You are on page 1of 15

SEKOLAH KEBANGSAAN TITOM

BUKU PANDUAN MENGELAK KEMALANGAN SEKOLAH


TAHUN TERBITAN 2010

1
PEKARA AM.
Peraturan-peraturan ini diwajibkan kepada semua pelajar dengan tujuan
kebajikan dan mendisiplinkan pelajar-pelajar di samping melicinkan perjalanan
dan pentadbiran sekolah menuju kepada matlamatnya. Setiap individu pelajar
diwajibkan mematuhi semua peaturan yang ditetapkan.Buku Panduan
Peraturan Sekolah.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada
tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.

2
SURAT AKU JANJI PELAJAR

NAMA PELAJAR :
_____________________________________________________
Saya yang bernama seperti di atas dengan ini mengaku bahawa saya bersetuju
akan mematuhi segala peraturan sekolah selama saya belajar di sekolah ini.
Sekiranya saya melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan, saya
sanggup dan bersedia menerima sebarang bentuk hukuman yang berkaitan
setimpal dengan kesalahan yang saya telah lakukan. Pesetujuan ini dibuat atas
kesedaran dan kerelaan hati saya sendiri tanpa desakan atau paksaan mana-
mana pihak.

Tandatangan pelajar
......................................................

3
( )
Tarikh :

PENGAKUAN PENJAGA

Saya ___________________________________________________________
penjaga kepada _________________________________________________
mengakui telah membaca buku peraturan ini dan bersetuju menasihati anak-
anak jagaan saya supaya mematuhi peraturan-peraturan yang terkandung
dalam buku peraturan ini. Saya memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak
sekolah untuk mengendali dan menyelesaikan kes disiplin yang melibatkan
anak saya.

Tandatangan : ...............................................................................
Nama : ...............................................................................

4
No K/P : ...............................................................................
Tarikh : ...............................................................................

Tatacara keselamatan di
Bilik darjah

1.Semua pelajar mesti berada di dalam bilik kelas pada jam 6.55 pagi. Guru
tingkatan akan mengambil kedatangan pelajar.
2.Semua pelajar mestilah menjaga kebersihan bilik darjah masing-masing.
3.Ketua kelas dan penolongnyabertanggungjawab menyediakan jadual tugas
kelas masing-masing dan memastikan tugas harian dijalankan dengan
sempurna .
4.Pelajar-pelajar yang bertugas pada hari itu akan menjalankan tugas kelas
pada waktu pagi sebelum loceng pertama dibunyikan.
5.Bakul sampah perlu dikosongkan sebelum sesi pengajaran dan
pembelajaran bermula .
6.Setiap pelajar bertanggungjawab supaya kerusi dan meja yang dikhaskan
untuknya tidak diconteng atau dirosakkan.

5
7.Semua pelajar bertanggungjawab menjaga alat-alat dalam bilik darjah.Ketua
tingkatan mesti melaporkan kepada guru tingkatan dengan segera jika berlaku
sebarang kerosakan.

8.Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menggunakan kapur tulis dan menulis di


papan hitam kecuali diarah berbuat demikian oleh guru.
9.Apabila guru, pengetua atau pelawat masuk ke bilik kelas, pelajar
hendaklah bangun dan mengucapkan selamat atau memberi salam. Pelajar
mestilah mengucapkan Terima kasih. setelah guru, pengetua atau pelawat
meninggalkan bilik kelas.
10.Pelajar dilarang membuat bising dan mengganggu ketenteraman bilik
kelas.
11.Semasa pelajaran sedang berjalan, pelajar tidak dibenarkan keluar dari
bilik darjah tanpa kebenaran guru. Sewaktu pertukaran guru juga pelajar tidak
dibenarkan keluar.
12.Pelajar yang hendak masuk ke bilik darjah di mana guru sedang mengajar
dikehendakki mengetuk pintu terlebih dahulu dan meminta kebenaran masuk.

6
13.Apabila guru tidak ada di dalam bilik kelas, Ketua Kelas bertanggungjawab
menghubungi guru tersebut atau guru gentian sekiranya guru mata pelajaran
tidak hadir.
14.Pelajar-pelajar perlu memastikan suis kipas dimatikan apabila
meninggalkan bilik kelas samada untuk ke makmal atau waktu pendidikan
jasmani

15.Pelajar-pelajar digalakkan menghias bilik kelas masing-masing dengan alat-


alat pembelajaran, poster-poster dan carta yang sesuai dan menarik yang
seringkali ditukar.
16.Bilik kelas mestilah berada dalam keadaan bersih, papan hitam mesti
dibersihkan, meja dan kerusi diatur sebelum waktu balik.
17.Keselamatan diri adalah tanggungan pelajar sendiri. Pelajar mestilah
sentiasa menjaga keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti di dalam bilik
kelas. Kemalangan akibat kelalaian sendiri tidak dapat ditanggungjawab oleh
pihak sekolah.

Kantin

7
1       Apabila membeli makanan/miniman semasa rehat, pelajar-pelajr
dikehendaki beratur denga tertib dan ikut arahan guru bertugas dan pengawas-
pengawas yang bertugas.
2       Pelajar-pelajar dikehendaki duduk ketika makan atau mesti berada di
kawasan kantin, tidak dibenarkan makan di tempat lain.
3       Jangan tinggalkan mangkuk, piring yang digunakan di atas meja, tetap
hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan.

4       Jangan tinggalkan sebarang jenis pembalut makanan atau baki makanan


di atas meja. Masukkan ke dalam tong sampah yang disediakan.
5       Para pelajar dilarang membeli makanan di luar waktu rehat.
6       Para pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam kantin atau dapur kantin.
7       Semua pelajar dilarang membeli makanan di luar kawasan sekolah
sewaktu rehat, atau pergi makan di luar kawasan sekolah.
8       Jangan salahgunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti
besen basuh tangan dan tong sampah.

Makmal / bengkel Kemahiran Hidup.

8
1.     Pengguna tidak boleh masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau
semasa ketiadaan guru.
2.     Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Susun atur semula kerusi
supaya kemas.
3.     Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas.
4.     Pastikan alat pemadarn api ada dan boleh digunakan.
5.     Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.
6.     Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan
makmal komputer.

7.     Semua pengguna dikehendaki mencatat pada buku log / rekod


penggunaan makmal komputer
8.     Pengguna dilarang melayari Internet pada alamat-alamat yang tidak
senonoh (lucah).
9.     Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda,
bertengkar dan bergaduh dalam makmal komputer.
10.   Pengguna komputer dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada
komputer.
11.   Pengguna dilarang membawa sebarang cakera perisian luar masuk ke
dalam makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.

9
12. Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian
dari makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.
13.   Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu yang
terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan
dengan segera pada guru yang bertugas.

Aspek Keselamatan Perkakasan 


 
1.     Jangan membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari makmal
tanpa kebenaran

2.     Jika ada bunyi yang ganjil atau terhidu sesuatu yang terbakar kenalpasti
komputer yang terlibat dan segera putuskan bekalan kuasa di dinding yang
bersambung ke komputer itu.
3.     Komputer yang rosak perlu diasingkan,dilabelkan dan dinyatakan perkara
yang rosak untuk tindakan seterusnya.
4.     Imbas cakera liut sebelum digunakan untuk mengelakkan sebaran virus.
5.     Pastikan cakera liut disimpan dalam kotaknya atau bekas bebas dari
sebarang benda asing, habuk dan kekotoran.
6.     Padamkan suis pencetak selepas digunakan.

10
7.     Pengguna dikehendaki melaporkan sebarang kerosakan perkakasan
kepada guru komputer.
8.     Kekisi pintu dan tingkap perlu dipasang untuk mengelakkan kecurian
perkakasan berlaku.
9.     Sistem penggera kebakaran (sistem pengesan asap dan api) perlu
dipasang untuk mengelakkan kebakaran dari berlaku.
10.   Pastikan disk cleaner dan cecair alkohol ada disimpan dalam makmal
komputer untuk mencuci pemacu cakera yang kotor.

Senarai Keselamatan Pengguna

1.     Meja komputer diatur dengan baik dan tersusun, sistem unit diletak di
tempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat
peranti
2.     Tempat duduk selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna
dan duduk tegak untuk hindar dari sakit pinggang.

11
3.     Kabel-kabel komputer perlu diletakkan di belakang komputer atau di
tempat yang selamat dari laluan pengguna.
4.     Penapis cahaya monitor (glass filter) boleh digunakan untuk keselesaan
dan keselamatan mata pengguna.
5.     Laraskan kedudukan monitor dengan mata ; monitor harus 18 ke 24 inci
jauh dari mata.
6.     Pengguna perlu berehat selepas 2 jam menggunakan komputer dan
melihat kehiiauan di luar untuk melegakan pandangan mata.
7.     Pengguna dinasihatkan berehat sebentarjika mengalami sakit tengkok,
sakit tulang belakang dan keletihan kedua-dua tangan.
8.     Pastikan makmal komputer dilengkapi dengan kotak pertolongan cemas.
9.     Jika perlu buka casing komputer untuk kerja penyelenggaraan, pastikan
sistem unit di shutdown  dahulu, matikan kuasa elektrik dan tanggalkan plug.

10.   Semasa membuat kerja penyelenggaraan, elak dari memakai tali leher,
barang-barang kemas dan berambut panjang.
11.   Perhatikan jika terdapat wayar kuasa yang terdedah;tukar mana-mana
kabel kuasa yang rosak.
 
Stor Pendidikan Jasmani.

12
1.  Pastikan mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada guru pendidikan
jasmani sebelum mengambil peralatan sukan yang diperlukan. Dilarang
mengambil peralatan tanpa kebenaran

2. Sila beratur ketika berada dihadapan pintu bilik stor PJK.

3. Setiap peralatan sukan yang diambil perlulah direkodkan ke dalam buku


rekod penggunaan stor PJK.

4. Sebagai langkah keselamatan, elakkan dating ke stor PJK dengan


bersendirian tanpa memaklumkan kepada guru pendidikan jasmani.

5.Setiap peralatan sukan hendaklah dikembalikan dan diletekkan mengikut


susunan asalnya. Pihak stor berhak meminta tuntutan ganti rugi daripada kelas
terbabit atas segala kerosakan atau kehilangan peralatan sukan yang
digunakan.

13
6. Pastikan pintu sentiasa ditutup sebelum beredar untuk mngelakkan
kehilangan peralatan sukan.

7. Amalkan sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan stor PJK, kutip


sampah apabila ternampak di persekitaran dan bunag ke dalam tong sampah.

8. Pastikan semua suis ditutup sebelum beredar keluar.

5. Kawasan persekitaran sekolah.

1.Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekoalh pada waktu


persekolahan kecuali keluar dengan kebenaran Guru Besar/Penolong
Kanan/Guru Bertugas Mingguan.
 
2.Tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah selepas waktu
persekolahan/haru cuti tanpa kebenaran guru.
3.Jangan merosakkan tanaman/harta benda sekolah. 
4.Tidak dibenarkan meludah di merta-rata tempat.

14
5.Pelajar mestilah memasukkan sampah/plastik/kertas buangan ke dalam tong
sampah.

15

You might also like