You are on page 1of 7

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU KPLI (SR) TESL JANUARI 2011

Pengenalan

Program Bina Insan Guru ini merupakan satu program di mana para guru diberi
peluang untuk membina akhlak, semangat juang yang tinggi dan mempunyai tahap
ketahanan mental dan fizikal untuk menyumbang tenaga dan pengetauhuan kepada
diri dan masyarakat. Tujuan utama program ini adalah untuk mematikan para guru
dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan interkasi dikalangan peserta.
Disamping itu, diharap para peserta dpat mengaplikasikan pengetauhuan dan
pengalaman yang ada untuk keperluan pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan

Melalui aktiviti Bina Insan Guru ini peserta dapat mengenal jati diri dan mampu
mengaplikasikan pengalaman dan pengetauhuan yang diperoleh kea rah
membangunkan diri sebagai warga pendidik yang bersemangat dan berilmu
pengetauhuan secara beterusan. Program ini diharap dapat melahirkan bakal
pendidik yang memunyai kemantapan sahsiah yang tinggi dan profesionalisme yang
unggul dalam menghadapi cabaran pendidikan arus globalisasi dunia tanpa
sempadan.

Objektif

 Memperluaskan pengetauhauna dan memberi pendedahan tentang kehidupan


berkhemah
 Memberi peluang mempraktikan pengetauhaun perkhemahan
 Meningkatkan kemahiran kognitif guru-guru pelatihg terutamanya aspek
pengurusan dan penyelenggaraan program
 Meningkatkan daya tahan fizikal, mental, emosim rohani dan sosila melalui
program yang teratur
 Memupuk semangat setiakawan, toleransi, kerjasama dan tolong menolong
antara guru-guru
Butiran Program

Program Bina Insan Guru

Tempat : Tapak Perkhemahan Blue Lagoon Batu 10

Tarikh : 9 Februari 2011 – 12 Februari 2011

Bilangan Pelajar Terlibat : 53 orang ( 1 lelaki, 52 perempuan)

Laporan Aktiviti Program Bina Insan Guru

Tarikh Aktiviti
9 Februari 2011
Aktiviti : Water Confident ( Keyakinan Di Air)
Masa : 6.00pm-8.00pm

Aktiviti water confident ini merupakan aktiviti yang mana


memerlukan guru pelatih untuk membiasakan diri bila berada di
air. Para guru pelatih diajar cara-cara yang betul untuk
berenang disamping diberi penerangan mengenai pengunaan
jaket keselamatan yang betul . Selain itu juga,guru pelatih
diberi penerangan teknik-teknik yang betul ketika berenang di
dalam air. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh Uztaz Amiyamin b.
Hj Mohamad Yusof

Refleksi

Secara keseluruhannya,melalui aktiviti ini kami telah


didedahkan dengan kemahiran asas ketika berada di dalam air
yang mana perlu untuk meningkatkan tahap keyakinan diri
masing-masing. Para peserta dilihat menunjukkan keinginan
untuk mencuba walau sebilangan daripadanya tidak
mempunyai keyakinan ketika berada di dalam air. Walau
bagaimanapun kami dapat melepasi aktiviti dengan
jayanya,apabila kesemua peserta mampu melakukan setiap
teknik dan peregerakkan ketika berada di dalam air seperti
mana yang ditunjukkan oleh fasilitator

Aktiviti : Latihan Dalam Kumpulan 1 (LDK)


Ikrar Peserta Program Bina Insan Guru

Masa : 10.00 pm-11.00am

Aktiviti ini merupakan aktiviti yang dijalankan untuk memastikan


taat setia guru pelatih dalam profesion perguruan tidak akan
pudar.Dalam aktiviti ini para pelatih dikehendaki menghafal dan
mendalami Ikrar Guru Malaysia disamping mengetauhui
dengan lebih mendalam mengenai Rukun Negara Malaysia.
Pengaplikasian aktiviti ini juga turut diterapkan di dalam diri
guru pelatih agar dapat menyerahkan sepenuh jiwa raga
kepada anak didik dan profesion perguruan apabila keluar
sebagai pendidik suatu hari kelak.

Refleksi

Melalui aktiviti ini, kami berasa bersemangat dalam mengingati


Ikrar Guru dan juga Rukun Negara di samping mendalami
makna dan isi yang tesirat .Selain itu, semua peserta begitu
bersungguh-sungguh untuk cuba mengaplikasikan Ikrar Guru
dan juga Rukun Negara dalam profesion perguruan yang
mereka ceburi. Keseluruhannya,kami berkeyakinan dalam
memupuk semangat cintakan profesion ini di samping
mengenal jati diri masing-masing agar lebih bersemangat untuk
begelar bakal pendidik.

Aktiviti : Ice Breaking ( Ciri-ciri Seorang Guru)

Masa : 11.00pm-12.00am

Aktiviti Ice Breaking ini dijalankan bertujuan untuk memberi


peluang kepada bakal guru memperkenalkan diri mereka
disamping mengasah bakat berkomunikasi masing-masing
agar dapat dipraktikan ketika di dalam kelas.Selain itu, ketika
sesi ini guru pelatih juga telah di arahkan mengadakan
perbincangan mengenai cirri-ciri seorang guru yang
baik.Mereka telah di minta untuk menyenaraikan apakah
contoh-contoh seorang guru yang beretika dan professional
dalam bentuk gambarajah.

Refleksi

Melalui aktiviti ini kami dapat berkomunikasi di khayalak


ramai.Ini penting agar kami mampu mempraktikan kemahiran
tersebut ketika berada dalam situasi sebenar di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,peserta juga dapat
mengenalpasti ciri-ciri seorang guru yang beretika dan
berkaliber apabila berada dalam situasi sebenar pendidikan.
Kami dapat memahami apakah tanggungjawab sebenar dan
etika seorang guru apabila memasuki alam perguruan
10 Februari Kayak (Canoe)
2010
Kayak merupakan salah satu aktiviti air yang mengkehendaki
para pelatih untuk menggunakan kemahiran berkayak
disamping memerlukan mereka membina daya stamina yang
tinggi untuk mendayung kayak tersebut.Sebelum aktiviti ini di
jalankan,para guru pelatih diajar terlebih dahulu cara
menggunakan kayak yang betul. Mereka juga diperkenalkan
dengan “Buddy System” yang mana setiap guru pelatih telah
diberikan peluang untuk memilih pasangan masing-masing
agar dapat membantu dalam memberi sokongan kepada
rakan-rakan yang lain dalam mempertingkatan kemahiran dan
keberanian ketika berada di dalam air. Selain itu, guru pelatih
juga diajar cara mendayung kayak sepertimana yang
seharusnya.Mereka turut diberi taklimat mengenai cara-cara
menyelamatkan diri seandainya kayak tersebut hilang kawalan.
Cara-cara mengendalikan kayak yang betul dan selamat turut
diajar oleh fasilitator. Guru pelatih dikehendaki berkayak sejauh
1.64 kilometer secara berpasangan dan teras utama aktiviti ini
adalah kerjasama antara satu sama lain di dalam kumpulan.
Aktiviti ini dikendalikan oleh Encik Mohd Tahir bin
Kamaruzaman

Refleksi

Secara keseluruhannya,kami begitu berminat untuk


mengmabil bahagian dalam aktiviti ini.Kami dapat memahami
teknik-teknik berkayak sepertimana yang diterangkan oleh
fasilitator. Selain itu semangat kerjasama yang ditunjukkan
oleh para peserta.Selain itu,melalui “Buddy System” yang
mana kami belajar untuk membantu memberi sokongan dalam
menghadapi keadaan ketika berada di air.Melalui system ini
kami belajar bekerjasama dalam memastikan setiap peserta
berjaya mengharungi aktiviti ini. Ini menunjukkan kejelengkitan
di antara satu sama lain wujud, yang mana penting ketika kami
melangkah ke alam pendidikan yang memerlukan kami
bergantung diantara satu sama lain. Di akhir aktiviti semua
peserta telah berjaya menamatkan aktiviti berkayak ini hingga
ke garisan penamat yang telah ditetapkan.Ini jelas
menunjukkan mereka mempunyai semangat yang jitu untuk
menjayakan aktiviti ini dengan penuh semangat dan
kesungguhan.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Aktivit Penceritaan : Cerpen Beruk


Penceritaan cerpen Beruk ini dilakukan oleh peserta BIG iaitu
Mira. Penceritaan cerpen ini telah diadakan bersama-sama
guru pelatih yang lain.Cerpen ini berkisar kepada watak
seorang guru yang langsung tidak mempunyai etika profesion
perguruan serta watak pelajar bernama Alias dan beruknya.
Cerpen ini menceritakan kepayahan pelajar yang terpaksa
mengharungi kesukaran untuk meneruskan pelajaran akibat
kesempitan wang. Dia Cuma bergantung harap kepada
beruknya untuk mencari nafkah hidup dengan memetik kelapa.
Pelajar tersebut tinggal bersama ibunya dalam menghrungi
kepayahan hidup.Cerpen ini menceritakan bagaimana watak
Cikgu Sunan menangani masalah pelajar tersebut dan diakhir
cerpen tersebut, beruk peliharaan pelajarnya, Alias mati akibat
dibunuh olehnya

sendiri semata-mata untuk mempertahankan gurunya


daripada diserang beruk tersebut.Di akhir cerita, cikgu tersebut
hanya mampu melihat kematian beruk itu sahaja tanpa mampu
berbuat apa-apa.Hanya pelajarnya itu sahaja yang
bersungguh-sungguh meminta maaf diatas tindakan beruk
tersebut.Akhirnya,beruk tersebut mati terkulai layu di pangkuan
Alias.

Refleksi :

Melalui penceritaan cerpen ini, kami dapat menyelami watak


Cikgu Sunan dan memahami kesusahan yang di alami oleh
Alias. Selain itu, kami juga dapat menilai sejauh mana
keihklasan Cikgu Sunan dalam mendidik anak
bangsa.Keseluruhannya,melalui cerpen ini kami dapat
mengambil iktibar daripada cerpen tersebut agar dapat
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan bersungguh-
sungguh.Begitu , kami juga diterapkan etika seorang guru
melalui penceritaan cerpen ini. Daripada aktiviti ini,jelas para
peserta dapat memahami keperluan serta pengorbanan yang
perlu dilakukan oleh mereka untuk memastikan anak didik
mereka berjaya dan mendapat pendidikan yang sewajarnya
dan memahami keperluan murid walau dalam apa jua
keadaan sekalipun.
11 Februari 2011

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Organisasi Dalam Sistem Pendidikan Malaysia

Aktiviti ini memerlukan para peserta menyenaraikan organisasi


yang terlibat dalam sistem pendidikan kebangsaan bermula
daripada peringkat tertinggi sehingga ke peringkat paling
bawah sekali. Melalui pendekatan ini, diharap para peserta
dapat mengetauhui salasilah struktur pendidikan kebangsaan.

Refleksi

Keseluruhannya,melalui aktiviti kumpulan ini kami dapat


memahami stuktur pendidikan kebangsaan.Ini adalah untuk
memastikan kami sentiasa peka ataupun sedar mengenai
sebarang perubahan dalam organisasi tersebut. Selain itu,kami
dapat menyatakan dengan sepenuhnya struktur utama dalam
organisasi pendidikan kebangsaan melalui sesi perbincangan
yang dijalankan.Begitu juga kami dapat memahami tugas-tugas
utama setiap bahagian dalam struktur pentadbiran tersebut.
Kami juga telah dapat mendalami bagaimana setiap bahagian
dalam struktur organisasi pendidikan ini saling berhubungkait
dan memerlukan antara satu smaa lain dalam menjamin
kemampanan isntitusi pendidikan Negara atau kebangsaan.

Jungle Trekking (Kembara Hutan )

Aktiviti jungle trekking atau kembara hutan ini dilakukan


bermula di sebelah pagi. Aktiviti kembara ini merupakan aktiviti
merentas hutan sekitar Tanjung Tuan yang mana guru pelatih
di bawa berjalan merentasi sekitar pantai Port Dickson. Selain
itu, guru pelatih juga dibawa merentasi denai-dena pulau-pulau
kecil di Port Dickson, seperti Keramat Pulau Intan,Tanjung
Karang dan Tajung Tuan. Sepanjang aktivitiini, guru pelatih
telah didedahkan dengan keindahan flora dan fauna yang
terdapat disekitar pulau-pulau tersebut. Para peserta juga
dibawa melihat kesan tapak kaki yang di mana dipercayai
tapak kaki Hang Tuah kawasan yang dikenali sebagai
Keramat, menurut penduduk tempatan di situ. Tidak
ketinggalan juga,guru pelatih dibawa melihat dengan lebih
dekat lagi rumah api Tanjung Karang yang mana menjadi
kebanggaan penduduk kampong sekitar tempat tersebut dan
memerlukan peserta untuk menaiki anak tangga yang curam
untuk sampai ke situ. Di sana para peserta di beri peluang
melihat panorama indah menghadap Laut China Selatan.

Refleksi

Secara keseluruhannya, aktiviti fizikal kembara hutan ini telah


banyak mendatangkan manfaat kepada kami. Aktiviti ini
memerlukan kerjasama dan daya ketahanan fizikal yang tinggi
dikalangan setiap peserta sendiri. Dalam aktiviti ini, para
peserta menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam
membantu rakan-rakan mengharungi jalan-jalan berliku,denai-
denai yang sukar untuk ditempuhi. Selain itu, kami juga perlu
menunjukkan ketahan fizikal yang mana amat diperlukan ketika
menempuhi cabaran menjadi guru kelak. Begitu juga, dalam
aktiviti ini guru pelatih dikehendaki menggunakan “survival skill”
terutamanya ketika menyediakan makanan. Melalu aktiviti ini,
para kami telah diterapkan dengan nilai berdikari yang mana
mereka menggunkan hanya peralatan yang disediakan untuk
menyediakan makanan. Para peserta juga telah menunjukkan
komitment dalam memastikan masing-masing dapat
menyediakan makanan mengikut menu yang telah
disediakan.Kesimpulannya aktiviti ini penting dan telah berjaya
memenuhi objektif yang mana penting untuk diaplikasikan
ketika kami keluar menjadi guru kelak semangat
Kerjasama,komitment serta nilai berdikari yang telah
diterapkan ini perlu ada dalam diri setiap bakal guru

Ksimpulan

Secara keseluruhannya, dalam meneliti kembali Program Bina Insan Guru untuk KPLI
(SR) TESL, dapatlah disimpulkan bahawa setiap peserta telah menunjukkan
kerjasama,kemahiran, dan yang paling penting sekali adalah komitment yang telah
ditunjukkan sepanjang program ini dijalankan selama 4 hari 3 malam. Melalui program
ini, dapatlah kami menyediakan diri dari aspek fizikal dan mental sebelum meneruskan
tempoh pengjian di IPBA dalam tempoh masa setahun ini. Melalui program ini, kami
dapat menjalankan persediaan dan persiapan terlebih dahulu tidak kira dari segi mental,
fizikal,rohani dan jasmani dalam menempuh alam profesion perguruan yang sangat
mencabaran. Diharap melaluiprogram ini, dapatlah nilai-nilai dan etika perguruan
diterapkan dan disemai dalam diri kami sejak awal lagi dalam memastikan kami mampu
menjadi warga pendidik yang cemerlang,gemilang dan terbilang dalam melahirkan
generasi pelapis Negara yang berdaya saing bagi menghadapi kecanggihan global
dunia tanpa sempadan.

You might also like