You are on page 1of 35

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


PISMP AMBILAN JANUARI 2010
KERJA KURSUS PENDEK (KKP)

NAMA :
FATIN ATHIRAH BINTI YUSOF
900504 05 5384
HUZAIFAH BINTI ABDUL TALIB
900163 05 5184

UNIT :
PISMP PK2 AMBILAN JANUARI 2010

SUBJEK :
HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3106)

NAMA PENSYARAH :
PN. SARINA BINTI BAHARUDDIN

TARIKH SERAHAN:
7 MAC 2011
SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN i

BORANG KOLABORASI

ii

PENGHARGAAN iii

TUGASAN

1.0 CARTA ALIR 1-5

1.1 -- Sejarah penggubalan perlembagaan sehingga

penubuhan Malaysia

2.0 ISU SEMASA -15

2.1 – Institusi Beraja

2.2 – Kedudukan Agama Islam

2.3 – Kedudukan Bahasa Melayu

2.4 – Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera

2.5 – Kewarganegaraan

3.0 PETA MINDA 16-17

3.1 – Peranan guru dalam memperkukuh perpaduan

dan integrasi nasional.

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

REFLEKSI
HALAMAN PENGAKUAN

“Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya”.

___________________________
FATIN ATHIRAH BINTI YUSOF
900504 05 5384

___________________________
HUZAIFAH BINTI ABDUL LATIB
900316 05 5184
BORANG KOLABORASI
PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih terutama


sekali kepada Encik Ramly Bin Abu, pensyarah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu 2
atas bimbingan dan tunjuk ajar serta nasihat-nasihat yang sangat bernas dan berguna
kepada kami dan juga para pelajar Pendidikan Khas 2.
Atas bimbingan dan juga nasihat beliau, sedikit sebanyak dapat membantu saya
menyiapkan tugasan ini. Dalam proses penyiapan tugasan ini, kami dapat mengetahui
banyak maklumat yang berkaitan dengan wacana. Dalam menyiapkan tugasan ini juga,
kami dapat menambah dan menimba ilmu baru terhadap mata pelajaran Bahasa
Melayu 2.
Akhir kata, sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak
yang telah banyak membantu kami dalam menjayakan tugasan ini.
KONSEP PERLEMBAGAAN

Perlembagaan ialah kumpulan undang-undang tidak kira sama ada bertulis atau
tidak bagi menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan
kerajaan dan prinsip-prinsip umum dalam melaksanakan kuasa tersebut. Perlembagaan
juga boleh dikatakan sebaagi satu dokumen penting dalam menyatakan kedaulatan dan
kewujudan sesebuah Negara yang merangkumi organisasi pentadbiran dan
kemasyarakatan.

Perlembagaan tersebut perlulah terpelihara dari pengubahsuaian, menjamin


keselamatan masyarakat dalam negara dan luar negara. Pembentukan Perlembagaan
juga berlaku kerana terjadinya perjanjian antara satu bangsa dengan bangsa yang lain
atau sesebuah masyarakat dalam negara dengan masyarakat antarabangsa. (Salmah
Hussain)

Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan di


mana di dalamnya terdapat lima unsur iaitu Institusi Beraja, kedudukan Agama Islam,
kedudukan Bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra serta
kewarganegaraan. Perlembagaan Malaysia telah dibina pada tahun 1963 setelah
mendapat persetujuan daripada semua kaum dan pihak melalui kontrak sosial.

Perlembagaan diwujudkan adalah untuk menjamin keutuhan dan kadaulatan


sesebuah negara kerana perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang
perlu dipatuhi dalam menentukan hala tuju sesebuah negara. Perlembagaan juga
berperanan untuk membantu menjamin kecekapan, ketulusan, keadilan dan membantu
melicinkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.
Perlembagaan ini mengandungi 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual dan di
dalam perlembagaan ini telah dinyatakan dengan jelas mengenai pelbagai perkara iaitu
kebebasab asasi, hak seseorang, kehakimann, kewarganegaraan, kewangan,
perkhidmatan awam, undang-undang Persekutuan dan Kerajaan Persekutuan serta
lain-lain perkara lagi.

Lantaran itu, Perlembagaan Persekutuan boleh ditakrifkan sebagi pelan induk


yang menagndungi semau undang-undang tertinggi yang penting bagi penubuhan dan
kewujudan sesebuah negara dan sistem politiknya.
2.1 Unsur: Institusi Beraja

Isu:
Sumber:

Raja berpelembagaan bermaksud sistem beraja yang mengikut perlembagaan.


Mengikut perkara 181 (1) Perlembagaan Malaysia, kedaulatan dan kuasa raja adalah
kekal dan terjamin mengikut Perkara ini. Namun begitu, hari ini telah ada pihak yang
berani mencabar kedaulatan raja-raja sebagai contoh isu yang dipetik di dalam akhbar
utusan yang bertarikh 6 Mei 2008 iaitu isu Karpal Singh yang diaggap begitu biadap
mempertikaikan kuasa Sultan Perak. Karpal Singh yang ketika itu merupakan pemimpin
DAP dengan beraninya mengatakan bahawa Sultan Perak tidak mempunyai hak untuk
campur tangan dalam membuat keputusan kerajaan negeri.

Mengapa timbul perkara-perkara seperti ini? Adakah disebabkan pemimpin itu


sendiri tidak memahami Perlembagaan Malaysia atau sebenarnya beliau terlupa
tentang unsur Perlembagaan Malaysia pada Bahagian 1 iaitu yang berkaitan dengan
Institusi Beraja yang menyatakan kuasa-kuasa raja dan kedaulatan raja di dalam
perlembagaan. Jadi tidak sepatutnya ada pihak-pihak yang cuba untuk
memperlekehkan kuasa raja dengan mengenepikan Raja-Raja di dalam membuat
sebarang keputusan.

Jika dilihat pada kuasa-kuasa Raja Negeri yang antaranya ialah melantik waris
atau waris-waris, isteri, pemangku raja atau jemaah pemangku raja serta melantik
orang-orang pemegang pangkat, gelaran, kemuliaan dan kebesaran di sisi adat Melayu
dan menetapkan berkenaan dengannya sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan isu
yang dibahaskan berkaitan arahan pembatalan pertukaran dan pelantikan semula
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury. Seharusnya,
pemimpin DAP iaitu Karpal Singh tidak boleh sewenang-wenangnya menegur isu-isu
yang berkaitan dengan kedaulatan Raja kerana ini sangat mencabar kewibawaan
Institusi beraja di negara ini.
Hari ini juga, pihak pembangkang secara terang-terangan cuba mengheret istana
ke mahkamah sebagai cubaan untuk melumpuhkan kuasa Raja-Raja Melayu. Tindakan
segelintir masyarakat yang mungkin tidak bersetuju dengan Kuasa Raja-Raja Melayu ini
menggambarkan pengharapan mereka untuk menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu
yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia sejak 1963 lagi. Pihak yang tidak
berpuas hati dengan kuasa Raja-Raja Melayu ini menggunakan pelbagai taktik untuk
menghapuskan kuasa Raja Berpelembagaan antaranya hasutan di dalam bidang politik

Namun persoalannya, tidakkah mereka sedar akan kedudukan mereka di negara


ini di mana setiap warganegara Malaysia semamangnya termaktub di dalam
Perlembagaan Malaysia. Ini bermakna mereka yang membangkang tidak punya hak
untuk mempertikaikan setiap satu unsur yang ada di dalam Perlembagaan Malaysia.
Mereka juga mungkin terlupa bahawa Pelembagaan Malaysia yang wujud pada hari ini
adalah di atas persetujuan dan toleransi antara semua kaum dan pihak melalui kontrak
sosial.

Jadi sepatutnya, semua rakyat Malaysia tidak kira apa pun agama atau
bangsanya harus tahu apa itu Perlembagaan Malaysia serta isi kandungannya agar
tidak terlalu lancang untuk mempertikaikan hak yang telah diberikan terutama sekali hal
yang berkaitan dengan hak ketuanan Raja-Raja Melayu. Kesimplannya, sebagai rakyat
yang berada di bawah Pelembagaan Malaysia ini seharusnya lebih peka dan faham
apa yang terkandung di dalam perlembagaan dan bukan hanya tahu untuk menuding
jari menyalahkan orang lain.
2.2 Unsur: Kedudukan Agama Islam

Isu: Penduduk majmuk perlu hormati hak kebebasan beragama

Sumber: Internet (Rencana)

Bagi isu yang menyentuh unsur perlembagagn iaitu Kedudukan Agama Islam, pengkaji
telah memperoleh hasil daripada bacaan rencana di internet. Isu tersebut adalah
berkenaan dengan kontroversi azan yang menjadi bualan hangat masyarakat pada
ketika itu. Isu ini dipetik daripada sebuah rencana bertarikh 19 Januari 2011, yang
ditulis oleh Musa Awang yang bertajuk Pengajaran disebalik kontroversi azan.

Berikutan dengan hal itu, tindakan seorang peguan yang telah menghantar
memorandum kepada Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Lembah Pantai dengan
tujuan untuk membangkang laungan azan di Masjid Al-Ikhlasiah. Pengkaji berpendapat
bahawa tidakan tersebut adalah sangat tidak wajar dan jelas menunjukkan bahawa
kurangnya sensitivity sesetengah kaum terhadap agam yang dianuti. Azan merupakan
laungan yang telah bermula sejak terciptanya syiar Islam di Madinah untuk menyeru
orang untuk menunaikan solat.

Namun begitu, satu pengelesaian telah dilaksanakan apabila peguam tersebut


telah memohon maaf kepada seluruh umat Islam yang mana pengkaji berpendapat
tindakan tersebut adalah sangat wajar. Jika kita lihat pada aspek disebaliknya, agama
lain turut akan berasa kecewa dan tidak senang hati sekiranya agama mereka turut
diancam oleh pihak lain. Sensitiviti tentang agama haruslah diberi perhatian kerana ia
melibatkan kepercayaan dan pegangan bagi segenap masyarakat pada hari ini. Adalah
sesuatu yang tidak releven dan wajar bagi rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum
untuk mempertikaikan amalan bagi sesebuah agama.
Berbalik kepada unsur-unsur yang telah dinyatakan dalam Perlembagaan
Persekutuan, agama Islam merupakan agama rasmi tetapi agama lain masih boleh
diamalkan dengan aman dan damai. Kebebasan untuk beragama ini telah termaktub
dalam Perkara 3 (1) yang mana setiap individu mempunyai hak untuk menganut dan
mengamalkannya. Initipati ini seharusnya difahami dan dihormati oleh masyarakat
bukan agama Islam. Seperti yang telah dinyatakan didalam rencana tersebut bahawa
mempersoalkan kesucian Islam itu boleh dikatakan seolah-olah mereka telah menghina
penghidung kepada kesucian agama Islam itu sendiri. Keadaan ini seharusnya tidak
berlaku kerana sebagai rakyat Malaysia sudah sedia maklum hidup secara berbilang
kaum, bangsa dan juga agama. Rasa hormat dan tanggungjawab itu seharusnya wujud
dalam diri setiap rakyat di Malaysia.

Berdasarkan kepada segala segala penerangan dan juga perbincangan yang


telah dinyatakan diatas, jelaslah bahawa harapan agar setiap masyarakat untuk tidak
mempertikaikan amalan bagi setiap agama kerana walaupun isu ini diselesaikan
dengan permohonan maaf, namun masih terdapat beberapa kelompok individu yang
masih kesal dan tersinggung dengan peristiwa ini. Tanggungjawab untuk mewujudkan
rasa aman dan selesa bagi setiap individu itu juga merupakan perkara yang tidak boleh
dipandang remeh kerana setiap masyarakat di Malaysia ini berhak untuk menikmati
kehidupan yang baik dan tidak terancam.
2.3 Unsur: Kedudukan Bahasa Melayu

Isu: Kedudukan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan

Sumber: Majalah Dewan Masyarakat

Isu mengenai kedudukan Bahasa Melayu ini bukanlah sesuatu yang baru dan
hakikatnya isu mengenai taraf Bahasa Ibunda ini adalah sangat rapat dengan sistem
pendidikan. Hal ini adalah kerana, permulaan pendidikan formal mengenai
pembelajaran dalam bahasa bermula daripada sekolah sehinggalah ke peringkat yang
tertinggi. Namun begitu, pendidikan tidak formal iaitu ajaran yang diberikan oleh ibu
bapa ataupun persekitaran tentang penguasaan bahasa juga bukan perkara yang asing
lagi. Pengajaran dalam menguasai sesuatu bahasa juga kadang-kalanya berlaku
secara spontan dan tidak dirancang.

Berdasarkan kepada rencana yang telah dikupas isunya oleh Datuk Dr. Hassan
Ahmad, beliau ada menyatakan bahawa “ Tamadun sesuatu bangsa tidak dibina
melalui bahasa asing tetapi melalui bahasa sendiri. “ Keadaan ini juga dapat dilihat
berlaku pada semua bangsa lain, contohnya bangsa Perancis maju melalui bahasa
mereka. Selain itu, jika diimbas kembali pada abad ke-14, puluhan karya agung yang
dihasilkan telah memperlihatkan kemampuan mereka untuk berfikir dan menzahirkan
idea yang kreatif dalam bahasa Melayu. Beliau merupakan Ketua Eksekutif Yayasan
Karyawan dan pengkaji berpendapat bahawa intipati atau hujah yang disampaikan
adalah sangat relevan untuk dibincangkan.

Selain itu juga, sesetengah pihak terutamanya pelajar sendiri, mereka


berpendapat bahawa individu yang gagal untuk menguasai Bahasa Inggeris akan
terpinggir dalam arus kemajuan. Kenyataan ini membuatkan pengkaji terpanggil untuk
mengetahui kebenarannya. Keadaan ini seolah-olah menunjukkan bahawa orang
Melayu semakin lupa tentang asal usul dan latar belakang mereka sendiri. Bahasa
inggeris ini masih boleh dikuasai atau dipelajari, namun bahasa ibunda sendiri pada
hakikatnya juga mampu untuk membangunkan sesebuah kelompok manusia dan tidak
wajar jika dikatakan akan ketinggalan dalam arus permodenan.
Isu bahasa ini jika dirungkai satu persatu, terlalu banyak perkara yang yang
boleh dibangkitkan. Sebagai contoh, peristiwa selepas kemerdekaan yang mana
Bahasa Melayu ini bertindak sebagai bahasa perantaraan pada ketika itu dan ia
merupakan salah satu alat kemajuan melalui dasar pendidikan. Seperti yang telah
dinyatakan di dalam kupasan isu tersebut bahawa, bahasa Melayu juga sama nilainya
dengan intipati yang diperoleh daripada bahasa Inggeris kerana dengan menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama membolehkan pelajar terdidik dalam
pelbagai bidang ilmu dan bidang kerja. Dasar yang telah termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan tidak pernah berubah dan ia jelas menyatakan bahawa
bahasa Melayu masih kekal menjadi bahasa rasmi dalam pentadbiran negara.

Namun begitu, dasar ini tidaklah menyatakan bahawa bahasa Inggeris tidak
boleh digunakan atau penguasaannya terhad dan masyarakat masih boleh
mengamalkan. Hal ini merupakan dasar yang telah termaktub dalam Akta Bahasa
Kebangsaan 1967/68, dan Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan kepada
Akta Pendidikan yang terbaharu, iaitu Akta Pendidikan 1996 yang mana telah
menggantikan Akta Pendidikan 1961, juga telah menyatakan dengan tegas bahawa
bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan utama dalam sistem pendidikan
kebangsaan sejak dari sekolah rendah hingga ke tahap universiti. Namun begitu,
kerajaan masih perlu menitikberatkan pengajaran bahasa Inggeris semasa di sekolah
sentiasa membuat perubahan dan diperbaiki untuk semua murid agar penguasaan
mereka dalam kedua-dua bahasa ini adalah baik dalam tempoh 11 tahun persekolah
terutamanya murid-murid dari sekolah luar bandar.
2.4 Unsur: Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera.
Isu: Kaum India menuntut hak sama rata dengan kaum Melayu.
Sumber: Temu-ramah

Isu yang dibangkitkan hasil daripada temu-ramah adalah kaum India telah menuntuk
hak sama rata dengan orang melayu terutamanya daripada aspek ekonomi. Masalah ini
berpaksikan kepada konflik kepentingan yang mana bukanlah sesuatu yang baru dalam
negara kita pada hari ini. Berbalik kepada sejarah Malaysia, setelah terlaksananya
Dasar Pecah Perintah setiap kaum mempunyai pengkhususan sektor yang mana kaum
melayu tertumpu kepada pertanian, kaum Cina dalam sektor ekonomi manakala kaum
India dalam sektor perladangan (kelapa sawit dan getah). Hal ini menunjukkan bahawa
setiap kaum mempunyai bidang kerja atau kemahiran yang tersendiri sebagai menjadi
punca ekonomi dalam sesebuah kaum tersebut.

Merujuk kepada keadaan itu, jika dikaitkan dengan isu yang berlaku pada dekad
ini kaum India sering mempertikaikan hak istimewa yang dinikmati oleh kaum Melayu
terutamanya daripada sektor ekonomi. Keadaan ini dapat dirungkaikan yang mana
punca krisis ini berlaku adalah disebabkan oleh pemimpin mereka sendiri. Kesulitan
yang dihadapi oleh rakyat atau masyarakat India tidak dapat diselesaikan oleh
pemimpin mereka dan menyebabkan keperitan serta kepayahan dalam ekonomi
menjadi punca kepada masalah mereka hari ini .

Keadaan bertambah buruk apabila mereka turut mempertikaikan hak orang


Melayu dan turut mengatakan bahawa orang Melayu juga merupakan kaum pendatang
seperti mereka. Selain itu, mereka juga membangkitkan isu bahawa mereka
menganggap orang melayu adalah setaraf dengan mereka dan tidak layak untuk diberi
keistimewaan. Seperti mana yang kita ketahui, hak istimewa ini meliputi jawatan dalam
perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang
diberikan. Namun begitu, keadaan ini masih lagi menjaga hak dan tidaklah sehingga
menindas kaum-kaum lain.
Orang melayu dikategorikan sebagai individu yang lazimnya bertutur dalam
bahasa Melayu, menganut agama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
Manakala, bagi Bumiputera Sabah dan Sarawak pula ialah semua suku kaum asli
peribumi Sbah dan Sarawak. Berhubung dengan Perkara 153, telah dinyatakan bahawa
terdapat tiga perkara yang disentuh mengenai hak keistimewaan Melayu dan kaum
Bumiputera iaitu perkhidmatan awam, pendidikan dan ekonomi. Bagi aspek ekonomi,
Perkara 153 wajar untuk dilaksanakan bagi mencapai tujuan untuk menstabilkan
ketidakseimbangan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu yang asalnya
wujud disebabkan oleh dasar ekonomi penjajah. Pembahagian kekayaan serta agihan
pendapatan yang tidak adil menjadi punca utama yang mempengaruhi hubungan etnik.

Berdasarkan kepada isu yang dinyatakan di atas, jelaslah bahawa setiap kaum
berpegang kepada asal usul serta keistimewaan yang tersendiri. Isu masalah ekonomi
masih boleh diselesaikan secara baik sekiranya segala konflik kepentingan ini
diselesaikan dengan berpihak kepada yang benar dan bukan hanya melibatkan
kepentingan undi. Kesimpulannya, jika berbalik kepada perlembagaan persekutuan
telah dinyatakan yang mana ia merupakan hasil daripada persetujuan yang tercapai
antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India.
Perlembagaan Malaysia juga bukanlah sahaja dokumen perundangan malah ia adalah
kontrak sosial dan perjanjian perdamaian sejak dari pemerintahan Perdana Menteri
yang pertama lagi .
2.5 Unsur: Kewarganegaraan
Isu: Lucut Sahaja Kerakyatan
Sumber: Akhbar Utusan

Hari ini, rakyat yang hidup di dalam Malaysia sudah tegar untuk mempersoalkan unsur-
unsur yang ada di dalam perlembagaan Malaysia. Tidak ketinggalan juga isu yang
menyentuh tentang kewarganegaraan rakyat di Malaysia ini. Kewarganegaraan ialah
keahlian seseorang individu itu di dalam sesebuah negara yang didiami. Berdasarkan
keratan akhbar yang bertarikh 31 Ogos 2010 telah dikeluarkan dengan satu tajuk
berkaitan desakan untuk melucutkan taraf kewarganegaraan bagi individu yang
bernama Wee Meng Chee atau lebih dikenali dengan nama Namewee atas alasan
mengkhianati dan menghina Negara Malaysia. Wee Meng Chee merupakan pemuda
yang berasal dari Muar, Johor dan belajar di salah sebuah unversiti di Taiwan.

Pemuda ini dengan lancangnya telah menghasilkan klip-klip video yang


menghina negaranya sendiri dan telah mencetuskan isu perkauman dalam rakaman
yang dihasilkannya itu. Sehubungan dengan itu, badan-badan pertubuhan NGO telah
bangkit menggesa pihak kerajaan agar menggugurkan taraf kewarganegaraan Wee
Meng Chee di atas kelancangannya menghina dan memperkotak-katikkan negara
Malaysia iaitu tanah airnya sendiri.

Namun begitu, apabila isu yang dibangkitkan ini berkaitan dengan Perlembagaan
Malaysia maka ia akan menjadi satu isu yang sensitif. Memang jika dinilai kembali
perbuatan menghina dan mengkhianati negara ini merupakan satu perkara yang
seharusnya tidak boleh dimaafkan dan memang selayaknya individu itu dilucutkan
taraf kewarganegaraannya. Tetapi harus diingat negara Malaysia adalah sebuah
Negara berpelembagaan dan kita harus merujuk kepada perlembagaan tersebut.
Bukan mudah untuk melucutkan taraf kewarganegaraan seseorang.
Jika kita lihat pada Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 14 (1) telah
menyatakan bahawa seseorang yang mendapat taraf kewarganegaraan melalui
Perkara 14 (1) adalah melalui kuatkuasa undang-undang di mana mereka ini
mendapat taraf kewarganegaraan tanpa perlu melakukan sebarang pendaftaran atau
penaturalisasian maka, pemuda ini telah berada di bawah Perkara 14 (1) itu.

Benar, kerajaan boleh melucutkan taraf kewarganegaraan pemuda tersebut


dengan menggunakan Perkara 25 (1)(a) yang menyatakan bahawa kerajaan boleh
melucutkan taraf kewarganegaraan seseorang individu itu tetapi harus kita ingat
Perkara 25 (1)(a) ini hanya boleh digunakan apabila seseorang individu itu mendapat
taraf kewarganegaraan melalui pendaftaran dan penaturalisaian dan bukan bagi
mereka yang mendapat taraf kewarganegaraan melalui kuasa undang-undang di
bawah Perkara 14 (1).

Dalam hal ini, ada pihak-pihak tertentu telah mempersoalkan kewibawaan


kerajaan untuk melucutkan taraf kewarganaan pemuda tersebut. Namun adakah
mereka sedar dan faham tentang kuasa perlembagaan yang wujud di Malaysia ini. Ini
kerana bukan sewenang-wenangnya kerajaan boleh melucutkan taraf
kewarganegaraan seseorang individu itu atas alasan ketidaksetiaannya atau
penghinaan yang dilakukan serta apa juga kesalahan kerana segalanya perlu merujuk
kepada Perlembagaan Malaysia.
BIBLIOGRAFI

1. Temu ramah

En. Yusof Bin Yaakub ,


- GPK HEM Sek. Keb. Dato’ Ahmad Manaf Nilai.
- Merupakan bekas guru sejarah bagi tingkatan 3, 4 dan 5.

2. Majalah

- Dewan Masyarakat keluaran Oktober 2004


( Isu Kedudukan Bahasa Melayu)

3. Buku

Mohd. Sohaimi Esa, Dayu Sansalu, Budi Anto Mohd Tamring. Januari 2011.
Hubungan Etnik: Kelansungan Pembinaan Negara Bangsa ,Terbitan
Pertama. Penerbitan Multimedia Sdn. Bnd.

Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Cetakan kedua 2008.
Pusat Penerbitan Universiti (upena). Universiti Teknologi MARA. SHAH
ALAM.

4. Internet

- http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PeguamSyarieMenulis_Pengajar
ansebalikkontroversiazan/Article/
-

5. Rencana
Peguam Syarie Menulis:

Pengajaran sebalik kontroversi azan


Oleh Musa Awang

2011/01/19
Penduduk majmuk perlu hormati hak kebebasan beragama

ISU bantahan peguam yang menghantar memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri dan Ahli
Parlimen Lembah Pantai membantah laungan azan di Masjid Al-Ikhlasiah dianggap selesai
apabila kelmarin, peguam terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua
umat Islam.

Tindakan peguam berkenaan mendapat bantahan seluruh umat Islam, maka wajarlah
permohonan maaf dibuat kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Azan, syiar Islam yang bermula di Madinah pada tahun pertama hijrah seperti disebut dalam
hadis diriwayatkan Abdullah bin Umar semasa orang Islam mula sampai di Madinah dan
berkumpul menunggu menunaikan solat tetapi tiada yang menyeru untuk bersembahyang.

Maka Rasulullah SAW pada satu hari mengumpulkan sahabat untuk membincangkan cara
mengingatkan umat Islam mengenai masuk waktu solat dan mengajak mereka ke masjid
menunaikan solat berjemaah.

Dalam perbincangan itu, ada mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ditiupkan serunai atau
terompet, dibunyikan loceng dan dinyalakan api di atas bukit. Namun, semua usul itu ditolak
Nabi Muhammad SAW kerana sama dengan amalan agama lain seperti Nasrani (Kristian) dan
Yahudi.

Kemudian Saidina Umar mencadangkan supaya dilaungkan ayat ‘telah datang waktu solat’ dan
cadangan itu diterima Nabi, tetapi Baginda menukar lafaznya kepada ‘marilah solat berjemaah’.
Sehinggalah pada suatu malam Abdullah bin Zaid dan Umar bin al-Khattab sama-sama
bermimpi, mengenai cara lebih baik untuk menghebahkan solat dengan mengumandangkan
‘azan’ seperti yang ada pada hari ini.

Apabila mimpi sahabat disampaikan kepada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: “Mimpi itu
mimpi yang benar.” Lalu Nabi memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan pada setiap kali
masuk waktu solat.

Untuk solat Jumaat, dua kali azan iaitu pertama menandakan masuk waktu Zuhur memanggil
orang Islam ke masjid dan kali kedua sejurus sebelum imam memulakan khutbah Jumaat.
Manakala azan Subuh semasa zaman Rasulullah SAW dikumandangkan sebanyak dua kali
seperti dilakukan di Masjidilharam. Pertama, selepas berlalunya separuh malam untuk
memberitahu umat Islam waktu Subuh sudah hampir dan waktu itulah mereka digalakkan
bersembahyang sunat tahajud dan sebagainya atau bersahur untuk berpuasa.
Azan kedua diperdengar ketika masuk waktu Subuh dengan tambahan lafaz ‘solat itu lebih baik
daripada tidur’. Azan juga sunat dibisikkan ke telinga bayi lelaki baru lahir.

Dalil mensyariatkan seruan azan ialah firman Allah yang bermaksud: “Jika kamu dipanggil
(diseru) untuk sembahyang...” (Surah al-Ma’idah, ayat 58).

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang
kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.” (Riwayat
Bukhari dan Muslim).

Keajaiban syiar Islam dalam azan ini terbukti apabila azan akan berkumandang di setiap minit
selama 24 jam sehari di seluruh dunia berdasarkan perbezaan waktu dan tempat.

Ribuan bilal akan melaungkan azan Subuh seawal 5.30 pagi, bermula di bahagian timur
Indonesia dan bergerak ke barat kepulauan Indonesia. Belum pun laungan azan itu selesai di
seluruh Indonesia, azan akan bergema pula di Malaysia, kemudian disambut di Thailand,
Myanmar, China dan seterusnya. Azan akan terus bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di
India.

Sebelum berakhir di Pakistan, laungan azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman,
kemudian di Emiriah Arab Bersatu, di tanah suci Makkah, Madinah dan negara lain. Proses ini
berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam
setengah.

Sebelum azan subuh bergema di situ, azan Zuhur sudah berkumandang di Indonesia semula dan
begitulah seterusnya laungan azan akan bersahut-sahutan di serata pelusuk dunia melaungkan
keagungan Allah dan Nabi Muhammad SAW setiap detik, sepanjang waktu.

Semoga selepas ini tidak ada lagi pihak mempertikaikan amalan agama masyarakat di negara ini.

Janganlah menghuru-harakan keadaan masyarakat yang hidup dalam rukun dan damai.
Walaupun permohonan maaf dibuat, namun hakikatnya ada yang tersinggung dengan tindakan
itu. Perbuatan menghina amalan agama sesuatu masyarakat tidak sepatutnya berlaku kerana kita
hidup dalam masyarakat majmuk, berbilang bangsa, agama dan kepercayaan.

Cuba bayangkan jika umat Islam mempertikai amalan upacara keagamaan lain seperti amalan
membunyikan loceng di kuil pada waktu Maghrib atau membakar colok di tokong yang
mengeluarkan asap serta bau tidak menyenangkan, sudah tentu penganut agama itu akan marah.

Hakikat agama Islam sebagai agama Persekutuan dan agama lain bebas untuk dianuti seperti
termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan perlu difahami dan dihormati
masyarakat bukan Islam. Agama Islam yang diletakkan di bahagian awal dalam Perlembagaan
membawa makna yang besar dari segi peranan, kedudukan dan keutamaannya. Mempersoalkan
kesucian Islam ibarat menghina pelindung kepada kesucian agama Islam di negara ini iaitu Yang
di Pertuan Agong.
FATIN ATHIRAH BINTI YUSOF
900504 05 5384
PISMP PENDIDIKAN KHAS 2

REFLEKSI

Bersyukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya


selesaikan tugasan Kerja Kursus Pendek bagi subjek Hubungan Etnik (WAJ 3106)
tepat pada masa yang ditetapkan. Bagi kerja kursus ini, kami diberi tugasan untuk
menyediakan sebuah carta garis masa tentang sejarah penggubalan perlembagaan
sehingga penubuhan Malaysia. Manakala, bagi tugasan kedua, kami perlu membuat
analisis tentang isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia yang menyentuh tentang
Perlembagaan Persekutuan dan tugasan yang terakhir pula, kami perlu membuat peta
minda tentang peranan guru dalam mewujudkan integrasi sosial dan memperkukuh
perpaduan semasa melaksanakan kurikulum dan kokurikulum di sekolah.

Saya begitu teruja untuk menyiapkan tugsasan ini kerana ia berkaitan dengan
sejarah negara kita. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berpasangan dan saya
telah berbincang dah berpakat dengan Huzaifah binti Abdul Talinb untuk menyiapkan
tugasan ini secara bersama-sama. Tindakan kami yang pertama ialah memahami dan
berbincang mengenai kehendak tugasan yang perlu dilaksanakan. Saya percaya
bahawa, sesuatu perbincangan dapat menyuntik seberapa banyak idea dan buah
fikiran bagi membantu pelaksanaan tugasan ini. Setelah itu, kami telah membuat
pembahagian tugas mengikut persetujuan bersama.

Kekuatan yang terpapar jelas melalui pelaksanaan kerja kursus ini ialah daripada
faedah yang telah saya peroleh terutamanya ketika membuat analisis serta huraian
mengenai isu semasa dan Perlembagaan Persekutuan . Hal ini adalah kerana, setelah
mendalami isu tersebut saya mula memahami bahawa setiap tindakan yang melibatkan
sensitiviti sesetengah pihak boleh dirujuk kepada Perlembagaan yang telah termaktub.
Kefahaman terhadap Perlembagaan ini memberi satu ilmu baru kepada saya untuk
menjadi rakyat yang tahu tentang sejarah dan berpegang teguh kepada asal usul.
Melalui tugasan yang ketiga, kekuatan yang saya peroleh ialah cetusan idea dan
buah fikiran untuk mempelbagaikan cadangan pengajaran semasa di sekolah nanti.
Penyerapan nilai murni dan budaya yang baik boleh dipupuk semasa menjalankan
pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Pada
pendapat saya, guru yang bertanggungjawab akan selalu peka terhadap segala
keadaan atau situasi yang berlaku disekitarnya. Murid-murid merupakan peniru yang
terbaik, maka dengan adanya contoh atau teladan yang boleh diikut sudah pastinya
sikap untuk bersatu-padu itu akan menjelma.

Sebagai seorang bakal guru, saya perlulah sentiasa berusaha untuk


meningkatkan kemajuan dan mendalami seberapa banyak ilmu agar tidak ketinggalan
dalam arus permodenan. Saya akui bahawa, saya merupakan individu yang sangat
kurang membaca dan ia menyebabkan wujudnya kelemahan semasa hendak
menjalankan tugasan. Ilmu atau pengetahuan mengenai isu semasa dan sejarah
negara kita merupakan keperluan yang mana menjadi tempat untuk rakyat Malaysia
bersandar. Sebagai contoh, sekiranya kita tidak tahu asal usul diri kita, ada
kemungkinan kita akan menjadi kosong dan tiada fokus dalam hidup. Walaupun kita
tahu terlalu banyak masalah dan isu pertikaian kepentingan berlaku dalam negara kita,
namun di segenap itu masih terdapat ruang untuk kita menilai dan berfikir untuk
membuat satu anjakan serta perubahan daripada bawah.

Penguasaan ilmu yang meluas boleh dikatakan sebagai tuntutan bagi setiap
guru agar sifat berpengetahuan itu menjadi pegangan utama dan menjadi aset untuk
membimbing murid ke arah yang lebih positif. Sesungguhnya kerja kursus ini begitu
mendekatkan diri saya dengan keadaan sebenar senario negara kita dan tindakan guru
untuk memperbaiki keadaan tersebut.Akhir sekali, dapat saya simpulkan disini bahawa
guru yang sentiasa bersedia, peka serta bergiat aktif dalam menguasai sebarang aktiviti
pengajaran dan berusaha meningkatkan kemajuan diri adalah tidak menjadi sesuatu
kemusykilan jika mempunyai semangat yang kuat untuk mendidik serta mengubah
pandangan anak bangsa.
HUZAIFAH BINTI ABDUL TALIB

900316 05 5184
PISMP PENDIDIKAN KHAS 2

REFLEKSI

Pada 23 Februari 2011 yang lalu, saya telah diberikan tugasan bagi
matapelajaran WAJ 3106 – Hubungan Etnik. Tugasan ini meminta agar membuat carta
garis masa berkaitan dengan sejarah penggubalan perlembagaan sehingga penubuhan
Malaysia. Tugasan kedua ialah mengupas lima isu semasa berkaitan Perlembagaan
Malaysia dan tugasan terakhir berkaitan peranan guru memperkukuh perpaduan dan
integrasi nasional semasa melaksanakan kurikulum dan kokurikulum di sekolah.

Melalui tugasan ini, saya telah memperoleh begitu banyak pengetahuan


berkaitan sejarah Malaysia dan yang menariknya sebelum ini saya tidak berminat
dengan sejarah namun saya menjadi begitu teruja dan bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan tugasan ini. Saya berusaha untuk memahami apa yang saya baca
mengenai Perlembagaan Malaysia dan saya mula faham sedikit sebanyak sejarah
berkaitan dengan penubuhan Malaysia serta Perlembagaan Malaysia.

Sebagai seorang bakal pendidik juga, adalah sangat penting untuk mengisi ilmu
di dada terutama berkaitan dengan agama, bangsa dan negara. Ini adalah kerana, ia
dapat membantu saya untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid saya
kelak seperti mewujudkan semangat patriotisme iaitu semangat cinta akan negara.
Saya juga boleh menerapkan unsur-unsur sikap toleransi dan sikap saling bantu-
membantu tanpa mengira kaum dan agama.

Saya sedar akan kelemahan diri saya yang sebelum ini tidak begitu endah
dengan perkembangan negara ini namun begitu melalui tugasan ini ia telah
menyedarkan saya bahawa adalah penting bagi seorang rakyat Malaysia itu untuk
mengetahui sejarah negara dan perlembagaannya kerana ini akan memupuk semangat
kecintaan yang sangat mendalam kepada agama, bangsa dan negara. Tatkala ini, saya
tersedar betapa pentingnya perlembagaan diwujudkan di dalam sesebuah negara
kerana itulah yang akan menjamin keadaulatan sesebuah negara tersebut. Jika
sebelum ini saya jahil jika berbicara mengenai isu ini tetapi sekarang saya sudah
mempunyai ilmu berkaitan dengan perlembagaan dan sejarah penubuhannya.

Memahami sejarah penubuhan Malaysia serta memahami isi kandungan


Perlembagaan Malaysia telah membuka ruang dan peluang kepada saya untuk lebih
peka dengan keadaan sekeliling saya di mana saya dapat mengetahui apakah isu-isu
semasa yang sedang dibangkitkan pada hari, tidaklah saya nanti dikatakan seperti
“katak di bawah tempurung” yang tidak tahu perkembangan semasa yang berlaku di
dalam negara ini. Saya juga berpeluang untuk mengupas isu-isu yang saya anggap
menarik di mana isu pertiakaian kuasa Raja-Raja Melayu, isu kewarganegaraan, isu
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Agama Islam sebagai agama rasmi dan
hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra. Saya anggap tugasan ini telah banyak
memberikan saya p[eluang untuk lebih memahami dan memupuk kesedaran di dalam
diri saya untuk memperjuangkan hak yang sedia ada untuk kaum Melayu dan bukan
sewing-wenangnya memberikan hak-hak tersebut kepada bangsa asing.

Namun begitu, agak sukar juga bagi saya untuk memahami isi kandungan yang
terdapat di dalam Pelembagaan Malaysia ini. Ini merupakan kekangan yang hebat
untuk saya ketika mencari isu-isu yang boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Malaysia
ini. Tetapi atas bantuan dan sokongan daripada pensyarah dan rakan-rakan akhirnya
saya mampu juga untuk memahami dan mengupas isu-isu yang telah dipilih. Selain itu,
terdapat kekeliruan juga ketika saya ingin menyelesaikan tugasan berkaitan carta garis
masa tersebut kerana sukar untuk mendapatkan maklumat yang benar-benar tepat
tetapi hasil daripada perbincangan dengan ahli kumpulan dan rakan-rakan yang lain, ia
dapat diselesaikan dengan jayanya.
Di sini, saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana saya dan
rakan sekumpulan saya, Fatin Athirah Binti Yusof telah berjaya juga akhirnya
menyelesaikan tugasan yang diberikan ini dengan baik. Sesungguhnya, tugasan ini
telah banyak mengajar saya erti kehidupan dan kecintaan kepada negara Malaysia ini.

Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah iaitu Pn…………..
kerana telah memberikan sokongan yang padu kepada kami dalam melaksanakan
tugasan ini. Kepada rakan sekumpulan, terima kasih juga saya ucapkan kerana telah
memberika komitmen yang sepenuh ketika melaksanakan tugasan ini. Tidak dilupakan
rakan-rakan sekelas saya yang tidak jemu-jemu memberikan tunjuk ajar dan berkongsi
idea bersama-sama saya, terima kasih saya ucapkan kepada kalian. Sesungguhnya
budi baik kalian akan saya kenang selagi jasad benyawa. Sekian, terima kasih.

You might also like