P. 1
Kata Nama Ganda Berentak

Kata Nama Ganda Berentak

|Views: 6,398|Likes:
Published by Noralia Roslan

More info:

Published by: Noralia Roslan on Mar 25, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/19/2013

pdf

text

original

BML 2063 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

KATA NAMA GANDA BERENTAK

NORALIA BINTI ROSLAN 2008-1032827 PENDIDIKAN GEOGRAFI SEM 5 (SESI 2008/2009) KUMPULAN B

PENSYARAH HJ AHMAD KHAIR BIN HJ MOHD NOR FAKULTI BAHASA ISI KANDUNGAN
1

BIL.

TAJUK

HALAMAN

1.0 2.0

PENGENALAN KONSEP 2.1 KATA NAMA 2.2 KATA GANDA BERENTAK 2.3 KATA NAMA GANDA BERENTAK

m/s 1 m/s 2-3

3.0

BENTUK DAN GOLONGAN KATA 3.1 BENTUK KATA 3.2 GOLONGAN KATA

m/s 4-5

4.0

PERBANDINGAN 4.1 PERBANDINGAN DARI ASPEK MAKNA 4.2 PERBANDINGAN DARI ASPEK JENIS/PEMBAHAGIAN

m/s 6-11

4.3 PERBANDINGAN DARI ASPEK RUMUS DAN BINAAN KATA 5.0 6.0 7.0 8.0 DAPATAN KAJIAN KESALAHAN BAHASA KESIMPULAN RUJUKAN m/s 11 m/s 12 m/s 12

1.0 PENGENALAN 2

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata (Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, 2010:43). Kata pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) bermaksud gabungan atau kesatuan bunyi yang mengandungi atau menyampaikan pengertian atau makna tertentu. Struktur kata yang dimaksudkan dalam definisi morfologi diatas adalah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Demikian pula dengan penggolongan kata yang merujuk kepada proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Aspek penggolongan kata akan disentuh dalam kajian ini bagi mengenalpasti proses pembentukan kata nama ganda berentak. Menurut Ahmad Khair Mohamad Nor (2009), morfologi membawa maksud ilmu atau pengetahuan tentang bentuk kata yang menjadi kajian. Ia merupakan satu cabang ilmu linguistik yang merujuk kepada kajian tatakata yakni bagaimana kata dibentuk. Menurut Nik Safiah Karim (1996), pula sependapat dengan Tatabahasa Dewan yang mendefinisikan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji tentang struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Namun, Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula mendefinisikan morfologi ialah satu kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi (pengimbuhan), terbitan, dan pemajmukan. Justeru, dapat dirumuskan bahawa bidang morfologi adalah kajian tentang proses pembentukan kata yang akan melalui proses penyusunan morfem atau unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata sebagai proses pembinaanya, menjadi bentuk kata yang kukuh. Tumpuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji dan melihat definisi, asal-usul, jenis dan ciri binaan kata nama ganda berentak. Terdapat enam bidang kajian morfologi iaitu morfem, alomorf, morfem kosong, struktur kata, penggolongan kata dan pembentukan kata. Kajian yang dijalankan ini adalah berada dibawah aspek penggolongan kata iaitu proses untuk menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan atau persamaan fungsi. Kata nama dipilih kerana ia merupakan salah satu kelas kata yang penting dan sering kali wujud dalam komunikasi harian. Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti dan menjelaskan ciri-ciri dan struktur kata nama ganda berentak, dan melihat bagaimana prosesproses pembentukan yang berlaku bagi membentuk kata nama ganda berentak. 2.0 KONSEP 3

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), konsep adalah pengertian atau pendapat yang terbentuk dalam fikiran mengenai sesuatu, tanggapan, gagasan atau idea. Terdapat dua konsep kecil yang saling berkaitan dalam kajian pembentukan kata ini iaitu konsep kata nama dan konsep kata ganda berentak. Kedua-dua unsur-unsur ini saling bergabung dan menjadi elemen utama dalam pemilihan dan penjenisan perkataan bagi membentuk kata nama ganda berentak. Sebelum mengkaji lebih lanjut berkaitan konsep kata nama ganda berentak, konsep, definisi dan bentuk setiap konsep kecil ini haruslah diteliti terlebih dahulu. 2.1 KATA NAMA Menurut Tatabahasa Dewan (2004), kata nama adalah merujuk kepada nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara. Kata nama ialah merupakan sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa. Unsur inti yang dimaksudkan adalah kata yang boleh berdiri sendiri dalam suatu ayat. Lazimnya perkataan demikian menamakan nama orang, tempat, benda atau konsep. Definisi ini turut disokong oleh Ahmad Khair Mohamad Nor (2009:31), yang menyatakan bahawa kata nama juga dikenali sebagai kata benda. Menurutnya, kata nama sering didefinisikan sebagai nama bagi sesuatu, nama asal nama benda, orang, konsep, binatang atau tempat. Seterusnya, kata nama menurut Tatabahasa Dewan (2004), boleh dikelompokkan kepada tiga jenis iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama. Kata nama am menurut Asraf (2007), adalah merujuk kepada kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuhan, tempat, benda dan sebagainya secara umum. Contohnya seperti polis, ayam, televisyen dan jalan raya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang dan dirasa dan abstrak iaitu nama sesuatu yang hanya dibayangkan. Kata nama khas pula adalah merujuk pada kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada bernyawa atau tidak bernyawa. Ia terbahagi kepada dua iaitu kata nama khas hidup bernyawa seperti nama orang dan binatang dan kata nama khas tidak bernyawa seperti nama tempat, judul buku, bangunan dan sebagainya. Contohnya seperti Cik Rafidah, Sang Kancil dan Kampung Baru. Kata nama ketiga adalah kata ganti nama, iaitu bentuk kata yang tugasnya dalah menjadi pengganti bagi kata nama dalam ayat. Kata ganti nama dapat digolongkan kepada lima golongan iaitu kata ganti nama diri, kata ganti nama tunjuk, kata ganti nama tanya, kata ganti nama tempat dan kata ganti nama tak tentu. 2.2 KATA GANDA BERENTAK 4

Menurut Tatabahasa Dewan (2010:78), penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Ahmad Khair Mohamad Nor (2009:25), sependapat dengan Tatabahasa Dewan yang menyatakan bahawa kata ganda berentak melibatkan permainan bunyi tertentu dalam sebutan dan bunyi tersebut akan diubah atau diulang. Penggandaan berentak juga dikenali sebagai kata ganda menyaling, berima, dan bersajak. Penggandaan berentak biasanya dilihat daripada aspek fonologi, atau cara sebutan dan bunyi yang dikeluarkan dan dipisahkan dengan tanda sengkang (-). Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga iaitu penggandaan berentak suku kata awal. Kedua, penggandaan berentak suku kata akhir seperti anak-pinak dan kuih-muih dan ketiga adalah penggandaan berentak bunyi vokal seperti suku-sakat,cucucicit, guruh-garah dan sebagainya (Abdullah Hassan, 2006). 2.3 KATA NAMA GANDA BERENTAK Merujuk kembali pada tajuk utama kajian ini iaitu kata nama ganda berentak. Konsep kata nama ganda berentak adalah kata nama yang digandakan atau diulang secara berentak atau berirama, mengikut struktur atau rentak kata nama tersebut, dengan mengubah atau menggandakan suku kata awal atau suku kata akhir perkataan itu. Bermaksud, penggandaan jenis ini berlaku seluruhnya pada unsur dasar kata nama, tetapi pada masa yang sama berlaku juga penggantian pada salah satu konsonan atau vokal atau kedua-duanya dalam salah satu suku kata pada unsur yang menggandakan itu. Penggantian bunyi-bunyi ini akan menghasilkan kesan gerincingan atau juga rima yang mana memberi keindahan bunyi atau euni apabila ia disebutkan. Waima, tidak semua kata nama boleh digandakan secara berentak. Hal ini kerana, hanya kata nama am tertentu sahaja yang dibenarkan untuk digandakan secara berentak. Hal ini berikutan setiap kata nama mempunyai struktur binaan katanya yang tersendiri yang mana ia membenarkan atau tidak membenarkan berlakunya penambahan atau perubahan berlaku pada struktur kata apabila digandakan. Digunakan apabila hendak menyatakan dua keadaan iaitu banyak atau pelbagai jenis. Misalnya pada perkataan buku, apabila hendak menyatakan banyak, ia tidak boleh dinyatakan secara buku-buki sebaliknya ia harus digandakan secara penuh iaitu buku-buku. Manakala, bagi kata nama seperti bukit, ia dinyatakan dalam bentuk bukit-bukau bagi menyatakan banyak. Justeru, hal ini menunjukkan perubahan pada struktur kata hanya berlaku mengikut kesesuaian struktur perkataan tersebut. 3.0 BENTUK DAN GOLONGAN KATA 5

3.1 BENTUK KATA (KATA GANDA) Kata nama ganda berentak adalah terletak dibawah bentuk kata ganda. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010), kata ganda adalah merujuk kepada kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Dalam konteks ini, Za’ba (2000), telah mengkategorikan makna kata ganda kepada makna banyak, bersangatan, berpanjangan, bermacam-macam, keserupaan dan tidak tentu. Begitu juga dengan Arbak Othman,1993 (dalam Mohd Ra’in Shaari dan Abdullah Yusof, 2008:191), telah mengkategorikan makna kata ganda kepada enam jenis iaitu jamak, berulang-ulang atau berlanjutan, kesalingan, seakan-akan, kesangatan dan ketidaktentuan. Antara golongan kata yang terlibat dalam proses penggandaan adalah seperti kata nama, kata akar, kata kerja dan kata sifat. Terdapat empat jenis penggandaan menurut Abdullah Hassan (2006) iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa, penggandaan berentak dan penggandaan bebas. Penerangan mengenai jenis kata ganda ini adalah seperti jadual dibawah :

Penggandaan

Penggandaan penuh Menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada mengandungi imbuhan atau tidak

Penggandaan separa Menggandakan sebahagian kata dasar. Boleh berlaku dihadapan atau dibelakang

Penggandaan berentak Rentak pengulangan vokal dan rentak pengulangan konsonan

Penggandaan bebas Bentuk kata dasar ada tetapi gandaannya wujud dalam bentuk penggandaan sahaja

Berbeza dengan Tatabahasa Dewan (1993), proses penggandaaan dalam Bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar yang mana kata ganda boleh mengalami tiga jenis penggandaan iaitu penggandaan penuh, separa atau secara berentak iaitu berdasarkan bunyi tertentu. Penggandaan penuh adalah proses menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak seperti mejameja,pemimpin-pemimpin, jualan-jualan, kementerian-kementerian dan sebagainya. Seterusnya adalah kata ganda separa iaitu merujuk kepada proses menggandakan sebahagian kata dasar sahaja seperti dalam perkataan lelaki, tetikus dan sebagainya dan yang ketiga 6

adalah kata ganda berentak iaitu proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu seperti dalam perkataan kuih-muih, mundar-mandir, anak-pinak dan sebagainya. Selain itu, antara penahu-penahu dan pengkaji barat yang tergolong dalam peringkat kata dalam menghuraikan kata ganda adalah seperti Abdullah Hassan (1974, 1984), Arbak Othman (1981), Hashim Musa (1993), Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan (1994), Nik Safiah Karim et.al (1997), Za’ba (2000), W. Marsden (1812), R.O Winstedt (1917, 1957) dan C.N Maxwell (1932,1933). Kesemua mereka berstuju mengkategorikan kata ganda kepada kata ganda penuh, berentak dan separa (Nor Hashimah Hj. Jalaluddin, 2003:27). Dapatlah dirumuskan disini bahawa, kata ganda boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kata ganda penuh, separa dan berentak kerana ketiga-tiga elemen ini sudah kukuh dan tidak dapat disangkal lagi.

3.2 GOLONGAN KATA Golongan kata bagi kata nama ganda berentak adalah terletak bawah golongan kata nama ganda berentak. Menurut Tatabahasa Dewan (1993:135), kata nama ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan jenis ini, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berlaku pengulangan kata secara berirama pada kata nama. Seperti yang kita tahu, kata nama terdapat dalam pelbagai bentuk iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata nama tunjuk. Dalam konteks ganda berentak ini, hanya kata nama am yang boleh digandakan bagi tujuan jamak atau pelbagai. Penggandaan secara berentak berlaku apabila terdapat istilah atau perkataan berirama diwujudkan untuk mengukuhkan perkataan bagi membawa makna jamak. Antara contoh kata nama ganda berentak adalah : Anak-pinak Batu-batan Bukit-bukau Cerai-berai Desas-desus Gerak-geri Gunung-ganang Haru-biru Herot-berot Hina-dina Huru-hara Kaya-raya Kayu-kayan Kucar-kacir Kuih-muih Kusut-masai Lalu-lalang Lauk-pauk Licin-licau Nafsu-nafsi Porak-peranda Ramah-tamah Remuk-redam Riuh-rendah Rumput-rampai Saki-baki Saudara-mara Sayur-mayur Segar-bugar Selok-belok Semak-samun Serba-serbi 7

Suku-sakat Tanah-tanih Teka-teki Warna-warni 4.0 PERBANDINGAN KATA NAMA GANDA BERENTAK (MENGIKUT BUKU) 4.1 PERBANDINGAN DARI ASPEK MAKNA Terdapat beberapa pendapat berbeza yang menyatakan tentang kata nama ganda berentak. Antaranya adalah menurut buku Tatabahasa Dewan (1993:135), penggandaan berentak kata nama ialah proses yang menggandakan kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan jenis ini, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Hashim Haji Musa (1993:135) dalam bukunya Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu juga sependapat dengan Tatabahasa Dewan, yang menyatakan bahawa kata nama ganda berentak ialah kata nama yang didasarkan diatas rentak bunyi iaitu gandaan keatas suatu dasar kata nama dibuat berdasarkan persamaan atau perbezaan bunyi yang terdapat dalam dasar kata. Berbeza dengan pendapat berikutnya ini yang menyatakan kata nama ganda berentak ialah kata yang tidak sama dengan bentuk kata dasarnya. Namun begitu, definisi kata nama ganda berentak menurut laman sesawang (http://www.tutor.com.my), turut sependapat dengan Tatabahasa Dewan dan Hashim Musa. Terdapat persamaan dan perbezaan pendapat yang wujud antara buku. Antaranya adalah wujud persamaan antara definisi kata nama ganda berentak bagi buku Tatabahasa Dewan, Hashim Haji Musa (1993:135) dalam bukunya Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu dan laman sesawang (http://www.tutor.com.my). Yakni ketiga-tiganya meyakini bahawa kata nama ganda berentak adalah proses menggandakan kata nama mengikut rentak bunyi. Namun definisi ini bertentangan dengan pendapat dari laman sesawang yang mengatakan kata nama ganda berentak adalah kata yang tidak sama dengan bentuk kata dasarnya. Pada pendapat saya pula, kata nama ganda berentak adalah proses morfologi yang berlaku hasil daripada penggandaan atau pengulangan sama ada suku kata pertama atau akhir ataupun bebas mengikut rentak bunyi. 4.2 PERBANDINGAN DARI ASPEK JENIS BINAAN Menurut Tatabahasa Dewan (1993:135), terdapat tiga jenis penggandaan berentak iaitu penggandaan berentak yang mempunyai vokal yang serupa tetapi konsonan yang berbeza. Contohnya. sayur-mayur, kuih-muih dan lauk-pauk. Kedua, penggandaan berentak yang mempunyai konsonan yang serupa tetapi vokal yang berbeza seperti kayu-kayan dan bukitbukau dan ketiga, penggandaan berentak bebas yang tidak melibatkan ciri-ciri persamaan bunyi. Contohnya anak-pinak, sedu-sedan dan saudara-mara. Pendapat ini mempunyai persamaan dengan Hashim Haji Musa (1993:179), yang menyatakan bahawa terdapat 8

sekurang-kurangnya tiga jenis penggandaan berentak iaitu berentak persamaan suku kata, berentak persamaan konsonan dan penggandaan berentak bebas. Manakala, menurut Abdullah Hassan (2006), menyatakan bahawa penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga iaitu penggandaan berentak suku kata awal seperti batu-batan, bukit-bukau dan sampah-sarap. Kedua, penggandaan berentak suku kata akhir seperti anak-pinak, kuih-muih, hiruk-pikuk dan lauk-pauk dan bentuk ketiga adalah penggandaan berentak bunyi vokal seperti gunung-ganang, suku-sakat,cucu-cicit, guruhgarah, karut-marut, cerai-berai, cirit-birit dan sebagainya. Pendapat ini mempunyai persamaan dengan Tatabahasa Dewan dari segi bilangan jenis kata nama ganda berentak dan ideanya sedikit menyamai Tatabahasa Dewan tetapi wujud perbezaan dari segi jenis. Berbeza pula dengan Darwis Harahap (1991:27), yang membahagikan kata nama ganda berentak kepada tiga bentuk iaitu bentuk pertama iaitu kata ulang yang perkataan pertama dan perkataan keduanya mempunyai makna. Contohnya dalam perkataan terangbenderang, cucu-cicit, suku-sakat dan hutang-piutang. Bentuk kedua adalah memperlihatkan kata ulang yang pertama sahaja yang mempunyai makna, manakala perkataan kedua menunjukkan semua. Contohnya dalam perkataan sayur-mayur, bukit-bukau, batu-batan dan gunung-ganang. Bentuk gandaan ketiga adalah menunjukkan kata ulang yang pertama dan perkataan kedua tidak mempunyai makna. Contohnya dalam perkataan huru-hara. Demikian pula menurut laman sesawang (http://www.tutor.com.my), menyatakan bahawa terdapat lima jenis kata nama ganda berentak, iaitu gandaan suku kata awal, suku kata akhir, konsonan, sisipan dan juga gandaan berakhiran. Pendapat yang dikemukakan oleh laman sesawang (http://www.slideshare.net/mrsmahadi) juga berbeza, iaitu jenis kata nama ganda berentak boleh dibahagikan kepada dua iaitu penggandaan suku kata awal dan penggandaan suku kata akhir. Contoh penggandaan suku kata awal adalah seperti bukitbukau dan warna-warni, manakala bagi suku kata akhir adalah sayur-mayur dan kuih-muih. Bagaimana pun ada ahli bahasa telah membahagikan kata ganda kepada tiga jenis iaitu penggandaan penuh, penggandaan berentak dan pengandaan separa. Justeru, dapat disimpulkan setelah diamati saya mendapati wujud persamaan pendapat antara Tatabahasa Dewan dengan Hashim Haji Musa (1993). Begitu juga dengan sedikit persamaan pendapat dengan buku Abdullah Hassan (2006). Ketiga-tiga pendapat ini merujuk kepada tiga bentuk binaan kata nama ganda berentak yang sama iaitu pada contoh yang sama tetapi menggunakan pendekatan atau teknik penerangan yang berbeza. Dua dari pendapat ini fokus kepada tiga bentuk utama iaitu penggandaan berentak suku kata awal, suku kata akhir 9

dan berentak bebas dan satu lagi mempunyai pandangan yang berbeza. Seterusnya, terdapat juga perbezaan pendapat yang dikemukakan oleh Darwis Harahap (1991:27), laman sesawang (http://www.tutor.com.my) dan (http://www.slideshare.net/mrsmahadi) dengan Tatabahasa Dewan. Ketiga-tiganya memberikan pandangan mereka yang pada pendapat saya tidak lengkap dan terlalu umum. 4.3 PERBANDINGAN DARI ASPEK RUMUS DAN BINAAN KATA Rumus morfofonemik kata nama gandaan berentak menurut Hashim Haji Musa (1993:179) : [ KVi(K) + KV(K) ]Dasar - [ KVi (K) + KV (K) ]Gandaan [JKV (K) + KVi (K) ] Dasar – [ (K)V (K) + KVi (K) ] Gandaan [ KVi (K) + KVi (K)] Dasar – [ KVi (K) + KVi (K)] Gandaan [ (Ki) V (K) + K; V (K) ] Dasar – [(Ki) V (K) + K jV (Kk)] Gandaan Menurut Hashim Haji Musa (1993:180), gandaan berentak didasarkan pada rentak bunyi iaitu gandaan ke atas sesuatu dasar kata itu dibuat berdasarkan persamaan atau perbezaan bunyi yang ada dalam kata dasar kata seperti yang ditunjukkan dalam rumus diatas. Terdapat sekurang-kurangnya tiga jenis penggandaan berentak iaitu berentak persamaan suku kata, berentak persamaan konsonan dan berentak bebas. a) Penggandaan berentak persamaan bunyi suku kata Contohnya : Persamaan suku kata dalam suku kata akhir : (K)V(K) + KVi (K) – (K)V(K) + KVi (K) : [Sayur] + gandaan berentak  [anak] + gandaan berentak  [sayur-mayur]KN [anak-pinak]KN

Persamaan suku kata dalam suku kata pertama sahaja : KVi(K) + KV (K) – KVi(K) – KV (K) : [desas] + gandaan berentak Contohnya :  [desas-desus]KN b) Penggandaan berentak persamaan bunyi konsonan (Ki) VK + KjV (Kk) – (Ki)VK + KjV (Kk) Bunyi konsonan dalam kata dasar dan gandaan adalah serupa manakala bunyi vokal adalah berbeza. Jika suku kata akhir, suku kata terbuka

10

maka bunyi t ditambahkan dalam perkataan untuk menjadikannya suku kata tertutup. [asal] + gandaan berentak [suku] + gandaan berentak c) Penggandaaan berentak bebas Proses penggandaan ini tidak didasarkan atas persamaan bunyi tertentu yang jelas antara dasar kata dan bentuk gandaannya tetapi mungkin berdasarkan ciri bunyi suprasegmental tertentu misalnya nada, kepanjangan dan sebagainya. Contohnya : [ sahabat] + gandaan berentak [nenek] + gandaan berentak   [sahabat-handai] KN [nenek-moyang] KN   [asal-usul]KN [suku-sakat] KN

Manakala, menurut Tatabahasa Dewan (1993:135), untuk menggandakan kata nama, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Terdapat tiga jenis pembentukan kata nama ganda berentak yang digariskan oleh Tatabahasa Dewan iaitu : a) Penggandaan berentak yang mempunyai vokal yang serupa tetapi konsonan yang berbeza. Contohnya : Sayur Kuih Lauk   Sayur-mayur Kuih-muih Lauk-pauk

b) Penggandaan berentak yang mempunyai konsonan yang serupa tetapi vokal yang berbeza. Contohnya : Kayu Bukit Gunung Suku Batu Warna       Kayu-kayan Bukit-bukau Gunung-ganang Suku-sakat Batu-batan Warna-warni

c) Penggandaan berentak bebas yang tidak melibatkan ciri-ciri persamaan bunyi. Contoh nya : Anak Sedu Saudara    Anak-pinak Sedu-sedan Saudara-mara

11

Manakala menurut Abdullah Hassan (2006) pula, penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga iaitu penggandaan berentak suku kata awal seperti batu-batan, bukitbukau dan sampah-sarap. Kedua, penggandaan berentak suku kata akhir seperti anak-pinak, kuih-muih dan lauk-pauk dan bentuk ketiga adalah penggandaan berentak bunyi vokal seperti gunung-ganang,suku-sakat,cucu-cicit, guruh-garah dan sebagainya. Berbeza dengan pendapat yang dikemukakan oleh laman sesawang (http://www.slideshare.net/mrsmahadi), yang menyatakan bahawa penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu penggandaan suku kata awal dan penggandaan suku kata akhir. Contoh penggandaan suku kata awal adalah seperti bukitbukau dan warna-warni, manakala bagi suku kata akhir adalah sayur-mayur dan kuih-muih. Menurut laman sesawang (http://www.tutor.com.my) pula, pengulangan kata dasar adalah mengikut rentak bunyi kata dasar. Seluruh kata nama itu digandakan dan bunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu diulang dan diubah. Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar. Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada lima jenis pula, iaitu: i. Penggandaan suku kata awal Vokal dalam suku kata awal diulang, dan vokal dalam suku kata akhir berubah. Contoh: Bukit-bukau, warna-warni dan batu-batan ii. Penggandaan suku kata akhir Vokal atau konsonan dalam suku kata akhir kekal. Contoh: Sayur-mayur dan kuih-muih iii. Penggandaan konsonan Penggandaan jenis ini hanya mengulang konsonan dalam kata dasar, tetapi vokalnya berubah. Contoh: Gunung-ganang dan guruh-garah iv. Penggandaan bersisipan Seluruh kata dasar diulang. Bentuk gandaannya menerima sisipan –emselepas konsonan pertama bentuk ulangannya. Contoh : Tali-temali v. penggandaan berakhiran Penggandaan penuh juga bolehmenerima akhiran –an. Lazimnya gandaan penuh menunjukkan jamak. Akhiran –an menambahkan maknannya menjadi pelbagai. Contoh: sayur-sayuran,biji-bijian dan barang-barangan Berbeza sekali dengan pendapat Darwis Harahap (1991:27), yang membahagikan kata nama ganda berentak kepada tiga bentuk iaitu bentuk pertama iaitu kata ulang yang perkataan 12

pertama dan perkataan keduanya mempunyai makna. Contohnya dalam perkataan terangbenderang, cucu-cicit, suku-sakat dan hutang-piutang. Bentuk kedua adalah memperlihatkan kata ulang yang pertama sahaja yang mempunyai makna, manakala perkataan kedua menunjukkan semua. Contohnya dalam perkataan sayur-mayur, bukit-bukau, batu-batan dan gunung-ganang. Bentuk gandaan ketiga adalah menunjukkan kata ulang yang pertama dan perkataan kedua tidak mempunyai makna. Yakni apabila kedua-dua perkataan tersebut dibina barulah makna perkataan tersebut hadir. Contohnya dalam perkataan huru-hara, mundarmandir, hingar-bingar dan dolak-dalik. Hal ini dapat diuji dalam konteks ayat seperti dibawah iaitu, kedua-dua perkataan cucu dan cicit mempunyai makna tersendiri dan boleh berdiri sendiri dalam ayat. a)Ayah saya mempunyai lima orang cucu. b)Orang tua itu dijaga oleh cicitnya. c) Pada hari raya, cucu-cicitnya berada disampingnya. Rumusannya, buku Hashim Haji Musa (1993:180) menunjukkan persamaan dari segi rumus dan binaan kata dengan Tatabahasa Dewan. Seterusnya, terdapat juga perbezaan pendapat yang dikemukakan oleh Darwis Harahap (1991:27) yang menyatakan pembentukan kata melalui makna yang terhasil, laman sesawang (http://www.tutor.com.my) yang menyatakan lima jenis pembentukan kata nama ganda berentak dan (http://www.slideshare.net/mrsmahadi) yang hanya menyediakan pandangan secara umum. Ketiga-tiganya memberikan pandangan mereka yang pada pendapat saya tidak lengkap dan terlalu umum. 5.0 DAPATAN KAJIAN Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap tiga buah buku dan beberapa laman sesawang diatas, melalui pemahaman saya definisi kata nama ganda berentak ialah proses morfologi dengan pengulangan kata dasar sama ada pada konsonan mahupun vokal ataupun secara bebas. Jenis binaan kata nama ganda berentak pula terbahagi kepada tiga iaitu penggandaan berentak vokal yang serupa, konsonan yang serupa dan penggandaan bebas. Ketiga-tiga jenis binaan ini mempunyai rumus yang tersendiri untuk membentu kata. Berdasarkan pengamatan saya juga, buku tatabahasa Dewan dan Hashim Haji Musa (1993) menyediakan data dan penerangan yang lengkap berkaitan kata nama ganda berentak. Manakala bagi buku Darwis Harahap (1991), Abdullah Hassan (2006) serta dua lagi laman sesawang yang digunakan sebagai rujukan adalah kurang lengkap kerana tidak menunjukkan rumus-rumus dalam pembentukan katanya sebgai bukti. Kesimpulannya, kesemua bahan 13

rujukan ini sedikit sebanyak amat membantu saya dalam membuat penelitian berkaitan kata nama ganda berentak ini. 6.0 KESALAHAN BAHASA Terdapat beberapa kesalahan yang sering berlaku pada kata nama ganda berentak iaitu kesalahan tidak meletakkan tanda sempang dan kesalahan menggunakan kata ganda yang tidak lengkap. Contoh kesalahan adalah seperti dibawah : Kesalahan 1 a) Orang Melayu mudah terikut-ikut dengan kepercayaan yang karut-marut itu.( / ) b) Orang Melayu mudah terikut-ikut dengan kepercayaan yang marut itu. ( x) Penjelasan : Kesalahan penggunaan kata nama ganda berentak yang tidak lengkap. Perkataan marut tidak membawa makna tertentu dalam ayat. Kesalahan 2 a)”Ramai saudara mara Mira datang ke majlis perkahwinannya semalam” kata Lina kepada Jannah.( x ) b)”Ramai saudara-mara Mira datang ke majlis perkahwinannya semalam” kata Lina kepada Jannah. ( / ) Penjelasan : Kesalahan tidak meletakkan tanda sempang pada kata ganda berentak.

7.0 KESIMPULAN Proses pembentukan kata seperti yang telah dibincangkan adalah terbentuk daripada struktur tatabahasa yang paling kecil iaitu daripada bentuk morfem, kepada bentuk struktur binaan kata itu sendiri dan seterusnya kepada proses penjenisan kata untuk dikelompokkan kepada golongan kata tertentu. Proses ini amat penting untuk menggolongkan sesuatu kata. Seperkara yang amat penting lagi adalah penggolongan suatu kata dilakukan dengan memilih dan menjeniskan perkataan yang serupa dan mempunyai fungsi yang sama dalam satu kelompok golongan kata. Bagi konteks pembinaan kata nama ganda berentak ini, penggolongan kata harus meneliti pada aspek asal-usul kata itu terlebih dahulu. Pemfokusan pada ciri suatu kata itu harus dijadikan syarat atau panduan bagi menjeniskan kata tertentu. Disamping itu, kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pakar bahasa terdahulu harus dipuji kerana hasil-hasil kajian mereka amat bermakna dan memberi kesan yang baik pada prestasi kemajuan bahasa. Selain itu, penerangan-penerangan yang konkrit mengenai suatu bidang kajian Bahasa Melayu juga dapat diperoleh hasil daripada sumbangan penulisan mereka. Justeru, kajian-kajian baru yang terperinci adalah digalakkan supaya generasi akan datang 14

mempunyai keinginan untuk mengenal bahasa nenek moyang mereka dengan lebih mendalam. 8.0 RUJUKAN Arbak Othman, (1981). Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Sarjana Enterprise. Asmah Haji Omar,(1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan. (2006). Linguistik : Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd. Abdullah Hassan. (2006). Morfologi : Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd. Ahmad Khair Mohd Nor (2003).Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu (Tatabahasa: Ayat). Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Ahmad Khair Mohd Nor (2009). Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn.Bhd Darwis Harahap Mohamad (1991). Persoalan Bahasa. Selangor : Dewan Bahasa & Pustaka Darwis Harahap Mohamad (2004).Perbincagnan Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka, Hashim Haji Musa. (1993). Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu : satu huraian dari sudut tatabahasa generatif. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan (edisi ketiga) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Ra’in Shaari & Abdullah Yusof. (2008). Penyelidikan Bahasa dan Linguistik. Kuala Lumpur :Pustaka Salam Sdn Bhd. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood (2004).Tatabahasa Dewan – Edisi Baharu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Nik Safiah Karim et.al, (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et.al, (1993). Tatabahasa Dewan Edisi Baru, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (perkataan). Selangor : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

15

SUMBER INTERNET Diperoleh pada 23 julai, 2010 daripada : http://jepri7.blogspot.com/2010/03/morfo-sintaksis-bahagian-morfologi-1.html Diperoleh pada 26 Julai, 2010 daripada : http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/kata_penggandaan/penggandaan.htm Diperoleh pada 6 Ogos, 2010 daripada : http://www.scribd.com/doc/14660563/Morfologi-Bahasa-Melayu

16

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->