P. 1
Surat kiriman tidak rasmi

Surat kiriman tidak rasmi

2.86

|Views: 15,848|Likes:
Published by drsm5470

More info:

Published by: drsm5470 on Mar 26, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/19/2015

pdf

text

original

Natalia Amima, Lot 455, Taman Indah, 96400 Mukah, Sarawak, Malaysia.

14 Mac 2010 Menemui saudari Rossa yang berada di Surabaya. Apa khabar saudari dan keluarga di sana ? Saya dan keluarga, sihat walafiat sentiasa. Surat saudari telah selamat saya terima semalam. Terima kasih kerana sudi mengutus surat kepada saya. Untuk pengetahuan saudari, sekarang saya sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Three Rivers, dalam Tingkatan Satu. Saya berasa sangat seronok kerana telah mendapat ramai teman baru. Dalam surat saudari yang lepas, saudari ada menyatakan keinginan saudari dan keluarga untuk melancong ke Malaysia pada cuti pertengahan tahun ini. Saya rasa pilihan saudari sangat tepat. Malaysia ialah negara yang indah dan unik. Banyak tempat menarik yang boleh saudari dan keluarga kunjungi di Malaysia. Di Sarawak terdapat tempat-tempat yang menarik seperti Kampung Budaya, Gua Niah, dan Gua Mulu. Kampung Budaya terletak 40 km dari Bandar raya Kuching. Saudari boleh menginap di hotel dan chalet yang berdekatan iaitu Pusat Peranginan Damai dan Santubung. Di Kampung Budaya, saudari boleh melihat rumah-rumah kaum etnik yang berada di Sarawak. Saudari juga dapat merasai sendiri budaya dan adat resam setiap kaum etnik ini.Selain itu, saudari boleh pergi ke bahagian utara negeri Sarawak dengan menaiki kapal terbang atau pengangkutan darat. Di situ ada, Gua Mulu dan Gua Niah. Di Gua Mulu saudari dapat melihat keindahan alam semula jadi serta unsur-unsur pembentukan batu kapur yang sungguh menakjubkan. Di Gua Niah pula, saudari dapat melihat artifak peninggalan manusia kuno yang hidup pada zaman Paleolitik. Selain itu, saudari dapat menyaksikan pemungut sarang burung layang-layang memungut sarang burung untuk diproses. Saudari, Selain Sarawak, negeri Terengganu juga mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Di sana terdapat Pantai Rantau Abang yang popular sebagai tempat penyu mendarat dan bertelur.Pengunjung berpeluang mendapat pengalaman menyaksikan penyu-penyu mendarat pada waktu senja untuk bertelur.Pulau Redang juga terdapat di Terengganu. Di situ, pengunjung dapat lari daripada kesibukan kota dengan merasai ketenangan dan menikmati keindahan alam semula jadi. Taman Hidupan Air di Pulau Redang menyajikan keseronokan luar biasa kepada pengunjungnya. Saudari, Sekiranya saudari berminat tentang sejarah Tanah Melayu, saudari boleh berkunjung ke Melaka. Di situ masih terdapat bangunan-bangunan lama peninggalan Portugis dan Belanda termasuk kota A Famosa. Saya pasti saudari tertarik mendengar keindahan serta keunikan tempat-tempat menarik yang telah saya ceritakan tadi. Saudari juga boleh melayari internet untuk lebih mengetahuinya. Sampai di sini sahaja pertemuan kita untuk kali ini. Saya harap kita dapat berjumpa di lain lembaran. Sampaikan salam saya kepada keluarga saudari. Sekian. Sahabatmu,

natalia

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->