You are on page 1of 1

Proses pembinaan jalan

Proses pembinaan jalan melibatkan banyak tahap yang berbeza dan setiap satunya
melibatkan alatan dan cara kerja yang berlainan. Tahap pembinaan jalan itu adalah bermula
dengan kerja ukur dan penjajaran, pembersihan tapak dan kerja tanah. Setelah kerja tanah
selesai atau pada masa yang sama kerja perparitan turut dijalankan diikuti kerja jambatan.
Kemudian kerja turapan dilakukan sebelum kerja kemasan dijalankan sebagai penutup kepada
proses pembinaan jalan.

Kerja ukur dan penjajaran

Pada peringkat awal kerja ukur peninjauan bagi kawasan cadangan dilakukan. Inilah
adalah untuk membuat tinjauan awal kawasan yang dicadangkan dan mengumpul data
berkaiatan keadaan rupa bumi supaya anggaran kos bagi sesuatu penjajaran dapat dibuat.
Kemudian ukur peninjauan bagi alternatif-alternatif laluan dijalankan. Pada tahap ini, tinjauan
lebih terperinci dan lebih dekat dilakukan terhadap laluan-laluan yang telah dikenal pasti untuk
menentukan laluan terbaik.

Selepas laluan terbaik ditentukan dari peta, ukur permulaan secara terperinci dilakukan.
Biasanya ini dilakukan dengan kaedah ukur di tanah atau tapak pembinaan. Tertentu,
rekabentuk geometri pelan, serta keratan rentas dan memanjang lukisan perinci dapat
dihasilkan. Selepas ukur permulaan bagi laluan terbaik dilakukan, kerja ukur dan penandaan di
tapak dijalankan untuk menentukan hak jalan atau hak milik tanah. Kerja ukur asas, penjajaran,
penandaan garis tengah, dan titik genting seperti titik persilangan dan lurang bagi kerja
pembinaan dibuat di tapak bina. Semua kerja ukur ini memerlukan pengesahan oleh juruukur
berlesen kerana ianya melibatkan pertukaran hak milik tanah.

Pembersihan tapak

Pembersihan tapak merupakan langkah pertama sebelum kerja pembinaan lain


dijalankan. Tapak jalan mungkin berada di kawasan Bandar atau luar Bandar. Pembersihan tapak
di kawasan

You might also like