NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO.

MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

TAJUK KAJIAN
PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID-MURID TAHUN TIGA DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALAI 33400 LENGGONG PERAK DARUL RIDHUAN

DISEDIAKAN OLEH : MOHAMAD ANWAR BIN AHMAD 761121-02-5615 Emel : an_war25@yahoo.com.my

1

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO. MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah tahap penguasaan tulisan Jawi di kalangan murid-murid Islam tahap satu . Kajian ini telah dijalankan secara ujian dan temubual . Sampel terdiri daripada 10 orang lelaki dan 5 orang perempuan di salah sebuah sekolah rendah di daerah Hulu perak iaitu sekolah Kebangsaan Bukit Balai Lenggong Perak. Pemilihan sampel berdasarkan tempat pengkaji bertugas. Ujian secara lisan, bertulis dan temubual bersama guru dan beberapa orang murid telah digunakan untuk mengukur tahap pencapaian penguasaan tulisan Jawi. Data dianalisa secara statistik deskriptif yang menjuruskan kepada huraian peratus. Setelah huraian secara peratus dijalankan berbagai cadangan dan kajian untuk dilanjutkan.Kajian ini memberi satu alternatif bagi guru agama atau individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran di kelas serta meningkatkan kemahiran penguasaan tulisan Jawi untuk murid-murid islam tahap satu.. Temubual dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tulisan Jawi. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui latar belakang murid-murid dan guru serta faktor yang mempengaruhi kebolehan sampelan menulis Jawi. Manakala ujian mengenal, menulis dan membaca pula untuk mengetahui sejauh mana masalah kebolehan murid-murid menulis Jawi. Kesimpulan kajian ini menunjukkan prestasi murid-murid berkait rapat dengan latar belakang dan persekitaran di mana murid-murid yang mempunyai ibu bapa yang tiada pendedahan awal mengenai tulisan Jawi dan kesedaran tentang pentingnya pendidikan Jawi. Sikap murid-murid yang negatif juga mempengaruhi cara pembelajaran mereka. Oleh itu, untuk memantapkan lagi penggunaan tulisan Jawi beberapa saranan dibuat seperti wujud nya program Pintar Jawi ,Sayang Jawi dan yang terbaru ialah program j-QAF (Jawi,Quran,Arab,Fardhuain) sebagai kesinambungan ke arah mengembalikan semula keagungan tulisan Jawi dan meletakkan fungsi dan kedudukan yang tinggi setanding dengan tulisan-tulisan lain di dunia. 2

MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN BAB 1 1. Rajah 1 (Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. dan Terengganu.NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO.1 Sejarah Tulisan Jawi Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Kelantan. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka. Kedah. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Perlis.0 Pengenalan. 3 . Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor. menunjukkan pengaruh Islam di Tanah Melayu) 1.

Pada peringkat ini murid-murid di tahap satu suka menyoal. Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihakpihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis. Selain itu. MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN Pada zaman dahulu. meneroka dan mencuba. Malah tidak berhenti belajar dalam menjiwai setiap yang mereka pelajari. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran. Rajah 2 Di peringkat awal murid-murid merupakan satu peringkat perkembangan yang berlaku dengan pesatnya baik dari segi intelek.Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris seperti dalam rajah 2 di bawah. Inilah masa yang sesuai bagi menyediakan rangsangan yang bercorak Islam supaya mereka dapat belajar perkaraperkara berkenaan Islam dan seterus menjiwai setiap pengalaman yang berunsurkan Islam. adat istiadat dan perdagangan. Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi. tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. 4 . jasmani mahupun rohaninya.NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO. Belanda dan Inggeris.

Oleh itu. kemahiran menulis mesti diajar dengan cara dan teknik yang betul di peringkat awal lagi. Peringkat menulis Jawi sama seperti menulis Rumi yang mempunyai perbezaan dari segi arah tulisan dan bentuk dan kaedah menyambungkan huruf menjadi suku kata atau perkataan. Melalui tulisan Jawi juga penerapan nilai-nilai Islam dapat diperteguhkan. Guru haruslah menyediakan lembaran kerja dan pendekatan serta teknik yang pelbagai dan menyeronokkan untuk memberi tumpuan dan perhatian yang lebih terhadap penguasaan tulisan Jawi. Hal ini adalah disebabkan tulisan Jawi merupakan pendekatan yang paling baik dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam kepada murid-murid dan masyarakat selaras dengan cita-cita ‘Falsafah Pendidikan Negara’. Aspek asas Jawi membolehkan murid mengecam dan membunyikan huruf Jawi iaitu pergerakan mata dan tangan mengikut bentuk huruf. Di sini peranan guru amat penting di dalam memberi penekanan latihan dan latihtubi serta tumpuan kepada psikomotor. Sementara teori mentalisme lebih sesuai diajukan kepada murid-murid yang mempunyai daya kemahiran mengenal dan mengecam hurufhuruf Jawi.Kekerapan latihan menulis yang terancang akan membantu murid-murid menguasai tulisan Jawi dengan baik. 5 . MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN Salah satu perkara yang berkaitan dengan agama Islam yang dipelajari oleh murid-murid di peringkat sekolah rendah ialah pendidikan islam dalam tulisan Jawi. Guru seharusnya dapat menyesuaikan kaedah dan pendekatan semasa proses pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi berdasarkan kebolehan murid-murid dan tidak mengelirukan murid dengan kaedah tulisan Jawi . Faktor-faktor di atas akan menentukan kebolehan dan keupayaan murid-murid menulis Jawi. membentuk huruf Jawi serta membaca sukukata dan perkataan mudah.NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO. Sebagai suatu hasil kraf dan seni. Ianya merupakan aspek komponen yang ditekankan melalui Kurikulum Pendidikan Islam. Pengajaran menulis memerlukan perancangan dan ketelitian yang rapi. Tulisan Jawi merupakan sebuah kraf seperti kraf-kraf yang lain. menulis Jawi memerlukan latihan dan bimbingan yang bersistematik.

3. Bagi mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas.4.1 Murid-murid haruslah diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf dengan menggunakan gambar.NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO. MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN 1. Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut : 1. 4. pelajaran tulisan Jawi yang dirancang haruslah sistematik bertitik tolak daripada aktiviti-aktiviti pramenulis yang berbentuk bebas. guru haruslah memberi perhatian kepada beberapa perkara : 1.4. Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. 1. 1. 1.3 Peringkat mendirikan asas Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul.2 Peringkat Pramenulis Manakala pada peringkat pramenulis pula ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Melatih pergerakan yang berbeza arah tulis dari kanak ke kiri dan dari kiri ke kanan. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan.4 Penyampaian kemahiran Semasa menyampaikan kemahiran tulisan mekanis. mereka boleh dilatih membentuk lambanglambang tulisan. 5. hendaklah diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat daging murid-murid. dicadangkan murid-murid membentuk huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata. 2. Dalam tempoh ini latihan-latihan otot-otot. Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata. Pada peringkat ini. 6 . tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari peringkat awal lagi.2 Sebelum dilatih menulis.

1.0 Persoalan Kajian Kajian ini akan memfokuskan kepada permasalahan berikut: 2. mula-mula gunakan alat-alat dengan baik.2 Mengetahui tahap penguasaan murid-murid tahun tiga dapat menguasai kemahiran tulisan Jawi.Oleh yang demikian pengkaji telah memilih beberapa kaedah dalam mengesan tahap penguasaan jawi bagi murid Tahun tiga dengan mewujudkan satu program Kem Pemulihan Jawi yang diadakan di sekolah tersebut. 3. Kesimpulannya.4. MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN 1.NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO.1 Mengetahui tahap penguasaan murid-murid tahun tiga mengenalpasti huruf-huruf Jawi.0 Objektif Kajian Antara objektif yang hendak dicapai di dalam kajian ini ialah: 3.3 Bagaimanakah murid-murid tahun tiga dapat menulis huruf-huruf Jawi? 2. Tulisan Jawi merupakan kunci khazanah ilmu dan warisan bangsa Melayu yang mesti dikekalkan hingga ke akhir zaman. kemudiannya dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.3 Murid-murid menulis dengan menyebut nama-nama huruf.3 Mengetahui tahap penguasaan murid-murid tahun tiga menulis hurufhuruf Jawi.5 Apakah bentuk huruf Jawi yang tidak dapat dikuasai oleh murid? 3.4 Apakah punca-punca murid-murid tahun tiga tidak dapat menulis huruf Jawi? 2. 2.4 Menggunakan kertas. 7 .2 Bagaimanakah murid-murid tahun tiga boleh menguasai kemahiran menulis tulisan Jawi? 2. setiap orang Islam sewajarnya mengambil berat tentang tulisan Jawi sebagai satu tanggungjawab di dalam memartabatkan tulisan Jawi sebagai satu tulisan yang lebih ke arah huruf-huruf hijaiyah yang perlu dikuasai dengan betul dan baik. 3.1 Bagaimanakah murid-murid tahun tiga mengenalpasti huruf-huruf Jawi? 2.4.

0 Kepentingan Kajian Hasil dapatan daripada kajian ini adalah diharap dapat: tulisan 4. 4. MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN 3. 4.2 Membantu pihak guru Pendidikan Islam dan guru j-Qaf menilai kelemahan yang terdapat pada murid dalam menguasai tulisan jawi.4 Menarik minat murid tehadap penulisan jawi secara mendalam dan menobatkan kembali tulisan jawi dalam urusan harian.0 Batasan Kajian Kajian ini dijalankan terhadap pelajar tahun tiga seramai 25 orang yang telah melalui Kem Pemulihan Jawi sebanyak 8 kali bermula daripada tahun 2006 hingga 2008. 8 .5 Mengetahui bentuk huruf Jawi yang tidak dapat dikuasai oleh murid . 4.NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO. Seramai 15 orang pelajar telah dijadikan responden iaitu 70 peratus daripada bilangan populasi sebanyak 25 orang pelajar Islam. 3. 4. 5.3 Mewujudkan rasa tanggungjawab yang tinggi dan komited terhadap memartabatkan tulisan jawi dikalangan masyarakat .1 Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pelaksanaan Kem Pemulihan Jawi di masa akan datang 4. Responden-responden yang dipilih akan dinilai tahap penguasaan mereka dengan menggunakan borang penilaian kemahiran Kem Pemulihan Jawi seperti yang dilampirkan dalam Lampiran 1.4 Mengetahui punca-punca murid-murid tahun tiga tidak tahu menulis Jawi.5 Membiasakan murid dengan penulisan tulisan jawi .

6.3. Kem Pemulihan Jawi adalah satu program yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menguasai matapelajaran jawi dengan sempurna dari segi penulisan.3 6.1. .4 6.NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO.0 Latar belakang. 6.1 Murid dapat mengecam bentuk huruf jawi dengan betul. Murid dapat membina ayat dengan tulisan jawi secara betul dan lancar. 6.5 Murid dapat menulis huruf jawi berdasarkan gambar.5 Setiap kem mengandungi enam Latihan Dalam Kumpulan Bilangan bagi setiap kumpulan dalam LDK adalah Semua murid perlu disediakan Rekod Kemahiran yang (LDK) dengan jumlah masa selama sepuluh jam. dijadikan sebagai laporan prestasi individu 9 .2 Kumpulan Sasaran Semua murid tahap satu dan dua .2 Aktiviti latih tubi penulisan jawi ditekankan dalam kem Pemulihan Jawi di sekolah.3. 6. 6. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif mengikut kesesuaian sesebuah organisasi sekolah. MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN 6. Namun kajian ini akan memfokuskan kepada semua murid bagi tahun tiga sahaja. 6.1 Objektif Kem Pemulihan Jawi ialah: 6.1 Aktiviti ini hendaklah dilaksanakan dalam bentuk latih tubi di luar waktu pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.3 6.1. Murid dapat menyusun perkataan jawi dengan betul.3.4 6.1.3.3 Strategi Pelaksanaan 6.3. berdasarkan kesesuaian sesebuah sekolah. 6.1.1.2 Murid dapat menulis huruf jawi mengikut garis putus dengan kaedah yang betul.

“Penulisan mendahului bacaan …………Penulis adalah tindakan di mana psikomotor mekanisme amat ketara . kami hanya mencapai sesuatu pekerjaan yang intelektual. membaca dan menulis. 10 .0 Tinjauan Literatur Kajian ini adalah mengenai kebolehan murid-murid Tahun 3 dalam menguasai tulisan Jawi. pengkaji akan membincangkan mengenai beberapa perkara yang berkaitan seperti berikut : a) Teori-teori mengenai tulisan . Ingat bahawa masa penulisan yang panjang atau pembinaan perkataan adalah cara semulajadi untuk seorang kanak-kanak belajar membaca. Ia akan memberikan maklumat mengenai bidang-bidang yang bersesuaian dengan kajian ini. Oleh sebab itu. MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN BAB 2 7. Antaranya ialah kemahiran mengingat ( menghafaz ). 7. sebaliknya dalam pembacaan. bab ini akan meninjau literatur yang berkaitan dengan kajian.” Biarlah kanak-kanak itu meraih faedah dalam tempoh masa yang lama melalui aktiviti-aktiviti psikomotor ini sebelum bergerak kepada sesuatu pembacaan yang amat abstrak. Justeru itu.1 Teori-teori Pendidikan Jawi juga bermulanya dengan beberapa kemahiran yang perlu dititikberatkan. Ia amat berkait rapat di antara satu sama lain untuk mencapai satu objketif utama yang berkaitan dengan kajian. dalam bab ini. b) Kajian terdahuu yang berkaitan dengan tulisan Jawi sama ada di dalam dan di luar negara. Daripada The Discovery of the child.NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO. Dr. Montessori mendapati bahawa .

” Begitu juga suatu pandangan dari Hashim Abdullah (1999). MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN Dr. kesusasteraan. perubatan dan sebagainya memberi gambaran yang jelas tentang tulisan Jawi dalam memupuk perkembangan keilmuan masyarakat Melayu zaman silam. Menurut Zaidi Osman (1999) “ada menyatakan peranan tulisan Jawi dalam perkembangan kebudayaan dan keilmuan Melayu amat besar. sejarah. Beribu-ribu manuskrip Melayu yang masih terpelihara yang mengungkapkan berbagai-bagai bidang ilmu seperti kebudayaan. Kesenian ini tidak akan pupus sekiranya kanak-kanak iaitu generasi muda sekarang ini diberi penekanan di dalam mempelajari Jawi dan seterusnya mempertahankan martabatnya di mata dunia”. keagamaan . Ekoran daripada itu pelbagai krisis akhlak dan sosial di kalangan remaja kerana konsep Islam yang tulen tiada lagi dalam diri mereka. Dapat dikatakan semua manuskrip Melayu terawal dalam tulisan Jawi. 11 . Montessori kerap menekankan bahawa tangan itu adalah guru utama kanakkanak. “menyatakan kehilangan atau kelupusan tulisan Jawi bermakna satu lagi daripada sekian banyak ‘warisan pusaka’ bangsa Melayu yang hilang.” Bersama-sama dengan pandangan Aristotle. Dr. dan inilah juga yang dikenalpasti kejahilan anak-anak muda Melayu membaca al-Quran.NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO. Beliau mengambil satu petikan daripada The Absorbant Mind . bahawasanya latihan deria adalah hal yang paling penting dalam pendidikan. Menyedari hakikat itulah maka kini. pelbagai pihak tampil ke hadapan dengan pelbagai pandangan untuk memartabatkan semula Jawi yang pernah mentamadunkan bangsa Melayu. Aristotle adalah orang yang pertama mengenali kemampuan unik ingatan manusia dalam pepatah masyhurnya : “Tidak ada apa dalam intelektual ini yang tidak dikesan dalam derianya tetapi ia wujud dalam inteleknya dalam kaedah yang berlainan daripada dalam deria. disebabkan ketidakbolehan mereka membaca Jawi”. Montessori menegaskan bahawa pendidikan di peringkat awal kanak-kanak mestilah berdasarkan prinsip ini : “Bantulah perkembangan semula jadi kanak-kanak itu.

Ini berlaku disebabkan persaingan dengan tulisan rumi yang diajar dan digunakan dalam banyak mata pelajaran lain di sekolah”. Rashid (1991) “yang mendapati tahap penguasaan kemahiran Jawi di kalangan pelajar adalah rendah.NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO.Jika usaha tertentu tidak diambil dari sekarang ramai generasi muda tidak akan dapat membaca dan menulis jawi” . Alasan ini disokong pula oleh dapatan kajian yang dijalankan oleh Muhamad b. Endut(1992) yang mendapati ramai pelajar yang lambat menguasai Jawi disebabkan ia hanya diberi penekanan dalam masa pelajaran Pendidikan Islam sahaja. Ibnu Taimiyyah (1982) “menegaskan perlunya mempelajari Bahasa Arab (Tulisan Jawi) sebagai satu mata pelajaran yang tidak ada kaitan dengan kefahaman dalam bidang Islam”. kerana Norlaila Sulaiman (1993) “mendapati dalam kajiannya bahawa kedudukan pengajaran Jawi yang tidak menentu dalam kurikulum sekolah telah menimbulkan masalah dan menjadi sebab kelemahan penguasaan kemahiran Jawi di kalangan pelajar sekolah” 12 . MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN 8. Dapatan kajian di atas disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Amir Mohd.0 Kajian terdahulu yang berkaitan dengan tulisan Jawi sama ada di dalam dan luar negara. 18 Oktober . Atas alasan inilah dikatakan pelajar lambat menguasai kemhairan Jawi.1987) Pandangan di atas ada kebenarannya.(Berita Minggu. Abu Baker As-sidek seorang peserta Majlis Forum Hari Sastera di Kuantan menyatakan “kementerian Pendidikan tidak menitikberatkan tulisan Jawi sejak pengenalan kurikulum lama sekolah rendah dan ini menyebabkan ramai kanak-kanak sekarang tidak dapat membaca Jawi.

(dh) r z s sy s. (ḍ) t. (ẓ) awal: a. (ṣ) d. (‘) gh ng f 13 ‫ﺍ‬ ‫ﺏ‬ ‫ﺕ‬ ‫ﺙ‬ ‫ﺝ‬ ‫ﺡ‬ ‫ﭺ‬ ‫ﺥ‬ ‫د‬ ‫ﺫ‬ ‫ﺭ‬ ‫ﺯ‬ ‫ﺱ‬ ‫ﺵ‬ ‫ﺹ‬ ‫ﺽ‬ ‫ﻁ‬ ‫ﻅ‬ ‫ﻉ‬ ‫ﻍ‬ ‫ڠ‬ ‫ﻑ‬ ‫ﺑ‬ ‫ﺗ‬ ‫ﺛ‬ ‫ﺟ‬ ‫ﺣ‬ ‫ﭼ‬ ‫ﺧ‬ ‫ـﺒ‬ ‫ـﺘ‬ ‫ـﺜ‬ ‫ـﺠ‬ ‫ـﺤ‬ ‫ـﭽ‬ ‫ـﺨ‬ ‫ﺳ‬ ‫ﺷ‬ ‫ﺻ‬ ‫ﺿ‬ ‫ﻃ‬ ‫ﻇ‬ ‫ﻋ‬ ‫ﻏ‬ ‫ڠـ‬ ‫ﻓ‬ ‫ـﺴ‬ ‫ـﺸ‬ ‫ـﺼ‬ ‫ـﻀ‬ ‫ـﻄ‬ ‫ـﻈ‬ ‫ـﻌـ‬ ‫ـﻐـ‬ ‫ـ ڠـ‬ ‫ـﻔ‬ ‫ﺎ‬ ‫ـﺐ‬ ‫ـﺖ‬ ‫ـﺚ‬ ‫ـﺞ‬ ‫ـﺢ‬ ‫ـﭻ‬ ‫ـﺦ‬ ‫ـد‬ ‫ـذ‬ ‫ـر‬ ‫ـز‬ ‫ـﺲ‬ ‫ـﺶ‬ ‫ـﺺ‬ ‫ـﺾ‬ ‫ـﻂ‬ ‫ـﻆ‬ ‫ـﻊ‬ ‫ـﻎ‬ ‫ـڠ‬ ‫ـﻒ‬ . akhir: k. i. (ṭ) z. MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN Berikut adalah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi. (th) j h. Bentuk huruf Nama alif ba ta sa jim ha ca kha dal zal ra zai sin syin sad dad ta za ain ghain nga fa Tungg Awal al kata Tengah kata Akhir kata Padanan Rumi a b t s. (ḥ) c kh d z. u.NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO.

Maka dalam bahagian ini. e taling e pepet hujung ny awal: gugur. pengkaji akan membincangkan metodologi yang akan digunakan dalam melakukan kajian ini. 2. (q) k g l m n w. (ṯ) 1. BAB 3 9. akhir: k. i. Huruf di dalam kurungan ialah padanan untuk transliterasi.0 Metodologi Metodologi kajian menurut Kamus Dewan (1999) adalah satu sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kajian. Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan huruf yang unik dalam tulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab. (’) t. u. q. MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN pa qaf kaf ga lam mim nun wau va ha ya ye nya hamzah ta marbutah Catatan: ‫ﭪ‬ ‫ﻕ‬ ‫ﻙ‬ ‫ڬ‬ ‫ﻝ‬ ‫ﻡ‬ ‫ﻥ‬ ‫ﭬ‬ ‫ﻗ‬ ‫ﻛ‬ ‫ڬـ‬ ‫ﻟ‬ ‫ﻣ‬ ‫ﻧ‬ ‫ـﭭ‬ ‫ـﻘ‬ ‫ـﻜ‬ ‫ـ ڬـ‬ ‫ـﻠ‬ ‫ـﻤ‬ ‫ـﻨ‬ ‫ﻭ‬ ‫ۏ‬ ‫ﻩ‬ ‫ﻱ‬ ‫ى‬ ‫ڽ‬ ‫ء‬ ‫ة‬ ‫ﻫ‬ ‫ﻳ‬ ‫پـ‬ ‫ـﻬ‬ ‫ـﻴـ‬ ‫ـپـ‬ ‫ـﭫ‬ ‫ـﻖ‬ ‫ـﻚ‬ ‫ـڬ‬ ‫ـﻞ‬ ‫ـﻢ‬ ‫ﻦ‬ ‫ـو‬ ‫ـۏ‬ ‫ﻪ‬ ‫ﻲ‬ ‫ـى‬ ‫ـڽ‬ ‫ء‬ ‫ـة‬ p k.NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO. h.Perbincangan akan menyentuh beberapa aspek kajian yang 14 . o v h y.

Menurut Majid (2000) telah menyatakan “bahawa kajian kes adalah penyelidikan yang dilakukan secara intensif oleh penyelidik ke atas satu unit kecil sosial seperti individu. satu keluarga. Responden ini terdiri daripada 15 orang murid Islam yang sedang belajar di sebuah sekolah yang dikenal pasti. analisis data. Jadual 1 berikut menunjukkan latarbelakang responden. sampel kajian.NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO. satu kelab.” Pemerhatian akan dijalankan ke atas semua murid-murid Tahun 3 yang beragama Islam yang berbeza latar belakang keluarga.Setiap sesi mengambil masa selama 20 – 30 minit. tempat kajian. Penilaian dilakukan semasa proses pembelajaran di dalam kelas. satu sekolah atau satu masyarakat. 11 Sampel dan persampelan Temu bual yang diberikan untuk memperolehi tahap penguasaan Jawi di kalangan murid-murid Islam Tahun tiga.3%) 15 (100%) Pembolehubah Kelas Tahun tiga Jumlah Kekerapan 15 (100%) 15 (100%) 15 . 10 Reka bentuk kajian.instrumen kajian. pentadbiran kajian dan kesahan dan kebolehpercayaan alatan yang digunakan dalam melakukan kajian. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kes.7%) 5 (33. satu kampung. Jadual 1: Latarbelakang Responden Mengikut Jantina dan kelas Pembolehubah Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Kekerapan 10 (66. MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN berkaitan iaitu reka bentuk kajian.

Populasi kajian ini adalah terdiri daripada 15 orang murid Islam Tahun 3 di Sk. taraf sosio ekonomi keluarga dan tahap kecerdasan otak seperti yang dinyatakan dalam jadual 2.NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO. Pengkaji memilih sekolah tersebut kerana sekolah tersebut merupakan tempat pengkaji sedang bertugas dan memudahkan untuk menjalankan kajian .00 dan ke bawah sebulan. Rujuk jadual 3 untuk melihat pendapatan keluarga sampel secara lebih terperinci. Bagi keluarga yang dikategorikan bertaraf sosioekonomi sederhana ialah yang berpendapatan RM 701. Keluarga yang dikategori bertaraf sosioekonomi tinggi ialah yang berpendapatan RM 2000. pengkaji telah memilih sebuah sekolah di daerah Hulu Perak iaitu Sk. MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN Bagi mendapatkan maklumat kajian. Jadual 3 : Pendapatan Keluarga Sampel mengikut Nilai tertinggi Bil Bilangan murid Pendapatan Keluarga Taraf Sosioekonomi 16 . Bukit Balai Lenggong Perak yang terdiri dari latar belakang yang berbeza dari aspek kebolehan. Jadual 2 : Jumlah subjek terlibat Bil 1 2 3 Taraf Sosioekonomi (SES) SES Tinggi SES Sederhana SES Rendah JUMLAH Lelaki 6 2 2 10 Perempuan 3 0 2 5 JUMLAH 9 2 4 15 Pengkaji memilih sampel mengikut taraf sosioekonomi keluarga bagi mendapatkan dapatan kajian untuk persoalan keempat iaitu adakah taraf sosioekonomi keluarga menjadi punca murid-murid tidak dapat menulis dan membaca huruf jawi. Manakala keluarga yang dikategorikan bertaraf sosioekonomi rendah ialah yang berpendapatan RM 700.00 dan ke atas sebulan. Bukit Balai lenggong Perak.00 hingga RM 1999.00 dan ke atas sebulan.

00 ke atas RM 701.00 sebulan.00 RM 700.NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO. 9 orang daripada mereka adalah daripada keluarga yang mempunyai taraf sosioekonomi tinggi iaitu berpendapatan lebih RM 2000. Bahagian A ii.00 sebulan dan akhirnya seramai 4 orang responden adalah dalam kategori berpendapatan rendah iaitu berpendapatan kurang RM 700. MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN ( SES) 1 2 3 9 orang 2 orang 4 orang RM 2000. Manakala 2 orang responden daripada mereka adalah daripada keluarga yang mempunyai taraf sosioekonomi sederhana iaitu berpendapatan lebih RM 701. Bahagian B iii. 12 Instrumen Kajian Pengumpulan data dalam kajian ini akan dilakukan dengan dua alat kajian iaitu seperti berikut : 12.1 a) Temubual untuk murid-murid i.00 sehingga RM 1999.00 sebulan.00 ke bawah Jadual 3 menunjukkan bahawa daripada 15 responden yang dipilih.00 – Tinggi RM Sederhana Rendah 1999. Bahagian C : Maklumat responden : Sikap responden : Faktor-faktor mempengaruhi sikap responden 17 .

Bahagian B : Pengajaran dan pembelajaran 12. 13 Analisa Data Mengetahui tahap penguasaan murid-murid Tahun 3 mengenal huruf-huruf Jawi. Ianya dijalankan selama 2 minggu berturut-turut. semasa ujian dijalankan hasil kajian menunjukkan 42% murid tidak mengenal huruf dan 58 % murid mengenal huruf seperti yang terdapat dalam rajah 1. Rajah 1 : Tahap penguasaan murid-murid tahun tiga mengenal huruf-huruf Jawi. Dalam soalan ujian bentuk soalan terdiri daripada mengenal huruf pada kad imbasan. Ini untuk meninjau sejauh mana tahap penguasaan responden dalam mengenal tulisan Jawi. menulis huruf pada lembaran kerja dan membaca tulisan Jawi secara urutan pada carta. Secara keseluruhan. b) Ujian bertulis Ujian bertulis disediakan dalam bentuk ujian. Bahagian A : maklumat guru ii.NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO.2 a) Mengecam dan membaca tulisan Jawi Membaca kad imbasan Jawi telah dijalankan selama 2 minggu berturut-turut pada dalam bulan April . Masa yang diperuntukkan untuk menilai tahap penguasaan murid terhadap tulisan Jawi selama 30 minit seorang. 18 . MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN b) Temubual untuk guru i.

Manakala huruf ‫ ﺏ.ﭫ.. 19 .3%. ﻦ‬dan ‫ ﻱ‬sebanyak 86. hanya 60% sahaja murid daripada 15 orang yang menguasainya dan diikuti pula huruf ‫ ﻉ‬sebanyak 53.7% sahaja yang menguasainya. hasil kajian menunjukkan 65. Diikuti pula huruf ‫ ﺱ‬dan ‫ ﻭ‬yang menunjukkan peratusan sebanyak 73. Bagi 6 huruf yang berikutnya iaitu huruf ‫. ﺹ.NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO.. ﺪ. ﺡ. ﺝ. ﺵ. ﺚ.7% dan huruf ‫ ﻩ‬sebanyak 80% sahaja murid menguasainya. ﺕ‬Huruf ‫ ﺍ‬mudah diingati kerana huruf ‫ ﺍ‬ini lebih menyerupai angka 1 dan huruf kecil L iaitu l..6% sahaja murid boleh menulis huruf Jawi. Ini terdapat dalam rajah 2 di bawah. ﻖ.3%..3% sahaja. MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN 60 50 40 30 20 10 0 58 42 Ujian Mengenal huruf Tidak Mengenal huruf Mengenal Huruf Semasa ujian dijalankan hasil kajian menunjukkan 100% daripada 15 orang murid sudah mengenal huruf pertama dan ketiga Jawi iaitu ‫ ﺍ‬dan ‫ . ﻅ‬ dan ‫ ﻛ‬hanya 7 daripada 15 orang sahaja yang menguasainya sebanyak 53.. ﺥ. Ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan menulis tulisan Jawi di kalangan murid-murid Tahun 3 amat rendah.. ﻒ. Bagi mengenal huruf ‫ ﺭ‬dan ‫ ﻡ‬pula. Hanya seorang sahaja yang mengenali huruf ‫ ﻦ‬sebanyak 6..4% murid tidak tahu dan tidak boleh menulis huruf Jawi dengan betul dan hanya 34.(Rujuk lampiran C) 13. ﺽ. ﻞ‬dan ‫ﺀ‬ sememangnya boleh dikuasai dengan baik juga.. Manakala bagi huruf yang berikut pula iaitu ‫ . ﻡ‬dan ‫ﻯ‬ menunjukkan tahap penguasaaan yang amat rendah sebanyak 33. Hasil kajian juga menunjukkan 66. ﺡ.3% sehingga 26. ﺯ. ﻂ.ﺝ.7% bagi huruf ‫ ﺫ. Secara keseluruhan.. ﻜ.1 Mengetahui tahap penguasaan murid-murid Tahun tiga menulis huruf-huruf Jawi.7% sahaja.

ﻩ. ﺽ . semua murid berada pada tahap kebolehan 100% menulis 6 huruf pertama Jawi iaitu huruf ‫ . ﻥ‬dan ‫ . ﺵ. pengkaji dapat membuat andaian bahawa murid-murid tidak dapat menulis huruf-huruf yang berkenaan adalah disebabkan kurang penekanan dari guru dan ibu bapa di rumah. MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN 70 60 50 40 30 20 10 0 65. ﺕ .ﺡ‬Bagi huruf ‫ ﺪ‬dan ‫ ﺥ‬pula masing-masing memberi keputusan yang baik juga iaitu sebanyak 86. ﻛ.7% hingga 6.ﺍ. ﺝ‬dan ‫ . ﻅ. ﻍ. Hasil daripada kajian dan tinjauan melalui latihan menulis ke atas 15 responden didapati 46.6 Ujian Tidak Boleh Menulis Boleh Menulis Rajah 2 : Tahap penguasaan murid-murid Tahun tiga menulis huruf-huruf Jawi Semasa ujian dijalankan menunjukkan keputusan berdasarkan jadual 2 (rujuk lampiran).ﻥ‬Manakala bagi huruf yang berikutnya ‫ . ﻒ. ﻜ.ﭺ.7% sahaja murid tidak dapat menulis huruf jawi dengan betul dan baik bagi huruf.ﻭ. Begitu juga bagi huruf ‫ ﺫ‬dan ‫ ﺹ‬hanya 66.4 34. ﺙ.7% dan 80%.ﻮ.ﺯ. ﻕ. Manakala bagi huruf ‫ ﺱ‬hanya 73. ﺀ. ﻡ.3% daripada 15 orang murid yang menguasainya. ﻃ. Sekadar mendengar murid boleh menghafal dan menyebut urutan huruf-huruf 20 . ﻝ. ﺐ . ﻒ. ﻉ. ‫ . ﻱ‬dan ‫ ﻯ‬menunjukkan 0% daripada 15 orang yang langsung tidak boleh menulis huruf tersebut.ﻉ.NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO. Dari analisis ini.7% sahaja dapat dikuasai sepenuhnya dan bagi huruf ‫ﺭ‬ pula hanya 60% sahaja dapat dikuasai oleh murid-murid Tahun tiga.

52 51 50 49 48 47 46 Tidak Boleh Membaca Huruf 48.Huruf ini amat sinonim dengan murid-murid yang biasa terdedah dengan 2 huruf pertama dalam alQuran.6 Ujian Boleh Membaca Huruf Rajah 3 : Tahap penguasaan murid-murid Tahun tiga membaca huruf-huruf Jawi Semasa ujian dijalankan. Fenomena ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa ada usaha untuk memberi penekanan yang mendalam 21 .2 Mengetahui tahap penguasaan murid-murid Tahun tiga membaca huruf-huruf Jawi.6% sahaja murid boleh membaca huruf Jawi dengan lancar.4 51. hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan membaca huruf Jawi pada tahap sederhana sahaja. MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN hijaiyah secara lagu atau nasyid sudah memadai dengan kebolehan mereka tanpa ditekankan lagi pada proses menulis dengan baik dan betul. Ini dapat dibuktikan dengan pencapaian 2 huruf pertama Jawi sahaja yang dapat dibaca secara urutan sebanyak 100%. Hasil kajian juga mendapati hampir separuh daripada huruf tidak boleh dibaca secara urutan dengan baik dan betul sebanyak 47. 13.NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO.4% murid tidak boleh membaca huruf Jawi secara urutan dan hanya 51. Secara keseluruhan. semasa ujian dijalankan hasil kajian menunjukkan 48.2% sahaja. Ini terdapat dalam rajah 3 di bawah.

Manakala ibu bapa yang berpendapatan rendah juga tidak memberi perhatian khusus kepada anak-anak mereka di dalam penguasaan Jawi mungkin disebabkan kos kehidupan yang tinggi dan kedaifan di dalam pendidikan Islam.3 Punca-punca yang mempengaruhi murid-murid Tahun tiga tidak dapat menulis huruf-huruf Jawi.NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO. Bagi murid-murid yang berpendapatan sederhana. Kementerian Pelajaran perlu memandang masalah murid yang miskin. Oleh itu guru. Keluarga pula perlu merancang ekonomi dengan mengagihkan lebih peruntukan kewangan kepada pendidikan anak dari membeli barang lain yang kurang kepentingannya. keluarga dan masyarakat yang beragama Islam keseluruhannya dapat sama-sama menggemblengkan tenaga membantu masalah murid yang lemah dan memberi tumpuan kepada penguasaan tulisan Jawi yang semakin dilupai ini. MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN bermula dari peringkat awal ini lagi. Ini menunjukkan ibubapa yang dari sosioekonomi sederhana amat mementingkan pendidikan Islam terhadap anak-anak mereka. Hasil dapatan kajian membuktikan taraf sosioekonomi keluarga mempengaruhi pencapaian tahap penguasaan Jawi murid. Kajian juga membuktikan bahawa taraf sosioekonomi keluarga dan pegangan hidup (aqidah) dalam pendidikan Islam amat mempengaruhi pencapaian akademik murid. Murid ini perlu diberi bantuan kewangan untuk terus menimba ilmu ke peringkat yang lebih 22 . Ini bermakna huruf-huruf berkenaan sememangnya sudah di ajar dan dapatan dari buku-buku latihan murid didapati sudah banyak latihan menyambung huruf-huruf Jawi untuk membina suku kata terbuka dan menulis ayat-ayat mudah. 13. Ibu bapa yang berpendapatan dan berpendidikan tinggi tidak menekankan aspek agama iaitu mengajar mengaji alQuran pada anak-anak mereka di rumah kerana lebih mementingkan mata pelajaran lain . kebolehan mereka dalam tulisan Jawi amat memberangsangkan dan menunjukkan prestasi yang cemerlang. Peranan guru amat penting untuk memberi motivasi kepada murid serta penggunaan kaedah dan aktiviti yang boleh menarik minat murid.

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO. MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN tinggi. 13. peranan kerajaan dan jabatan agama agar menekankan pendidikan Islam di dalam pendidikan masa kini.4 Bentuk-bentuk huruf Jawi yang tidak dapat dikuasai Rata-rata huruf Jawi tidak dikuasai dengan sepenuhnya berbanding dengan huruf hijaiyah yang terdapat di dalam al-quran. ﻉ. Ini membuktikan huruf –huruf tersebut jarang digunakan dalam kehidupan seharian dan menyebabkan ianya sukar dikuasai dengan sepenuhnya. ﻛ.ﻮ.Selain itu.ﭺ.4% daripada 36 huruf-huruf Jawi.1% sahaja secara keseluruhannya. 14 Implikasi dan cadangan Berdasarkan kajian yang dijalankan . 23 . Separuh daripada muridmurid tidak dapat menguasai sepenuhnya tulisan Jawi. ﻒ. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja seandainya tiada tindakan susulan dilakukan oleh pihak-pihak yang berkenaan. jelaslah bahawa tahap penguasaan tulisan Jawi murid-murid hanya 48. Huruf-huruf tersebut adalah seperti yang berikut : ‫ . ﻯ‬dan ‫ ﻥ‬iaitu sebanyak 19.

MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN Hasil kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran semua pihak seperti guru.2 Kajian tentang penggunaan bahan bantu belajar untuk meningkatkan lagi minat terhadap pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi. beberapa cadangan disarankan untuk pengkaji di masa akan datang agar dapat melengkapkan lagi kajian seperti ini.1 Subjek kajian ini hanya melibatkan sebuah sekolah sahaja.3 Kajian tentang teknik yang digunakan untuk murid menyelesaikan masalah penguasaan tulisan Jawi. Guru juga perlu menarik minat murid-murid untuk belajar dan memahami kemahiran yang diajar. 15. Bagi murid-murid dari taraf sosioekonomi rendah pula agar mendapat kemudahan belajar sama seperti murid-murid lain. Pengkaji pada masa akan datang disarankan agar menggunakan sekolah dari seluruh daerah supaya dapatan kajian lebih lengkap dan dipercayai. iaitu : 15. keluarga. Penggunaan teknik yang telah gunakan terhadap muridmurid boleh dipelbagaikan mengikut tahap kematangan mereka Melalui kajian ini mungkin guru boleh memikirkan teknik yang berkesan bagi mereka membantu murid-murid menyelesaikan masalah penguasaan tulisan Jawi dengan lebih berkesan. Pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dapat digunakan untuk meningkatkan lagi kebolehan murid dalam tulisan Jawi. 15 Cadangan untuk kajian lanjut Berdasarkan kepada keputusan-kepuutsan yang diperolehi daripada hasil kajian ini.NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO. Kajian mengenai penggunaan bahan bantu belajar ini banyak dijalankan tetapi tidak banyak berkaitan dengan penguasaan tulisan Jawi. 24 . Kementerian Pelajaran dan masyarakat keseluruhannya untuk sama-sama meningkatkan tahap kebolehan murid-murid dalam penguasaan tulisan Jawi. 15.

MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN 15.NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO.5 Kajian ini hanya menggunakan statistik deskriptif peratusan. Implikasi tersebut akan lebih membuka peluang untuk membantu tahap kebolehan menguasai tulisan Jawi murid-murid. Dicadangkan pengkaji akan datang menggunakan gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam mengkaji kebolehan menguasai tulisan Jawi murid-murid sekolah. dapat dikesan bahawa taraf sosioekonomi keluarga dan pegangan aqidah merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kelemahan murid-murid dalam tulisan 25 . Ini kerana kajian yang baik ialah kajian yang menggunakan kedua-dua kaedah iaitu kuantitatif dan kualitatif supaya dapatan lebih terperinci. Disarankan pada masa akan datang dapat menjalankan kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan murid dalam tulisan Jawi.4 Kajian ini hanya mengkaji faktor sosioekonomi keluarga. 15. Seterusnya. 16. Kajian ini juga dapat mengenalpasti bahagian-bahagian apa yang paling lemah dan perlu diberi perhatian. Kesimpulan Hasil kajian telah menerangkan tentang kebolehan murid-murid di dalam menguasai tulisan Jawi.

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO. Oleh itu. keluarga. Jurnal Bahasa 35 (11): 101 1012. Kementerian Pelajaran dan masyarakat haruslah menggembleng tenaga untuk meningkatkan tahap kebolehan kemahiran tulisan Jawi di peringkat awal kanak-kanak lagi secara optimum agar tulisan jawi ini dapat dimartabatkan diseluruh Negara di masa kini dan masa-masa akan dating. 26 . guru. Sejarah Tulisan Jawi. MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN Jawi. Rujukan . 1992. Amat Juhari Moain.

Akhbar: LC Fang. PupukMinat Pelajar Cintai Jawi. 1995. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Shahrul Nizam Abdul Talib. Bukan Melayu Turut Gunakan Jawi. 2000. Cabaran Tulisan Jawi Masa Kini. BeritaHarian 20 November:8.1999. 2000.2000. Perkembangan jawi dalam masyarakat Melayu. Nordin Saad. MATRIK : 761121025615002 SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN Hamdan Abdul Rahman. Kang Kyoung Seock. Borhan. Wajibkan Jawi di Sekolah dikaji. 1986.NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD NO. 27 . Mohamed Jusoh. Tesis Sarjana. 2000.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Panduan Menulis dan Mengeja Jawi. Utusan Zaman 3 Disember: 10. Kuala Lumpur: Muzni Hj. Utusan Zaman 10 Disember: 10.Mingguan Malaysia 25 Jun: 13. Penguasaan pelajaran Jawi dikalangan Murid tahun tiga di sekolah-sekolah rendah daerah Tampin Negeri Sembilan Darul khusus.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful