You are on page 1of 1

Peribahasa sikit-sikit lama-lama menjadi bukit memberi maksud

sekiranaya kita berjimat cermat menyimpan wang dari awal,


wang kita akan bertambah banyak. Hidup kita pasti akan menjadi
senang di kemudian hari kelak.

    Murid-murid digalakkan untuk sentiasa berjimat cermat


semasa berbelanja. Wang saku yang dibekalkan oleh ibu bapa
hendaklah disimpan sedikit untuk kegunaan pada masa hadapan.
Bayangkanlah, jika kita menyimpan RM1.00 sehari, kita telah
dapat mengumpul sebanyak RM356.00 setahun.

    Wang tabungan kita hasil daripada sifat berjimat cermat pasti


akan dapat kita gunakan jika berlaku kecemasan, contohnya jika
ahli keluarga kita sakit. Kita boleh membantu meringankan
beban mereka dengan mengeluarkan wang tabungan kita untuk
membiayai kos rawatan.

    Selain daripada itu, kita juga boleh gunakan wang tabungan


kita untuk membeli keperluan harian, seperti membeli buku-
buku nota, buku-buku rujukan, alat tulis dan sebagainya. Jadi,
kita tidak perlu lagi menyusahkan ibu bapa kita untuk tujuan
tersebut.

    Apabila kita meningkat dewasa, kita boleh gunakan wang


tabungan kita untuk mencapai cita-cita kita. Kita pasti mampu
membiayai perbelanjaan kita apabila di universiti kelak.

    Menabung juga boleh mendisiplinkan seseorang. Mereka akan


sentiasa mengingati diri sendiri agar tidak boros membelanjakan
wang saku. Jika seseorang itu suka menabung mereka dengan
sendirinya akan melatih diri untuk berjimat cermat. Berdisiplin
dan berjimat cermat adalah salah satu sifat terpuji.

    Kesimpulannya, kita mestilah mengamalkan sifat berjimat


cermat demi kesenangan pada masa hadapan.

You might also like