You are on page 1of 20

1.

0 BANDING BEZA FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT DAN ISLAM

FALSAFAH ISLAM ASPEK FALSAFAH BARAT

 Proses pendidikan KONSEP  Ciri-ciri semulajadi


merupakan penyatuan manusia bersifat
semua ilmu sejagat dan tidak
pengetahuan di bawah berubah.
Al-Quran yang menjadi  Menumpukan
teras pendidikan. perkara-perkara
asas sahaja.
 Pendidikan memainkan  Bersifat praktikal
peranan ke arah dan pragmatik.
mewujudkan
kesimbangan antara
potensi fizikal, intelek
dan rohani manusia.

 Membentuk dan MATLAMAT  Mengajar ilmu dan


memperkembangkan budaya yang
insan supaya menjadi bersifat asas
muslim yang berilmu, sahaja.
beriman, beramal soleh
dan berperibadi mulia  Mengasaskan corak
ke arah melengkapkan budaya baru.
diri serta
bertanggungjawab
sebagai hamba dan  Menghasilkan
khalifah Allah S.W.T. individu yang
yang bertakwa. bersedia
menghadapi
 Melahirkan insan yang perubahan dalam
taat kepada Allah kehidupan seharian.
S.W.T., hidup dalam
masyarakat dengan
harmoni, aman dan
damai dan seterusnya
mendapat keredhaan
dan kesejahteraan di
akhirat.

1
 Pemberi ilmu, PERANAN GURU  Penyampai ilmu
pembimbing, yang pakar
pendorong dan juga  Pembimbing dan
pembentuk akhlak pengurus
murid-muridnya.  Agen perubahan
 Pemangkin ilmu

 Berlandaskan sumber KURIKULUM  Bidang


yang jelas dan kukuh kemanusiaan dan
iaitu Al-quran dan As- kesusasteraan
sunnah.  Kemahiran asas
 Meliputi fardu ain (membaca, menulis
seperti solat, puasa dan dan mengira)
zakat dan fardu kifayah  Bidang sains sosial
seperti ilmu sains,  Bidang estetik
matematik dan
vokasional.

 Ibnu Rushd (520-595 TOKOH  John Dewey


Hijrah)  William C. Bagley
 Al- Ghazali (1058- 1111 (1874-1946)
Hijrah)  Jonson et al (1969)
 Ibnu Khaldun (1332-
1406 Hijrah)
 Al-Farabi (870 – 950
AD)

2
2.0 PENULISAN ESEI

2.1 PENDAHULUAN

Falsafah pendidikan berasal daripada dua istilah asas iaitu falsafah dan
pendidikan. Falsafah ialah satu sistem idea yang komprehensif mengenai fitrah
manusia dan makna realiti di mana kita berada. Pendidikan pula merupakan proses
untuk mempelajari sesuatu yang baru nagi memperbaiki diri. Pendidikan umpama
mekanisme celupan yang membentuk kesempurnaan hal ehwal manusia. Umumnya,
falsafah pendidikan adalah satu cara pemikiran yang analatikal yang digunakan untuk
menjelaskan konsep-konsep asas berhubung dengan pendidikan. Secara amnya,
falsafah pendidikan terbahagi kepada tiga iaitu falsafah pendidikan Islam, Timur dan
Barat.

Falsafah Pendidikan Islam ialah suatu usaha yang berterusan dalam


menyampaikan ilmu, membentuk kemahiran dan memupuk penghayatan Islam
berdasarkan Al Quran dan As Sunnah sepanjang hayat. Pendidikan Islam terhadap
manusia menitikberatkan kemantapan rohani sebagai asas utama agar menyedari
bahawa tugas utama manusia adalah i`tiraf bahawa dirinya adalah hamba Allah dan
khalifah di muka bumi. Untuk mencapai tahap i`tiraf itu hala tuju dan natijah Falsafah
Pendidikan Islam mestilah menghasilkan muslim yang beriman, berilmu, taqwa
berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan Al Quran dan As
Sunnah. Falsafah pendidikan Islam hanya berlandaskan kepada dua sumber utama
iaitu Sumber Wahyu (Al Qur`an dan As Sunnah) dan Sumber Aqli (Ijma, Qiyas dan
Ijtihad) .

Falsafah Pendidikan Islam adalah pendidikan yang mengambil berat akan


keperluan keperluan manusia baik di dunia dan di akhirat. Falsafah Pendidikan Islam
tidak dapat tidak mesti dilaksanakan secara berterusan, dalam erti kata lain pengajaran
serta Pendidikan Islam harus bermula daripada “buaian hingga ke liang lahad”. Oleh
kerana pendidikan begitu penting sekali hingga mencorakan seluruh aspek kehidupan
manusia dan makhluk-makhluk disekelilingnya maka Pendidikan Islam dan falsafahnya
wajar sekali diasaskan kepada roh Islami agar mencapai matlamat ridha Allah terhadap

3
manusia supaya memperakui dan menghayati bahawa dirinya adalah hamba Allah dan
khalifah yang di pertanggungjawabkan memakmurkan alam.

Sementara itu. Falsafah Pendidikan Timur pula berasaskan falsafah Cina dan
India. Dalam falsafah pendidikan Timur, pendidikan berfungsi untuk membolehkan
seseorang mencapai kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal
undang-undang, di samping memenuhi kehendak-kehendak sosial dan ekonomi.
Lantaran itu, mereka melihat peranan guru sebagai penyampai ilmu kepada orang
ramai serta mengajar cara-cara hidup yang baik dan betul. Dua ahli falsafah pendidikan
Timur yang terkenal ialah Confucius(551-479 SM) dan Rabindranath Tagore(1861-
1941).

Falsafah pendidikan yang terakhir ialah falsafah pendidikan Barat. Falsafah


pendidikan Barat terbahagi kepada dua iaitu falsafah pendidikan Tradisional Barat dan
falsafah pendidikan Moden Barat. Falsafah pendidikan tradisional barat tertumpu
kepada dua mazhab iaitu Perenalisme dan esensialisme. Manakala falsafah pendidikan
moden barat terbahagi kepada tiga iaitu progresivisme, rekonstruktivisme dan
eksistentialisme.

4
2.2 PEMILIHAN FALSAFAH

Setelah mengkaji dengan terperinci dan melalui proses perbincangan, pengkaji


telah memilih Falsafah Pendidikan Islam untuk dilaksanakan sebagai falsafah
pendidikan di sekolah sendiri. Menurut Al-Syaibani (1979), “ Falsafah pendidikan Islam
bertujuan untuk menyediakan manusia dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan
yang cukup agar dia kenal siapa dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya sebagai
hamba dan khalifah agar menjadi insan yang soleh...” Falsafah Islam ialah falsafah
yang berteraskan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Antara perkara yang penting
yang difokuskan oleh falsafah pendidikan Islam ialah Pendidikan Aqidah, Pendidikan
Ibadah, Pendidikan Akhlak, Pendidikan Akal, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Rohani,
Pendidikan Keterampilan, Pendidikan Keibubapaan, Pendidikan Kemasyarakatan,
Pendidikan Kepimpinan, dan banyak lagi.

Sumber falsafah pendidikan Islam ialah sumber wahyu (Al Qur`an dan As
Sunnah) dan sumber aqli (Ijma, Qiyas dan Ijtihad). Antara fungsi utama falsafah
pendidikan Islam pula ialah untuk membantu pembentukan akhlak yang mulia, sebagai
persiapan untuk kehidupan dunia dan kehidupan akhirat serta menyiapkan pelajar
menguasai profesion tertentu untuk mencari rezeki yang halal dalam hidup ini. Terdapat
ramai tokoh-tokoh Islam seperti Ibnu Rushd, Al-Ghazali, Ibn Khaldun dan Al-Farabi
yang telah memartabatkan falsafah pendidikan Islam di segenap pelusuk dunia
sehingga mampu melahirkan empayar Islam yang disegani suatu masa dahulu.

5
2.3 SEBAB DAN ALASAN MEMILIH FALSAFAH

Terdapat banyak sebab kenapa pengkaji memilih falsafah pendidikan Islam.


Sememangnya, Islam sangat unggul dengan empayarnya yang agung dan dikenali
sebagai sebuah medan penyebaran ilmu yang tiada tolok bandingnya pada suatu ketika
dahulu. Sejarah juga membuktikan kemajuan dunia barat pula hanya bermula selepas
sekian lama zaman kemajuan Islam di mana banyak idea dan hasil kajian tokoh-tokoh
Islam telah dicedok untuk kegunaan orang-orang barat sendiri. Hal ini dijelaskan sendiri
oleh Philip K. Hitti melalui terjemahannya “Sejarah tidak pernah menjumpai satu
perubahan sejarah seperti yang dibawa oleh kebangkitan Islam...”

Islam adalah sebuah agama yang syumul iaitu yang lengkap ajarannya
merangkumi setiap aspek dalam kehidupan manusia. Oleh itu, sebab yang pertama
kenapa pengkaji memilih falsafah pendidikan Islam adalah kerana Islam mementingkan
pendidikan bersepadu yang melibatkan keseimbangan dan kesepaduan semua unsur
yang ada dalam diri manusia iaitu akliah, rohaniah, jasmaniah dan bakat. Di dalam
Islam, ilmu terbahagi kepada dua iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Ilmu fardhu
ain ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap umat Islam seperti solat, puasa dan
zakat. Manakala ilmu fardhu kifayah pula ialah seperti ilmu sains, matematik dan
vokasional yang wajib dipelajari bagi sesetengah umat Islam sahaja. Hikmahnya, Islam
bukan sahaja memberi ilmu yang berkaitan denagn duniawi semata-mata tapi melalui
cabang-cabang ilmu itu, pelajar dapat mengenal siapa pencipta mereka dan seterusnya
meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya. Namun dalam masa yang sama pendidikan
dalam Islam masih mementingkan penguasaan ilmu sains dan teknologi agar pelajar
dapat bersaing setanding dengan bangsa-bangsa lain dalam usaha memartabatkan
ekonomi dan negara mereka. Prinsip kesepaduan yang tidak terdapat dalam mana-
mana sistem pendidikan di dunia ini diakui sendiri oleh orientalis barat seperti petikan
kata-kata John Milton “Saya menggangap pendidikan yang lengkap dan sempurna itu
ialah pendidikan yang membolehkan manusia bertindak secara adil dan saksama...”.

Di samping itu, antara kelebihan lain yang terdapat dalam falsafah pendidikan
Islam yang tidak terdapat dalam falsafah pendidikan lain ialah matlamat pendidikan itu
sendiri dimana tujuan utama seseorang menuntut ilmu ialah bagi mencapai

6
kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat dan ini adalah sebab kedua kenapa pengkaji
memilih falsafah pendidikan Islam ini. Pada asasnya, pendidikan Islam mempunyai dua
matlamat iaitu yang pertama ialah membentuk dan memperkembangkan insan supaya
menjadi muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah
melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T.
yang bertakwa. Matlamat yang kedua ialah melahirkan insan yang taat kepada Allah
S.W.T., hidup dalam masyarakat dengan harmoni, aman dan damai dan seterusnya
mendapat keredhaan dan kesejahteraan di akhirat. Melalui matlamat-matlamat ini,
pengkaji dapat melihat pada pengakhirannya, falsafah pendidikan Islam tetap
menekankan kepada kedua-dua kehidupan dunia dan akhirat. Hal ini jauh berbeza
dengan falsafah pendidikan timur seperti contohnya melalui falsafah pendidikan
Rabindranath Tagore dimana konsep pendidikan beliau ialah merupakan satu proses
yang menyediakan setiap individu untuk menyara hidup masing-masing kelak. Konsep
pendidikan beliau tidak sesuai untuk diaplikasikan dalam falsafah pendidikan sekolah
pengkaji kerana pelajar akan merasakan bahawa mereka telah berjaya dalam
pendidikan sekiranya mendapat kerja yang bergaji besar atau pangkat tinggi dalam
kerjaya mereka sedangkan konsep asal pendidikan dalam Islam adalah lebih luas
daripada itu. Memetik pepatah Arab kuno, “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang
lahad”. Islam menggalakkan penganutnya untuk tidak berhenti menutup ilmu sehingga
mati kerana dalam proses menuntut ilmu itulah manusia dapat memperbaiki segala
kelemahan dalam dirinya dan seterusnya menyebarkan ilmu yang dipelajari itu kepada
orang lain pula. Proses yang berterusan inilah membuatkan manusia sedar masih ada
dunia lain yang akan mereka tempohi selepas mati dan segala kebaikan atau kejahatan
mereka akan dihitung dan dibalas oleh Allah S.W.T. kelak.

Selain itu, pengkaji dapat melihat perbezaan yang ketara dalam peranan guru
dalam falsafah pendidikan barat, timur dan Islam yang menjadi sebab ketiga kenapa
pengkaji tetap memilih falsafah pendidikan Islam untuk dilaksanakan di sekolah
pengkaji. Keistimewaan falsafah pendidikan Islam ialah di mana guru diibaratkan
sebagai seorang doktor. Jika seorang doktor biasa berperanan merawat dan menjaga
kesihatan seorang pesakit, guru pula bertanggungjawab mengawasi, mendidik dan
memperbaiki akhlak murid. Doktor menggunakan pelbagai cara untuk meningkatkan

7
kesihatan kerana mengawal itu lebih baik daripada merawat. Tuntasnya disini, dalam
falsafah pendidikan Islam, guru memainkan pelbagai peranan kepada muridnya seperti
pemberi ilmu, pembimbing, pendorong dan juga pembentuk akhlak murid-muridnya.
Peranan guru sangatlah besar dalam Islam hingga terdapat 4 martabat guru iaitu
Mudarris yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran
mereka sahaja, Mu’allim yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata
pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain, Mursyid yang bermaksud
guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar dan Murabbi yang
bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik
mereka menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh. Hubungan antara
guru dan murid tidak berhenti setakat hal-hal pembelajaran sekolah sahaja tetapi
merangkumi perkongsian ilmu dalam bidang-bidang agama dan kehidupan. Perkara ini
jauh berbeza dengan falsafah pendidikan lain seperti falsafah pendidikan timur yang
menetapkan peranan guru sebagai fasilitator yang hanya menggerakkan perbincangan
dan menjana idea yang kreatif dan bernas dalam kalangan murid. Melalui falsafah
pendidikan barat pula, contohnya dalam falsafah pendidikan barat moden
rekonstruktivisme, guru hendaklah bertugas sebagai agen perubahan dan
pembaharuan yang perlu bersifat kreatif dan invovatif dalam pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah. Manakala dalam falsafah pendidikan barat tradisional
perenialisme, mereka mengamalkan kaedah ditaktik dimana guru mengajar dan murid
belajar segala isi yang disampaikan tanpa menanya sebarang soalan. Di sini jelas
dapat dilihat hubungan antara murid dan guru hanya bersifat sehala sahaja dan tiada
proses pertukaran pendapat dijalankan. Kaedah ini seperti tidak kena dengan asas
kejadian manusia dimana setiap insan melakukan kesalahan. Jadi, bila seseorang guru
melakukan kesalahan dan pendapatnya tidak dapat diterima pakai oleh anak muridnya,
mereka tidak dapat menegur guru mereka apatah lagi untuk meluahkan perasaan dan
masalah mereka kepada guru tersebut. Akibatnya, hubungan yang terjalin antara guru
dan murid menjadi tidak seimbang dan seterusnya akan menjejaskan proses
pembelajaran di dalam kelas.

Sebab yang keempat kenapa pengkaji memilih falsafah pendidikan Islam adalah
kerana pendidikan dalam Islam adalah berlandaskan sumber yang jelas dan kukuh iaitu

8
Al-quran dan As-sunnah. Al-quran adalah kitab suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T.
kepada umat Nabi Muhammad SAW yang mengandungi nilai mukjizat yang tinggi sama
ada dari sudut akidah, syariah, akhlak dan moral, bahasa persejarahan, pemikiran dan
intelektual, ketamadunan, rahsia alam semesta dan sebagainya. Malahan, Al-quran
juga sesuai digunakan sepanjang zaman oleh mana-mana bangsa dan di mana-mana
sahaja . Keunggulan Al-quran sebagai sumber pendidikan yang asas dalam Islam tidak
dapat disangkal lagi melalui janji Allah S.W.T. akan keterpeliharaannya daripada
sebarang penyelewengan sama ada yang dilakukan oleh manusia atau jin. Salah
seorang sasterawan Arab Jahiliah, Al-Walid Bin Mughirah juga tidak dapat
menyembunyikan rasa kagum beliau pada keindahan bahasa dalam Al-quran yang
tinggi balaghahnya. Ilmu-ilmu berkenaan planet dan bumi yang terdapat di dalam Al-
quran juga diakui benar oleh para pengkaji barat. Al-quran juga menekankan risalah
akidah, syarak dan akhlak dalam ajarannya. Sumber Islam yang kedua iaitu As-sunnah
pula bermaksud sesuatu yang disandarkan kepada Rasullulah SAW sama ada
perkataan, perbuatan dan persetujuan. Rasullulah SAW sendiri pernah bersabda
maksudnya “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang tidak mungkin kamu akan
sesat selagi kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya iaitu Al-quran dan As-
sunnah”. As-sunnah berperanan memperkukuhkan lagi hukum yang ada dalam Al-
quran dan menerangkan lagi maksud-maksud ayat-ayat dalam Al-quran yang kurang
jelas. Jika dilihat pada falsafah pendidikan barat tradisional dan moden, mereka bukan
sahaja menumpukan kepada beberapa subjek sahaja bagi tiap-tiap falsafah malahan
mereka juga tiada sumber yang jelas untuk melaksanakan falsafah pendidikan mereka.
Contoh yang jelas dapat dilihat dalam falsafah pendidikan barat moden
rekonstruktivisme yang hanya menekankan bidang sains sosial semata-mata dan
murid-murid belajar melalui aktiviti ,sumbangsaran dan simulasi sahaja tanpa
menggunakan mana-mana sumber untuk dijadikan landasan bagi mereka dalam
menuntut ilmu.

Seterusnya, sebab yang terakhir kenapa pengkaji memilih falsafah pendidikan


Islam untuk diterapkan dalam sekolah pengkaji ialah kerana konsep pendidikan dalam
Islam yang mengamalkan sikap keterbukaan dan kebebasan hak kemanusiaan. Islam
tidak memaksa manusia yang ingin belajar ilmu yang terkandung di dalam Al-quran dan

9
As-sunnah untuk memasuki agama Islam terlebih dahulu. Ini adalah berdasarkan firman
Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud “Tidak ada paksaan (memasuki)
agama Islam.” Setiap manusia mempunyai hak bersuara dan belajar yang sama rata
kerana pada hakikatnya dalam diri setiap manusia sudah terkandung bakat-bakat
mereka yang tersendiri untuk dikembangkan bagi melahirkan sebuah masyarakat yang
cemerlang, berintegriti dan bermutu tinggi. Pendidikan dalam Islam juga tidak menolak
hasil-hasil kajian dan pendapat tokoh-tokoh barat dan timur selagi mereka tidak
bertentangan dengan apa yang terkandung di dalam Al-quran dan As-sunnah. Perkara
ini berbeza dengan falasafah pendidikan barat dan timur seperti falsafah pendidikan
Confucius yang terlalu menfokuskan kepada enam buku Confucius semata-mata dan
tidak melibatkan mana-mana tokoh lain. Kesannya, murid yang dilahirkan daripada
falsafah ini berkemungkinan besar untuk lebih bersikap tertutup dan tidak mempunyai
pandangan jauh tentang isu-isu semasa yang berlaku.

10
2.4 KONSEP 1 MALAYSIA DI SEKOLAH

Setelah membuat penelitian dan kajian terhadap falsafah yang dipilih, pengkaji
telah mencipta falsafah pendidikan untuk diamalkan di sekolah pengkaji. Falsafah
pendidikan pengkaji ialah satu proses keterbukaan dalam mendalami ilmu secara amali
dan teori kearah membina insan cemerlang dari pelbagai sudut yakni emosi, jasmani,
rohani dan intelek berteraskan al-quran dan as-sunnah bagi mewujudkan komuniti yang
gemilang dalam pelbagai aspek baik di dunia mahupun di akhirat. Seterusnya,
berdasarkan falsafah ini, pengkaji akan melaksanakannya di sekolah bagi
merealisasikan aspirasi 1 Malaysia.

Konsep 1 Malaysia bukanlah sesuatu yang baru lagi untuk semua rakyat
Malaysia. malahan ia adalah konsep yang ditekankan oleh pemimpin-pemimpin
terdahulu. 1 Malaysia yang membawa maksud perpaduan nasional hanyalah berubah
dari segi pendekatan dan gerak kerja mengikut kesesuaian zaman. Konsep 1 Malaysia
ini diperkenalkan oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak dan merupakan pelengkap
kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan
bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih
tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Lapan nilai yang terdapat dalam konsep 1
Malaysia ialah budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan,
meritokrasi, pendidikan dan integriti. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu
padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu
matlamat iaitu untuk negara.

Falsafah pendidikan pengkaji yang berasaskan falsafah pendidikan Islam


mementingkan pembentukan seimbang yakni dari segi rohani, intelek, jasmani dan
emosi. Dapat dilihat di sini betapa Islam itu sendiri ingin mendidik muridnya berakhlak
mulia dan berbudi bahasa serta berhemah tinggi. Walaupun rakyat di Malaysia
berbilang kaum, etnik serta agama, setiap dari agama itu sendiri menuntut penganutnya
mengamalkan sifat-sifat mulia. Jadi, pengkaji berpendapat konsep falsafah pendidikan
Islam ini sesuai dalam merealisasikan konsep 1 Malaysia di sekolah. Dengan
menerapkan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, pelajar dapat memahami
betapa penting untuk saling menghormati terutama apabila berada dalam komuniti yang

11
terdiri daripada pelbagai bangsa yang sememangnya mempunyai variasi cara hidup
khususnya dari segi budaya dan agama. Apatah lagi Malaysia sendiri pernah
mempunyai peristiwa berdarah yang di akibatkan oleh salah faham antara kaum.
Peristiwa 13 Mei harus dijadikan iktibar dan sempadan supaya tidak berulang lagi.
Tragedi tersebut terjadi apabila tiada nilai murni dipupuk dalam diri setiap individu.
Justeru, konsep falsafah pendidikan pengkaji mampu mengubah cara pemikiran rakyat
Malaysia supaya lebih bersifat keterbukaan dan memahami. Sehubungan dengan itu,
bagi mencapai tujuan ini aktiviti seperti sambutan perayaan peringkat sekolah harus
digalakkan. Disamping dapat mendedahkan pelajar dengan perayaan kaum-kaum di
Malaysia, mereka boleh saling bertukar pendapat dan memahami budaya kaum lain.
Dengan cara itu, timbul rasa hormat, kagum dan menghargai budaya dan agama
bangsa lain.

Salah satu daripada nilai murni yang ingin diterapkan dalam konsep 1 Malaysia
ialah budaya kecemerlangan. Pengamalan budaya cemerlang akan membawa
Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan
pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan
diamalkan oleh rakyatnya. Bagi memupuk budaya ini, pengkaji mencadangkan untuk
mengadakan majlis anugerah kecemerlangan pelajar di setiap sekolah. Di samping
dapat memupuk budaya saing yang sihat, aktiviti ini juga mampu membuatkan pelajar
bersungguh-sungguh dalam membentuk kecemerlangan diri. Anugerah kecemerlangan
ini diadakan bukan sahaja untuk kejayaan akedemik, malahan juga untuk sahsiah
terpuji yang boleh menjadi teladan. Tambahan lagi, dalam falsafah pendidikan pengkaji
sendiri menuntut untuk menimba ilmu bagi memperoleh kecemerlangan di dunia dan
akhirat. Mengikut Prof. Mohammad Athiyah Al Abrosyi, falsafah pendidikan Islam juga
bertujuan untuk menyiapkan pelajar dari segi profesional, teknikal, dan perusahaan
supaya ia dapat menguasai profesion tertentu, teknikal tertentu dan perusahaan
tertentu, supaya dapat ia mencari rezeki dalam hidup dengan mulia di samping
memelihara dari segi kerohanian dan keagamaan. Justeru, majlis anugerah
kecemerlangan pelajar ini boleh menjadi satu pemangkin untuk setiap individu belajar
bersungguh-sungguh kearah kecemerlangan bagi menyokong aspirasi 1 Malaysia.
Selain itu, individu yang mendapat anugerah kecemerlangan pula di beri tugas khas

12
untuk membantu pelajar yang agak lemah. Hal ini bertepatan dengan prinsip pendidikan
Islam yang menggalakkan perkongsian ilmu dan pertukaran pendapat. Dengan cara ini,
pengkaji percaya budaya saling membantu sesama pelajar dapat di wujudkan dan
peluang kearah membentuk budaya kecemerlangan juga semakin cerah. Budaya
cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi
sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan supaya aspirasi 1 Malaysia
dapat dicapai.

Berdasarkan falsafah pendidikan yang dicipta pengkaji, tersirat dengan matlamat


pendidikan untuk menyediakan manusia dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan
yang cukup agar dia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, mengetahui cara
menjalankan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah agar menjadi insan yang
soleh berteraskan roh islam, Al-Syaibani,1979. Berdasarkan penyataan ini, pengkaji
mencadangkan untuk mengadakan ‘Hari Bergembira Sambil Belajar’ setiap bulan. Guru
besar akan menetapkan tema untuk hari itu dan berbeza-beza pada setiap bulan.
Sebagai contoh, jika tema pada bulan itu tentang muzik kaum india, kaum selainnya
yang akan mengadakan pameran, persembahan dan sebagainya yang berkaitan.
Dengan cara ini, setiap kaum bukan sahaja dapat berinteraksi dan bertukar-tukar
pendapat. Malahan, aktiviti ini juga dapat mendedahkan pelajar kepada pengalaman
bersosial dengan bangsa-bangsa lain dan mempelajari tentang muzik itu sendiri secara
praktikal. Belajar melalui pengalaman yang dialami sendiri pasti lebih menarik dan
menyeronokkan untuk pelajar. Secara halusnya, aktiviti ini juga mampu untuk mendidik
pelajar menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Pelajar akan sedar
tanggungjawab setiap individu dalam memastikan keamanan dan perpaduan rakyat
Malaysia berkekalan selepas mereka belajar betapa penting interaksi dan
persefahaman antara kaum di Negara yang berbilang kaum ini. Hal ini juga selari
dengan nilai penerimaan dalam konsep 1 Malaysia. Malaysia memerlukan rakyat yang
dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama
memandangkan rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa yang pastinya
mempunyai pandangan yang berbeza-beza. Falsafah pendidikan pengkaji
mengamalkan konsep keterbukaan di mana setiap individu hendaklah berfikiran terbuka
dan menerima pendapat individu lain. Walaupun ada sesetengah pendapat atau cara

13
hidup mereka yang mungkin tidak dapat diterima, sekurang-kurangnya pendapat
mereka harus dihormati. Tuntasnya, aktiviti yang dicadangkan pengkaji sangat relevan
untuk mencapai prinsip 1 Malaysia disamping selari dengan falsafah pendidikan yang
ingin dijalankan di sekolah pengkaji.

Akhir sekali, pengisian falsafah pendidikan pengkaji antara lainnya ialah


kecemerlangan jasmani. Hal ini bermakna, melalui falsafah pendidikan tersebut,
pengkaji ingin melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Jika tubuh
badan sihat, maka minda juga akan sentiasa cergas dalam melakukan aktiviti harian.
Justeru, selaras dengan itu, pengkaji mencadangkan untuk mengadakan senam seni
pada setiap minggu di sekolah. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menggalakkan gaya
hidup sihat dalam kalangan pelajar, malahan dapat memastikan tubuh pelajar sentiasa
cergas dalam menjalani kehidupan seharian. Hakikatnya, kehidupan sebagai seorang
pelajar yang aktif memerlukan badan yang cergas dan sihat. Disamping itu, program
seperti ini juga melambangkan perpaduan kaum seiring dengan konsep perpaduan
dalam 1 Malaysia. Pergerakan yang seirama dan serentak daripada semua pelajar
yang berbilang etnik itu menggambarkan kesepaduan antara kaum. Jelas disini, aktiviti
senam seni yang diadakan di sekolah pengkaji mampu untuk mendukung aspirasi 1
Malaysia dengan bertunjangkan perpaduan kaum disamping menepati falsafah
pendidikan pengkaji yang menitikberatkan kecerdasan fizikal yakni kecemerlangan
jasmani.

14
2.5 KESIMPULAN

Tuntasnya, daripada kajian Falsafah Pendidikan Timur, Barat dan Islam yang
telah dilakukan, pengkaji berpendapat falsafah pendidikan yang paling sesuai dan
berkesan dilaksanakan di dalam sekolah di Malaysia ini ialah Falsafah Pendidikan
Islam. Walaupun falsafah pendidikan lain juga mempunyai keistimewaan mereka,
namun sebagai negara yang penduduknya berbilang kaum dan mengamalkan konsep 1
Malaysia, Falsafah Pendidikan Islam amat bertepatan sekali untuk diaplikasikan kepada
murid-murid di negara ini.

Falsafah Pendidikan Islam yang berlandaskan Al-quran dan As-sunnah cukup


lengkap aspek pengajarannya merangkumi bidang akidah, akhlak, sains dan
teknologi,undang-undang dan pelbagai aspek lain yang mana aspek-aspek ini meliputi
seluruh kehidupan manusia hari ini. Keunggulan falsafah pendidikan Islam juga tidak
dapat dinafikan lagi melalui kecemerlangan tokoh-tokohnya yang terdahulu seperti Ibnu
Rushd, Al-Ghazali, Ibnu Khaldun dan Al-Farabi. Pengkaji percaya jika sistem
pendidikan di Malaysia pada hari ini turut mengambil Falsafah Pendidikan Islam
sebagai salah satu dasar dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), negara kita
juga mampu melahirkan tokoh-tokoh terkemuka dan berpandangan jauh. Konsep 1
Malaysia yang selari dengan Falsafah Pendidikan Islam pula mampu melahirkan
masyarakat yang harmonis dan bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama serta
mengangkat martabat negara kita setaraf dengan negara-negara maju yang lain.

Akhir kata, berpandukan falsafah pendidikan Islam, Falsafah Pendidikan yang


dicipta pengkaji juga dilihat cukup relevan dan mampu dilaksanakan di sekolah-sekolah.
Apatah lagi, falsafah ini mampu untuk mendukung dan merealisasikan konsep 1
Malaysia yang sering dilaung-laungkan kini. Semua pihak harus bekerjasama dalam
menggerakkan 8 nilai dalam konsep 1 Mlayasia agar Negara kita sentiasa membangun
dan mampu mengejar matlamat dan tidak sentiasa berada di takuk lama. Pengkaji
berharap, falsafah pendidikan pengkaji benar-benar mencapai matlamat dan
objektifnya.

15
3.0 REFLEKSI

3.1 HAZIRAH BINTI MOHD ABDUL WAHID

Pada 24 Februari 2011, saya telah mendapat satu kerja kursus pendek untuk
mata pelajaran Falsafah Pendidikan di Malaysia yang perlu dilakukan oleh 2 orang
sekumpulan. Tugasan ini memerlukan kami untuk mengkaji tentang Falsafah
Pendidikan Barat, Islam dan Timur dan mempersembahkan perbezaan mereka dalam
bentuk peta minda serta menulis esei tentang falsafah yang sesuai untuk dilaksanakan
di sekolah kami dan bagaimana falsafah ini dapat merealisasikan konsep 1 Malaysia di
sekolah kami nanti.

Saya dan ahli kumpulan saya telah melakukan kajian yang teliti melalui
pembacaan tentang Falsafah Pendidikan Barat, Islam dan Timur di perpustakaan dan
juga pencarian maklumat di internet. Tugasan ini bukanlah mudah untuk kami kerana
tiada sumber yang menerangkan secara jelas perbezaan antara falsafah-falsafah ini.
Malahan maklumat yang saya cari juga sukar didapati di perpustakaan memandangkan
sumber buku di situ amatlah terhad untuk digunakan oleh semua orang dalam kelas
saya dan kelas-kelas lain dalam masa yang sama. Dalam tempoh menyiapkan kerja
kursus ini juga, banyak perkara yang menguji saya seperti kekangan masa yang
dengan tugas-tugas lain yang semuanya perlu disiapkan dalam tempoh masa yang
sama.

Namun, hal ini tidak melemahkan semangat saya kerana saya percaya inilah
harga yang perlu dibayar oleh seorang pelajar. Saya dan ahli kumpulan saya juga telah
mengambil alternatif lain seperti berbincang tentang falsafah-falsafah ini dengan rakan-
rakan sekelas kami dan bertanyakan pendapat pensyarah mengenai hasil kajian kami
itu. Melalui kerja kursus ini juga, saya semakin pandai membahagi masa antara tugas-
tugas yang perlu dilakukan secara segera dan tugas-tugas yang penting tapi tidak perlu
segera. Saya percaya jika saya menjadi cikgu suatu hari nanti, ada tugas yang lebih
berat menanti saya dan saya perlu bersedia daripada sekarang terutamanya dalam

16
kebijaksanaan pembahagian masa supaya tidak terkejar-kejar dalam melaksanakan
tugas yang diberi dan dapat menyiapkan sesuatu tugasan itu dengan sempurna.

Di samping itu, melalui kerja kursus ini, banyak ilmu yang telah saya perolehi
yang takkan saya dapat semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Antaranya ialah
semasa pemilihan falsafah yang ingin saya laksanakan di sekolah saya nanti. Saya
percaya setiap falsafah pendidikan mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri
tapi untuk pemilihan kali ini saya perlu berpandangan jauh dan berfikiran matang.
Melalui pemilihan ini saya melihat bagaimana saya ingin mencorakkan anak bangsa
kita 10 tahun akan datang dari aspek kehidupan sosial, akademik dan akhlak mereka.

Saya juga semakin memahami konsep 1 Malaysia yang ingin diterapkan oleh
perdana menteri kita dalam jiwa setiap murid di negara ini. Walaupun negara kita
mempunyai berbilang bangsa, kita perlu bersikap adil dan saksama dengan
memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua orang. Ramai daripada kita
hanya memandang enteng pada kepentingan pendidikan di negara kita sebagai salah
satu alat yang menggabungkan pelbagai etnik dan kaum di negara ini. Melalui
pendidikan juga, sikap kerjasama dan bertolak ansur dapat disemai dalam jiwa rakyat
Malaysia sejak kecil lagi melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan pihak sekolah.

Tuntasnya, aspek pendidikan di dalam negara kita perlulah dipandang serius


bermula dengan adanya Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan pengaplikasiannya
dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Melalui falsafah pendidikan yang unggul
dan mantap, maka akan lahirlah masyarakat yang beilmu pengetahuan, berakhlak
mulia dan mampu memberi sumbangan terhadap kemakmuran dan pembangunan
ekonomi negara kita.

17
3.2 SYARAFINA BINTI MOHD SALIM

Pada 25 Februari 2011, kami telah diberi tugasan kerja kursus pendek (KKP)
untuk subjek falsafah pendidikan bagi PISMP januari 2011. Dalam tugasan ini, secara
berpasangan, kami dikehendaki membuat banding beza mengenai falsafah pendidikan
Barat dan Islam. Kami juga dikehendaki mengarang esei tentang falsafah yang kami
pilih dan bagaimana falsafah tersebut dapat merealisasikan konsep 1 Malaysia di
sekolah.

Sepanjang menjalankan tugasan ini, banyak perkara yang dapat saya pelajari
yang boleh diambil untuk dijadikan pengalaman bagi masa hadapan. Saya juga
menghadapi beberapa masalah namun hasil kerjasama yang baik dengan pasangan
saya, tugasan ini berjaya dilengkapkan. Pertama sekali, kami menghadapi masalah
dalam mencari bahan-bahan rujukan. Saya dapati tidak banyak buku-buku di
perpustakaan yang berkisar tentang falsafah pendidikan. Mungkin juga telah dipinjam
dari pelajar lain. Saya juga berusaha untuk mencari jurnal namun jurnal yang didapati
hanya berkisar sedikit sahaja tentang falsafah pendidikan timur. Dari sini, saya belajar
untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua pekerjaan bagi mencapai
kesempurnaan. Kekuatan Kerjasama kumpulan juga memainkan peranan kerana jika
hanya seorang sahaja yang berusaha bersungguh-sungguh pasti hasilnya kurang
memuaskan. Justeru saya bersyukur kerana mendapat ahli kumpulan yang begitu
komited sepanjang menjalankan tugasan.

Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya belajar banyak perkara baru mengenai
teori falsafah pendidikan dan rasionalnya sesuatu falsafah itu. Melalui kajian saya, saya
dapati setiap falsafah pendidikan yang diutarakan baik dari Timur, Barat mahupun
falsafah Pendidikan Islam, kesemuanya mengajak ke arah perubahan yang baik. tidak
kira falsafah apa yang di amalkan,ianya hanya memberi manfaat dan tidak menjurus ke
arah keburukan. Sebagai seorang bakal pendidik, saya sendiri harus cuba
merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan. Sememangnya pelaksanaan falsafah
pendidikan bergantung kepada pelbagai pihak. Setelah menjalankan kajian ini, saya
sedar bahawa guru merupakan tunjang utama dalam menggerakkan falsafah
pendidikan kebangsaan.

18
Disamping itu, melalui tugasan ini juga, saya dapat mengkaji dan memahami
dengan lebih mendalam tentang konsep 1 Malaysia. Mungkin selama ini saya hanya
memahami 1 Malaysia berkisar tentang perpaduan. Hakikatnya konsep 1 Malaysia
yang diperkenalkan oleh YAB perdana menteri kita itu mempunyai makna yang lebih
meluas. Ia lebih jelas dan mudah difahami melalui 8 nilai dalam konsep 1 Malaysia.
Dalam bidang pendidikan pula, saya percaya konsep 1 Malaysia ini wajar diterapkan
dalam diri murid-murid sedari awal. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Sememangnya kanak-kanak itu lebih mudah untuk dibentuk dan diterapkan
nilai-nilai 1 Malaysia supaya negara kita dapat mencapai aspirasi 1 Malaysia seperti
yang di idam-idamkan. Melalui tugasan ini juga, semangat kewarganegaraan dan
cintakan Negara juga semakin menebal dalam diri saya.

Bukan itu sahaja, tugasan ini juga Berjaya mengasah minda saya untuk berfikir
secara kreatif dan inovatif. Hal ini kerana, saya dapati bukanlah suatu perkara mudah
untuk merealisasikan sesuatu matlamat yang ingin dicapai. Langkah-langkah yang
perlu di ambil haruslah berkesan dan menarik supaya benar-benar mencapai objektif.
Justeru, dalam usaha untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia di sekolah berdasarkan
falsafah pendidikan yang dipilih benar-benar mencabar daya pemikiran saya. Setiap
aktiviti yang dijalankan untuk mencapai aspirasi 1 Malaysia hendaklah diukur
keberkesanannya dari pelbagai sudut. Saya sedar, sebagai warga pendidik kelak, saya
perlu mempunyai pemikiran yang matang dan kreatif dalam melaksanakan apa jua
aktiviti baik di peringkat kelas mahupun sekolah.

Kesimpulannya, saya berterima kasih kepada pensyarah pembimbing, Encik


Muharam dalam menjayakan tugasan ini. Setiap pengalaman dan ilmu baru yang
dicedok sepanjang menjalankan tugasan ini akan dimanfaatkan sebaiknya apabila saya
bergelar seorang guru kelak.

19
4.O BIBLIOGRAFI

__________Mei 2009. Pendidik. Petaling Jaya Fajar Bakti


Abdul Rahman Arshad, 2007. Unity and Education in Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Atan Long, 1984. Pendidik dan Pendidikan. Petaling Jaya : Fajar Bakti.
Choong Lean Keow, 2010. Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Selangor :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Dr Mohd Yusof Ahmad, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Julai 2009,
http://jurnalakademik.blogspot.com/2009/07/falsafah-pedidikan-islam.html ( diakses
pada 25 Februari 2011)
Dr Amir Bin Salleh @ Mohd Salleh, 2008. Education In Malaysia A Jurney To Excellent
Educational Planning And Research Division.
Francis Wong Hoy Kee, 1975. Education In Malaysia. Kuala Lumpur Singapura Hong
Kong : Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia.
Herbert J. Walberg, 1979. American Education Diversity and Research, Amerika : Voice
of American.
jurnal ipda, perkembangan system pendidikan jepun, Ang HUat Bin
Kamaruddin Hj Kachar. 1989. Pendidikan dan Masyarakat. Teks Publishing Sdn. Bhd
Mohd. Daud Hamzah, Liputan Kurikulum Sekolah, 1993, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Hamid Al-fendi, & Nabi Ahmed Baloch, 1990. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Shahril @ Charil L. Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing dan Dr. Saedah Hj. Siraj,
1995. Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distrubutors Sdn
Bhd.
Sufean Hussin, 2004. Pendidikan Di Malaysia (Sejarah, Sistem dan Falsafah) Edisi
Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Mohamed, 1999. Pengurusan Strategik Di Sektor Pendidikan. Kuala
Lumpur : Universiti Putra Malaysia.

20

You might also like