You are on page 1of 31

PERTOLANGAN CEMAS

Definisi Pertolongan Cemas


Sistem Pernafasan Dan Peredaran

Darah
Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)
Pendarahan Kecil
Terseliuh Dan Patah
DEFINISI PERTOLONGAN
CEMAS
 Rawatan pertama diberi kepada
pesakit/mangsa kemalangan.
 Usaha rawatan pertama dalam keadaan
kecemasan sebelum ketibaan ambulans /
pesakit mendapat rtawatan dari doktor.
 Matlamat utama:
>untuk menyelamat nyawa
>mengelakkan kecederaan dari bertambah
buruk
>mengurangkan kesakitan.
>sebagai persediaan sebelum diambil alih
oleh doktor
SISTEM PERNAFASAN
 Semasa kita bernafas, kita menyedut &
menghembuskan udara
 Udara yang disedut dibawa ke paru-paru
dan meresap oksigen ke dalam darah
 Udara yang disedut hanya ada 21%
oksigen, selebihnya kompisisi gas
nitrogen
 Badan kita memerlukan 5% oksigen
untuk melakukan proses respi
BILANGAN PERNAFASAN
SESEORANG
PERINGKAT BILANGAN SEMINIT

Dewasa 15-20 kali

Kanak-kanak 6-10 thn 22-25 kali

Bayi 35-40 kali


BILANGAN NADI SESEORANG

PERINGKAT BILANGAN SEMINIT


Dewasa 70-80 kali

Kanak-kanak 90-100 kali

Bayi 100-140 kali


CARA MEMERIKSA NADI
SISTEM PEREDARAN DARAH
 Berfungsi menylurkan dan mengagihkan
bahan makanan dan oksigen ke segenap
sel-sel di dalam badan dan membawa
bahan buangan keluar
 Dalam badan seseorang dewasa
terdapat sekitar 4-6 liter darah
 Setiap 7kg berat badan mengandungi 0.5
liter darah
FUNGSI DARAH
 Membawa oksigen dan bahan makanan
ke tisu
 Membawa bahan buangan ke organ
pembuangan
 Melawan penyakit
 Membawa enzim dan hormone ke organ
sasaran
 Mengawal suhu badan
 Menghentikan pendarahan
RESUSITASI
KARDIOPULIMONARI (CPR)
 Adalah bantuan kecemasan yang diberikan
kepada mangsa kecederaan yang tidak
mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas
 Merupakan kombinasi terknik pernafasan
bantuan mulut ke mulut dan juga tekanan dada
 Berperanan untuk membantu jantung
mengepam udara yang dihembus ke seluruh
anggota badan
 Dua sebab utama CPR dilakukan:
*terhenti pernafasan
*tiada nadi
PEMERIKSAAN ABC
 Terdapat 3 prinsip asas yang perlu
dilakukan iaitu ABC sebelum melakukan
CPR
A – Airway (saluran pernafasan)

B – Breathing (pernafasan)

C – Circulation (peredaran darah)


A - AIRWAY

(Airway )Saluran pernafassan. Ini merupakan tindakan pertama


yang perlu dilakukan dalam proses CPR.tujuan ia dilakukan
adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan
adalah terbuka. Anda boleh membuka saluran udara ini dengan
mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu
mangsa. Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari
arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara.
Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut
mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang
bahan asing dari mulut. Contohnya gigi palsu yang pecah.
B - BREATHING

Pernafasan. Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang


perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan
telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka
menghadap ke dada mangsa. Keadaan tesebut membolehkan anda
mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan mata anda
memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakan turun-naik
dada. (Kaedah 3M=Mendengar, Merasa, Melihat). Jika tiada nafas anda
perlu memberikan pernafasan bantuan. Contohnya mulut ke mulut.
C - CIRCULATION

Peredaran darah.langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah.


Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi
mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda
hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga
mangsa boleh bernafas dengan sendiri. Langkah ketiga ini dilakukan dengan
memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa. Semasa tekanan dilakukan
tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat badan anda untuk
melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan
sekitar dua jari dari atas hulu hati (cuaran xiphoid).
KAEDAH PEMULIHAN
PERNAFASAN MULUT KE
 MULUT
Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan
bantuan.
 Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
 Buangkan sebarang benda asing dari mulut.
 Bukakan saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.
 Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.
 Tentukan mulutnya terbuka.
 Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada
mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.
 Angkat mulut danm biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar
2 saat untuk melihat sebarang reaksi.
 Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. buatlah hembusan pada kadar 10 kali
seminit.
 Catatan:
 Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan tidak boleh
dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui hidung
tidak keluar melalui mulut mangsa.
 Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-
kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru
mangsa.
 Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini menunjukkan
bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah, atau sebagainya. Anda mungkin
perlu memberi rawatan mangsa yang tercekik
RAWATAN MANGSA
TERCEKIK TIDAK SEDAR
 Mangsa tercekik biasanya akan memegang lehernya.
 Periksa samada mangsa boleh bernafas atau tidak. Lakukan pemeriksaan ABC.
 Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
 Buang sebarang benda asing dari mulut.
 Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.
 Tutup lubang hidung mangsa menggaunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.
 Tentukan mulutnya terbuka.
 Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada
mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.
 Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar
2 saat untuk melihat sebarang reaksi.
 Jika tiada reaksi, anda hendaklah berlutut dan membongkok di peha mangsa. Letakkan
pangkal tapak tangan di tengah-tengah abdomen mangsa iaitu antara pusat dan
prnghujung hulu hati.
 Tekan abdomen denga tepat dan cepat ke dalam dan ke atas abdomen menuju ke hulu hati
sebanyak lima kali.
 Segera ulangi langkah 4 hingga 11 sekiranya mangsa masih belum bernafas atau masih
tercekik.
 Jika mangsa mula bernafas secara normal, letakkannya dalam kedudukan pemulihan.
 Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit
KAEDAH CPR SEORANG DIRI
Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan
badan. apatkan bantuan.
Terlentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa
seluruh badan.
Jika tidak bernafas, berikan dua hembusan bantuan.
Periksa nadi karotik. Jika ada nadi, teruskan bantuan pernafasan
pada kadar 12 hembusan seminit.
Jika nadi tiada, segera mulakan twkanan. Beri tekanan sebanyak 15
kali. Caranya adalah seperti berikut:
- letakkan tangan anda di atas dada mangsa.
- berikan 15 kali tekanan sedalam 1.5–2 inci untuk orang
dewasa
- selepas itu, beri pula 2 hembusan (1 pusingan)
- berikan 15kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2
pusingan)
-selepas 4 pusingan periksa nadi karotik
-teruskan CPR (15 tekanan dan 2 hembusan) jika tiada nadi.
-lakukan sehingga bantuan pakar tiba.
Sekiranya telah ada denyutan jantung (nadi), teruskan dengan
bantuan pernafasan. Periksa denyutan nadi selepas 10 kali
hembusan . bersedia untuk melakukan tekanan dada sekiranya
nadi tiada.
Jika mangsa mulai bernafas tanpa bantuan, letakkan dia dalam
kedudukan pemulihan.
Periksa semula pernafasan dan nadi setiap tiga minit .
KEDUDUKAN TEKANAN CPR
KEDUDUKAN PEMULIHAN
Apabila mangsa yang diberi rawatan seperti
CPR, terhenti pernafasan atau
sebagainya mulai sedar dan hendaklah
diletakkan dalam keadaan pemulihan.
Kedudukan ini adalah bertujuan untuk
menghalang lidah mangsa daripada
menutupi tekak atau saluran
pernafasan. Oleh kerana kedudukan
kepala lebih rendah sedikit daripada
badan, ia akan membenarkan cecair
keluar mengalir dari mulut mangsa. Ini
akan mengurangkan mangsa dari
menyedut kandungan perut. Kepala,
leher dan bahagian belakang badan
hendaklah diletakkan dalam keadaan
yang lurus, manakala anggota-anggota
badan yang dibengkokkan seperti kaki
akan mengekalkan badan dalam
kedudukan yang teguh dan selesa.
PENDARAHAN KECIL
Pendarahan secara umumnya terbahagi kepada tiga iaitu:
pendarahan eksternal (dibahagian luar)
 luka terhiris -disebabkan benda tajam seperti pisau
 luka terkoyak -disebabkan cakaran binatang atau dawai
 luka berdarah -kena pukulan tepat benda tidak tajam
 luka tembus -seperti kena tikaman pisau, atau jarum
pendarahan internal (dibahagian dalam)
 perut –muntah berdarah
 paru-paru / salur pernafasan – batuk berdarah
 tali usus – darah pada dubur
 rahim – tumpah darah
 buah pinggang – kencing berdarah
 tengkorak – darah mengalir melalui telinga dan hidung
pendarahan internal tanpa kesan
 limpa dan hati pecah
 pendarahan dalam otak
JENIS-JENIS LUKA
RAWATAN PENDARAHAN
EKSTERNAL SECARA UMUM
A) Luka-luka kecil.
Rawatan bagi luka kecil lazimnya hanya memerlukan pembalutan kecil seperti
plaster sahaja. Biarpun begitu rawatan perlu diberi untuk mengelakkan risiko
jangkitan kuman. Langkah-langkah rawatannya adalah seperti berikut:

# bersihkann tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
# cuci luka dari tempat luka kea rah ke luar supaya kuman tidak masuk ke kawasan
luka.
# keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril.
# lekatkan plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat
luka.
# gunakan pembalut untuk memegang plaster.
B) luka kecil yang ada benda asing.

Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti kaca
yang terbenam atau objek-objek lain, anda hendaklah jangan keluarkan objek
tersebut. Tindakan anda akan mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada
tisu dan pendarahan. Matlamat rawatan anda adalah untuk mencegah
pendarahan tanpa menekan atau mencabut objek dan mendapatkan rawatan
perubatan. Langkah-langkah rawatannya adalah seperti berikut:
~ bersihkan tangan anda dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
~ cuci lika dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan
luka.
~ keringkan perlahan-lahan denga tisu atau tuala yang telah disteril.
~ kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua
bahagian atau sekitar tepi objek.
~ tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan
kuman. Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga anda boleh membalut
tanpa menekan objek.
~ bawa mangsa ke hospital.
CARA MENAHAN DARAH
a) Tekanan tepat – tekan terus pada luka tersebut
dengan kain bersih jika tiada apa-apa benda pada luka
atau luka tidak disertaidengan patah.
1. Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya gunakan kain
/ bahan yang disterilkan.
2. Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga
digunakan dengan menekan pada tempat berdarah.
3. Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang
pembebat.
4. Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah
berhenti biasanya 10 – 15 minit.
b) Tekanan tidak tepat – tekan pada urat nadi. Gunakan ikatan
penjerut (tourniquet). Jangan biarkan ikatan penjerut lebih dari 15
minit. Komplikasi penggunaan cara ini ialah boleh menyebabkan
kecederaan pada otot, saraf dan pembuluh darah jika terlalu
ketat. Ikatan yang longgar memburukkan lagi pendarahan. Ikatan
yang lupa dilonggarkan sehingga beberapa jam menyebabkan
anggota mati dan terpaksa dipotong. Gunakan kaedah ini jika
anda mahir dengan ikatan tersebut.

c) Anggota terputus – kawal darah dari berterusan keluar.


Bahagian putus hendaklah dibungkus dengan kain kasa yang
baah, sebaik-baiknya dibasah dengan air garam isotonic yang
suci kuman. Masukkan anggota putus dalam bekas plastik.
Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagi bekas plastik yang
mengandungi ketulan ais. Jangan rendam anggota putus secara
langsung ke dalam ais. Hantar mangsa ke hospital.
PEMBEBATAN &
PEMBALUTAN
Pembebatan adalah diperbuat daripada jenis kain kasa yang boleh digunakan untuk menutup
luka.
Fungsi pembebat dan balutan adalah:
 Mencegah jangkitan kuman
 Menyerap kotoran yang keluar seperti tanah dan darah
 Mengwal pendarahan dan melindungi luka
Jenis-jenis pembebatan ialah:
 Paraffin – biasanya digunakan untuk luka besar
 Pembebat melekat – plaster, digunakan untuk luka kecil
 Pembebat berubat – kain kasa yang disapu ubat pembunuh kuman
 Pembebat pembebat biasa – gauze
Peraturan membalut:
 Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
 Cuci luka dari tempat lukake arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.
 Lekatkan pembebat mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk kea rah tempat luka.
 Gunakan pembalut untuk memegang pembebat.
Jenis-jenis pembalut yang biasa ialah :
 Pembalut bergulung – berasal dari kain kasa, WOW bandage
 Pembalut segi tiga, lebar dan tirus – terdiri dari kain segi tiga dari jenis kain kaliko
 Pembalut cincin – diperbuat dari pembalut tirus
 Pembalut kain krep – biasanya digunakan untuk kes terseliuh
TERSELIUH & PATAH
1. Kepatahan (fraktur) merupakan salah satu kecederaan yang
sering di alami oleh mangsa kemalangan. Kecederaan tulang,
sendi dan otot terjadi disebabkan oleh :

 Pukulan secara langsung yang tepat dan kuat. Kecederaan


berlaku pada tempat yang kena pukulan, misalnya kaki dilanggar
kereta.
 Pukulan sipi. Kecederaan berlaku jauh dari tempat pukulan,
misalnya patah tulang peha kerana jatuh dari tempat tinggi.
 Kecederaan otot (strain). Otot telah diregang secara berlebihan.
Terjadi kerana menggunakan otot secara mengejut. Sering terjadi
pada ahli sukan.
 Terseliuh. Kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan
mengejut. Contoh pergerakan mengejut seperti berpusing secara
mengejut semasa berlari.
 Dislokasi (dislocation). Hujung tulang sendi terkeluar dari
kedudukan normal. Sering terjadi pada jari kaki atau tangan
JENIS-JENIS PATAH
Patah boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori :
 Patah bertutup. Kulit permukaan tidak luka.
 Patah terbuka. Terdapat luka yang mendedahkan
keretakan tulang.
 Patah berkomplikasi (melarat). Kecederaan melibatkan
tulang dan organ lain seperti otak, paru-paru dan lain-
lain.
 Patah ranting muda. Terjadi dikalangan kanak-kanak.
 Patah penghancuran. Tulang patah lebih dari dua.
 Patah simple. Tulang patah dua sahaja.
TANDA-TANDA
KECEDERAAN TULANG
 Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.
 Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah.
 Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.
 Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak
normal.
 Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada
tulang,sendi atau otot.
 Bentuk,kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.
PRINSIP RAWATAN SECARA
AM
Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut :

 Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang


mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan
pendarahan yang banyak.
 Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan
rawatan ditempat kejadian.
 Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang
cedera. Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera.
 Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup
dengan kain yang bersih.
 Haling / ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan
belat (splin), anduh dan pembebat.
 Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan
jari-jari tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang
terlalu ketat.
ANDOH ATAU BALUTAN
PATAH
Sekian
Terima Kasih

You might also like