You are on page 1of 12

PENGENALAN MODEL KURIKULUM

Terdapat beberapa model kurikulum dalam literatur. Model yang terserlah adalah Model Tyler
yang dikemukakan oleh Ralph Tyler (1949) dan Model Johnson yang dipelopori oleh Mauritz
Johnson (1967). Model-model ini masih dominan kerana elemen-elemennya konsisten dengan
teori mengenai sekolah dan perancangan pendidikan. Dan dalam tugasan ini saya telah memilih
model Tyler sebagai medium tugasan ini.

Model Tyler

Tyler mengemukakan 4 soalan sebelum sebuah kurikulum boleh direka bentuk. Pertama, apakah
matlamat yang hendak dicapai? Matlamat dan objektit kurikulum biasanya diperolehi dari kajian
mengenai pelajar, kehendak masyarakat dan industri, serta subjek atau kursus yang akan
ditawarkan. Kesemua elemen-elemen ini disesuaikan dengan raisaian, visi dan misi institusi yang
berkenaan. Objektif-objektif ini perlulah ditulis dengan tepat dan mestilah boleh diukur dan
dicapai. Kedua, pembuat kurikulum mestilah tnengenal pasti apakah bentuk pengalaman yang
hendak disediakan untuk mencapai matlamat dan objektit tersebut? Ketiga, bagaimana
pengalaman tersebut dapat disusun secara sistematik supaya dapat dilaksanakan secara berkesan?
Dan akhir sekali, bagaimana kita menentukan matlamat dan objektit kurikulum tersebut tercapai?

1
KAJIAN SUKATAN PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

BIDANG PEMBELAJARAN:

1. Reka Bentuk Dan Teknologi

1.1. Reka cipta


d. penghasilan projek reka bentuk

Hasil pembelajaran:

Aras 1
 Mengenal pasti masalah.
 Mengumpul maklumat.
 Menyelesaikan masalah melalui lakaran.
 Memilih lakaran yang paling sesuai.
 Merancang dan menyediakan lukisan projek.
 Menyediakan alatan dan bahan.
 Membina projek.
 Membuat kemasan.
 Menguji kefungsian projek dan membuat pembaikan.

Cadangan aktiviti pembelajaran:

 Perbincangan mengenai tujuan membina projek.


 Menjalankan pemerhatian, temu bual dan kaedah lain bagi mendapatkan maklumat.
 Lakaran ialah lukisan kasar tentang objek yang dilukis.
 Lukisan projek ialah lukisan yang mempunyai dimensi tinggi, lebardan panjang.
 Pemilihan alatan dan bahan yang bersesuaian.
 Digalakkan menggunakan bahan kitar semula.
 Sesi persembahan dan kritik diadakan.

2
Kesimpulan:

Kurikulum ini bersesuaian dengan model Tyler. Model Tyler menekankan 4 perkara iaitu,

 Apakah matlamat yang ingin dicapai?


 Apakah bentuk pengalaman yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut?
 Bagaimanakah pengalaman ini hendak disusun supaya lebih berkesan?
 Bagaimana menentukan samada matlamat ini tercapai atau tidak?

Apakah matlamat yang ingin dicapai?


- Murid-murid dapat menyelesaikan masalah melalui lakaran.
- Murid-murid dapat menjalankan pemerhatian, temu bual dan kaedah lain bagi mendapatkan
maklumat.

Apakah bentuk pengalaman yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut?

- Murid-murid memerlukan pengalaman membina projek dan membuat kemasan


disamping pengalaman memilih alatan dan bahan yang bersesuaian.

Bagaimanakah pengalaman ini hendak disusun supaya lebih berkesan?

- Pengalaman disusun dari mengenal pasti masalah sehingga ke menguji kefungsian projek
dan membuat pembaikan untuk memastikan murid-murid benar-benar faham dengan
aktiviti pembelajaran yang dijalankan.

Bagaimana menentukan samada matlamat ini tercapai atau tidak?

- Penentuan samada matlamat ini tercapai atau tidak dapat dilihat melalui projek yang
dihasilkan oleh para pelajar sama ada berjaya atau tidak.

Seperti yang dapat kita lihat, kurikulum reka cipta bahagian penghasilan projek reka bentuk
mempunyai kesemua kriteria yang dikehendaki oleh model Tyler. Oleh itu kurikulum ini tidak
memerlukan sebarang pengubahsuaian lagi.

3
1.2 Baik Pulih dan Penyenggaraan

b. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada mesin mudah

Hasil pembelajaran:

Aras 1
 Mengenal pasti bahagian yang perlu dibaik pulih.
 Memilih bahan dan alatan tangan yang sesuai untuk kerja membaik pulih.
 Menjalankan kerja baik pulih dan menggantikan komponen yang rosak.
 Memeriksa, menguji dan melaras.
Aras 2
 Memeriksa, menguji dan melaras rantai basikal.
Aras 3
 Menampal tiub basikal.
 Menyenggara dan baik pulih pam basikal dan bahagian basikal seperti loceng dan brek
basikal.

Cadangan aktiviti pembelajaran:

 Menyenggara dan baik pulih pam basikal dan bahagian basikal seperti loceng dan brek
basikal.
 Alatan tangan yang diperlukan seperti playar gabung boleh laras, spanar, pemutarskru
rata, pemutar skru philips, tukul bonggol bulat dan penggumpil tayar.
 Bahan yang diperlukan seperti gris, minyak pelincir, kertas las, glu sentuh dan kain reja.
 Penekanan tentang penyimpanan alatan tangan dan bahan selepas kerja amali perlu
diutamakan.
 Memilih alatan tangan dan bahan yang sesuai.
 Menegangkan rantai basikal secara individu atau berkumpulan.
 Penampal tiub siap guna boleh digunakan.

4
Kesimpulan:
Kurikulum ini didapati bersesuaian dengan model Tyler yang menekankan 4 perkara dalam
modelnya. Untuk membuktikan bahawa kurikulum ini sesuai dengan model Tyler, sila rujuk di
bawah.

Apakah matlamat yang ingin dicapai?


- Murid-murid dapat melakukan penyenggaraan dan membaiki kerosakkan pada mesin
mudah dengan baik.

Apakah bentuk pengalaman yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut?

- Pengalaman memilih bahan dan alatan tangan yang sesuai untuk kerja membaik pulih dan
menjalankan kerja baik pulih dan menggantikan komponen yang rosak.

Bagaimanakah pengalaman ini hendak disusun supaya lebih berkesan?

- Pengalaman disusun dari mengenal pasti bahagian yang perlu dibaik pulih sehingga ke
Memeriksa, menguji dan melaras untuk memastikan murid-murid benar-benar faham
dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan.

Bagaimana menentukan samada matlamat ini tercapai atau tidak?

- Penentuan samada matlamat ini tercapai atau tidak dapat dilihat melalui penyenggaraan
yang dilakukan oleh para pelajar sama ada berjaya atau tidak.

Seperti yang dapat kita lihat, kurikulum baik pulih dan penyenggaraan bahagian penyenggaraan
dan membaiki kerosakan pada mesin mudah mempunyai kesemua kriteria yang dikehendaki oleh
model Tyler. Oleh itu kurikulum ini tidak memerlukan sebarang pengubahsuaian lagi.

5
2. Perniagaan dan Keusahawanan

2.2 Merancang dan Menyediakan Jualan

a. Membuat rancangan jualan

Hasil pembelajaran:

Aras 1
 Menerangkan cara mendapat komisen melalui jualan
 Menyenaraikan barang yang sesuai dijual secara komisen.
 Membuat rancangan jualan.
 Membuat jadual kerja.

Cadangan aktiviti pembelajaran:

 Maksud komisen:
Bayaran yang diterima kerana menjual atau menguruskan penjualan barang orang lain.
 Sumbang saran menyenaraikan barang yang sesuai dijual secara komisen.

6
Kesimpulan:
Kurikulum ini didapati bersesuaian dengan model Tyler yang menekankan 4 perkara dalam
modelnya. Untuk membuktikan bahawa kurikulum ini sesuai dengan model Tyler, sila rujuk di
bawah.

Apakah matlamat yang ingin dicapai?


- Murid-murid dapat membuat satu rancangan jualan dan membuat jadual kerja disamping
dapat menerangkan apa itu komisen melalui jualan.

Apakah bentuk pengalaman yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut?

- Pengalaman membuat rancangan jualan dan membuat jadual kerja.

Bagaimanakah pengalaman ini hendak disusun supaya lebih berkesan?

- Pengalaman disusun dari menerangkan cara mendapat komisen melalui jualan sehingga
membuat jadual kerja untuk memastikan murid-murid benar-benar faham dengan aktiviti
pembelajaran yang dijalankan.

Bagaimana menentukan samada matlamat ini tercapai atau tidak?

- Penentuan samada matlamat ini tercapai atau tidak dapat dilihat melalui penerangan dan
rancangan serta jadual kerja yang dihasilkan oleh para pelajar sama ada berjaya atau
tidak.

Seperti yang dapat kita lihat, kurikulum merancang dan menyediakan jualan bahagian membuat
rancangan jualan mempunyai kesemua kriteria yang dikehendaki oleh model Tyler. Oleh itu
kurikulum ini tidak memerlukan sebarang pengubahsuaian lagi.

7
2.3 Mempromosi Jualan

c. Promosi melalui katalog

Hasil pembelajaran:

Aras 1

 Menyenaraikan kandungan yang perlu dalam katalog.


 Gunakan katalog yang sedia ada sebagai panduan murid.
 Mereka bentuk dan menghasilkan katalog mudah untuk barang yadg hendak dijual.
 Mempromosi dan menjual barang menggunakan katalog.

Cadangan aktiviti pembelajaran:

 Gunakan katalog yang sedia ada sebagai panduan murid.


 Simulasi mempromosi barang menggunakan katalog.

8
Kesimpulan:
Kurikulum mempromosikan jualan bahagian promosi melalui katalog didapati bersesuaian
dengan model Tyler yang menekankan 4 perkara dalam modelnya. Untuk membuktikan bahawa
kurikulum ini sesuai dengan model Tyler, sila rujuk di bawah.

Apakah matlamat yang ingin dicapai?


- Murid-murid dapat melaksanakan proses mempromosi dengan baik dan mengikut turutan
yang betul.

Apakah bentuk pengalaman yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut?

- Pengalaman mereka bentuk dan menghasilkan katalog mudah untuk barang yang hendak
dijual.

Bagaimanakah pengalaman ini hendak disusun supaya lebih berkesan?

- Pengalaman disusun dari menyenaraikan kandungan yang diperlukan dalam katalog


sehingga ke cara mempromosikan dan menjual barang menggunakan katalog.

Bagaimana menentukan samada matlamat ini tercapai atau tidak?

- Penentuan samada matlamat ini tercapai atau tidak dapat dilihat melalui simulasi
mempromosikan barang menggunakan katalog yang dijalankan oleh murid-murid.

Seperti yang dapat kita lihat, kurikulum mempromosi jualan bahagian promosi melalui katalog
mempunyai kesemua kriteria yang dikehendaki oleh model Tyler. Oleh itu kurikulum ini tidak
memerlukan sebarang pengubahsuaian lagi.

9
KESIMPULAN

Diruangan ini kami ingin menyimpulkan bahawa Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah merupakan pengenalan yang lengkap dan sempurna. Ini kerana di dalam Kajian
Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ini terdapatnya kemajuan dari aspek pendidikan
dan ilmu pengetahuan. Kesemua elemen ini adalah pemangkin untuk manusia mencapai tahap
kehidupan yang lebih sempurna sepertimana kemajuan yang dicapai oleh negara-negara lain.

Selain itu Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ini adalah satu-satunya
program yang mementingkan kemahiran sebagai batas dalam keghairahan manusia mencapai
kemajuan. Dengan ini manusia akan dapat menjalani kehidupan dengan baik dan tidak
menimbulkan sebarang masalah.

Oleh itu,bagi mencapai konsep sebenar mata pelajaran ini, kita janganlah hanya
mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan
pencapaian dalam aspek rohaniah,,tatasusila dan moral. Semua ini sememangnya terkandung di
dalam mata pelajaran ini.

Sekian.

10
RUJUKAN

Choong Lean Keow Phd.(2009), Murid dan Alam Belajar, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.

Ishak Ramli.(2005), Inilah Kurikulum Sekolah, Kuala Lumpur, PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd.

Universiti Terbuka Malaysia,(2002), Perancangan Kurikulum Pendidikan Teknik dan


Vokasional, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

11
LAMPIRAN

12

You might also like