangan kerana undang – undang telah diperketatkan lagi. Contohnya :
sesiapa yang didapati bersalah mengedar dadah akan dibuang negeri.

 Mengadakan kempen- kempen kesedaran


- Kempen ini harus diadakan di setiap negeri kerana setiap negeri pastinya ada
penagih dadah. Aktiviti yang cukup menarik mesti dianjurkan semasa kempen
ini untuk menarik minat perhatian orang ramai untuk mengunjunginya.
Contohnya, ceramah, pertandingan melukis, menjual baju anti dadah dan
sebagainya. Kempen ini serba sedikit akan menyedarkan orang ramai
bahawa bahayanya dadah.

 Membina pusat pemulihan akhlak / pusat serenti


- Ini adalah khas untuk orang yang telah ditangkap menagih dadah. Di sini,
mereka akan bertemu dengan orang sejenis seperti mereka sendiri. Tempoh
mereka berada di sini adalah mengikut tatasusila hakim. Pelbagai jenis aktiviti
yang akan dilakukan oleh mereka semasa berada di sini untuk menginsafkan
mereka dan membawa mereka semula ke jalan yang betul. Apabila mereka
sudah keluar dari sini, berkemungkinan besar mereka tidak akan mengulangi
perbuatan tersebut lagi tetapi segelintir sahaja yang akan mengulanginya
kerana tiada keinsafan dalam diri mereka.

 Mengadakan program yang berfaedah


- Program ini wajar dilakukan untuk pelajar- pelajar lepasan SPM supaya
mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah dan tidak
membuang masa begitu sahaja. Contoh, program latihan khidmat negara
(PLKN) yang diadakan selama 3 bulan.

 Pihak kerajaan bekerjasama dengan pihak polis untuk membanteras gejala ini.
Pihak polis harus kerap melakukan tinjaun dan rondaan di tempat yang
berisiko tinggi untuk menjadi sarang penagihan dadah. Contoh, rumah usang,
tapak pembinaan terbiar, lorong-lorong gelap dan sebagainya.

Peranan Non- Government Organization (NGO)

Selain itu, NGO juga harus membantu dalam memainkan peranan untuk mencegah
penagihan dadah. Tidak semestinya pihak kerajaan sahaja yang bertanggunjawab
dalam hal ini. Antara program- program yang NGO boleh lakukan adalah seperti :

 Mengadakan kempan anti dadah


- Menjemput penceramah memberi ceramah tentang bahaya dadah. Ini akan
dapat menyedarkan orang ramai bahawa dadah dapat memberi kesan yang
buruk terhadap seseorang, masyarakat mahupun negara.

 Mengadakan kem-kem motivasi


- NGO juga boleh menganjurkan kem- kem motivasi untuk para remaja
semasa cuti sekolah. Dengan ini, remaja dapat mengisi masa yang terluang
dengan berfaedah. Ini akan dapat membantu golongan remaja dari
melakukan sesuatu yang tidak berfaedah seperti menagih dadah dan
mengedar dadah.
Peranan sekolah

Menerapkan nilai- nilai murni melalui pembelajaran mata pelajaran seperti


Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral. Hal ini kerana,
pendedahan awal boleh memupuk sikap dan nilai yang mulia dalam setiap diri
individu di mana individu akan dapat membezakan perkara yang buruk atau baik.
Dengan adanya sahsiah dan lahiriah yang tinggi dalam jiwa setiap individu.
Perbuatan seperti menagih dadah ini akan dapat dielakkan dan dicegah dengan
adanya kerjasama dari semua pihak. Selain itu, pihak sekolah juga boleh
menganjurkan pelbagai aktiviti untuk memberi kesedaran kepada pelajarnya.
Contohnya, mengadakan ceramah, pertandingan melukis poster anti dadah, pidato
dan sebagainya. Pihak sekolah juga boleh menjemput pihak polis datang untuk
mengadakan kempen bahayanya dadah .

You might also like