You are on page 1of 14

SOALAN 1-1

Kehidupan
Pengurusan adalah sebahagian daripada sistem kehidupan dan bermasyarakat. Dari fakta ini
maka lahirlah hubungan manusia sesama manusia dan perhubungan tersebut perlulah diibangi
dengan hubungan antara manusia dengan Allah dan alam. Perhubungan sesama manusia

hendaklah dilakukan atas peraturan Allah, kerana tuhanlah yang menentukan matlamat hidup
manusia. Alam diciptakan oleh Allah adalah untuk kesempurnaan manusia. Justeru itu,

setiap isi alam adalah untuk manusia dan manusia boleh mengeksploitasikan alam tetapi
hendaklah berdasarkan peraturan yang ditentukan oleh Allah. Sekiranya kesedaran ini

wujud, maka setiap gerak laku manusia itu akan dikurniakan pahala ibadah oleh Allah.

Ibadah adalah nilai dan orientasi kehidupan Islam. Islam bererti penyembahan dan segala
aktiviti, inovasi dan kreativiti manusia adalah pernyataan penyembahan kepada Allah.

Pengurusan adalah disiplin yang mencorakkan kerjasama dan sekali gus perhubungan sesama
manusia, dan suasana ini akhirnya melahirkan pembentukan organisasi yang bermotivasi yang
bertujuan untuk memenuhi keperluan bersama dalam proses yang dalam masa yang sama
menepati kehendak ibadah kepada Allah. Oleh yang demikian, nilai bersama yang ditekankan
ialahtauhid, satu dimensi yang berjaya menyatukan pelbagai jenis manusia ke arah kesatuan

yang harmoni. Sesuatu tugas adalah bermula dari individu. Individu akan membentuk keluarga
dan masyarakat. Oleh yang demikian, penafian terhadap keterlibatan individu dan masyarakat

dalam konteks pengurusan hanya akan menyulitkan suasana dan persekitaran pengurusan.
Dengan menjadikan pengurusan sebagai sebahagian daripada kehidupan, maka

manusia akan melihat ia sebagai sesuatu yang penting dalam hidup dan miliknya sendiri. Dari
sinilah lahirnya motivasi yang sesuai dengan fitrah manusia dan akan berkekalan

selama adanya hayat manusia.

kerjaya
Pengurusan diperlukan di dalam semua organisasi, tidak kira sama ada organisasi itu kecil atau
besar, swasta atau badan kerajaan. Fungsi pengurusan bukan saja merupakan tanggungjawab
seorang pengurus besar atau pengarah tetapi juga tanggungjawab penyelia atau ketua
bahagian yang berada di dalam organisasi.

Kita pernah mendengar kata-kata seperti: "Masalah yang timbul itu adalah dari pihak
pengurusan... ". Pernyataan seperti ini dimaksudkan kepada mereka yang menduduki tingkat
atas di dalam organisasi, padahal kelemahan dan masalah yang timbul itu berpunca dari semua
pihak pada peringkat pengurusan. Dalam konteks pengurusan, pengurus dimaksudkan kepada
mereka yang bertanggungjawab terhadap pekerjaan orang lain pada semua peringkat.
Setiap pengurus mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu, antaranya:

1. Pengurus ialah penyelaras dan pengarah di dalam organisasi yang mengawasi aliran kerja
serta menyatupadukan semua unsur organisasi. Mereka mempunyai kuasa yang diberikan
untuk mengarah orang lain yang berada di bawah tanggungjawabnya.

2. Pengurus bertanggungjawab menggunakan segala sumber dengan efisien untuk mencapai


matlamat yang telah ditetapkan.

3. Pengurus juga tidak boleh lari daripada bertanggungjawab ke atas kegagalan dan kejayaan
orang di bawah jagaannya. Kegagalan dan kejayaan itu mencerminkan prestasi pengurus
berkenaan.

4. Pengurus mengimbangkan matlamat dan menetapkan prioriti seperti menjalankan kerja yang
penting dahulu atau dengan serta-merta.

5. Pengurus mewujudkan matlamat, perancangan, dasar, dan mengimple-mentasikan strategi.

Aktiviti pengurusan berbeza mengikut tingkatan di dalam organisasi. Misalnya, pengurus atasan
menggunakan kebanyakan masa mereka di dalam perancangan jangka panjang, perhubungan
awam, membuat dasar serta menganalisis perkara-perkara yang berlaku di persekitaran luaran.
Pengurus pertengahan atau penyelia sebaliknya memainkan peranan yang lebih di dalam
penyelarasan dan pengawalan kerja pada peringkat operasi. Satu kenyataan yang harus kita
terima ialah pengurus lebih berhadapan dengan faktor-faktor yang tidak dapat dikawal daripada
faktor-faktor yang boleh dikawal. Misalnya, sumber selalunya terhad, kuasa yang diberikan
terbatas, pihak atasan mengharapkan sesuatu yang mesti dicapai dan permintaan orang
bawahan memerlukan pertimbangan. Oleh yang demikian, untuk membolehkan sesuatu
perkara itu dilaksanakan, pengurus memerlukan kepakaran, keyakinan, dan mempunyai
kesabaran.

PENGURUS SEBAGAI PENGHUBUNG DI DALAM ORGANISASI


Pengurus yang berada di dalam tingkat pengurusan, sama ada pada peringkat penyeliaan atau
sehingga ke peringkat atasan, memainkan peranan sebagai penghubung antara tingkat
pengurusan (Rensis Likert, 1961). Menerusi pengurus bahagian (fungsi) yang mewakili
bahagian masing-masing, perbincangan, perundingan, dan penyelarasan berhubung dengan
tugas, dan tanggungjawab dapat diadakan. Sebarang maklumat dari peringkat bawahan dapat
disalurkan ke peringkat atasan menerusi pengurus bahagian. Begitu juga perhubungan dan
penyelarasan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain tentang sesuatu perkara dapat
dibuat dan diselaraskan pada peringkat pengurus bahagia

Masyarakat
Masyarakat dan negara terus wujud dan dapat mencapai kemajuan dengan adanya pengurus
yang cekap memimpin organisasi.Pengurus yang efektif mungkin menjadi sumber utama
kepada negara-negara maju dan menjadi sumber yang paling dikehendaki oleh negara-negara
yang sedang membangun.Oleh Itu,masyarakat dalam era ekonomi global amat memerlukan
pengurus yang beretika,cekap dan berkesan.Pengurus dan pengurusan berusaha
menggalakkan aktiviti individu yang membawa kepada pencapaian matlamat organisasi.

SOALAN 1-2
Thomson (1990) berpendapat perancangan strategik sebagai satu cara pengurusan bagi
menjamin kesinambungan tujuan sesuatu organisasi tercapai. Model yang dikemukakan
berasaskan tiga tema penting seperti analisis, membuat pilihan, dan perlaksanaan (Thomson,
1990). Tiga tema ini akan mengakibatkan seorang pengurus berhadapan secara langsung
dengan proses pengurusan pada peringkat perancangan yang asas di dalam organisasinya.

Pengurusan secara ini melibatkan pengurus mengambil peranan langsung sebagai seorang
yang mampu menjangkau ke arah masa hadapan serta mampu memain peranan sebagai
seorang futuristik. Aspek yang dipentingkan oleh pihak pengurusan adalah proses yang paling
baik bagi mengeluarkan produk yang hendak dihasilkan. Pengurusan strategik juga
mengabungkan keupayaan bagi menentukan kepentingan pelbagai pihak yang mempunyai
kepentingan di dalam organisasi yang sedang diurus. Di samping itu, pengurus sedia menerima
bahawa perubahan memang perlu dan mesti berani menghadapi perubahan tersebut.
Sehubungan ini, pihak pengurusan sentiasa bersedia, menyesuaikan keadaan serta mampu
menggunakan intuisi dalaman sanubarinya bagi menangani keadaan tidak menentu yang
muktakhir.

Di Malaysia, pendekatan pembangunan ekonominya juga berubah. Pada masa selepas perang
sehingga perancangan dan pelaksanaan dasar ekonomi baru (DEB) pada 1970, strategi
tradisional dilaksanakan walaupun pembangunan perindustrian diberi perhatian juga menjelang
tahun 1970. Bidang pertanian keperluan asas kurang diganggu struktur dan institusinya, malah
pembangunan tanah dalam sektor itu tidak sehebat sebelum Perang Dunia Kedua. Peruntukan
perbelanjaan bagi bidang pertanian dalam Rancangan Malaya 1 dan 2 masing-masing pada
jumlah kurang dari lima peratus. Rancangan Malaya Pertama/Am (1956-60) lebih bermatlamat
untuk menjaga kepentingan-kepentingan ekonomi Inggeris - iatiu seperti meninggikan mutu
getah, mempermodenkan industri perlombongan, menentukan dasar penggunaan dan
pembukaan tanah yang baik dan mengembangkan perkhidmatan sosial (terutamanya
kemudahan infrastruktur)i[v]. RM1 dianggap sebagai berorientasi sektor bandar dan kurang
program pembangunan pertanian yang tertentu, sebaliknya sekadar “patching styles” dengan
pendekatan infrastruktural tanpa pembaharuan institusional. RM2 masih menggunakan
pendekatan yang sama walaupun kesedaran mula wujud untuk menangani masalah lokal
dengan tujuan-tujuan seperti mempelbagaikan ekonomi dan pertanian supaya tidak terlalu
bergantung kepada getah dan bijih timah serta mempergiatkan perusahaan tempatan yang
berguna untuk menyelesaikan masalah penggangguran yang semakin ketara. Perhatian juga
mula diberikan dengan lebih serius kepada usaha meningkatkan pengeluaran bahan-bahan
makanan, terutamanya beras kerana Malaya ketika itu hanya mampu mengeluarkan sepertiga
sahaja daripada keperluan beras penduduknya. Kesan daripada usaha ini yang dapat dilihat
dalam pengenalan benih padi yang lebih baik, bantuan baja dan jaminan terhadap sistem harga
minima, membantu meningkatkan pengeluaran dari 182,000 gantang pada 1951/2 kepada
560,000 gantang pada 1969/70.ii[vi] Peningkatan ini dapat dilakukan kerana usaha memajukan
sektor pertanian makanan berterusan dalam Rancangan Malaysia 1 (1965-1971). Walau
bagaimanapun berbanding dengan usaha membuka dan membentuk kawasan pertanian
komersil, khususnya tanaman kelapa sawit lebih utama. Federal Land Development Authority
(FELDA) yang diasaskan sejak 1956 sudah berpengalaman untuk melaksanakan projek-projek
besar pembukaan tanah untuk tanaman komersil. iii[vii] Manakala tumpuan kepada sektor bandar
tidak diabaikan dengan matlamat meluaskan perusahaan pembuatan dengan memberi
keistimewaan-keistimewaan kepada perusahaan perintis. Keseluruhan perancangan ini diberi
peruntukan yang besar ($4,242,4 juta) memandangkan kedudukan kewangan ketika itu yang
sedang tertekan oleh kejatuhan harga pasaran barang-barang eksport utama Malaysia.
Perbelanjaan tinggi ini terpaksa dilakukan kerana gejala-gejala perkauman yang berasas
kepada cemburu ekonomi puak sedang meningkat dan terjelma dalam Hartal 1967 serta
kemudiannya dengan Peristiwa 13 Mei 1969. Keadaan ini digelapkan lagi dengan tahap
kemiskinan yang masih tinggi di luar bandar dan peningkatan pengangguran. Langkah seperti
Perancangan Keluarga dan pemberian latihan kemahiran diadakan bagi mewujudkan taraf
kehidupan dan pekerjaan yang selesa. Usaha lain ialah membina industri luar bandar yang
sebenarnya telah dimulakan dengan pembentukan RIDA (awal 1950an), tetapi kini
dipertingkatkan dengan strategi dan keupayaan baru. Langkah ini diberi perhatian serius kerana
kemiskinan di luar bandar masih tinggi. Pada tahun 1970, tahap kemisikinan di sektor luar
bandar berada pada kadar 58.7% dan golongan yang terbanyak berada dalam paras
kemiskinan ini ialah pesawah (88.1%) berbanding dengan nelayan (73.2%), penanam getah
(64.7%) dan penanam kelapa (52.8%).

Rancangan Malaysia Kedua (1971-75) memperlihatkan peruntukan yang lebih besar, iaitu
$14,350 juta dengan matlamat menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara
sektor/kaum. Dasar Rancangan disifatkan sebagai serampang dua mata, iaitu pertama bagi
membasmi kemiskinan dan kedua mewujudkan perpaduan nasional yang berkecai dengan
Peristiwa 13 Mei 1969. Beberapa strategi baru mula diterapkan tetapi kaedah pelaksanaan
tidak banyak berubah kerana dihalang oleh kelemahan kemahiran dan kekurangan jentera
pelaksana. Pada tempoh ini usaha bersungguh untuk membawa taraf ekonomi luar bandar dan
orang Melayu ke tahap yang lebih selesa dilaksanakan. Pelbagai agensi dibentuk dan
digerakkan seperti MARA, FAMA, Bank Pertanian, FELDA, FELCRA, MADA, KADA, FOA
(Faermer’s Organization Authority) dan lain-lainnya bagi tujuan tersebut. Malah strategi
pembangunan bersepdu luar bandar (IRD) dengan pembentukan KESEDAR, KETENGAH,
DARA dan KEJORA, dan kawasan pertanan khususnya kawasan penanaman padi (IADP)
seperti MADA I, MADA II, KADA I, KADA II, serta kawasan-kawasan penanaman di Besut,
Barat Laut Selangor,Krian-Sungai Manik, Kemasin-Semarak, Trans-Perak dan Balik Pulau-
Seberang Perai. Bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua dan diteruskan oleh tiga RM lain,
maka diharapkan kadar kemiskinan luar bandar akan turun ke angka 21.6% dan kadar
penyertaan bumiputra dalam sektor bandar mencapai angka 30%.iv[viii] Nyata bahawa
Rancangan Malaysia Kedua bukan sahaja memberi tumpuan kepada sektor luar bandar, malah
pembangunan pertanian padi turut diberi perhatian berat oleh kerajaan.

Pembangunan Oleh Tun Abdul Razak


 

Kesediaan kerajaan memberi perhatian kepada sektor luar bandar dan sektor pertanian bukan
sahaja kerana tuntutan keadaan dan kebiasaan yang berlaku bagi negara-negara pertanian
yang baru merdeka, tetapi berkait rapat juga dengan kepimpinan ketika itu. Tun Abdul Razak
yang menjadi Perdana Menteri pada 1970, dan selaku Timbalan Perdana Menteri sebelum itu
adalah orang yang sangat rapat dalam usaha pembangunan terutamanya pembangunan luar
bandar. Berketurunan Bugis-Kampar, beliau mendapat pendidikan di MCKK dan kemudiannya
di London memulakan kerjayanya sebagai pegawai tadbir yang mula aktif dalam UMNO awal
1950an.v[ix] Walaupun berasal dari keluarga bangsawan tetapi mengharungi hidup seperti orang
kampung biasa menyebabkan mudah baginya memahami persoalan keperitan hidup golongan
yang tertinggal dalam perlumbaan ekonomi. Beliau dikatakan tertarik dengan perjuangan
golongan liberal dan tertarik dengan idea Fabian sewaktu belajar di London. Unsur-unsur ini
telah memberi tekad kepada beliau untuk menangani masalah kemiskinan luar bandar yang
pernah dilalui dan terus ditatapinya sehingga ke akhir hayatnya pada 1976 ketika menjadi
Perdana Menteri. Sebagai Pengarah Pembangunan Luar Bandar sebelum menjadi Perdana
Menteri beliau telah menggunakan sepenuhnya kaedah bilik operasi menentang Komunis ke
dalam usaha pembangunan luar bandarnya dan seperti sebilangan para pemimpin negara lain
yang menyerang masalah kemiskinan dengan buku panduan matlamat, gerakan dan
pelaksanaan, beliau mengeluarkan Buku Merah atau RED (Rural Economic Development)
Book. Bersama dengan kesemua Rancangan Malaya dan Malaysia yang terbentuk sejak 1956
hingga 1976, Tun Abdul Razak berjuang membangunkan ekonomi Malaysia - wajarlah disebut
sebagai Bapa Pembangunan - dengan mengutamakan sektor luar bandar dan pertanian
dengan tidak mengabaikan perhatian kepada masalah pertanian padi.vi[x]

Tumpuan Tun Abdul Razak membangunkan sektor luar bandar adalah usaha untuk mengikis
struktur ekonomi yang dibentuk oleh penjajah. Pendekatannya adalah melalui pembangunan
dan konsolidasi kekayaan sumber dalaman dan perimbangan perkongsian adalah melalui
urbanisasi dan peningkatan usaha komersil ke luar bandar. Bantuan daripada Bank Dunia dan
ADB serta cadangan-cadangan pembangunan yang diajukan kepada Malaysia ketika itu adalah
ke arah pendekatan yang digunakan ketika itu. Usaha beliau merekonstuk semula senario
ekonomi dengan mewujudkan bandar-bandar baru yang diisi dan diaktifan oleh orang Melayu.
Kawasan-kawasan pembangunan tanah seperti JENGKA dan lain-lain diharapkan akan menjadi
kawasan urban baru yang dipenuhi oleh orang Melayu. Beliau berpendirian bahawa adalah
tidak wajar dan akan mencetuskan ketidaksenangan hati orang bukan Melayu di sektor bandar
yang sedia ada jika diaturkan supaya sebilangan orang Melayu ke dalamnya. Berdasarkan
tindakan dan pendirian Tun Abdul Razak ini maka adalah kurang tepat untuk mengatakan
bahawa beliau sepenuhnya bertindak mengikut ciri-ciri pembangunan berdasarkan teori
kemunduran negara tradisional ataupun teori klasik dualisme.vii[xi] Pengubahsuaian telah belliau
lakukan dalam pendekatan pembangunan luar bandar walaupun ciri-cirii dan idea teori-teori itu
masih menyaluti secara amnya. Walau bagaimanapun pengubahsuaian itu kurang ketara
kerana pembaharuan secara kendiri dari sektor luar bandar dan pertanian, umumnya orang
Melayu sukar dicernakan sehingga perlu juga menggunakan proses difusi, integrasi dan
akulturasi dari sektor moden/bandar ke sektor luar bandar (tradisional) seperti di gariskan dalam
teori-teori tersebut. Hal ini tidak dapat dielakkan kerana para penasihat pembangunan Malaysia
ketika itu adalah mereka yang mendukung pendekatan dari teori-teori tersebut yang juga
popular ketika itu.

Corak Pembangunan Dato Sri Dr. Mahathir


 

Justeru kerana terdorong juga oleh keadaan yang memaksa akur dengan pendekatan teori-teori
itu maka proses membangunkan sektor luar bandar harus ditingkatkan dahulu sektor bandar
atau moden/perindustrian. Berdasarkan kepada itulah maka usaha-usaha memajukan sektor
perindustrian turut meningkat pada waktu akhir Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.
Perkembangan inilah yang menyebabkan dasar-dasar ekonomi yang dibawa oleh Dato Sri Dr
Mahathir dianggap sebagai bukan sesuatu yang baru, tetapi pelebaran kepada apa yang telah
diasaskan atau dituju oleh Tun Abdul Razak.viii[xii] Walau bagaimanapun tanggapan itu tidaklah
penting kerana jelas sekali beberapa perubahan dasar ekonomi Malaysia adalah dari ilham
Mahathir. Antara yang terpenting ialah Dasar Pandang ke Timur, Pensyarikatan Malaysia,
Penswastaan, Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam, Dasar Perindustrian Berat,
Dasar Produktiviti, Pelan Induk Perindustrian yang dilancarkan pada tahun 1986, Dasar
Pembangunan Nasional dan beberapa langkah ekonomi yang menyediakan asas kepada
Malaysia menuju status negara perindustrian.ix[xiii]

Impak dari dasar-dasar ekonomi yang diilhamkan oleh Mahathir dan kemudiannya dilaksanakan
dengan deras memberi kesan-kesan yang positif kepada kemajuan ekonomi Malaysia
khususnya dalam meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi Malaysia bagi mengambil
peluang yang tercetus dari proses globalisasi ekonomi dunia. Industri perkilangan dan pasaran
antara bangsa menjadi agenda baru dan dengan itu agenda pembangunan sektor pertanian
terutamanya dalam pengeluaran perbekalan makanan ruji menjadi tenggelam. Faktor-faktor
pengeluaran sektor ini semakin disaingi atau dicuri oleh sektor industri dan pertanian pasaran
(pertukaran) antarabangsa. Kesan meluas daripada kepesatan perindustrian dan perbandaran
di Malaysia menggalakan kehadiran buruh luar, terutamanya dari Indonesia. Mereka hadir
sebagai tenaga kerja dalam bidang pembangunan dan industri, berbeza daripada penghijrah
sebelum perang. Kemahiran yang diperolehi tidak akan membantu atau mendorong mereka
kembali berkecimpung dalam sektor pertanian di tempat mereka. Arus ini bukan mengurangkan
kekuatan faktor-faktor pengeluaran perbekalan makanan, malah memberi tekanan yang
semakin genting terhadap bekalan yang mampu dihasilkan.

SOALAN 1-3
PERBANDINGAN KONSEP PENGURUSAN ISLAM, BARAT DAN
JEPUN
Penjajahan dan imperialisme telah mengakibatkan sistem pengurusan Barat diagung-agungkan
sehingga Islam sebagai model pengurusan yang unggul diketepikan oleh pentadbir awam.
Perbezaan besar pengurusan Barat dengan Islam ialah Barat lebih berasaskan kepada model
rasional, analitikal causative dan probalistic yang merangkumi apa yang dinamakan sebagai
konseptualitasi abstrak. Islam pula adalah lebih unuk dan dinamik kerana ia lebih komprehensif
yang menekankan standard etika, perseimbangan antara kemajuan material dan rohani,
berakarumbikan tradisi lokal, menentang ketidakadilan dan menekankan kerjasama bukannya
persaingan dalam perlakuan pentadbiran. Dengan kata lain menurut perspektif Islam, ilmu
pengurusan Barat adalah ilmu yang tempang dan sekular yang tidak menepati kehendak Islam
dari segi asas, konsep dan falsafahnya. . Ini kerana ia lebih berteraskan kepada pendekatan
rasinal saintifik semata-mata dengan mengenepikan nilai-nilai kagamaan dan kerohanian.
Walau bagaimanapun terdapat teknik, pendekatan dan metodologi tertentu dalam pengurusan
Barat yang boleh diterima pakai kerana ia agak bebas daripada unsur-unsur yang bertentangan
dengan Islam.

Perbandingan antara pengurusan Jepun dengan Islam pula ialah pengurusan Jepun seperti
juga barat tidak menghubungkan langsung nilai-nilai etika dan budaya kerja dengan agama.
Kesan akhirnya ialah matlamat menghalalkan cara dan masyarakat menjadi masyarakat
sekular. Orang Jepun lebih mementingkan matlamat kumpulan atau organisasi sehingga
mengetepikan matlamat lain yang tidak kurang pentingnya seperti keluarga dan masyarakat
keseluruhannya.

Oleh itu penulis melihat penting pengadunan pengurusan Islam dengan pengurusan
keontemporari. Proses penyaringan atau pengadunan ini pula hendaklah berpaksikan kepada
konsep tauhid sementara nilai-nilai budayanya pula bersumberkan budaya atau etos Melayu.
Idea-idea dari luar adalah pelengkap kepada Sistem Pengurusan Islam tersebut yang bermakna
idea-idea dari luar itu disesuaikan dengan sistem nilai, waestanchauung dan sosio-budaya
masyarakat setempat.

PENGENALAN

Wawasan 2020 menegaskan bahawa kemajuan Malaysia perlu mengikut

acuan tersendiri. Kepelbagaian budaya, masyarakat dan agama di Malaysia menyukarkan


penerimaan model asing. Namun demikian model asing adalah diterima selagi tidak
bertentangnn dengan nilai agama dan budaya tempatan. Hassan (1989) menjelaskan bahawa
budaya dan persekitaran sesebuah negara itu sentiasa berbeza di antara satu sama lain.
Justeru itu,

pengurusan yang sesuai dengan budaya dan persekitaran itu diperlukan untuk memastikan
jentera pengurusan dan pentadbiran negara itu mencapai matlamatnya. Pengurusan sesuatu
negara itu memerlukanacuannya yang tersendiri bukan ambilan bulat-bulat daripada
pengurusan

negara lain.
PENGURUSAN BARAT DAN JEPUN

Pengurusan barat itu sesuai dengan budaya dan persekitaran barat dan pengurusan Jepun itu
sesuai dengan budaya dan persekitaran Jepun. Matlamat pengurusan barat dan Jepun lahir
daripada falsafah ekonomi rasional, iaitu bergantung kepada kemampuan akal. Justeru itulah
falsafah ini terpisah daripada agama, budaya dan etika. Memang tidak dapat dinafikan ada nilai
etika dalam pengurusan barat dan Jepun. Tetapi kesemuanya menjurus ke arah
memaksimumkan produktiviti, kualiti dan keuntungan semata-mata. Falsafah pengurusan barat
selanjutnya mementingkan kelakuan atau gelagat bermoral atau beretika mengikut keadaan
tempat, masa dan persekitaran. Manakala hal agama pula dianggap peribadi. Di samping itu
wujud nilai dan etika universal yang baik tetapi hanya mempunyai implikasi di dunia sahaja dan
diukur dengan rasional akal. Etika dan nilai pengurusan barat mutakhir (kini) cuba
memperlihatkan dari segi

humanistik dan universal. Dalam ertikata yang lain, falsafah pengurusan barat bersifat
‘pemburu’. Pemimpin dan pengikut menjadi tumpuan. Ia mementingkan individualisme dan
kurang kejasama. Hubungan antara pemimpin dan pengikut lebih bersifat autokratik. Pengurus
atasan

mementingkan kuasa tetapi tidak konsisten. Sebagai pemburu, pengurusan barat tidak
mempunyai perancangn jitu dan rapi kerana buruan bersifat bermusim. Ia mementigkan daya
cipta dan sifat perintis. Falsafah pengurusan barat mementingkan kebendaan, produktiviti,

kecekapan dan keberkesanan. Matlamat akhinya ialah kemajuan dan kejayaan di dunia serta
pengembangan penguasaan. Ia bersifattop-do w n cepat membuat keputusan tetapi lembab
dalam melakukan pelaksanaan. Falsafah pengurusan Jepun pula lebih mirip kepada petani
yang mementingkan kerjasama, kerja berpasukan, saling bergantung, bekerja kuat, bergantung
kepada musim, bertapak di sesuatu tempat, memerlukan perancangan rapi, suka meniru dan
membaiki ciptaan orang lain.

Syed Othman al Habsyi (1989) menyokong pendapat Dr. Hassan Mohd. Ali yang dinyatakan di
atas. Tegasnya teori mikro ekonomi barat yang berasaskan kepada rasional juga mempunyai
objektif yang sama. Dalam perkembangan pengurusan di barat, pengurusan diasingkan dari
pemilik dan pelabur. Pelabur sentiasa berminat menambah pelaburan untuk mencari
keuntungan semata-mata. Justeru itu mereka tidak berminat untuk melakukan amal jariah
melalui harta mereka. Falsafah pengurusan barat pula pada pandangan beliau ialah
keuntungan yang lumayan perlu diusahakan oleh firma. Kemajuan dan perkembangan firma
membawa faedah dan kebaikan kepada masyarakat. Contohnya ialah General Motors di
Amerika Syarikat yang dijelaskan oleh E.C. Eyre (1989) seperti berikut Objektif dan falsafah
pengurusan barat ini ditentang oleh segolongan syarikat barat sendiri yang memperjuangkan
kepentingan masyarakat dan

alam sekitar dalam pengurusan. Sebagai langkah tolak ansur, pihak pengurusan
memperjuangkan kepentingan pengguna, masyarakat dan alam sekitar. Pihak pengurusan juga
pula mengambil hati pekerja, menjaga kebajikan mereka dan menghulurkan derma untuk
kebajikan masyarakat seperti menawarkan biasiswa, menaja pertunjukan pentas dan
sebagainya.

Namun demikian kelemahan objektif dan falsafah pengurusan tersebut

tetap tidak dapat dinafikan kerana ia hanya menguntungkan segelintir golongan masyarakat.

Kenji Iwabuchi (1990), bekas Pengarah Urusan Proton menjelaskan

bahawa falsafah pengurusan Jepun adalah untuk mencapai kemajuan

korporat yang abadi, juga untuk keamanan negara, masyarakat Jepun dan dunia.

Ketika menggulung perbahasan terhadap falsafah dan objektif

pengurusan Jepun, Hassan (1989) menegaskan wujudnya percanggahan

antara falsafah dan objektif pengurusan Jepun dengan amalannya. Dari

segi amalannya, pengurusan Jepun memperlihatkan tiga ciri berikut:

(i) People oriented managemet, bermaksud pekerjaan itu adalah

untuk seumur hidup pekerja. Ganjaran dan penghargaan

diberikan kepada mereka yang paling lama berkhidmat.

(ii) Keharmonian, penyesuaian dan membuat keputusan

(harmony, consensus and decision making). Di mana pengurusan

mengutamakan keharmonianan antara pihak pengurusan

dengan pekerja dan sentiasa meningkatkan kerjasama.

Semangat pekerja sentiasa tinggi kerana mereka terlibat dalam

membuat keputusan.

(iii) Sikap terhadap pekerja yang mengutamakan dedikasi, kualiti,

inovasi, disiplin, ketaatan dan etika.

Sama ada falsafah dan pengurusan barat atau Jepun kedua-duanya masih
kekurangan satu unsur iaitu unsur kerohanian. Walaupun wujud unsur

etika tetapi asas dan sumbernya masih kabur kerana diasaskan kepada

pertimbangan akal dan rasional semata-mata dan mengikut keperluan

semasa, tempat dan persekitaran.

Sebenarnya tiada siapa yang dapat menafikan tentang fungsi akal dalam

menempa kemajuan oleh manusia.

RUJUKAN:1.INTERNET:-

a)http://steadfast_uiam.tripod.com/Asas Pengurusan.htm

2.BUKU:-

Pengurusan
Judul
Islam Abad
Buku
Ke-21
Wan Liz
Pengar
Ozman Wan
ang
Omar
Utusan
Penerbi Publications
t &
Distributors
Tahun
1996
Terbit
Jumlah
Halama 296 halaman
n
Pengul Azman Hj.
as Adnan
POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
ASSIGNMENT 1
E3007:PENGURUSAN

NAMA NO PENDAFTARAN

DINESS A/L SANMUTHAM 16DET09F2019


YUGANESWARAAN A/L 16BET10F1001
KRISHNAN

KELAS: DET3A
NAMA PENSYARAH: PN NURSAHIZALINA MOHD SA’AT
i

ii

iii

iv

vi

vii

viii

ix

You might also like