You are on page 1of 1

Baca wawancara ini dengan teliti

Tokoh usahawan Berjaya

Ikuti wawancara Ketua Editor Majalah Asahan dengan seorang usahawan muda dalam bidang perabot
dan kraftangan.

Pemberita : Assalamualaikum, Encik Azlan.

Encik Azlan : Waalaikumussalam.silakan duduk.

Pemberita : Terima kasih, Encik Azlan. Bolehkah Encik Azlan ceritakan bagaimankah Encik Azlan mula

melibatkan diri dalam bidang pembuatan perabot dan kraftangan?

Encik Azlan : Sebenarnya, cita-cita awal saya ialah menjadi seorang pensyarah. Walaubagaimanapun,

setelah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni halus dan

perabot di Itali, saya terpaksa melupakan cita-cita itu.

Pemberita : Adakah En Azlan sendiri yang membuka perniagaan ini?

Encik Azlan : Pada mulanya saya berkongsi dengan dua orang sahabat, tetapi setahun kemudian kedua-

dua orang sahabat saya menarik diri kerana membuka perniagaan lain. Kini, perniagaan ini

saya miliki sepenuhnya, saya dibantu oleh 10 orang peke\rja.

Pemberita : Apakah masalah yang Encik Azlan hadapi ketika memulakan perniagaan ini dahulu?

Encik Azlan : Masalah utama saya ialah mendapatkan modal yang secukupnya, persaingan dengan

pengusaha perabot lain, kesukaran mendapatkan tenaga kerja yang mahir dan kreatif dan

pasaran yang terhad.

Pemberita : Apakah rancangan Encik Azlan pada masa akan datang?

Encik Azlan : Saya bercadang untuk mengeksport perabot dan kraftangan yang saya usahakan ini ke luar

negara dan mengajak pengusaha- pengusaha perabot dan kraftangan yang lain bergabung

tenaga untuk menjayakan rancangan ini.

Pemberita : Akhir sekali, apakah pesanan Encik Azlan kepada pembaca majalah?

Encik Azlan : Saya berharap agar mereka yang meminati bidang ini akan mengusahakannya dengan

bersungguh-sungguh dan gigih.

Pemberita : Nampaknya setakat ini sahaja wawancara kita pada

kali ini.terima kasih sekali lagi kerana Encik Azlan

sudi meluangkan masa untuk diwawancarakan.

Encik Azlan : Sama-sama

You might also like