You are on page 1of 2

Refleksi: Lawatan Sambil Belajar Ke Muzium Anatomi.

Nur Amirah Binti Mohd Zain

Pismp Sains Jan 2010

Pada 26 Februari 2011 bersamaan dengan hari sabtu yang lalu, saya dan rakan-
rakan telah membuat satu lawatan sambil belajar ke Muzium Anatomi yang terletak di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kampus Kuala Lumpur. Tujuan lawatan ini
diadakan adalah untuk melihat sendiri fisiologi dan anatomi bahagian-bahagian yang
terdapat pada manusia secara nyata dan bagaimana mayat-mayat di situ dibedah
sebelum dijadikan bahan pameran.

Antara kekuatan yang saya dapat semasa mengikuti lawatan ini ialah, saya
dapat mempelajari dengan jelas mengenai fisiologi tubuh badan manusia secara
mendalam dan mendapat penerangan yang begitu baik daripada pihak Muzium
Anatomi tersebut. Selain itu, saya juga dapati bahawa saya seorang yang begitu kuat
semangat kerana dapat melihat sendiri satu mayat yang sedang dalam proses
pembedahan untuk dijadikan bahan pameran. Malahan, saya juga dapat suatu input
yang agak baru tentang bagaimana mayat-mayat tersebut didapati dan disimpan
sebelum dijadikan bahan pameran. Saya juga dapat mempertingkatkan pengetahuan
saya mengenai fisiologi tubuh badan manusia, kerana sebelum ini saya kurang ilmu
mengenai subjek ini.

Kelemahan saya ialah, saya terlewat sampai ke tempat letak bas untuk bertolak
ke Muzium Anatomi tersebut sehingga guru pengiring terpaksa menunggu sehingga
bilangan kami mencukupi. Selain itu, saya juga tidak membahagikan masa yang ada
semasa lawatan tersebut dengan baik. Akibatnya, terdapat beberapa pameran yang
tidak saya kunjungi.

Semasa lawatan ini, saya memperoleh banyak peluang. Antara peluang tersebut
ialah, saya berasa bertuah kerana dapat melihat dengan mata sendiri mayat-mayat
manusia yang telah dibedah dan dipamerkan. Selain itu, saya berpeluang untuk
melawat tempat yang dikhaskan untuk para pakar yang membuat pembedahan ke atas
mayat yang telah lama disimpan sebelum dijadikan bahan pameran. Tambahan pula,
saya berpeluang melihat satu mayat bayi yang telah lengkap wujudnya, dan
mengetahui cerita disebalik bagaimana mayat bayi tersebut boleh berada di Muzium
Anatomi tersebut.

Lawatan ini juga memberi ancaman kepada saya. Pada mulanya saya berasa
amat takut untuk melihat sendiri satu mayat yang sedang dibedah untuk ditunjukkan
organ dalamannya seperti jantung dan paru-paru. Semasa melihat mayat tersebut, saya
merasakan bahawa mayat tersebut seperti hidup. Tetapi selepas seorang petugas di
situ mengatakan bahawa mayat-mayat disini akan menghormati kita sekiranya kita juga
menghormati mereka dan mempunyai niat yang baik iaitu untuk mempelajari sesuatu
yang baru.

You might also like